nota kuliah kaedah sastera

24
FALSAFAH PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia bertujuan untuk menjana minda dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya bangsa dan memupuk sikap berdaya saing ke arah pembinaan insan bestari. Matlamat Melengkapkan murid dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah pemantapan cita rasa sastera di kalangan masyarakat. Objektif 1. memahami isi dan menganalisis aspek sastera 2. mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera 3. menghayati dan menghargai estetik bahasa 4. menghargai penulis dan karya yang dihasilkannya 5. memberikan pandangan, menilai karya sastera secara kritis dan menyuburkan nilai kemanusiaan di samping memupuk semangat cinta akan negara. 6. menghasilkan karya sastera yang pelbagai, sesuai dengan kebolehan murid 7. memupuk budaya membaca untuk memperkembang dan mengekalkan minat terhadap sastera Melayu. KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN Kajian teks Prosa dan Puisi Prosa Moden - novel, cerpen, drama Prosa Tradisional -sastera sejarah, sastera epik, sastera hikayat, sastera rakyat Puisi Tradisional - pantun, syair, gurindam dan seloka Puisi Moden - sajak Aspek sastera Tema dan persoalan, watak dan perwatakan Plot, latar, gaya bahasa, bentuk, nada, sudut pandangan, nilai kemanusiaan dan pengajaran 1

Upload: api-3723959

Post on 07-Jun-2015

3.018 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

Page 1: Nota Kuliah Kaedah Sastera

FALSAFAH PENDIDIKAN KESUSASTERAAN MELAYU

Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Malaysia bertujuan untuk menjana minda dan emosi, mengukuhkan jati diri, menyuburkan budaya bangsa dan memupuk sikap berdaya saing ke arah pembinaan insan bestari.

MatlamatMelengkapkan murid dengan ilmu sastera agar dapat menghayati, menghargai, mencintai dan memupuk rasa bangga terhadap bahasa dan sastera Melayu dalam bidang pendidikan dan kerjaya ke arah pemantapan cita rasa sastera di kalangan masyarakat.

Objektif1. memahami isi dan menganalisis aspek sastera2. mengapresiasi karya sastera melalui aktiviti sastera3. menghayati dan menghargai estetik bahasa4. menghargai penulis dan karya yang dihasilkannya5. memberikan pandangan, menilai karya sastera secara kritis dan menyuburkan nilai

kemanusiaan di samping memupuk semangat cinta akan negara.6. menghasilkan karya sastera yang pelbagai, sesuai dengan kebolehan murid7. memupuk budaya membaca untuk memperkembang dan mengekalkan minat terhadap

sastera Melayu.

KANDUNGAN SUKATAN PELAJARAN

Kajian teks Prosa dan PuisiProsa Moden - novel, cerpen, dramaProsa Tradisional -sastera sejarah, sastera epik, sastera hikayat, sastera rakyat

Puisi Tradisional - pantun, syair, gurindam dan selokaPuisi Moden - sajak

Aspek sasteraTema dan persoalan, watak dan perwatakanPlot, latar, gaya bahasa, bentuk, nada, sudut pandangan, nilai kemanusiaan dan pengajaran

Hasil PembelajaranA. Pengenalan Kesusasteraan Melayu

- definisi, cirri, bentuk, sejarah perkembangan, peranan kesusasteraan MelayuB. Prosa

- definisi, biodata pengarang, aspek sastera, menghasilkan karya kreatifC. Drama

- definisi, biodata, aspek sastera, menghasilkan skrip dramaD. Puisi

- definisi, biodata, aspek sastera, menghasilkan dan mempersembahkan puisi

1

Page 2: Nota Kuliah Kaedah Sastera

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran Berfikir

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kajian Masa Depan

Kecerdasan Pelbagai

Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran Konstektual

2

Page 3: Nota Kuliah Kaedah Sastera

ASPEK SASTERASinopsis

Ringkasan cerita Gambaran keseluruhan cerita Membantu pembaca memahami cerita

Tema1. Persoalan pokok atau persoalan utama/ idea dasar, gagasan, fikiran2. Tema hanya satu3. menjadi panduan pengkarya mengumpul, memilih, menyusun bahan4. keadilan, perjuangan, sejarah, kemiskinan, kemanusiaan, kehijauan alam

Persoalan1. perkara-perkara kecil dalam karya yg ada

hubungan dengan tema2. Persoalan bertujuan mengukuhkan tema

yang diketengahkan3. Dapat dikesan melalui tindakan watak atau

peristiwa yang berlaku

Watak dan Perwatakan1. Sesuatu objek atau pelaku (manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan)2. mempunyai sifat-sifat tertentu -perangai dan pemikiran3. Sifat-sifat yg digambarkan pada watak –Perwatakan -Lahiriah - bentuk, paras rupa, tingkah laku. Jasmaniah - perasaan, sikap dan pemikiran

5. Watak pembantu /watak sampingan - perbezaan dgn watak6. menimbulkan unsur ketegangan/konflik7. watak - untuk menyalurkan buah fikiran atau pandangan hidup penulis8. watak digunakan mengembangkan tema / persoalan/mengubah persekitaran9. Watak utama, watak sampingan, antagonis (watak penyambut - lazimnya nilai negatif),

protagonis (watak pemula -biasanya nilai positif), watak hitam, watak putih (baik), watak bulat/bundar - lebih hampir kpd manusia yang ada kelemahan (watak yg dinamis, mengalami perubahan, bersifat kompleks),

watak pipih (tidak kompleks), tidak berubah) sama dengan watak statik (tidak mengalami perubahan iaitu jahat sejahat-jahatnya), watak kodi (nenek kebayan)

Latar Keterangan mengenai waktu, ruang, suasana terjadi sesuatu peristiwa Digunakan untuk mengembangkan watak/perwatakan, tema dan persoalan Terbahagi tigaa) Latar tempatb) Latar Masac) Latar masyarakat

Plot Jalinan peristiwa/ Rentetan peristiwa yg berasaskan sebab-akibat, dijalin dgn permulaan, perkembangan, konflik, puncak dan peleraian

3

Page 4: Nota Kuliah Kaedah Sastera

Bukannya jalan cerita Jalan cerita -kejadian yang berlaku kerana sebab tertentu, sementara yg

menggerakkan kejadian cerita itu adalah plot. Teknik plot - Ada imbas muka, imbas kembali, dialog, monolog, monolog

dalaman Cerpen - hanya ada satu plot Novel -ada plot utama, plot sampingan

Gaya Bahasa/Unsur KeindahanCara penggunaan bahasa yang baik, kreatif untuk menyampaikan tema/ persoalanDiksi, bahasa kiasa/perbandingan, pengulangan, lambang

Diksi - pemilihan kata Asonansi Aliterasi Alusi - tokoh Simile - gaya bahasa perbandingan jelas Metafora -bahasa perbandingan atau kiasan, perahu waktu Anafora -pengulangan awal baris Epifora -pengulangan pada akhir baris Hiperbola/bombastik -berlebih-lebihan Personafikasi- sifat-sifat manusia

Nilai Amalan atau tingkah laku baik yang ada pada individu, kumpulan atau

masyarakat Dikemukakan dgn fakta, huraian, contoh Contohnya - sikap bekerjasama

Pengajaran Nasihat/ bimbingan yg diambil dari karya Dikesan melalui tindakan watak dan peristiwa yg terjadi Dikemukakan dgn fakta, huraian, contoh

Sudut Pandangan Kedudukan pengarang dalam menyampaikan cerita Sudut pandangan orang pertama - pengarang salah seorang daripada watak - aku,

saya Sudut Pandangan oaring ketiga - berada di luar cerita, solah-olah serba tahu

tentang watak

Bentuk Susunan unit-unit berirama Bilangan rangkap Bilangan baris dalam rangkap Bilangan suku kata dalam baris Rima akhir

4

Page 5: Nota Kuliah Kaedah Sastera

A. WAHAB ALI

Ke Pelabuhan Jauh

Usia melayarkan kita ke pelabuhan jauhDi atas perahu waktu berlarut peristiwaKita leka dan setahun sekali tersedarBila anak meningkat besar

Menoleh kita ke belakangCantik warna bercorakanApa yang ada tidak disetujuiApa yang enggan dulunya belum tentu

Makin lanjut di laut umurTampak melambai kemesraan zamanUsia masa anak-anak di pelabuhan bertolakBergamitan saying di usia yang bergolak

Besar ertinya waktu dan dayaMenjalani hidupMakin belayar usia ke teluk tempat berlabuhMakin cahaya menghubungi rohMakin belayar usia ke teluk tempat berlabuhTerasa dunia begitu rapuh

5

Page 6: Nota Kuliah Kaedah Sastera

DHARMAWIJAYA

Di Titian Kembara

Bening pagi yang menitiDi bayang pandangmuMengukir tafsir imbauan waktuKupinta Dada setiamu tetap bersedia Mendepani lembah lurah titian kembara

Gementar senja yang tibaDi lelah langkahmuMenduga rasa keringat dukaKupinta Cekal citamu berbulan bintang Membuang bimbang ke hujung kenang

Suram malam yang terpendamDi tafakur tidurmuMenanti mentari titipan mayaKupinta Mimpi baktimu tiadakan rela Menatang kehidupan berbunga hampa

6

Page 7: Nota Kuliah Kaedah Sastera

Pantun

Bakar gaharu di tengah halaman Asamkan karat si pisau rautKalau berguru salah pedoman Sesat di darat karam di laut

Hijau rumput di tepian mandi Kembang berseri bungan sendudukElok diturut resmi padi Semakin berisi semakin tunduk

Tikar pucuk tikar mengkuang Alas nikah raja MelayuIkan busuk jangan dibuang Buat perencah si daun kayu

Berbunga lebat pohon rambutan Hinggap tempua berjuntai kaiBila dapat memandang bulan Jangan lupa rumput di bumi

Payang retak tali bersimpul Cembul lokan airnya tumpahHidup tidak kerana kaul Mati bukan kerana sumpah

Angin teluk menyisir pantai Hanyut rumpai di bawah titiBiarlah buruk kain di pakai Asalkan pandai mengambil hati

Tetak pandan di tepi bendang Terbang ke desa burung kenariTercampak badan di rantau orang Budi bahasa pelindung diri

7

Page 8: Nota Kuliah Kaedah Sastera

A. SAMAD. SAID

Titisan darah di Tanah Indah

Moyang kami yang papa mesra berbudi bahasaMati terantai kakinya, tercelik hampa matanyaTanah pusakanya indah subur merataUntuk kita warisnya-penyambung cerita .

Untaian masa bertunda memucatkan warna mukaUlangan cahaya bahagia menjelma tiada ke guaKami masih berbahasa masih berbudi jugaSedang tangan raksasa mencekik bengis mangsanya.

Dalam taman hak kami berkembang puspa yang wangiAneka ragam jenisnya menghiasi persada BundaBiar bersatu segalanya erat berpadu sejiwaBiar semerbak baunya mengharumi seluruh benua!

Kami berbudi bahasa penuh ikhlas di dadaTiada rela berjela cerita neraka selaksaKami berbudi bahasa mesra hati asasnyaSiapa sahaja durhaka kami ancam nyawanya!

Dalam taman hak kami berkembangan puspa yang wangiSegar sihatlah puspa jernih tenang warnanyaDalam taman hak kami berkembangan puspa yang suciRumput liar bernoda kami ragut akarnya

Moyang kami yang papa mati terantai kakinyaKami titisan darahnya pelebur cengkaman rantainyaMoyang kami yang mesra tercelik hampa matintaKami titisan darahnya pencurah bahagia ke matanya!

8

Page 9: Nota Kuliah Kaedah Sastera

“ Aku tak memaksa. Cuma aku akan sedia mendengar. Mungkin bila aku tahu lebih sikit,

dapat jugak aku melapik kata dalam tugas Jabatan atau arahan-arahan rasmi aku masa

depan. Maklumlah, kau tak punya pilihan lagi kecuali berhadapan dengan dia dalam

tugas-tugas seharian, begitu juga aku.” Suara biola yang gemersik tadi perlahan mati lalu

diganti dengan nada yang punya authority. Perkataan Jalil benar-benar telah menjerat

Ikram. Terkapai-kapai perasaannya disimpai oleh jerat yang begitu mahir dilontar oleh

sang pemburu. Jerat menjerut kemas. Ikram berasa dirinya seumpama kerak dan suara

biola itu umpama air.

GAYA BAHASA

Pemilihan kata (Bahasa daerah, bahasa kolokial)

Penggunaan ayat (Ayat panjang atau ayat pendek)

Penggunaan puisi atau peribahasa

Penggunaan dialog

Penggunaan bahasa Inggeris. Contoh

Penggunaan ayat panjang. Contoh terkapai-kapai perasaannya…

Penggunaan Dialog. Contoh “aku tak memaksa.

Kata ganda. Contoh, arahan-arahan

Unsur simile. Contoh,

Unsur personafikasi. Contoh, perkataan Jalil benar-benar……

Unsur sinkof. Contoh, takAnafora

Kurasa diriku terlalu kecilKurasa ibadatku terlalu nipis

9

Page 10: Nota Kuliah Kaedah Sastera

EpiforaTapi bukan mati sebenar matiKerana tiada mati sebelum mati

SimplokUsia yang panjangRezeki yang murah

Bahasa kalasikPawana

SinkofTak

Perulangan barisBangkitlah bangkit

InversiAyuhai kaum di Malaya negeri

PerlambanganBuah lebat

Perbandingan terusHujan dan panas adalah muzik setia

Pengulangan kataBegini ya begini tragedi di bumi

Bahasa asing

ParadoksJiwamu tewas dengan wanita

Unsur prosaikKalau tuan kena, apa rasa?

Unsur AlusiPendekar dipimpin Maharajalela

OnomatopeMurai berkicau bersayu-sayu

10

Page 11: Nota Kuliah Kaedah Sastera

Unsur Bunyi

Asonansi

Aliterasi

Pengulangan kalimat bunyiDagang datang berlagak mahir

Pengulangan imbuhanKibarkan panji hunuskan keris

Rima akhirabab

Teknik Penulisan

Teknik pemerian

Teknik dialog

Teknik monolog

Teknik imbas kembali

Teknik imbas muka

Teknik suspens

Teknik pemerian. Contoh, Ikram berasa dirinya seumpama kerak dan suara biola itu umpama air

Teknik dialog, contoh,….

Teknik monolog. Contoh, Ikram berasa dirinya…

Teks Bacalah Dalam Bahasamu Jilid A (10 buah cerpen/ Sajak)

11

Page 12: Nota Kuliah Kaedah Sastera

1. Hujan Emas di Negeri Orang – Ishak Hj Muhammad2. Paku Payung dan Limau Mandarin – Azizi hj Abdullah3. Mereka Tidak Mengerti – Keris Mas4. Wisata – Arena Wati5. Pawana – Zaharah Nawawi6. Gajah Putih – Zakaria Ali7. Rimbaku Air Mataku – Usman Awang8. Malam Terakhir – Hasan Ali9. Chen Xiaoli – A. Rahmad10. Cerita dari Sebuah Taman – Awangku Merali Tg. Muhammad

Teks Bacalah Dalam Bahasamu Jilid B (10 buah cerpen/ Sajak)1. Ke Bintan To – A. Samad Ismail2. Ayu Zahira Masih Di Sini – Siti Aishah Murad3. Bintang 14 Lalarang – A. Karim Kadir4. Peristiwa Hujan Gerimis – Khalidah Adibah Amin5. Penantian di Walden Place – Abdullah Tahir6. Pesona – Hasidah Disan7. Seorang Gadis, Semangkuk Sayur Manis – Bahrin Ramly8. Detik yang Tergugat – Osman Ayob9. Sahabat – Anwar Ridwan10. Bubu – Dharmala N.S

Teks Hati Terkenang Mulut Menyebut

(Prosa dan Puisi Tradisional)

Novel Restu

Ismail Kasan

12

Page 13: Nota Kuliah Kaedah Sastera

Seorang Guru KM

Mesti Menguasai Perkara-Perkara Berikut:-

1. Aspek Sastera

2. Istilah Sastera

3. Teks Kajian

4. Peperiksaan

5. Kaedah dan Teknik

6. Sikap Pelajar

7. Penghasilan Cerpen

Rancangan Pelajaran Kes. Melayu

Tingkatan : 4

Genre : Novel Restu

Masa : 80 minit

Tajuk : Watak dan Perwatakan dalam Novel Restu

Hasil : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat:-

i) Menyatakan watak-watak dalam karya yang dikaji

13

Page 14: Nota Kuliah Kaedah Sastera

ii) Menyenaraikan sifat-sifat luaran dan dalaman watak

dalam teks yang dikaji

iii) Membandingkan perwatakan Ikram dan Hasnah

HPU : Aras 1:

i) Mengenal pasti watak dalam karya yang

dikaji

ii) Menyenaraikan sifat luaran

iii) Menyenaraikan sifat dalaman

Pengisian Kurikulum:

a) Ilmu : Pendidikan

b) Sosiobudaya : Peranan masyarakat

c) Nilai Kemanusiaan : Kasih saying, kegigihan, keberanian, rajin

berusaha

d) Kemahiran bernilai

Tambah : KP, BCB, KB

Langkah Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

14

Page 15: Nota Kuliah Kaedah Sastera

Pengajaran

Set Induksi Guru memaparkan lirik lagu ‘Oh Fatimah’Guru memperdengarkan lagu ‘Oh Fatimah’Guru mengemukakan soalan. Contohnya:

1. Berikan nama gadis dalam lagu2. Nyatakan sifat-sifat luaran

gadis3. Nyatakan sifat-sifat dalaman

Guru merumuskan perbincangan dan mengaitkan dengan tajuk pelajaran, watak dan perwatakan

OHPLirik lagu ‘Oh Fatimah’(Lampiran 1)Kaset lagu

Langkah 1 Guru menerangkan istilah watak dan perwatan, perwatakan luaran dan dalamanMurid-murid diminta menyenaraikan perwatan Fatimah menggunakan LPG

OHPBorang LPG(Lampiran 2)

Langkah 2 Guru meminta dua orang pelajar (seorang lelaki dan seorang perempuan) ke hadapan kelas untuk melakonkan dialog antara Ikram dengan Hasnah (Lampiran 3)Kedua-dua pelajar kemudiannya diminta duduk di kerusi yang disediakan dan memainkan peranan sebagai Ikram dan HasnahGuru meminta 3 orang pelajar lain menayakan soalan/mewawancara Ikram dan Hasnah. Contoh Soalan:

1. Mengapakah saudara Ikram suka berkawan dengan Hasnah

Teknik

kerusi Panas

KBT:

KP

Interpersonal

BCB

Mencatat

15

Page 16: Nota Kuliah Kaedah Sastera

sewaktu kecil dahulu?2. Pelajar-pelajar diminta

membuat catatan isi perbualan3. Guru merumuskan

perbincangan kemudian mengedarkan petikan

Langkah 3 Murid dibahagikan kpd 6 kumpulan perbincanganKumpulan 1 – 3 Petikan (Lampiran 4)Kumpulan 4 – 5 Petikan (Lampiran 5)Murid-murid menyenaraikan perwatakan luaran dan dalaman watak yang dikaji dalam lembaran grafik yang disediakan (Lampiran 6 dan 7)Setiap kumpulan diminta menyediakan bahan laporan dalam bentuk kertas lut sinar utk aktiviti pembentangan.

Petikan:(Lampiran 4)(Lampiran 5)Borang LPG(Lampiran 6)(Lampiran 7)BCB:MencatatLut sinar

Langkah 4 Murid-murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan di hadapan kelasPelajar-pelajar dari kumpulan lain mencatat dalam bentuk Peta Minda dalam buku nota masing-masing

KB:MelaporKP: Interpersonal

Penutup Murid-murid menyanyikan lagu ‘Oh Fatimah’ (Lirik Oh Hasnah)Guru membantu murid membuat rumusan

16

Page 17: Nota Kuliah Kaedah Sastera

Rancangan Pelajaran Kes. Melayu

Tingkatan : 4

Masa : 40 minit

Genre : Novel Restu

Tajuk : Nilai Kemanusiaan dalam Novel Restu

Hasil : Pada akhir pelajaran, pelajar dapat:-

i) Menyatakan lima nilai kemanusiaan dalam karya yang dikaji

ii) Menghubungkaitkan nilai kemanusiaan dengan pengajaran dalam

petikan

HPU : Aras 1:

i) Menyenaraikan nilai kemanusiaandalam karya yang dikaji

Aras 2 :

ii) Mengenal pasti nilai kemanusiaanMenyenaraikan sifat luaran

iii) Menjelaskan pengajaran berdasarkan contoh dalam karya

Pengisian Kurikulum:

a) Ilmu : Pendidikan/ Sains Pertanian

b) Sosiobudaya : Peranan masyarakat/ Ketua Kampung

c) Nilai Kemanusiaan : Kasih sayang, setia, ramah, sopan santun, pemaaf

d) Kemahiran bernilai

Tambah : KP, BCB, KB

17

Page 18: Nota Kuliah Kaedah Sastera

Langkah Pengajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Set InduksiKeratan surat khabar Rencana tentang keberanian Rosli

Guru mengemukakan beberapa soalan berkaitan isu-isu semasa yang dipaparkan di akhbarGuru mengedarkan keratan surat khabar yang mengandungi keberanian Rosli dan meminta pelajar meneliti perkara-perkara baik dalam petikan (Lampiran 1)Pelajar-pelajar menyatakan nilai muriniGuru mengaitkan jawapan pelajar dengan tajuk pelajaran

BBMKeratan akhbarKBT: BCBMembacamenganalisis

Langkah 1

Istilah Nilai

Kemanusiaan

Guru menerangkan istilah Nilai Kemanusiaan serta contohnyaMurid-murid diminta menyenaraikan nilai murni yang terdapat dalam petikan

OHPLut sinar

KB:Menyenarai

Langkah 2

Petikan Novel

Restu

1. Nilai murni

Dua orang pelajar membaca petikan (Lampiran 2)Pelajar lain diminta meneliti petikan yang samaPelajar berbincang/mengesan nilai murni dalam petikanPelajar menyatakan nilai murniLembaran kerja disediakan (Lampiran 3)

BBBPetikan novel/Lembaran kerjaTeknik Perbincangan

Langkah 3 Secara Berpasangan, pelajar diminta membincangkan petikan yang diberikan (Lampiran 4 dan 5)Aspek perbincangan meliputi aspek nilai kemanusiaan Pelajar lelaki (Petikan 4)Pelajar perempuan (Petikan 5)

Teknik: Perbincangan(Lampiran 4)(Lampiran 5)

Langkah 4 Murid-murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan dihadapan kelasPelajar-pelajar dari kumpulan lain mencatat dalam bentuk Peta Minda dalam buku nota masing-masing

KB:MelaporKP: Interpersonal

Penutup Guru membantu murid membuat rumusan

18

Page 19: Nota Kuliah Kaedah Sastera

19