teknik,kaedah dan strategi dalam p&p pj

39
KURIKULUM & PEDAGOGI PENDIDIKAN JASMANI (PJM 3110)

Upload: norfazilah-abd-ghani

Post on 01-Jul-2015

3.656 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

KURIKULUM & PEDAGOGI

PENDIDIKAN JASMANI(PJM 3110)

Page 2: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

TAJUK PEMBENTANGAN :

STRATEGI,KAEDAH&TEKNIKPENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDIDIKAN JASMANI

Page 3: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

DISEDIAKAN OLEH :

FAZILAH BT ABDUL GHANI

FAZITA BT MOHAMMAD

SHANMUGA DEVI A/P PARAMESVARAN

Page 4: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

DEFINISI STRATEGI• Gabbard, LeBlanc dan Lovy (1994)

Menyatakan bahwa strategi pembelajaran merujuk pada suatu proses mengatur lingkungan belajar.

Page 5: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

Strategi Pengajaran

Kaedah Teknik

Page 6: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

Apakah Klasifikasi Strategi Pengajaran dan Pembelajaran?

• Strategi Pemusatan Guru• Strategi Pemusatan Murid• Strategi Pemusatan Bahan Pelajaran

Page 7: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN GURU

Murid• Interaksi di antara murid

adalah pasif.• Kaedah keseluruhan kelas.• Murid-murid kurang kreatif/

tidak berinitiatif.

Guru•Guru memainkan peranan penting•Komunikasi sehala. Guru banyak bercakap.•Kepimpinan guru secara autokratik•Pencapaian objektif guru diutamakan•Penyebaran ilmu pengetahuan lebih diutamakan daripada penyuburan nilai murni/perkembangan emosi.•Penyampaian fakta secara menghafal. Pembelajaran berbentuk mengingat/menghafal.

•Kaedah & Teknik penerangan, demonstrasi,

syarahan, kumpulan/pasukan, bercerita, keseluruhan kelas.

Page 8: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN MURID

Murid• Murid memainkan peranan penting• Komunikasi dua hala. Peluang interaksi di

antara murid adalah positif (bekerjasama, bertolak ansur, tolong-menolong)

• Kaedah kumpulan/perbezaan & minat murid dipupuk,

• Murid-murid bersifat kreatif/ berinitiatif.• perkembangan murid secara

menyeluruh/seimbang ( j.e.r.i.)

Guru•Guru menyoal/membimbing.•Kepimpinan guru secara demokratik. •Perbincangan/galakan murid memberi pendapat,objektif pencapaian murid diutamakan. •Ujian formatif digunakan bagi membaiki kelemahan murid.•Penyampaian guru untuk pembelajaran bermakna, memahami & membuat kesimpulan,

Kaedah & Teknik • projek, inkuiri-penemuan, perbincangan, penyoalanan, penyelesaian masalah, simulasi, main peranan, sumbangsaran, kumpulan kecil dsb.

Page 9: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

CIRI-CIRI STRATEGI PEMUSATAN BAHAN PELAJARAN

Murid• Kecekapan/kemahiran penggunaan

bahan pengajaran-pembelajaran diutamakan

• Penekanan kepada jasmani, rohani, dan kognitif. Murid dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.

• Peluang interaksi antara muid banyak. Sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan kecil – ujikaji, projek, perbincangan dsb.

• Pengetahuan abstrak dapat dijadikan konkrit dengan adanya bahan-bahan pelajaran

Guru•Bahan pelajaran memainkan peranan penting.•Pergantungan kepada bahan untuk mencapai objektif pengajaran. •Pengajaran bermakna, menarik dan berkesan

Kaedah & Teknik • komputer, bahan cetak, modul, buku teks, buku rujukan, kamus, perakam pita, carta, peta, geraf, spesimen, slaid, video, televisyen, projektor, dsb.

Page 10: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

DEFINISI KAEDAH DAN TEKNIK

KAEDAH• Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi

pelajaran itu disampaikan.TEKNIK

• Teknik merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu.

Page 11: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

PERBEZAAN KAEDAH DAN

TEKNIK

Page 12: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

Kuliah - demonstrasi

KAEDAH

TEKNIKKPerbincangan

1. Menyoal dan menjawab soalan lisan

2. Laporan lisan

1. Guru membuat demonstrasi

2. Pelajar membuat demonstrasi

3. Demonstrasi menggunakan filem

Page 13: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PENGAJARAN PENDIDIKAN

JASMANI

• Kaedah kuliah• Kaedah perbincangan• Kaedah kuliah-demonstrasi• Kaedah latihan• Kaedah penemuan• Kaedah projek• Kaedah persembahan lisan• Kaedah sembahan-seluruhan

Page 14: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

KAEDAH KULIAH• Kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas

teori dan bukan praktikal• Lazim digunakan di dalam kelas yang memerlukan

kedua-dua bahagian teori dan praktikal.• Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh

diberikan semasa kuliah.• Kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi

kepada pelajar atau memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru.

Page 15: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

• Boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh semangat.

• Lebih berkesan lagi jika digabungkan dengan demonstrasi.

Page 16: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

CONTOH KAEDAH KULIAH

1. Pengenalana) Menerang dan menjelaskan skop pelajaranb) Memberitahu pelajar apa yang dikehendaki

daripada merekac) Cuba membangkitkan minatd) Sentiasa senyum ;menghadap kelas dan

bercakap dengan pelajar termasuk pelajar dibarisan belakang

Page 17: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

2. Persembahana) Kuat tetapi nada mesrab) Jelas perkataan dan pilih perkataan yang sesuaic) Huraikan istilah yang digunakand) Bercakap dengan semua pelajare) Menggunakan teknik-teknik lain seperti

penyoalan , papan tulis , demonstrasi dan lain-lain

f) Ulang butiran pentingg) Guna lawak jenakah) Mengetahui isi kandungan pelajaran dan yakin

Page 18: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

3. Penutupa) Mengulangi poin- poin utama.b) Menggalakkan perbincanganc) Meneguhkan poin-poin lemah

Page 19: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

KAEDAH KULIAH -DEMONSTRASI

• Kaedah utama yang digunakan oleh pendidik jasmani

• Boleh dilakukan oleh guru,pelajar atau sekumpulan pelajar.

• Melibatkan demonstrasi lisan dan penglihatan dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini.

• Untuk menggambarkan penerangan lisan

Page 20: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

Contoh kaedah kuliah-demonstrasi

1. Pendahuluana) Susun pelajar supaya mereka boleh dengar

dan lihat.Pelajar boleh melutut,duduk atau berdiri

b) Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah.

c) Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini

Page 21: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

2. Demonstrasia) Melakukan demonstrasi mengikut kadar

pergerakan sebenarb) Ikut cara dan prosedur yang piawaic) Gunakan istilah yang piawai untuk

mengelakkan kekeliruan.

Page 22: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

3. Demonstrasi dan pengajarana) Semasa membuat perlakuan,beri butiran yang

sepatutnya.b) Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan

dilakukanc) Terang sepenuhnya mengenai pergerakan yang

tidak dapat dilihat jika ia tidak diberitahud) Gunakan kaedah ansur maju dan mengajar

mengikut turutan yang sebenarnyae) Kaitkan pertalian antara kemahiran yang baru

belajar dengan pengalaman lepas.

Page 23: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

4. Ulang demonstrasi dan butiran yang pentinga) Ulang perlakuan dengan kadar yang agak

perlahan sedikitb) Membuat demonstrasi untuk memberi

pandangan yang berlainanc) Beri butiran penting

Page 24: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

5.Penutup a) Ulang butiran pentingb) Menggalakkan perbincanganc) Kukuhkan kelemahan yang terdapat di dalam

pengajaran.

Page 25: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN

• Terdapat beberapa gaya atau keadah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalan pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani.

GAYA LANGSUNG GAYA GABUNGAN GAYA TIDAK LANGSUNG

• Gaya Arahan• Gaya Tugasan

•Limitasi •Penemuan •Terbimbing

•Penyelesian masalah latihan •Bertindak balas •Semak kendiri •Penerimaan beramai •Penerokaan

Page 26: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

GAYA LANGSUNG

• Mementingkan guru.• Guru membuat semua atau kebanyakan daripada

keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula.

• Gaya ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar kedalam melalui pembentukan semula peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993).

• Guru dianggap mengetahui bagaimana kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul.

Page 27: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

GAYA LANGSUNGKELEBIHAN KELEMAHAN

•Kaedah yang berkesan

•Berfokus kepada yang ingin dipelajari

•Tidak banyak peluang untuk salah faham dan salah interpretasi

•Persekitaran pembelajaran yang berstruktur

•Tidak ambil kira perbezaan individu (kesesuai perkembangan), anggap pelajar mencapai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama (kesesuai umur kumpulan)

•Lebih mementingkan matlamat atau hasil pengalaman pembelajaran daripada proses pembelajaran itu.

Page 28: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

GAYA TIDAK LANGSUNG

• Gaya ini berpusatkan pelajar. • Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah lebih

daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. • Pembelajaran seharusnya juga melalui percubaan,

penyelesaian masalah dan penemuan diri. • Ia berdasarkan Teori Pembelajaran Kognitif yang

menganggapkan pembelajaran sebagai satu proses yang berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalah sama penting dangan hasil pembelajaran berkenaan.

Page 29: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

GAYA TIDAK LANGSUNGKELEBIHAN KELEMAHAN

•Membolehkan pelajar menetapkan matlamat dengan cara mencapainya

•Memberi kebebasan kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk bertanggungjawab.

•Mengambil kira perbezaan dikalangan pelajar

•Memberi peluang kepada pelajar merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri.

•Memakan masa yang panjang. Lebih masa untuk cuba-jaya, bersoal-jawab.

•Memerlukan guru-guru untuk berlatih dan bersabar. Guru yang tidak biasa dengan gaya inisentiasa menghadapi masalah untuk menggunakannya secara berkesan.

•Sukar untuk mengawal kelas

•Sukar untuk memastikan kesinambungan dalam pelajaran

Page 30: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

GAYA ARAHAN

• Guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti.

• Pelajaran yang menggunakan gaya ini mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue( 1995).Langkah-langkah yang terlibat adalah seperti berikut :

Page 31: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

GAYA ARAHANGURU PELAJAR

•Mengawal penuh pengajaran

• Memilih aktiviti• Menentukan bagaimana dan bila• Mengawal tingkah laku• Menilai keputusan

• Menjimatkan masa untuk membuat percubaan.

• Individu mendapat kurang perhatian

Page 32: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

CIRI – CIRI GAYA ARAHAN

• Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahran yang akan dipelajari oleh pelajar .

• Pelajar berlatih.• Guru memberi komen am tentang prestasi kelas.• Jika perlu,guru memberi penerangan lanjut dan membuat

demostrasi lanjut.• Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yangmemerlukan

bantuan secara individu atau atau berkumpulan.• Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang

sesuai serta menilai perlakuan

Page 33: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

PENEMUAN TERBIMBING

• Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi ( Bilbrough & Jones, 1968 ) .

• Ia memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.

• Contoh : ‘ Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik’.

Page 34: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

KELEBIHAN –KELEBIHAN

• Membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran.

• Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang belajar mengikut tahapnya sendiri.

• Memupuk pembangunan arah kendiri

Page 35: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

PENYELESAIAN MASALAH• Gaya ini adalah kompleks.• memerlukan tumpuan masa yang panjang,memahami masalah

dan memikir dengan logik dan sistematik.• Guru memberi beberapa soalan,pelajar-pelajar menyelesaikan

masalah mengikut langkah-angkah berikut : – Menganalisi dana memahami masalah– Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.– Guna pelbagai startegi untuk mendapatkan maklumat –maklumat– Membentukkan jawapan yang mungkin– Pilih dan uji penyelesaian alternatif– Pilih penyelesaian paling sesuai.– Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.

Page 36: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

PENYELESAIAN MASALAH

Kelebihan• Kaedah ini mengalakkan interaksi antara pelajar-pelajar.• Ia memupukkkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi• Ia menggalakan ingatan tentang apa yang dipelajari.

Kelemahan• Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusat

guru.• Kaedah ini kadangkala suar untuk melibatkan setaip pelajar

dengan berkesan.Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.

Page 37: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

• Mengikut Thomas,Lee & Thomas (1988) ,gaya pengajaran yang dipilih bergantung kepada tugas mengajar,objektif pengajaran dan sifat pelajar.

Saiz kelas Gaya pengajaranSeluruh kelas Langsung

Penyelesaian masalah

Kumpulan kecil Stesen

Individu Lembaran kerja /tugas

Page 38: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

SEKIAN , TERIMA KASIH

Page 39: TEKNIK,KAEDAH DAN STRATEGI DALAM P&P PJ

BIBLIOGRAFI• Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal

Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya.• Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 m.s. 8