bmm3171 konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

23
KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK 1.0 Pengenalan Strategi, pendekatan,kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang saling berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep ini , apabila diaplikasikan dalam bilik darjah akan membentuk satu pembelajaran yang kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan tercapai. Nota grafik yang digunakan untuk memperjelaskan keempat-empat konsep ini perlulah meliputi tentang kejelasan isinya walaupun ringkas, warna juga memainkan peranan penting bagi menunjukkan sesuatu carta atau gambarajah. Huruf , bentuk dan corak yang menarik dapat memberi satu gambaran tentang sesuatu nota yang hendak disampaikan. Penerima maklumat akan mendapat maklumat dengan jelas dan mudah faham tentang apa yang akan disampaikan oleh pemberi maklumat.

Upload: permataan-nur

Post on 26-May-2015

31.349 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Teknik P& P

TRANSCRIPT

Page 1: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

KONSEP STRATEGI, PENDEKATAN, KAEDAH, DAN TEKNIK

1.0 Pengenalan

Strategi, pendekatan,kaedah dan teknik merupakan satu gabungan yang saling

berkaitan dan melengkapi antara satu sama lain bagi mewujudkan satu proses

pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri yang terdapat di antara konsep-konsep ini ,

apabila diaplikasikan dalam bilik darjah akan membentuk satu pembelajaran yang

kondusif, ceria dan seterusnya objektif akan tercapai.

Nota grafik yang digunakan untuk memperjelaskan keempat-empat konsep ini

perlulah meliputi tentang kejelasan isinya walaupun ringkas, warna juga memainkan

peranan penting bagi menunjukkan sesuatu carta atau gambarajah. Huruf , bentuk dan

corak yang menarik dapat memberi satu gambaran tentang sesuatu nota yang hendak

disampaikan. Penerima maklumat akan mendapat maklumat dengan jelas dan mudah

faham tentang apa yang akan disampaikan oleh pemberi maklumat.

Rajah 1. Definasi Pendekatan, Strategi, Kaedah dan Teknik

1

Definasi

Pendekatan

Page 2: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

2.0 Huraian definasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

2.1 Pendekatan

2.2 Strategi

2

PENDEKATAN : Dalam pengajaran bahasa, pendekatan ialah satu

kumpulan andaian yang saling berkaitrapat mengenai hakikat bahasa, hakikat

pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa.

Pendekatan juga bermaksud halatuju atau arah yang diambil untuk menuju

sesuatu sasaran. Selain itu, pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in

any sense" atau jalan yang diambil untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-

pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasi yang

tertentu.

STRATEGI : Ianya merupakan satu susunan pendekatan dan kaedah yang

digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat atau tujuan dengan menggunakan

tenaga, masa dan kemudahan yang diperolehi secara optimum.

Menurut kamus Dewan, strategi ialah ilmu tentang cara-cara merancang

dan melaksanakan tindak-tanduk atau rancangan yang diatur untuk mencapai

matlamat atau kejayaan.

Page 3: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

2.3 Kaedah

2.4 Teknik

3

TEKNIK : Taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran

yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu

bahagian.

Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya

Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai

pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di

mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

KAEDAH : Satu rencana yang menyeluruh yang mengajar sesuatu

bahan bahasa dimana secara keseluruhannya berdasarkan kepada pendekatan

yang diaplikasikan tetapi tidak boleh bercanggah dengan pendekatan tersebut.

            Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) mengatakan bahawa kaedah mengajar

ialah peredaran ke arah satu tujuan pengajaran yang telah dirancangkan dengan

teratur.  Hasan Langgulung (1981) pula mengatakan bahawa kaedah itu

sebenarnya bermaksud jalan untuk mencapai tujuan.  Jadi, apa saja cara yang

guru lakukan untuk memberi faham kepada pelajar bagi mencapai objektif

pengajaran, maka itu adalah kaedah. 

Page 4: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

.3.0 Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran

Rajah 2: Konsep Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik

3.1 Konsep pendekatan

3.2 Konsep strategi

KONSEP

KAEDAH

PENDEKATAN

STRATEGI

TEKNIK

Sesuatu yang paling abstrak dan global. Ia merujuk kepada cara

bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.Pendekatan

mestilah berlandaskan model, prinsip atau teori seperti ;Konkrit kepada abstrak,

mudah kepada susah, dan umum kepada spesifik. Pendekatan dianggap benar

tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan. Pendekatan yang baik serta bijak

mampu menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran menarik.Ia merupakan

satu pegangan dan falsafah bagi memahami dan mendekati sesuatu perkara.

Satu perancangan yang diatur untuk mencapai tujuan atau matlamat bagi

membentuk kejayaan. Dalam Pengajaran dan pembelajaran ,strategi diperlukan

oleh seseorang guru supaya murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang

diajar setelah merancangnya seterusnya memberi kejayaan dalam hasil

pembelajaran yang telah ditentukan 4

Page 5: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

3.3 Konsep Kaedah

3.4 Konsep teknik

5

Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk

menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru

mengajar. Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main

peranan ,improvisasi, permainan bahasa, bercerita, simulasi,sumbangsaran dan

sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut aras

pencapaian murid , umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan juga

penting agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan menggunakan

pelbagai bahan konkrit. Ia juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang

mementingkan isi kandungan ataupun proses.

Satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek, objektif

pelajaran spesifik tercapai. Penyampaian haruslah tersusun. Terdapat berbagai

kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri-penemuan,kaedah

penyiasatan,kaedah dapatan dan sebagainya.

Menurut Edward M. Anthony,(1963), Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar

keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dan teratur.Ini

bermakna sesuatu kaedah yang dipilih haruslah berlandaskan kepada pendekatan

yang berkaitan dengan model dan prinsip.

Page 6: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

4.0 Pendekatan pengajaran dan pembelajaran

Pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek yang ingin kita sampaikan sebagai

bahan utama dalam pengajaran dan pembelajaran, Ianya menyerupai klasifikasi di mana

jenis-jenis pendekatan wujud berdasarkan kriteria yang digunakan untuk meneliti proses

pengajaran.

Rajah 3 : Keberkesanan pendekatan

4.1 Keaktifan pengajaran dan pelajar

Pendekatan ini merujuk kepada memusatan guru ketika menyampaikan isi dalam

bilik darjah seperti guru memberi penerangan dalam aktiviti syarahan dan demontrasi.

Manakala pendekatan yang mementingkan pelajar ialah pendekatan yang memusatkan

murid untuk mendapatkan maklumbalas seperti aktiviti permainan,perbincangan dan

penyelesaian masalah dalam kumpulan untuk mendapatkan bahan atau maklumat .

PENDEKATAN

Page 7: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

6

4.2 Cara- cara fakta disampaikan

Berdasarkan kriteria bagaimana fakta atau isi pelajaran disampaikan dan

diterangkan seperti pendekatan induktif iaitu menampilkan contoh dahulu sebelum hukum-

hukum tatabahasa dijelaskan kepada pelajar Manakala. pendekatan deduktif pula ialah

satu kaedah mengajar yang komplek., Bagi pendekatan eklektik, ia merupakan gabungan

antara pendekatan induktif dan deduktif. Cara –cara fakta lain yang disampikan juga

merangkumi pendekatan dari mudah ke susah dan pendekatan dari maujud ke abstrak

4.3 Cara pengelolaan murid

Bagi pendekatan pengajaran yang berasaskan cara pengelolaan murid adalah

pendekatan individu, pendekatan pasangan, pendekatan kumpulan, pendekatan kelas,

pendekatan kelas bercantum dan sebagainya. Guru diberi kebebasan memilih kaedah

yang sesuai untuk aplikasikannya dalam bilik darjah

4.4 Pengajaran bahasa

Dalam pengajaran bahasa, pendekatan seperti pendekatan komunikasi, pendekatan

situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Semua

pendekatan ini wujud berasaskan kepada teori-teori pembelajaran yang berbentuk mentalis

atau behavouris.

4.5 Pengajaran mata pelajaran lain.

Pendekatan ini digunakan ketika sesi pembelajaran yang mana guru menyelit dan

menggabungjalinkan dengan mata pelajaran yang lain mengikut tema-tema yang diajar.

Page 8: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

7

5.0 Strategi pengajaran dan pembelajaran

Guru yang kreatis dan inovatif akan menggunakan gabunagan beberapa

pendekatan dan juga kaedah yang tertentu untuk mencapai hasil pembelajarannya atau

pun objektif pengajaran. Segala bentuk dan gabungan pendekatan dan kaedah serta

turutan kedua-duanya bila masa dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Strategi pengajaran memainkan peranan utama apabila seseorang guru itu

mengajar pelajar-pelajarnya yang berbeza dari segi tahap kebolehan, kecenderungan,

bakat serta minat selain mempunyai aras pencapaian yang berlainan antara seorang

pelajar dengan pelajar yang lain. Contohnya bagi Kelas Pemulihan dan Kelas Arus

Perdana, pencapaian akademik dan tahap penerimaan antara pelajar-pelajar tersebut amat

berbeza. Guru harus bijak untuk meningkatkan kualiti pembelajaran melalui perancangan

strategi agar murid-murid ini dapat menguasai kemahiran yang diperlukan. Oleh yang

demikian guru perlu mencari jalan bagaimana unuk mengintegrasikannya serta menyusun

kaedah-kaedah yang bersesuaian untuk memberi input kepada pelajar- pelajarnya

Rajah 4 : Strategi Pengajaran dan pembelajaran

Guru sebagai fasilitator, murid sebagai penontonInteraksi sehala sahajapencapaian murid diutamakanmurid pasif dan tidak kreatifciri kepimpinan guru bersifat autokratikmengutamakan keputusan ujian dan peperiksaankaedah keseluruhan kelas

Pemusatan guru

Page 9: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

8

6.0 Kaedah pengajaran dan pebelajaran

Satu aktiviti yang dirancang dan dijalankan secara tersusun serta dimana setiap

langkah tersebut mempunyai kemahiran kemahiran dan latihan yang dirancang.

Keutamaan adalah bagi mencapai objektif yang dirancang bukannya cara bagaimana

proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan.

Rajah 5 : Kaedah Pengajaran yang baik dan proaktif

6.1 langkah-langkah yang teliti

Bagi mewujukan suasana pengajaran dan pembelajaran yang baik serta murid yang

proaktif, guru perlu menyusun langkah-langkah pengajaran dengan teliti agar tidak berlaku

keciciran ilmu ketika menyampai maklumat kepada murid-muridnya. Sebelum memulakan

sesi pengajaran, langkah-langkah perlu dirancang sebelum melaksanakannya. Ianya

Objektif yang tepat dan

boleh dicapai

Strategi yang tersusun dan

kemas

Langkah-langkah yang

teliti

Kaedah pengajaran

yang baik dan proaktif

Page 10: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

mestilah mengandungi BBM/ABM dan aktiviti-aktiviti yang tertentu untuk menolong pelajar

mencapai objektif pelajaran. 9

6.2 Strategi yang tersusun dan kemas

Strategi yang tersusun, kemas dan teratur memainkan peranan penting dalam

kaedah pengajaran yang baik ,yang merangkumi isi kandungan, objektif yang ingin

dicapai,pendekatan,kaedah dan teknik penyampaian yang menarik. Bahan Bantu Mengajar

perlulah sesuai dengan pembelajaran pada hari tersebut serta penilaian yang akan

dijalankan mestilah dibuat agar kita dapat mengetahui pencapaian pengajaran terhadap

murid. Strategi yang tersusun akan memberikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang

menarik dan berkesan.

6.3 Objektif yang tepat dan boleh dicapai.

Perancangan dan pelaksanaan yang baik akan membantu guru mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, guru perlu merencanakan sesuatu pengajarannya

dengan meletakkkan objektif yang tepat dan sesuai dan objektif tersebut mestilah boleh

dicapai. Jangan meletakkan sasaran atau objektif yang terlalu tinggi dengan aras

pencapaian murid.

Page 11: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

10

7.0 Teknik Pengajaran dan pembelajaran

Seseorang guru yang berdedikasi dan berwibawa akan merancang dan

melaksanakan teknik atau alat yang digunakan untuk menyampaikannya. Guru perlu

mewujudkan suasana iklim bilik darjah yang boleh merangsang dan menarik minat pelajar

yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan

pendekatan yang dianuti.

7.1 Tujuan – tujuan teknik

Rajah 6 :Tujuan teknik diadakan

Menarik minat murid untuk terus belajar di dalam kelas.

Mengekalkan perhatian dan

memberi tumpuan

sepenuhnya ketika sesi pengajaran

dan pembelajaran

Membangkitkan rasa ingin tahu murid mengenai

pembelajaran yang ingin disampaikan oleh guru

Memberi satu pengalaman baru kepada murid untuk diaplikasiaka

n semasa atau selepas persekolahan

Page 12: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

11

7.2 Jenis-jenis teknik pengajaran bahasa

Rajah 7 : Jenis-jenis teknik

7.2.1 Teknik main peranan

1. Melakonkan situasi atau peristiwa yang dianggap penting.Proses berlaku di bilik darjah.

2.Murid memainkan peranan utama dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan

dalam situasi yang diberikan

3.Peranan yang dibawa atau dimainkan secara spontan tanpa menggunakan skrip

4.Dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai setelah melihatnya atau mendengar

melalui filem, televisyen, rakaman ,radio atau direka oleh guru.

5.Penilaian prestasi para pelakon dan rumusan cara penyelesaian dibuat selepas selesai

aktiviti main peranan.

Teknik pengajaran

bahasa

main peranan

permainan bahasa

latih tubi

berceritainkuiriperbahasankuizsumbangsaransoaljawab

simulasidrama

perbincangan

forum

demontrasi

Page 13: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

12

7.2.2 Permainan Bahasa

Aktiviti pembelajaran sebagai aktiviti pengukuhan,pengayaan dan

pemulihan.

Contoh aktiviti seperti kuiz,puzzle, teka-teki,meneka,

silangkata ,penyelesaian masalah, demontrasi, sisip sukukata, menangga

kekata dan sebagainya.

Boleh dilakukan secara individu, kumpulan , berpasangan atau kelas.

Penglibatan pelajar memberi peluang untuk mendapat pengalaman, latihan

intensif dan sebagai alat dianogstik.

Aktiviti yang dijalankan melibatkan kemahiran berbahasa pelajar seperti

kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

7.2.3 Latih tubi

Aktiviti pengulangan fakta yang bertujuan untuk mencapai penguasaan

kemahiran.

Sesuai digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Melayu terutamanya untuk

murid-murid yang mempunyai aras pencapaian yang rendah.

Digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut

suku kata perkataan, ayat-ayat atau mengingat fakta-fakta penting atau pun

huruf-huruf.

Pelajar didedahkan dengan aktiviti menyebut, mendengar dan memikirkan

maksud sesuatu perkataan atau makna ayat.

Berasakan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual)

Digunakan sebagai teknik menghafal atau mengingat.

Page 14: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

13

13

7.2.4 Bercerita

Satu kaedah yang digunakan untuk menyampaikan isi pelajaran.

Cerita disampaikan secara lisan, melalui tontonan, mendengar rakaman dan

melalui pementasan boneka.

Tujuan bercerita untuk:

Menimbulkan minat murid untuk belajar

Melatih kemahiran mendengar

Memupuk nilai-nilai murni

Memperkayakan pengalaman murid

Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan

Penglibatan murid secara aktif dan menjana pemikiran murid

7.2.5 Inkuiri

Teknik yang dikenali juga sebagai teknik tinjau siasat.

Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan

yang berorientasikan masalah.

Dapat menimbulkan daya refleksi dikalangan pelajar.

Pengendalian teknik inkuiri ialah :

1. Proses mengenali masalah

2. Mengkaji ramalan

3. Mengumpul maklumat

4. Menganalisis

Page 15: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

5. Membuat rumusan

14

7.2.6 Perbahasan

Merupakan perbincangan formal yang terdiri daripada kumpulan kecil

Terdiri daripada 3 atau 4 orang ahli.

Satu kumpulan pencadang dan satu lagi pembangkang yang menentang hujah.

Murid dilatih untuk mengembangkan idea dan menyampaikan isi secara spontan .

Merupakan satu aktiviti yang member peluang kepada murid menyampaikan hujah

yang bernas, logik dan berfakta.

7.2.7 Kuiz

Guru dapat menperkukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar

mengenai topik-topik tertentu.

Dapat menguji minda pelajar disamping belajar sambil bergembira.

Pelajar dapat menimba ilmu dengan mengemukakan soalan-soalan secara teka-

teki.

Mewujudkan cara belajar melalui pemikiran yang bernas.

Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk,

makna dan penggunaan bahasa yang tepat.

Soalan adalah yang memberangsangkan minda dan mempunyai kemahiran berfikir

7.2.8 Sumbangsaran

Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan, aras dan minat murid

Page 16: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

Segala cadangan, pendapat dan ideaperlu dicatat untuk dibincangkan dalam

sesi umum.

Pengerusi mestilah berkelayakan untuk menyampaikan idea dan setiap ahli

berpeluang memberi cadangan

15

7.2.9 Soaljawab

7.3.0 Simulasi

@ Suatu situasi pembelajaran yang terkawal dan merupakan situasi yang sama dengan

keadaan sebenar untuk menyelesaikan masaah

@ Pembelajaran berlaku dalam bilik darjah dan membolehkan murid melakukan aktiviti

secara lakonan dengan tujuan mengemukakan masalah

@ Terdapat dua jenis simulasi iaitu sosiodrama dan main peranan.

@ Tujuannya ialah :

Murid dapat menguasai kemairan bertutur

Mewujudkan interaksi dua haladan cara pembelajaran yang berkesan.

Guru mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran

dan pelajar dikehendaki memberi tindakbalas yang sewajarnya.

Soalan-soalan yang diberikan memerlukan pelajar berfikir dengan baik di

samping dapat menguji dan menilai apa yang diajar oleh guru

Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan aras

pemikiran pelajar di samping dapat mewujudkan iklim bilik darjah dan

pembelajaran beretika, dinamik dan berkesan

Page 17: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

Membina pemikiran yang kreatif dan kritis

Membina jati diri yang positif terhadap masalh yang dihadapi

Mengaitkan isi pelajaran dengan sifat yang baik dan berwibawa

Mewujudkan suasana situasi yang sebenar di dalam kehidupan seharian

16

7.3.1 Drama

Mendorong dan merangsang minda pelajar untuk menghubungkan perasaannya

dengan matapelajaran yang dipelajarinya.

Pelajar diberi kebebasan untuk meluahkan pendapat, membuat penemuan,

memberi dan berkongsi sesuatu dengan orang lain

Drama dapat mempelbagaian ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat

bantu pengajaran dan pembelajaran.

Teknik ini boleh menimbulkan rasa keseronokan dan keberkesanan pembelajaran

kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

7.3.2 Perbincangan

Melibatkan aktiviti perbualan antara guru dengan murid di dalam kelas

Sebagai cara untuk bertukar pandangan dan pendapat untuk berkongsi idea

ataupun masalah.

Guru memberikan tajuk mengenai peristiwa, fakta, isu-isu atau konsep

kekeluargaan atau pencemaran, manakala murid berperanan memberikan

pendapat untuk pencambahan dan perkembangan idea.

Guru sebagai fasilitator dan akan membantu murid membuat rumusan

terhadap hasil perbincangan mereka.

Page 18: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

17

7.3.3 forum

Satu sesi perbincangan yang terdiri daripada beberapa ahli panel untuk menjana idea

dan mengemukakan pendangan tentang sesuatu topic dan dijalankan secara formal.

Teknik forum merupakan aktiviti lisan yang ideal dan sesuai dijalankan dalam

pengajaran, di mana pelajar akan berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman

mereka,

Secara langsung ianya dapat meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran

dengan jelas, bernas, proaktif ,berobjektif, kreatif dan rasional.

Bagi merealisasikan kejayaan aktiviti ini,topik forum yang dipilih haruslah mudah,

menarik dan mencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur

pelajar.

7.3.4 Demontrasi

Kemahiran guru menunjukcara dan membuat demontrasi tentang sesuatu

aktiviti yang dijalankan di hadapan murid.

Melibatkan pancaindera telinga dan mata serta percubaan murid untuk

melakukannya.

Memerlukan pemahaman yang jitu serta berpetahuan luas ketika

melakukan sesuatu aktiviti

Murid akan dapat melakukan sesuatu aktiviti dengan lebih mudah,kukuh

Page 19: Bmm3171   konsep strategi, pendekatan, kaedah dan teknik

dan tepat kerana sudah memahami konsep dan cara melakukannya.

Membina keyakinan murid untuk melaksanakannya secara individu

walaupun aras pencapaian mereka rendah

18