laporan big 2015

30
PRAKATA Terlebih dahulu, kami panjatkan segala kesyukuran dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi kami dan semua yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru pada kali ini sehingga kami dapat menjalankan program ini dengan berjaya sekali. Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan program ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Kami juga ingin merakam ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Pn Siti hartini bt Pungut daripada IPGKRM kerana telah banyak membimbing,memberi tunjuk ajar,memberi peluang untuk kami menimba ilmu,sentiasa prihatin dan sentiasa memberi sumbang saran idea untuk menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada Guru Besar dan guru-guru serta murid- murid SK Taman Tuanku Jaafar 2,Seremban kerana sudi membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga di atas semua motivasi dan teguran yang telah dicurahkan. Kami akan memanfaatkan semua ilmu yang kami dapat semasa program ini dengan sebaik mungkin. Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan di atas segala kekasaran dan kesilapan yang telah saya lakukan. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. 1

Upload: kfaidzal

Post on 11-Nov-2015

46 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

PRAKATA

Terlebih dahulu, kami panjatkan segala kesyukuran dan terima kasih kepada Tuhan kerana telah melindungi kami dan semua yang terlibat dalam Program Bina Insan Guru pada kali ini sehingga kami dapat menjalankan program ini dengan berjaya sekali. Kami juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pelaksanaan program ini. Tanpa kerjasama dan sokongan dari semua pihak sudah tentu program ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.Kami juga ingin merakam ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing kami iaitu Pn Siti hartini bt Pungut daripada IPGKRM kerana telah banyak membimbing,memberi tunjuk ajar,memberi peluang untuk kami menimba ilmu,sentiasa prihatin dan sentiasa memberi sumbang saran idea untuk menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada Guru Besar dan guru-guru serta murid-murid SK Taman Tuanku Jaafar 2,Seremban kerana sudi membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga di atas semua motivasi dan teguran yang telah dicurahkan. Kami akan memanfaatkan semua ilmu yang kami dapat semasa program ini dengan sebaik mungkin. Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan di atas segala kekasaran dan kesilapan yang telah saya lakukan. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Mungkin ada perlakuan, sikap atau tutur kata yang tidak menyenangkan yang dilakukan secara tidak sengaja dan tanpa disedari oleh kami, anggaplah semua itu adalah kelemahan kami semua.Melalui BIG ini kami telah mendapat pelbagai pengalaman. Kami berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yang kita perolehi ini dengan baik dalam kehidupan kita selepas ini. Bersama-samalah kita melengkapkan diri kita dengan pelbagai ilmu supaya kita dapat melahirkan anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang kelak.

Sekian terima kasih

BIL

TAJUKMUKASURAT

1.

PRAKATA1

2.

ISI KANDUNGAN

2

3.

PENGENALAN3

4.

RASIONAL4

5.

OBJEKTIF5

6.

LAPORAN PROGRAM5-8

7.

LAPORAN BERGAMBAR9-26

8.

REFLEKSI PELAJAR

9.

KERTAS KERJA PROGRAM

BINA INSAN GURU

1.0 PENGENALAN Program Bina Insan Guru (BIG) mula diperkenalkan dalam Latihan Perguruan Praperkhidmatan pada tahun 2001 dan mulai tahun 2005, sukatan pelajaran BIG yang seragam bagi semua program latihan perguruan praperkhidmatan di Institusi Pendidikan Guru seluruh Malaysia mula diperkenalkan. Selain itu juga, Program BIG ini adalah di bawah kelolaan dan kendalian bahagian Hal Ehwal Pelajar IPG.

Secara umumnya, program BIG bermatlamatkan sebagai satu progam yang merupakan salah satu usaha pencetus kepada usaha pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangant juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental, dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Di samping itu juga, pelaksanaan BIG adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah suatu yang mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, maka guru harus mampu menyesuaikan diri dalam setiap keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Oleh yang demikian, penghayatan yang mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.

LAPORANPROGRAM SAYANGI SEKOLAHTAMAN TANAMAN HIASAN DAN TANAMAN HERBA

TARIKH :-11-17 APRIL 2015

TEMPAT :-SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN TUANKU JAAFAR 2SEREMBAN , NEGERI SEMBILAN

ANJURAN :-UNIT SAINS PPG SEMESTER 6UNIT BAHASA CINA PPG SEMESTER 6UNIT BAHASA MELAYU SEMESTER 6

2.0 RASIONAL PROGRAM SAYANGI SEKOLAH

Taman Pertanian adalah sebagai satu cara pendekatan bagi menggalakkan murid-murid menambahkan ilmu pengetahuan,menarik minat untuk belajar di samping mempamerkan bagaimana aktiviti peningkatan penguasaan tajuk pertanian.Selain itu,Taman Pertanian akan memberi peluang kepada murid-murid merasai sendiri pengalaman bagaimana untuk menanam pokok bermula dari benih sehingga kepada penjagaan dan pembiakan.Murid-murid yang bekeupayaan menguasai tajuk tanaman lebih mudah berinteraksi,bertukar pendapat dan berbincang dengan lebih bebas dalam kumpulan yang lebih kecil tanpa menganggu murid lain.Selain itu,dapat mengisi masa yang terluang murid-murid dengan aktiviti yang berfaedah.

3.0 OBJEKTIF PROGRAM SAYANGI SEKOLAH

Pada akhir program ini dapat :

i. Memberi peluang kepada murid-murid untuk mempelajari tanaman secara nyata.ii. Meningkatkan prestasi murid-murid khususnya dalam ilmu RBT.iii. Memastikan 100% murid menguasai sekurang-kurangnya 5 peralatan tanaman dengan baik dan berkesan.iv. Mewujudkan pendidikan berbentuk didik hiburv. Menggalakkan para pelajara menjaga tanaman secara berterusanvi. Membudayakan sikap membaca di mana sahaja mereka beradavii. Penggunaan secara maksima kemudahan-kemudahan bahan bacaan yang disediakan oleh pihak pusat sumber sekolah,khususnya bagi membantu kecemerlangan pelajar.

4.0 LAPORAN PROGRAM SAYANGI SEKOLAH 2015Tarikh: 11-17 April 2015Tempat : Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2 , Seremban , Negeri SembilanBilangan Pelajar : 26 orang pelajar

Program Bina Insan Guru ( BIG ) Fasa 4 merupakan salah satu program yang wajib dilaksanakan oleh semua pelajar Program Persiswazahan Guru ( PPG . Program untuk Fasa 4 ini melibatkan perlaksanaan merancang kawasan angkat untuk sekolah yang terpilih.Aktiviti ini bertujuan meningkatkan profesionalisme keguruan dan khidmat masyarakat di kalangan peserta.Satu mesyuarat telah dijalankan bagi menjalankan program ini.Di mana pelajar PPG Ambilan Februari 2013 yang terdiri daripada Unit Sains,Unit Bahasa Cina dan Unit Bahasa Melayu Semester 6 telah bersetuju untuk menjalankan Program BIG pada kali ini di Sekolah Kebangsaan Taman Tuanku Jaafar 2,Seremban,Negeri Sembilan.Tema program pada kali ini ialah Taman Pertanian Program Sayangi Sekolah iaitu dengan membina Taman Herba dan Taman Hiasan di Sekolah tersebut.Selepas mesyuarat dijalankan dan mendapat persetujuan daripada semua pelajar PPG dan pensyarah,En Rizal Hazri telah dilantik sebagai penyelaras program ini .Ini adalah kerana beliau adalah guru di sekolah ini.Penubuhan AJK telah dibuat bagi menjayakan program yang telah dirancang.penyelaras telah membuat kerta kerja atau kertas cadangan untuk program ini.Semua pelajar terlibat dalam menjayakan program yang telah dirancang.Banyak aktiviti yang telah dirancang iaitu menjalankan gotong-royong bagi membangunkan taman pertanian di SKTTJ 2 iaitu dengan membina Taman Herba dan Taman Hiasan.Seramai 26 orang pelajar PPG semester 6 Ambilan Februari 2013 telah menyertai aktiviti yang telah dirancang.Pada hari Ahad bertarikh 12 April 2015 dari pukul 8.30 pagi hingga 1.00 petang telah diadakan gotong-royong di SKTTJ 2 untuk menceriakan dan membangunkan Taman Pertanian tersebut.Kesemua pelajar PPG telah berkumpul di SKTTJ 2 seawal 8.30 pagi.Selain pelajar PPG,pensyarah pembimbing kami iaitu Pn Siti Hartini bt Pungut juga telah datang membantu kami.Murid-murid SKTTJ 2 juga turut membantu kami dalam menjayakan program ini.Beliau datang untuk membantu kami membangunkan Taman Herba di SKTTJ 2.Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari tersebuat ialah menjalankan gotong-royong menanam tanaman herba dan tanaman hiasan.Sebelum gotong-royong dimulakan,taklimat ringkas tentang aktiviti-aktiviti yang akan dibuat telah diberikan kepada pelajar PPG dan murid-murid oleh Penyelaras Program supaya kami mendapat gambaran sebenar tentang aktiviti untuk menceriakan dan membangunkan Taman Pertanian tersebut.Pelajar-pelajar dan murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Selepas pembahagian kumpulan dibuat,para pelajar dan pensyarah telah dibawa ke tapak taman pertanian.Pembahagian kumpulan dibuat supaya perjalanan program ini dapat berjalan dengan lancar dan sistematik.

Aktiviti bermula dengan mengemas dan meratakan tanah sebelum aktiviti menanam tanaman herba dan tanaman hiasan dibuat.Antara tanaman herba dan tanaman hiasan yang ditanam ialah pokok cekur,lidah buaya,pegaga,pokok keladi dan banyak lagi.Pelajar PPG dan murid-murid juga turut mengecat dan menyusun atur semula hiasan dalam taman herba.Selain itu,aktiviti lain yang dibuat ialah menyiapkan papan kenyataan,tempat meletakkan bahan bacaan,sudut info pertanian dan juga melabel nama-nama tanaman herba dan tanaman hiasan.Semua pelajar PPG dan murid-murid begitu bersemangat dalam menjalankan aktiviti penanaman dan pengubahsuaian taman herba.Gotong-royong ini tamat pada pukul 1.00 petang.Di mana pelajar-pelajar PPG dan murid-murid mengemas dan membersihkan tempat tersebut.Sebelum majlis perasmian,AJK kad jemputan telah menjemput para pensyarah IPGKRM yang terlibat serta Guru Besar SKTTJ 2.Manakala AJK cenderamata pula telah menempah cenderamata untuk diberikan kepada para pensyarah dan juga sekolah yang terlibat.Majlis perasmian Taman Pertanian Program Sayangi Sekolah telah diadakan pada 17 April 2015 bersamaan hari Jumaat.Ia bermula pada pukul 3.00 petang.Di mana, pada pukul 3.00 petang kehadiran semua pelajar-pelajar PPG Semester 6 dan para pensyarah ke SKTTJ 2.Apabila semua pelajar dan pensyarah tiba,majlis perasmian dimulakan dengan ucapan alu-alauna daripada Tuan Pengerusi majlis.Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Penyelaras Program Sayangi Sekolah iaitu En Rizal Hazri.Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Guru Besar Cemerlang SKTTJ 2 iaitu Pn Hajah Semarli bt Alia.Selain itu juga,majlis perasmian ini telah dihadiri oleh empat orang pensyarah iaitu Pn Siti Hartini bt Pungut ( Pensyarah Pembimbing PPG Ambilan 2013 IPGKRM ),En Amran bin Haji Mohd Din ( Penyelaras BIG IPGKRM ), En Che Azmi bin Harun ( Pensyarah Kanan Sains IPGKRM ) dan Cik Fauziah bt Haji Jamil ( Pensyarah RBT IPGKRM ).Beliau turut mengalu-alukan kedatangan para pensyarah dan pelajar-pelajar PPG ke SKTTJ 2.Beliau berharap agar aktiviti yang telah dirancang telah dijalankan dengan baik dan berjaya.

Sebagai tanda terima kasih penyampaian cenderamata kepada Guru Besar SKTTJ 2 telah disampaikan oleh Pn Siti Hartini selaku Pensyarah Pembimbing kami.Selepas itu,penyelaras Program Sayangi Sekolah iaitu En Rizal Hazri telah menyampaikan cenderamata kepada para pensyarah yang sudi hadir pada majlis perasmian itu.Setelah habis majils perasmian tersebut,Pn Guru Besar,para pensyarah dan pelajar-pelajar PPG telah dibawa untuk melawat Taman Pertanian SKTTJ 2.Habis sahaja lawatan,sesi fotografi telah dijalankan.Sebelum majlis bersurai.semua tetamu dijemput untuk ke jamuan yang telah disediakan.Akhirnya program ini dapat dijalankan dengan jayanya dari mula hinggalah ke penghujungnya.Tanpa bantuan dan kerjasama dari semua pelajar-pelajar PPG Ambilan 2013 Semester 6, murid-murid dan guru-guru SKTT 2 serta pensyarah tidaka mungkin kami dapat menjalankan program ini dengan jayanya.Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung terutamanya Guru Besar SKTTJ 2.

5.0 LAPORAN BERGAMBARPROJEK YANG DIJALANKAN

TAMAN YANG TELAH SIAP

MAJLIS PERASMIAN

LAWATAN KE TAMAN PERTANIAN

5