definisi & banding beza (kaedah, teknik, pendekatan, strategi)

21
{ Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah BMM 3117 Definisi dan banding beza : i) Kaedah ii) Teknik iii) Pendekatan iv) Strategi

Upload: early-lilo

Post on 11-Dec-2014

2.452 views

Category:

Documents


52 download

TRANSCRIPT

{

Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

BMM 3117

Definisi dan banding beza :i) Kaedahii) Teknik

iii) Pendekataniv) Strategi

Kamus Dewan - Cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip.

Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 - Cara teratur, kemas & sistematik.

Sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.

Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Definisi Kaedah?

Contoh : Kaedah memasak ikan :i) Menggorengii) Memanggangiii) Merebusiv) mengukus

Kaedah menyepak bola :

i) sepakan seringii) sepakan tinggiiii) sepakan grounderiv) sepakan banana

Pengajaran ?~segala aktiviti seseorang untuk

menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang.

Kaedah dalam pengajaran :~Bercerita, perbincangan, bermain, latih

tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan dan lain-lain lagi.

Kaedah Dalam Pengajaran

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah.

Teknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita, teknik menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik.

(Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2)

Jika seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

Definisi Teknik?

Contoh : Kaedah memasak ikan : Menggoreng

Teknik menggoreng ikan : i) memanaskan kuali terlebih dahulu sebelum

mencurahkan minyak ke dalamnya.

ii) Bagi mengelakkan ikan melekat pada kuali, masukkan sedikit garam ke dalam minyak yang telah panas di kuali.

iii) Api juga harus dikawal supaya tidak terlalu panas.

Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah.

Kaedah : Bercerita Teknik :i) kawalan nada suaraii) penggunaan alatan yang berkenaaniii) kemahiran mengekalkan minat muridiv) gerakan tangan "facial expression" v) kedudukan murid-murid semasa aktiviti

bercerita itu berlangsung.

Teknik Dalam Pengajaran

Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-

teknik yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan

menjaminkan tercapainya matlamat kaedah yang

diingini.

Sebagai kesimpulan, bila kita sebut mengenai teknik

pengajaran, kita mesti bertanya teknik pengajaran

untuk kaedah apa. Setiap kaedah pengajaran mesti

mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran.

Mok Soon Sang 1992, Pedagogi 2 - Pendekatan ialah jalan yang diambil.

Definisi Pendekatan?

Contoh : Pendekatan dalam bermain tenis :i) Profesional - semua kaedah bermain

dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat bersistematik

ii) Konvensyenal atau biasa (tradisional) - kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman, perbincangan informal serta dengan pemerhatian.

Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan untuk mendekati atau memulakan proses pengajaran sesuatu isi pelajaran, sesuatu mata pelajaran atau beberapa mata pelajaran atau sesuatu kemahiran

bagaimana sesuatu m/p diajar berdasarkan objektif jangka panjang

Pendekatan-pendekatan wujud berdasarkan aspek-aspek pengajaran yang kita ingin utamakan atau memberi perhatian yang lebih utama.

Pendekatan Dalam Pengajaran :

Contoh : Pendekatan pengajaran yang berasaskan

pengelolaan murid i) pendekatan individuii) pendekatan pasanganiii) pendekatan kumpulaniv) pendekatan kelasv) pendekatan kelas bercantum dan sebagainya.

Cara isi pelajaran disampaikani) pendekatan induktifii) pendekatan deduktifiii) pendekatan eklektikiv) pendekatan dari segi isi mudah ke isi susah v) pendekatan dari isi maujud ke isi abstrak.

Kesimpulannya, pendekatan merupakan sesuatu yang agak umum dan seolah-olahnya menunjukkan sesuatu haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu.

Cara-cara yang digunakan untuk menuju arah yang ditetapkan oleh sesuatu pendekatan pengajaran adalah kaedah-kaedah pengajaran.

Strategi boleh didefinisikan sebagai suatu

susunan pendekatan-pendekatan dan kaedah-

kaedah untuk mencapai sesuatu matlamat

dengan menggunakan tenaga, masa serta

kemudahan secara optimum.

Definisi Strategi?

Contoh : Katakanlah perang tercetus di antara Malaysia dan

Singapura. Seorang panglima Malaysia yang dipertanggungjawabkan untuk menyerang dan menawan Singapura terpaksa merancang strategi peperangannya.

Dia harus memikirkan apakah pendekatan-pendekatan dan kaedah-kaedah untuk menyerang pihak musuh.

Adakah kita menggunakan tentera udara atau tentera laut? Adakah kita mengebom sasaran-sasaran pertahanannya terlebih dahulu sebelum menghantar angkatan tentera darat diikuti oleh angkatan tentera laut.

Susunan serta urutan kaedah yang dirancangkan mengikut kekangan logistik adalah disebut sebagai strategi peperangan.

Suatu kemahiran merancang dan menguruskan kaedah dan teknik pengajaran untuk mencapai hasil pembelajaran

Untuk mencapai objektif-objektif pengajaran, seseorang guru biasanya menggunakan gabungan berapa pendekatan serta kaedah mengajar tertentu. Rancangan gabungan pendekatan dan kaedah serta turutan pendekatan dan kaedah itu dilaksanakan merupakan strategi pengajaran.

Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza.

Strategi Pengajaran

Contoh : Untuk mengajar sebuah kelas berenang, strategi

pengajaran harus mempertimbangkan pendekatan yang digunakan serta kaedah-kaedah yang perlu digunakan.

Adakah kita gunakan pendekatan individu atau pendekatan kumpulan kecil?

Bila kita menerangkan cara-cara berenang kepada pelajar patutkah kita gunakan pendekatan induktif atau pendekatan deduktif

Apakah kaedah pengajaran yang boleh kita gunakan? Antara kaedah syarahan, kaedah demostrasi dan kaedah latih tubi yang manakah kita gunakan terlebih dahulu?

Ringkasnya, rancangan yang lengkap yang mengandungi pendekatan dan kaedah adalah strategi mengajar yang dimaksudkan.

Kesimpulannya, sesuatu strategi pengajaran menggabungkan pelbagai kaedah dan pendekatan pengajaran untuk mencapai kesan pengajaran yang optimum sekali.

Strategi yang baik akan menggunakan masa, tenaga serta kos yang paling sedikit tetapi menghasilkan kesan pengajaran pembelajaran yang paling maksimum

 

Banding beza :

i) Kaedahii) Teknikiii) Pendekataniv) Strategi

Digunakan secara

gabungan dalam

proses P&P

STRATEGI

PENDEKATAN KAEDAH

TEKNIK

PERSAMAAN

DEFINISI HURAIAN CONTOHSTRATEGI Pengurusan dan

perancangan pendekatan, kaedah & teknik

menggabungkan pelbagai pendekatan dan kaedah pengajaran

• Pemusatan guru•Pemusatan murid•Berasaskan bahan & sumber•Berasaskan tugasan & aktiviti

PENDEKATAN

Cara atau jalan yang diambil untuk mengajar

menunjukkan haluan tetapi tidak menerangkan bagaimana caranya untuk menuju haluan itu.

•Induktif •Deduktif •Eklektif •Tematik

KAEDAH Mengelolakan dan menggunakan teknik, isi pelajaran & BBM

siri tindakan yang sistematik dan tersusun

•Sumbang saran•Bercerita•Demonstrasi•Perbincangan

TEKNIK kemahiran khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah.

Kemahiran atau cara melaksanakan kaedah

•Kaedah soalan-Jelas-Ringkas-Sesuai dengan tahap murid

PERBEZAAN