pen gurus an islam zaman rasulullah s online mode

Upload: nurul-aisyah-yap

Post on 21-Jul-2015

1.171 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGURUSAN ISLAM ZAMAN RASULULLAH S.A.W:

PENGURUSAN ORGANISASI DAN PEMBANGKITAN SEBUAH NEGARA ISLAM TERULUNG

ISI KANDUNGAN1. PENDAHULUAN 1.1. 2. ISI-ISI: 2.1. 2.2. OBJEKTIF PENGURUSAN PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W. PRINSIP PENGURUSAN YANG DIASASKAN PADA OLEH ZAMAN RASULULLAH S.A.W BERTERASKAN ISLAM2.3. SUMBER

PENGERTIAN PENGURUSAN ISLAM

PENGURUSAN PENGURUSAN

ORGANISASI ORGANISASI

RASULULLAH S.A.W.2.4. STRATEGI

/ PENTADBIRAN

AWAM DI BAWAH PIMPINAN RASULULLLAH S.A.W. 3. KESIMPULAN 4. RUJUKAN

PENGERTIAN PENGURUSAN ISLAM Mengapa harus mempelajari pengurusan Islam dan bukan pengurusan konvensional? Bukankah para sarjana menjulang tinggi pengurusan konvensional yang kononnya paling relevan dengan cabaran dunia kini dan mampu menyelesaikan permasalahan pentadbiran dan pengurusan dari segala aspek? Untuk mendalami kepentingan pengajian pengurusan Islam dan relevannya cara pengurusan Islam, seseorang haruslah mengerti apakah itu Islam dan apakah bukti nyata yang cara pengurusan Islam mampu mengubah dunia. Dalam kertas kerja ini, dengan izin Allah, akan diterangkan serba sedikit apakah itu Islam dan pengurusan Islam selain ditonjolkan pembangkitan sebuah Negara Islam bawah pimpinan Rasulullah S.A.W yang bermula dengan hanya 6 orang pengikut sehingga penguasaan seluruh Tanah Arab. Islam merupakan ad-din, di mana pengertian din di sini bukan sahaja merujuk kepada agama yang satu dan benar yang diturunkan oleh Allah melalui para pesuruhNya, tapi din di sini juga merujuk kepada pengajaran yang merangkumi segenap amalan kehidupan dari aspek akidah, syariah dan akhlak setiap manusia yang berdiri di atas bumi Allah ini. Islam juga ulung dengan sifatnya yang syumul dan terbuka kepada seluruh manusia tanpa mengira kaum dan warna kulit pada sepanjang zaman. Rujuk Surah al-Hujurat, ayat 13 yang bermaksud : Wahai umat manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan kami menjadikan kamu daripada berbagi-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah orang yang lebih takwanya antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi mendalam pengetahuannya (tentang keadaan dan amalan kamu). Maka, adalah sangat penting bagi setiap manusia amnya, dan setiap ummat Islam untuk mengetahui cara pengurusan dan pentadbiran Islam supaya dapat sama-sama berganding bahu dan bertolak ansur dalam menghadapi perjuangan hidup menurut syariat Islam. Manakala definisi Pengurusan Islam, secara umumnya boleh difahami sebagai satu penggemblengan tenaga dan sumber, melalaui perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan bagi mencapai matlamat berdasarkan dasar, prinsip serta nilai yang tidak bercanggah dengan tujuan syarak (Rasid Muhammad, Pengurusan Islam: Teori dan Praktis, hal. 9)., menurut Muhammad al-Buraey, pengurusan adalah Penyelarasan tenaga manusia untuk mencapai matlamat kelompok sebagai makhluk sosial yang perlu berinteraksi antara satu sama lain. Ahmad Ibrahim Abu Sin (Pengurusan dalam Islam. hal.37) merumuskan bahawa sistem pengurusan itu secara umumnya ialah kebolehan menggunakan segala sumber alam asama ada berbentuk kebendaan atau kemanusiaan yang dikurniakan oleh

Allah. . Mohd Affendi Hassan (1990) memberi pengertian pengurusan Islam sebagai pengurusan berteraskan kepada tauhid yang merujuk kepada penyempurnaan amanah yang diterima manusia daripada Allah sebagai hamba dan khalifah-Nya di dunia dengan mengerjakan amal soleh secara syura dalam organisasi. Tujuan pentadbiran dan pengurusan Islam ialah untuk membina ketamadunan manusia yang diredhai oleh Allah SWT berlandaskan tauhid dan syariat Islam. Pengurusan Islam berperanan untuk menghapuskan fasad, menegakkan keadilan dalam organisasi dan masyarakat berbilang bangsa dan agama, mencapai al-falah, yakni kebaikan hakiki di dunia dan akhirat. Namun, apakah kepentingan pengurusan Islam di samping pengurusan konvensional atau sekular? Diringkaskan berikut antara kepentingan pengurusan Islam di samping pengurusan sekular: Dari aspek matlamat, pengurusan sekular mempunyai matlamat duniawi sematamata manakala dalam pengurusan Islam, pengurusan mempunyai matlamat duniawi dan akhirat, iaitu menjalankan amanah seorang khalifah dan memelihara agama selain menyuburkan bumi Allah serta menegakkan agama Allah. Walaupun dari segi saiz organisasi yang menggunapakai pengurusan sekular lebih besar berbanding masyarakat yang menggunapakai prinsip pengurusan Islam, namun, bukti menunjukkan bahawa pengurusan Islam yang berteraskan perintah Allah dan sunnah Rasulullah mampu bertahan dalam evolusi politik dan globalisasi zaman berzaman. Pengurusan Islam menekankan pembinaan insane sepadu dan seimbang yang mengambilkira pembinaan akal, intelek, jasmani, rohani dan emaosi; menurut pendekatan sekular, ia dikembangkan secara terpisah di samping menekankan lebih kepada soal intelek dan fizikal (Rasid Muhammad, Pengurusan Islam: Teori dan Praktis, hal. 19). Dan tiadalah kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar), akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu). (Surah Saba, ayat 28). Rasulullah menerima daripada Allah satu panduan lengkap melalui al-Quran sebagai sumber rujukan utama Islam. Kemudian, Rasulullah diperintah menyampaikan dan mempraktikkan ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran kepada seluruh manusia. Akhirnya, Islam diwarisi secara turun-temurun daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Maka, adalah relevan jika seseorang ummat Islam itu ingin mendalami ilmu Pengurusan Islam, dirujukinya dahulu cara pengurusan pada zaman Rasulullah s.a.w., dan lihat bagaimana seorang pesuruh Allah yang dari mulanya hanya terdapat enam orang pengikut, mampu membina sebuah Negara Islam yang kuat yang bukan sahaja mampu menguasai seluruh Tanah Arab, hanya dalam masa 10 tahun Hijrah, dan kejayaan yang menggerunkan dunia walaupun baginda telah wafat.

OBJEKTIF PENGURUSAN PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W. Objektif utama kebangkitan Islam dan pengurusan Islam bawah pimpinan Rasulullah dari 12 S.H. sehingga 11 Hijrah tidak lain tidak bukan adalah untuk menyebarkan dakwah Islamiah serta mendaulatkan kalimah Allah s.w.t. yang kian dilupai oleh sekalian umat. Pengurusan Islam tanpa mengira zaman mempunyai objektif serta matlamat yang sama, iaitu demi memelihara maqasid syariah: menjaga nyawa, membela agama, menjaga akal, maruah dan keturunan serta harta. Pada zaman jahiliah, iaitu sebelum bangkitnya Negara Islam pimpinan Rasulullah s.a.w., masyarakat Arab hidup berpuak-puak dan amalan menyembah berhala yang amat ditegah oleh Allah s.w.t. Pentadbiran pada Zaman Jahiliah juga menitik beratkan hasil duniawi tanpa mempertimbangkan hasil akhirat, jika dipertimbangkan sekalipun, masyarakat Jahiliah tidak mengamalkan empat falsafah utama yang ditekan oleh Islam, iaitu : Tauhid, Rububiyah, Khilafah dan Tazkiyah. Maka, Allah utuskan pesuruhNya yang tercinta, Nabi Muhammad s.a.w. untuk membawa perubahan bukan sahaja atas Tanah Arab itu sendiri, tetapi memberi peringatan kepada umat di seluruh dunia. Dalam setiap langkah pengurusan yang dilaksanakan oleh baginda Rasulullah, baginda bukan sahaja memberi penekanan dalam urusan rasmi pentadbiran Negara, tetapi pengurusan yang dilaksanakan oleh baginda juga merangkumi kehidupan ummah. Maqasid as-Syariah yang utama ialah menjaga dan memelihara nyawa. Adalah wajib bagi setiap manusia itu memelihara nyawanya sendiri dan juga nyawa orang lain. Dalam konteks organisasi, keselamatan setiap ahli dalam organisasi atau masyarakat harus diberi keutamaan. Segala kegiatan yang boleh menggugat nyawa manusia haruslah dihindarkan. Contohnya, Nabi Muhammad s.a.w. menghalang sahabatnya dari melaungkan azan di Kaabah kerana khuatiri nyawa sahabat baginda akan diancam oleh kaum Quraisy di Mekkah yang menentang kuat ajaran serta revolusi baginda. Dengan adanya nyawa dikandung badan, maka bolehlah seseorang muslim itu terus berjuang sebagai khalifah di atas bumi ini dan menyuburkan bumi Allah seperti yang diperintah oleh Allah s.w.t. Menjaga agama jua merupakan matlamat syariah yang penting bagi setiap muslim. Agama atau akidah adalah Key Performance Indicator (KPI) yang mengukur dan memisahkan antara seorang Islam dengan seorang munafik dan seorang kafir. Kegiatan dalam organisasi yang dilaksanakan haruslah sejajar dengan fahaman tauhid dan tidak menyimpang darinya, juga tidak menggugat akidah seseorang ahli tersebut. Kegiatan yang meningkatkan keimanan perlu diamalkan. Pembangkitan Rasulullah s.a.w. dalam memperjuangkan pengurusan Islam boleh dilihat dari peristiwa Hijrah, di mana Rasulullah s.a.w. memerintahkan supaya para sahabt serta pengikut baginda untuk berhijrah ke Habsyah sebelim hijarh ke Madinah demi memelihara agama Islam yang ditentang kuat dan diancam oleh kaun Quraisy di Mekkah.

baginda menyedari untuk memelihara agama Islam, baginda haruslah berhijrah dan membina kekuatan organisasi baginda. Matlamat syariah yang seterusnya adalah menjaga akal dan pemikiran, kerana akal merupakan anugerah Allah s.w.t. yang paling istimewa dan berharga kepada manusia. Keistimewaan anugerah ini membezakan antara manusia dengan makhluk yang lain. Akal manusia bukan sahaja perlu dijaga, fungsi akal juga harus disburkan dengan positif demi kebaikan ummah sejagat. Perkara-perkara negatif seperti berjudi dan sebagainya yang boleh merosakkan iman dan akal seseorang umat itu haruslah dihindari. Dalam sesebuah organisasi, akal manusia perlu dimanfaatkan untuk membangunkan ummah serta dibimbing oleh semangat syura serta arahan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.. Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w., sentiasa merujuk kepada sahabat-sahabat serta pakar dalam majlis syura untuk membincangkan hal-hal pentadbiran Negara serta strategi dakwah yang bersesuaian dengan sesuatu kabilah. Rasulullah juga menyarankan agar para pengikutnya untuk sentiasa berdoa dan rujuk kepada Allah s.w.t., apabila menghadapai sesuatu dugaan dalam hidup. Ini membuktikan bahawa baginda bukan sahaja memanfaatkan kecerdikan serta ilmu para sahabat dan pakar, baginda juga menyarankan umatnya untuk memperkembangkan akal dengan berdoa dan rujuk pada kalamullah. Memelihara maruah dan keturunan manusia bukan sahaja matlamat syariah semata-mata, tapi juga sebagai titik pendorong dalam setiap perjuangan Rasulullah s.a.w. dalam menegakkan Islam di muka bumi ini. Segala bentuk yang beoleh membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan manusia adalah dilarang. Perkara yang mencondong ke arah penzinaan dan pencabulan kehormatan setiap warga dalam organisasi haruslah dilarang dengan segera, dengan meningkatkan kesedaran beragama serta mewujudkan budaya yang boleh mengukuhkan lagi akhlak warga masyarakat tersebut. Rujuk Surah al-Isra, ayat 32 yang bermaksud: Dan janganlah jamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). Pada Zaman Jahililah, manusia tidak mempedulikan zina yang berlaku dalam masyarakat, tiada pula dihukum mereka yang berzina, kaum Nabi Nuh sebagai contoh yang nyata, di mana zina berleluasa samada antara sesame jantina atau sebaliknya. Dengan terutusnya Nabi Muhammad s.a.w., perkara ini nyata berubah, di mana bawah pimpinan dan pengurusan baginda yang bijaksana, setiap yang berlaku zina pasti dihukum. Undang-undang dan peraturan berteraskan Islam juga diimplemen di seluruh wilayah Negara Islam pimpinan baginda. Maqasid as-Syariah yang akhirnya, iaitu mejaga harta. Surah al-Maidah, ayat 38 menjelaskan bahawa tiada seorang pun umat yang dibenarkan melakukan pencerobohan

terhadap harta insan yang lain. Setiap individu diberikan kebebasan untuk mencari, memiliki serta menggunakan harta dengan cara yang halal dan diredhai oleh Allah s.w.t. supaya memperoleh berkat dari pencarian tersebut. Dalam konteks organisasi, setiap warga organisasi haruslah memelihara harta organisasi, menggunakan harta tersebut dengan berhemah serta tidak boros selain memastikan harta yang diperoleh setiap individu tersebut adalah melalui saluran yang halal dan terhindar dari mendapatkan harta tersebut dengan cara yang ditegah oleh Allah seperti rasuah, pecah amanah dan sebagainya. Rasulullah s.a.w. mewujudkan struktur organisasi pengurusan Islam yang begitu mengagumkan walaupun dengan sumber yang terhad, baginda wujudkan wilayah dan Gabenor untuk mentadbir wilayah tersebut, dengan dibantu oleh Amil yang bertanggungjawab untuk mengutip hasil. Hasil pendapatan setiap wilayah digunakan untuk pembangunan wilayah tersebut selain digunakan juga untuk membantu fakir miskin, orang tua dan cacat. Pada Zaman Jahiliah, yang kaya dan berkuasa menindas mereka yang miskin serta merampas harta mereka yang tidak punya kuasa dalam lapisan masyarakat tersebut, seperti petani-petani kecil. Namun, pada zaman Rasulullah, walaupun seseorang itu kafir, tapi jika dia mengaku pimpinan Islam di wilayah tersebut, dia diiktiraf sebagai zimmi dan hak serta hartanya jua akan dibela oleh orang Islam. Begitu pula tanggungjawab seorang kafir dalam wilayah Islam, iaitu tidak menggugat hak dan menceroboh harta muslim dalam mana-mana wilayah Islam.

PRINSIP

PENGURUSAN

YANG

DIASASKAN

OLEH

RASULULLAH

S.A.W.

BERTERASKAN ISLAM Pengurusan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

1. al-Ubudiyah merujuk kepada sifat pengabdian diri seorang insan dengan setulusnyakepada Allah s.w.t. Sebagai hamba Allah, seluruh kegiatan hidup dan kegiatan dalam masyarakat haruslah terikat dengan konsep pengabdian diri kepada Allah s.w.t. Konsep ini boleh membantu dalam pembentukan individu dalam organisasi serta membentuk halatuju sesebuah organisasi tersebut supaya seiring dengan konsep tauhid kepada Allah s.w.t.. Cara, kaedah atau kegiatan yang dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi haruslah mengambil kira nilai dan prinsip Islam, supaya diredhai oleh Allah setiap kaedah dan juga hasil matlamat organisasi tersebut. Budaya dalam organisasi juga haruslah berteraskan pengabdian kepada Allah s.w.t..

2. al-Syura amat ditekan dalam al-Quran dan dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w.semasa dan juga selepas pemerintahan baginda. Syura adalah penting kerana setiap

keputusan daripada syura adalah lebih mantap, lebih baik, di mana keputusan syura bukan hasil dominan tetapi merupakan hasil pendapat orang ramai. Perbincangan yang mendalam juga dapat mengelakkan kekeliruan, ketidaksefahaman dan kesalahan besar kerana perkara berbangkit dibincangkan dengan teliti, dengan melibatkan keputusan orang ramai. Melalui syura, mereka yang berilmu, berpengalaman serta berkemahiran dapat memanfaatkan ilmu masing-masing dan menyumbang kepada pentadbiran Negara. Fungsi syura akan dijelaskan lebih lanjut dalam Strategi Pengurusan Organisasi Di Bawah Pimpinan Rasulullah s.a.w..

3. al-Adalah, iaitu keadilan. Surah an-Nahl, ayat 90, yang bermaksud:SesungguhnyaAllah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar supaya kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya. Konsep keadilan harus dipraktikkan dalam pelbagai urusan dalam sesebuah organisasi, contohnya seperti proses pengambilan pekerja, perlantikan serta pembahagian tugas, haruslah memilih mereka yang layak, berkebolahan, berilmu pengetahuan dalam bidang tersebut tanpa mengira darjat serta hubungan peribadi bersama calon tersebut. Rasulullah memberikan contoh yang baik di mana Baginda hanya memilih mereka yang layak untuk menyandang jawatan Gabenor, walaupun ada antara sahabat Baginda yang menyuarakan keinginan untuk memegang jawatan tersebut, Baginda menolak dengan sebab sahabat tersebut tiada kemampuan dan kelayakan untuk menyandang jawatan yang berat amanahnya itu. Tetapi sahabat tersebut diberikan tugas yang lain dalam organisasi kerana kelayakan dan kesesuaian bakat sahabat tersebut.Selain itu, Rasulullah juga berlaku adil dalam mendisplinkan anggota dan menjatuhkan hokum terhadap pesalah, bukan berdasarkan kedudukan atau pilih kasih. Ciri-ciri ini boleh menjadi pemangkin motivasi kepada semua warga bawah pimpinan Rasulullah s.a.w., mengurangkan ketidak puasan hati anggota, serta mewujudkan persekitaran yang positif demi meningkatkan produktiviti serta pembangunan keyakinan anggota terhadap organisasi pimpinan Baginda.

4. al-Hurriyah, iaitu kebebasan dalam Islam, bukanlah kebebasan mutlak yangdiamalkan oleh ateisme atau yang lain. Kebebasan dalam Islam yang amat luas ruang lingkupnya, asalkan tidak bercanggah dengan ajaran dan prinsip Islam. Ramai yang menyangka, agama Islam ini suatu agama yang menyekat kebebasan dan menindas hak individu. Yang menakjubkan, agama Islam menjamin kebebasan manusia dari aspek beragama, atau mengamalkan agama yang dianuti, sekalipun individu tersebut

berada di bawah kawasan pimpinan Islam. Madinah sebagai contohnya, para kafir zimmi tetap diberi kebebasan mengamalkan fahaman masing-masing sekalipun Rasulullah s.a.w. yang memerintah wilayah tersebut. Setiap manusia juga punyai kebebasan berfikir, bersuara, memiliki serta mencari harta, menunut ilmu dan bebas bergerak. Setiap aspek tersebut terjamin asalkan kepentingan umum dan organisasi tidak tergugat, tidak pula bercanggah dengan nilai Islam. Kebebasan membolehkan setiap individu untuk menyuarakan idea dan menyumbangkan kemahiran dalam organisasi, keadaan ini membolehkan perkembangan kreativiti, mewujudkan persekitaran organisasi yang sihat dan terbuka selain memperkukuhkan kerjasama dan kepercayaan antara pemimpin dan anggota. Prinsip ini terbukti dalam persitiwa perang pada zaman Rasulullah s.a.w., di mana salah seorang hamba Allah telah memberi cadangan untuk menggali parit semasa menentang musuh, dan taktik ini tidak dinafikan oleh Rasulullah sebagai seorang Panglima Tertinggi Tentera Islam.Oleh kerana prinsip al-Hurriyah inilah, dengan izin Allah, tentera Islam selamat dan menang dalam peperangan tersebut.

5. al-Musawah yang membawa erti persamaan melambangkan kesejagatan Islam sertasifatnya yang syumul dan universal. Islam adalah din untuk sejagat manusia tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan sebagainya. Persamaan ini adalah bahawa setiap individu dianggap sama dari sudut kemanusiaannya, peraturan dan undang-undang, tanpa adanya diskriminasi berdasarkan jantina, bangsa atau warna kulit.(Rasid Muhammad, Pengurusan Islam: Teori dan Praktis, hal. 48). Prinsip ini adalah berasaskan kepada teras Islam di mana semua manusia adalah berasal dari keturunan yang sama, dari Nabi Adam a.s., yang membezakan antara seroang manusia dengan yang lainnya adalah keimanan dan amalannya. Semua anggota dalam organisasi dilayan sama rata dari segi peraturan dan dihormati. Peraturan dan undang-undang dikuatkuasakan terhadap setiap anggota organisasi berdasarkan kesalahan, bukan kerana kedudukan dalam organisasi atau status sosial seseorang individu. Rasulullah s.a.w. menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang diwahyukan kepada Baginda oleh Allah s.w.t., bukan kerana status Baginda sebagai pemimpim masyarakat dan bukan juga kerana tuduhan sesetengah pihak yang menyatakan Baginda berperang kerana tidak sabar dengan kutukan pihak penentang. Kekuasaan tertinggi yang mutlak adalah milik Allah s.w.t. manusia hanya sebagai khalifahNya, samalah dengan para nabi yang bertindak berdasarkan amanah yang dipertuntukan oleh Allah s.w.t.. Lihat jugalah nasib para kafir zimmi yang berada di Madinah, hak dan keselamatan mereka turut dibela dan menjadi tanggungjawab

muslimin untuk memelihara kehidupan yang harmoni bersama mereka. Tidak pula ditindas, kerana prinsip al-Musawah yang diamalkan oleh pentadbiran Rasulullah membolehkan para kafir zimmi mengamalkan agama masing-masing dengan aman, tidak dipaksa untuk menerima agama Islam.

6. al-Masuliyah merujuk kepada sifat amanah dan bertanggungjawab terhadap tugasyang diberikan. Bukan sahaja seseorang itu harus mengamalkan sifat masuliyah kepada ketua organisasi, tetapi juga kepada Allah s.w.t . Jika sifat ini diamalkan, maka setiap individu akan komited terhadap tugas dan organisasi, dan melaksanakan tugasan tanpa disuruh dan diawasi oleh pihak atasan. Rasulullah s.a.w. sebagai role model yang mengaplikasikan prinsip ini dalam tindak tanduk harian Baginda. Tanpa perlu dipaksa, diarah, Baginda komited menjalankan amanah sebagai Rasul dan pemimpin walaupun pelbagai cabaran, penghinaan dan seksaan yang diterima. Sifat Baginda ini telah menanamkan rasa hormat oleh para pengikut Baginda, dan masingmasing ingin mencotohi Baginda. Tanpa dipaksa jua, para pesuruh menjalankan tugas melindungi Baginda dari musuh Islam, membantu mendirikan masjid Nabawi, membantu menyediakan peralatan perang dan sebagainya.

7. al-Itqan yang bermaksud bersungguh-sungguh berkait rapat dengan kualiti organisasi.Kualiti organisasi dalam diukur dari kualiti pemimpin, kualiti anggota dan kualiti perkhidmatan. Itqan bertitik mula dari seorang pemimpin dalam sesuatu organisasi, maka dengan itu, seseorang pemimpin haruslah dilantik berdasarkan kebolehannya dalam mengurus dalm mentadbir organisasi, baik dalam membuat perancangan, mengorganisasi, mengarah atau memantau, seseorang pemimpin juga harus mempunyai wawasan dan visi, serta yakin dan tekun dalam melaksanakan tugasnya. Dalam pengurusan Islam, ciri-ciri ketakwaan, amanah, integriti serta jiwa jihad adalah syarat genting seorang pemimpin. Contohnya seperti Ganenor-gabenor dan pembantu-pembantu yang dilantik oleh Baginda Rasulullah. Bukan kepetahan berdebat yang diambil kira, bukan juga kebolehan berperang dan menyusun strategi saja yang dipertimbangkan, tetapi Baginda mempertimbangkan kebolahn individu itu dalam memimpin sesuatu kabilah, menyebarkan agama Islam, dan banyak lagi syaratsyarat yang ketat, kerana tanggungjawab seorang pemimpin adalah sangat berat untuk ditanggung oleh sebarang individu.

8. al-Taah atau lebih dikenali sebagai ketaatan, merujuk kepada ketaatan kepadapemimpin. Dan ketaatan yang mutlak adalah taat kepada Allah dan RasulNya, rujuk Surah an-Nisa, ayat 59: Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu,

kemudia jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya-jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. Seseorang individu tersebut haruslah patuh kepada pemimpin dan arahan yang diberikan kepada mereka, asalkan arahan tersebut tidak bercanggah dengan hukum syarak serta al-Quran. Lihat sahaja Rasulullah s.a.w. yang mempunyai kuasa untuk memimpin satu Tanah Arab, tidak seperti pemimpin Rom atau Parsi, tidak juga seperti Firaun yang angkuh mentadbir bumi Allah tetapi tidak taat kepada Pencipta Alam Yang Maha Besar, Rasulullah memimpin berasaskan ketaatan kepada perintah Allah s.w.t., Baginda bukan sahaja sabar dengan cabaran dalam membangunkan Negara Islam. Para sahabat pengikut Baginda juga taat kepada perintah Baginda dan sanggup menggadai nyawa untuk melaksanakan tugasan demi meraih jihad.

SUMBER PENGURUSAN ORGANISASI PADA ZAMAN RASULULLAH S.A.W. Sumber pengurusan organisasi pada zaman Rasulullah s.a.w. akan dibincangkan dari dua aspek, iaitu sumber rujukan pengurusan serta sumber kewangan pengurusan organisasi pada zaman Rasulullah s.a.w.. Pengurusan organisasi zaman selepas wafatnya Rasulullah s.a.w., rujuk kepada al-Quran, alsunnah, amalan para sahabat, pemikiran ulama serta pemikiran semasa. Sumber rujukan pengurusan utama bagi Rasulullah s.a.w. adalah wahyu dari Allah s.w.t. dan keputusan hasil syura bersama para sahabat serta orang ramai. Pengurusan dan pentadbiran pada zaman Rasulullah s.a.w. mengutamakan syura serta kerjasama dari pelbagai pihak. Baginda walaupun pemimpin tertinggi Negara Islam, tetapi baginda mengambil perhatian pendangan pakar dan para sahabat sebelum membuat keputusan dalam menyelesaikan masalah. Manakala sumber kewangan pada zaman Rasulullah s.a.w. pula berasaskan kharaj, iaitu cukai tanah, fay cukai negeri, dan ghanimah, iaitu rampasan perang. Selain daripada itu, zakat, sedekah dan jizyah juga diterima sebagai tambahan sumber pendapatan Negara. Sumber pendapatan kewangan ini kemudian diaghikan untuk pembangunan Negara serta disalurkan sebagai bantuan kepada fakir miskin, orang tua dan cacat.

STRATEGI PENGURUSAN ORGANISASI / PENTADBIRAN AWAM DI BAWAH PIMPINAN RASULULLLAH S.A.W. Pengurusan organisasi pimpinan Rasulullah s.a.w., mengutamakan keadilan, kebenaran, kecekapan, kesederhanaan, prinsip syura serta kerjasama. Berasaskan dasar-dasar ini, dapat dilihat bahawa Rasulullah s.a.aw melantik pegawai pengurusan berlandaskan akhlak, peribadi yang unggul, ilmu yang meluas dalam agama serta bidang yang ingin diisi jawatan tersebut, kuat imannya, mempunyai semangat juang yang tinggi untuk menyebarkan agama Islam dan berdedikasi. Baginda juga mengutama dan menghormati pakar dalam bidang tertentu, seperti bidang ketenteraan Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khatib sentiasa menjadi rujukan Baginda, begitu juga sahabat-sahabat yang lain yang sentiasa menjadi rujukan dalam urusan pengurusan tempatan dan strategi perkembangan agama Islam. Bagi mendalami strategi pengurusan organisasi Rasulullah s.a.w., boleh dirujuk dalam pelbagai bidang seperti berikut:

Majlis Syura. Baginda mementingkan keputusan hasil syura dan

selalu berbincang dan berunding dengn para sahabat untuk meminta pandapat sebelum melaksanakan sesuatu tugas. Majlis Syura pimpinan Rasulullah s.a.w. terdiri daripada 7 orang Muhajirin dan 7 orang Ansar. Ahli-ahli syura ini diberi gelaran al-Nuqaba, yang bermakna ketua untuk mengislamkan ahli qabilah mereka. Tidak seperti dewan parlimen yang mewah di Malaysia, majlis syura ini diadakan di Masjid Madinah, di mana masjid ini jugalah pusat pentadbiran Negara Islam yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w., selain peranan utama masijd ini sebagai tempat beribadah, pusat dakwah, agama, sosial,menerima kunjungan tetamu dan diplomat asing, masjid ini juga dijadikan tempat surat menyurat kepada raja dan ketua Negara. Tetamu dan diplomat asing yang diterima juga terdiri daripada rombongan yang ingin memeluk Islam, maka dengan rombongan inilah Rasulullah s.a.w. membuat perjanjian bersama mereka, supaya setelah rombongan ini pulang ke wilayah masing-masing, boleh menyebarkan Islam seluas mungkin kepada ahli keluarga dan ahli qabilah mereka.

Pengurusan dan pembahagian tugas oleh Rasulullah s.a.w.

walaupun tidak dibantu oleh teknologi yang canggih, tetapi tetap jelas dan bersistematik. Asasnya, baginda mempunyai Pembantu, Setiausaha serta Penulis Rasmi. Selain itu, baginda juga mempunyai jurubahasa yang berperanan unuk melicinkan hubungan diplomatic serta penyebaran agama Islam kepada warga asing. Azid bin Thabit sebagai contoh jurubahasa yang dilantik Rasulullah s.a.w., faish bertutur dalam bahasan Parsi, Rom, Qibti, Habsyah dan juga Yahudi. Beliau yang mahir dalam bahasa juga dilantik sebagai salah seorang penulis wahyu. Setiausaha baginda pula terbahagi kepada

setiausaha yang bertanggungjawab untuk menulis surat kepada raja-raja untuk menyeru mereka memeluk agama Islam, setiausaha (al-amil) yang ditugaskan untuk urusan zakat, sedekah dan jizyah, setiausaha untuk hutang piutang, setiausaha suit (penulis rasmi), serta setiausaha diplomat untuk mengadakan perjanjian dengan pihak lain. Contohnya, Ali bin Thalib pernah dilantik sebagai setiausaha diplomat Baginda. Penyimpan Cop Mohor juga satu jawatan penting dalam strategi penyusunan organisasi Rasulullah s.a.w., AlHarith bin auf dilantik sebagai Penyimpan Cop Mohor, di mana cop mohor baginda merupakan sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi, disadur perak pada permukaannya dan terukir nama Rasulullah s.a.w. pada 3 garisan yang terdapat pada cop mohor tersebut. Pembantu atau Penasihat pada zaman Rasulullah merupakan jawatan Menteri pada zaman ini, atau lebih dikenali sebagai wazir pada zaman pemerintahan Abu Abbas al-Saffah. Baginda sering meminta nasihat dan bantuan Abu Bakar al-Siddiq yang juga diberi amanah sebagai seorang wazir.

Ketenteraan dan pertahanan pada zaman Rasulullah s.a.w. tidak

diwujudkan secara rasmi, pejuang-pejuang Islam pada masa itu melibatkan diri dalam pertahanan dan ketentaraan secara sukarela, tanpa dipaksa dan perjuangan itu adalah berasaskan kesedaran untuk mempertahankan agama serta menegakkan syariat Allah di muka bumi ini. Rasulullah s.a.w. sendiri akan menyediakan peralatan perang,dan menguruskan tentera yang cedera selain berperanan sebagai Panglima Tertinggi Tentera Islam. Baginda juga melantik panglima-panglima untuk mengetuai pasukan tentera dari semasa ke semasa.

Kehakiman pada zaman Rasulullah s.a.w. diketuai oleh Rasulullah

sendiri dengan Baginda sebagai Ketua Mahkamah Agong. Selain itu, baginda juga melantik beberapa orang hakim (kadi) wilayah di mana pengawasan ke atas hakim-hakim ini bukan terletak pada bidang kuasa gabenor tetapi dipantau terus oleh Rasulullah s.a.w., faktor ini bukan sahaja boleh menjamin kehakiman yang lebih telus dan adil, malah baginda sendiri dapat memantau terus proses kehakiman wilayah. Hakim-hakim yang dilantik perlu melalui tapisan yang ketat dan dipertimbangkan beberpa ciri-ciri yang penting iaitu alim, telah menguasai ilmu fiqh, salih, adil, jujur, bertakqwa, bijaksana, cerdas dan mampu memberi teladan yang baik.

Pentadbiran pusat dan pengurusan tempatan telah dilaksanakan

pada zaman pimpinan Nabi Muhammad. Decentralization, iaitu pemusatan kuasa masih digunapakai dalam pentadbiran negara zaman moden ini. Pemusatan kuasa ini mempunyai kelebihandalam pentadbiran kerana semua keputusan berkaitan dengan perntadbiran diputuskan oleh pusat. Keadaan ini boleh mengelakkan daripada kekeliruan

rakyat dan percanggahan polisi yang dilaksanakan. Pada zaman pimpinan Rasulullah, terdapat beberapa wilayah yang telah ditetapkan bagi memudahkan pentadbiran dan pengurusan sumber, isitu Madinah, Tayma, al-Janad, Makkah, Najran, Yaman, Hadramaut, Oman dan Bahrain. Pentadbiran tempatan di setiap wilayah Islam diserahkan kepada gabenor-gabenor (al-wali) yang dilantik Baginda sendiri. Tanggungjawab gabenor bukan sahaja untuk menyebarkan Islam di wilayah tersebut, malah juga mendidik umat Islam dengan ilmu agama Islam, menegakkan hukum Islam serta memperkukuhkan lagi dasar-dasar Islam yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w.. Gabenor bebas mengurusakan hal belanjawan di wilayah pemerintahan serta merujuk kepada majlis syura tempatan dalam hal-hal pentadbiran tanpa perlu rujuk kepada Rasulullah. Antara tugas utama seorang gabenor adalah seperti mengajar rakyat tentang Islam, menyediakan angkatan tentara dan mengetuai peperangan apabila diserang musuh dan menguruskan agihan ghanimah, selain menyelia pungutan dan agihan zakat, kharaj dan sebagainya.

KESIMPULAN Sebelum berbangkitnya kerajaan pimpinan Rasulullah s.a.w., orang Arab hidup dalam zaman jahiliah di mana struktur sosial terbahagi kepada dua, iaitu kumpulan orang Badwi yang kebanyakan hidup nomad di benua Arab Tengah yang mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain untuk mencari padang rumput untuk binatang ternak, kumpulan kedua pula adalah mereka yang tinggal di bandar dan kota-kota besar. Dari dua kumpulan besar ini, dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil. Pada zaman ini, tidak terdapat satu sistem pentadbiran yang menyatukan orang Arab di Tanah Arab, puak dan kaum masing-masing mentadbir dengan tradisi masing-masing dan tidak mempunyai persefahaman dari segi agama, sosial, ekonomi dan pembangunan. Menurut kesimpulan oleh Muhammad al-Buraey, meskipun pentadbiran bawah Rasullullah s.a.w. tidaklah canggih, namun ia mampu membangkitakan sebuah Negara Islam yang kuat dan gah, kerajaan Rom dan Parsi turut tunduk kepada kewibawaan Rasulllullah s.a.w. . Baginda mendapat mandat kepimpinan bukan daripada keturunan atau kedudukan status Baginda. Baginda telah dilantik dan diutuskan oleh Allah s.w.t. untuk menjadi pemimpin kepada sekalian umat manusia di muka bumi ini, bukanlah untuk orang Arab sahaja. (Muhammad Al-Buraey, Pembangunan Pentadbiran Menurut Perspektif Islam, hal. 221),

Keputusan pentadbiran pertama Rasulullah s.a.w. adalah perancangan, pengorganisasian, kepimpinan dan pelaksanaan rancangan penghijrahan ke Habsyah. Kedua, perancangan, pengorganisasian dan pemerintahan untuk berhijrah dari kota Makkah ke Madinah pada 1H, di mana langkah ini telah menandakan bangkitnya islamisasi di Tanah Arab. Konsep pengurusan organisasi yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w adalah berlandasrkan tiga konsep utama: Ummah (masyarakat) , muakhat iaitu persaudaraan dan perlembagaan Rasulullah yang membawa seluruh penduduk Tanah Arab, sama ada yang Islam atau bukan Islam, ke dalam sebuah organisasi politik dan sosial. Ummah Islam disusun berdasarkan kepercayaan yang mengetepikan segala pertimbangan pertalian darah. Manakala dalam sistem muakhat, dua orang Islam dijadikan pasangan dan diisytiharkan sebagai bersaudara, ini dapat memperkukuhkan ikatan perhbungan antada dua orang Islam di samping membantu merenggangkan hubungan dengan kenalan dan saudara mereka yang tida beragama. Muakhat juga bertujukan untuk mewujudkan perubahan dalam kesedaran sosiologi bagi mereka yang baru memeluk Islam. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. yang tercinta telah meninggalkan kita tetapi sunnah Baginda akan sentiasa menjadi rujukan kita dalam bidang pengurusan dan pentadbiran organisasi dan Negara, di samping al-Quran yang menjadi rujukan premier. Diagram berikut menunjukkan secara ringkasnya pengurusan pada zaman Rasulullah s.a.w. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, Pengurusan Dalam Islam, hal. 138):

Rasulullah s.a.w. (Ketua Negara)

Pemegang Mohor Rasul

Majlis Syura

Pembantu / Penasihat

Para Setiausaha

Penulis Rasmi

Pentadbiran Tempatan / Wilayah

Wali (Gabenor)

Amli (Pengutip Hasil)

Kadi (Hakim)

RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

1. Muhammad Yasin Mazhar Siddiqui. 1993. Organisasi Kerajaan PimpinanRasulullah S.A.W. Terbitan: Lahore, Islamic Publicartions (Put.) Ltd. Terjemahan: Kuala Lumpur,Dewan Bahasa dan Pustaka.

2. Muhammad Al-Buraey. 2001. Pembangunan Pentadbiran Menurut PerspektifIslam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka.

3. Ahmad Ibrahim Abu Sin. 2002. Pengurusan Dalam Islam. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

4. Mustafa Haji Daud. 1994. Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd.

5. Dr. Hafiz Ahmad Ajjaj Al-Karmi. 2012. Sistem Administrasi & Pentadbiran PadaZaman Rasulullah S.A.W. Batu Caves: Al-Hidayah Publications.

6. Rasid Muhammad. 2008. Pengurusan Islam: Teori dan Praktis. Shah Alam:Universiti Teknologi MARA.

7. Wan Liz Ozman Wan Omar. 1996. Pengurusan Islam Abad Ke-21: RevolusiPengurusan Untuk Keunggulan Sektor Awam dan Korporat. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn, Bhd,

8. Muhammad Nubli Abdul Wahab. 2008. Kecemerlangan Pengurusan OrganisasiDalam Islam: Siri 1. Kuantan: Penerbit Universiti Malaysia Pahang.

9. Zulkilfi Mohd Yusoff, Noor Naemah Abd. Rahman. 2011. Biografi Muhammad BinAbdullah: Perjalanan Hidup Seorang Nabi. Batu Caves: PTS Islamika Sdn. Bhd.

10. Ahmad Zaki Abd. Latiff, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros. 2009. Buku Teks TamadunIslam dan Tamdun Asia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

11. Pahrol Mohamad Juoi. 2011, hal. 20-25. Petikan Majalah Solusi, Artikel : MembinaNegara Cinta. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.