laporan big

37
Penghargaan Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan segala berkatnya dan atas limpah kurnianya , maka kami pelajar PPG Ambilan Feb 2012 iaitu Kelas Sn 2 dapat melaksanakan tugasan Bina Insan Guru ( BIG ) Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluaraga kami yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan dalam menyiapkan tugasan ini. Keluarga telah banyak berkorban , memainkan peranan , banyak memberi semangat , memberi motivasi , memberi nasihat, memberi inspirasi dan memberi bantuan sepanjang menjayakan tugasan kami. Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Puan Hajjah Badrul Muin bt Mohammad Adam daripada Institut Pendidikan Guru Kampus DatoRazali Ismail kerana telah banyak membimbing , memberi tunjuk ajar , memberi peluang untuk kami menimba ilmu , sentiasa perihatin dan sentiasa memberi sumbang saran idea untuk kami menyiapkan tugasan ini. Selain itu kami juga ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas , rakan-rakan sekerja dan rakan-rakan sekeliling kerana banyak memberi motivasi dan sumbangan maklumat kepada kami semasa kami menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini. Sekian dan terima kasih….

Upload: zoria-ju

Post on 04-Sep-2015

233 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

laporan gotong royong

TRANSCRIPT

Nama Program

PenghargaanBersyukur kepada Allah SWT kerana dengan segala berkatnya dan atas limpah kurnianya , maka kami pelajar PPG Ambilan Feb 2012 iaitu Kelas Sn 2 dapat melaksanakan tugasan Bina Insan Guru ( BIG )

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluaraga kami yang telah banyak memberi sokongan dan dorongan dalam menyiapkan tugasan ini. Keluarga telah banyak berkorban , memainkan peranan , banyak memberi semangat , memberi motivasi , memberi nasihat, memberi inspirasi dan memberi bantuan sepanjang menjayakan tugasan kami.

Kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Puan Hajjah Badrul Muin bt Mohammad Adam daripada Institut Pendidikan Guru Kampus DatoRazali Ismail kerana telah banyak membimbing , memberi tunjuk ajar , memberi peluang untuk kami menimba ilmu , sentiasa perihatin dan sentiasa memberi sumbang saran idea untuk kami menyiapkan tugasan ini.

Selain itu kami juga ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas , rakan-rakan sekerja dan rakan-rakan sekeliling kerana banyak memberi motivasi dan sumbangan maklumat kepada kami semasa kami menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau secara tidak langsung dalam membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini.

Sekian dan terima kasih.

PengenalanBina Insan Guru (BIG) merupakan satu mata pelajaran dalam komponen Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG). Program ini direalisasikan melalui satu pakej aktiviti luar dan dalam kampus sepanjang tujuh semester tempoh pengajian di bawah kelolaan dan kendalian Unit Kokurikulum . Aktiviti-aktiviti yang dirancang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul, pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat.

Banyak manafaat dan pengetahuan yang diperolehi oleh Pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) semasa melaksanakan Prorgam Bina Insan Guru (BIG) . Antaranya ialah Program Bina Insan Guru (BIG) dapat memberi peluang kepada pelajar untuk ;

Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti,

Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza,

Menilai kesesuaian ciri persenoliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan,

Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan,

Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai,

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah,

Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spiritual) dan sosial,

Memupuk semangat berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan,

Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

Sistem pendidikan di negara kita terus berkembang pesat selaras dengan perubahan yang telah berlaku dalam merentasi perubahan zaman. Resolusi Konvensyen Pendidikan kali pertama tahun 2003 mengatakan ,pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat dan komitmen untuk melahir, membina, membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti iaitu yang memiliki ketrampilan profesional yang tinggi dan dicirikan oleh penampilan diri terpuji selaras dengan hasrat Negara. Semoga dengan terlaksananya Bina Insan Guru ini dapat melahirkan Pelajar Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) seorang guru yang mempunyai akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mantap, memiliki personaliti yang unggul dan berkualiti profesionalismenya, memiliki daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

NAMA PROGRAM:PROGRAM TOWARDS 1st CLASS 1. TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan untuk memohon kelulusan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ladang bagi menjalankan Program Gotong-royong Membersihkan Kawasan Sekolah anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Ladang Kuala Terengganu.

2. LATAR BELAKANG

Program ini dirancang untuk diadakan bagi membersihkan kawasan sekolah agar lebih kemas dan ceria memandangkan sekolah kekurangan tenaga Pekerja Rendah Am yang dapat membantu mengekalkan kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah yang agak luas ini. Di samping itu, ia diharapkan dapat mengurangkan kemalangan di kalangan murid-murid Sekolah Kebangsaan Ladang akibat daripada keadaan persekitaran yang tidak begitu tersusun dan membahayakan. 3. OBJEKTIF PROGRAM

Di akhir program ini diharapkan :

3.1 Memupuk kerjasama hubungan mesra dan silaturrahim yang lebih kukuh di antara para guru dan waris pelajar Sekolah Kebangsaan Ladang.

3.2 Membersih dan menceriakan kawasan persekitaran sekolah agar murid-murid sekolah ini dapat menjalani pembelajaran dengan lebih selesa.3.3 Para waris berpeluang memberikan sumbangan tenaga dan buah fikiran untuk memajukan sekolah.

3.4 Dapat membantu meringankan beban Pekerja Rendah Am yang hanya terdiri daripada dua orang pekerja sahaja.3.5 Memupuk perasaan cintakan sekolah di kalangan guru dan waris pelajar SK Ladang.

4.BUTIRAN PROGRAM:

4.1Bilangan Peserta

Peserta terdiri daripada lebih kurang 100 orang waris dan 30 orang guru Sekolah Kebangsaan Ladang.

4.2 Tarikh Cadangan

28 Feb 2015 (Sabtu)4.3 Aturcara Program

28 Feb 2015 (Sabtu)

8.00 a.m. -8.15 a.m. :Pendaftaran peserta

8.15 a.m. -8.30 a.m. :Taklimat program dan pembahagian kawasan

8.30 a.m. -12.00 p.m. :Aktiviti gotong-royong

12.00 p.m. -1.00 p.m.:Jamuan makan tengah hari dan bersurai

4.4Tempat Program

Kawasan Sekolah Kebangsaan Ladang.

4.5Ahli Jawatankuasa Program

Penasihat

: Tn Haji Ghazali b Abd Rahman Guru Besar

Sekolah Kebangsaan Ladang.Penyelaras

: Datuk Hj Mohd Sabri b Alwi Yang Dipertua PIBG

Sekolah Kebangsaan Ladang.Setiausaha

: Zoria bt Mat DaudAhli Jawatan kuasa:Ahli Jawatan kuasa PIBG SK Ladang5.KEWANGAN5.1 Sumber Kewangan

Dana PIBG.

Anggaran Perbelanjaan

1.Peralatan membersihRM 50.00RM 50.00

2.Perbelanjaan jamuan pesertaRM 4.00 x 150 orang RM 600.00

JUMLAHRM 650.00

6. PENUTUP

Dengan ini adalah dimohon agar tuan dapat mempertimbang dan meluluskan usul Program Gotong-royong Membersihkan Kawasan Sekolah anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Ladang ini. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

...................................... ........................(ZORIA BT MAT DAUD) (GHAZALI B ABD RAHMAN)

Setiausaha Guru Besar,

Persatuan Ibu bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Ladang.

Sekolah Kebangsaan Ladang.

MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG.Tarikh

: 11 Februari 20135Hari

: AhadMasa

: 1.15 p.m.

Tempat

:Bilik Mesyuarat

Pengerusi

: Zoria bt Mat DaudKehadiran guru: Semua hadir

Turut hadir

: Tn Hj Ghazali b Abd Rahman (Guru Besar)

1. Ucapan pengerusi Majlis (Datuk Hj Sabri b Alwi, YDP PIBG)1.1 Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa program kerana dapat menghadirkan diri ke mesyuarat pelaksanaan program tersebut.

1.2 Beliau berharap agar segala keputusan dapat dicapai sebulat suara bagi menjamin kelicinan perjalanan program.

1.3 Beliau juga menjamin bahawa akan sentiasa memberi sokongan dan sumbangan yang termampu kepada pihak sekolah.

2. Ucapan Tn Hj Ghazali b Abd Rahman (Guru Besar)2.1 Tn Hj Ghazali mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana dapat hadir ke mesyuarat pada hari ini.

2.2 Beliau mengulas secara ringkas mengenai keadaan semasa Sekolah Kebangsaan Ladang yang tidak mendapat tambahan Pekerja Rendah Am walaupun permohonan sudah dibuat berkali-kali.

2.3 Beliau juga berterima kasih kepada YDP dan AJK PIBG SK Ladang yang telah merancang untuk mengadakan program ini bagi membantu menceriakan kawasan sekolah dan menyerahkan agenda seterusnya kepada Zoria bt Mat Daud selaku penyelaras program.

3. Taklimat ringkas dari penyelaras program

3.1 Tempat

: Kawasan persekitaran Sekolah Kebangsaan Ladang Tarikh

: 28 Feb 2015 Masa

: 8.00 pagi hingga 1.00 tengah hari3.2 Aturcara majlis adalah mengikut draf tentatif program yang diedarkan. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian sekiranya ada.

3.3 Pembahagian tugas di buat dengan melantik Ahli Jawatankuasa PIBG selaku ketua dibantu oleh peserta lain seperti yang dicatatkan di dalam senarai nama yang diedarkan.

4. Hal hal lain

4.1 En Zakri meminta agar jawatankuasa memastikan segala perbelanjaan disertakan resit pembayaran untuk memudahkan urusan audit.

4.2 En Suhaimi meminta agar peserta dimaklumkan untuk membawa peralatan tambahan seperti baldi, kain buruk, sabit atau mesin pemotong rumput dan sebagainya kerana peralatan sekolah agak terhad.

5. Perkara berbangkit

Tiada

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.15 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

_____________________________ _________________(ZORIA BT MAT DAUD) (GHAZALI B ABD RAHMAN)

Setiausaha, Guru Besar,

Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Ladang.

Sekolah Kebangsaan Ladang.

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG,20000 KUALA TERENGGANU,

TERENGGANUTEL/FAX: 09 6221716Tarikh :8 Feb 2015Tuan/Puan/Encik/Cik

..

Tuan ,

MESYUARAT JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAHMerujuk perkara di atas , mesyuarat tersebut akan di adakan seperti ketetapan berikut;

Tarikh

11 Februari 2015Masa

: 1.15 petang

Tempat: Bilik Mesyuarat SK Ladang2.Sehubungan dangan itu, tuan selaku ahli jawatankuasa pelaksana program adalah dijemput menghadiri mesyuarat tersebut bagi membincangkan perkara-perkara berikut;

Agenda 1: Pembahagian tugas

Agenda 2: Tentatif program

3.Kerjasama daripada pihak tuan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian Terima Kasih

BERHKIDMAT UNTUK NEGARAGURU PENYAYANG MURID Berkualiti

Saya yang Menurut Perintah

(ZORIA BT MAT DAUD)

Setiausaha,

Persatuan Ibu Bapa dan Guru,

SK. Ladang

Kuala Terengganu.

SENARAI PEMBAHAGIAN KERJA

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN SIONGPenasihat

:

Tn HJ Ghazali b Abd Rahman

(Guru Besar)Pengerusi

:

Toh Puan Faridah bt Arifin (GPK 1)N. Pengerusi 1

:

En. Suhaimi b Samat (GPK HEM)N. Pengerusi 2

:

En Zakri b Haron (GPK KK)Penyelaras

:

Datuk Hj Sabri b Alwi (YDP PIBG)Setiausaha

:

Pn Zoria bt Mat Daud Bendahari

:

Pn. Rohaiza bt RazakAKTIVITI MEMOTONG RUMPUT DAN MEMBERSIHKAN KAWASAN BANGUNAN

BIDANG TUGAS

BLOK AEN. BAZLI B HJ AZIZAN

EN. ZAINI B RAZAK

PN. HJH. CHE SOM BT LATEH

PN. NORDIANA BT ZULKIFLI

PN. NAIMAH BT MOHD SHAHABUDIN

PN. ZURAIDA BT MOHAMAD

PN. BASHIRAH BT MOHD. BASHARI

1. Bertindak sebagai pemudah cara kepada para waris.2. Memotong rumputbahagian hadapan dan belakang bangunan.

3. Membersihkan sisa-sisa pokok yang dicantas.

4. Mengumpulkan rumput sekiranya perlu untuk dibuang.

5. Membersihkan longkang sekitar kawasan bangunan.

BLOK B

EN. MOHD FAUZI B ABDULLAH

PN. NOORLIZA BT AHMAD

CIK NAILILHUDA BT AHMAD

PN. FARIDAH BT HASSAN

BLOK CCIK ROHIMAH BT MOHD DAHLAN

PN. ROHAIZA BT RAZAK

PN. QAMARINA BT HJ YAACOB

BLOK DPN. HJH. KAMARANI BT ABD. GHANI

PN. NOREHA BT AHMAD NAWAWI

PN. ZUMAIDA BT SHARIFUDDIN

PN. NORAZILA BT MOHD KHOTIB

PRA

PN. NORAZIMAH BT SANI

PN. NORITA BT ABDUL RAHIM

PEMBANTU PRA

BILIK KO-KURIKULUMPN. IRMA SURJANI BT MD. NAWAWIPN. SUHAILA BT KHALID

AKTIVITI MENGECAT DAN MEMBERSIHKAN KAWASAN

BIDANG TUGAS

TEMBOK DEPAN DAN PAGAR SEKOLAH

EN. MOHD FADHLI SYAM B ZAKARIA

EN. MUHAMMAD B YAHAYA

PN. MOLIYATI BT MOKHTAR

PN. KABETIAH BT HJ. AHMAD

PN. FADHILAHTON BT SEROJI

1. Bertindak sebagai pemudahcara.

2. Membersihkan kawasan sekitar.

3. Memastikan peralatan untuk aktiviti mengecat mencukupi; berus, cat, scrapper, bekas cat dll untuk kegunaan waris.

DATARAN PERHIMPUNAN

EN. MOHD KHOTIB B HJ. MAJID

EN. MUHAMMAD ZAKI B HJ. LATIF

PN. AFIFAH BT. YAHYA

PN. HJH. SYARIFAH BT OTHMAN

PN. HAMIZA BT ABD. RAHMAN

PASU DAN TEMBOK ANTARA BLOK A DAN BLOK B

WAKAF BELAKANG BLOK DEN. NOR JOHAN AKMAL B IBRAHIM

EN. MOHD HAFIZ B ZAKARIA

EN. RASLI B ISMAIL

EN. MOHD AZHAR B ASUAK

PN. HARTINI BT JOSNI

PN. SITI SARAH BT JEMAN

LAPORAN

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG KUALA TERENGGANUProgram gotong-royong ini telah dilaksanakan dengan jayanya serta mencapai objektif yang telah ditetapkan iaitu untuk membantu membersih dan menceriakan kawasan sekolah agar dapat memberi keselesaan kepada murid-murid untuk belajar serta memastikan keselamatan murid dan kaki tangan sekolah sewaktu berada di sekolah. Di samping itu, ia juga diharapkan akan menjadi platform kepada pemupukan hubungan yang lebih erat antara warga sekolah dan komuniti setempat agar dapat menjalinkan kerjasama yang lebih bermakna pada masa akan datang.

Kekuatan

Beberapa kekuatan yang telah dikenalpasti hasil daripada perlaksanaan program ini adalah seperti berikut;

i. Ia berjaya memupuk semangat kerjasama dan tolong-menolong di kalangan sesama waris serta waris dan guru.ii. Memberi peluang kepada para waris untuk mencurahkan bakti dari segi tenaga, masa dan buah fikiran kepada sekolah demi kepentingan bersama.

iii. Menjadikan kawasan sekolah lebih terurus bagi menjamin keselesaan warga sekolah.iv. Merapatkan silaturrahim di antara warga Sekolah Kebangsaan Ladang dan masyarakat setempat.v. Memperlihatkan PIBG sebagai suatu organisasi yang penting serta memberi sumbangan ke arah pembangunan modal insan.Kelemahan

Di samping kekuatan yang dikenalpasti sepanjang sebelum, semasa dan selepas perlaksanaan program ini, terdapat juga beberapa kelemahan seperti berikut;

i. Sambutan ibu bapa yang kurang menggalakkan kerana kebanyakan mereka bekerja sebagai peniaga di pasar dan tidak dapat menghadirkan diri pada waktu tersebut.ii. Peruntukan waktu program yang terlalu terhad menyebabkan kebanyakan tugas membersihkan kawasan terbengkalai dan tidak berjaya disiapkan sepenuhnya seperti yang telah dirancangkan.Cadangan Penambahbaikan

Hasil daripada pemerhatian dan pengalaman yang diperolehi daripada perlaksanaan program ini beberapa perkara didapati perlu diberi perhatian khusus. Terdapat beberapa cara yang didapati sesuai untuk memberikan penambahbaikan serta penyelesaian kepada permasalahan yang timbul agar program yang seumpama ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik pada masa akan datang. Di antaranya adalah seperti berikut;

i. Memilih masa yang lebih sesuai agar lebih ramai waris dapat hadir sama, contohnya dijalankan pada waktu petang di mana ia tidak mengganggu waktu kerja kebanyakkan mereka.ii. Memanjangkan lagi tempoh masa program agar tugasan dapat dilaksanakan dengan sempurna, misalnya dilanjutkan beberapa hari atau dibuat pada ketika yang berlainan dengan mengecilkan kawasan target untuk dibersihkan pada suatu masa.Penutup

Walaupun tidak berjaya disiapkan sepenuhnya, program ini telah memberi makna yang amat besar kepada pihak sekolah kerana keadaan menjadi lebih baik dari sebelumnya. Ia banyak membantu guru dalam menjalankan aktiviti terutamanya yang melibatkan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah serta kegiatan ko-kurikulum. Di samping itu adalah dipercayai bahawa ia juga memberikan suatu kepuasan kepada ibu bapa pelajar Sekolah Kebangsaan Ladang kerana dapat bersama-sama menggembeling tenaga untuk memberi keselesaan belajar kepada anak-anak mereka di sekolah. Adalah diharapkan agar program seumpama ini akan terus dianjurkan pada masa hadapan bukan sahaja oleh PIBG, malahan oleh organisasi lain bagi mewujudkan kerjasama erat serta menyumbang ke arah kecemerlangan pelajar sekolah ini. REFLEKSI KENDIRI

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG KUALA TERENGGANUSecara jujurnya, selaku pendidik yang telah berkhidmat menjangkau dua puluh tahun serentak dengan amanah selaku Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Ladang sejak tahun 1996, ini bukanlah kali pertama saya menggerakkan program gotong-royong seperti ini. Ia telah menjadi agenda wajib bagi PIBG sekolah ini untuk menganjurkan program gotong-royong bagi membantu membersihkan kawasan sekolah memandangkan hanya terdapat dua orang pekerja sahaja yang ditugaskan untuk memstikan kebersihan dan keceriaan kawasan sekolah yang agak luas dan mempunyai banyak bangunan ini. Tugasan yang telah saya laksanakan ini bukanlah sekadar untuk memenuhi tuntutan kerja kursus kerana menyambung pelajaran di bawah Program Pensiswazahan Guru di IPGKDRI sahaja tetapi ia telah menjadi kebiasaan bagi diri saya dan program ini dilaksanakan lebih dari sekali dalam setiap tahun di Sekolah Kebangsaan Ladang.

Walau bagaimanapun, terdapat kelainan yang saya rasakan dalam menggerakkan program ini pada kali ini di mana prosedur yang saya lakukan adalah lebih teliti dan persediaan saya lebih terperinci. Saya lebih menghargai amanah yang saya sempurnakan pada kali kali ini kerana saya pasti saya telah melakukannya dengan cara ya g lebih baik berbanding sebelum ini dan sudah pastilah saya akan terus mengamalkan cara yang lebih efektif ini pada setiap kali saya diamanahkan untuk melaksanakan tugasan seumpama ini demi kecemerlangan anak-anak didik saya.Justeru, saya amat berterima kasih kepada para pensyarah pembimbing kursus Bina Insan Guru, Pn Hjh Badrul Muin bt Muhammad Adam kerana telah memberikan suatu tugasan yang amat berfaedah kepada saya bagi membolehkan saya mendapat pengalaman yang berguna ini. Selain itu, segala bimbingan dan buah fikiran yang telah diberikan sepanjang perlaksanaan tugasan ini amat bermakna kepada saya.

Saya juga amat menghargai segala kerjasama yang saya perolehi dari rakan-rakan sejawat di SK ladang dan rakan-rakan Ahli Jawatan Kuasa PIBG SK Ladang. Kami telah bersama-sama berusaha bagi menjayakan program ini. Ia telah menjadikan kami semua lebih memahami dan saling menghargai antara satu sama lain. Semangat bekerjasama dan saling membantu ini akan terus diamalkan di kalangan warga sekolah dan penduduk setempat di kawasan ini. Selain itu, tugasan ini juga telah memberi peluang kepada saya untuk mempelajari cara-cara komunikasi yang berkesan dengan pihak-pihak tertentu terutamanya dengan pihak pentadbir sekolah dalam urusan-urusan rasmi. Sesungguhnya, komunikasi yang berkesan adalah amat penting dalam memastikan kejayaan sesuatu program yang ingin dilaksanakan.

Harapan saya adalah agar saya dapat berkongsi pengalaman menggerakkan program seperti ini dengan rakan-rakan guru yang memerlukannya serta menurunkan ilmu yang saya perolehi ini kepada anak-anak didik saya pada masa hadapan agar mereka menjadi generasi yang serba boleh. Sekali lagi saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua yang telah membantu saya dan rakan-rakan dalam menjayakan program ini.

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG,20000 KUALA TERENGGANUTERENGGANUTEL/FAX: 09 6221716Tarikh :20 Februari 2015Tuan/Puan/Encik/Cik

.

JEMPUTAN KE PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH KEBANGSAAN lADANGMerujuk perkara di atas , Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Ladang akan menganjurkankan Program Gotong-royong Membersihkan Kawasan Sekolah seperti ketetapan berikut;

Tarikh

: 28 Feb 2015 (Sabtu)

Masa

: 8.00 pagi

Tempat berkumpul: Perkarangan Sekolah Kebangsaan Ladang2. Sehubungan dangan itu, tuan/puan/Encik/Cik berbesar hati menjemput tuan hadir selaku peserta dalam program tersebut.

3. Kami amat berharap agar pihak tuan dapat memberi respon segera kepada pihak kami dengan menyatakan sama ada bersetuju untuk hadir ataupun tidak di dalam borang yang dilampirkan di sini dan memulangkannya kepada pihak kami agar kami dapat menguruskan hal-hal lain yang berkaitan dengannya. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan kami dahului dengan ucapan setinggi-tinggi terima kasih.

Sekian Terima Kasih

BERHKIDMAT UNTUK NEGARAGURU PENYANYANG MURID BERKUALITI

Saya yang Menurut Perintah

(ZORIA BT MAT DAUD)

Setiausaha,

Persatuan Ibu Bapa dan Guru,SK. Siong, Baling, kedah.Saya ,. waris kepada ............ .pelajar tahun dengan ini ***bersetuju / tidak bersetuju untuk hadir sebagai peserta di dalam Program Gotong-royong Membersihkan Kawasan Sekolah Kebangsaan Ladang.

Yang benar, ............................................................................( )*** sila potong bahagian yang tidak berkenaan.BORANG PENDAFTARAN PESERTA

PROGRAM GOTONG ROYONGSEKOLAH KEBANGSAAN LADANG(WARIS)BILNAMA PESERTATANDA TANGAN

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

27

28

29

30

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

41

42

43

44

45

46

47

48

49

50

51

52

53

54

55

56

57

58

59

60

61

62

63

64

65

66

67

68

69

70

71

72

73

74

75

76

77

78

79

80

81

82

83

84

85

86

87

88

89

90

91

92

93

94

95

96

97

98

99

100

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO RAZALI ISMAILKUALA TERENGGANU

TERENGGANUPROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (DENGAN KEPUJIAN) NAMA

:ZORIA BT MAT DAUDNO. KAD PENGENALAN:720317 11 5064NO.TELEFON

:013 9059603UNIT

: SAINS 2KOD / KURSUS : WAJ 3143 / BINA INSAN GURU

NAMA PENSYARAH

: PN HJH BADRUL MUIN BT

MUHAMMAD ADAM TARIKH SERAHAN

:28.MAC. 2015KERTAS KERJA

SURAT- MENYURAT

LAPORAN

DAN

REFLEKSI

LAMPIRAN

LAPORAN BERGAMBAR

KAIN RENTANG KEMPEN GOTONG-ROYONG

GOTONG ROYONG BILIK PSS

MURID, IBU BAPA DAN PEKERJA AMMEMBERSIHKAN KAWASAN PERSEKITARAN SEKOLAH

MENGHIAS PENTAS DEWAN

SEBELUM GOTONG ROYONG

SEMASA GOTONG ROYONG

PENTAS DEWAN SELEPAS GOTONG-ROYONG

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG

KERTAS KERJA

PROGRAM GOTONG-ROYONG MEMBERSIHKAN KAWASAN SEKOLAH

ANJURAN

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN LADANG

2 MAC 2015