laporan big sem 5

21
ISI KANDUNGAN Muka surat Pengenalan 1 Objektif 1 Laporan projek menceriakan tangga 2 Refleksi 13

Upload: zarina-selamat

Post on 24-Dec-2015

55 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Laporan BIG

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Big Sem 5

ISI KANDUNGAN

Muka surat

Pengenalan 1

Objektif 1

Laporan projek menceriakan tangga 2

Refleksi 13

Page 2: Laporan Big Sem 5

PENGENALAN

Bagi melengkapkan keperluan Program Pensiswazahan Guru (PPG), semua pelajar

diwajibkan menyertai Program Bina Insan Guru. Program ini telah dirangka untuk

menerapkan nilai-nilai hidup secara bermoral dan beragama serta membina daya tahan diri

sebagai fokus utama dalam proses pembinaan insan guru, Sesuai dengan cabaran kerjaya

guru masa kini. Program ini juga mempunyai misi dan visi yang tersendiri dalam membina

keyakinan diri untuk menghadapi cabaran semasa, serta dapat menimbulkan kesedaran dan

keinsafan dalam membentuk jati diri seorang guru. Sehubungan dengan itu, beberapa

matlamat telah digariskan agar peserta dapat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman

asas secara praktikal tentang persediaan pelaksanaan aktiviti luar bilik darjah. Antaranya

dapat meningkatkan kemahiran mengurus sesuatu program yang dirancang dengan baik.

Untuk menyelesaikan tugasan BIG kali ini, saya telah memilih aktiviti menceriakan tangga

dan lorong-lorong dikawasan sekolah dengan bahan berinformasi yang telah dijayakan pada

7.5.2014. Melalui aktiviti ini, saya telah mendapat banyak pengalaman baru dan saya

berharap agar program-program seperti ini akan dapat melahirkan modal insan dikalangan

guru dan murid yang mantap dan seimbang dari aspek rohani, nilai etika, intelek dan akhlak

selaras dengan norma-norma kehidupan.

 OBJEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU

1. Menunjukkan nilai dan ciri-ciri yang positif kepada masyarakat seperti berakhlak

mulia dan bertanggungjawab.

2. Memupuk semangat kerjasama, kesukarelawanan dan bertanggungjawab dalam

kumpulan.

3. Menguasai kemahiran intrapersonal dan interpersonal untuk menjalin hubungan

yang baik dengan masyarakat dan khasnya kepada rakan setugas.

 

4. Meningkatkan kemahiran mengurus diri, masa dan kumpulan dengan berkesan.

5. Membantu meningkatkan potensi diri sebagai insan berakhlak mulia melalui

amalan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan seharian.

6. Untuk menjadikan tangga sebagai satu tempat yang menarik dan berinformasi

bagi guru, murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.

Page 3: Laporan Big Sem 5

LAPORAN PROJEK MENCERIAKAN TANGGA SEKOLAH

PERINGKAT 3 FASA 4

BINA INSAN GURU ( BIG )

Pelaksana: : Guru – guru yang menyertai program PPG di IPG

Program : Projek Menceriakan tangga sekolah

Tarikh : 7 Mei 2014

Hari : Rabu

Masa : 3.00 petang - 6.00 petang

Tempat : Sekolah Kebangsaan Sri Langat, Banting

Objektif Projek Menceriakan Tangga

1. Memberi peluang kepada guru (Pelajar PPG) untuk menguruskan sesuatu

projek.

2. Untuk menjadikan tangga sebagai satu tempat yang menarik dan

berinformasi bagi guru, murid dan tetamu yang berkunjung ke sekolah.

3. Merancang dan melaksanakan aktiviti yang dipersetujui oleh sekolah.

4. Mendidik murid supaya menyayangi dan menjaga keceriaan sekolah.

Page 4: Laporan Big Sem 5

Ahli Jawatan kuasa induk dan pelaksana

Penasihat : Pn. Norzian bt Mohd. Som ( Guru Besar )

: Pn. Rahimah bt. Kidam ( GPK Pentadbiran )

En. Yusni bin Yunus ( GPK KoKurikulum )

Pengerusi : En. Sidek bin Wagimin ( GPK HEM )

Penyelaras : Pn. Zarina binti Selamat ( Pelajar PPG )

Pen. Penyelaras : Pn. Nor Raidah bt.Asinit

Setiausaha : Pn. Haslinda bt. Sarman

Bendahari : Pn. Noorliah bt. Md. Nor

Bacaan doa : En. Mohd. Ismail bin Sanip

Pengacara majlis : Pn. Halina bt. Hussin

PA Sistem & : En. Mohd Fazry Izane bin Mohamad

Dokumentasi En. Halim bin Marzuki

Jamuan : Pn. Suhaizah bt. Abd. Hamid

Pn. Zurina bt. Abidin

Senamrobik : Cik Norlela bt. Nasir

Cik Noor Fazleen bt. Jaafar

Keceriaan : Semua guru mengikut bahagian yang ditentukan

Kumpulan sasaran : Semua guru SK Sri Langat

Murid –murid yang dipilih

Strategi pelaksanaan :- Mengecat dan menceriakan tangga sekolah.

- Menampal dan menambah bahan berinformasi di

kawasan tangga dan lorong.

Alat bantu : PA Sistem, alatan mengecat.

Sumber kewangan : Sumbangan dari unit kebersihan dan keceriaan sekolah

Perbelanjaan : Dianggarkan sebanyak RM 1080.00

Page 5: Laporan Big Sem 5

PERANCANGAN

Sebelum projek menceriakan tangga dijalankan.

Sebelum projek menceriakan tangga dan lorong sekolah dijalankan, pelbagai

persiapan perlu dilakukan antaranya ialah guru – guru PPG perlu mengadakan

perbincangan awal dengan Guru Besar bagi menjayakan projek ini. Perbincangan

awal turut melibatkan Guru Penolong Kanan HEM, kerana projek ini akan melibatkan

kewangan dari unit kebersihan dan keceriaan sekolah yang terletak di bawah

pentadbiran HEM. Setelah perbincangan dibuat, pihak pentadbir bersetuju memberi

masa selama dua minggu kepada setiap bahagian untuk menceriakan kawasan

masing-masing mengikut tema yang ditetapkan, dengan peruntukan RM 100 untuk

setiap tangga yang akan diceriakan. Setelah mendapat persetujuan dari Guru

Besar, mesyuarat kali pertama diadakan untuk membincangkan tentang tarikh

pelaksanaan, aktiviti, kewangan serta membentuk ahli jawatankuasa untuk

membantu melancarkan projek yang dirancang. Oleh yang demikian, setiap

perbincangan di dalam mesyuarat perlu diberi perincian serta membincangkan

segala maklumat berkaitan projek ini.

Setelah perbincangan dibuat dan diputuskan dalam mesyuarat, AJK setiap

bahagian perlu menjalankan tugas mencari atau menyediakan segala peralatan atau

kelengkapan berkaitan dengan tugas – tugas yang telah berikan. Antara tugasan

yang perlu dilakukan seawal yang mungkin adalah merancang reka bentuk hiasan

tangga mengikut tema dengan bahan berinformasi dan membeli peralatan mengecat

dengan peruntukan yang diberi. Selain itu, ahli jawatankuasa yang lain juga turut

bertindak dengan menyediakan kelengkapan bahagian mereka contohnya ahli

jawatankuasa jamuan telah membuat tempahan makanan lebih awal.

Setelah itu, perbincangan antara pelajar PPG dan ketua bahagian untuk kali

kedua diadakan bagi mendapatkan maklum balas daripada setiap ketua bahagian.

Perbincangan ini juga bertujuan untuk mengetahui sejauh mana perkembangan

tugasan yang telah diberikan untuk setiap bahagian. Disamping itu juga,

perbincangan ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi dan

menambahbaik setiap kekurangan untuk mengelakkan sebarang masalah yang

akan timbul semasa perlaksanaan projek itu nanti.

Page 6: Laporan Big Sem 5

Guru bermesyuarat untuk membincangkan projek yang dirancang

Page 7: Laporan Big Sem 5

Semasa projek menceriakan tangga dijalankan

Pada jam 3.00 petang seramai 27 orang murid telah mendaftar untuk membantu

guru menceriakan kawasan sekolah. Setelah selesai proses pendaftaran, murid ini diberi

taklimat tentang tugas yang akan dilaksanakan dan dibahagikan kepada sembilan

kumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari tiga orang murid yang akan bertugas untuk

membantu guru.

Mendengar taklimat dari guru

Page 8: Laporan Big Sem 5

Setelah selesai proses pembahagian kumpulan dan mendengar taklimat mengenai

tugas yang akan dibuat, Guru Besar telah memberikan ucapan semangat kepada semua

warga sekolah agar projek ini akan mendatangkan manfaat yang baik kepada semua pihak.

Ucapan dari Guru Besar

Setelah itu, semua murid mengikuti senamrobik sebagai aktivit memanaskan badan

sebelum memulakan tugas keceriaan. Senamrobik ini dijalankan tepat jam 3.30 petang.

Aktiviti senamrobik

Setelah bersenam selama dua puluh minit, pada pukul 3.50 petang, aktiviti

menceriakan tangga bermula. Pelbagai aktiviti dilakukan antaranya mengecat dan

menampal bahan – bahan berinformasi mengikut tema yang diberi. Tema-tema tersebut

Page 9: Laporan Big Sem 5

ialah Bahasa untuk tangga

guru tahun 1, Sains untuk

tangga guru tahun 2,

Matematik untuk tangga guru

tahun 3, Sejarah untuk tangga

guru tahun 4, Alam Sekitar

untuk tangga guru tahun 5

dan untuk tangga guru tahun 6

ialah Bahasa Inggeris.

Tangga untuk guru j-QAF ialah

Pendidikan Islam, tangga untuk guru beredar ialah Seni dan Kebudayaan manakala

lorong untuk guru pendidikan Khas ialah Bahasa Isyarat Pendidikan Khas.

Walaubagaimanapun, projek ini tidak dapat disiapkan dalam masa sehari sahaja. Oleh

itu, setiap kumpulan telah diberi masa selama dua minggu untuk menceriakan kawasan

tangga masing – masing.

Membantu guru menceriakan tangga

Page 10: Laporan Big Sem 5

Bersama –sama menceriakan tangga sekolah

Pada pukul 5.30 petang, aktiviti ini telah dihentikan. Semua murid serta guru dijemput

untuk menikmati jamuan ringan yang disediakan. Tepat jam 6.00 petang, semua guru dan

murid bersurai dan pulang.

Menikmati jamuan ringan sebelum pulang

Page 11: Laporan Big Sem 5

Tangga tahun satu yang telah diceriakan dengan ucapan selamat dalam tiga bahasa

Antara tangga yang ceria dan berinformasi

Tindakan pelajar PPG selepas menjalankan projek menceriakan tangga

- Membuat laporan berkaitan projek ini

- Menyiapkan portfolio

- Membuat dokumentasi untuk simpanan pihak sekolah

- Perbincangan dengan pihak pentadbir untuk menambahbaik projek ini dimasa akan

datang.

Page 12: Laporan Big Sem 5

Kekuatan projek menceriakan tangga

Kejayaan pelaksanaan projek keceriaan kali ini amat bergantung kepada elemen seperti

berikut :

1. AJK yang berpengalaman

Perjalanan aktiviti tidak mungkin berjaya tanpa pengurusan yang baik

daripada AJK yang mahir dan berpengalaman.

2. Peserta Projek

Kesemua peserta projek menceriakan tangga yang terdiri dari guru dan

muriid telah menunjukkan semangat kerjasama dan minat yang baik. Oleh

itu tiada sebarang masalah yang berlaku sepanjang aktiviti ini berlangsung.

3. Kemudahan dan peralatan yang lengkap

Semua peralatan yang diperlukan untuk menjayakan projek ini telah

disediakan secukupnya. Justeru itu, semua aktiviti dapat dijalankan dengan

lancar.

4. Peruntukan kewangan yang mencukupi

Dengan adanya peruntukan kewangan yang mencukupi dari unit keceriaan

sekolah, aktiviti ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Kelemahan projek menceriakan tangga

1. Kekangan masa

Oleh kerana projek ini tidak dapat disiapkan dalam masa yang singkat, guru –

guru terpaksa membahagikan masa antara tugas mengajar dan menyiapkan

projek ini. Hal ini sudah pasti akan menambahkan bebanan tugas guru.

2. Tarikh melaksanakan projek keceriaan

Takwim dan aktiviti sekolah yang telah dirancang lebih awal menyebabkan

sukar untuk melaksanakan program BIG ini.

Page 13: Laporan Big Sem 5

Cadangan penambahbaikan

Berdasarkan beberapa kelemahan dan kekurangan yang telah dikenalpasti dalam

projek ini, dikemukakan beberapa cadangan untuk menambahbaik aktiviti ini di masa akan

datang. Antaranya ialah, semua program BIG tidak akan mengambil masa yang panjang

untuk diselesaikan. Tugasan seperti mengecat dan melukis mural mengambil masa yang

agak lama sehingga menyebabkan guru terpaksa membahagikan masa mengajar dan

menyiapkan projek ini. Selain itu, diharap ada disediakan peruntukan kewangan dari pihak

IPG supaya aktiviti ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik lagi.

Penutup

Kebanyakan guru dan murid yang terlibat dengan projek ini memberikan komen yang positif

dan menunjukkan semangat kerjasama yang baik dalam menjalankan semua aktiviti

sepanjang projek ini berlangsung. Semoga aktiviti yang bermanfaat ini akan dapat

diteruskan lagi di masa akan datang dalam usaha menjadikan sekolah sebagai satu

kawasan yang tenang, menceriakan, berilmu pengetahuan disamping dapat melahirkan guru

dan murid yang seimbang dari aspek rohani, emosi, jasmani, intelek dan sahsiah.

Disediakan oleh,

____________________

(ZARINA BINTI SELAMAT)

Penyelaras projek menceriakan tangga sekolah,

Sekolah Kebangsaan Sri Langat.

REFLEKSI

Page 14: Laporan Big Sem 5

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana dengan bimbingan dan bantuannya saya

dapat menyudahkan tugasan Bina Insan Guru yang diamanahkan oleh pensyarah kepada

saya dalam masa yang ditetapkan walaupun terdapat beberapa masalah dan halangan.

Semasa menerima tugasan ini, saya berasa sangat bersyukur kerana masa yang

diperuntukan kepada saya adalah mencukupi. Bagi pelajar PPG seperti saya, pengurusan

masa yang betul banyak membantu menyiapkan tugasan ini.

Untuk menyiapkan tugasan berbentuk projek pada kali ini, saya telah bekerjasama

dengan tiga orang rakan PPG. Walaupun mereka dari kampus yang berlainan, tetapi kami

adalah dari sekolah yang sama iaitu dari SK Sri Langat, Banting. Oleh itu, saya dan rakan

sekumpulan telah bersetuju untuk membuat projek keceriaan tangga dan lorong di sekolah

kami. Selain menceriakan kawasan tersebut, kami juga menampal bahan – bahan

berinformasi sebagai bahan bacaan yang akan menambahkan pengetahuan murid. Secara

peribadinya saya berpendapat aktiviti keceriaan seperti ini adalah merupakan satu aktiviti

yang sangat berfaedah kepada guru-guru dan murid. Sebagai seorang guru dan murid, kita

seharusnya sentiasa berusaha menanamkan rasa sayang kepada sekolah kita. Persekitaran

yang kondusif pasti akan menimbulkan suasana pengajaran yang selesa. Justeru itu, adalah

diharapkan agar aktiviti ini akan dapat diteruskan dimasa akan datang bagi meningkatkan

kualiti seorang guru dan murid terutamanya dalam membentuk semangat kerjasama dan

tolong menolong. Ini kerana, aktiviti yang dirancang sangat menitikberatkan nilai kerjasama

yang merupakan elemen penting dalam program BIG. Kejayaan akan mudah dicapai melalui

hubungan kerjasama yang padu. Pemimpin dengan yang dipimpin atau sesama rakan

sejawatan perlu menjalinkan kerjasama supaya matlamat dapat dicapai bersama. Sekiranya

terdapat di kalangan ahli yang tidak memberikan kerjasama, maka cacatlah apa yang

dicitakan. Keadaan ini dapat saya lihat semasa merancang dan melaksanakan projek

keceriaan ini.

Page 15: Laporan Big Sem 5

Namun begitu, terdapat beberapa halangan untuk saya menjalankan aktiviti ini.

Masalah utama ialah untuk menentukan tarikh yang sesuai bagi menjalankan projek ini

kerana berlaku pertindihan waktu dengan aktiviti sekolah yang telah dirancang lebih awal.

Bagi sebuah sekolah kluster seperti sekolah saya, terdapat beberapa aktiviti yang

melibatkan program antarabangsa telah dirancang, selain aktiviti- aktiviti lain di sekolah.

Oleh itu, saya terpaksa berbincang dengan pihak pentadbiran untuk melaksanakan projek

yang sesuai dengan masa yang diberi oleh pihak IPG.

Saya sangat bersyukur kerana pihak pentadbiran sekolah menyokong usaha yang kami

lakukan ini. Selain bersetuju dengan projek yang dirancang, unit keceriaan sekolah juga

sanggup mengeluarkan belanja yang agak besar untuk menjayakan projek ini. Begitu juga

dengan penglibatan semua guru di sekolah saya. Walaupun projek ini melibatkan tenaga

dan masa yang agak lama, semua rakan guru tetap sanggup membantu sungguhpun projek

ini memakan masa selama dua minggu. Inilah antara kekuatan yang banyak membantu

saya menyiapkan tugasan BIG ini. Sebagai seorang guru, sikap perihatin yang ditunjukkan

oleh rakan sekerja seperti ini, mestilah dipupuk supaya dapat mendidik diri sendiri

bertanggungjawab sesuai dengan kualiti kita sebagai seorang pendidik.

Sesungguhnya, program BIG ini banyak memberi peluang kepada saya untuk

memperbaiki dan menilai diri sendiri. Dengan melakukan refleksi terhadap diri sendiri saya

dapat mengenalpasti kekurangan yang ada pada saya yang seharusnya saya atasi untuk

menjadi seorang guru yang lebih berkualiti. Akhir sekali, saya sangat bersyukur kerana

berpeluang melalui program BIG yang banyak memberi saya pengetahuan, dan yang

paling penting dapat membantu diri saya bagi membina jati diri seorang pendidik yang

berkarisma tinggi. Saya berharap pada BIG seterusnya, saya akan lebih banyak menimba

pengalaman dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang

terbaik.

Page 16: Laporan Big Sem 5

1

LAPORAN