laporan big 4

22
PENGENALAN Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang wajib diikut oleh guru-guru pelatih di setiap institut perguruan di Malaysia seperti yang termaktub dalam perancangan semester kukurikulum institut. Guru-guru pelatih di setiap institut perguruan wajib mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) ini bermula pada semester 1 hingga semester 6 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pada setiap semester, aktiviti yang perlu diikuti oleh setiap guru pelatih adalah berbeza mengikut kandungan kurikulum pada setiap semester. Pada semester empat ini, guru-guru pelatih diwajibkan untuk menjalani program khidmat masyarakat bertempat di Felda Soeharto, Kuala Kubu Selangor. Program ini melibatkan seramai 231 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih semsester empat ambilan Januari 2013. Melalui Program Bina Insan Guru ini guru-guru pelatih akan didedahkan dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat. Ini kerana, kerjaya seorang guru memerlukan guru pelatih untuk berhadapan dengan masyarakat sepanjang masa. Selain itu, nilai dan semangat keguruan seperti berketrampilan, berkeyakinan, berkepimpinan dan berani turut dapat dicungkil dan dipupuk melalui program Bina Insan Guru ini. Oleh hal yang demikian, program ini diwajibkan oleh Bahgian Pendidikan Guru (BPK) di dalam rancangan pembelajaran semester

Upload: nadia-afifah

Post on 13-Dec-2015

253 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Laporan Big 4

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Big 4

PENGENALAN

Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang wajib diikut oleh guru-guru

pelatih di setiap institut perguruan di Malaysia seperti yang termaktub dalam

perancangan semester kukurikulum institut. Guru-guru pelatih di setiap institut

perguruan wajib mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) ini bermula pada semester

1 hingga semester 6 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pada setiap

semester, aktiviti yang perlu diikuti oleh setiap guru pelatih adalah berbeza mengikut

kandungan kurikulum pada setiap semester.

Pada semester empat ini, guru-guru pelatih diwajibkan untuk menjalani

program khidmat masyarakat bertempat di Felda Soeharto, Kuala Kubu Selangor.

Program ini melibatkan seramai 231 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru

pelatih semsester empat ambilan Januari 2013.

Melalui Program Bina Insan Guru ini guru-guru pelatih akan didedahkan dengan

pelbagai ilmu dan pengetahuan terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan

bermasyarakat. Ini kerana, kerjaya seorang guru memerlukan guru pelatih untuk

berhadapan dengan masyarakat sepanjang masa. Selain itu, nilai dan semangat

keguruan seperti berketrampilan, berkeyakinan, berkepimpinan dan berani turut dapat

dicungkil dan dipupuk melalui program Bina Insan Guru ini.

Oleh hal yang demikian, program ini diwajibkan oleh Bahgian Pendidikan Guru

(BPK) di dalam rancangan pembelajaran semester iaitu bermula setelah memasuki

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 1.

Page 2: Laporan Big 4

RASIONAL BINA INSAN GURU (BIG)

Rasional Bina Insan Guru (BIG) ini adalah untuk :

2.1 Melahirkan insan guru yang berketrampilan dan unggul yang mampu menghadapi

segala cabaran mendatang.

2.2 Menghasilkan guru yang berkualiti, bersahsiah tinggi, berilmu, berdispilin serta

mempunyai daya tahan yang tinggi.

2.3 Melahirkan modal insan guru seperti yang dikehendaki oleh Bahagian Pendidikan

Guru (BPG).

2.4 Mengukuhkan dan membina semangat keguruan dan kepimpinan dalam diri setiap

individu.

2.5 Melahirkan guru yang bijak berhujah dan berkomunikasi dengan masyarakat.

2.6 Melahirkan guru yang pandai bersosial dengan ahli masyarakat.

Page 3: Laporan Big 4

REFLEKSI HARI PERTAMA (27 OKTOBER 2014)

Program Bina Insan Guru (BIG) yang keempat berlangsung pada 27 Oktober

2014 di Felda Soeharto Kuala Kubu melibatkan seramai 231 peserta yang terdiri

daripada guru pelatih semester empat ambilan Januari 2013. Program BIG pada

semester ini adalah mengenai program khidmat masyarakat yang melibatkan program

kemasyarakatan dengan penduduk kampung Felda Soeharto.

Seawal jam 7.30 pagi saya dan rakan-rakan berkumpul di tapak bas untuk

bersama-sama bergerak ke Felda Soeharto Kuala Kubu bagi menjalankan program BIG

selama tiga hari dua malam di sana. Sebelum bertolak ke destinasi, kami bersama-

sama berkerjasama dalam satu kumpulan yang besar mengangkat barang-barang

perkhemahan seperti khemah dan hamper dan seterusnya kami berkumpul mengikut

kelas masing-masing bagi mengambil kedatangan dan mendengar sedikit taklimat

daripada Encik Luqman berkenaan dengan program BIG anak angkat yang akan

dijalankan di Felda Soeharto Kuala Kubu.

Akhirnya, tepat jam 9.00 pagi saya dan rakan-rakan bertolak ke destinasi

perkhemahan. Perjalanan ke Felda Soeharto Kuala Kubu mengambil masa kira-kira

dua jam dengan menaiki bas. Sesampainya di destinasi, kami berkumpul mengikut

kelas masing-masing dan bersama-sama mendengar taklimat berkenaan tapak

perkhemahan dan program perasmian yang bakal dijalankan pada pukul 4.30 petang.

Rajah 1 : Hamper yang telah dikumpulkan

Page 4: Laporan Big 4

Seterusnya tepat jam 4.30 petang saya dan rakan-rakan bersiap-sedia untuk

majlis perasmian yang bakal dirasmikan oleh pengurus Felda Soeharto. Kami membuat

raptai ringkas sebelum majlis perasmian bermula supaya majlis dapat berjalan dengan

lancar tanpa sebarang masalah. Melalui majlis perasmian ini pelbagai maklumat dapat

saya perolehi. Antaranya iaitu mengenai sejarah tertubuhnya nama Felda Soeharto ini.

Aktiviti seterusnya pada pukul 9.00 malam iaitu Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

bersama mentor. Ketika berlangsungnya aktiviti ini saya ditugaskan bersama tiga orang

lagi rakan untuk berjaga di kawasan perkhemahan kerana dikhuatiri berlaku perkara

yang tidak diingini seperti kecurian. Hal ini kerna kawasan dewan berlangsungnya

aktiviti agak jauh dengan tempat perkhemahan.

REFLEKSI HARI KEDUA (28 OKTOBER 2014)

Pada hari kedua, saya bangun seawal jam 5.30 pagi bagi persiapan untuk solat

Subuh berjemaah dan sesi tazkirah. Seterusnya pengisian aktiviti diteruskan dengan

senamrobik satu Malaysia pada pukul 7.30 pagi. Aktiviti ini benar-benar memberi

manfaat iaitu dapat menyihatkan tubuh badan serta akal fikiran. Melalui aktiviti ini saya

dapat melatih diri saya untuk menjadi seorang guru yang mementingkan kesihatan

Page 5: Laporan Big 4

badan dan kecerdasan akal seperti kata pepatah “Akal yang cerdas bermula dari badan

yang sihat”.

Pada pukul 9.00 pagi bermulanya agenda utama iaitu sesi khidmat masyarakat

gotong-royong berlangsung. Kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan

berpandukan kawasan yang perlu dibersihkan iaitu masjid, surau, tanah perkuburan,

tadika, kawasan dewan. Kumpulan saya telah diberi tanggungjawab untuk

menguruskan sukan neka dan mengecat pagar di sekolah tadika kemas. Skop tugasan

yang perlu saya dan rakan-rakan selesaikan iaitu mengecat pagar dan mengendalikan

murid-murid tadika bersukan neka.

Page 6: Laporan Big 4

bertemu dengan pelajar tadika kemas

Aktiviti khidmat masyarakat gotong-royong ini benar-benar mendidik saya

menjadi seorang yang prihatin untuk sentiasa menghulurkan bantuan dan hidup

bermasyarakat. Dengan melakukan aktiviti mengecat pagar sekolah tersebut telah

Page 7: Laporan Big 4

membuatkan saya dan rakan-rakan dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan

guru di sekolah tersebut. Malahan kami turut menerima layanan yang baik daripada

guru di sekolah tersebut. Walaupun penat bekerja pada waktu panas hal ini

membuatkan saya menghargai apa itu sifat membantu dan menghulurkan

bantuan.Akhirnya, aktiviti gotong-royong selesai pada pukul 12.00 tengahari.

Selepas makan tengahari dan mengemas, kami mula mempersiapkan diri seperti

solat dan berehat setelah penat melakukan aktiviti. Seharusnya aktiviti akan tamat pada

pukul 4 petang tetapi kerja yang diarahkan telah siap lebih awal.

Akhirnya, tepat jam 5.00 petang kami perlu bergerak ke padang untuk melihat

pertandingan diantara pelajar IPG Ilmu Khas bersama pendduk Felda Soeharto.

Permainan yang dipertandingkan adalah Futsal dan Doshball.

Selepas selesai solat berjemaah, kami mempersiapakan diri untuk majlis malam

kebudayaan dimana pelajar muzik ditugaskan untuk membuat persembahan untuk

menghiburkan tetamu jemputan dan penduduk kampung.

REFLEKSI HARI KETIGA (29 OKTOBER 2014)

Hari ketiga merupakan hari terakhir saya berada di Felda Soeharto Kuala Kubu.

Aktiviti yang telah disediakan iaitu upacara perasmian penutup.. Seawal jam 5.30 pagi

seperti hari sebelumnya saya bangun untuk persiapan diri untuk solat berjemaah Subuh

dan sesi tazkirah.

Selepas solat subuh berjemaah saya mempersiapkan diri untuk senamrobik dan

sarapan pagi. Seterusnya, aktiviti diteruskan dengan persiapan majlis penutup iaitu

pada pukul 9.00 pagi. Tepat jam 10.00 pagi majlis penutupan bermula seperti yang

dirancang. Majlis perasmian penutup ini dirasmikan oleh Pengurus Felda Soeharto.

Secara rasminya program BIG semester empat ini berakhir dengan majlis penutupan

itu..

Page 8: Laporan Big 4

Ucapan Pengurus Felda Soeharto

Setelah selesai semua sesi bergmbar kenang-kenagan bersam mentor bagi

setiap kelas diadakan dan setelah itu barulah saya bergerak ke tapak perkhemahan

untuk mengemas khemah dan barang-barang peribadi. Barang-barang peribadi dan

khemah dikumpulkan di satu tempat supaya tidak ada yang tertinggal. Akhirnya, tepat

jam 10.30 petang saya dan rakan-rakan bertolak pulang ke institut perguruan.

Page 9: Laporan Big 4

RUMUSAN

Program BIG khidmat masyarakat semester empat ini sememangnya banyak

memberi manfaat dan faedah kepada diri saya sebagai bakal pendidik. Kelebihan yang

pertama yang dapat saya perolehi iaitu saya dapat melatih diri saya dalam

mempertingkatkan kemahiran interpersonal dengan masyarakat di sekeliling. Ini jelas

dapat dipupuk dan dicungkil melalui program anak angkat di mana saya perlu

berkomunikasi dengan ibu dan bapa angkat yang baru dikenali seperti ibu dan bapa

sendiri. Sememangnya banyak cabaran yang saya tempuhi memandangkan ibu angkat

saya baru berumur 30-an dan masih muda dan kelihatan kurang mesra seperti ibu

angkat rakan-rakan yang lain yang mana sudah berumur dan kelihatan lebih ramah.

Tambahan pula bapa angkat saya seorang yang pemalu dan kurang berbicara.

Namun, saya mencuba untuk menyesuaikan diri dengan mengutarakan pelbagai

persoalan bagi memulakan perbualan dengan mereka berdua. Senario ini lebih kurang

sama dengan situasi di sekolah nanti di mana seorang guru memerlukan kemahiran

Page 10: Laporan Big 4

interpersonal yang tinggi untuk berkomunikasi dengan ibu bapa murid-murid yang

datang dari pelbagai latar belakang.

Kelebihan lain yang dapat saya perolehi iaitu saya lebih berkeyakinan untuk

berdiri di hadapan khalayak ramai. Perubahan ini jelas dapat saya rasai apabila saya

lebih berkeyakinan untuk naik ke pentas semasa majlis penyerahan anak angkat

kepada keluarga angkat. Selain itu, saya juga sangat teruja untuk menjawab soalan

yang dikemukakan oleh Pn. Saloma Abdullah dan Pn. Hasnah Abu Samah semasa

LDK berlangsung. Walau bagaimanapun, saya tidak dapat membuktikannya kerana

saya tidak dipilih untuk memberikan pendapat semasa sesi tersebut. Ini kerana,

kebanyakan yang terpilih adalah rakan-rakan yang memegang jawatan dalam BIG itu

sendiri. Selain itu, melalui program BIG ini juga saya mula sedar bahawa kerjasama

merupakan kunci kejayaan sesuatu aktiviti. Ini jelas dapat saya rasai semasa

menyiapkan replika menara dari bahan terbuang dengan masa yang terhad. Walaupun,

masa yang diberikan sedikit tetapi berkat kerjasama ahli pasukan menara dapat

disiapkan pada masanya. Saya juga mula sedar bahawa hasil produk dari kumpulan

yang besar adalah lebih baik daripada hasil produk individu. Oleh hal yang demikian,

melalui perkara ini saya dapat kaitkan dengan kehidupan saya sebagai bakal guru.

Saya memerlukan pelbagai pihak untuk membantu saya menjadi insan guru yang

berwibawa dan berketrampilan. Ini kerana, saya memerlukan pensyarah untuk memberi

tunjuk ajar kepada saya berkenaan dengan pelbagai ilmu dalam bidang ikhtisas. Selain

itu, saya juga memerlukan rakan-rakan untuk menghulurkan idea dan bantuan

sekiranya saya menghadapi masalah dalam pembelajaran.

Program BIG ini juga dapat melatih diri saya untuk menjadi lebih

bertanggungjawab. Ini dapat dilihat melalui tugas berjaga malam. Saya telah ditugaskan

untuk berjaga malam pada pukul 3.00 pagi hingga 4.00 pagi. Saya sememangnya

sangat susah untuk bangun seawal jam 3.00 pagi mahupun 4.00 pagi. Namun, saya

gagahkan diri saya demi tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk bangun malam

bagi mengawal keselamatan rakan-rakan yang lain. Selain itu, tugas berjaga malam ini

juga dapat dijadikan sebagai penanda aras untuk saya bangun pagi bagi mengulangkaji

pelajaran saya. Ini sudah menjadi cita-cita saya sekian lama. Tambahan pula, ayah

Page 11: Laporan Big 4

saya sering menasihati saya untuk bangun seawal 4.00 pagi untuk mengulangkaji

pelajaran kerana pada masa tersebut ilmu sangat mudah untuk masuk ke dalam otak.

Program BIG ini juga membuatkan saya lebih bergaul dengan rakan-rakan

berlainan kos, kelas, agama, bangsa dan jantina. Selain itu, program ini juga mampu

mengeratkan lagi ukhwah yang sudah lama terjalin. Hal ini demikian kerana, melalui

program BIG ini saya dapat mengenali lebih ramai rakan-rakan dari kelas lain dengan

lebih rapat. Sebagai contohnya, sebelum program BIG berlangsung saya tidak pernah

bertegur sapa dengan Jolina Chang Yian Ling iaitu seorang rakan dari kos TESL iaitu

dari kelas G 4.10 kerana tidak pernah diberi peluang untuk berkenal-kenalan walhal

saya sering terserempak dengannya. Namun, memandangkan saya dan Jolina Chang

Yian Ling berlainan kos saya sedikit rendah diri dan kurang berkeyakinan untuk

menegurnya. Walau bagaimanapun, semasa BIG saya lebih berkeyakinan untuk

menegur Jolina Chang Yian Ling kerana kebetulan semasa LDK saya duduk

berdekatan dengannya.

Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai kelemahan semasa program BIG

berlangsung. Antaranya iaitu guru pelatih kurang menunjukkan disiplin yang baik

semasa majlis perasmian dan penutupan. Hal ini kerana, semasa kedua-dua majlis

berlangsung terdapat guru pelatih yang berbual sesama mereka dan tidak

menghiraukan orang yang sedang memberi ucapan dihadapan. Perkara ini juga telah

ditegur oleh En. Norizan B. Khalid. Namun, guru pelatih seperti tidak menghiraukan dan

masih berbual sesama mereka dan tidak menghiraukan makluman yang disampaikan

oleh kem komandan kepada mereka semasa raptai majlis penutupan program. Saya

sedikit kecewa dengan perkara yang terjadi. Tambahan pula, sebagai seorang rakan

saya juga gagal untuk menasihati rakan-rakan yang duduk berdekatan untuk senyap

semasa orang lain sedang memberikan ucapan kerana risau diri dikecam.

Pada pandangan saya, cadangan penambahbaikkan yang boleh dibuat iaitu

dengan menempatkan barisan mentor berdekatan dengan guru pelatih. Oleh hal yang

demikian guru pelatih mungkin akan lebih berdisiplin kerana mereka risau jika markah

sahsiah mereka dipotong oleh mentor masing-masing. Selain itu, cara lain yang boleh

Page 12: Laporan Big 4

diaplikasikan ialah dengan menempatkan guru pelatih dengan rakan yang berlainan

kelas yang bukan dari klik yang sama.

Kelemahan yang kedua yang dapat saya lihat iaitu dari aspek pengurusan masa

dan pengangkutan bagi sesuatu aktiviti. Saya dapat lihat bahawa pengurusan masa

semasa aktiviti sukaneka sangat teruk. Tambahan pula ini melibatkan kumpulan saya

sendiri di mana kami tidak dapat sampai ke padang tepat jam 5.30 petang seperti yang

telah dijadualkan kerana masalah pengangkutan yang disediakan adalah terhad.

Perkara tersebut menyebabkan saya dan rakan-rakan ketinggalan untuk menyertai

pertandingan persahabatan bola sepak dan bola jaring.

Saya sangat kecewa kerana saya tidak dapat menyertai permainan bola jaring

yang saya minati berikutan masalah terebut. Namun, saya mengangap itu sebagai satu

dugaan. Pada pandangan saya, cadangan penambahbaikkan bagi mengatasi masalah

ini ialah dengan menambah bilangan pengangkutan untuk mengangkut guru pelatih dari

satu kawasan ke satu kawasan yang lain supaya perjalanan aktiviti tidak mengalami

sebarang gangguan. Selain itu, aktiviti sukaneka dan permainan bola jaring dan bola

sepak perlu dijalankan secara serentak supaya segala permainan sukaneka yang telah

dirancang dapat guru pelatih dan keluarga angkat bermain bersama-sama. Maka,

melalui perancangan seperti itu tidak aka nada guru pelatih mahupun keluarga angkat

yang duduk terpinga-pinga sahaja seperti tidak tahu untuk buat apa.

Selain itu, saya juga sedikit kecewa dengan sikap segelintir guru pelatih yang

tidak menjalankan tugas untuk berjaga malam bagi mengawal keselamatan kawasan

perkhemahan. Sikap seperti itu tidak patut ada pada seorang bakal guru. Ini kerana,

sikap seperti itu mencerminkan seorang guru yang tidak bertanggungjawab. Sekiranya

berlaku perkara yang tidak diduga pada masa tersebut guru pelatih yang bertugas itu

harus dipertanggungjawabkan.

Pada pandangan saya, cadangan penambahbaikkan yang boleh dibuat iaitu

dengan memberikan hukuman kepada guru pelatih yang tidak menjalankan tugas untuk

berjaga malam tersebut. Rasionalnya adalah supaya melalui hukuman tersebut mereka

akan lebih bertanggungjawab dengan tugas masing-masing. Selain itu, orang yang

Page 13: Laporan Big 4

bertugas sebelumnya perlu bertegas untuk mengejut rakan yang bertugas seterusnya

supaya mereka tidak berpeluang untuk lari daripada tugas yang telah diamanahkan.

Kelemahan seterusnya iaitu, terdapat guru pelatih yang kurang memberi

perhatian terhadap arahan yang disampaikan oleh pensyarah semasa menjalankan

aktiviti. Ini jelas semasa LDK satu iaitu sesi membina menara daripada bahan terbuang.

Terdapat satu kumpulan yang telah menjadikan rakannya sebagai menara. Perkara

tersebut tidak sepatutunya berlaku kerana arahan yang diberikan oleh pensyarah

adalah sangat jelas.

Cadangan penambahbaikkan yang boleh dibuat bagi mengatasi masalah ini

adalah dengan memberi satu tugas lain kepada ahli kumpulan tersebut sebagai

hukuman. Oleh hal yang demikian, mereka akan lebih teliti dengan segala arahan yang

disampaikan oleh pensyarah. Selain itu, mentor juga boleh memainkan peranan dengan

menolak markah dari kumpulan terebut kerana seolah-olah mempermainkan arahan

yang disampaikan oleh pensyarah yang mengendalikan LDK.

Walau bagaimanapun, program BIG ini benar-benar dapat membentuk diri saya

menjadi bakal pendidik yang berwibawa seperti yang digariskan dalam Falsafah

Pendidikan Guru (FPG) dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

GAMBAR-GAMBAR SEMASA PROGRAM BIG BERLANGSUNG

Rajah 1 : Penyerahan cenderahati kepada

keluarga angkat

Rajah 2 : Tapak perkhemahan

Page 14: Laporan Big 4

Rajah 3 : Restoran Mee Dang Rajah 4 : Guru pelatih berkerjasama

membina menara

Rajah 5 : Menara yang telah siap Rajah 6 : Pemandangan kampung Sungai

Sireh

Rajah 7 : Ibu-ibu angkat Rajah 8 : Persembaham pelajar

Page 15: Laporan Big 4

Rajah 9 : Pemandangan kampung Sungai

Sireh

Rajah 10 : Padi

Rajah 11 : Wakil IPGKIK semasa majlis

perasmian

Rajah 12 : Wakil IPGKIK semasa majlis

penutupan

Rajah 13 : Pembacaan doaRajah 14 : Ketibaan Perasmi program BIG

Page 16: Laporan Big 4

Rajah 15 : Sesi karoake Rajah 16 : Ketibaab perasmi majlis

penutupan program

Rajah 17 : Sesi senamrobikRajah 18 : Sesi senamrobik

Rajah 19 : Kenderaan yang mengangkut

pelajar

Rajah 20 : Khidmat masyarakat di kubur

Page 17: Laporan Big 4

Rajah 21 : Berkumpul di tapak bas Rajah 22 : Sukaneka belon air

Rajah 23 : Khimat masyarakat di kubur Rajah 24 : Aktiviti sukaneka