strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran

128

Click here to load reader

Upload: noor-asma-zakaria

Post on 25-Nov-2015

206 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

pendidikan

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIKPendekatan :Adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya (Edward M. Anthony 1963). Ianya merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur-unsuraksiomatik(kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan).Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan. Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran;- konkrit ke abstrak- mudah ke kompleks- keseluruhan ke sebahagian- umum ke spesisifik (deduktif)

PENDEKATANParera (1986) :Pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian).Kamarudin Hj. Husin (1988) :satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa

3Jenis-jenis Pendekatan :4 Pendekatan Induktif dipelopori oleh aliran pemikiran behaviorisme dimulai dengan contoh-contoh khusus kpd kesimpulan umum memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan & menekankan kpd pengulangan utk mendapatkan hukum

5Konsep-konsep pndktn induktif :Mempelbagaikan perbendaharaan kata untuk mendapatkan hukumMemperkenalkan pengetahuan & pengalamanMengakumulasikan maklumat utk mbtk hukumMembentuk kesimpulan drpd cth-cth tertentu6Pendekatan Deduktif Pendekatan ini selaras dengan teori pembelajaran Gestalt pengajaran dengan mengemukakan generalisasi dan kemudian diikuti oleh contoh-contoh.bematlamatkan pemerolehan struktur kognitifPendekatan ini lebih banyak menekankan aspek tulisan

7Prinsip-prinsip Pendekatan DeduktifGeneralisasi pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisitCth-cth yang digunakan mestilah sesuai dan mencukupi Cth tidak harus datang dari guru sahaja tetapi juga dari muridCth mesti betul supaya murid dapat meniru & menghasilkan cth yang lainPemahaman generalisasi murid mesti dinilai melalui pelbagai cara8Kelebihan: Cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran.Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu membuat banyak persediaan.Pendekatan ini patut dan sesuai digunakan oleh kerana secara tradisinya, guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.9Pendekatan EklektikPendekatan eklektik merupakan gabungan daripada dua pendekatan lain iaitu pendekatan deduktif dan induktif. Pendekatan eklektik bermaksud pengajaran disampaikan dengan menggabungkan semua atau sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baru. 10Pengajaran eklektik amat penting dalam membantu meningkatkan kemahiran mengeja dan juga kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak.

Pendekatan eklektik digunakan apabila sesuatu pengajaran memerlukan guru menggunakan berbagai-bagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja. 11Teori eklektik berpegang kepada satu fahaman bahawa kaedah yang baik diterap dari berbagai-bagai sistem dan pendekatan.

Pendekatan eklektik merupakan satu usaha bagi menyatukan cara hubungan yang rapat di antara berbagai-bagai pendekatan.

Usaha ini juga berkaitan dengan cara bagi merapatkan ke arah satu pertemuan yang baik dalam penggunaan pendekatan tersebut 12Cara yang demikian merupakan satu permulaan bagi menggabungkan kaedah yang pelbagai itu ke arah satu sistem yang munasabah untuk dilaksanakan ke dalam proses pengajaran.

Walau bagaimanapun penggabungan tidak boleh disamakan dengan teori eklektik, tetapi di antara satu kaedah dalam teori eklektik adalah penggabungan. 13Pendekatan KomunikatifFokus kpd aktiviti berinteraksi dan berkomunikasi Tujuan : - Guna bahasa yang betul semasa komunikasi - Membentuk satu tatacara yang berkesan bagi mengajar empat kemahiran bahasa iaitu membaca, memahami, menulis dan bertutur

14Pendekatan InduktifPendekatan DeduktifPendekatan EklektikPendekatan Komunikatif Khusus kepada umum Pengajaran mendapatkan hukum Banyak menggunakan contoh Umum kepada khusus Pengajaran berdasarkan hukum Kemukakan genelisasi Gabungan induktif dan deduktif Pengajaran mengikut kebolehan dan kemampuan kanak-kanak Bahasa sebagai satu komunikasi Pengajaran lebih kepada dialog Situasi yang menyerupai keadaan sebenarKaedah :Terus atau semulajadiOral-auralLinguistikFonetikKaedah :LinguistikSemulajadiTerusKaedah :Linguistik Oral-auralSemulajadiTerusKaedah : Linguistik Oral-aural TerusTeknik :BerbincangBrainstormingSoal jawabTeknik :Main perananBerceritaLakonan/ dramaTunjuk caraTeknik :Penyelesaian masalahTunjuk caraLatih tubiSoal jawabTeknik :BerceritaBrainstormingSoal jawabBerbincangPermainan bahasaSumber : Kamaruddin Husin (1988)15KAEDAHKaedahKaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan.Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun.

Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih(Edward M. Anthony, 1963).

KAEDAHMangantar Simanjuntak (1982) :satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang di gunakan. Parera (1986) :satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagian-bahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan Ishak Ramly (2006) :satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran. 17Jenis-jenis Kaedah pengajaran:

Kaedah terusKaedah semulajadiKaedah askar atau tenteraKaedah ajuk-hafazKaedah linguistikKaedah oral-auralKaedah terjemahanKaedah psikologiKaedah kod-kognitifKaedah khusus Kaedah SocratesKaedah inkuiri-penemuanKaedah penyiasatanKaedah kerja praktisKaedah dapatan

18Kaedah Inkuiri (Penemuan)Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu :P1- Kenal pasti masalahP2- Rancang penyelesaianP3- Kumpul maklumatP4- Buat tafsiranP5- Buat kesimpulan

Kaedah kumpulan- perbincangan kumpulan- kuliah perbincangan- kerja jawatankuasa- main peranan- Sesi Buzz- Sumbangsaran- Wawancara- Konferens

Kaedah penyelesaian masalahIa meliputi- Projek- Tinjauan- Penyelidikan atau penjelajahan- Tunjukcara atau demonstrasi- Kelab kesihatan- Lawatan

Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan yang panjang, memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik. Dalam kelas Pendidikan Jasmani pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut.Menganalisis dan memahami masalahMenyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat.Membentuk jawapan yang mungkin.Pilih dan uji penyelesaian alternatif.Pilih penyelesaian yang sesuai.Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Kelebihan1.Menggalakkan interaksi antara pelajar2.memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi3.menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji

KelemahanLebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guruKadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan.

Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

Kaedah KolaboratifKolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan.

Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat.

Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru.

Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.

Prinsip pembelajaran ini ialahkesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan.

Kaedah KoperatifUnsur- unsur pembelajaran koperatif ialahmurid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan.

Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif.

Murid belajar secara aktif dan bukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan.

Murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan.

Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif.

Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat.Kaedah Terus :Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak.menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu:Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-pengalaman sedia ada.timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan.mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.

26Kaedah Semulajadi : hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan.

Kaedah Oral-Aural :kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur. menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi yang betul.

Kaedah Linguistik :Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).

27TEKNIKTeknikIalah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya teknikbercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang sarandan lain-lain.

Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ;- Umur- Kebolehan- Kecerdasan- Minat

Kamus Dewan (edisi ketiga) :kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony : satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz :pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. 29Jenis-jenis Teknik pengajaran:

a. Berceritab. Bersyarahc. Perbincangand. Demonstrasie. Latih tubi dan hafazanf. Penyoalang. Drama/lakonanh. Main perananSimulasi

j. Penyelesaian masalahk. Sumbangsaranl. Permainanm. Kajian kesn. Lawatano. Permainan bahasap. Inkuiriq. Perbahasanr. Kuiz

30Teknik simulasi

Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat.

Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit.

Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.

Teknik main peranan

Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih.

Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip.

Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.

Teknik latih tubi

Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar.

Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan, amali dan bertulis.

Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari.

Teknik demonstrasi

Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran.

Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan.

Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi.

Contoh guru boleh mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang.

Teknik sumbangsaran

Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan.

Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitutopik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid.kumpulan terdiri dari murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehanpengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar.setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan.semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum.cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.

Contoh teknik mengajar kemahiran asas

Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran dengan betul. Lazimnya apabila teknik kelakuannya betul maka hasilnya pastilah betul.

Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran yang dipilih adalah memukul. Bagaimanakah kelakuan memukul dilakukan? Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepadacara-cara memegang kayu; iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki, kedudukan bola, hayunan, ikut lajak, sentuh bola ,dan sebagainya.

Teknik berbincang teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan dan kawalan guru.

Teknik brainstorming teknik yang berbentuk perbincanganKanak-kanak digalakkan berfikir secara kreatif dan aktif untuk menghuraikan pendapatnya.

Teknik soal jawab teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan kanak-kanak.Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan kanak-kanak akan menjawab soalan tersebut.Mempunyai aras kesukaran soalan37Teknik main perananteknik yang melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. pengalaman secara spontan.

Teknik bercerita Guru memilih cerita yang sesuai dengan kanak-kanak dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendap diajarkan.

Teknik tunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan kanak-kanak bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, kanak-kanak diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum kanak-kanak menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan.38Teknik penyelesaian masalah teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliyaan guru. Kanak-kanak diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.

Teknik latih tubi pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu, untuk menjamin kekekalannya.

Teknik permainan bahasa guru membentuk satu situasi yang memerlukan kanak-kanak menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.

39STRATEGIStrategiIalah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknikuntuk mencapai objektif jangka panjang.

Konsepnya adalah berteraskan kepada ;- Kebijaksanaan memilih pendekatan- Kecekapan merancang kaedah dan teknik- Berdasarkan objektifnya

Prinsip dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara.

Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang dijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai situasi rangsangan.

Oleh itu strategi pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu di guna pakai sebagai panduan :Adakan tujuan khas yang biasanya ditulis dalam bentuk objektif pengajaranyang berteraskan kepada domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif.

Domain psikomotor merujuk kepada perkembangan kemahiran manipulatif atau motor.Domain kognitif merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalam perkembangan kebolehan dan kemahiran intelek.Domain afektif merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan penghargaan individuObjektif psikomotor ditulis dalambentuk eksplisitdan sebaiknya ditulis dalambentuk SMART iaitu menekankan perkara berikut;- Kemahiran yang khusus- Boleh diukur- Boleh dicapai- Munasabah- Masa mencukupi

Dedahkan hanya satu kemahiran baru sahaja dalam sesuatu kemahiran yang diajar bagi satu sesi pengajaran.Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan.Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal perjalanan kelas.Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau melakukan latih tubi atau mengambil bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran.Latih tubi secara ansur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja dan bentuk latihannya perlu ada kesinambungan atau berhubung kait.Adakan pertandingan bersyarat atau permainan kecil yang boleh menimbulkan motivasi murid atau perangsang.

Langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5P ;P1- Penerangan (semasa, maklum balas)P2- Praktik (pengelolaan)P3- Pelakuan (tunjuk cara, tepat dan berulang)P4- Permainan atau pertandinganP5- Penyeliaan atau pembetulanPengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu.Guru perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan agar mudah dilihat oleh murid-murid.Elakkan bercakap atau memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukan atau memberikan perhatian.Penilaian atau refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan pengajaran pembelajaran.

Secara keseluruhannya, pendekatan adalah bersifat aksiomatik dan menggambarkan hakikat bahasa dan proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar. Kaedah pula adalah bersifat prosedur dan teknik merupakan perlaksanaan kaedah dalam kelas. 45KeSiMPuLaNTerdapat banyak pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru semasa P & P

Guru bebas memilih pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang hendak digunakan kerana tiada 1 pendekatan, kaedah dan teknik yang spesifik semasa proses P & P.

Pemilihan ini mestilah secara kreatif agar kanak-kanak memperoleh pengalaman yang berguna.

46

Dalam pendekatan yang berpusatkan guru, kaedah yang boleh digunakan adalah seperti yang berikut:penerangan penjelasan bercerita huraian memberi nota syarahan demonstrasi

Dalam pendekatan yang berpusatkan murid, kaedah yang boleh digunakan adalah seperti yang berikut: bercerita bacaan latih tubi pembelajaran akses kendiri inkuiri penemuan soal jawab main peranan demonstrasi penyelesaian masalah sumbang saran projek pembelajaran koperatif amali CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHANSila lihat youtube.com dan cari STRATEGI PENGAJARAN BERPUSATKAN BAHAN

http://www.youtube.com/watch?v=sCWA3RoopcgAktiviti 1Bahagikan kepada 3 kumpulan.Aplikasi 3 strategi pembelajaran kepada:Berpusatkan guruBerpusatkan muridBerpusatkan bahanMerancang AktivitiPenilaianPelaksanaanMODEL INDUKTIFKenalpasti Maklumat Memberikan contoh-contohSediakan ContohMembuat KesimpulanMencuba GeneralisasiMembuat GeneralisasiMembuat KonsepMemberikan contoh-contohPendekatan Induktif/ Binaan/ Jumpaan

JENIS-JENIS PENDEKATAN INDUKTIF

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN STRATEGI PENGAJARAN INDUKTIF

LANGKAH-LANGKAH STRATEGI PENGAJARAN DENGAN PENDEKATAN INDUKTIFKEBAIKAN PENDEKATAN INDUKTIF

KONSEP PENDEKATAN DEDUKTIF

JENIS-JENIS PENDEKATAN DEDUKTIF

PRINSIP-PRINSIP PENDEKATAN DEDUKTIF

PROSEDUR PENGAJARAN DEDUKTIF

KELEBIHAN PENDEKATAN DEDUKTIF

KELEMAHAN PENDEKATAN DEDUKTIFKONSEP PENDEKATAN ELEKTIF

Strategi Pengajaran Kumpulan Dengan Pendekatan ElektifKonsep Pendekatan KomunikatifPENDEKATAN KOMUNIKATIF DAN TEORI PEMBELAJARAN

PRINSIP PENDEKATAN KOMUNIKATIF (BRUMFIT DAN JOHNSON (1989) DAN LITTLEWOOD (1981)

REKABENTUK PENGAJARAN PENDEKATAN KOMUNIKATIF

OBJEKTIF PENDEKATAN KOMUNIKATIF

PRINSIP-PRINSIP PENDEKATAN KOMUNIKATIF

KONSEP PENDEKATAN ORAL

CIRI-CIRI PENDEKATAN ORAL(PALMER DAN HORNBY)

Sub - Topik TemaSub - TopikKumpulan CerdasKumpulanSederhanaSub - TopikKumpulanLambatBerdasarkan pendapat tersebut, Pembelajaran Masteri boleh dirumuskan sebagai:

suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.Mengapa Pembelajaran Masteri?Pembelajaran Masteri wajar dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana guru perlu menyedari bahawa:

i. Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza.ii. Murid memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan berkesan. iii. Murid mesti menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan. Prinsip Pembelajaran MasteriPrinsip asas dalam Pembelajaran Masteri ialah: i. Murid normal boleh mempelajari apa yang diajarkan oleh guru. ii. Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai. iii. Murid memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan. iv. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelasApakah ciri-ciri Pembelajaran Masteri?Ciri-ciri Pembelajaran Masteri adalah seperti yang berikut: i. Hasil pembelajaran perlu ditentukan. ii. Hasil pembelajaran disusun mengikut hierarki atau unit pembelajaran. iii. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menyeronokkan. iv. Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK). v. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.vi. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru. vii. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri. viii. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri. Unit Pembelajaran 1Pengajaran & PembelajaranPenilaianSudahkah murid menguasai?

Unit Pembelajaran 2TeruskanTindakan Susulan Aktiviti PengayaanYaTidakYaPenentuan Hasil PembelajaranTindakan Susulan Aktiviti PemulihanModel Pembelajaran MasteriRASIONAL PELAKSANAAN PEMBELAJARAN MASTERI

PERSIAPAN MELAKSANAKAN PEMBELAJARAN MASTERI

Mengapakah Perlu Penilaian?Penilaian dalam Pembelajaran Masteri bertujuan untuk:i. Mengesan pencapaian murid. ii. Mengenal pasti murid yang cerdas, sederhana dan lemah. iv. Mengenal pasti sama ada Hasil Pembelajaran sudah atau belum dikuasai. v. Mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran. v. Menentukan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang perlu dijalankan. vi. Menentukan keberkesanan kaedah, bahan atau aktiviti pengajaran dan pembelajaranKesimpulan

Pengajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran yang berasaskan andaian bahawa pelajar boleh menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan, sekiranya mereka diajar jelas dalam masa yang mencukupi. (Bloom et al. dalam Woolfolk, 1998: 334)Pendekatan pengajaran yang mempunyai ciri-ciri masteri telah lama dilaksanakan sejak zaman Comenius, Pestalozzi dan Herbert (Bloom, 1974).

Bagaimanapun, penggunaannya pada zaman moden ini banyak terhasil dari kajian dan penulisan Bloom.Aplikasi pengajaran masteri adalah berasaskan model pembelajaran oleh Benjamin Bloom (1968) dan diubahsuai oleh Block.

Pendekatan pengajaran masteri pada asalnya adalah berasaskan pengajaran berpusatkan pelajar dan berlaku dalam kumpulan.Terdapat juga strategi pengajaran masteri yang berbentuk individu atau pelajar belajar sendiri.

Untuk menggunakan pengajaran masteri, guru mesti memecahkan sesuatu unit pembelajaran kepada tajuk-tajuk kecil.

Setiap tajuk kecil ini pula mengandungi beberapa objektif khusus.

Masteri bermaksud mencapai kemahiran seperti dalam objektif pembelajaran dengan memperoleh skor 80% ke atas dalam ujian.

Guru perlu memberitahu pelajar mengenai objektif-objektif dan kriteria untuk mencapai objektif-objektif tersebut.Pelajar yang tidak mencapai tahap minimum dalam ujian atau pelajar yang dapat mencapai skor minimum, tetapi masih tidak berpuas hati dengan pencapaian, boleh mengulang semula tajuk kecil tersebut sebelum beralih kepada tajuk kecil lain. Dalam pengajaran masteri, peranan guru adalah menyediakan bimbingan atau pelajaran tambahan kepada pelajar yang belum menguasai sesuatu tajuk kecil.Terdapat beberapa cara melaksanakannya Guru boleh mengaturkan supaya pelajar mendapat bantuan daripada rakan sebaya sesama atau berlainan kelas atau ahli-ahli lain dalam kumpulan pembelajaran koperatif. Sekiranya ketiadaan masa atau tenaga (guru atau pelajar), guru boleh mengadaptasi pengajaran masteri ini dalam bilik darjah biasa, iaitu guru menegaskan objektif yang perlu dicapai.

Selepas pembelajaran, guru memberi ujian untuk menguji kefahaman pelajar mengenai tajuk kecil tertentu. sambungan..Pelajar yang telah mencapai tahap masteri yang ditetapkan, boleh diberi aktiviti penggayaan, seperti memberi tugasan simulasi komputer, projek kajian atau menyelesaikan masalah kreatif. (Woolfolk, 1998; 334)

Apa itu pembelajaran kontekstual?Mengikut teori pembelajaran kontektual, pembelajaran berlaku apabila murid memproses maklumat baru atau pengetahuan dengan cara yang ia dapat memberi permaknaan kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dalam dunia dalaman mereka sendiri iaitu ingatan, pengalaman, dan tindakbalas). Pendekatan pengajaran dan pembelajaran sebegini beranggapan bahawa fikiran secara semulajadi mencari makna dalam konteks, iaitu yang ada hubungan dengan persekitaran semasa seseorang itu, dan ia mencari perhubungan yang memberikan makna dan kelihatan bergunaBerdasarkan ini, pembelajaran kontekstual memberikan fokus ke atas pelbagai aspek persekitaran pembelajaran, sama ada bilik darjah, makmal, makmal komputer, tempat kerja, atau ladang.

Pembelajaran kontekstual menggalakkan guru untuk memilih dan/atau mereka persekitaran pembelajaran yang menerapkan sebanyak mungkin pengalaman yang berbeza (sosial, budaya, dan psikologikal).

Dalam persekitaran sebegini, murid-murid akan menemukan hubungan yang bermakna antara idea abstrak dan penggunaan yang praktikal dalam konteks dunia sebenar; konsep-konsep akan disebatikan melalui proses penemuan, pengukuhan, dan membuat kaitan.Bagaimana pembelajaran kontekstual boleh dilaksanakan di sekolah?

Terdapat beberapa strategi yang berasaskan pembelajaran kontekstual yang boleh dilaksanakan di sekolah untuk menjayakan pembelajaran iaitu:

Menghubungkait, Mengalami, Menggunakan, Bekerjasama, dan PemindahanApa itu pembelajaran koperatif?Pembelajaran koperatif ialah sejenis pembelajaran kolaboratif yang spesifik. Dalam pembelajaran koperatif, murid-murid bekerjasama dalam kumpulan kecil sewaktu menjalankan aktiviti yang berstruktur.

Mereka mempunyai akauntabiliti ke atas kerja mereka, dan kerja kumpulan mereka dibuatkan pentaksiran.

Murid-murid dalam kumpulan bekerja secara bersemuka dan belajar bagaimana untuk bekerja dalam kumpulan sebagai satu pasukan.

Sewaktu bekerja dalam kumpulan kecil, murid-murid boleh berkongsi kekuatan mereka dan juga dapat mengembangkan kemahiran mereka yang lemah.

Kemahiran interpersonal murid-murid dapat dikembangkan. Murid akan belajar bagaimana menangani konflik. Bila kumpulan-kumpulan koperatif dibimbing oleh objektif yang jelas, murid-murid yang terlibat dengan pelbagai aktiviti dapat memahami pelajaran yang diterokai.Sebagai jaminan pembelajaran koperatif boleh berlaku, tiga perkara adalah perlu:1 - murid perlu merasa selamat, tetapi dicabar.

2 - kumpulan hendaklah cukup kecil agar semua ahli dapat menyumbang.

3 - tugasan yang perlu dibuat bersama mestilah jelas. Kes 1

Anda ditugaskan mengajar di kelas tingkatan 2 yang pelajarnya mempunyai tahap pencapaian sederhana. Semasa pengajaran, anda mendapati bahawa Aini dan Aminah sering berbisik dan kadangkala disusuli dengan ketawa kecil setiap kali anda menulis sesuatu di papan tulis. Johari dan Ah Chong juga kerap berbisik sesama mereka berdua tetapi ketawa kecil tidak kedengaran. Mary yang duduk bersebelahan tingkap lebih kerap memandang ke luar daripada menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Muthu dan Omar berpura-pura menulis setiap kali pengajaran berlaku. Apakah persepsi anda dan bagaimanakah anda menangani situasi tersebut?

TUJUAN SIMULASI

KEBAIKAN AKTIVITI SIMULASI

KELEMAHAN AKTIVITI SIMULASI

KONSEP SOSIODRAMA

KONSEP MAIN PERANAN

AKTIVITI MAIN PERANAN

TEKNIK LATIH TUBI

Kesimpulannya 1. Strategi pengajaran:a. Berpusatkan gurub. Berpusatkan pelajarc. Berpusatkan bahan

2. Kaedah pengajaran:a. Kaedah Socratesb. Kaedah inkuiri-penemuanc. Kaedah penyiasatand. Kaedah kerja praktise. Kaedah dapatan

3. Teknik pengajaran:a. Berceritab. Bersyarahc. Perbincangand. Demonstrasie. Latih tubi dan hafazanf. Penyoalang. Drama/lakonanh. Main peranani. Simulasij. Penyelesaian masalahk. Sumbangsaranl. Permainanm. Kajian kesn. Lawatan4 Pendekatan pengajaran:a. Daripada konkrit kepada abstrakb. Daripada mudah kepada kompleksc. Daripada keseluruhan kepada bahagiand. Daripada umum kepada spesifik (deduktif)e. Daripada spesifik kepada umum (induktif)f. Daripada dekat kepada jauhg. Daripada diketahui kepada belum diketahuih. Pendekatan Masterii. Pendekatan Kontekstualj. Pendekatan Koperatif

5. Ketrampilan pengajaran:Set induksiKemahiran menerangKemahiran menunjuk caraKemahiran penyoalanKemahiran Variasi rangsanganKemahiran Penggunaan papan tulisKemahiran Penggunaan BBMKemahiran PengukuhanKemahiran Penutup

HUBUNGKAIT ANTARA STRATEGI,PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK.

PENDEKATAN

MODEL PRINSIP DAN TEORI PEMBELAJRANSTRATEGI PENGAJARAN

KAEDAH-KAEDAH

TEKNIK-TEKNIK MENGAJAR

AKTIVITI

KLASIFIKASI STRATEGI PENGAJARAN -PEMBELAJARAN

CIRI-CIRI STATEGI PEMUSATAN GURU

CIRI-CIRI PEMUSATAN MURID.