nota strategi,kaedah,teknik

Upload: azzati-manap

Post on 15-Oct-2015

65 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

p&p

TRANSCRIPT

  • KUMPULAN : PISMP (SEM 4) AMB JAN 2010PENSYARAH : ENCIK ELIAS BIN TALIB

  • Pendidikan adalah usaha berterusan untuk memperkembangkan potensi sumber daya manusia secara menyeluruh aspek-aspeknya rohani, inteleks,emosi dan jasmani melalui pengajaran dan pembelajaran. Dua buah konsep ini saling berkaitan dengan lainnya, iaitu pengajaran dan pembelajaran

  • Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. akan terjadi interaksi antara pengajar dan pelajar. Oleh itu, mewujudkan kegiatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan merupakan antara keutamaan yang turut mengambil fungsi penting dalam profesion seorang guru.

  • Tujuan pembelajaran yang diinginkan tentunya mencapai tahap yang optimal, untuk itu ada beberapa hal yang perlu diperhatikan oleh seorang guru iaitu ,salah satu diantaranya adalah strategi pengajaran dan pembelajaran, kaedah dan juga teknik dalam p&p.Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran kita pasti menemui istilah seperti strategi, kaedah dan teknik.

  • Istilah Dalam Pengajaran Dan PembelajaranMaksud IstilahStrategi Strategi merupakan rancangan yang teratur untuk mencapai matlamat atau kejayaan

    (kamus dewan edisi ke 3 )Kaedah Satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran

    (Ishak Ramli, 2006)

    Cara mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu).

    (kamus dewan edisi ke 4)Teknik Satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan-bahan pengajaran kepada pelajar-pelajar

    Pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. (Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz )

  • Strategi - suatu susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat dengan menggunakan tenaga, masa serta kemudahan secara optimum. Strategi pengajaran - rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pelaksanaan pendekatan dan kaedah.

  • BERPUSATKANMURIDBERPUSATKAN BAHANBERPUSATKAN BERPUSATKAN GURUMURIDPEMBELAJARAN AKSES KENDIRIKONTEKSTUALKONSTRUKTIVISMEPEMBELAJARAN MASTERIKAJIAN MASA DEPAN

  • BERPUSATKAN GURUAdalah cara paling lama digunakan dalam sistem pendidikan.

    Strategi ini mementingkan guru memainkan peranan utama untuk menguasai dan mengawal proses pengajaran dan pembelajaran.

    Murid hanya bersifat pasif.

  • Murid hanya bersifat pasif kerana hanya komunikasi sahala sahaja yang berlaku semasa proses ini. Strategi ini lebih kepada teknik hafalan.

    Kesannya, murid yang dihasilkan tidak kreatif dan tidak mempunyai inisiatif untuk meneroka ilmu-ilmu yang baru.

  • CIRI-CIRI PEMUSATAN GURUGuru memainkan peranan penting.Komunikasi sehala.Kepimpinan guru secara autokratikPencapaian objektif guru diutamakan.

  • Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni.Penyampaian fakta secara menghafal. Interaksi di antara murid adalah pasif.Murid-murid kurang kreatif.

  • BERPUSATKAN MURIDMurid lebih digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran.

    Komunikasi dua hala berlaku dalam proses ini dan guru hanya bertindak sebagai fasilitator atau pemudahcara.

  • Teknik perbincangan dijalankan dengan lebih banyak untuk memupuk sifat kerjasama dan toleransi dalam kalangan murid yang mempunyai pelbagai corak kebolehan dan minat.

  • CIRI-CIRI PEMUSATAN MURIDMurid memainkan peranan penting.Komunikasi dua hala. Guru menyoal dan juga membimbing.Kepimpinan guru secara demokratik. Perbincangan dan galakan murid memberi pendapat, objektif pencapaian murid diutamakan dan perkembangan murid secara menyeluruh.

  • Peluang interaksi di antara murid adalah positif seperti bekerjasama, bertolak ansur, dan tolong-menolong.

    Kaedah kumpulan dan perbezaan & minat murid dibentuk dengan itu, murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.

    Kaedah dan teknik yang digunakan seperti projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, dan kumpulan kecil.

  • BERPUSATKAN BAHANMemberi penekanan kepada alat-alat bantu iaitu (ABM) yang digunakan bagi membantu pengajaran guru.

    Bertujuan untuk membolehkan murid memahami isi pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan.

  • Bahan pengajaran yang sistematik dapat membantu murid untuk mengikuti pelajaran tanpa kehadiran guru.

    Sifat berdikari dalam kalangan murid dapat dipupuk kerana mereka perlu menghasilkan projek atau ujikaji tanpa kehadiran guru.

  • CIRI-CIRI PEMUSATAN BAHANBahan pelajaran memainkan peranan penting kerana guru memerlukan bantuan bahan untuk mencapai objektif pengajaran.

    Komunikasi berlaku antara guru dan bahan atau murid dan bahan pembelajaran.

    Penekanan ditekankan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid juga dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.

  • Peluang interaksi antara muid adalah banyak.

    Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil seperti permainan, ujikaji, projek, perbincangan da sebagainya.

    Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bantuan bahan-bahan pelajaran tersebut.

  • PEMBELAJARAN AKSES KENDIRIBelajar mengikut kadar dan kemampuan individu.Murid memilih gaya belajar sendiri untuk mengakses sumber pembelajaran dan menaksir tugasan untuk memantau prestasi mereka.Murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab memperoleh pengetahuan dan kemahiran secara sendiri.

  • PEMBELAJARAN MASTERIPendekatan pelajaran dan pembelajaran yang sistematik dan berkualiti.

    Pengajaran mengikut kemampuan pembelajaran murid sendiri.

    Tempoh pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi sebelum melangkah ke topik lain.

  • KAJIAN MASA DEPANMenggalakkan murid memahami kesepaduan antara pelbagai bidang ilmu.Menyediakan murid meneroka alam pekerjaan masa depan.Menyemai keyakinan diri untuk menghadapi cabaran masa depan.Melatih menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

  • KONTEKSTUALKaedah pembelajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu,masyarakat dan alam pekerjaan.Menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on.Murid dapat menghubungkaitkan kandungan mata pelajaran dengan pengalaman harian.

  • KONSTRUKTIVISMEMerupakan satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif dan menyesuaikan maklumat yang diterima dengan pengetahuan dan pengalaman sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

    Guru akan mengatur murid melakukan kajian dan menyediakan aktiviti bagi murid untuk melaksanakan sesuatu tindakan.

  • Strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran dan pembelajaran yang paling maksimum.

  • Kaedah pengajaran adalah satu tahap di mana sesuatu teori pengajaran itu cuba diaplikasikan. Hal ini dapat membantu guru untuk menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lancar sekiranya menggunakan kaedah yang berkesan . Oleh itu guru perlu bijak untuk memilih kaedah pengajaran yang bersesuaian.

  • Kaedah Kuliah kelas teori dan praktikalsesi taklimat berkenaan dengan P&Pberkesan digabung dengan teknik yang lain.Kaedah Demontrasimelibatkan lisan dan penglihatan untuk keberkesanan P&Puntuk menerangkan keadaan yang sukar hendak diterangpelajar lihat secara langsung.Kaedah Inkuiri Penemuanpembelajaran melalui pengalamanpenglibatan aktif murid-muridmenggalakan pemikiran kliritis dan analitis

  • Kaedah Masteri pelajar boleh belajar mengikut kebolehan serta objektif mereka.Membenarkan pelajar mengunakan bahan yang berbeza mengikut kebolehan mereka.Kaedah Projekmempercepatkan pembentukan kefahaman dalam proses pembelajaran.Pelajar dapat mengenalpasti, menganalisis, mereka bentuk, membangunkan dan melaksanakan serta menyelengarakan sistem yang dibina.

  • Kaedah Kolaboratifpembelajaran berlaku menerusi interaksi dengan orang lain.Membentuk hubungan antara para pelajar, pelajar akan dapat bekerja bersama-sama sebagai rakan sebaya.Kaedah Arahanguru membimbing semasa pembelajaranmurid berpeluang menegmukakan ideamenggalakkan penglibatan murid

  • 1. PENGENALAN TAJUK:Menerang dan menjelaskan skop pelajaran Memberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka2. MEMBANGKITKAN MINAT:Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk pelajar di barisan belakang.3.PERSEMBAHAN: Kuat tetapi nada mesra Jelas percakapan dan pilih perkataan Menggunakan teknik-teknik lain. Ulang butiran penting Guna lawak jenaka

    4.PENUTUP : Mengulangi perkara utama Menggalakkan perbincangan Meneguhkan perkara yang lemah

  • PENDAHULUAN : -Pelajar disusun supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk, melutut ataupun berdiri -Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini DEMONSTRASI : -Melakukan demonstrasi mengikut kadar pergerakan sebenar -Ikut cara dan prosedur yang piawai -Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan

  • DEMONSTRASI DAN PENGAJARAN : -Sewaktu membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya -Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan -Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahu. -Gunakan kaedah ansur maju dan mengajar mengikut turutan yang sebenarnya. -Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman - -Ulang demonstarsi dan butiran yang penting -Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit -Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan -Beri butiran dan perkara penting PENUTUP : -Ulang butiran atau perkara penting --Menggalakkan perbincangan Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran

  • Antara aktiviti dalam matapelajaran Pendidikan Jasmani yang sesuai untuk menggunakan kaedah ini ialah permainan kecil- Ayam dan Musang. Guru telah memberitahu peraturan permainan terlebih dahulu dan murid perlu mencari jalan sendiri untuk mengelak daripada ditangkap oleh Musang.

  • Kaedah perbincangan boleh dijalankan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani melalui beberapa aktiviti. Contohnya, guru ingin mengajar topik berkaitan Pergerakan Lokomotor.

    Guru akan membahagikan murid dalam 4 kumpulan dan mereka perlu berbincang bersama ahli kumpulan masing-masing untuk mengenalpasti aktiviti yang sesuai sebelum mereka menjalankannya

  • Selaras dengan pendekatan dan kaedah yang digunakan.Teknik yang dipraktikan mestilah membawa satu objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaya yang dikemukakan. Teknik pengajaran dapat dibahagikan kepada 3 kategori yang utama iaitu :

  • Pengajaran LangsungTeknik ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula.Teknik-teknik pengajaran yang digunakan ialah :

  • Teknik Tunjuk Cara

    Ciri-ciri teknik ini ialah;Pembelajaran melalui pemerhatian dan pendengaran.Pelajar cuba membuat dan meniru pergerakan yang dilihat walaupun berlaku kesilapan.Guru perlu melakukan tunjuk cara seberapa baik yang mungkin untuk dicontohi oleh pelajar.Gantikan dengan pelajar yang berkebolehan sebagai ganti.Gunakan gambar, slaid, filem dan lain-laian sebagai membantu penerangan.

  • Teknik Arahan

    Dalam gaya ini, guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti.Ciri-ciri teknik ini ialah;Kemahiran yang boleh dipelbagai. Guru menimbulkan suasana yang sesuai dan murid tidak ragu untuk mencuba. Arahan hendaklah jelas dan mudah difahami. Bagi mengalakkan murid mencuba secara sendiri dan lebih kreatif. Bandingkan dengan pergerakan kemahiran tertentu (permainan atau acara tertentu).

  • KELEBIHAN DAN KELEMAHANKelebihan penggunaan teknik ini ialah;1 Teknik yang berkesan.2Berfokus kepada yang ingin dipelajari.3Tidak banyak peluang untuk salah faham dan salah interpretasi. 4Persekitaran pembelajaran yang berstruktur. Kelemahan teknik ini ialah;1. Tidak ambil kira perbezaan individu (kesesuai perkembangan), anggap pelajar mencapai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama (kesesuai umur kumpulan).2. Lebih mementingkan matlamat atau hasil pengalaman pembelajaran daripada proses pembelajaran itu.

  • Pengajaran Tidak Langsung

    Teknik ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Teknik pengajaran yang digunakan ialah;

  • Teknik Bimbingan Individu

    Ciri-ciri teknik ini ialah:Memerhati setiap murid untuk mengetahui masalah pembelajaran. Gunakan beberapa pendekatan untuk membantu murid mencapai matlamatnya dan matlamat guru. Gunakan banyak gerak kerja yang berbentuk penyelidikan dan selesaikan masalah yang timbul dalam program yang dirancang. Beri peluang untuk melakukan pergerakan dari yang mudah kepada susah dan kompleks. Kenalpasti secara cepat bagi menentukan pelajar yang mampu menguasai kemahiran dalam masa singkat dan memerlukan masa yang lebih lama.

  • Teknik Mengesan

    Ada pelajar yang mengalami masalah dalam mencapai kemahiran. Disebabkan oleh :tekanan emosi,masalah koordinasi, bentuk badan dan fizikal. Guru hendaklah tahu mengesan masalah tersebut. Kemahiran ini dapat dikuasai jika guru:Boleh melakukan kemahiran dengan betul.Mengetahui tiap-tiap bahagian corak pergerakan.

  • KELEBIHAN DAN KELEMAHANKelebihan kelebihan :

    1Membenarkan penglihatan lebih oleh guru dalam proses pembelajaran.

    2.Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri.

    3. Memupuk pembangunan arah kendiri

  • Pengajaran GabunganStrategi pengajaran menggabungkan pelbagai teknik pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali.

  • Strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali. Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran dan pembelajaran yang paling maksimum.

  • Terdapat banyak strategi, kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru semasa P & PGuru bebas memilih strategi, kaedah dan teknik yang hendak digunakan kerana tiada satu pun strategi, kaedah dan teknik yang spesifik semasa proses P & P. Pemilihan ini mestilah secara kreatif agar kanak-kanak memperoleh pengalaman yang berguna.

  • Pusat Perkembangan Kurikulum. (2003). Strategi Pengajaran dan Pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Mok Soon Sang.(2009).Psikologi Pendidikan dan Pedagogi:Murid dan Alam Belajar.Selangor:Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.Noraini Idris&Shuki Osman.(2009).Pengajaran dan Pembelajaran:Teori dan Praktis.Kuala Lumpur: McGraw-Hill (Malaysia) Sdn Bhd.Shahabuddin Hashim,et.al.(2007).Pedagogi:Strategi dan Teknik mengajar dengan berkesan.Kuala Lumpur:PTS. http://www.diecoach.com/2009081896/STRATEGI-PEMBELAJARAN-PENDIDIKAN-JASMANI.htmlhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Perbincangan_Pengguna:Tetuanpari