laporan big 2013
DESCRIPTION
untuk pelajar ppgTRANSCRIPT
Kertas CadanganProgram Gotong-royong
Sekolah Kebangsaan Batu Masjid 35350 TemohPerak Darul Ridzuan
1.0 PENDAHULUAN
Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat
membantu memenuhi pelaksanaan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi
melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul.
Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu
dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan.
Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi perhatian terhadap tahap
kebersihan sekolah melalui pertandingan 3K ( Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan )
Persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.Sehubungan dengan itu,
pihak sekolah melalui Jawatankuasa 3K ( Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan ) telah
merancang untuk menganjurkan satu aktiviti Gotong-royong Perdana bersama pihak
Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG ) bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia ini. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan
dan amalan kepada murid tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan
sekolah terutamanya bilik darjah.
1.0 Rasional
Membantu guru-guru dan kakitangan sekolah menceriakan kawasan sekolah dan memberi
peluang kepada ibu bapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan
harmoni untuk anak-anak menimba ilmu.
3.0 OBJEKTIF
1. Merapatkan silaturrahim di antara guru, murid dan seluruh warga Sekolah
Kebangsaan Batu Masjid, Temoh.
2. Memberi peluang kepada murid –murid bekerjasama dengan guru-guru dengan lebih
optimum.
3. Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan sekolah agar lebih terjamin
keselamatan murid-murid sewaktu belajar.
4. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang
bersih,indah, selamat dan ceria.
5. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
6. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara pelajar, ibu
bapa, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan
dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan sekolah.
7. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa
terhadapkebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang
telah disediakan.
8. Menggembleng tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan
keberkesanan aktiviti.
4.0 Kumpulan Sasaran
Semua warga SK. Batu Masjid, Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru
( PIBG ) dan ibu bapa/penjaga murid-murid.
5.0 Lokasi Cadangan
Kawasan sekolah SK Batu Masjid, Temoh.
6.0 Cadangan Tarikh Pelaksanaan :
15 Jun 2013 ( Sabtu )
7.0 Tentatif Program
MASA AKTIVITI
08.00 pagi Berkumpul di Tapak Perhimpunan
08.15 pagi Taklimat Gotong Royong dan pembahagian lokasi
08.30 pagi Gotong Royong bermula
11.30 pagi Berkemas / membersihkan alatan / diri
12.00 pagi Rehat / Jamuan
12.30 tengah hari Bersurai
11.0 Penutup
Adalah diharapkan agar Program Gotong Royong ini dapat dilaksanakan dengan
sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutamanya dari guru-guru dan seluruh warga
Sekolah Kebangsaan Batu Masjid, Temoh serta kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru
( PIBG ). Di samping dapat menceriakan sekolah agar mencapai slogan yang diharap-
harapkan iaitu Sekolahku Syurgaku, adalah menjadi harapan agar para pelajar, ibu bapa,
guru serta warga akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi
serta mencapai matlamat 3 K ( Keselamatan, Kesihatan dan Kebersihan ) .Secara tidak
langsung pula, guru-guru dapat bekerjasama dengan murid-murid dalam menyediakan
suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni serta perasaan seronok dan minat untuk hadir ke
sekolah.
8.0 AKTIVITI DAN SKOP TUGAS
a ) Pembersihan Longkang
Tugas membersihkan longkang ini dilakukan adalah untuk melancarkan aliran air yang
melalui kawasan tersebut agar tidak tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha untuk
menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada pelajar
khususnya yang berada di sekolah
b ) Bangunan Blok A
Bagi yang bertugas di kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah di sekitar koridor
bangunan Blok ( A ) yang merangkumi pejabat, bilik guru, Bilik Sains dan Pusat Sumber
Sekolah.
c ) Bangunan Blok B
Bagi yang bertugas di kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah di sekitar koridor
bangunan Blok ( B ) yang merangkumi Bilik Pemulihan, Kelas Tahun 2 dan Kelas Tahun 4.
d ) Bangunan Blok C
Bagi yang bertugas di kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah di sekitar koridor
bangunan Blok ( C ) yang merangkumi Kelas Prasekolah dan Kelas Tahun 1.
e ) Kantin
Bagi yang bertugas di kawasan ini, mereka akan membersihkan sampah di sekitar kawasan
kantin, dapur dan ruang makan guru.
f ) Mengecat dan Memasang papan tanda
Bagi memberikan kesan keceriaan pada sekolah, di bahagian perhiasan pokok bunga di
sekitar pondok keselamatan dan sekitar sekolah akan dicat menggunakan warna-warna
yang terang. Selain itu, papan tanda yang telah ditempah akan dipasang di kawasan pintu
masuk sekolah dan pejabat.
g ) Surau
Agihan tugas di sekitar Surau ini meliputi longkang, kawasan perhiasan seperti pokok
bunga dan bahagian dalaman surau itu sendiri seperti susunan sejadah dan telekung serta
kawasan di sekitar tempat wuduk ( lelaki dan perempuan ).
h ) Kelas
Setiap kelas akan dibahagikan mengikut guru-guru dan wakil dari ibu bapa di samping akan
dibantu oleh beberapa kumpulan murid dari beberapa kelas untuk membersih dan
menceriakan setiap kawasan yang telah ditetapkan.
9.0 KUMPULAN MENGIKUT AGIHAN KAWASAN
1.Longkang
a ) En. Shuhaimi b. Zakariab ) Wakil PIBGc) Murid Tahun 6
2.Blok A
a ) En.Rozian bin Ariffinb ) Wakil PIBGc ) Murid Tahun 5
3.Blok B
a) En.Shahidan bin Shuib @ Saidb) Wakil PIBGc ) Murid Tahun 4
4.Blok C
a) Pn.Rosnani bt. Mahmudb) Wakil PIBGc) Murid Tahun 6
5.Surau
a) Pn.Maryam Jameelah bt. Misranb) Wakil PIBGc) Murid Tahun 5
6.Kantin
a) Pn.Rosmaria bt. Mohd.Norb) Wakil PIBGc) Murid Tahun 4
7.Kelas
a) Pn.Huzakiah bt. Razallib) Wakil PIBGc) Murid Kelas Tahun 1 hingga Tahun 6
8.Mengecat Dan Memasang papan tanda
a) Pn.Syumaimah bt. Shabudinb) Wakil PIBGc) Murid Tahun 6
10.SUMBER KEWANGAN / ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
Sumber
a )Sumbangan diperolehi daripada PIBG = RM 300.00
b) Sumbangan diperolehi daripada Kelab Guru = RM 200.00
Jumlah Keseluruhan = RM 500.00
Anggaran Perbelanjaan
a ) Makan /minum murid RM 1.50 X 86 murid = RM 129.00
b ) Makan/minum guru/ibu bapa / AJK PIBG RM 2.00 X 50 orang = RM 100.00
c ) Peralatan / cat dan lain-lain = RM 221.00
d ) Runcit = RM 50.00
Jumlah Keseluruhan = RM 500.00
JAWATANKUASA INDUKLATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
“ PROTOKOL DAN ETIKET DALAM PENGURUSAN DAN MENGHADIRI MAJLIS”SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MASJID 35350 TEMOH
PERAK DARUL RIDZUAN
PENASIHATTn.Hj.Zulkifl bin Zainal Abidin
( Guru Besar )
PENGERUSIPn.Rosnani bt. Mahmud
( Guru Kanan Pentadbiran )
NAIB PENGERUSIPn.Rosmaria bt. Mohd.Nor
( Guru Kanan Kokurikulum )
SETIAUSAHAEn.Rozian bin Ariffin
BENDAHARIPn.Syumaimah bt. Shabudin
AHLI JAWATANKUASA
Peralatan En Shuhaimi bin Zakaria
JamuanPn.Norzaidah bt. Amir Hussain
KeselamatanEn.Shahidan bin Shuib @ Said
SiarayaPn.Almizaf bt. Saim
Buku ProgramPn.Huzakiah bt. Razalli
FotografiEn.Mohd.Nazril b. Zulkifli
KERTAS CADANGAN
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
“ Protokol dan Etiket Dalam Pengurusan dan Menghadiri Majlis “
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MASJID 35350 TEMOH
PERAK DARUL RIDZUAN
1.0 PENDAHULUAN
Sesebuah organisasi sama ada kerajaan atau swasta, pertubuhan atau persatuan tidak
dapat lari dari menganjur dan menguruskan majlis, sama ada rasmi atau tidak rasmi,di
peringkat dalaman, organisasi, negeri, malahan di peringkat kebangsaan atau
antarabangsa. Pengurusan dan perlaksanaan majlis dengan sempurna bukan sahaja akan
dapat mencapai matlamat dan objektifnya, tetapi juga dapat mengelakkan pembaziran
masa,kos dan tenaga. Ianya turut memberi gambaran positif bukan sahaja terhadap
organisasi dan penganjur, malahan terhadap individu yang terlibat.
Adalah diharapkan agar program ini memberi pendedahan kepada para guru tentang
perancangan dan perlaksanaan majlis mengikut protokol. Selain dari memberi pengetahuan
dan kemahiran asas yang cukup dalam bidang pengurusan majlis dan asas protokol
majlis,kursus ini juga memberi pendedahan dan bimbingan bagaimana caranya
menguruskan majlis dengan cekap dan sempurna. Majlis yang berjalan dengan kemas,
lancar dan menepati protokol akan dapat menaikkan imej dan martabat sesebuah
organisasi atau penganjurnya di mata masyarakat.
2.0 Protokol dan Etiket dalam Pengurusan Majlis Rasmi
Kursus protokol dan etiket dalam pengurusan majlis rasmi adalah perlu untuk setiap
pegawai atau kakitangan awam , khususnya yang terlibat dalam pengendalian majlis atau
semasa menghadiri sesuatu majlis rasmi. Prinsip dan amalan protokol perlu difahami
kerana sebarang ketidakcekapan akan memberi gambaran negatif terhadap organisasi atau
individu yang terlibat. Justeru, individu yang terlibat perlu melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan, di samping mempunyai rasa tanggungjawab
bagi memastikan setiap majlis yang dikendalikan berjalan dengan lancar dan sempurna.
2.0 Matlamat
Mengenal pasti perkara-perkara utama yang perlu dititikberatkan dalam mengendali atau
menghadiri sesuatu majlis rasmi, berbincang bagaimana mengendalikan sesuatu majlis
rasmi dan mengenal pasti kesilapan- kesilapan yang sering berlaku semasa mengendali
atau menghadiri sesuatu majlis rasmi.
3.0 OBJEKTIF
i. Memberi pengetahuan dan kemahiran asas dalam pengurusan majlis dan asas
protokol majlis
ii. Mengenalpasti perkara-perkara utama dalam pengurusan majlis.
iii. Mempelajari teori dan amali menguruskan majlis serta kemahiran protokol, etika serta
etikat dan komunikasi
iv. Mempelajari teori dan amali menguruskan majlis serta kemahiran protokol, etika serta
etikat dan komunikasi
v. Mempelajari pengurusan majlis rasmi dan tidak rasmi, formal dan tidak formal di
peringkat organisasi, negeri, kebangsaan dan peringkat antarabangsa;
vi. Mengenalpasti kesilapan yang sering berlaku semasa mengurus dan mengendalikan
majlis.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Guru dan kakitangan SK.Batu Masjid, Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan
kakitangan sokongan seramai 30 orang.
4.0 PENCERAMAH JEMPUTAN
En.Mohd.Radzi b. Hj.Johari
Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh, Perak.
6.0 Tentatif Program
MASA AKTIVITI
07.45 pagi Pendaftaran peserta
08.00 pagi Ketibaan penceramah
08.10 pagi Ucapan alu-aluan pengerusi majlis
08.15 pagi Ucapan alu-aluan Guru Besar
08.30 pagi Ceramah 1.“ Protokol dan Etiket Dalam Pengurusan dan
Menghadiri Majlis “
10.30 pagi Minum
11.00 pagi Ceramah 2 : Intergri
12.00 tengah hari Bersurai
7.0 SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN PERBELANJAAN
i.Sumber
a) Sumbangan PIBG = RM 200.00
b) Kelab Guru = RM 140.00
JUMLAH RM 340.00
ii.Perbelanjaan
a) Makan/minum penceramah / peserta :RM 3.00 X 30 orang = RM 90.00
b) Sumbangan tenaga pengajar = RM 150.00
c) Runcit = RM 100.00
JUMLAH = RM 340.00
8.0 PENUTUP
Pengurusan majlis dan protokol, kemahiran etiket sosial yang betul, serta imej dan
ketrampilan diri yang positif akan mencerminkan kewibawaan dan tahap profesionalisme
sesebuah organisasi. Hal ini bukan sahaja bergantung kepada kecanggihan peralatan,
dekorasi pejabat, pakaian dan teknologi yang digunakan, tetapi yang lebih penting ialah
sumber manusia atau modal insan sesebuah organisasi atau jabatan itu.Integriti dan tahap
profesionalisme ini sangat penting apabila sesebuah organisasi atau jabatan itu berurusan
dengan pelanggan yang terdiri daripada orang luar atau orang ramai. Oleh itu, adalah
diharapkan Ceramah Protokol dan Etiket ini didedahkan kepada semua guru dan
kakitangan Sekolah Kebangsaan Batu Masjid bagi meningkatkan imej diri di mata
masyarakat.
KERTAS KERJA
CERAMAH INTEGRITI WARGA PENDIDIK
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU MASJID 35350 TEMOH
PERAK DARUL RIDZUAN
1.0 PENGENALAN
Integriti ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu anggota
perkhidmatan pelajaran dan organisasi pelajaran berlandaskan etika dan piagam
pelanggan berdasarkan sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik.
Kod etika dan piagam pelanggan diamalkan dan dihayati oleh anggota organisasi yang
akhirnya menjadi budaya kerja organisasi. Melaksanakan amanah dan kuasa yang
dipertanggungjawabkan dengan memberi keutamaan kepada kepentingan awam.
Guru bertanggungjawab mendidik murid untuk persediaan kehidupan mereka pada
masa hadapan. Hubungan guru yang baik dengan murid yang berteraskan keikhlasan dan
sifat penyayang akan memberi impak yang baik. Murid ibarat pokok yang perlu disirami dan
dibajai dengan penuh kasih sayang. Guru juga perlu memupuk kerjasama dan
permuafakatan dengan ibu bapa dan komuniti setempat.
Guru selaku pendidik perlu bertanggungjawab dan bertindak sewajarnya terhadap
murid selaras dengan objektif Pelan Integriti Nasional (PIN), iaitu melahirkan masyarakat
yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika. Dalam pada itu, guru
berfungsi sebagai pendidik, ‘a good moderator’, ‘a good coach’ and ‘a good preacher’
dalam memupuk semangat integriti dalam kalangan masyarakat.
2.0 MATLAMAT
Seminar Integriti Warga Pendidik peringkat IPG Kampus Kent, Tuaran ini diadakan adalah
bertujuan untuk mempertingkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik
khususnya bakal guru tentang Pelan Integriti Nasional (PIN).
Di samping itu, seminar ini juga bertujuan untuk mempertingkatkan komitmen warga
pendidik tentang peranan mereka dalam mengukuhkan integriti keluarga dan komuniti di
samping dapat memupuk amalan membudayakan integriti dalam pekerjaan serta
kehidupan seharian.
Seminar ini juga diadakan untuk mengelak daripada berlakunya keruntuhan institusi dan
juga penderaan dalam keluarga, kerosakan kemudahan awam, salah guna kuasa di jabatan
kerajaan dan lain-lain kerosakan sosial.
Warga pendidik merupakan ejen perubahan masyarakat yang sangat penting untuk
menyampaikan mesej integriti dan seterusnya menjamin kelangsungan hidup yang lebih
harmoni pada masa akan datang. Oleh itu, matlamat terakhir seminar ini adalah diharap
semua warga pendidik khususnya bakal guru dapat menghayati konsep integriti.
4.0 OBJEKTIF
Seminar ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mencapai objektif yang berikut :
1. Meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman warga pendidik tentang Pelan Integriti
Nasional.
2. Memberi persediaan dan gambaran kepada bakal-bakal guru dalam melaksanakan
konsep integriti dalam pekerjaan dan kehidupan seharian.
3. Meningkatkan komitmen warga pendidik tentang peranan yang boleh dimainkan dalam
mengukuhkan integriti masyarakat.
5.0 KUMPULAN SASARAN
Guru-guru pelatih Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) ambilan
Jun 2010 :
1. PPISMP Pendidikan Agama
penutup
Seminar integriti warga pendidik ini diharap dapat dilaksanakan dengan lancar dan
berkesan. Semoga segala ilmu dan pengajaran serta nilai yang akan didapati oleh para
peserta dalam seminar ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka untuk
melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Diharapkan juga melalui
seminar ini, individu khususnya bakal-bakal guru yang berwibawa, berintegriti, beretika dan
berkeperibadian tinggi dapat dilahirkan. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat
diperlukan untuk menjayakan seminar ini. Segala kerjasama dan sokongan amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih
JAWATANKUASA INDUK
PenaungPn. Mary Teresa KinajilPengarah, IPG Kampus Kent
PenasihatEn. Amidy MalagobKetua Jabatan Hal Ehwal Pelajar
PenyelarasEn. Mohd Fauzi bin Hassan
PengerusiMohd. Firdaus bin Masran
Naib pengerusiLisa Ng Mui Song
SetiausahaRuzana binti Hamzah
BendahariMaria binti Marcellinus
BendahariMaria binti Marcellinus
JAWATANKUASA PELAKSANA
Protokol dan jemputanMohd. Firdaus bin Masran (ketua)Cynthia AndrewNgu Hung ChuongNazatul Azila binti Md. NajibPendaftaranYizhar Effendy Gimik (ketua)Siti Aimih binti BidinSunia binti Umad
Persiapan tempatUmar Qayyum bin Mohd Luai (ketua)
Aeron LamiriJAWATANKUASA PELAKSANA
Protokol dan jemputanMohd. Firdaus bin Masran (ketua)Cynthia AndrewNgu Hung ChuongNazatul Azila binti Md. NajibPendaftaranYizhar Effendy Gimik (ketua)Siti Aimih binti BidinSunia binti Umad
Persiapan tempatUmar Qayyum bin Mohd Luai (ketua)Aeron LamiriNurul Hidayah binti WasliNurfaseha binti SaiNurul Hidayah binti WaMakanan dan minumanUmmi Maisara binti Hassan@AshanSunia binti UmadMaria binti MarcellinusBuku programShylina Jimolis (ketua)Rexly fredyLisa Ng Mui Song
Peralatan dan PA sistemSyamsir bin Moktar (ketua)Ngu Hung ChuongNurul Hidayah binti Wasli
Dokumentasi dan publisitiJackie Wong Si Qie (ketua)Rexly fredyNuruzairah binti Mutirin
Makanan dan minumanUmmi Maisara binti Hassan@AshanSunia binti UmadMaria binti MarcellinusBuku programShylina Jimolis (ketua)Rexly fredyLisa Ng Mui Song
Peralatan dan PA sistemSyamsir bin Moktar (ketua)Ngu Hung ChuongNurul Hidayah binti Wasli
Dokumentasi dan publisitiJackie Wong Si Qie (ketua)Rexly fredyNuruzairah binti Mutirin
Sijil dan cenderahatiNur su’aidah binti Mustapha (ketua)Ummi Maisara binti Hassan
Dokumentasi dan publisitiJackie Wong Si Qie (ketua)Rexly fredyNuruzairah binti Mutirin
Sijil dan cenderahatiNur su’aidah binti Mustapha (ketua)Ummi Maisara binti Hassan@AshanIsmail bin LapagangMohd Azmir bin Wandy
JuruacaraYizhar Effendy GimikRuzana binti Hamzah
Teks ucapanIsmail bin Lapagang (ketua)Cynthia Andrew
Kebersihan dan keceriaanAeron Lamiri (ketua)Nur Faseha binti SaidNazatul Azila binti Md. Naj
TENTATIF PROGRAM
Hari pertama – 22 Oktober 2011 (Sabtu)
7.00 pagi - Pendaftaran peserta
7.30 pagi - Ketibaan para penceramah jemputan
7.35 pagi - Slot ceramah 1 Pelan Integriti Nasional oleh En. Mohammad Diah bin Hj. Wahari, Pengarah Sektor Awam, Institut Integriti Malaysia
9.00 pagi - LDK 1
10.30 pagi - Kudapan
11.00 pagi - Slot ceramah 2Integriti dalam Pendidikan oleh Puan Hajah Maimunah binti Hj. Sarail, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah
12.30 tengah hari - Rehat / solat
1.30 petang - Slot ceramah khas Bicara Tokoh oleh Datuk Normah
12.30 tengah hari - Rehat / solat
1.30 petang - Slot ceramah khas Bicara Tokoh oleh Datuk Normah binti Gagoh, Mantan Pengarah Pelajaran Negeri Sabah
2.30 petang - LDK 2
4.00 petang - Seminar ditangguhkan
Hari kedua – 23 Oktober 2011 (Ahad)
7.00 pagi - Ketibaan dan pendaftaran peserta
7.30 pagi - Slot kaunseling kerjaya Guru berintegriti pemangkin perubahan oleh Pn. Juliana Dumpil, Pensyarah kaunseling, IPG Kampus Kent
9.00 pagi - Kudapan
9.30 pagi - Majlis penutupan
10.30 pagi - Majlis bersurai
9.0 TENTATIF MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN
9.30 pagi - Ketibaan Pengarah IPG Kampus Kent dan VIP
9.35 pagi - Nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah airku dan IPG - Kata-kata aluan pengacara majlis - Bacaan doa
10.00 pagi - Ucapan kata-kata aluan Pengerusi Seminar Integriti
10.15 pagi - Ucapan perasmian penutupan Seminar Integriti oleh Puan Pengarah
10.30 pagi - Penyampaian cenderamata dan sijil penyertaan
10.45 pagi - sesi bergambar, jamuan dan majlis bersurai
10. 0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKARA HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH (RM)1. Makanan 5 57 orang 285
2. Minuman 3 57 orang 1713. Cenderahati 10 4 orang 404. Fail poket 0.80 57 buah 45.605. Pen 0.80 57 batang 45.606. JUMLAH KESELURUHAN (RM) 607.20
11.0 SENARAI PERALATAN
BIL PERALATAN KUANTITI1. Pembesar suara 32. Kain skirting 13. Meja dan kerusi VIP 14. Bunga hiasanPERALATAN KUANTITI1. Pembesar suara 32. Kain skirting 13. Meja dan kerusi VIP 14. Bunga hiasan pentas 25. Dulang 26. Gelas VIP 47. Pemancar cecair kristal (LC pentas 25. Dulang