pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

30
32 Tajuk 3 Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran Sinopsis Bab ini merangkumi subtopik-subtopik Jenis Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran serta faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik pengajaran. Di samping mengemukakan definisi dan prinsip am setiap pendekatan dan strategi, ciri-ciri utama dan langkah-langkah pelaksanaan setiap kaedah dan teknik akan ditekankan. Penganalisisan dan rumusan terhadap kekuatan dan kekurangan setiap pendekatan dan strategi pengajaran juga dibincangkan. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat: 1. Membezakan model, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran 2. Menghuraikan prinsip-prinsip am pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran. 3. Menghuraikan ciri-ciri utama dan langkah-langkah pelaksanaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran. 4. Menganalisis dan merumuskan kekuatan dan kekurangan setiap pendekatan dan strategi pengajaran Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik pengajaran Pendekatan Pengajaran Strategi Pengajaran Kaedah dan Teknik Pengajaran Pemusatan Guru Pemusatan Murid Pemusatan Bahan Pemusatan tugasan/ aktiviti Induktif Tematik Deduktif Integratif Eklektik Bermain Bercerita Lawatan Demonstrasi Perbincangan Penyelesaian Masalah

Upload: bynanie-maira

Post on 08-Jan-2017

368 views

Category:

Education


25 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

32

Tajuk 3 Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik Pengajaran

Sinopsis

Bab ini merangkumi subtopik-subtopik Jenis Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik

Pengajaran serta faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik

pengajaran. Di samping mengemukakan definisi dan prinsip am setiap pendekatan dan

strategi, ciri-ciri utama dan langkah-langkah pelaksanaan setiap kaedah dan teknik akan

ditekankan. Penganalisisan dan rumusan terhadap kekuatan dan kekurangan setiap

pendekatan dan strategi pengajaran juga dibincangkan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat:

1. Membezakan model, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

2. Menghuraikan prinsip-prinsip am pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran. 3. Menghuraikan ciri-ciri utama dan langkah-langkah pelaksanaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran. 4. Menganalisis dan merumuskan kekuatan dan kekurangan setiap pendekatan dan strategi pengajaran

Pendekatan, Strategi, Kaedah dan

Teknik pengajaran

Pendekatan

Pengajaran

Strategi Pengajaran

Kaedah dan Teknik

Pengajaran

Pemusatan Guru

Pemusatan Murid

Pemusatan Bahan

Pemusatan tugasan/ aktiviti

Induktif

Tematik

Deduktif

Integratif

Eklektik

Bermain

Bercerita

Lawatan

Demonstrasi

Perbincangan

Penyelesaian Masalah

Page 2: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

33

3.1 Pendekatan Pengajaran

Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang

diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas. Di dalam konteks pendidikan,

konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif pelajaran yang

ditentukan untuk pengajaran dan pembelajaran, maka pendekatan adalah merujuk kepada

cara bagaimana sesuatu mata pelajaran yang diajarkan untuk mencapai objektifnya.

Terdapat beberapa pendekatan yang akan dibincangkan iaitu pendekatan induktif, deduktif,

integratif, eklektik dan tematik.

3.1.1 Pendekatan induktif

Pendekatan induktif bermula daripada spesifik kepada umum, iaitu dimulakan dengan

sesuatu sebab atau contoh dan menuju ke arah sesuatu generalisasi (J.M. Kierzek dan

Gibson, 1960). Hal ini bermaksud seseorang guru boleh membantu pelajar menguasai

konsep atau generalisasi berasaskan pemerhatian atau contoh-contoh yang diperoleh.

Prinsip-prinsip pengajaran secara induktif:

Guru merancang aktiviti pengajaran yang berkisar daripada contoh khusus kepada suatu generalisasi atau kesimpulan umum.

Bahan bantu mengajar harus disediakan untuk membantu pelajar membuat kesimpulan.

Contoh khusus yang releven dan sesuai harus dipelbagaikan untuk menerangkan sesuatu supaya generalisasi dapat dicapai dengan mudah.

Guru membimbing pelajar untuk membuat kesimpulan dengan memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati dan menganalisis contoh agar generalisasi dapat dibuat.

Proses pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pendekatan induktif menekankan pengajaran secara urutan yang tepat, iaitu contoh-contoh spesifik kepada umum

Rajah 3.1 : Proses pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah induktif

Secara amnya, pendekatan induktif digunakan bergantung pada hasil pembelajaran yang

diinginkan. Jika guru inginkan pelajar memahami proses bagaimana sesuatu konsep atau

generalisasi diperoleh, contohnya dalam pengajaran sains mengenai topik magnet, seorang

Contoh-contoh khusus

Memerhati dan mengkaji

Mentafsir dan membuat

generalisasi

Page 3: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

34

guru akan memulakan aktiviti pelajar diberikan satu kelompok bahan (klip kertas, pemadam,

butang plastik, paku, duit, pensel, paku tekan, pemberis plastik dan pembaris logam).

Kemudian pelajar diberikan sebatang magnet untuk melihat bahan manakah yang akan

melekat pada magnet. Akhirnya, pelajar dikehendaki untuk merumuskan dalam satu ayat

tentang eksperimen mereka. Pelajar dengan bimbingan guru akan membuat rumusan

bahawa “magnet akan menarik bahan-bahan yang diperbuat daripada logam”. Guru boleh

mengakhiri pelajaran dengan menggambarkan generalisasi dalam bentuk pengurusan grafik

atau gambar visual.

Sekiranya pelajar masih belum menguasai apa yang diajar, guru seharusnya meminta

pelajar menyatakan peraturan konsep atau perkaitan-perkaitan yang mereka dapati

sepanjang tempoh pengajaran sehingga mereka berjaya menguasainya.

(Rujukan: http://lrs.ed.uiuc.edu/students/m-weeks/deduct.html)

Cuba buat Renungan Buat refleksi bagaimana anda mengikut prinsip pendekatan induktif dengan memberikan contoh pengajaran guru mengenai pemahaman sesuatu konsep yang lain

3.1.2 Pendekatan Deduktif

Pendekatan deduktif adalah jenis pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik

dan pendekatan ini merujuk kepada satu pembelajaran, di mana pelajar bermula dengan

hukum yang umum dan digunakan dalam kes-kes tertentu (Brian Seaton, 1982).

Rajah 3.2 : Proses pengajaran dan pembelajaran melalui pendekatan deduktif

Rumus, prinsip atau peraturan

yang telah diketahui

Kaedah deduktif

Aplikasi rumus, prinsip, teorem atau peraturan

peraturan

Mendapatkan rumus, prinsip,

teorem atau hukum yang baru

Page 4: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

35

Prinsip-prinsip pengajaran secara deduktif:

Pada peringkat permulaan, sesuatu masalah atau hipotesis diperkenalkan dan ditakrifkan. Guru dan pelajar mengemukakan cara penyelesaian masalah. Dalam konteks ini, generalisasi yang dikemukakan harus dinyatakan secara eksplisit.

Penggunaan pendekatan deduktif harus mengikut langkah demi langkah.

Beberapa contoh digunakan untuk menerangkan generalisasi atau peraturan. Berdasarkan contoh yang digunakan, pelajar meniru atau menghafal contoh dan membentuk contoh lain.

Pelbagai aktiviti dijalankan untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran yang disampaikan. Latihan menulis untuk mengesan kebolehan pelajar menguasai kemahiran turut diberikan.

Kesimpulan dibuat berdasarkan bukti yang ada setelah memahami konsep serta contoh yang diberikan.

Pemahaman generalisasi atau peraturan dinilai dengan menggunakannya dalam situasi-situasi baru yang mempunyai masalah hampir serupa.

Secara ringkas, pendekatan deduktif digunakan jika keutamaan pelajaran tertumpu kepada

pemahaman konsep sahaja, bukannya proses memperoleh konsep. Dengan menggunakan

contoh “magnet” seperti dalam pendekatan induktif, terlebih dahulu guru akan memberitahu

bahawa “ Magnet akan menarik objek-objek tertentu, iaitu logam”. Guru akan menerangkan

konsep “ penarikan” dan mengemukakan soalan “Adakah magnet akan menarik pensel?”.

Perbincangan dilaksanakan dengan melakukan eksperimen di mana guru memberi pelajar

sebatang magnet dan meminta mereka menggunakan magnet tersebut untuk menguji sama

ada objek di dalam bilik darjah melekat padanya atau tidak. Pada akhir perbincangan, guru

bersama pelajar merumuskan bahawa magnet menarik objek logam sahaja berdasarkan

eksperimen dan contoh-contoh lain di dalam bilik darjah.

3.1.3 Pendekatan Eklektik

Pendekatan eklektik menggunakan dua atau lebih kaedah yang menggabungkan segala ciri

yang baik daripada pendekatan tersebut dan menggunakannya dalam satu-satu pengajaran

dan pembelajaran. Pendekatan eklektik boleh dihasilkan dengan menggunakan kedah

induktif dan deduktif. Contohnya, guru boleh mula dengan memberikan contoh, diikuti

dengan generalisasai, ataupun guru akan mengakhirinya dengan memberikan contoh untuk

mengukuhkan peraturan atau generalisasi. Hal ini lebih mirip kepada pendekatan induktif.

Selain itu, guru boleh memulakan pelajaran dengan memberikan peraturan atau generalisasi

Page 5: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

36

diikuti dengan contoh dan diakhiri dengan penerangan tentang peraturan sekali lagi. Hal ini

lebih mirip kepada pendekatan deduktif. Perhatikan contoh pengajaran pada Rajah 3.3.

Rajah 3.1(c) : Contoh pengajaran konsep sains dengan menggunakan pendekatan eklektik

3.1.4 Pendekatan Integratif

Pendekatan yang menggabungjalinkan beberapa pendekatan, kaedah, strategi dan teknik

agar murid lebih mudah memahami apa yang sedang disampaikan. Guru sentiasa

berusaha mengintegrasikan idea-idea baru dalam unit-unit pengajaran sedia ada supaya

pembelajaran murid lebih berkesan dan mereka berupaya mengaplikasikan apa yang

dipelajari dalam kehidupan seharian

Prinsip pendekatan integratif adalah: • Tumpuan diberikan kpd strategi pemusatan murid

• Penggunaan pembelajaran aktif, di mana teknik koperatif diintergrasikan untuk memberikan pelajar-pelajar peluang mengaplikasi maklumat yang g dipelajari secara teori kepada situasi dalam kehidupan seharian dan lebih menekankan perkembangan kemahiran berbanding dengan penyampaian maklumat semata-mata.

• Peranan guru sebagai fasilitator.

• Keutamaan diberikan kepada kemahiran asas

• Peluang untuk kerja berpasukan

• Tumpuan diberikan kepada strategi pemusatan pelajar

Pendekatan Induktif Pendekatan deduktif

Ikan

Katak

Kucing

Haiwan bertulang belakang

Vertebrata

Itik Ayam Kambing Burung

Cicak

Page 6: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

37

Pendekatan ini membolehkan guru memberikan fokus kepada kandungan dan kemahiran

berfikir. Langkah pengajaran dan pembelajaran integratif adalah berdasarkan langkah Hilda

Taba (1962) seperti berikut:

Fasa 1: Menghuraikan

Pelajar digalakkan untuk menghuraikan tentang ciri sesuatu aspek yang dikaji. Contohnya,

guru meminta pelajar menghuraikan warna katak, jenis makanan dan habitatnya.

Kemudian, pelajar diminta untuk menghuraikan ciri-ciri kodok pula.

Fasa 2: Membandingkan

Apabila kedua-dua aspek diperhati dan dihuraikan, pelajar diminta untuk membuat

perbandingan antara kedua-dua haiwan tersebut. Pelajar akan mengenal pasti persamaan

dan perbezaan antara katak dan kodok menggunakan pengurusan grafik “banding beza”

Fasa 3: Menerangkan

Setelah pelajar mengenal pasti persamaan dan perbezaan antara katak dengan kodok,

mereka diminta untuk menerangkan dengan lebih terperinci tentang ciri-ciri katak dan kodok.

Penerangan melalui pemerhatian merupakan bahagian penting dalam fasa ini.

Fasa 4: Hipotesis

Pelajar diminta untuk membentuk hipotesis serta memikirkan secara abstrak dari segi

penaaakulan sesuatu.

Fasa 5: Membuat generalisasi

Pelajar diminta untuk membuat rumusan tentang maklumat yang dikumpulkan dan

membentuk satu atau lebih generalisasi, bergantung kepada keluasan skop satu-satu

pelajaran.

3.1.5 Pendekatan Tematik

Pengajaran menggunakan tema merupakan pengajaran yang disampaikan melalui konsep

atau idea yang besar. Pendekatan secara tema akan membolehkan pelajar menganalisis,

membuat generalisasi dan mengaplikasi pengetahuan. Secara keseluruhannya,

pendekatan ini akan memberikan peluang kepada pelajar mengalami pelbagai pengalaman

dalam situasi yang berlainan.

Page 7: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

38

Selain daripada berasaskan idea-idea utama berhubung dengan kandungan sesuatu mata

pelajaran, unit-unit tematik merentasi disiplin, iaitu aktiviti-aktiviti pembelajaran terbit

daripada tema (Guillanme, 2000). Konsep daripada pelbagai bahagian dalam mata

pelajaranwujuddan dikaitkan dengan penggunaan tema. Unit-unit tematik selalu

mengandungi pilihan-pilihan untuk pelajar-pelajar. Dengan memberi peluang kepada pelajar

untuk memilih beberapa perbincangan individu dan kumpulan kecil akan mewujudkan rasa

kepunyaan dan kemasyarakatan apabila pelajar dapat belajar bersama-sama dan berkongsi

dapatan mereka. Langkah-langkah berikut dicadangkan bagi merancang unit-unit tematik :

(1) Pilih satu tema: Tema hendaklah cukup luas untuk memuatkan maklumat daripada

banyak bidang sesuatu mata pelajaran tetapi ia hendaklah tidak terlalu luas sehinggakan

perkaitan yang bermakna hilang. Anda perlu fikirkan tentang matlamat yang lebih besar dan

minat pelajar.

(2) Membina jaringan perancangan: Membuat sumbangsaran untuk membina carta

atau peta semantik yang meneroka pelbagai contoh bagaimana timbulnya tema tersebut.

Rajah 3.4 : Contoh Perancangan Web (Ubahsuai daripada Guillaume, 2000: 30)

Masyarakat

Manusia tinggal bersama

Sepanjang sejarah

Bagaimana mereka berubah

Masyarakat Biologikal

Masa silam

Mengkaji contoh-contoh dari hasilan sejarah yang diminati

Haiwan yang tinggal bersama

Sistem sokongan adalahberbeza

Teknologi maklumat membawa kesan kpdmasyarakat.

Masa kini: Masyarakat

Keluarga berbeza

Page 8: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

39

Perhatikan bahawa jaringan di atas tidak menerangkan tentang bidang-bidang mata

pelajaran tradisional seperti matematik atau kajian sosial dan ia seharusnya tidak

terkongkong dengan pemikiran tertumpu secara tradisional. Membuat jaringan bersama

rakan akan menghasilkan pemikiran yang divergen.

(3) Pilih bahan : Perancangan bertujuan untuk menyediakan bahan-bahan yang banyak.

Ini termasuk bahan-bahan untuk seni,sastera, sumber-sumber yang lain, bahan-bahan

teknologi dan bahan-bahan untuk masyarakat.

(4) Rancang aktiviti: Pilih dan rekabentuk aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tema,

gunakan bahan-bahan yang banyak dan galakkan peningkatan prestasi pelajar-pelajar ke

arah pencapaian matlamat pembelajaran. Jangan lupa untuk memberi peluang kepada

pelajar untuk memilih pembelajaran mereka.

3.2 Strategi Pengajaran

Strategi pengajaranadalah suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan

teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran. Strategi-strategi pengajaran yang

dibincangkan dalam bahagian ini adalah terdiri daripada pemusatan guru, pemusatan murid,

pemusatan bahan dan berasaskan tugasan/aktiviti.

3.2.1 Strategi Berpusatkan Guru Dalam pendekatan ini, guru berada di tengah-tengah aktiviti bilik darjah. Strategi yang

berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran langsung. Pengajaran langsung

bergantung kepada guru untuk mengarah pemikiran pelajar dan penglibatan. Ia juga

bergantung kepada penekanan kandungan yang berstruktur. Antara contoh-contoh

termasuklah pertimbangan semula, latih tubi dan praktis, kuliah dan hafalan pelajar.

Berdasarkan pengalaman anda di sekolah, apakah ciri-ciri yang anda dapat kenalpasti

sebagai pengajaran langsung. Bolehkah anda nyata beberapa ciri? Sekarang, mari kita

melihat secara dekat ciri-ciri pendekatan ini.

Strategi berpusatkan guru juga dikenali sebagai pengajaran eksplisit. Ia terdiri daripada

bahan yang mengandungi langkah-langkah kecil dan sistematik. Terdapat juga hentian

sejenak untuk menyemak pemahaman pelajar. Pendekatan ini berguna untuk

menyampaikan fakta-fakta khusus dan kemahiran tertentu. Sebagai contoh, pengajaran

Page 9: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

40

fakta-fakta sains atau kajian sosial, kemahiran pemetaan, aturan tatabahasa dan

konsep,perbendaharaan kata, pengiraan matematik dan membezakan fakta daripada

pendapat adalah beberapa contoh di mana pendekatan pengajaran eksplisit adalah

berguna.

Strategi berpusatkan guru mengandungi pengajaran dalam langkah-langkah kecil yang

menekankan amalan pelajar selepas setiap langkah. Peranan guru adalah mengemukakan

bahan pengajaran, membimbing pelajar melalui sesi praktis awalan dan memberi semua

pelajar latihan amali berperingkat tinggi yang lebih kerap.

Seorang guru yang masuk bilik darjah menggunakan pendekatan berpusatkan guru akan

memperlihatkan ciri-ciri berikut:

guru bercakap lebih daripada pelajar semasa pengajaran;

pengajaran ditujukan kepada seluruh kelas;

buku teks merupakan panduan untuk apa yang diajar dalam kelas;

setiap episod dalam pengajaran ditentukan oleh guru;

meja dan kerusi diatur dalam barisan , menghadap papan kapur;

pelajar tidak bebas untuk bergerak dalam bilik darjah

Bolehkah anda hubungkaitkan strategi berpusatkan guru ke dalam pengajaran harian

anda? Adakah anda menggunakan pendekatan ini? Sekarang, berhenti sejenak dan fikir.

Berhenti dan Berfikir Apakah kelebihan-kelebihan menggunakan pendekatan berpusatkan guru?

3.2.2 Strategi berpusatkan murid/pelajar

Strategi berpusatkan pelajar bermaksud pelajar mengambil alih sedikit tanggungjawab

untuk apa yang diajar dan bagaimana ia dapat mempelajarinya. Ada sedikit

kecenderungan terhadap pembelajaran eksperiential dan membuat penemuan untuk

mereka (Martin et al, 1994).

Page 10: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

41

Mengapa kita menggunakan pendekatan ini? Ia sebenarnya berpisah daripada tradisi di

mana bilik darjah didominasikan guru dan strategi berpusatkan pelajar dapat

menggalakkan pelajar bertanggung jawab dan melibatkan diri bagi membantu mereka

belajar bagaimana untuk belajar. Ia boleh dilakukan dengan mewujudkan iklim bilik darjah

yang baik di mana pelajar dapat berinteraksi dengan guru dan pelajar lain. Strategi ini lebih

sesuai digunakan apabila maklumat tidak disampaikan secara berkesan dalam strategi

berpusatkan guru dan apabila matlamatnya adalah untuk memperkembangkan kemahiran

pemikiran kreatif dan kritis. Pengajaran di dalam bilik darjah yang berpusatkan pelajar

selalunya kurang berstruktur.

Walaupun strategi berpusatkan pelajar kurang berstruktur, guru tidak membiarkan pelajar

membuat sesuka hati mereka. Guru masih berkuasa dan memberi sedikit tanggungjawab

kepada pelajar. Peranan sebagai orang yang berkuasa tidak diperlihatkan oleh guru. Akan

tetapi, guru bertindak autoritatif. Guru memilih untuk mengagihkan sedikit kuasanya kepada

pelajar dan tidak memusatkan kuasa kepada dirinya.

Berdasarkan pengalaman anda, apakah kelebihan strategi ini? Kajian menunjukkan

bahawa ia mempunyai kelebihan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar dalam

mengaplikasikan konsep dan memperkembangkan sikap yang positif,mewujudkan

motivasi,memperkembangkan sahsiah peribadi dalam menggalakkan kemahiran sosial

kumpulan. Bilik darjah yang berpusatkan pelajar juga menunjukkan perkembangan yang

lebih dalam perkembangan kognitif di peringkat yang tinggi.

Antara contoh strategi berpusatkan pelajar ialah penerokaan, inkuiri penemuan dan

beberapa bentuk perbincangan. Contoh-contoh lain pengajaran yang kurang eksplisit

termasuklah menganalisis trenda dalam sejarah, kesusasteraan, dokumen atau masalah

praktikal, perbincangan dan spekulasi penyelesaian bagi isu-isu sosial, mengajar karangan

dan menulis tesis. Bolehkah anda fikirkan contoh-contoh lain yang sesuai ?

Apakah peranan guru apabila menggunakan strategi ini? Guru-guru mestilah mahir dalam

mata pelajaran yang diajar. Setiap guru perlu mengetahui struktur, mengenal pasti konsep-

konsep penting dan memilih atau mengembangkan pengalaman-pengalaman yang

bermakna kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk meneroka dan

menemui apa yang guru hendak mereka pelajari.

Page 11: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

42

Mari kita beralih kepada unsur-unsur utama yang dapat kita perlihatkan dalam bilik darjah

yang menggunakan pengajaran berpusatkan pelajar :

Pengajaran dijalankan secara individu atau kumpulan-kumpulan kecil dan tidak dijalankan secara keseluruhan kelas.

Pelbagai bahan pengajaran disediakan untuk pelajar menggunakan secara individu atau dalam kumpulan-kumpulan kecil.

Bentuk tujuhala pengajaran ditentukan oleh pelajar ketika berinteraksi dengan guru.

Cara menyusun perabot dalam bilik darjah memudahkan pelajar bekerja secara individu atau di dalam kumpulan

Pelajar dapat bergerak dengan bebas sekiranya perlu membuat tugasan

Selain guru, pelajar juga diberi peluang untuk menyuarakan pendapat.

(http://www.arts.nie.edu.sg/ell/PeterT/Personal/Teachercentred%20learning.html)

3.2.3 Strategi Pengajaran Berpusatkan Bahan

Strategi berpusatkan bahan bermaksud guru menggunakan pelbagai bahan seperti buku,

blok-blok binaan, bahan lukisan, peralatan saintifik, komputer, pusat sumber, pusat akses

kendiri dan lain-lain untuk menjalankan pengajarannya. Strategi berpusatkan bahan meliputi

cara yang luas bagi pelajar yang dibimbing oleh guru hingga yang belajar secara individu

dapat belajar.

Sekarang kita akan membincangkan pelbagai bentuk bahan resos yang digunakan guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah penggunaan buku yang

digunakan semenjak dahulu sebagai satu bentuk pengajaran berpusatkan bahan yang

utama. Kebelakangan ini, terdapat peningkatan dalam penggunaan media dalam

pembelajaran berpusatkan bahan. Ia termasuklah peningkatan dalam bahan pembelajaran,

panduan pelajaran, panduan buku teks, buku kerja, video dan pakej pembelajaran. Bahan

yang lebih canggih ialah pakej pembelajaran berasaskan komputer, konferens komputer,

CD-Rom, multimedia, kumpulan perbincangan komputer, video interaktif, bahan dalam

laman web, telekonferens, konferens video dan telematiks.

Pembelajaran berpusatkan bahan juga adalah penting bagi membantu guru memenuhi

keperluan pelajar yang pelbagai. Ia dapat menyediakan cara untuk pelajar belajar mengikut

kadar sendiri, pada bila-bila masa dan di lokasi yang tidak menyulitkan mereka. Selain itu, ia

Page 12: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

43

juga dapat membantu pelajar-pelajar yang tidak hadir ke kelas pada hari pengajaran

diadakan.

Dalam pembelajaran berpusatkan bahan, peranan guru termasuklah :

membimbing pelajar dimana untuk mendapat maklumat;

membantu mereka mencari/membentuk soalan yang sesuai untuk dikemukakan;

mengatasi masalah sekiranya mereka di dalam kesusahan;

memberi galakan apabila mereka menemui kegagalan; dan

membolehkan mereka berinteraksi dalam kerja kumpulan.

3.2.4 Strategi Berasaskan Tugasan/Aktiviti

Strategi berasaskan tugasan/aktiviti bermaksud guru melibatkan pelajar dalam aktiviti atau

tugasan yang memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih atau mengaplikasikan apa-

apa yang dipelajari (dan dalam proses memberikan bimbingan, strategi-strategi

mempermudahkan tugasan atau bantuan/scaffolding yang membolehkan mereka

menyempurnakan aktiviti dengan jayanya).

Kriteria-kriteria yang diambil kira dalam pemilihan atau membentuk aktiviti adalah:

Aktiviti yang dipilih harus berfokus kepada matlamat utama topik yang ingin

diajar di mana guru perlu memberikan perhatian kepada jenis aktiviti yang boleh

menuju pencapaian matlamat tersebut iaitu pemahaman kandungan pelajar dan

kebolehan untuk mengaplikasikannya dalam situasi lain.

Berdasarkan matlamat pengajaran, boleh diambil kira kepelbagaian aktiviti.

Contohnya, aktiviti boleh merupakan aktiviti permainan atau main peranan;

aktiviti tersebut releven dan berguna untuk menyampaikan isi kandungan

pelajaran. Walau bagaimanapun, semasa memilih aktiviti yang tidak memenuhi

kriteria utama, guru boleh menambil kira kriteria sekunder.

Aktiviti akan menyediakan peluang untuk berinteraksi dan membuat refleksi,

bukannya aktiviti yang dilaksanakan secara individu .

Selain aktiviti dipilih dengan baik, aktiviti perlu dipersembahkan dan dipantau

serta disusuli jika meninginkan impak yang spenuhnya. Ini bermakna pelajar

perlu bersedia lebih awal sebelum aktiviti. Guru perlu memberikan bimbingan

dan maklum balas semasa aktiviti serta menstruktur refleksi selepas aktiviti.

Page 13: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

44

Semasa memperkenalkan aktiviti, guru perlu menegaskan tujuan-tujuan agar pelajar akan

melibatkan diri dalam aktiviti serta mereka jelas tentang matlamat yang ingin dicapai. Guru

boleh membimbing pelajar dengan membekalkan maklumat yang diperlukan atau bantuan

tentng cara menyempurnakan kehendak tugasan. Apabila pelajar mula melaksanakan

tugasan, guru boleh memantau kemajuan dan menyediakan bantuan jika perlu. Kesemua

tugasan perlu disusuli refleksi atau perbincangan pada akhir tugasan Guru akan membuat

semakan dengan pelajar, memberikan maklum balas umum tentang prestasi dan

mengukuhkan idea-idea utama apabila berhubung dengan matlamat keseluruhan.

3.3 Kaedah dan Teknik Pengajaran

Kaedah pengajaranmerupakan cara yang digunakan untuk mengelolakan dan

menggunakan teknik, isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai objektif

pengajaran.

Teknik pengajaranadalah satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan

pengajaran kepada pelajar dari segi langkah-langkah dalam aktiviti pembelajaran. Secara

khususnya, teknik merupakan satu cara penyampaian pelajaran dan perlu diteliti supaya

dapat mempercepatkan penanggapan pelajar.

3.3.1 Bercerita

Bercerita melibatkan aktiviti-aktiviti yang menceritakan semula perkara-perkara atau,

peristiwa-peristiwa, sama ada imaginasi, tradisi atau kisah benar. Strategi ini boleh

meningkatkan minat dan membina apresiasi serta menikmati kesusasteraan. Ia dapat

memperkayakan pengajian pelbagai bahasa, membekalkan pelbagai pengalaman,

mengembangkan kemahiran mendengar dan memotivasikan pelajar untuk membaca.

Bagaimanakah kita melaksanakan sesi bercerita dengan berkesan? Mari kita lihat langkah-

langkahnya:

(1) Persediaan sebelum sesi bercerita:

i. Suasana yang selesa diperlukan. Sebaik-baiknya pelajar duduk dalam satu bulatan bersama orang yang bercerita.

ii. Sekiranya guru merupakan orang yang bercerita, beliau perlu mengambil kira perkara-perkara berikut:

Pastikan cerita itu boleh didengar dengan jelas oleh semua pelajar

Page 14: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

45

Pastikan semua pelajar boleh melihat guru, terutamanya bahagian muka dan tangannya

Bercakap dengan kuat dan jelas berserta intonasi yang sesuai

Sekiranya guru tidak mahu diganggu, ingatkan pelajar untuk bertanya atau membuat ulasan hanya selepas selesai bercerita

Pelajar perlu memberi sepenuh perhatian sebelum guru mula bercerita.

iii. Jika pelajar diberi peluang sebagai orang yang bercerita, mereka perlu

diberi maklumat tentang bahagian-bahagian dan sekuen cerita

diberi peluang untuk berkongsi cerita pendek atau peristiwa menarik dalam situasi yang tidak formal. Ini dijadikan pengalaman awal untuk pengalaman bercerita yang lengkap.

(2) Semasa sesi bercerita:

i. Pelajar diberi peluang membuat catatan untuk perbincangan kemudiannya.

ii. Pastikan pelajar menumpukan perhatian

iii. Orang yang bercerita perlu berkemahiran membuat kontak mata dengan pelajar seolah-seolah bercerita secara langsung dengan mereka

(3) Selepas sesi bercerita:

i. Beri peluang kepada pelajar merumuskan cerita

ii. Minta mereka berkongsi nilai-nilai yang telah dipelajari.

3.3.2 Perbincangan

Perbincangan merupakan prosesaktif yang melibatkan guru dan pelajar dalam persekitaran

pembelajaran (Gauthier, 2001). Situasi wujud di mana guru membentuk suatu pandangan

dan harus berkebolehan memudah cara pelbagai pertukaran idea dalam kalangan pelajar.

Perbincangan bukan sahaja merangsang interaksi antara pelajar secara bermakna, juga

menggalakkan pelbagai pembelajaran yang merangkumi kandungan, kemahiran, sikap dan

proses-proses pembelajaran. Orlich et al. (2007) berpandangan bahawa perbincangan

merupakan teknik yang boleh meningkatkan kemahiran pemikiran dan pertuturan pelajar

serta dapat merangsang pemikiran analitik. Perbincangan digunakan oleh guru untuk

mencapai tiga objektif pengajaran, iaitu meningkatkan pemikiran dan membantu pelajar

membina kefahaman kandungan; merangsang penglibatan; serta membantu pelajar

menguasai kemahiran komunikasi dan proses pemikiran (Arends, 2001).

Page 15: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

46

Elemen-elemen penting dalam teknik perbincangan:

Matlamat dan objektif.

Perbincangan secara kumpulan kecil untuk menghasilkan pembelajaran

berbentuk proses dan bukan pencapaian hasil akhir. Maka pelajar perlu

melibatkan diri secara aktif.

Saiz kumpulan yang ideal

Saiz kumpulan yang sesuai dan praktikal adalah antara 6-8 orang.

Susun atur bilik

Pastikan pelajar menghadap satu sama lain dan tidak diganggu dengan aktiviti

lain dalam bilik darjah. Susun atur berbentuk bulatan, separa bulatan atau

berbentuk “U” amat sesuai kerana memberikan kuasa/autoriti kepada guru atau

ketua yang akan mempunyai kebebasan bergerak. Guru mempunyai laluan

untuk ke papan tulis serta boleh bergerak ke dalam bentuk “U” agar dapat

mendekati pelajar. Selain dari itu susunan berbentuk rantai atau “Y”.

Pemilihan topik

Topik boleh terdiri daripada tugasan atau pengajaran secara berterusan di

dalam bilik darjah, seperti tentang mana-mana topik, subjek, pelbagai tahap

perkembangan dan umur pelajar. Yang penting topik yang dipilih releven dan

dapat merangsang minat pelajar. Kebiasaannya, isu-isu berkontroversi dan

dilema moral merupakan topik yang amat baik untuk perbincangan.

Pelaksanaan Sesi Perbincangan

Empat perkara harus diteliti, iaitu proses dan interaksi, peranan dan tanggungjawab,

kepimpinan dan kejeleketan (Orlich et al.,2007). Inti pati proses dalam perbincangan

kumpulan merupakan interaksi verbal.

Proses dan interaksi

Proses komunikasi amat penting untuk menjayakan perbincangan. Pelajar perlu dibimbing

untuk menguasai kemahiran mendengar apabila rakan berbincang serta dapat memberikan

respons yang sesuai.

Page 16: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

47

Peranan dan tanggungjawab

Guru berperanansebagai fasilitator, di mana akan membimbing pelajar dengan kemahiran,

memberikan bahan dan peluang kepada pelajar untuk menentukan pengalaman

pembelajaran. Selain itu , guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang

lain, mendengar, memerhati dan menggalakkan setiap pelajar untuk melibatkan diri. Dalam

setiap kumpulan terdapat seoarang ketua kumpulan dan seorang pencatat, di mana

peranan ketua dan encatat boleh digilirkan antara ahli kumpulan.

Kepimpinan

Kepimpinan amat penting dalam perbincangan kumpulan.Peranan sebagai ketua kumpulan

merupakan seorang yang mempunyai autoriti dan mewakili kumpulan sebagai

jurucakap.Sebelum memilih ketua, guru perlu menjadi model kepada pelajar. Guru juga

perlu berkemahiran memulakan perbincangan, meminta pandangan daripada pelajar,

memperjelas pernyataan dan meminta pandangan setiap pelajar. Maka, dengan

memodelkan tingkah laku yang berwibawa, guru akan menjadi teladan (Bandura,1961

dalam Woolfolk, 2004) kepada pelajar yang dipilih sebagai ketua nanti.

Apabila melaksanakan perbincangan kumpulan, guru boleh memilih ketua berdasarkan

atribut dan kualiti kepemimpinan yang diperhatikan dalam kalangan pelajar. Antara atribut

seorang ketua merangkumi populariti, tahap pencapaian akademik, kemahiran sosial serta

kebolehan berfikir dan bertutur. Justeru, guru boleh melatih pelajar untuk menguasai

kemahiran untuk mengemukakan soalan, melapor rumusan, melibatkan pelajar yang pasif

dan tahu bagaimana mengawal pelajar yang dominan. Secara ringkasnya, seorang ketua

perlu tahu memulakan perbincangan,mengawal kadar perbincangan,memberi maklum balas

maklumat baharu, memberikan sokongan kepada idea-idea yang dikemukakan,selain

membuat penilaian terhadap pencapaian matlamat perbincangan kumpulan.

Kejeleketan

Elemen keempat, iaitu kejeleketan atau seperti Orlich et. al.(2007) menggunakan frasa “The

‘We’ attitude”. Dalam satu-satu perbincangan kumpulan, perlu ada kencederungan untuk

ahli kumpulan bersatu dan saling menyokong antara satu sama lain. Ahli kumpulan

mempunyai rasa bangga terhadap kumpulannya.

Page 17: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

48

Jenis-jenis perbincangan

(a) Sumbangsaran

Sumbangsaran merupakan satu bentuk perbincangan yang mewujudkan sesuatu kumpulan

berfikiran secara secara berkelompok. Setiap peserta digalakkan member idea dan setiap

idea itu diterima untuk dikaji dengan lebih teliti. Pada akhirnya, idea yang paling sesuai

sahaja yang dipilih sebagai rumusan. Rumusan tersebut menjadi hasil daripada sesi

sumbangsaran.

Osborn (1963) menyatakan terdapat dua tujuan sumbangsaran. Pertama, merupakan tujuan

jangka panjang, iaitu untuk menyelesaikan suatu masalah penting. Kedua, merupakan

tujuan jangka pendek, iaitu untuk mendapatkan seberapa banyak idea penyelesaian yang

mungkin tentang suatu masalah.

Langkah-langkah Pengajaran Melalui Sumbangsaran

(b) Forum Forum digunakan sekiranya kumpulan adalah besar dan bilangan ahli juga ramai. Suatu

panel yang terdiri daripada empat hingga lapan orang pakar akan menyampaikan idea-idea

mereka. Panel ini terdiri daripada seorang pengerusi, dan ahli-ahli panel yang akan

menyampaikan hujah-hujah akan duduk di hadapan peserta-peserta. Pengerusi panel akan

Permulaan

Topik perbincangan dikemukakan.

Tujuan dibincangkan.

Murid-murid dibaagikan kepada kumpulan-kumpulan.

Ketua kumpulan dan pelapor dilantik.

Perbincangan

Ketua kumpulan menggalakkan setiap ahli member idea.

Ahli-ahli tidak dibenarkan mengkritik.

Pelapor mencatat pendapat ahli-ahli

Ahli-ahli menapis idea.

Penutup

Pelapor setiap kumpulan mengemukakan idea-idea kumpulan.

Idea-idea ditapis.

Rumusan dibuat setelah persetujuan dicapai.

Page 18: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

49

memulakan forum dengan memberikan sedikit penerangan tentang tajuk dalam suasana

yang tenang. Setiap ahli panel mungkin diberi masa 4-5 minit untuk mengemukakan

pendapat mereka. Kira-kira setengah jam diperuntukkan untuk menggulung perbincangan

serta melayani soalan-soalan dari para hadirin.

Ahli –ahli panel perlu membuat persediaan yang rapi supaya pengulangan hujah-hujah tidak

berlaku. Adalah lebih baik sekiranya diadakan perbincangan di kalangan ahli-ahli panel

tentang bidang masing-masing. Peranan pengerusi pula adalah untuk membuka dan

menggerakkan perbincangan serta menggulung perbincangan pada masa yang ditentukan .

Dia juga perlu menjaga keselesaan suasana perbincangan. Sekiranya berlaku ketegangan,

pengerusi sepatutnya menyelesaikan dengan memasukkan unsur-unsur lucu yang releven.

Di antara faedah-faedah perbincngan melalui forum adalah seperti berikut:

1. Berfikir secara analitis,kritis dan jelas.

2 . Berlatih untuk bertutur dengan terang serta lantang.

3. Membina keyakinan untuk mengemukakan pendapat.

4. Belajar bertukar-tukar pendapat dan dengan itu menggalakkan perkembangan intelek.

(c) Seminar

Seminar merupakan suatu pertemuan pembentang dengan sekumpulan pelajar/peserta

untuk mendengar serta berbincang tentang satu topik. Penyampaian perlu disediakan

dengan baik. Pelajar-pelajar yang lain seharusnya telah pun membuat persediaan yang

lengkap untuk mengambil bahagian dalam perbincangan.

Seminar lebih sesuai bagi pelajar/peserta yang dewasa serta mempunyai kematangan

intelek. Kaedah ini memberi latihan kepada pelajar/peserta untuk merancang,mengelola

serta mengumpul data-data untuk membuat satu-satu rumusan.

Page 19: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

50

Langkah-langkah pelaksanaan seminar adalah seperti berikut:

(d) Sesi Buzz Kumpulan buzz merupakan kumpulan yang kecil iaitu terdiri daripada 4-6 orang ahli.

Seorang ketua dan seorang pelapor atau setiausaha akan dipilih. Selepas guru membuat

sesuatu penyampaian, kumpulan-kumpulan buzzakan memulakan perbincangan. Ketua

akan mewajibkan setiap peserta mengemukakan ideanya, manakala pelapor akan

mencatatkan idea-idea dan seterusnya membuat suatu rumusan tentang perbincangan

kumpulan kecilnya. Pada peringkat akhir, kumpulan-kumpulan kecil itu akan berkumpul

semula untuk perbincangan am, Selepas itu, idea-idea yang dipersetujui akan disampaikan

kepada guru yang akan merumuskan isi-isi penting dan dipaparkan dihadapan kelas.

(e) Perbahasan Perbahasan adalah perbincangan yang formal dan ahli–ahli perbahasan telah membuat

persediaan untuk menentang atau menyebelahi sesuatu isu. Ahli–ahli akan bercakap secara

bergilir–gilir di antara pasukan dan masa yang diberikan bagi pembahas, kedua dan ketiga

mungkin berbeza.

Langkah 1 Perancangan

Kertas kerja disediakan .

Langkah 2 Pembentangan

Kertas kerja dibentangkan.

Langkah 3 Perbincangan

Para hadirin mengemukan soalan.

Pembentangan menjawab soalan

Langkah 4 Rumusan

Ulasan diberi oleh pembentang

Rumusan dibuat .

Page 20: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

51

Biasanya dua kumpulan kecil akan mengambil bahagian dalam perbahasan. Setiap

kumpulan kecil akan mengambil bahagian dalam perbahasan. Setiap kumpulan lazimnya

terdiri daripada empat orang ahli. Kumpulan yang dikenali sebagai pencadang akan

menyokong topik perbahasan manakala kumpulan lagi satu dikenali sebagai manakala satu

kumpulan lagi dikenali sebagai pembangkang akan menentang topik perbahasan.

Seorang pengerusi dipilih untuk mengelolakan aktiviti perbahasan, manakala seorang

penjaga masa akan membunyikan loceng apabila masa bagi setiap ahli dalam kumpulan

telah tamat. Penghakiman akan dijalankan oleh tiga orang yang biasa terdiri daripada guru-

guru sekolah.

Perkara –perkara berikut perlu diingatkan semasa mengadakan perbahasan.

i. Perbahasan sepatutnya difokuskan kepada tajuk dan bukan kepada pasukan pembangkang.

ii. Isi- isi yang dikemukakan untuk menentang hujah-hujah pembangkang sepatutnya mempunyai bukti yang baik, relevan serta menunjukkan hujah-hujah pembangkang itu kurang bernas.

iii. Hujah-hujah yang diberikan perlu membantu pendirian pembahas-

pembahas lain di dalam kumpulannya.

Buat rujukan dan bincang dengan pensyarah anda tentang langkah-langkah

3.3.3 Demonstrasi Cuba fikirkan sejenak tentang teknik ini bagaimanakah teknik demonstrasi atau tunjukcara

berbeza dari syarahan? Perbezaan yang ketara ialah syarahan memerlukan pelajar–

pelajar mendengar manakala demonstrasi pula memerlukan pelajar–pelajar memerhati.

Demonstrasi merupakan satu cara untuk melatih pelajar memerhati dan melakukan sesuatu

aktiviti mengikut prosedur. Dalam proses demonstrasi, terdapat komunikasi lisan yang

langsung tentang sesuatu maklumat daripada guru kepada pelajar. Ia juga melibatkan

pendekatan visual untuk memerhatikan proses, maklumat atau idea. Biasanya ia adalah

interaktif kerana guru dan pelajar sama-sama terlibat dalam persekitaran pembelajaran

kolaboratif.

Page 21: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

52

Demonstrasi membolehkan pelajar melihat perkara sebenar dan melihat bagaimana ia

berfungsi. Terdapat jenis tunjuk cara semata-matanya, demonstrasi dengan komentar atau

demonstrasi yang melibatkan pelajar. Dalam kebanyakan kes, guru menunjuk cara sesuatu

perlakuan atau aktiviti sebelum meminta pelajar melakukan aktiviti tersebut secara

individu.Bagi aktiviti yang melibatkan ramai pelajar, demonstrasi menyediakan model atau

contoh-contoh perlakuan dan membina jangkaan-jangkaan dilakukan. Misalnya untuk

pengajaran tarian, lukisan, gimnastik dan menjalankan uji kaji.

Demonstrasi boleh digunakan untuk menunjukkan sesuatu isi atau prosedur secara

berkesan, menimbulkan minat dalam sesuatu topik, menyediakan model untuk kemahiran

mengajar, dan mengubah kadar pembelajaran pelajar. Untuk menjalankan demonstrasi

dengan berkesan, guru seharusnya merancang demonstrasi tersebut dengan teliti, termasuk

membuat percubaan atau latihan bagi memastikan kelicinan pelaksanaan demonstrasi.

Semasa menunjuk cara, guru memastikan semua pelajar dapat menumpukan perhatian dan

mengajukan soalan-soalan kepada pelajar. Selain, pelajar diberikan peluang untuk

mempraktikkan apa-apa yang telah dipelajari. Selepas sesi praktis, sesi perbincangan

tentang perkara-perkara demonstrasi yang penting dilakukan. Kemudian guru membantu

pelajar membuat rumusan tentang demonstrasi yang dijalankan. Guru menyediakan aktiviti

susulan untuk memperkukuhkan pemahaman pelajar.

Cuba fikirkan

Kelebihan dan kelemahan kaedah demonstrasi dan implikasinya terhadap proses pengajaran dan pembelajaran

3.3.4 Penyelesaian Masalah Dalam keidupan sehari-hari, anda menghadapi pelbagai masalah. Misalnya, ketika anda

datang ke IPG, motosikal anda boleh rosak dalam perjalanan. Anda sekarang berhadapan

dengan satu masalah. Seterusnya, anda berusaha mencari punca penyebab kerosakan

enjin motosikal itu, Kemudian, anda membuat hipotesis yang plag motosikal anda kotor dan

perlu dibersihkan. Anda pun bertindak untuk menguji hipotesis itu, iaitu dengan

membersihkan plag. Selepas itu, enjin motosikal anda pun bergerak semula. Dengan itu,

anda boleh membuat rumusan bahawa plag yang kotor boleh menjejaskan kelicinan

pergerakan enjin.

Page 22: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

53

Justeru itu, strategi penyelesaian masalah sebenarnya merupakan cara pengajaran yang

berdasarkan penyiasatan yang saintifik. Berikut adalah langkah-langkah strategi

penyelesaian masalah

Raja 3.5: Penyelesaian masalah

Theory of Constraint (TOC) adalah satu daripada strategi penyelesaian masalah yang boleh

digunakan secara berasingan atau digandingkan dengan kaedah lain untuk membentuk

sistem penyelesaian masalah dan pengurusan perubahan yang sesuai. Tujuan generik ialah

untuk menterjemahkan gerak hati kepada format yang boleh dibincangkan secara rasional,

menyoal dengan bebas dan mengubahsuai kepada kefahaman situasi tersebut. Ia

digunakan untuk penyelesaian masalah, di samping memudahkan komunikasi, kerjasama

dan persetujuan di kalangan mereka yang terlibat dalam penyelesaian masalah tersebut.

TOC mesti menyokong salah satu daripada tiga objektif generik proses penyelesaian

masalah yang perlu dilaksanakan oleh kumpulan:

Apa yang akan diubah: Penilaian situasi, huraian tentang kenyataan semasa,

dan diagnosis – menentukan teras masalah atau konflik dan andaian-andaian

yang mengekalkannya.

Apa yang hendak diubah: Menyatakan visi atau penyelesaian dan huraian

strategi untuk mendapatkan apa yang diingini – preskripsi, membuat keputusan

dan perkembangan penyelesaian.

Bagaimana membuat perubahan: Pembinaan pelan yang terperinci dan taktik

yang boleh menjelaskan apa yang perlu berlaku dan menyelaraskan usaha

kumpulan untuk melaksanakan strategi – merancang, pembinaan pasukan.

Gunakan internet untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai TOC.

Mengenal pasti masalah

Mencari maklumat

Membuat hipotesis

Menguji hipotesis

Menilai dan Membuat rumusan

Page 23: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

54

3.3.5 Bermain

Apakah main bermain? Main merupakan satu konsep yang kelihatan mudah tetapi

sebenarnya sukar untuk didefinisikan. Menurut Fromberg (1987), secara umumnya main

adalah simbolik, bermakna, menyeronokkan, sukarela dan bermotivasi intrinsik,

berperaturan dan berbentuk episodik.

Bermain dapat dikategorikan mengikut fungsinya, iaitu bermain sebagai satu kemajuan,

bermain sebagai kuasa, bermain sebagai fantasi dan bermain sebagai main (Brian Sutton-

Smith dalam Pellegrini, 1995).

Bermain sebagai kemajuan

Bermain sebagai satu proses belajar, iaitu proses untuk menambah baik dan memenuhi keperluan psikologi dan keperluan sosial

Bermain sebagai kuasa

Merujuk kepada pertandingan yang melibatkan pasukan lawan, menang dan kalah.

Bermain sebagai fantasi

Berkait secara langsung dengan bermain sebagai kemajuan. Kedua-duanya melibatkan kanak-kanak, di mana bermain sebagai fantasi juga melibatkan peranan main dalam mencungkil dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan imaginatif.

Bermain sebagai main

Mengutamakan kualiti pengalaman main itu sendiri, bukannya hasil daripada bermain. Kualiti main melibatkan pengalaman dalam diri pemain.

Bagi kanak-kanak, main merupakan satu laluan yang membolehkan kanak-kanak belajar

dan mengenali persekitaran atau dunianya melalui penerokaan, simulasi, lakonan, proses

cuba-jaya dan manipulasi alatan. Bermain juga satu proses semula jadi yang

menghubungkaitkan alam fizikalkanak-kanakdengan alam spiritual, pemikiran, kreativiti,

perlambangan, idea, peranan serta pengalaman masa depan kanak-kanak.

Bermain merupakan satu pendekatan terancang dan berstruktur bagi memberikan peluang

kepada murid belajar dalam suasana yang tidak begitu formal, menyeronokkan, bebas dan

selamat, selain melahirkan perasaan, meneroka serta mencuba dan meningkatkan

kemahiran. Melalui bermain, perkembangan fizikal, perkembangan kognitif, perkembangan

psikomotor dan perkembangan sosioemosi dapat dipupuk. Justeru melalui proses bermain

Page 24: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

55

juga kanak-kanak akan mendapat pengalaman langsung yang pastinya akan memberikan

kesan pembelajaran yang bermakna.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat berikut:

(1) Kategori bermain iaitu permainan sosial dan permainan kognitif

(2) Ciri-ciri jenis permainan kognitif. Main berfungsi, main simbolik dan Main

berperaturan serta implikasinya terhadap pembelajaran yang bermakna.

3.3.6 Lawatan

Lawatan merupakan satu rombongan yang dikelolakan oleh pihak sekolah dan pelajar-

pelajar akan pergi ke tempat bahan-bahan pengajaran yang dapat diperhatikan serta dikaji

secara langsung. Lawatan biasanya dibuat ke tempat-tempat seperti kilang-kilang, muzium,

perpustakaan atau pertubuhan-pertubuhan lain yang ada kaitan dengan topik pelajaran. Ia

termasuk tempat-tempat seperti anak sungai, kolam dan hutan bagi mengumpul bahan-

bahan untuk kajian.

Kejayaan sesuatu lawatan bergantung kepada persediaan sebelum lawatan dan kerja-kerja

susulan selepas lawatan itu. Objektif-objektif lawatan perlu diterangkan kepada pelajar-

pelajar. Di samping itu, soal selidik yang mengandungi soalan-soalan tentang aspek-aspek

penting tempat lawatan boleh diberikan kepada murid-murid. Dengan cara ini, pelajar-pelajar

dibantu memberikan perhatian kepada bahagian-bahagian penting yang harusdiperhatikan

dangan lebih teliti semasa membuat lawatan itu.

Dengan adanya objektif-objektif yang jelas serta perancangan yang teliti, pelajar-pelajar

pasti akan memperolehi pengetahuan baru serta memperkayakan pengalaman mereka.

Oleh tu, lawatan seperti ini dikenali sebagai lawatan sambil belajar.

Tujuan-tujuan lawatan

Menyediakan peluang kepada pelajar-pelajar mendapatkan pengalaman

sebenar tentang keadaan di kilang,ladang atau pelabuhan dan sebagainya.

Membolehkan pelajar-pelajar untuk memerhati,menyelidik dan merekod.

Meningkatkan kemahiran pelajar-pelajar untuk memerhati, menyelidik dan

merekod.

Meningkatkan daya ingatan pelajar-peajar tentang apa yang didengar,dibaca

dan dilihat akan diingati dengan lebih lama lagi.

Page 25: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

56

Menjadikan pembelajaran lebih menarik dan bermakna kepada pelajar-pelajar.

Menyediakan peluang untuk melibatkan pelajar-pelajar secara aktif dalam

pembelajaran dan pengajaran.

Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran.

Meningkatkan lagi perhubungan di antara pihak sekolah dengan masyarakat di

luar.

Mendedahkan kepada pelajar tentang kedudukan alam sekitar.

Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk berinteraksi dengan pegawai-

pegawai di luar sekolah dan dengan itu memperoleh ilmu pengetahuan daripada

mereka.

Prinsip-prinsip lawatan

Tempat lawatan hendaklah memberi falsafah kepada pelajar-pelajar. Tujuannya ialah meningkatkan lagi kefahaman satu-satu konsep.

Tempat lawatan adalah selaras dengan topik pelajaran.

Kebenaran daripada pengetua, polis, ibu bapa dan pengurus tempat lawatan hendaklah diperoleh terlebih dahulu.

Rancangan yang teliti hendaklah dibuat.

Beritahu pelajar-pelajar tentang perkara-perkara penting yang harus

diperhatikan

Satu soal selidik yang mudah boleh disediakan untuk aspek penting yang perlu diberi tumpuan.

Pebincangan dan aktiviti susulan hendaklah diadakan selepas lawatan dibuat.

Langkah-langkah Pelaksanaan Lawatan

Sebelum Lawatan

Pilih tempat yang selaras dengan topik pelajaran.

Sediakan panduan tentang perkara-perkara yang seharusnya diberi perhatian.

Beritahu perkara-perkara yang perlu dibuat catatan.

Dapatkan kebenaran ibu bapa peajar-pelajar yang menyertai rombongan.

Dapatkan kebenaran daripada pengurus kilang atau tempat yang hendak

dilawati.

Kebenaran polis dan pengetua sekolah perlu juga diperolehi.

Dapatkan kenderaan yang diperlukan.

Sediakan soal selidik atau senarai semak yang perlu digunakan.

Page 26: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

57

Beritahu pelajar-pelajar tentang latar belakang tempat yang akan dilawati.

Guru hendaklah berbincang dengan pelajar-pelajar dan terangkan bagaimana

lawatan itu akan membawa faedah kepada mereka.

Guru memberitahu tarikh, tempat lawatan serta bayaran yang dikenakan.

Guru mengaturkan langkah-langkah keselamatan seperti peraturan-peraturan

yang perlu dipatuhi ketika di tempat lawatan.

Semasa Lawatan

Beri penerangan kepada pelajar-pelajar jika perlu.

Bahagikan pelajar-pelajar kepada beberapa kumpulan kecil jika perlu.

Pastikan setiap orang pelajar melibatkan diri secara aktif.

Perhatian yang teliti hendaklah dilakukan agar penerangan pegawai di tempat

lawatan.

Kawalan ke atas pelajar-pelajar hendaklah dilakukan agar kemalangan dapat

dielakkan.

Guru menggalakkan pelajar agar mengemukakan soalan-soalan yang releven.

Guru membantu pelajar mendapatkan maklumat lanjut tentang sesuatu perkara

jika perlu.

Selepas Lawatan

Guru mengadakan perbincangan bersama pelajar-pelajar berhubung perkara-

perkara yang dicatatkan.

Guru menjawab segala soalan pelajar atau apa sahaja kesulitan yang mereka

hadapi semasa lawatan.

Guru membantu pelajar membuat laporan tentang lawatan itu.

Guru membimbing pelajar menyediakan rumusan tentang lawatan.

Pelajar mempamerkan bahan yang dikumpulkan ketika membuat lawatan.

Guru memberikan aktiviti susulan kepada pelajar-pelajar.

Kebaikan-kebaikan Lawatan

Lawatan memberikan pelajar-pelajar tentang alam sekitar akan bertambah.

Lawatan membawa kesan yang besar disebabkan penggunaan pelbagai deria.

Kaedah lawatan boleh digunakan dalam semua mata pelajaran.

Lawatan mendatangkan satu variasi kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah.

Lawatan memperkukuhkan ingatan pelajar terhadap pekara atau topik yang diajar oleh guru.

Page 27: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

58

Lawatan menyediakan peluang bagi pelajar mengaitkan perkara yang dipelajari di bilik darjah dengan keadaan yang sebenar di luar bilik darjah.

Lawatan meningkatkan kemahiran pelajar memerhati,menganalisis dan membuat laporan.

Lawatan dapat menimbulkan minat serta perasaan ingin tahun pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Kelemahan-kelemahan Lawatan

Tanggungjawab membawa pelajar-peljar ke tempat lawatan amat berat.

Masalah disiplin mudah timbul.

Prosedur-prosedur pentadbiran adalah kompleks.

Sekiranya persediaan kurang baik,lawatan tidak mungkin mencapai objektif-objektif pelajaran.Dengan itu,masa serta tenaga terbuang.

Kalaulah tempat lawatan yang dipilih kurang sesuai, maka lawatan itu tidak membawa faedah sepenuhnya.Lawatan seperti ini hanya dapat menghiburkan pelajar-pelajar sahaja.

Kebenarandaripada kilang atau tempat lawatan yang berkenaan tidak mudah diperoleh kerana ianya boleh menjejaskan aktiviti pengeluaran.

3.4 Faktor – Faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Kaedah dan Teknik Pengajaran Terdapat pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang boleh digunakan oleh guru semasa

merancang pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu memilih kaedah dan teknik

pengajaran yang sesuai agar penyampaian input kepada pelajar akan menarik dan

bermakna. Beberapa faktor yang perlu diberi pertimbangan sebelum guru dapat

melaksanakan kaedah dan teknik dengan jayanya. Mengikut Pierce dan Lorber(1977),

faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik mengajar termasuklah:

(a) Objektif Pengajaran

(b) Jangka masa Pengajaran

(c) Bahan Pengajaran

(d) Latar belakang Pelajar, dan

(e) Jumlah dan Susunan Pelajar

(a) Objektif Pengajaran

Sebelum memulakan pengajaran adalah perlu bagi seseorang pengajar untuk memikirkan

objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai.Setelah menentukan objektif,

baharulah guru menentukan apakah kaedah yang paling sesuai untuk mencapai

Page 28: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

59

objektif tersebut. Penyediaanobjektif semestilah berdasarkan isi atau kandungan mata

pelajaran yang terkandung dalamsukatan pelajaran mata pelajaran tersebut.Jumlah objektif

tertakluk kepada kelas yang diajar, bagi kelas yang agar baik pencapaian pelajarnya,

bilangan objektif pengajaran mungkin lebih daripada kelas yang agak lemah pencapaian

pelajarnya.

(b) Jangkamasa Pengajaran

Dengan jangka masa yang telah ditetapkan, guru perlu memilih kaedah yang sesuai

digunakan dalam jangka masa tertentu.Kebanyakan sekolah menetapkan jangka

masa pengajaran di antara 30 minit hingga 40 minitatau 60 minit hingga 80 minit

sekiranya pelajaran tersebut mengambil dua masa yang berturutan. Dengan

tempoh masa yang ditetapkan, guru boleh memilih kaedah dan teknik yang

sesuai untuk masa tersebut. Sebagai contoh, jika dua waktu mengajar, teknik

perbincangan sesuai kerana memberi peluang pelajar untuk mengemukakan

idea dan berpeluang untuk membentang serta berkongsi pandangan dengan

seluruh kelas.

(c) Bahan pengajaran dan pembelajaran

Pemilihan bahan pengajaran yang bersesuaian dengan kemahiran yang hendak

disampaikan. Guru perlu menentukan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Sekiranya isi pelajaran itu berbentuk kemahiran seperti kemahiran mendengar

dan bertutur di dalam pelajaran bahasa, guru perlu memilih kadah dan teknik

yang sesuai supaya pelajar dapat mempraktikkan kemahirann-kemahiran tersebut.

Sekiranya guru perlu menggunakan alat bantu mengajar, alat tersebut hendaklah sesuai

digunakan dengan kaedah atau teknik yang dipilih.

(d) Latar belakang pelajar

Tahap keupayaan otak dan kemampuan pelajar yang berbeza-beza. Jumlah pelajar

dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi kaedah yang mahu

digunakan.Antara perkarayang perlu diberi perhatian ialah umur, jantina dan peringkat

pencapaian atau keupayaan pelajar.Kaedah yang agak rumit seperti kaedah menyelesaikan

masalah atau Theory of Constraints(TOC) yang memerlukan pelajar mencari

penyelesaian sesuatu masalah adalah tidak sesuai bagi murid-murid di tahap 1

sekolah rendah. Teknik bercerita dan bermain amat sesuai dipilih sebagai teknik

Page 29: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

60

pengajaran untuk murid-murid sekolah rendah kerana berunsur pembelajaran yang

menyeronokkan.

(e) Jumlah dan susunan pelajar

Jumlah pelajar dan susunan tempat duduk pelajar juga boleh mempengaruhi

kaedah yang hendak dipilih dalam pengajaran. Bilik darjah yang mempunyai

bilangan pelajar yang ramai akan menimbulkan masalah dari segi kawalan kelas

dan keberkesanan pengajaran. Guru perlu mengubah suai kaedah yang digunakan supaya

jumlah pelajar tidak menjadi halangan bagi memilih kaedah. Contohnya, jika guru

memilih kaedah permainan, pelajar boleh dibahagikan kepada kumpulan-

kumpulan kecil dan setiap kumpulan ini menjalankan aktivit i permainan masing-

masing. Tempat duduk pelajar yang mudah alih boleh membantu kaedah

pengajaran. Selain dalam bilik darjah, guru juga boleh menggunakan tempat lain yang

sesuai seperti di dalam dewan, persekitaran sekolah atau padang sekolah jika kaedah yang

dipilih itu memerlukan ruang yang lebih luas.

Rumusan

Tajuk ini membincangkan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran.

Pelbagai cara bagaimana mengajar sesuatu pelajaran, dan jenis jenis strategi pengajaran

dikemukakan dan guru perlu memilih pendekatan dan strategi yang sesuai. Pelbagai kaedah

dan teknik pengajaran boleh digunakan oleh guru untuk menyampaikan pelajaran dengan

berkesan. Beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan kaedah dan teknik pengajaran

juga dibincangkan.

Rujukan Arends,R.I. (2001). Learning to teach. (5th ed.) New York: McGraw-Hill Co. Block, J.H. &Anderson,L.W.(1975). Mastery learning in classroom instruction. New York: Macmillan. Bloom,B.S.(1976). Human characteristics and school learning.New York: McGraw-Hill Co. Brophy, J.E. & Good, T.L. (1977). Educational psychology. A realistic approach. New York:

Holt, Rinehart and Winston. Bruner,J.S.(1966). Towards a theory of instruction.Cambridge,MA:Harvard University Press. Good, T.L. & Brophy,J.E.(1994). Looking into classrooms.(6th ed.).New York:HarperCollins.

Page 30: Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran

61

Joyce,B.,Calhoun,E. & Hopkins,D.(2002). Models of learning-tools for learning.(2nd ed.). Buckingham: Open University Press

Kagan, S.(1994). Cooperative learning.San Clemente,CA:Kagan. Orlich,D.C,Harder,R.J.,Callahan,R.C.,Trevisan,M.S. & Brown,A.H.(2007). Teaching

strategies: A guide to effective instruction.Boston: Houghton Miflin Co. Ormrod, J.E. (2008). Educational psychology: Developing learners.(6th ed.) New Jersey:

Pearson Education. Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Pembelajaran masteri. KL: Kementerian Pelajaran

Malaysia. Slavin,R.E.(1995). Cooperative learning:Theory,research and practice.(2nd ed.) Boston: Allyn

& Bacon. Slavin, R. E. (2005). Educational psychology. Theory and practice. Boston: Allyn and Bacon. Woolfolk, A.E. (2004). Educational psychology. (7th Ed).New Jersey: Prentice Hall.