laporan big khidmat masyarakat

13
LAPORAN BIG KHIDMAT MASYARAKAT Pada semester kedua bagi tahun 2013 ini, saya dan kawan-kawan telah diwajibkan menjalankan dua program Bina Insan Guru (BIG) iaitu khidmat masyarakat serta ceramah dan bengkel. Sebelum mengadakan program tersebut, kami telah mengadakan mesyuarat sebanyak beberapa kali. Hal ini penting bagi menentukan ahli-ahli jawatankuasa atau organisasi untuk menguruskan aktiviti sepanjang program BIG dilaksanakan. Terdapat AJK yang perlu menguruskan buku program dan dokumentasi, peralatan, makanan dan minuman, pengangkutan, hadiah dan cenderamata serta AJK kebajikan. BIG yang pertama ialah khidmat masyarakat. Untuk khidmat masyarakat ini, kami perlu menjalankannya mengikut unit masing-masing. Kami mula berbincang mengenai pemilihan ahli jawatankuasa yang mana merupakan tulang belakang kepada kejayaan sesuatu program. Jika ahli jawatankuasa yang dipilih menjalankan kerja dengan baik, InsyaAllah program yang ingin dijalankan akan berjalan dengan lancar. Hasil daripada perbincangan, kami telah bersepakat untuk memilih bilik matematik dan perpustakaan sebagai lokasi untuk kami jalankan khidmat masyarakat ini. Setelah memberitahu mentor kami iaitu Cik Tan Kim Lan dan Puan Kamariah Binti Bujang akan tempat yang kami pilih, setiausaha yang dibantu oleh beberapa orang ahli kelas kami yang lain mula menyediakan kertas kerja. Setelah kertas kerja siap, setiausaha kami telah menghantar kertas kerja tersebut kepada staff yang menguruskan bilik matematik dan perpustakaan. Alhamdulillah kerta kerja kami telah diterima dan niat murni kami disambut baik oleh mereka. Oleh kerana kita telah berpindah ke kampus baharu, jadi banyak perkara yang masih belum diuruskan atau disusun dengan kemas. Jadi dengan adanya program BIG ini dapat membantu mengurangkan beban mereka.

Upload: amar-izzat

Post on 25-Sep-2015

520 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

khhkkjjkllllkll;

TRANSCRIPT

LAPORAN BIG KHIDMAT MASYARAKAT

Pada semester kedua bagi tahun 2013 ini, saya dan kawan-kawan telah diwajibkan menjalankan dua program Bina Insan Guru (BIG) iaitu khidmat masyarakat serta ceramah dan bengkel. Sebelum mengadakan program tersebut, kami telah mengadakan mesyuarat sebanyak beberapa kali. Hal ini penting bagi menentukan ahli-ahli jawatankuasa atau organisasi untuk menguruskan aktiviti sepanjang program BIG dilaksanakan. Terdapat AJK yang perlu menguruskan buku program dan dokumentasi, peralatan, makanan dan minuman, pengangkutan, hadiah dan cenderamata serta AJK kebajikan. BIG yang pertama ialah khidmat masyarakat. Untuk khidmat masyarakat ini, kami perlu menjalankannya mengikut unit masing-masing. Kami mula berbincang mengenai pemilihan ahli jawatankuasa yang mana merupakan tulang belakang kepada kejayaan sesuatu program. Jika ahli jawatankuasa yang dipilih menjalankan kerja dengan baik, InsyaAllah program yang ingin dijalankan akan berjalan dengan lancar. Hasil daripada perbincangan, kami telah bersepakat untuk memilih bilik matematik dan perpustakaan sebagai lokasi untuk kami jalankan khidmat masyarakat ini. Setelah memberitahu mentor kami iaitu Cik Tan Kim Lan dan Puan Kamariah Binti Bujang akan tempat yang kami pilih, setiausaha yang dibantu oleh beberapa orang ahli kelas kami yang lain mula menyediakan kertas kerja.Setelah kertas kerja siap, setiausaha kami telah menghantar kertas kerja tersebut kepada staff yang menguruskan bilik matematik dan perpustakaan. Alhamdulillah kerta kerja kami telah diterima dan niat murni kami disambut baik oleh mereka. Oleh kerana kita telah berpindah ke kampus baharu, jadi banyak perkara yang masih belum diuruskan atau disusun dengan kemas. Jadi dengan adanya program BIG ini dapat membantu mengurangkan beban mereka.

Selepas menyiapkan kertas kerja, kami sekali lagi telah berkumpul untuk membincangkan mengenai pesediaan akhir sebelum kami menjalankan khidmat masyarakat. Pada 23 Julai 2013, kami pelajar 2 Pismp Matematik 1 dan 2 seramai 30 orang telah ke bilik simulasi matematik masyarakat untuk menjalankan khidmat. Untuk bilik simulasi kami dikehendaki untuk mengemas bilik tersebut. Kami telah dibantu oleh mentor-mentor kami iaitu Cik Tan Kim Lan dan Puan Kamariah Bujang. Kami perlu memastikan barangan di dalam bilik simulasi matematik itu disusun dengan baik. Hasil daripada mengemas bilik simulasi, saya telah mendapat idea bagaimana untuk membuat Bahan Bantu Mengajar(BBM) yang menarik. Di dalam bilik simulasi tersebut terdapat pelbagai bentuk BBM yang mana saya yakin mampu menarik minat pelajar untuk terus belajar matematik. Hal ini kerana matematik dianggap sebagai satu subjek yang susah jadi saya percaya dengan adanya bahan seperti ini, ia dapat sedikit sebanyak menangkis pemikiran seperti itu. Selain daripada menyusun, ada juga diantara kami yang telah membantu menyapu lantai,mengelap barang-barang dan banyak lagi. Ada diantara kami yang mungkin tidak pernah menyapu. Mungkin kerja rumah dilakukan oleh pembantu rumah. Jadi disini kami telah mendapat peluang untuk belajar mengemas tidak kira lelaki mahupun perempuan. Kadang kala aspek mengemas selalu diletakkan di bahu kaum wanita padahal sebenarnya orang lelaki mampu untuk membuat kerja-kerja seperti ini.

Untuk khidmat masyarakat yang kedua pula iaitu mengemas perpustakaan kami telah berbincang dengan pihak perpustakan mengenai apa yang perlu kami lakukan. Hasil perbincangan tersebut, terdapat empat aktiviti yang perlu kami jalankan. Kumpulan saya telah ditugaskan untung mencari bahan ilmiah daripada surat khabar. Jadi untuk menjayakan aktiviti tersebut saya dan ahli kumpulan perlu membawa gunting. Di dalam kumpulan itu kami telah dipecahkan kepada beberapa tajuk dan saya telah memilih untuk membuat tajuk pendidikan Islam. Semasa membuat guntingan, saya telah menimba pelbagai ilmu. Saya merasakan diri saya begitu kerdil kerana pengetahuan am pun saya kurang tahu, inikan ingin berbicara tentang perkara-perkara yang lebih besar sebagai contohnya isu di Mesir. Sambil menyelam minum air itulah yang dilakukan oleh saya. Di samping menjalankan khidmat masyarakat, saya juga telah mengambil peluang tersebut untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan saya. Hasil daripada guntingan saya dan rakan-rakan,ianya akan ditampal oleh pihak perpustakaan dan ini merupakan satu usaha pihak perpustakaan bagi menarik lebih ramai pelajar untuk terus membaca. Bukan itu sahaja, semasa menjalankan khidmat masyarakat, saya telah menerima sedikit teguran dan nasihat daripada staff perpustakaan. Beliau telah menegur cara pemakaian segelintir pelajar yang keluar masuk ke perpustakaan. Untuk menjadi guru yang baik, ianya bermula dengan cara pemakaian kita dahulu. Kalau kita tidak mampu untuk mengubah diri kita mengikut etika pemakaian seorang guru, kita tidak mungkin dapat menjadi guru yang baik. Saya menerima teguran itu. Akhirnya melalui aktiviti khidmat masyarakat ini, hubungan antara pelajar,staff dan pensyarah dalam dieratkan di samping meningkatkan kualiti guru yang ingin dilahirkan.

Oleh kerana kami telah menjalankan khidmat masyarakat ini dibulan Ramadhan, maka kami tidak memperuntukkan sebarang jamuan ataupun makanan. Disini kami telah dapat menjimatkan kos perbelanjaan.

KOLEKSI GAMBAR KHIDMAT MASYARAKAT

Staff Perpustakaan

Bahan Bantu Mengajar Yang Telah Disusun

Hasil guntingan akan ditampal disini

Menyusun hasil tesis

Ruang belajar yang selesa

Mengemas barang di almari

Menyapu sampah

Menyusun bahan bantu mengajar

Menyusun buku di rak

Membuat guntingan bahan ilmiah

LAPORAN CERAMAH BIG

Pada 11 September 2013 kami pelajar 2 PISMP ambilan Januari 2013 telah menganjurkan satu sesi ceramah sempena program Bina Insan Guru(BIG) yang memerlukan kami untuk menganjurkan ceramah. Terdapat banyak kekangan yang terpaksa dilalui oleh kami bagi menjalankan ceramah ini. Pada asalnya kami merancang untuk mengadakan program ini pada bulan ramadhan. Seperti yang kita tahu ramai pelajar yang akan merasa letih dan mungkin akan tidur sepanjang ceramah. Untuk menjadikan pengisian di dalam ceramah itu lebih bermakna dan memberi kesan kepada setiap individu, kami telah merancang untuk mengadakan ceramah tersebut selepas hari raya Aidilfitri. Selepas kami balik daripada bercuti, banyak aktiviti telah berlangsung dan ini semua sekali lagi mengganggu perjalanan program kami. Penceramah asal kami iaitu En Mohd Yusof bin Awang To telah menarik diri di akhir waktu atas sebab-sebab tertentu. Jadi ahli jawatankuasa program terpaksa mencari pengganti beliau di saat-saat akhir. Mereka telah menjemput Puan Junaidah Binti Mat Lia atau lebih disenangi dengan panggilan bonda sebagai penceramah baru. Jadi pada 11 September 2013, kami pelajar 2 PISMP telah berkumpul di dewan kuliah pada jam 2.00 petang untuk sesi pendaftaran. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi Program Bina Insan Guru kami iaitu saudara ZulAizat Bin Awang. Saudara Aizat telah berkongsi satu kata-kata yang berkaitan dengan bidang perguruan iaitu kalau inginkan hasil semusim, tanamlah bijian, kalau inginkan hasil dalam setahun tanamlah pokok dan kalau inginkan hasil berabad lamanya didiklah manusia.Tajuk ceramah yang ingin disampaikan oleh Puan Junaidah ialah Guru Jutawan Akhirat. Guru merupakan insan yang mengajar insan yang lain. Bagi kita sudah mestilah ibu bapa merupakan guru pertama kita. Guru dikatakan jutawan di akhirat kerana sumbangan atau ilmu yang di sampaikan tidak ternilai harganya. Walaupun guru itu sudah meninggal dunia, pasti ada anak muridnya yang akan mendoakan kesejahteraan guru mereka. Ceramah ini telah membuka minda saya bahawa bertapa untungnya saya memilih profesyen perguruan ini. Bonda juga telah menyatakan bahawa profesyen perguruan merupakan satu bidang yang sangat mencabar. Tugas kita bukan sahaja hanya untuk mengajar bahkan kita perlu menjadi akauntan,tukang kebun, kerani, doktor dan banyak lagi. Jadi banyak guru di luar sana yang telah menghadapi tekanan yang tinggi sehingga menyebabkan mereka menjadi gila. Bonda telah berkongsi cara untuk mententeramkan jiwa kita apabila kita berada di dalam tekanan. Apa yang dilakukan oleh beliau ialah menyanyi. Banyak pengajaran ataupun input yang saya perolehi sepanjang ceramah tersebut. Barulah saya sedar bahawa pekerjaan seorang guru sememangnya akan mendatangkan seribu kebaikan tetapi kita perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana apa yang saya lihat sekarang profesyen perguruan seolah-olah sebagai satu bahan ujikaji. Banyak dasar yang telah diubah atas alasan ingin mempertingkatkan kualiti pendidikan di Malaysia tetapi apa yang menyedihkan saya ialah ianya dibuat hanya sekejap sahaja. Sebagai contoh pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Untuk program ceramah ini, kami telah membuat sedikit kutipan iaitu sebanyak RM5.00 seorang untuk sedikit minum petang.

REFLEKSIPertama-tamanya saya berasa bersyukur dan gembira kerana dengan izin-Nya dapat juga saya menjalani aktiviti khidmat masyarakat dan ceramah bagi Program Bina Insan Guru (BIG) dengan jayanya.Program Bina Insan Guru ini wajar dijadikan sebagai program wajib kepada guru pelatih. Aktiviti ini memberikan banyak manfaat kepada guru pelatih yang menyertainya. Antaranya ialah memenuhi syarat keperluan Program Pengajian Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang memerlukan guru pelatih mengikuti program Bina Insan Guru seperti yang dirancangkan oleh Bahagian Pendidikan Guru. Selain itu, pelajar mendapat pendedahan awal bagaimana untuk mengurus dan mengendalikan seminar dan program khidmat yang melibatkan pelajar serta masyarakat luar.Aktiviti khidmat masyarakat mengajar saya bertapa penting nya kita hidup dalam satu komuniti. Kita perlu saling bantu-membantu antara satu sama lain. Walaupun kami hanya membuat aktiviti di dalam institut yang mana tidak melibatkan orang luar,tetapi saya merasakan sifat seperti tolong-menolong dan bekerjasama amat perlu bagi menjayakan program seperti ini. Kalau ramai pihak yang tidak memberi kerjasama contohnya malas nak mengemas, maka program seperti ini dianggap gagal.Selain daripada itu, melalui program khidmat masyarakat, saya dan rakan-rakan berpeluang untuk beramah-mesra dengan staf-staf sokongan. Jika sebelum ini, ramai diantara kami yang tidak mengenali staf-staf ini. Hasil daripada khidmat masyarakat yang dijalankan saya telah mengenali ramai staf dan mereka banyak berkongsi pengalaman dan memberi tunjuk ajar kepada saya. Pengalaman yang mereka ada dikongsi bersama kami dan saya percaya saya akan melalui pengalam-pengalaman seperti itu. Hal ini kerana ketika di sekolah kerjaya seorang guru bukan hanya masuk dan keluar kelas tetapi banyak lagi tugas lain yang bakal kita pikul. Mungkin sahaja saya akan menjadi guru pusat sumber. Jadi pengalaman mengemas pusat sumber boleh saya gunakan sebagai idea untuk menambah baik pusat sumber sekolah kelak.Program Bina Insan Guru yang kedua iaitu ceramah mampu membuka mata kami bahawa kerjaya seorang guru bukannya mudah. Ramai diantara pendidik yang tidak mampu menggalas tugas guru dengan baik dan ada diantara guru-guru yang mengalami masalah mental. Jadi penceramah memberi sedikit tips bagaimana untuk menghilangkan tekanan yang dihadapi di sekolah. Walaupun guru akan menghadapi bebanan kerja yang banyak tetapi ganjaran yang diberikan oleh Tuhan tidak ternilai. Penceramah juga berpesan agar kami menjadi guru yang baik. Oleh itu, saya dengan berbesar hati berharap agar penghasilan refleksi mengenai Program Bina Insan Guru ini akan dapat memberi impak positif yang besar bagi diri saya. Selain itu, saya akan berusaha dengan lebih tekun dan bersemangat supaya dapat meningkatkan prestasi dan menjadi guru yang cemerlang di masa hadapan. Saya juga berharap agar maklumat yang diperolehi ini dapat memberikan manfaat dan input-input yang berguna kepada saya di masa akan datang. Program ini diharapkan juga agar dapat memberi seribu satu pengalaman baru dan manfaat kepada setiap lapisan masyarakat khususnya kepada diri saya sendiri.Di kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan jutaan penghargaan terima kasih yang tidak ternilai kepada mentor saya iaitu Miss Tan Kim Lan kerana telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan bagi menjayakan program ini.

Sekian, terima kasih.