laporan big 3

45
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Upload: zalmiah-mohd-nee

Post on 05-Dec-2014

5.413 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan big 3

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi

melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia

menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin

perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,

demokratik, progresif, dan berdisiplin.

MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU

Page 2: Laporan big 3

Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ) yang menekankan

kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang

disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang

dirancangkan seperti gambar rajah di atas.

Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru

kepada tiga dimensi utama, iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra

guru dalam ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancangkan

seperti berikut:

Ketuhanan :Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan

individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran

agama.

Kemasyarakatan : Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan

sebagai agen perubahan.

Kendiri :Menjurus kepada pembinaan profesionalisme, daya ketahanan,

patriotisme, pemupukan budaya ilmu dan pembentukan sahsiah

dan berpekerti mulia.

Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha

membina kekuatan dan ketahanan diri guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan

dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan

kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan,

kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan.Kurikulum Bina Insan Guru

Program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan( PISMP ) digubal dengan

mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan,

kemahiran dan nilai secara bersepadu yang diperjelas seperti berikut:

Page 3: Laporan big 3

Pengetahuan: Merangkumi pengetahuan dan kefahaman tentang kandungan

ilmu bidang pengajian, teori pembelajaran, bahan kurikulum,

pentaksiran dan pengurusan persekitaran pembelajaran serta

sumber berkaitan bidang pengajian.

Kemahiran : Merangkumi kemahiran intelek yang melibatkan penggunaan

kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran,

penyelesaian masalah dan membuat keputusan; penggunaan

ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan pengajaran

pembelajaran, dan keupayaan memindahkan pengetahuan

dan kemahiran yang dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar.

Nilai : Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai

murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran

agama dan kesejahteraan bermasyarakat serta memiliki dan

menampilkan nilai, etika dan amalan yang bertepatan dengan

Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika Keguruan

Malaysia.

Definisi Bina Insan Guru (BIG)

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan oleh

Bahagian Pendidikan Guru (BPG) dalam usaha melahirkan insan guru yang

berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah

yang tinggi. Bagi menjayakan Program BIG yang dirancang ini, guru-guru Malaysia

bukan sahaja perlu mempunyai kekuatan ilmu dari pelbagai bidang tetapi perlu

juga mengaplikasikan segala yang dipelajari melalui praktikalnya. Penghayatan

yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti yang dijalankan di dalam proram

BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika

keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara.

Page 4: Laporan big 3

Melalui Rancangan Malaysia ke-9 telah menegaskan bahawa pendidikan

kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik iaitu menyeluruh,

Penekanan diberikan terhadap pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran,

modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang

tinggi. Oleh yang demikian, program BIG ini telah dirancang secara menyeluruh

untuk melahirkan modal insan yang bergelar guru.

Program BIG ini mengandungi pelbagai aktiviti sebagai contohnya

perkhemahan, khidmat komuniti dan sebagainya. Semua aktiviti ini dirancang

serta diadakan untuk membentuk insan guru secara menyeluruh dari semua

aspek. Justeru, Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk

menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk

berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.

Pengenalan Program Bina Insan Guru

Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti

tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu,

berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi

menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan

menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional

yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru,

penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji

selaras dengan hasrat negara. Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah

berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk

dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan

ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.

Kursus Bina Insan Guru BIG merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan

pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua

pelajar Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah ambilan Disember 2011 (DPLI SR).

Program ini direalisasikan dalam tiga fasa yang dilaksanakan di tempat masing-masing

dalam sepanjang tempoh pengajian.

Page 5: Laporan big 3

Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu

mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan

diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-

guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa

bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di

luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha

memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan

pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan

insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut

Pendidikan Guru (IPG).

Dunia perguruan memperlihatkan semua guru yang bergelar pelatih bagi

semester 3 dikehendaki menjalankan satu program yang diwajibkan kepada para

guru pelatih iaitu Program Bina Insan Guru atau diberi singkatan sebagai BIG.

Bina Insan Guru ini sebenarnya dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru untuk

membentuk guru pelatih yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi

mempunyai ketahanan yang tinggi dalam menghadapi apa jua halangan yang

dihadapi setelah menjadi pendidik sebenar kelak. Kerjaya sebagai guru boleh

dianggap suatu bidang yang mencabar dalam mendidik anak-anak bangsa dan

pelapis negara.

Matlamat Bina Insan Guru ini dilaksanakan adalah untuk menghasilkan

modal insan yang mempunyai jati diri yang tinggi, kukuh, berketrampilan,

berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi. Ia juga mampu

berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah dan

berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru. Selain itu, program ini juga mampu

melahirkan insan yang mempunyai ketahanan mental dan fizikal yang tinggi serta

kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sentiasa

berubah-ubah.

Page 6: Laporan big 3

Di samping itu, program ini merupakan salah satu usaha pencetus

pembinaan insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi,

mempunyai ketahanan fizikal dan mental, bermanfaat kepada diri, keluarga,

masyarakat serta negara selaras dengan nilai-nilai profesyen keguruan.

Melalui tujuan program Bina Insan Guru ini maka konsep modal insan diberi

penekanan yang serius sejajar dengan perancangan negara untuk menjadi negara

maju dalam bidang sains dan teknologi berdasarkan acuan sendiri dan memenuhi

hasrat Wawasan 2020. Program ini menetapkan sasaran iaitu untuk melahirkan

guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan

keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta mempunyai aura keguruan yang

selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan

Falsafah Pendidikan Guru.

Pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau turut telah

mengadakan program Bina Insan Guru (BIG) siri yang ketiga bagi tahun 2013

yang dikendalikan oleh Guru pelatih IPG Kampus Tawau. Program kali ini

melibatkan aktiviti luar dan telah dilaksanakan selama tiga hari dua malam iaitu

pada 15 Januari sehingga 17 Januari 2013. Program ini diadakan khusus untuk

pelajar-pelajar Diploma Perguruan Lepasan Ijazah DPLI bagi tahun 2013 ini.

Program BIG siri tiga ini telah diadakan di Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau

iaitu di tapak perkhemahan berhampiran blok Kemahiran Hidup. Peserta-peserta

yang terlibat dalam program ini adalah daripada kalangan pelatih Diploma

Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI). Seramai 85 orang pelatih terlibat iaitu daripada

program DPLI SR Bahasa Melayu dan Pemulihan Ambilan Disember 2011.

Program BIG Siri 3 ini telah disertai oleh 85 orang pelajar opsyen Bahasa

Melayu dan Pemulihan DPLI, Institut Pendidikan Kampus Tawau. Penglibatan ini

menggabungkan dua Unit iaitu Bahasa Melayu seramai 41 orang dan daripada

opsyen Pemulihan seramai 40 orang pelatih. Program ini turut diiringi oleh

beberapa orang pensyarah yang mewakili Institut Pendidikan Guru Kampus

Tawau. Penglibatan pensyarah-pensyarah ini memberi motivasi kepada para

pelajar untuk melaksanakan program dengan baik dan lancar.

Page 7: Laporan big 3

Program ini wajib dijalankan oleh pelajar bagi program Diploma Pendidikan

Lepasan Ijazah DPLI ambilan Disember 2011 semester 3 bagi memenuhi

proforma Kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (Bina

Insan Guru) bagi siri tiga. Perlaksanaannya adalah bertujuan untuk memupuk

kesedaran tentang keperluan memiliki kekentalan dan ketahanan dari segi mental

dan fizikal yang teguh bagi mengharungi segala cabaran yang perlu dihadapi

apabila berada di alam persekolahan sebenar kelak.

Pelajar didedahkan dengan aktiviti yang lasak dan mencabar sepanjang

tempoh program bagi menguji ketahanan emosi dan fizikal diri selain melatih guru

pelatih supaya bersabar dan memiliki semangat ingin berjaya yang tinggi apabila

hendak mencapai seseuatu matlamat. Program Bina Insan Guru ini menekankan

aspek keilmuan, kerohanian dan akhlak keguruan, akauntabiliti dan amanah, serta

aspek kreatif dan inovatif.

Program BIG kali ini melibatkan aktiviti luar yang mencabar di samping

aktiviti Latihan Dalam Kumpulan LDK yang menarik. Ahli Jawatankuasa Pelaksana

bagi program ini juga telah dibentuk dan dipilih daripada kalangan guru pelatih

DPLI ini juga. Mereka diberikan tugasan masing-masing agar program BIG siri

ketiga ini berjalan lancar dan tidak menghadapi sebarang kekangan.

Page 8: Laporan big 3

Objektif

Program Bina Insan Guru (BIG) bagi program DPLI IPG Kampus Tawau ini

mempunyai objrektif yang dipegang untuk dicapai. Terdapat sembilan objektif yang

disenaraikan bagi program ini dimana melalui program ini pelajar dapat:-

1.0 Merancang dan menyusun strategi pengalaman dengan mengambil kira

faktor tertentu untuk melaksanakan sesuatu tugasan secara kritis, kreatif

dan inovatif untuk melaksanakan sesuatu tugasan.

2.0 Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan

sebagai contoh yang baik.

3.0 Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan

kepercayaan.

4.0 Meningkatkan profesionalisme kendiri secara berterusan.

5.0 Berkomunikasi dengan pelbagai cara secara efektif.

6.0 Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion

keguruan.

7.0 Menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi berasas untuk menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan.

8.0 Menggunakan pertimbangan sendiri.

9.0 Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjalankan idea

baru untuk penambahbaikan yang berterusan.

Objektif-objektif yang disenaraikan di atas perlu dicapai melalui aktiviti

program yang telah dirancangkan bagi melahirkan guru-guru yang mantap dari

aspek akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan serta mempunyai daya

ketahanan diri yang tinggi. Pengisian slot-slot ceramah yang dijalankan turut

berfokus kepada objektif-objektif yang perlu dicapai oleh para peserta yang terlibat

di dalam program ini.

Page 9: Laporan big 3

Perancangan Awal Dan Persediaan Program

Program BIG akan menjadi satu aktiviti yang sempurna jika terdapat

perancangan dan persediaan dibuat dengan teliti dan sistematik. Oleh sebab itu, pelajar

DPLI perlu mengadakan perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan dalam mengenal

pasti beberapa perkara penting sebelum, semasa dan sesudah program dijalankan.

Antara perkara yang perlu diuruskan ialah:

a. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja

b. Menyediakan Kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada

pensyarah berkenaan.

c. Memilih dan menentukan lokasi program

d. Merancang pengisian aktiviti.

e. Merancang perbelanjaan

f. Memberi taklimat kepada jurulatih / fasilitator dan urusetia

g. Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan

h. Mengenal pasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan

Tindakan Yang Perlu Dilaksanakan

Sebelum Aktiviti

Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan

1. Taklimat Pertama Program BIG Kepada Pelajar

a. Struktur Organisasi

A. Taklimat Perkhemahana. Panduan pelaksanaan

perkhemahanb. Penulisan Refleksi / Folioc. Persiapan awald. Etika Peserta BIG e. Keadaan Fizikalf. Peralatang. Status Kesihatanh. Kuatermaster makanani. Kuatermaster peralatanj. Kebajikan dan Keselamatank. Jadual Pelaksanaan

Diadakan di IPG

Dikendalikan oleh Penyelaras Program BIG IPG

Bahan-bahan taklimat

Bahan bercetak

Page 10: Laporan big 3

B. Taklimat Keselamatan di aira. Teori keselamatan di airb. Arahan, ciri dan dan langkah

keselamatan di air

C. Taklimat LDKa. Taklimat dan panduan

pelaksanaan LDK.b. Cara dan pengendalian LDKc. Bentuk-bentuk permainan

LDK2. Mesyuarat

Perancangan Pelaksanaan BIG

Perancangan Pelaksanaan Program

i. Lokasi Programii. Tarikh Programiii. Lawatan Tapakiv. Perhubungan luarv. Peralatanvi. Pembahagian tugas Kem

Komander /Jurulatih / Fasilitatorvii. Kosviii. Kebajikan / makanan

Pelajar IPG dengan Jawatankuasa Pelaksana BIG PP

SEMASA AKTIVITI

Bil Perkara Isi Kandungan Tindakan

1. Taklimat kepada peserta program

i. Memperkenalkan Jurulatih / Fasilitator Siri BIG kepada peserta.

ii. Pembahagian Tugas kepada peserta

iii. Keadaan Fizikaliv. Peralatanv. Status Kesihatanvi. Kuatermaster makananvii. Kuatermaster peralatanviii. Kebajikan dan Keselamatanix. Jadual Pelaksanaanx. Pergerakan Aktivitixi. Disiplin Pesertaxii. Peraturan Perkhemahanxiii. Jadual Aktivitixiv. Pembahagian Nombor

Peserta (Numbering).

Penelaras Program BIG IPG

2. Pelaksanaan Aktiviti i. Arahan tetap yang Urusan pelajar DPLI

Page 11: Laporan big 3

merangkumi prosedur sebelum aktiviti.

ii. Melaksanakan semua komponen dalam jadual

iii. Penilaian dan penulisan refleksi

3. Penutup Aktiviti i. Protokol acara penutup siri BIG

ii. Ucapan VVIP dan pengarah

Urusan pelajar DPLI

4. Tindakan sebelum perjalanan pulang

1. Membersihkan peralatan dan kawasan perkhemahan.

2. Memastikan peralatan adalah dalam keadaan yang baik.

3. Pemulangan peralatan dengan amaun yang sama.

4. Menyusun peralatan.

Urusan pelajar DPLI

Selepas Aktiviti

Bil Perkara Isi KandunganTindakan

1. Tindakan Selepas Aktiviti

1. Membuat refleksi / laporan perlaksanaan BIG

2. Menyediakan dokumentasi audio/video untuk tujuan pelaporan dan penilaian

3. Menyiapkan portfolio.4. Surat Penghargaan kepada

agensi yang membantu program BIG (cth: Polis, Jabatan Hutan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, , Jabatan Laut / Marin.

Penyelaras Program BIG IPG dan Pelajar DPLI

Page 12: Laporan big 3

Spesifikasi Bina Insan Guru

TAJUK / AKTIVITI

KANDUNGAN

1. Aktiviti di IPG Taklimat umum BIG

Taklimat perkhemahan

Taklimat LDK

2. Mendirikan Khemah

Perancangan, pemilihan tapak, pembahagian tugas

Pembinaan khemah, penyediaan dan penyajian makanan

Pembubaran khemah

3. Malaysia cergas dan patriotik.

Nyanyian patriotik

Menaikkan bendera

Kawad kaki

Senamrobik

4. Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

Cadangan tajuk dan aktiviti LDK

Ice Breaking

Personaliti Guru dan Konflik Personaliti

Realiti persekitaran

Realiti diri dan motivasi keguruan

Perubahan sikap

Pembinaan self-esteem

5. Kembara dan Orienteering

Cadangan aktiviti semasa kembara dan orienteering.

Berjalan lasak

Aktiviti penghayatan alam

Penyelesaian masalah berkaitan dengan bila berlaku kecemasan / kecederaan.

6. Tazkirah / Cadangan tajuk-tajuk tazkirah / moral

Page 13: Laporan big 3

TAJUK / AKTIVITI

KANDUNGAN

aktiviti moral Aku Ingin Menjadi Anak Soleh

Mencontohi Saidina Ali : Remaja Cemerlang

Bila Quran berbicara " .....perihal kepimpinan.."

Rasulullah Pemimpin Teladan

Cadangan tajuk-tajuk moral

Rakyat Cemerlang Negara Gemilang

( SAM ) Saya Anak Malaysia

Pemimpin dan Kepimpinan

Malaysia Negaraku Tercinta

Catatan:

Pelajar boleh memilih sebarang tajuk tazkirah / moral selain di atas yang bersesuaian dengan kursus dan peserta.

Page 14: Laporan big 3

Sebelum Aktiviti

1. Pelajar DPLI

a. Menguruskan borang kebenaran waris / penjaga.

b. Memastikan setiap peserta dilindungai insuran/takaful PTKB.

c. Taklimat pelaksanaan BIG Jurulatih, dan semua AJK.

d. Taklimat pelaksanaan BIG peserta / pelajar

e. Memilih & Memastikan tapak perkhemahan

f. Memastikan peralatan dalam keadaan baik & selamat digunakan

g. Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti

Polis,Bomba dan Penyelamat dan hospital terdekat

h. Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugas

i. Memastikan peserta memulakan perjalanan di Institut dan tamat di institut

j. Memastikan peralatan & ubat-ubatan dibawa bersama

k. Memastikan semua peserta / pelajar dalam keadaan sihat sebelum,

semasa dan selepas aktiviti BIG

l. Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balik

m. Memastikan borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk

digunakan

Page 15: Laporan big 3

Semasa Aktiviti

1. KEM KOMANDAN

a. Tiba lebih awal di tapak perkhemahan

b. Memastikan tapak perkhemahan selamat dan ada kemudahan air dan

eletrik

c. Memastikan semua jurulatih yang dilantik sampai di tapak perkhemahan

sebelum memulakan aktiviti

d. Taklimat kepada jurulatih tentang spesifikasi tugas dan keselamatan pelajar

e. Taklimat kepada peserta/pelajar tentang spesifikasi tapak perkhemahan

f. Memastikan semua peserta menduduki kawasan yang telah disediakan

g. Menentukan kawasan / tempat yang selamat berkumpul sekiranya berlaku

kejadian yang tidak diingini / waktu kecemasan

2. JURULATIH AKTIVITI KETAHANAN

a. Membuat tinjauan awal ke lokasi aktiviti

b. ”Head Count” untuk memastikan semuanya selamat

c. Memastikan semua bilangan peralatan mencukupi dan selamat digunakan

d. Membuat laporan sekiranya kehilangan / kerosakan peralatan kepada QM

Peralatan

e. Melaporkan keadaan / perubahan struktur muka bumi di lokasi aktiviti

kepada kem komandan

f. Menunjuk cara menggunakan peralatan dengan betul dan selamat

g. Memberi penerangan tentang keselamatan diri

h. Mengenal pasti tahap kebolehan kesihatan dan kecergasan pelajar

sebelum melaksanakan aktiviti

i. Menyediakan satu pelan tindakan sekiranya berlaku kemalangan semasa

aktiviti

Page 16: Laporan big 3

Selepas Aktiviti

1. KEM KOMANDAN

a. Menerima Laporan ketua jurulatih

b. Menerima Laporan Kuarter Master Kebajikan dan Keselamatan

c. Menerima Laporan Kuarter Master Peralatan

d. Menerima Laporan Kuarter Master Makanan

e. Menerima Laporan Kewangan daripada Bendahari.

f. Memastikan peralatan yang digunakan dibersihkan selewat-lewatnya

1hari selepas perkhemahan

g. Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik

h. Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu

program BIG contoh Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin,

Jabatan Hutan dan lain-lain lagi

i. Menyediakan sijil-sijil penyertaan kepada peserta yang mengambil

bahagian.

j. Memastikan laporan penilaian dan segala bukti perlaksanaan perkhemahan

dihantar kepada mentor kuliah berkenaan di IPG masing-masing.

Page 17: Laporan big 3

Pengisian Program

Pada hari pertama program bermula, kami peserta seramai 85 orang telah

berkumpul tepat pada pukul 7.00 pagi di tapak perkhemahan untuk mendengar taklimat

daripada kem komando. Memandangkan pada hari sebelum berlangsung, kami telah

menyediakan peralatan seperti perkakasan untuk memasak dan khemah masing-masing.

Oleh demikian, aktiviti pada hari pertama diteruskan dengan menyusun segala peralatan

tersebut dan meletakkan barang-barang peserta di tapak khemah. Kem komando yang

diketuai oleh Encik Aminuddin menjelaskan segala aktiviti yang akan berjalan dan

menerangkan peraturan yang harus diikuti oleh peserta sepanjang tempoh BIG ini.

Pada pukul 10.00 pagi semua peserta bergotong-royong untuk membantu

kumpulan yang bertugas untuk menyediakan makanan tengah hari untuk semua peserta.

Berikutnya pada pukul 12.00 tengah hari, semua peserta muslim bersedia untuk

menunaikan solat zohor secara berjemaah. Tentatif berikutnya adalah makan tengah hari

sebelum aktiviti lain dapat diteruskan.

Pada sebelah petang bermula pukul 2.00 petang, semua peserta berkumpul dan

mendengar taklimat daripada jurulatih iaitu Encik Sandy selaku penolong kem komando..

Kami bergerak ke Dewan Rafflesia dan aktiviti pertama yang kami jalankan adalah aktiviti

“ice breaking” dimana sesi pengenalan diri antara pelajar dengan fasilitator. Antara

perkara yang perlu dilakukan oleh kami adalah menulis nama ibu, cita-cita, daerah asal

dan hobi. Selepas itu, kami bertukar-tukar kertas dan diarahkan untuk mencari pemilik

kertas tersebut., Sesiapa yang berjaya akan diasingkan dengan rakan-rakan yang tidak

berjaya bertemu dengan pemilik sebenar kertas tersebut.

Aktiviti seterusnya ialah aktiviti berkumpulan dimana para pelajar perlu

menyiapkan beberapa tugasan seperti berjalan di atas 3 helaian kertas putih sehingga ke

garisan penamat secara bergilir-gilir. Berikutnya adalah kami diarahkan oleh fasilitator

untuk mencari jalan supaya tiga keping kertas yang diberikan dibawa kepada fasilitator

dengan kreativiti sendiri. Seterusnya kami membuat refleksi daripada aktiviti terbabit.

Setiap aktiviti ini mempunyai motif dan matlamatnya yang tersendiri. Aktiviti selesai pada

kira-kira pukul 4.00 petang.

Page 18: Laporan big 3

Aktiviti pada sebelah malam bermula pada pukul 9.00 malam. Fasilitatir iaitu cik

Nurhafizah menayangkan video tentang guru yang bertugas di sekolah kanak-kanak

istimewa iaitu cacat penglihatan. Setelah selesai mtayangan video, kami telah diberiakn

peluang untuk membuat refleksi tentang perkara yang berkaitan dengan bakti dan khidmat

guru tersebut. Program pada hari tersebut telah ditangguhkan pada pukul 11.00 malam

dan disambung pada hari berikutnya.

Pada hari kedua program BIG ini, aktiviti kembara akan bermula setelah semua

peserta telah bersarapan pagi. Kami menaiki bas Institut sehingga tiba di Sekolah Bukit

Queen, Tawau. Setelah sampai di lokasi tersebut, kami telah diberikan taklimat oleh Encik

Salehuddin dan para jurulatih lain yang turut serta. Kami memulakan aktiviti kembara

mengikut kumpulan masing-masing yang setiap ahli telah diberikan nombor masing-

masing. Aktiviti kembara ini tidak dapat dilupakan sampai bila-bila kerana pelbagai

pengalaman yang telah saya dan rakan-rakan perolehi sepanjang sesi program ini.

Kumpulan kami telah diberi arahan untuk berjalan kaki sehingga ke lokasi yang diberikan.

Namun perancangan telah diubah pada saat akhir kerana lokasi yang ingin dituju telah

ditutup untuk kunjungan orang ramai. Hal ini menyebabkan kami terpaksa mengubah arah

laluan untuk sampai ke destinasi iaitu ke Balung Ecoresort. Kami terpaksa mengharungi

jalan hampir 3 jam untuk sampai ke tempat tersebut.

Setelah sampai di sana, kami menunaikan solat zohor sebelum makan tengah hari

beramai-ramai. Kami berkumpul semula tepat pada pukul 1.00 petang untuk mendengar

taklimat selanjutnya daripada Encik Mazaniah Bin Kasimin. Setiap kumpulan diarahkan

untuk menghasilkan masakan daripada tepung yang diberikan.Kumpulan yang tidak dapat

menyediakan hidangan selepas 20 minit berlalu akan dikenakan denda. Namun kami

bersyukur kera semua kumpulan berjaya menyaipkan hidangan masing-masing mengikut

masa yang telah ditetapkan. Setelah semua telah selesai memasak, kami bertukar-tukar

hidangan dan memakan masakan kumpulan lain. Setiap kumpulan berasa berpuas hati

dengan tiap hidangan yang disediakan.

Page 19: Laporan big 3

Berikutnya kami telah berkumpul dan mendengar taklimat daripada jurulatih iaitu Encik

Fauzi selaku jurulatih. Beliau mengarahkan kami bergerak mengikut kumpulan dan

berjalan dalam kumpulan. Aktiviti kembara kami yang berikutnya bermula dari Balung

Ecoresort. Sepanjang perjalanan, kami mengharungi cuaca panas terik, kemudian hujan

dan jalan yang berbukit-bukau juga terpaksa kami redah. Tidak kurang juga berlaku

masalah apabila dua kumpulan terawal yang bergerak terpaksa berpatah balik apabila

jalan yang mereka tuju mengamali kerosakan kerana terdapat jambatan yang runtuh. Hal

ini memberikan cabaran yang sangat besar kepada dua kumpulan terbabit kerana

menurut mereka, perjalanan ke sana sudah hampir separuh jalan. Setelah diarahkan

untuk berpatah semula ke jalan alternatif maka mereka pun bergerak mengikut kumpulan

lain di hadapan.

Perjalanan untuk sampai Ke Institut sangat lama dan panjang kerana factor

pemakaian kasut peserta yang sangat tidak selesa dan menyakitkan sepanjang berjalan

kaki. Saya sangat bersimpati terhadap rakan yang sakit dan tidak mampu lagi untuk

meneruskan perjalanan. Dalam ahli kumpulan saya juga turut ada yang mengalami

kesakitan kaki yang teruk dan terpaksa berjalan perlahan dengan ditemani oleh rakan

yang sering menjaga ahli kumpulan sendiri bagi memastikan tidak ada rakan yang

tertinggal di belakang. Saya rasa sangat bersyukur kerana dengan izin-Nya, akhirnya

kami dapat sampai ke IPG pada pukul 7.00 malam. Kepenatan yang sangat luar biasa

dan teruk mengakibatkan ada peserta yang pengsan dan terpaksa diberi bantuan. Namun

semua itu tidak mematahkan semangat setiap peserta dan aktiviti kembara tersebut telah

berlalu dan ia amat bererti dalam hidup seseorang yang akan bergelar guru kelak.

Pengalaman ini sangat berharga dan akan kekal dalam ingatan buat selama-lamanya.

Pada pukul 9.00 malam, kami berkumpul semula di Dewan Al Khawarizmi setelah

selesai makan malam. Sesi refleksi diadakan dan peserta telah membuat refleksi terhadap

semua aktiviti sepanjang program iaitu dari hari pertama sehingga ke sesi refleksi pada

hari kedua. Ramai dalam kalangan peserta yang meluahkan rasa dan pandangan mereka

terhadap segala perkara dan aktiviti dalam BIG kali ini. Beberapa orang pensyarah turut

memberi respon dan komen mereka terhadap segala pandangan dan luahan peserta

terhadap aktiviti BIG ini. Antaranya adalah Encik Amin Tantua dan Encik Dzulfikar selaku

jurulatih yang turut sama semasa kembara tersebut. Slot paparan video mengenai guru di

pendalaman juga dipaparkan untuk tontonan peserta dan sesi refleksi berakhir pada pukul

12.00 tengah malam.

Page 20: Laporan big 3

Pada hari ketiga program, semua peserta bergotong royong membersihkan kawasan

tapak khemah dan kawasan tempat memasak. Kami diarahkan supaya memastikan

kawasan Blok Kemahiran Hidup bersih seperti sedia kala. Tepat jam 10.30 pagi, acara

penutupan disempurnakan oleh Dr Johan Bin Zakaria selaku Timbalan Pengarah. Diikuti

dengan penyampaian hdiah kepada kumpulan terbaik. Kategori peserta lelaki dan

perempuan terbaik juga diumumkan disamping peserta paling spoting. Sesi penutupan

berakhir kira-kira pukul 11.00 pagi dan sesi bergambar bersama peserta dan jurulatih turut

diadakan sebelum semua peserta bergerak pulang ke asrama masing-masing.

Page 21: Laporan big 3

Refleksi

1. Kekuatan

Dalam proses pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang, memerlukan

beberapa perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia. Bukan

semua orang boleh menjadi seorang guryang baik dan cemerlang. Apa yang penting,

keikhlasan dalam menjalankan tugas mendidik anak-anak murid itu sendiri.

Kualiti dan sikap profesional seorang guru adalah sangat penting untuk ditonjolkan.

Bukan sahaja semasa waktu sekolah, masyarakat akan sentiasa memandang tinggi guru-

guru. Pada pendapat saya, pembelajaran yang berlangsung itu, bukan hanya di dalam

kelas, sebailknya, ia juga boleh terjadi secara tidak langsung di luar kelas. Buktinya, murid

akan melihat gaya seorang guru itu di dalam kehidupan bermasyarakat, bagaimana

pertuturan mereka, personaliti, dan kesantunan mereka. Hal ini bermakna guru akan

menjadi role model kepada para anak didiknya dan akan sentiasa mejadi contoh. Ini

secara tidak langsung, akan menjadi ejen kepada perubahan dalam kalangan masyarakat

Dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman memainkan

peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sediri dan dipersekitaran

dirinya. Kerohanian dan akhlak keguruan itu menjadi titik permulaan untuk perkara

tersebut. Apa yang penting, seseorang yang melalui proses menjadi guru hendaklah

memahami domain pembangunan diri yang seimbang, seperti yang dinyatakan dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, memahami konsep, nilai dan etika keguruan,

memahami citra diri sebagai seorang insan guru dan membina pemikiran yang positif dan

motivasi yang tinggi terhadap profesion keguruan itu sendiri.

Selain itu, seorang guru itu juga adalah sangat perlu untuk memahami konsep

akuantabiliti professional keguruan itu sendiri, sentiasa membina komitmen dalam proses

pengajaran dan pembelajaran, dalam pelaksanaan peranan guru sebagai seorang

pendidik, pembimbing dan pembina akhlak anak-anak muridnya.

Guru juga perlu membina permikiran yang proaktif ke atas kerjaya ini dan betapa

pentingnya perkhidmatan pendidikan itu dalam proses melahirkan tenaga sumber

manusia yang akan menggantikan generasi sekarang ini. Tambahan lagi, betapa

pentingnya kesedaran sosial dan perkhidmatan guru itu sendiri. Oleh demikian, saya telah

mengenalpasti beberapa kekuatan dalam program BIG siri 3 ini. Saya dan rakan-rakan

dapat melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin serta semangat

setiap pasukan sangat menonjol terutamanya ketika aktiviti kembara. Kerjasama yang

Page 22: Laporan big 3

diberikan oleh pasukan saya selaku kumpulan 4 adalah sangat menggalakkan dan saya

rasa amat terharu kerana ada dalam kalangan rakan kumpulan kami yang sangat

mengambil berat terhadap rakan yang sakit dan tidak mampu meneruskan aktiviti yang

sangat mencabar ketika kembara berjalan kaki. Tambahan lagi rakan-rakan turut memberi

sokongan agar semua peserta bertahan dan meneruskan perjalanan sehingga

penghujungnya. Galakkan yang diberikan telah sedikit sebanyak telah membakar

semangat juang yang tinggi untuk menamatkan aktiviti kembara berjalan kaki dengan

jayanya.

Kekuatan lain yang dapat dilihat adalah para pensyarah yang sentiasa membantu

peserta apabila terdapat sebarang masalah yang timbul. Mereka juga turut memberi

nasihat dan semangat yang tinggi sehingga kami memegang kepada prinsip bahawa

dimana ada kemahuan, disitu ada jalan dan kami beranggapan bahawa semua yang

berazam dan memiliki iltizam yang tinggi, sudah pasti akan beroleh kejayaan di akhirnya.

Oleh itu program Bina Insan Guru ini telah menggalakkan jati diri yang teguh dan

semangat berdaya juang yang utuh agara segala yang diharapkan akan terlaksana

dengan baik sekali.

2. Kelemahan

Terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti sepanjang tempoh Program Bina Insan

Guru ini. Antaranya adalah peserta program agak keliru dengan aktiviti yang telah

dirancang kera sering berlaku perubahan yang diberitahu pada saat-saat akhir sehingga

terpaksa menunggu dan tertanya-tanya tentang jenis aktiviti dan lokasi aktiviti.

Kebanyakkam peserta melahirkan rasa kurang berpuas hati mereka apabila menyentuh

tentang perjalanan tentatif program BIG kali ini. Hal ini kerana ia santa berbeza daripada

siri BIG yang sebelum ini. Para peserta hanya menunggu arahan daripada juru latih dari

semasa ke semasa.

Antara kelemahan lain adalah aktiviti pada hari pertama agak kurang dan

menyebabkan peserta banyak menghabiskan masa dengan membantu kerja-kerja lain

sepertti memasak dan menjaga kebersihan kawasan perkhemahan. Pada aktiviti malam

hari pertama, kami dipaparkan tayang video dan kami mendapat banyak info dan

maklumat yang sangat berguna. Namun, kami mengharapkan paparan yang lebih banyak

dan masa yang lebih panjang.

Page 23: Laporan big 3

Selain itu, saya dapati bahawa tempoh masa BIG agak singkat dan kekangan yang

berlaku adalah dari segi kewangan yang mengakibatkan banyak perkara tidak dapat

dilakukan pada masa yang sesuai dan lokasi yang dicadangkan. Ramai dalam kalangan

peserta yang terkilan kerana lokasi BIG hanya dalam kawasan IPG dan tidak melibatkan

aktiviti lasak luar dari kawasan seperti di kawasan Borneo Paradise yang menjadi lokasi

perancangan awal IPG.

3. Peluang

Pada program BIG yang lalu ini, pelbagai peluang yang telah dapat saya lihat. Antaranya

adalah sebagai guru pelatih, saya haruslah mempunyai kemahiran pengurusan dan

perubahan diri. Seperti contoh, guru boleh menyesuaikan diri dan mengadaptasi diri

dalam budaya masyarakat yang baru apabila dihantar untuk mengajar ke tempat yang

baru kelak. Guru juga boleh melakukan perubahan pada diri sendiri jika berhadapan

dengan masalah yang baru, dan sentiasa mencari jalan penyelesaian dengan fikiran yang

positif dan rasional.

Seorang guru yang cemerlang juga dapat mengenali dan menilai diri sendiri

dengan baik. Merefleksi semua perkara dan akitiviti yang telah dilakukan agar boleh

mencari sebarang kelemahan untuk dibaik pulih. Guru juga dapat mengenali potensi diri

yang ada pada mereka agar guru dapat merebut semua peluang yang ada dalam

meningkatkan potensi yang baik dan cemerlang dalam kerjaya mereka dibidang

pendidikan itu sendiri. Ini secara tidak langsung dapat membantu melahirkan guru yang

seimbang dari semua bidang, dan seterusnya dapat memberikan yang terbaik kepada

anak-anak murid mereka.

Namun begitu, perkara yang penting adalah guru dapat menunjukkan kepekaan

mereka terhadap segala aktiviti yang berlaku di persekitaran mereka, dan memberikan

tidak balas yang rasional. Tambahan lagi, seorang guru harus menunjukkan kemahiran

yang baik dan tinggi dalam bidang pengurusan hubungan dengan masyarakat sekolah

dan luar, juga kepada semua pihak yang berkaitan seperti komuniti pendidikan yang ada

di Malaysia, sama ada peringkat rendah, menengah, mahupun peringkat tinggi. Selain itu,

komitmen adalah sangat penting semasa menjalankan tugas sebagai seorang guru,

ataupun tugas-tugas lain seperti jurulatih, guru bertugas, atau guru disiplin hendaklah

ditunjukkan dengan baik dan cemerlang agar dapat melaksanakan peranan tersebut

dengan ikhlas.

Page 24: Laporan big 3

Melalui program Bina Insan Guru ini, kami selaku bakal pendidik sentiasa menjadikan diri

kami fleksibel semasa menjalankan tugas. Ini kerana tugas guru kini bukan sahaja

sebagai penyampai ilmu, tetapi terdapat beberapa tugas sampingan yang boleh

membebankan diri sendiri jika tidak diurus dengan baik dan sempurna. Ini bermakna,

seorang guru itu perlu tahu mengurus perubahan diri yang berlaku ke atas diri mereka,

organisasi yang ada disekolah dalam bidang kurikulum ataupun ko-kurikulum juga

persekitaran sektor pendidikan itu sendiri.

Program BIG ini juga mampu memimpin saya untuk menjadi seorang guru yang

baik dan memimpin saya dalam membina pemikiran yang positif dan rasional serta dapat

memotivasikan diri saya dalam profesion guru itu sendiri. Sebagai selaku bakal pendidik

juga, saya juga mesti menghayati konsep kerjaya ini adalah salah satu kerja ibadat dan

sungguh berjasa.

4. Ancaman

Program BIG pada kali ini adalah lebih mencabar daripada siri sebelum ini kerana aktiviti

yang dilaksanakan adalah berbeza sedikit daripada program BIG siri 1 dan 2. Pada

Pemerhatian saya, terdapat beberapa perkara yang boleh diperbaiki pada masa akan

dating seperti dari segi kawalan keselamatan. Sepanjang tempoh aktiviti kembara, kami

berjalan kaki dengan dikelilingi oleh pokok kelapa sawit dan jalan yang agak berbahaya

kerana terdapat lori muatan yang lalu di kawasan tersebut. Ia mampu memberi ancaman

kepada peserta kerana keadaan jalan yang sedang dalam pembinaan dan pengaruh

cuaca buruk menyebabkan terdapat jalan yang runtuh dan jambatan yang runtuh dan

tidak dapat dilalui oleh kenderaan mahupun pejalan kaki. Pada pendapat saya tidak

banyak ancaman lain yang dapat dilihat sepanjang program tersebut. Perkara penting

adalah semua telah berjalan dengan lancer dan tidak ada masalah besar yang berlaku

sepanjang program berlangsung.

Page 25: Laporan big 3

Penilaian Kendiri

Guru merupakan satu kerjaya yang mulia dan dipandang tinggi. Ini kerana kerjaya guru

yang menyampaikan ilmu juga merupakan satu ibadat, dan membimbing anak-anak murid

agar menjadi insan yang berguna kelak. Guru-guru juga memainkan peranan penting

dalam proses melahirkan generasi akan datang yang cemerlang dan dalam memimpin

negara pada masa akan datang.

Pengalaman yang saya perolehi sepanjang proses menjadi guru ini sangat

berguna dan perlulah saya aplikasikan kelak semasa menjadi guru sebenar kelak. Potensi

yang ada pada saya hendaklah saya huraikannya dengan cara dan kaedah yang betul,

mengikut tertib agar dapat dikembangkan dengan baik. Begitu juga personaliti yang ada

pada saya, hendaklah saya menjaga nama baik kerjaya dalam bidang pendidikan ini

sebagai seorang guru agar tidak memberikan kesan buruk kepada saya, dan bidang

keguruan itu khasnya.

Ilmu yang saya perolehi ini secara langsung ataupun tidak langsung hendaklah

digunakan sepenuhnya. Perbincangan dengan para guru dan para pensyarah untuk

proses meningkatkan tahap profesional saya sebagai seorang guru kelak adalah sangat

penting. Ini kerana, kadang-kala diri sendiri itu tidak mampu untuk melihat kekurangan

yang ada, sebailiknya orang lain yang melihat sudah pastinya dapat mengenal pasti

kelemahan-kelemahan yang ada.

Seterusnya, daripada proses itu sendiri, saya juga boleh berbincang dengan

mereka, mendapatkan nasihat untuk menambahbaik dan menutup kelemahan saya

dengan cara yang betul dan baik. Ini kerana apabila melakukan perbincangan, kita dapat

memperolehi lebih banyak nasihat dan pelbagai pandangan, pendapat dan akhirnya dapat

memberikan pelbagai jalan penyelesaian yang baik.

Perkara yang penting adalah proses menjadi seorang guru yang cemerlang itu

mengambil masa yang lama. Ini kerana kita akan belajar daripada pengalaman yang ada.

Oleh itu, kita haruslah sabar dan sentiasa berfikiran positif juga rasional agar tidak

memberikan kesan buruk kepada diri sendiri. Tambahan lagi, saya perlulah sentiasa

mengamalkan sikap profesional, etika, tatatertib, dan juga personaliti sebagai seorang

guru.

Page 26: Laporan big 3

Majlis Perasmian Penutupan Big siri tiga bagi tahu 2013 ini telah

disempurnakan oleh Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau iaitu Dr Johan Haji

Zakaria. Beliau telah merakamkan ucapan tahniah kepada semua peserta BIG

dan Ahli Jawatankuasa pengelola kerana telah berjaya melaksanakan program

BIG bagi siri kali ini. Timbalan pengarah juga turut menyampaikan hadiah dan

cenderamata untuk para peserta yang terbaik bagi setiap kategori yang

disenaraikan. Program BIG ini telah berakhir dengan membawa seribu satu

kenangan, pengalaman dan pengetahuan yang amat berharga dalam diri masing-

masing.

Setelah selesai semua acara yang dirancang dan telah berjaya

dilaksanakan, aktiviti terakhir ialah aktiviti gotong royong membersihkan kawasan

tapak perkhemahan dan seterusnya menyusun kembali segala peralatan yang

telah digunakan ke tempat asal. Setelah kawasan tersebut kelihatan seperi sedia

kala, para pelajar DPLI bersiap sedia untuk kembali ke IPG.

Page 27: Laporan big 3

Refleksi Kendiri

Kendiri 

Sebelum program dijalankan kami telah melaksanakan tugas sebagai Ahli

Jawatankuasa bagi setiap jawatan. Para peserta telah mengadakan mesyuarat

sebanyak 2 kali dimana mesyuarat ini telah banyak membantu kami untuk

mendapatkan informasi terkini mengenai program BIG dan juga untuk

menjalankan tugas AJK masing-masing. Ahli jawatankuasa tertinggi bagi program

BIG Siri 3 telah menjalankan tugas dimana mereka telah menggerakkan seramai

85 orang guru pelatih melaksanakan tugasan masing-masing tanpa sebarang

masalah. Saya bertugas sebagai AJK Kebajikan bagi membantu guru-guru pelatih

lain. Kerjasama amat diperlukan dalam melaksanakan program ini agar mencapai

objektif yang tepat.

Kerjaya

Program BIG siri 3 yang bertemakan aktiviti luar ini telah memberi

pengalaman baru kepada kami mengenai aktiviti luar dimana kami berpeluang

untuk menjalankan aktiviti lasak dan mencabar seperti kembara berjalan kaki

sepanjang 10 kilometer dalam keadaan cuaca yang tidak menentu seperti panas

dan hujan. Sepanjang kembara tersebut, keadaan jalan kurang baik kerana jalan

yang berbukit serta dikelilingi dengan pokok kelapa sawit. Aktiviti ini sangat

menguji kekuatan mental dan fizikal yang sangat tinggi kerana setiap yang

mempunyai azam untuk berjaya pasti akan dapat mengharungi segala dugaan dan

cabaran yang memerlukan kekuatan emosi yang tinggi dan akhirnya memperolehi

kejayaan dan hasil yang diharapkan.

Kumpulan (LDK), saya melihat bahawa kerjaya dalam bidang keguruan ini

amatlah mencabar. Saya harus mempersiapkan diri sebagai bakal pendidik yang

akan berhadapan dengan pelbagai risiko dan masalah yang memerlukan

kecekalan hati dan minda untuk menghadapi segala cabaran yang datang.

Tambahan lagi, kita perlu menitikberatkan hubungan silaturrahim yang erat antara

manusia dan mewujudkan nilai-nilai pengajaran yang baik sebagai seorang yang

bakal guru.

Page 28: Laporan big 3

Organisasi

Sebelum menjalankan sesuatu program, ahli jawatankuasa tertinggi perlulah

dibentuk terlebih dahulu. Bagi Program Bina Insan Guru Siri 3/2013 pada kali ini,

kami telah sebulat suara melantik Ancu dari kelas DPLI Pemulihan Unit 1 sebagai

pengerusi Program BIG dan dibantu oleh Amir bin dari kelas DPLI Pemulihan Unit

2. Seterusnya, ahli-ahli jawatankuasa yang lain turut dilantik.

Tugas saya adalah sebagai AJK Kebajikan. Tugas saya adalah mengawal

kebajikan setiap peserta dan memastikan segala keperluan peserta seperti segala

hal kebajikan dapat dipenuhi dan disediakan. Melalui program ini, saya telah

berpeluang untuk mengenali rakan-rakan lain dengan lebih dekat di samping dapat

bekerjasama dengan mereka sebagai satu pasukan. Sepanjang program ini,

terdapat komunikasi yang baik dan kerjasama dalam kumpulan juga dapat dilihat.

Jurulatih turut memberikan kerjasama yang baik dan kami telah berjaya menarik

minat murid-murid terhadap aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan.

Hal ini demikian kerana kita sebagai manusia tidak dapat hidup tanpa

kawan, memandangkan manusia merupakan golongan yang hidup secara

berkumpulan, berorganisasi, dan bersosial. Dengan kata lain, kita perlu

berinteraksi dengan orang lain. Dengan cara komunikasi yang sesuai, kita akan

mendapat banyak kawan yang dapat berkongsi masalah dan mendapatkan

bantuan yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah yang kita hadapi.

Pada program BIG kali ini, saya berpeluang untuk berinteraksi dengan rakan-

rakan peserta dan jurulatih serta fasilitator yang terlibat dalam program BIG siri 3

ini.

Keutamaan diberikan dalam pembinaan insan guru yang berakhlak mulia,

bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal dan mental,

bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan nilai-

nilai keguruan seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Guru.

Page 29: Laporan big 3

Oleh itu, jelaslah di sini bahawa sosial yang aktif adalah sangat penting bagi

memastikan kita dapat bergaul dan berkomunikasi dengan orang lain dengan baik.

Malah, saya juga percaya bahawa sebagai seorang guru, kita haruslah berani

berhadapan dengan masyarakat demi menjalinkan perhubungan yang harmoni

dan baik dengan mereka. Contohnya, jikalau saya tidak berani bertegur sapa atau

memberikan salam dengan guru-guru di sekolah tersebut, maka saya akan

menghadapi kesukaran untuk mendapatkan maklumat atau infomasi seperti yang

jelaskan.

Sehubungan dengan itu, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan kepada pihak Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau kerana

menyediakan program Bina Insan Guru siri 3 ini bagi mengisi masa lapang kami

dan juga untuk melatih kami untuk menjadi seorang guru yang sentiasa tabah

menghadapi cabaran, berani menghadapi segala masalah dan meningkatkan

semangat kami untuk bertekad menjadi seorang guru yang cekal, dedikasi dan

cinta akan pekerjaannya.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik

Amin Tantua selaku penyelaras program BIG kali ini dan Encik Ismail sebagai

penyelars DPLI. Saya yakin bahawa tanpa usaha dan kerjasama daripada semua

pihak, segala aktiviti yang dirancang bersempena dengan program khidmat

masyarakat ini tidak akan dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna.

Justeru, ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada

semua aktiviti yang dijalankan sepanjang khidmat masyarakat ini. Semua

pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat saya aplikasikan agar menjadi

seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini

dijalankan pada masa yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana

memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.

Page 30: Laporan big 3

Secara keseluruhannya, program khidmat masyarakat ini dijalankan dengan lancar

dan juga telah menepati matlamatnya untuk membentuk insan guru yang

sempurna. Ini merupakan kaedah yang baik untuk membentuk insan guru yang

berakhlak mulia, mempunyai semangat juang yang tinggi, dapat menyesuaikan diri

dalam apa-apa jua keadaan, dan juga dapat mengatasi sebarang cabaran atau

rintangan, lantas melahirkan guru yang seimbang.

Program ini juga akan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih

agar sentiasa bersedia untuk mendidik anak bangsa walau di mana mereka akan

ditempatkan kelak. Bukan itu sahaja, diharapkan program ini turut akan

menyediakan mental dan rohani guru pelatih agar mereka akan bersedia untuk

berkhidmat dan berbakti kepada negara. Akhir kata, saya berasa berpuas hati dan

bersemangat selepas menyertai program khidmat masyarakat ini. Diharapkan agar

aktiviti ini akan dijalankan setiap tahun. 

Page 31: Laporan big 3

Penutup

Segala pengisian dalam slot-slot yang diterangkan telah berjalan dengan baik dan

lancar. Melalui program ini dapat dirumuskan bahawa program ini adalah untuk

melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian

dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta mempunyai aura keguruan

yang terserlah.

Program selama sehari ini telah memberi banyak manfaat kepada pelatih

dan ilmu yang diperoleh dapat diaplikasikan pada masa akan datang. Slot-slot

yang disediakan amat berguna bagi semua pelatih agar ianya dapat menjadi

pengetahuan serta pengalaman dalan meneruskan profesion keguruan kelak.

Kesemua pengisian program BIG ini dapat mempersiapkan para guru pelatih dari

segi mental, emosi dan fizikal.

Daripada keseluruhan program BIG ini, pelbagai ilmu dan maklumat

berguna diperolehi dan pengetahuan turut bertambah. Ianya menjadi nilai tambah

yang tidak ternilai harganya kepada para guru pelatih. Walaupun program tersebut

dijalankan dalam waktu yang singkat dan padat, namun pengisian berdasarkan

slot-slot yang ditetapkan telah dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Program seumpama ini adalah menjadi teras yang penting dalam

penyediaan kendiri bagi seorang bakal guru pada masa akan datang. Di samping

menambahkan pelbagai ilmu dalam bidang pendidikan, ilmu sahsiah juga

dititikberatkan. Akhir sekali, program BIG ini telah dirasmikan penutupannya oleh

Dr Johan Haji Zakaria selaku Timbalan Pengarah, IPG Kampus Tawau.

Kesimpulannya, selaku bakal pendidik, kita wajar untuk sentiasa bersiap

sedia memikul amanah yang diberikan dan sentiasa bertanggungjawab dengan

setiap tugas serta bekerjasama demi kebaikan bersama. Segala ilmu yang

berguna dan baik haruslah disampaikan secara berterusan agar manfaatnya dapat

diperolehi oleh pelbagai pihak secara bersepadu.

Page 32: Laporan big 3