laporan perkhemahan big

20
AKTIVITI MENDIRIKAN KHEMAH Tarikh : 5 Oktober 2012 Masa : 5.00 petang – 6.30 petang Tempat : Tapak perkhemahan Peralatan Perkhemahan Terdapat beberapa jenis khemah yang popular digunakan ketika perkhemahan antaranya jenis Ground Sheet dan Fly sheet. Untuk perkhemahan di sekolah kami telah memilih menggunakan khemah jenis Ground Sheet di mana sesuai dengan faktor persekitaran dan peserta. Dari segi jumlah peserta pula adalah berbeza mengikut saiz khemah kerana terdapat khemah yang besar dan juga khemah

Upload: noor-asmida-noordin

Post on 12-Aug-2015

301 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

contoh laporan untuk aktiviti berkhemah

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Perkhemahan Big

AKTIVITI MENDIRIKAN KHEMAH

Tarikh : 5 Oktober 2012

Masa : 5.00 petang – 6.30 petang

Tempat : Tapak perkhemahan

Peralatan Perkhemahan

Terdapat beberapa jenis khemah yang popular digunakan ketika

perkhemahan antaranya jenis Ground Sheet dan Fly sheet. Untuk perkhemahan di

sekolah kami telah memilih menggunakan khemah jenis Ground Sheet di mana

sesuai dengan faktor persekitaran dan peserta.

Dari segi jumlah peserta pula adalah berbeza mengikut saiz khemah kerana

terdapat khemah yang besar dan juga khemah yang kecil. Sebuah khemah yang

kecil kami menempatkan seramai empat orang dan yang besar sedikit pula enam

orang.

Page 2: Laporan Perkhemahan Big

Sebanyak dua puluh empat khemah yang telah pihak sekolah sediakan untuk

peserta – peserta menginap di dalam khemah sepanjang perkhemahan. Pihak

sekolah terpaksa meminjam dari Sekolah Kebangsaan Seri Tasek bagi menampung

kekurangan khemah kerana terdapat khemah yang telah rosak.

Keluasan Tapak Perkhemahan

Tapak perkhemahan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu satu bahagian

murid perempuan dan satu bahagian murid lelaki. Keluasan bagi tapak

perkhemahan murid perempuan ialah 150 kaki panjang x 25 kaki lebar. Manakala

bagi keluasan tapak perkhemahan murid lelaki pula ialah 45 kaki panjang x 30 kaki

lebar. Ini kerana jumlah peserta perempuan lebih ramai berbanding dengan peserta

lelaki. Tempat murid perempuan pula di tengah bangunan sekolah manakala tapak

peserta lelaki di tepi padang sekolah.

Tapak Perkhemahan Peserta Lelaki

Page 3: Laporan Perkhemahan Big

Tapak Perkhemahan Peserta Perempuan

Taklimat Perkhemahan

Semua peserta – peserta perkhemahan diberi taklimat dan penerangan

berkaitan dengan perkhemahan sebelum bermulanya aktiviti perkhemahan. Taklimat

diberikan oleh Kem Komanden iaitu Jurulatih Rashidi secara menyeluruh berkaitan

dengan aspek keselamatan dan juga perkemahan. Taklimat berkaitan dengan

keperluan kelengkapan yang perlu dibawa pada hari perkhemahan dan juga senarai

ahli kumpulan diberi oleh pemimpin badan uniform masing – masing iaitu Jurulatih

Hazatul Nasra pemimpin Pengakap. Jurulatih Tan Yeit Fong pemimpin Persatuan

Bulan Sabit Merah , Jurulatih Norasyidah Puteri Islam dan juga Jurulatih Rosma

pemimpin Tunas Kadet Remaja Sekolah.

Taklimat ini dijalankan beberapa hari sebelum perkhemahan .

Page 4: Laporan Perkhemahan Big

Pemilihan Tapak

Sebelum berlangsungnya aktiviti perkhemahan mesyuarat jawatankuasa telah

diadakan bagi melicinkan lagi aktiviti dengan pengagihan tugas serta

membincangkan aktiviti serta permasalahan yang timbul.

Perkara yang paling penting diberi perhatian ialah pemilihan tapak

perkhemahan . Perkhemahan dijalankan di dalam kawasan sekolah maka tiada

masalah untuk memikirkan aspek logistik kerana kesemua kemudahan prasarana

terdapat di dalam kawasan sekolah iaitu sumber air, bekalan elektrik dan

kemudahan lain. Cuma diberi penekanan tapak untuk mendirikan khemah mengikut

aspek keselamatan.

Pemilihan tapak dijalankan oleh tiga orang Jurulatih iaitu Encik Zaini selaku

Guru Penolong Kanan Kokurikulum, En Rashidi Kem Komanden dan Tuan Haji

Imtiaz. Hasil Penelitian dan perbincangan bersama serta menerima pendapat semua

guru maka keputusan telah diambil iaitu memilih tapak perkhemahan di bangunan

baru sekolah. Ini kerana kawasannya yang agak sesuai dan berdekatan dengan

sumber air dan juga kemudahan elektrik di samping bukan kawasan yang mudah

banjir serta bebas dari ancaman binatang seperti ular dan juga babi hutan yang

pernah dilihat tersesat dalam kawasan sekolah. Hal ini berlaku akibat persekitaran

kawasan sekolah yang dikelilingi dengan kawasan semak atau tanah persendirian

yang tidak diuruskan dengan baik.

Page 5: Laporan Perkhemahan Big

Mendirikan Khemah

Pada hari perkhemahan setelah selesai sesi pendaftaran , taklimat kepada

peserta dan juga acara ‘Ice Breaking’ peserta – peserta diminta mendirikan solat

Asar terlebih dahulu secara berjemaah di surau sekolah sebelum sesi mendirikan

khemah dijalankan.

Setiap kumpulan peserta perkhemahan diberi sebuah khemah dan

dikehendaki bekerjasama memasangnya. Sebelum itu sesi demonstrasi ditunjukkan

oleh Jurulatih Hazatul Nasra dan Jurulatih Zetti Azura iaitu tunjuk cara pembinaan

khemah kepada semua peserta.

Walaupun khemah yang digunakan pada masa sekarang adalah jenis yang

mudah namun masih terdapat peserta yang kurang mahir dalam pembinaan

khemah. Ini mungkin faktor bagi peserta tahun empat yang baru didedahkan dengan

aktiviti perkhemahan dan juga tiada pengalaman dalam mengendalikan khemah.

Masalah yang timbul tidak begitu banyak namun hasil dari bimbingan dan

kerjasama semua jurulatih yang hadir masalah tersebut dapat di atasi dengan baik.

Pengalaman peserta yang terlibat dengan perkhemahan sebelum ini juga banyak

membantu para peserta yang lain untuk mendirikan khemah.

Kedudukan khemah peserta perempuan diletakkan secara berhadapan

antara khemah yang lain manakala khemah peserta lelaki diletakkan sebaris juga

menghadap pintu khemah.

Page 6: Laporan Perkhemahan Big

Kebersihan Khemah

Aspek kebersihan amat dititik beratkan dalam aktiviti perkhemahan agar tidak

menarik perhatian haiwan untuk datang menghinggap kawasan perkhemahan. Ini

kerana jika kebersihan kurang dititik beratkan Contohnya jika bekas sisa makanan

tidak diselenggara dengan baik maka serangga seperti lalat mudah datang. Bau

yang kurang enak juga akan berlaku ekoran dari sistem kebersihan sampah yang

tidak diselenggara dengan baik.

Maka dengan itu pihak urus setia telah memastikan jumlah tong sampah yang

disediakan mencukupi dengan meletakkan plastik hitam agar mudah sampah

tersebut dibuang. Kebersihan khemah juga dipastikan dengan memastikan peserta

perkhemahan mengemas khemah masing – masing iaitu dengan meletakkan

pakaian dan juga barang – barang dengan kemas serta menyusun beg – beg.

Pengudaraan yang baik juga memastikan kebersihan khemah iaitu

mengelakkan bau masam dari dalam khemah. Jadi semua khemah perlu dibuka

pintu bagi memastikan pencahayaan masuk dan udara yang tidak enak dikeluarkan.

Page 7: Laporan Perkhemahan Big

Keselamatan

Aktivit perkhemahan tidak kurang juga akan berlaku risiko bahaya. Maka

dengan itu aspek keselamatan amat dititik beratkan ketika menjalankan aktiviti

perkhemahan. Pihak urus setia telah memastikan akan kemudahan elektrik untuk

cahaya lampu digunakan pada waktu malam. Memastikan tapak perkhemahan tidak

mudah dicerobohi oleh binatang berbisa seperti ular dengan menabur belerang di

setia khemah.

Tanggungjawab keselamatan menjaga peserta adalah di bawah tanggung

jawab urus setia maka dengan itu pihak urus setia telah memastikan ada Jurulatih

lelaki dan Jurulatih perempuan yang akan bertugas menjaga peserta pada waktu

malam untuk kemungkinan kes – kes kecemasan. Kami juga memastikan peserta

atau orang luar tidak bebas keluar masuk ke dalam kawasan perkhemahan.

Hasil daripada aktiviti ini :

Pesert dapat mempelajari cara-cara mendirikan khemah dengan betul. Selain itu,

nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama dan tolong menolong dapat dipupuk.

Page 8: Laporan Perkhemahan Big

Gambar – gambar sepanjang aktiviti mendirikan khemah.

Khemah yang hampir siap didirikan.

Kerjasama ahli pasukan dalam menyiapkan khemah masing – masing.

Page 9: Laporan Perkhemahan Big

Khemah yang telah siap dipasang.

Page 10: Laporan Perkhemahan Big

Jurulatih – jurulatih tidak lokek menghulurkan pertolongan dan tunjuk ajar

kepada peserta perkhemahan.

Tapak perkhemahan peserta lelaki

Page 11: Laporan Perkhemahan Big

Menabur belerang di sekeliling khemah untuk menghindari binatang berbisa.

Tidak sabar untuk mengemaskan barang – barang peribadi ke dalam khemah.

Page 12: Laporan Perkhemahan Big

Wajah – wajah kepenatan dan kepuasan.

Wajah puas dan bangga seorang jurulatih yang melihat hasil khemah pesertanya.

Page 13: Laporan Perkhemahan Big

Pintu khemah perlu dibuka untuk memastikan sistem pengudaraan dan pencahayaan bebas keluar masuk supaya dapat menyah bau yang kurang enak.

Page 14: Laporan Perkhemahan Big

Lawatan Pensyarah IPG Kampus Pulau Pinang.

Bersempena dengan Bina Insan Guru bagi guru – guru yang mengikuti program Pensiswazahan Guru pada hari perkhemahan itu juga seorang pensyarah dari Unit kokurikulum telah datang untuk memantau perjalan aktiviti perkhemahan ini. Pensyarah terbabit ialah Encik Mat. Salleh b. Mad Zain

Encik Mat Salleh dibawa melawat tapak perkhemahan oleh Kem Komanden Encik Ahmad Rashidi .

Page 15: Laporan Perkhemahan Big

Break Camp

Perkhemahan dijalankan selama dua hari satu malam. Bermula pada petang

Jumaat iaitu 05. 10.2012 dan berakhir pada petang Sabtu 06.10.2012. Selepas

selesai aktiviti yang terakhir pada petang itu iaitu Membina Model Kraft sebelum

majlis penutup diadakan semua peserta dikehendaki ke tapak perkhemahan untuk

meruntuhkan kembali khemah mereka seterusnya membersihkan tapak

perkhemahan.

Kerjasama semua peserta adalah amat baik kerana mereka bersama – sama

mengemaskan dan membersihkan tapak perkhemahan. Guru – guru turut bersama

memantau dan memastikan tapak perkhemahan berada di dalam kawasan yang

bersih. Peralatan khemah juga dipastikan mencukupi ketika hendak menyimpannya

ke dalam beg khemah tersebut oleh guru.

Kebersihan Tapak Perkhemahan

Semua peserta perkhemahan bergotong royong membersihkan kawasan

perkhemahan dengan memastikan tiada sisa sampah sarap yang tinggal. Jurulatih

juga memastikan bilik – bilik air yang digunakan ditinggalkan dalam keadaan bersih

dan tiada barang – barang peribadi peserta yang tertinggal. Jurulatih turut

memastikan tong – tong sampah digunakan dengan sebaiknya.

Page 16: Laporan Perkhemahan Big

Aktiviti Meruntuhkan Khemah

Baru semalam mendirikan hari ini terpaksa pula meruntuhkannya. Sedihnya rasa hati kerana tidak puas berkhemah.

Kerjasama ahli kumpulan diperlukan sekali lagi untuk meruntuhkan khemah dan menyimpannya kembali dalam keadaan kemas dan mencukupi alatannya agar tidak mendatangkan masalah untuk orang lain menggunakannya pula nanti.