pendekatan, strategi, teknik dan kaedah

40
PENDEKATAN PENDEKATAN STRATEGI STRATEGI KAEDAH KAEDAH TEKNIK TEKNIK

Upload: mahaletchumy-subramaniam

Post on 24-Nov-2015

79 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • PENDEKATANSTRATEGIKAEDAHTEKNIK

  • Tugas utama seorang pengajar atau guru adalah untuk memudahkan pembelajaran para pelajar. Untuk memenuhi tugas ini, pengajar atau guru bukan sahaja harus dapat menyediakan suasana pembelajaran yang menarik dan harmonis, tetapi mereka juga menciptakan pengajaran yang berkesan. Ini bermakna guru perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan kebajikan dan keperluan pelajar.

  • Dalam sesi pembelajaran, guru kerap berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka. Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu, selain berpotensi memeransangkan pelajar belajar secara aktif, ia juga harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

  • Perlunya guru menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran, aktiviti-aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan Mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti harus boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan.

  • Dalam merancang persedian mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang baik. Ia perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.

  • Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul.

  • Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak mehalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.

  • PENDEKATAN

    Merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya. Ia merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses P & P serta mempunyai unsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan). Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan kesan.Pendekatan berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran:konkrit kepada abstrakmudah kepada komplekskeseluruhan ke sebahagianumum ke spesifik (deduktif)

  • Strategi Pengajaran

    Suatu Kemahiran merancang danmenguruskan kaedah dan teknikpengajaran untuk mencapai hasilpembelajaran

  • STRATEGIMerupakan satu penetuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang.Konsepnya adalah berdasarkan kepada:Kebijaksanaan memilih pendekatanKecekapan merancang kaedah dan teknikBerdasarkan objektifnya

  • STRATETGIKebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam Pengajaran dan Pembelajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditetapkan.Teknik perancangan kaedah serta teknik mengajar berdasarkan sesuatu pendekatan untuk tujuan mencapai objektif pelajaran dengan berkesan

  • Penggunaan kaedah dan teknik yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan terhap kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara berhati-hati supaya cara-cara ini tidak mehalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.

  • Dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran beberapa strategi pendekatan perlu dipertimbangkan,antaranya ialah; Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan. Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip dan teori pembelajaran Pengagihan masa dan langkah mengajar perlulah disusun dengan baik. Pengagihan bahan bantu mengajar mengikut keperluan dalam setiap kaedah dan teknik mengajar. Pengurusan kelas mengikut pendekatan,kaedah dan teknik mengajar yang dipilih.

  • Kaedah Pengajaran

    Cara mengelolakan dan menggunakan teknik , isi pelajaran dan alat bantu mengajar untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran

  • KAEDAH PENGAJARAN

    Merupakan satu ciri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektif pembelajaran khusus dalan jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang berterusan.Contoh: Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu:P1 kenal pasti masalahP2 rancang penyelesaiaanP3 kumpul maklumatP4 buat tafsiranP5 buat kesimpulan

  • Di antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru ialah:

    Kaedah sumbang saran Kaedah tunjuk cara (demonstrasi) Simulasi atau kaedah pengajaran kumpulan Kaedah perbincangan atau kaedah penyelesaian masalah Kaedah oudioligual Kaedah kodkognetif Kaedah projek

  • TEKNIKEdward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian tertentu.

    Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.

    Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajar-pelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

  • TEKNIKMerupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya : teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demontrasi, lati tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dll. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran ditahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut:UmurKebolehanKecerdasanMinat

  • Teknik Pengajaran

    Teknik pengajaran merupakan satu kemahiran atau cara melaksanakan penyampaian bahan pengajaran kepada pelajar dari segi langkah langkah dalam aktiviti pembelajaran . Teknik ini merujuk kepada suatu kemahiran guru untuk mengelolakan dan menjalankan langkah langkah dalam aktiviti pembelajaran untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahan pengajaran

  • TEKNIK

    TUJUAN TEKNIK Menarik Minat murid Mengekalkan perhatian Membangkitkan ras ingin tahu

  • KAEDAH TEKNIK DAN STRATEGIKaedah pengajaran adalah cara menyampaikan maklumat atau menjalankan aktiviti pengajaran, contohnya kuliah, perbincangan, main peranan, simulasi dan lain-lain. Teknik pengajaran pula ialah kemahiran spesifik dalam pengajaran seperti set induksi, peneguhan, kawalan suara, penggunaan papan hitam dan lain-lain lagi. Teknik mengajar merujuk kepada satu kemahiran mengajar,Strategi mengajar mewakili satu pendekatan yang kompleks dalam pengajaran dan selalunya mengandungi beberapa kaedah pengajaran yang menggunakan pelbagai teknik pengajaran.

  • Pendekatan jalan yang diambilKaedah cara teratur, kemas & sistematikTeknik - kaedah membentuk teknik. Misalnya kaedah bercerita = teknik menyampaikan cerita (gaya); kemahiran menyampaikan cerita; pelbagai teknik.

  • Prinsip dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

    Terdapat pelbagai strategi P&P PJKKepelbagaian strategi dapat mengatasi masalahPengajaran dijalankan dengan pelbagai ransangan

  • Prinsip dan Kaedah Pengajaran Yang Perlu Ditekankan1. Tujuan khas yang biasanya ditulis dalam bentuk obj. Pengajaran berteraskan psikomotor, kognitif dan efektif.Obj. Psikomotor ditulis dalam bentuk eksplisit dan sebaiknya ditulis dlm bentuk SMART iaitu menekankan;Kemahiran yg khusus (Specific)Boleh diukur (Measureable)Boleh dicapai (Attainable)Munasabah (Rational)Masa mencukupi(Time)

  • Prinsip dan Kaedah Pengajaran Yang Perlu Ditekankan2. Dedahkan hanya satu kemahiran baru sahaja dlm sst kemahiran yg diajar dlm satu sesi pengajaran.3. Masa yang mencukupi untuk sesuatu g/kerja yang dijalankan.4. Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal kelas.5. Beri peluang kepada pelajar utk berlatih atau melakukan lati h tubi atau mengambil bahagian sepenuhnya dlm satu sesi pengajaran.6. Latih tubi secara beransur maju dengan mempelbagaikan g/kerja bentuk latihannya perlu ada kesinambungan atau hubung kait.

  • Prinsip dan Kaedah Pengajaran Yang Perlu Ditekankan7. Adakan pertandingan bersyarat /Adakan pertandingan bersyarat /permainan kecil yg. Boleh menimbulkan motivasi atau peransang kepada pelajar.8. Langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5 P:P1 Penerangan (semasa maklumbalas)P2 Praktik (pengelolaan)P3 Perlakuan (tunjuk cara, tepat dan berulang)P4 Permainan /pertandinganP5 Penyeliaan / pembetulan9. Pengajaran perlu dirancang terlebih dahulu.

  • Prinsip dan Kaedah Pengajaran Yang Perlu Ditekankan10. Elakkan bercakap / memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukan atau memberi perhatian.11. Penilaian / refleksi perlu dijalankan utk mengesan keberkesanan pengajran dan pembelajaran.