nota guru - kaedah penyelidikan saintifik

25
1 Penyelidikan Ilmiah/ Saintifik Maksud penyelidikan : Tuckman (1999): Penyelidikan adalah cara sistematik bagi mwndapatkan jawapan untuk sesuatu soalan. Kerlinger (1964) Penyelidikan saintifik adalah penyiasatan sistematik terkawal, bercorak empirikal dan kritikal mengenai perhubungan di kalangan fenomena Ahmad Mahdzan (1992): Penyelidikan adalah usaha-usaha bagi mencari jawapan kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah. Oleh itu boleh dirumuskan penyelidikan adalah satu usaha untuk menyelesaikan sesuatu masalah khusus secara sistematik, terkawal, intensif dalam pengumpulan data secara saintifik bagi menambahkan ilmu pengetahuan terkini dalam sesuatu bidang Tujuan Penyelidikan 1. Penyelidikan dapat membantu manusia mencari makna dan kebenaran tentang fenomena dunia. Kebenaran boleh terhasil daripada penyelidikan yang baik (sistemmatik, saintifik dan dinamik) (Mohd Najib 1999). 2. Melalui penyelidikan juga kita dapat mengekploitasikan sumber kemanusiaan (sikap, kemahiran, ilmu, kecerdasan dan amalan), membuat inovatif atau mereka cipta sesuatu yang baru bagi tujuan memudahkan kehidupan manusia atau mengesahkan sesuatu yang dianggap benar/ tidak oleh seseorang atau kumpulan manusia . 3. Menjadi tuntutan agama mencari kebenaran, (Al-Quran Surah Yunus, 36) “Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melaiankan sesuatu sangkaan sahaja, (pada hal)sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran(iktikad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan”. Ciri-ciri Penyelidikan saintifik/ ilmiah ( dalam Rusinah Joned 2002) 1. Penyelidikan sebagai proses yang saintifik iaitu sesuatu penyelidikan itu perlu proses yang teratur, tersusun, dan mempunyai langkah-langkah yang harus dipatuhi.

Upload: azizan-talib

Post on 27-Jun-2015

2.140 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

1

Penyelidikan Ilmiah/ Saintifik Maksud penyelidikan :

Tuckman (1999): Penyelidikan adalah cara sistematik bagi mwndapatkan jawapan

untuk sesuatu soalan.

Kerlinger (1964) Penyelidikan saintifik adalah penyiasatan sistematik terkawal,

bercorak empirikal dan kritikal mengenai perhubungan di kalangan fenomena

Ahmad Mahdzan (1992): Penyelidikan adalah usaha-usaha bagi mencari jawapan

kepada soalan-soalan khusus yang dikemukakan tentang sesuatu masalah.

Oleh itu boleh dirumuskan penyelidikan adalah satu usaha untuk menyelesaikan sesuatu

masalah khusus secara sistematik, terkawal, intensif dalam pengumpulan data secara

saintifik bagi menambahkan ilmu pengetahuan terkini dalam sesuatu bidang

Tujuan Penyelidikan 1. Penyelidikan dapat membantu manusia mencari makna dan kebenaran tentang

fenomena dunia. Kebenaran boleh terhasil daripada penyelidikan yang baik

(sistemmatik, saintifik dan dinamik) (Mohd Najib 1999).

2. Melalui penyelidikan juga kita dapat mengekploitasikan sumber kemanusiaan (sikap,

kemahiran, ilmu, kecerdasan dan amalan), membuat inovatif atau mereka cipta sesuatu

yang baru bagi tujuan memudahkan kehidupan manusia atau mengesahkan sesuatu

yang dianggap benar/ tidak oleh seseorang atau kumpulan manusia .

3. Menjadi tuntutan agama mencari kebenaran, (Al-Quran Surah Yunus, 36)

“Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melaiankan sesuatu sangkaan sahaja,

(pada hal)sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak

menentukan sesuatu dari kebenaran(iktikad). Sesungguhnya Allah Maha

Mengetahui akan apa yang mereka lakukan”.

Ciri-ciri Penyelidikan saintifik/ ilmiah ( dalam Rusinah Joned 2002)

1. Penyelidikan sebagai proses yang saintifik iaitu sesuatu penyelidikan itu perlu

proses yang teratur, tersusun, dan mempunyai langkah-langkah yang harus

dipatuhi.

2

2. Sesuatu penyelidikan mestilah berorientasikan maslah. Penyelidikan hanya

dilakukan jika penyelidik merasakan wujud masalah dan menjadi keperluan

untuk dikaji maslah tersebut bagi menyelesaikannya.

3. Penyelidikan berbentuk empirikal iaitu kajian tersebut adalah merupakan

kombinasi antara pengalaman dan pengetahuan yang dilakukan mengikut

kaedah-kaedah tertentu (Simon 1969)

3

Contoh Jadual Ringkas Penyediaan Kertas Cadangan Penyelidikan/ Proposal

1. PENDAHULUAN Kenapa, Mengapa menjalankan penyelidikan

Pengenalan/Latar belakang masalah

Pengenalan kepada isu secara umum dan ikuti perbincangan berkaitan maslah yang dikaji secara khusus.

Pernyataan masalah 1. Apa masalah yanh hendak dikaji 2. Mengapa masalh itu perlu dikaji

Objektif kajian/ penyelidikan dibuat

Tujuan kajian/penyelidikan

Persoalan kajian Apakah soalan yang hendak diuji

Hipotesis kajian Jangkaan penyelidik terhadap hasil kajian

Batasan kajian Apakah kekangan-kekangan yang dihadapi oleh oleh seseorang pengkaji bila menjalankan kajian

Definisi Istilah/takrifan sesuatu konsep/ penting dalam sesuatu kajian

Beri penjelasan sesuatu konsep atau istilah

2. SOROTAN KAJIAN/ TINJAUAN LITERATUR

Sorotan yang berkaitan dengan isu yang dikaji atau ada landasan empirikL. Ada sorotan yang mungkin menyokong atau berbeza dalan hasil dapatan yang hendak dikaji

3. METODOLOGI Bagaimana? Siapa? Dan Bila?

Kaedah/ Prosedur Cara bagaimana Sampelan dan populasi Siapa yang dikaji Tempat penyelidikan Dimana dikaji Instrumentasi Apakah alat yang

digunakan untuk mendaptkan data kuantitatif/ kualitatif

Jangkamasa Bila masa dijalankan/ sertakan jadual penyelidikan

4. Keputusan Pendahuluan Maklumbalas ringkasan metodologi dan proses

Keputusan deskriptif Jadual dan graf tentang sampel

Keputusan Inferensi Jadual dan graf merujuk kepada populasi

5. Perbincangan dan Pendahuluan Nyatakan ringkasan

4

kesimpulan latarbelakang masalah, prosedur dan keputusan dalam bab 4,

Perbincangan hasil dapatan

Membincangkan keputusan denagn membuat implikasi berdasarkan sorotan penulisan

Kesimpulan Sintesis dan penilaian Cadangan Cadangan penyelidikan

akan datang, Cadanagn pada pihak-pihak tertentu

5

Proses membina permasalahan kajian atau pernyataan masalah.

Latar belakang masalah;

Dalam bahagian ini seseorang pelajar wajar terus membincangkan subjek yang hendak

dikaji atau senario yang berkaitan dengan masalah yang dikaji secara umum.

*Perlu diingat pelajar perlu terus membincangkan apa yang hendak dikaji secara umum

tanpa membincangkan senario yang besar secara panjang lebar tetapi senario yang

berkaitan apa yang hendak dikaji.

Membuat pernyataan masalah

Masalah yang hendak dikaji boleh di peroleh melalui pengalaman, pemerhatian ataupun

bacaan. Pada kebiasaannya bila membuat pernyataan masalah atau mencari masalah

yang di kaji seseorang individu wajar menanyakan beberapa soalan.

1. APA YANG HENDAK DI KAJI?

2. MENGAPA/ KENAPA IA PERLU DIKAJI?

3. APA PENTINGNYA KAJIAN ITU?

4. KEPADA SIAPA KAJIAN ITU RELEVAN?

5. BOLEHKAH IA DI KAJI?

6. APAKAH BATASAN -BATASAN YANG DIHADAPI?

Dari segi permasalahan yang hendak dikaji, terdapat pelbagai bidang yang boleh

dibuat kajian. Dalam konteks sekolah menengah bidang-bidang yang boleh dibuat

kajian adalah seperti berikut; (LIHAT LAMPIRAN YANG DIBERI)

Cuba kenal pasti masalah dan jawab soalan-soalan berikut:

1. APA YANG HENDAK DI KAJI?

2. MENGAPA/ KENAPA IA PERLU DIKAJI?

3. APA PENTINGNYA KAJIAN ITU?

4. KEPADA SIAPA KAJIAN ITU RELEVAN?

5. BOLEHKAH IA DI KAJI?

6. APAKAH BATASAN -BATASAN YANG PERLU DIHADAPI?

6

Objektif kajian.

Objektif kajian adalah ”Apakah yang hendak dicapai dalam sesuatu kajian”.

”Pada kebiasaannya, kita memulakan sub topik ini dengan

”Objektif kajian ini ialah”

1. Mengetahui jenis vitamin yang terdapat dalam 2 jenis makanan ringan misalnya

(kentang goreng dan keropok ikan)

2. Mengetahui adakah pertalian antara makanan ringan tertentu (kentang goreng

dan keropok ikan) dengan penyakit tertentu

3. Mengetahui kesan makanan ringan misalnya (kentang goreng dan keropok ikan)

Ke atas penyakit tertentu

Persoalan / Soalan Kajian (berkaitan dengan objektif kajian).

Persoalan kajian yang dibina harus merujuk objektif kajian yang hendak dicapai.

Contohnya:

1. Apakah jenis vitamin yang terdapat dalam makanan ringan (kentang goreng dan

keropok ikan) tersebut?

2. Adakah terdapat pertalian di antara makanan ringan (kentang goreng dan

keropok ikan) tersebut dengan penyakit?

3. Adakah terdapat kesan yang signifikan jenis makanan ringan dengan penyakit

tertentu?

Definisi Istilah/Definisi Operasi

Definisi istilah atau definisi operasi bermaksud pengkaji memberikan maksud

sesuatu istilah yang digunakan dalam konteks kajiannya.

Contoh:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan vitamin? Jenis vitamin?

2. Apakah maksud kentang goreng? kentang goreng yang macam mana? Yang

dikeluarkan oleh individu atau syarikat dibuat sendiri atau kilang dan lain-

lain.

3. Apakah maksud penyakit? Kumpulan penyakit ke atau jenis penyakit,

penyakit apa?

7

*Pendefinisian istilah yang tepat akan memudahkan seseorang pengkaji itu

mengkaji dan mengukurnya

PENYELIDIKAN SAINTIFIK

1. Pengenalan

Penyelidikan saintifik adalah penyelidikan yang dijalankan secara tersusun, sistematik

dan mempunyai pembolehubah yang terkawal. Penyelidikan saintifik bersifat empirik

iaitu perlu ada eviden tentang pernyataan-pernyataan yang dibuat melalui analisis data

dan maklumat yang dikumpul untuk membuktikan suatu hipotesis atau teori.

Penyelidikan saintifik melibatkan :

a) pengukuran

b) kebolehpercayaan (reliability)

c) kesahihan (validity)

d) kawalan pembolehubah

e) kerawakan (randomization) sampel

f) generalisasi hasil kajian

a) Pengukuran

Proses memberi nilai kepada pembolehubah untuk membolehkan pengkaji

membuat analisis data dan seterusnya dapat membuat kesimpulan bagi

penyelidikan yang dilakukan.

b) Kebolehpercayaan

Ciri-ciri pengukuran yang dapat memberi nilai atau gambaran yang sama apabila

diuji pada sampel yang berlainan. Walaubagaimana pun, semua pengukuran

terdapat ralat (error). Semakin kecil ralat yang diperolehi, semakin tinggi

kebolehpercayaan alat ukur (instrumen) yang digunakan. Contoh instrumen

kajian ialah soal selidik.

c) Kesahihan

Kebolehan suatu instrumen untuk mengukur pembolehubah tertentu. Contoh,

pembaris meter hanya sesuai untuk mengukur panjang dan tidak sesuai untuk

mengukur suhu. Oleh itu pembaris mempunyai kesahihan yang tinggi apabila

8

digunakan untuk mengukur panjang dan mempunyai kesahihan yang sangat

rendah jika digunakan untuk mengukur suhu. Pengkaji perlu mengenalpasti

instrumen yang digunakan mempuyai kesahihan yang tinggi untuk mengukur

suatu pembolehubah supaya data yang diperoleh lebih tepat.

d) Kawalan pembolehubah

Konsep asas penyelidikan saintifik yang lebih bersifat kajian berbentuk

eksperimen. Pembolehubah boleh dibahagikan kepada pembolehubah

manipulasi (manipulated variable), pembolehubah bergerak balas (responding

variable) dan pembolehubah yang dimalarkan (fixed variable). Pengkaji yang

ingin membuat kajian tentang keberkesanan baja organik kepada penghasilan

buah naga di Air Paabas perlu mengenal pasti dahulu pembolehubah-

pembolehubah yang terlibat. Kemudian mengkategorikan pembolehubah-

pembolehubah tersebut mengikut kajian yang akan dijalankan.

Bagi semua penyelidikan saintifik berbentuk eksperimen, pengkaji perlu

membuat satu ekperimen kawalan untuk melihat kesan sebenar keatas

eksperimen tersebut. Bagi melihat keberkesanan baja organik ke atas

penghasilan buah naga, kita perlu ada sebatang pokok buah naga yang tidak

diberi baja organik. Satu pokok lain diberikan baja. Kemudian pengkaji akan

bandingkan penghasilan buah naga dari kedua-dua pokok tersebut.

e) Kerawakan sampel

Teknik pemilihan sampel secara rawak berasaskan semua sampel mempunyai

kemungkinan yang sama untuk dimasukkan dalam kumpulan eksperimen atau

kumpulan kawalan. Pemilihan sampel yang baik secara rawak dapat

menghasilkan suatu kajian yang representatif kepada satu populasi di mana

kajian dilakukan.

f) Generalisasi hasil kajian

Biasanya diperoleh di akhir kajian yang memberi gambaran sama ada

kesimpulan kajian yang dihasilkan dapat mewakili (representatif) kepada

kumpulan sampel atau populasi yang berlainan. Hasil kajian yang dilakukan

boleh dibuat generalisasi yang baik jika perkara-perkara di atas telah diambil

kira sepangjang kajian itu berjalan atau dilakukan.

9

2. Keperluan Penyelidikan Saintifik

Penyelidikan saintifik memerlukan beberapa perkara seperti :

a) teori

b) pernyataan masalah

c) hipotesis

d) Bantuan dan peralatan

e) Bebas daripada bias

a) Teori

Penyelidikan saintifik memerlukan teori yang melibatkan konsep, definisi secara

operasi , eviden dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah tentang

suatu fenomena. Teori yang baik hanya ada satu idea utama yang mudah untuk

difahami dan ia merupakan dsasar penyelidikan saintifik. Teori dalam

penyelidikan saintifik dapat mengurangkan kekeliruan semasa hendak membuat

kajian

b) Pernyataan masalah

Pernyataan yang bertujuan untuk mengwujudkan satu keadaan yang

menggerakkan seseorang untuk menyelesaikan dan membahaskannya. Oleh itu,

pernyataan masalah perlu dilakukan secara lebih kritis.

c) Hipotesis

Perumusan jawapan sementara tentang suatu permasalahan dan berusaha untuk

mencari untuk mencari jawapan yang sebenarnya melalui eksperimen.

Penyelidikan yang baik biasanya mempunyai beberapa hipotesis untuk

dibuktikan kebenarannya. Hipotesis yang baik mempunyai ciri seperti berikut :

i) dinyatakan mengikut perkara yang hendak diteroka oleh pengkaji.

ii) jelas, sederhana dan terbatas.

iii) dapat diuji, diukur dan dibuat perbandingan.

10

d) Bantuan dan peralatan

Penyelidik perlu mendapatkan pelbagai bantuan dari pakar luar dan peralatan

yang canggih untuk mendapat keputusan yang lebih tepat. Perkara ini mungkin

memerlukan sedikit perancangan yang lebih teratur untuk mendapatkan data.

e) Bebas daripada bias

Penyelidikan memerlukan kebebasan mental dan materai untuk membuat kajian.

Tujuan penyelidikan ialah untuk mencari kebenaran. Oleh itu penyelidik perlu

mempunyai sifat ikhlas dan tidak bias (berat sebelah) semasa hendak membuat

kajian atau membuat keputusan. Sebagai seorang penyelidik ia harus

bertanggungjawab terhadap apa yang telah dikaji.

11

Contoh Penyelidikan Saintifik

12

PENGENALAN

Tinjauan literatur ialah mengkaji hasil karya yang pernah dilakukan oleh orang

lain. Tinjauan ini dilakukan berpandukan kepada bahan-bahan bercetak seperti buku,

jurnal, tesis, dan surat khabar. Buku dan jurnal dirujuk boleh didapati di perpustakaan.

Selain daripada bahan bercetak, tinjauan juga boleh dilakukan melalui media elektronik

dalam laman-laman web dalam internet.

Tinjauan literatur amat penting kerana ia dapat memberikan idea dan hala tuju

mengenai penyelidikan yang akan dilakukan. Umumnya ia ditulis mengikut susunan

subtopik tertentu mengikut minat dan kaedah yang dipegang oleh seseorang pengkaji.

Terdapat dua komponen utama dalam tinjauan literatur :

1. Kerangka teori (Theoritical framework)

2. Kajian yang berkaitan berdasarkan sesuatu tajuk penyelidikan

Manakala untuk kajian yang berkaitan, sekurang-kurangnya terdapat tiga gaya

penulisan:

1. Pemecahan subtopik kepada kajian dalam negeri dan luar negeri, atau

2. Pemecahan subtopik berasaskan pembolehubah-pembolehubah yang terlibat

dalam penyelidikan berkenaan.

3. Pemecahan subtopik mengikut objektif kajian

Jika penulisan berdasarkan pemecahan sub-topik kepada kajian dalam dan luar negeri,

maka, senarai susunan keutamaan adalah seperti berikut :

1. Tinjauan literatur tajuk sama dalam negeri

2. Tinjauan literatur tajuk sama luar negeri

3. Tinjauan literatur bidang sama dalam negeri

4. Tinjauan literatur bidang sama luar negeri

5. Tinjauan literatur tajuk hampir sama dalam negeri

6. Tinjauan literatur tajuk hampir sama luar negeri

7. Tinjauan literatur bidang hampir sama dalam negeri

8. Tinjauan literatur bidang hampir sama luar negeri

13

TUJUAN

1. memberi idea mengenai pembolehubah

2. mengumpul maklumat mengenai kerja-kerja penyelidikan yang telah dibuat.

3. mengetahui status kajian itu diluar.

4. memperolehi makna dan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah.

5. mengenalpasti masalah sebenar

6. membina hipotesis kajian

7. merancang metodologi yang sesuai

STRATEGI PENCARIAN LITERATUR (LITERATURE SEARCH STRATEGY)

Kerja-kerja yang berkaitan dengan pencarian kajian literatur boleh menjadi sesuatu

yang menggembirakan atau membosankan.

• Bagaimana dan di mana kita harus bermula?

• Apakah strategi yang paling sesuai digunakan untuk mencari literatur yang

relevan?

• Apakah perkhidmatan-perkhidmatan yang telah sedia ada di perpustakaan untuk

kemudahan pencarian?

Terdapat banyak strategi yang telah digunakan oleh para pengkaji, tetapi tiada satu

pun yang terbaik untuk semua orang. Ini disebabkan oleh proses pencarian maklumat

banyak bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada pada seseorang. Ini

bermakna, seseorang yang langsung tiada pengetahuan asas tentang sesuatu topik

tertentu akan mempunyai titik permulaan dan urutan yang berbeza dengan mereka yang

telah biasa dan mahir.

Sesetengah orang lebih cenderung memulakan pencarian mereka dengan

menggunakan komputer (on-line database). Memang kaedah ini amat baik dan berguna,

namun ianya mempunyai beberapa kelemahan yang perlu disedari:

1. Hanya rujukan terkini yang boleh didapati melalui pencarian berkomputer,

kerana ia banyak bergantung kepada pengkalan data yang disediakan.

14

2. Sukar mendapatkan latar belakang dan overview yang lebih luas (broad

overview) tentang sesuatu masalah daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh

individu-individu tertentu.

Bagi sesetengah orang, sumber sekunder (secondary sources) seperti buku dan

ensaiklopedia, merupakan titik permulaan yang baik dalam proses pencarian maklumat

kerana ia dapat memberi gambaran yang lebih luas tentang sesuatu masalah atau topik

yang ingin dikaji. Seterusnya, sumber primer (primary sources) digunakan untuk

mengukuh dan memantapkan sesuatu idea atau dapatan yang diperolehi sebelumnya.

Secondary sources – sources of data in research in which an author has

evaluated and summarized previous research. Eg: text books, encyclopedias

Primary sources – Firsthand source of data in research; the original study.

Eg: Journals, Dissertation or theses abstracts.

15

ENAM LANGKAH DALAM PENCARIAN LITERATUR (SIX STEPS IN THE

LITERATURE SEARCH)

• Tulis pernyataan masalah

• Rujuk sumber sekunder (secondary sources)

o Ensaiklopedia

o Research reviews

• Tentukan descriptors

• Akses sumber preliminary (preliminary sources)

o Abstrak

o Indeks

o Bibliografi

o Sistem maklumat perpustakaan

o Pencarian berkomputer

Adjusting the scope of the search

Obtaining the primary sources

Personal computer

o Perkhidmatan lain di perpustakaan

• Baca dan rekod literatur

• Tulis sorotan literatur

(i) Menulis pernyataan masalah (Write the problem statement )

Pernyataan masalah perlu ditulis dengan lengkap (complete) dan jitu (concise).

Daripada pernyataan masalah, kita boleh tentukan persoalan dan objektif kajian.

Sebagai contoh, katakan seorang pengkaji ingin menyiasat perbezaan pengetahuan

matematik dan amalan pengajaran di antara guru berpengalaman dan guru baru. Antara

persoalan yang boleh ditimbulkan ialah:

Sejauh manakah tahap pengetahuan matematik yang dimiliki oleh guru berpengalaman

dan guru baru?

16

Adakah tahap pengetahuan matematik mempengaruhi amalan pengajaran ?

Apakah sumber pengetahuan matematik bagi seseorang guru ?

Persoalan-persoalan ini akan membantu pengkaji menjuruskan pencarian literatur yang

benar-benar relevan dan menyeluruh.

(ii) Rujuk sumber sekunder ( Consult secondary sources )

Langkah ini akan membantu kita mendapatkan overview bagi sesuatu topik.

Walau bagaimanapun ianya boleh diabaikan jika pengkaji telah memiliki pengetahuan

yang mendalam tentang perkara tersebut. Sumber sekunder seperti buku dan

ensaiklopedia akan membantu apabila seseorang pengkaji memiliki pengetahuan yang

amat terhad tentang topik yang ingin dikaji. Ianya akan memberi maklumat latar

belakang dan gambaran yang lebih luas hasil penelitian terhadap ringkasan beberapa

kajian terdahulu.

Antara sumber sekunder yang terkenal ialah :

Ensaiklopedia – Ensaiklopedia menyediakan satu gambaran keseluruhan bagi sesuatu

maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian dan ringkasan pengetahuan tentang

sesuatu bidang. Contoh ensaiklopedia ialah; Encyclopedian Of Educational Research,

Handbook Of Research On Teaching, Encyclopedia Of Physical Education, dll

Research Review – Research review adalah sumber maklumat yang terbaik kerana;

• Pengumpulan literatur terkini dalam research review telah disediakan oleh

mereka yang pakar dan berpengetahuan tinggi.

• Selain daripada koleksi literatur, pengarang juga telah membuat penerangan

yang kritikal dan mensistesiskannya dalam ringkasan yang bersepadu.

• Pengarang (reviewer) selalunya mencadangkan bidang-bidang yang memerlukan

kajian lanjutan.

Antara contoh research review ialah: Review Of Educational Research, Annual Review

Of Psychology, Psychological Review, dll.

17

(iii) Tentukan descriptors (Determine descriptors)

Descriptors adalah terma-terma yang boleh membantu untuk meneroka sumber

yang berkaitan dengan sesuatu topik. Untuk contoh kajian: An Investigation Of

Pedagogical Content Knowledge And Teaching Practices Among Experienced And

Novice Mathematics Teachers, antara descriptors yang jelas ialah; PCK (Pedagogical

Content Knowledge), teaching practices, mathematical knowledge, expert teacher,

subject matter knowledge, classroom practices, professional knowledge, dsb.

Descriptors boleh diklasifikasikan sebagai major dan minor. Descriptor major

seperti ‘mathematics expert teacher’ akan menjuruskan lagi hasil pencarian. Sebahagian

daripada pengkalan data (database) mempunyai descriptors yang tersendiri untuk

sesuatu topik.

(iv) Mencari sumber preliminary (Search preliminary sources)

Biasanya kita menggunakan sumber preliminary untuk mendapatkan sumber

primer, khususnya pencarian melalui komputer. Sumber preliminary biasanya terdiri

daripada abstrak dan indeks.

Abstrak – Abstrak ialah ringkasan yang padat (concise summary) bagi sesuatu hasil

kajian. Ianya merupakan sumber maklumat yang amat bernilai, khususnya kepada para

pengkaji. Antara sumber abstrak yang terbesar ialah; “Dissertation Abstracts

International” (http://wwwlib.umi.com/cresearch/main), yang mana mengandungi

abstrak bagi disertasi daripada kebanyakan kolej dan universiti di Amerika Syarikat;

“Psychological Abstracts”, “Resources in Education”, dan “Current Index to Journals

in Education”.

Indeks – Beberapa indeks menyediakan rujukan kepada majalah dan artikel jurnal yang

berkaitan dengan sesuatu topik khusus. Kebanyakan bahan abstrak dan indeks

mengandungi makalah jurnal dan kertas kerja persidangan. Terdapat juga judul-judul

yang meliputi buku-buku, penerbitan rasmi, dan filem. Antara contoh indek yang

digunakan secara meluas dalam penyelidikan pendidikan ialah seperti; ERIC1

(http://www.askeric.org), “Education Index”, “Social Science Index”, “Physical

Education Index”, “PsycINFO2”, dan “Current Content3”.

18

1ERIC (Educational Resources Information Center) is the world's largest

source of educational information, with more than 1 million abstracts of

documents and journal articles on education research and practice. ERIC,

established in 1966, is supported by the U.S. Department of Education, Office

of Educational Research and Improvement, and the National Library of

Education. It also corresponds to the printed indexes Resources in Education

(RIE) and Current Index to Journals in Education (CIJE)

[http://www.askeric.org ]

2PsycINFO – A computer search in the field of behavior science. PsycINFO

selects key words and lists appropriate titles, identifying authors and journals.

3Current contents – This small weekly magazine, published by the Institute

for Science Information, contains the table of contents of journals published

recently within a general content area and divides journals by subarea.

Bibliografi – Bibliografi menyenaraikan buku-buku dan artikel berkenaan sesuatu

topik. Terdapat dalam berbagai bentuk, bergantung kepada bagaimana maklumat itu

disenaraikan. Semuanya mengandungi nama penulis, tajuk buku / artikel, nama jurnal,

dan maklumat penerbitan. Sebahagian daripada bibliografi adalah beranotasi

(annotated), iaitu mempunyai penerangan ringkas tentang nature dan skop sesuatu

artikel atau buku.

Perlu diingat bahawa seseorang pengkaji tidak wajar mengambil atau mencatat

bulat-bulat mana-mana rujukan yang terdapat dalam sesuatu buku atau artikel, tanpa

membacanya sendiri. Ini akan dapat meyakinkan kita bahawa sumber-sumber berkenaan

benar-benar wujud dan kandungannya relevan dengan topik kajian. Ingatlah bahawa :

• Penulis sebelumnya mungkin cuai dan memetik sumber atau sumber-sumber

yang tidak betul.

• Penulis sebelumnya mungkin memperolehi dapatan kajian yang terkeluar dan

berbeza daripada maksud penulis asal atau fahaman kita sendiri.

19

Antara contoh koleksi bibliografi ialah; “Annotated Bibliography on Movement

Education”, “Completed Research in Health”, “Physical Education”, dll

Sistem maklumat perpustakaan – Penggunaan kad katalog yang mengandungi

maklumat penulis dan subjek sudah dianggap ketinggalan zaman. Hampir semua

perpustakaan universiti pada hari ini telah menggunakan sistem pengkalan data

berkomputer dan berada dalam talian (on-line) serta boleh diakses di mana-mana. Kita

boleh memilih sama ada ingin membuat pencarian dengan berdasarkan nama

pengarang, judul buku, atau nombor panggilan. Status dan kedudukan buku-buku yang

dikehendaki akan dapat diketahui dengan mudah dan cepat. Antara sistem yang

digunakan oleh kebanyakan perpustakaan universiti ialah “On-line Public Access

Catalog” ( OPAC - TelNet ) / “Virtual Integrated Library System” ( VTLS ).

Pencarian berkomputer – Kemudahan perkhidmatan komputer telah memberi

sumbangan besar kepada bidang penyelidikan, khususnya dalam mencari kajian

literatur. Ianya menjadikan pencarian lebih sistematik, efektif, dan efisen. Terdapat

beberapa pengkalan data (database) yang boleh diakses melalui komputer peribadi sama

ada di sekolah atau di rumah. Pencarian boleh dibuat sama ada secara on-line atau

dengan menggunakan CD-ROM. Pengkalan data yang besar (seperti ProQuest dan

EBSCOHost) perlu dilanggan (subcribe), manakala beberapa terbitan lain boleh diakses

secara percuma.

Pencarian berkomputer secara on-line memerlukan kemahiran berikut:

• Penyelarasan (adjusting) skop pencarian dengan menggunakan “boolean”.

• Memilih artikel berkaitan dari sumber primer, menyimpan (save) dan edit fail

(artikel yang dipaparkan)

• Menggunakan kemudahan Internet seperti search engine (eg: www.google.com),

FTP, Newsgroup, e-group, dan sebagainya.

Perkhidmatan lain di perpustakaan – Perkhidmatan yang boleh didapati di

perpustakaan bergantung kepada institusi di mana anda berada. Selain daripada

perkhidmatan yang biasa (seperti katalog, OPAC, interlibrary loan, dan sebagainya),

kebanyakan perpustakaan universiti menyediakan koleksi CD-ROM terkini dalam

pelbagai bidang dan langganan-langganan terbaru dengan beberapa pengkalan data

secara on-line. Dapatkan kata nama (username) dan kata laluan (password) daripada

20

Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM) di universiti-universiti berkenaan, untuk akses

masuk ke pengkalan data atau jurnal tertentu. Sebahagian daripada pengkalan data dan

e-journal adalah untuk akses dalaman sahaja (accessible in campus only).

(v) Membaca dan merekod literatur (Read and record the liteature)

Setelah literatur yang berkaitan dibaca dan difahami, maka ianya perlu direkod.

Perekodan melibatkan proses menulis maklumat utama (spt: penulis, judul artikel/buku,

nama buku/jurnal, dan maklumat penerbitan) dan membuat ulasan serta abstrak bagi

setiap literatur yang terpilih. Ulasan dan abstrak yang baik umumnya mengandungi

sekurang-kurangnya lima bahagian utama:

1. Tajuk kajian

2. Tujuan dan hipotesis kajian

3. Metodologi

o Reka bentuk kajian

o Persampelan

o Instrumen

o Analisis statistik

4. Dapatan kajian

5. Perbincangan dan kesimpulan

Selain daripada mengguna kad-kad yang bersaiz 5” x 3”, maklumat utama, ulasan dan abstrak boleh dikumpul dengan menggunakan perisian berkomputer. Contohnya: Biblio Reference Manager

(http://www.biblioscape.com/downloadreq.htm).

Kaedah ini akan menjadikan segala kerja kita lebih mudah, sistematik dan terkini.

(vi) Menulis kajian literatur (Write the literature riview)

Setelah semua bahan literatur dikumpul, dibaca dan difahami sepenuhnya, proses menulis boleh bermula. Kajian literatur biasanya mengandungi tiga bahagian utama:

• Pengenalan (Introduction) • Isi (Body) • Ringkasan dan kesimpulan (summary and conclusions)

21

KEMAHIRAN AKADEMIK KAEDAH PENYELIDIKAN SAINTIFIK REKA CIPTA

1. MENGENAL PASTI DAN MENGANALISIS MASALAH

Pernyataan Masalah 1. Terangkan situasi dan keperluan orang yang terlibat untuk menunjukan masalah

yang timbul. 2. Perlu menggunakan kata kunci untuk menerangkan situasi yang menjurus

kepada penyelesaian masalah: Contoh kata kunci: Susah/lambat/bahaya/sakit/penat/membazir tenaga/tidak tepat/tidak tahanlasak

3. Setiap pernyataan masalah mesti ada: i.) Situasi masalah ii.) Kata kunci

Pengumpulan Data Kaedah pengumpulan data:

disarankan mengumpul data melalui soal selidik sekurang-kurangnya 5 soalan yang berkaitan dengan masalah yang dikenalpasti (soalan mesti dilampirkan)

perlu menyatakan tarikh,masa,lokasi bilangan responden sekurang-kurangnya 30 orang sediakna jadual hasil soal selidik bagi setiap soalan

Huraian Data Pelajar perlu menghuraikan data yng diperolehi bagi setiap soalan samada dalm bentuk

peratusan carta graf

Rumusan Data

Rumusan mesti dapat menyokong masalah yang dikenalpasti dinyatakan dalam bentuk peratusan atau bilangan :

contohnya : seramai 80% responden mengatakan tangan mereka tercedera sewaktu mengupas durian

Peringatan : pelajar jangan sekali-kali menyatakan alat yang hendak dihasilkan dalam bahagian ini

BIL KRITERIA 1.1 Menyatakan masalah yang hendak

diselesaikan dengan jelas

1.2 Mengumpul data/maklumat yang berkaitan dengan masalah

Sumber data / maklumat dinyatakan Borang soal selidik berkaitan

1.3 Menghuraikan data / maklumat dengan tepat

1.4 Merumus masalah dengan jelas Dapat menghubungkait antara data / maklumat dan masalah

22

2. MEMBUAT PENYELIDIKAN DAN PENYIASATAN BERHUBUNG DENGAN REKA CIPTA

BIL KRITERIA 2.1 Mengumpulkan data atau maklumat reka

ciptaan yang sedia ada (inovasi) ATAU

Mengumpul data/maklumat mengenai reka ciptaan yang baru (penemuan baru)

Nyatakan sumber data: Maklumat / bahan bacaan / media cetak / media elektronik / pengalaman sendiri / pengalaman orang lain / soal selidik / temubual

2.2 Menganalisis fungsi reka ciptaan yang sedia ada dengan jelas (inovasi)

ATAU Menganalisis teori-teori yang menerangkan fungsi berkaitan (penemuan baru)

2.3 Menyenaraikan hasil dapatan daripada maklumat yang diperolehi

Wajib menyenaraikan sekurang-kurangnya dua reka ciptaan dari segi kelemahan dan kekuatan fungsi (untuk inovasi sahaja)

2.4 Membuat rumusan daripada hasil dapatan dengan jelas

Produk Sedia Ada 1. Setiap sumber rujukan dan data yang diambil mesti ada kaitan dengan

penyelesaian masalah yang telah dikenal pasti. 2. Menganalisis fungsi reka ciptaan yang telah dikenal pasti 3. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua (2) reka ciptaan dan menerangkan

tentang kelebihan fungsi dan kelemahan fungsi sumber rujukan itu. 4. Membuat rumusan yang menyokong kepada pembinaan produk baru bagi

mengatasi masalah yang telah dikenalpasti. Penemuan Baru 1. Mengumpul teori-teori mengenai penemuan baru 2. Menganalisis teori-teori mengenai penemuan baru dengan menaplikasi teori /

prinsip hukum alam, contoh : Geseran/tekanan/gravity/apungan/sejatan/Tegangan/putaran/memontum dan lain-lain.

3. Menyenarai maklumat yang diperolehi dari teori-teori yang dianalisis 4. Membuat rumusan mengenai teori-teori yang berkaitan dengan masalah yang

dikenalpasti.

23

3. MENJANA DAN MEMBENTUK BERBAGAI-BAGAI IDEA KE ARAH PENYELESAIAN MASALAH

Pelajar dikehendaki :-

• Menyenaraikan sekurang-krangnya 2 idea yang berlainan cara penyelesaian. • Menjana setiap idea dengan lakaran belabel. • Menerangkan fungsi idea secara ringkas dan jelas.

Langkah-langkah Penghasilan

• Menyatakan prinsip/idea/konsep/hukum am/hukum alam/sifat tabii dll. • Bagaimana prinsip/idea/konsep/hukum am/hukum alam/sifat tabii dll berfungsi

dalm menyelesaikan masalah. Sintesis Idea (Gabungan Idea) 1. Contoh : Saya menggabungkan Idea 1 iaitu pengisaran dengan Idea 2 iaitu

putaran kerana dirasakan pengisaran dan purata dapat menghancur serta melupuskan kertas.

2. Bila disebut gabungan, ianya mestilah melibatkan lebih daripada 1 idea. 3. Pelajar perlu menunjukkan hasil penyataan gabungan itu dalam bentuk lakaran

berlabel. Membuat Perbandingan Dari Segi Kefungsian Idea

− Sekurang-kurangnya dua idea dari segi kekuatan dan kelemahan fungsi − Boleh dinyatakan dalam bentuk jadual atau lakaran berlabel.

4. Mencipta dan mereka bentuk reka ciptaan

BIL KRITERIA 4.1 Menghasilkan lakaran

perkembangan reka bentuk yang berlabel

Menghasilkan ilustrasi melalui pandangan perspektif

4.2 Mempamerkan gambaran awal reka ciptaan yang berlabel

4.3 Menghasilkan lakaran reka bentuk sebenar secara terperinci

Lakaran berlabel dan berdimensi

4.4 Mengaplikasi rupa bentuk sebenar secara lukisan “rendering”

Menghasilkan ilustrasi berwarna

BIL KRITERIA 3.1 Mengenal pasti dua kaedah atau prinsip yang

berbeza dan menghasilkan idea dalam bentuk lakaran berlabel

3.2 Menjana idea melalui lakaran perkembangan

Sekurang-kurangnya dua idea dijana

3.3 Mensintesis idea dengan menunjukkan hasil gabungan dalm bentuk lakaran berlabel

3.4 Membuat perbandingan dari segi kefungsian idea yang digunakan berbeza dengan alat sedia ada.

Sekurang-kurangnya dua idea darisegi kekuatan dan kelemahan fungsi.

24

Lakaran Perkembangan Reka Bentuk Pelajar perlu melakar perkembangan rekabentuk dan aspek seperti rekabentuk,

saiz, susun atur serta menerangkan pada bahagian yang difikirkan perlu. Pelajar perlu juga menghasilkan lakaran dengan beberapa peringkat

perkembangan sehingga terhasilnya gambaran awal rekaciptaan. SEKURANG-KURANGNYA 2 LAKARAN BERLABEL

Gambaran Awal Reka Bentuk Pelajar perlu mempamerkan gambaran awal rekciptaan dalm bentuk 3 dimensi dengan lakaran yang dilabelkan. Ukuran dalm dan luar produk tidak dikira sebagai label. Contoh label seperti tangkai, motor, suiz, penutup dll. (TAK PERLU DIWARNA) Menghasilkan Lakaran Reka Bentuk Sebenar Secara Terperinci Lakaran berlabel dan berdimensi TAK PERLU DIWARNA Mengaplikasi Rupa Bentuk Sebenar Secara Lukisan Menghasilkan ilistrasi berwarna 5. Perancangan pembinaan reka ciptaan

Rekod Kerja dan Carta Alir 1. Menulis maklumat mengenai semua kerja-kerja penghasilan folio dan artifak

kedalam Jadual Rekod Kerja 2. Menyediakan carta alir kerja individu dengan menggunakan simbol yang betul 3. Kesalahan Umum :

• Jadual Kerja tiada pengesahan guru pembimbing • Carta alir menggunakan simbol yang salah • Pengisian maklumat dalam carta alir tidak menerangkan kerja individu

yang dilaksanakan Bahan 1. Menyebutkan semua bahan termasuk komponen tambahan. 2. Menyenaraikan semua bahan/ komponen yang digunakan dalam penghasilan

prototaip, kuantiti/unit serta anggaran kos bagi setiap bahan 3. Bahan kitar semula atau guna semula atau percuma perlu juga dianggarkan

kosnya ( nilai skrap )

BIL KRITERIA 5.1 Menyediakan rekod kerja (diari) dan carta alir

kerja individu Carta alir menggunakan simbol yang betul

5.2 Menyenaraikan bahan / komponen yang sesuai untuk pembinaan reka ciptaan

5.3 Menganggarkan kos pembinaan reka ciptaan

5.4 Memilih sistem dan fungsi yang berpotensi dan berseuaian dengan reka bentuk reka ciptaan

25

Kos Pembinaan 1. Komponen kos pembinaan ialah, Kos bahan, kos upah dan Kos sampingan 2. Kos pembinaan ialah kos untuk membina satu unit produk. 3. Kesalahan Umum

• Kos upah dan sampingan tidak dimasukkan Memilih Sistem dan Fungsi yang Berpotensi dan Bersesuaian dengan Reka Bentuk Reka Ciptaan Contoh : sistem hidrolik, electromagnet, tuas dll 6. Pembinaan reka ciptaan

BIL KRITERIA 6.1 Menghuraikan langkah-langkah

pembinaan reka ciptaan dengan lakaran berlabel

6.2 Menyenaraikan peralatan kerja pembinaan

6.3 Menyatakan spesifikasi reka ciptaan -Fungsi -Saiz -Had kemampuan -Dan lain-lain (mana-mana dua)

6.4 Mencadangkan pengubahsuaian model berfungsi / prototaip

Cadangan dari segi proses/ kaedah / bahan

Langkah-Langkah Pembinaan Artifak 1. Lakaran kerja pembinaan yang penting mesti dilakarkan dengan berlabel

mengikut turutan kerja contohnya cara mengimpal, memotong, dan lain-lain.

2. Sekurang-kurangnya 2 langkah pembinaan

Peralatan Kerja Pembinaan

• Menyenaraikan Peralatan • Menerangkan Kegunaan

Spesifikasi Artifak dan Bahan 1. Spesifikasi sekurang-kurangnya 2 kategori contohnya:

• Saiz/ukuran/dimensi • had kemampuan • komponen • sumber tenaga

Mencadangkan Pengubahsuaian Model/Prototaip Dari segi proses/kaedah/bahan