laporan big 2012

31
SEMESTER 3 AMBILAN : JUN 2011 BINA INSAN GURU (BIG) NAMA AHLI KUMPULAN : ROHANA BINTI ABDUL RAHMAN (740402-11-5278) : ZUBAIDAH BINTI ENDOT (740107-11-5494) : AINI SURYANTI BINTI HUSIN (740703-11-5546) UNIT : PENDIDIKAN ISLAM/D NAMA PENSYARAH : MOHD NOR BIN JUSOH

Upload: rohana-abdul-rahman

Post on 26-Nov-2015

62 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

SEMESTER 3AMBILAN : JUN 2011

BINA INSAN GURU(BIG)

NAMA AHLI KUMPULAN: ROHANA BINTI ABDUL RAHMAN(740402-11-5278):ZUBAIDAH BINTI ENDOT(740107-11-5494):AINI SURYANTI BINTI HUSIN(740703-11-5546)UNIT: PENDIDIKAN ISLAM/DNAMA PENSYARAH: MOHD NOR BIN JUSOHTARIKH SERAHAN:01 NOVEMBER 2012

BIODATA

NAMA:AINI SURYANTI BT HUSINNO K/P:740703-11-5546T/ LAHIR:03 JULAI 1974T/ LAHIR:KAMPUNG MERCHANGUMUR:38 TAHUNALAMAT:LOT 9713, JALAN KIAMBANG,KAMPUNG BAROH RHU RENDANG,21600 MARANG,TERENGGANU DARUL IMANTEMPAT MENGAJAR: SEK.KEB MERCHANG, MARANG

Nama: Zubaidah binti EndotNo.Kad Pengenalan: 740107-11-5494No.Matrik: g611ttpimd5494(IPGK-DRI)

Kumpulan / Unit: Pendidikan Islam/DTarikh Lahir : 07 Januari 1974Tempat Lahir: Kg. Banggol,Kuala Ibai, Kuala TerengganuUmur: 38 Tahun Tempat Bertugas: SK. Rusila, 20180 Marang, Terengganu. Status: Berkahwin Nama Suami: Mohd Zawawi bin Mamat Bilangan Anak : Tujuh Orang Alamat Rumah: 270,Kg. Banggol Kuala Ibai, 20400 Kuala Terengganu, Terengganu

LAPORANAKTIVITI

Laporan Aktiviti Perkhemahan Badan Beruniform Peringkat SekolahHari: Khamis SabtuTarikh: 27.09.12 29.09.12Masa : 2.00 petang (Khamis) 1.00 petang (Sabtu)Tempat: Padang Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu (F) Neram 1

Laporan SebelumSatu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan aktiviti perkhemahan badan beruniform peringkat sekolah pada bulan September.Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi membincangkan pemilihan tarikh, masa dan tempat perkhemahan.Guru besar, guru-guru penolong kanan dan semua guru hadir dalam mesyuarat ini.Pelbagai perkara dibincangkan seperti tugas-tugas guru di dalam setiap AJK yang telah ditetapkan di dalam kertas cadangan yang diberikan.Semua guru menerima segala tugasan yang telah diamanahkan dengan hati terbuka.Namun terdapat beberapa pendapat dan cadangan sepanjang mesyuarat dijalankan.Antaranya AJK Makanan menetapkan murid-murid mesti membawa beras dari rumah sebanyak 500g dan sebotol air mineral 1.5 liter bagi seorang murid.Jadual makan bagi aktiviti perkhemahan ini ialah sebanyak 5 kali sehari.AJK peralatan pula menyatakan bekalan khemah tidak cukup dan AJK ini mengesyorkan agar pihak sekolah meminjam khemah daripada sekolah yang berdekatan.Guru Besar bersetuju dengan cadangan itu. Sementara AJK Tempat dan penginapan pula menyatakan agar pihak sekolah menyediakan 2 bilik khas untuk plan kontigensi seperti sekiranya berlakunya kecemasan seperti hujan atau ribut. Guru Besar menerima cadangan itu dan membenarkan bilik Dewan Perhimpunan dan Bilik j-QAF sebagai bilik kecemasan.Lain-lain hal tidak disuarakan oleh guru dalam mesyuarat pada petang itu. Mesyuarat berakhir pada jam 4.00 petang.Laporan SemasaTanggal 27.09.2012 jam 2.30 petang, murid-murid mula membuat pendaftaran.Guru Besar memberi ucapan pembukaan dan taklimat kepada murid.Selepas itu, murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mendirikan khemah. Aktiviti petang bermula pada jam 5.00 petang iaitu aktiviti riadah bersama guru yang bertugas pada petang tersebut.Pada malamnya, aktiviti kembara maya telah diadakan di sekitar kawasan sekolah.Mata murid ditutup dengan kain. Guru meminta murid bergerak mengikut arahan guru.Tujuan aktiviti ini dijalankan untuk memberi kesedaran kepada murid bahawa suatu hari nanti manusia akan berhadapan dengan kegelapan iaitu hari kematian. Pada hari keduanya pula, diadakan pertandingan ikatan dan kawad kaki pada pukul 8.00 10.00 pagi. Setiap unit dikehendaki menghantar 5 orang wakil untuk pertandingan ikatan dan 15 orang wakil dari setiap unit untuk pertandingan kawad kaki. Aktiviti diteruskan lagi dengan demonstrasi pertolongan cemas yang melibatkan semua peserta dari setiap unit beruniform.Murid kelihatan seronok dengan aktiviti yang dijalankan . Selepas selesai menunaikan solat Jumaat dan Zohor, aktiviti diteruskan lagi dengan pertandingan mencari harta karun. Pertandingan bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Pada jam 5.00 petang , diadakan pula pertandingan memasak di antara unit. Bahan utama untuk pertandingan memasak ialah mee. Setiap peserta memasak dan menghias masakan mereka mengikut kreativiti masing-masing.Pada sesi malamnya pula, pertandingan malam kebudayaan telah diadakan untuk mencungkil bakat murid-murid. Para peserta telah mempersembahkan berbagai persembahan antaranya ialah lakonan, tarian, nyanyian boria, nyanyian dikir barat dan nasyid.Tibalah pula hari yang terakhir perkhemahan iaitu Sabtu 29 September 2012. Pertandingan Uji Kepintaran telah diadakan pada jam 8.00- 10.00 pagi. Murid telah dikemukakan beberapa soalan yang berkaitan dengan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Sebelum perkhemahan berakhir, murid diminta menurunkan khemah dan membersihkan kawasan perkhemahan. Mereka juga diingatkan agar tidak meninggalkan sebarang peralatan yang dibawa . Majlis penutup telah diadakan pada pukul 11.00 pagi. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Encik Mohamed Aslam bin Ghulam Nabi Guru Besar SK Kampung Baharu Felda Neram 1.Dalam majlis ini beliau juga telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam setiap pertandingan sepanjang perkhemahan dijalankan.

Laporan SelepasSepanjang 3 hari 2 malam aktiviti perkhemahan ini diadakan,tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada murid atau pun guru.Walaubagaimanapun, terdapat beberapa orang murid yang terpaksa dihantar pulang ke rumah kerana tidak sihat.Antara kelemahan-kelemahan yang dialami sepanjang perkhemahan ini ialah aktiviti yang dijalankan tidak mengikut masa yang ditetapkan, murid selalu datang lambat semasa sesi bengkel, murid bangun lewat kerana mengantuk, sampah sarap dibuang merata-rata tempat, khemah tidak dikemas dengan betul dan ada segelintir murid tidak memberi kerjasama semasa aktiviti dijalankan.Walaupun begitu, tiada sebarang pergaduhan berlaku. Guru yang bertugas sentiasa memantau setiap perkembangan aktiviti yang dijalankan oleh murid.Upacara penutup aktiviti perkhemahan ini dilakukan oleh Guru Besar .

Penutup LaporanSatu mesyuarat post moterm diadakan bagi membincangkan masalah atau isu yang dihadapi sepanjang aktiviti perkhemahan diadakan.Antaranya ialah aktiviti yang dijalankan tidak cukup masa. Perancangan masa mesti sesuai mengikut aktiviti yang dijalankan. Aktiviti juga perlu dipelbagaikan agar murid mendapat keseronokan.Sebagai contohnya aktiviti Mencari Harta Karun yang memberi keseronokan kepada murid. AJK Kebersihan perlu menyediakan tong sampah yang mencukupi agar tidak berlakunya pembuangan sampah di merata-rata tempat.Begitu juga dengan AJK Rawatan dan Kecemasan perlu menyediakan bekalan ubat-ubatan yang mencukupi sekiranya berlaku kecemasan kepada murid.AJK Makanan pula perlu memastikan makanan yang disediakan bersih dan selamat dimakan.Nasi yang dimasak pula tidak mentah seperti yang berlaku pada hari pertama perkhemahan.Alhamdulilah perkara tersebut diketahui oleh guru yang bertugas dan AJK makanan yang bertugas memasak nasi lain untuk murid-murid.Lain-lain AJK tiada masalah.Segala kelemahan perlu diberi penambahbaikan pada aktiviti perkhemahan pada tahun hadapan. Laporan perkhemahan disiapkan dan dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah Kemaman untuk tujuan rekod pelaksanaan.

KERTAS KERJAPERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPONG BAHARU FELDA NERAM 1 24060 KEMAMAN, TERENGGANUPejabat Am:09-5519624Fax :09-5519625Kod Sekolah: TBA2038

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN BERSEPADUUNIT BERUNIFORM 2012

1.0 PENDAHULUAN

Perkhemahan Bersepadu ini adalah aktiviti kokurikulum yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram 1. Program ini disertai oleh pelajar yang menjadi ahli pasukan beruniform sekolah. Ia akan diadakan di padang sekolah pada 26 hingga 28 April 2012. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk keseimbangan tahap sosial dalam melangkah ke alam hidup yang lebih mencabar.

2.0 MATLAMAT Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan jati diri agar dapat membentuk modal insan yang seimbang

3.0 OBJEKTIF

3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan.3.2 Membentuk pelajar mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.3.3 Melatih para pelajar memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan. 3.6 Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap mementingkan diri sendiri.3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN

4.1 Tarikh program ialah 26 hingga 28 April 2012 iaitu hari Khamis sehingga Sabtu. Program bermula dengan pendaftaran peserta jam 02.30 petang pada 26 April 2012.4.2 Dilaksanakan selama 3 hari 2 malam4.3 Tentatif program adalah seperti dalam Lampiran 14.4 Program diadakan bertempat di padang sekolah.

5.0 ANJURAN

5.1 Program ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kampong Baharu Felda Neram 1

6.0 KUMPULAN SASARAN / PENYERTAAN

6.1 Jumlah peserta: 75 orang pelajar Tahun 4, 5 dan Tahun 6 (senarai nama peserta adalah seperti Lampiran 2)

7. JAWATANKUASA PELAKSANAAN7.1 JAWATANKUASA INDUKPengerusi :En Mohamed Aslam b Ghulam Nabi (Guru Besar)Timb.Pengerusi :En Ruzaidi b Ibrahim (Penolong Kanan KoKurikulum)Naib Pengerusi 1 :En Mohd Nadzlin b Mat (Penolong Kanan Tadbir)Naib Pengerusi 2 : En Rodi b Yusoff (Penolong Kanan HEM)Setiausaha/Penyelaras: En Mohd Fizari b Abdullah (SU Kokurikulum) Pen Penyelaras:En Misram b Abdullah ( Penyelaras Unit Beruniform)

Bendahari : Pn Noor Erany bt Mohd Nordin Ali-Ahli : En Mokhtar b Abdullah (Ketua GP Pengakap)Pn Junainah bt Jusoh (Ketua GP Puteri Islam)En A.Rahim Musly b Said (Ketua GP TKRS)7.2 AJK KERJALATIHAN 1) En.A.Rahim Musly b Said -TKRS2) Pn Junainah bt Jusoh - Puteri Islam3) En Mokhtar b Abdullah - PengakapKESELAMATAN1) En Mohd Fizari b Abdullah (K)2) Pn Noor Erany bt Mohd Nordin 3) Cik Nazratul Wahida bt Yusof 3) En Suddin b Bakar (Jaga)

URUSETIA/PENDAFTARAN1) Pn Suzana bt Sena (K)2) Pn Yusmera bt Mat Jusoh 3) Pn Norhayati bt Shafie

PERTANDINGAN 1) Pn Junainah bt Jusoh (K)2) En Mokhtar Abdullah3) Pn Siti Zubaidah Abd Ghani4) En A.Rahim Musly b Said

KEROHANIAN 1) Pn Noor Erany bt Mohd Nordin (K) 2) Cik Nazratul Wahida bt Yusof 3) Cik Wan Sukainah bt Wan Omar PERSIAPAN TEMPAT & KHEMAH 1) En Mokhtar b Abdullah (K)2) En Shafiee b Awang3) En Mohd Rodzi b Mohd Noor

PERALATAN1) En A.Rahim Musly b Said (K)2) Pn Siti Zubaidah bt Abd Ghani3) Pn Maznita bt MohamadTUTOR1) Pn Rohaida bt Hitam (K)2) Pn Noor Azliza bt Abd Rahman3) En Misram b Abdullah4) Pn Suzana bt Sena5) Pn Noor Erany bt Mohd Nordin6) En A.Rahim Musly b Said7) Pn Roslina bt Sabiran

BANNER & PENANDA1) Pn Noor Azliza bt Abd Rahman (K)2) Pn Norhayati bt Shafie3) Cik Wan Sukainah bt Wan Omar

MAKANAN & MINUMAN 1) Pn Siti Zubaidah bt Abd Ghani (K) 2) Pn.Junainah bt Jusoh3) Pn Faiezah bt Daud 4) Pekerja Swasta HADIAH DAN SIJIL1) Pn Roslina bt Sabiran (K)2) Pn Maznita bt Mohamad3) En Shafiee b Awang4) Pn Norhayati bt Shafie

RIADAH 1) En Mohd Fizari b Abdullah (K)2) Pn Rohaida bt Hitam3) Pn Nor Erany bt Mohd NordinKEM KOMANDAN1) En Misram b Abdullah ( K )2) En A.Rahim Musly b Said ( TK )

KECEMASAN & RAWATAN1) Pn Roslina bt Sabiran (K)2) Cik Wan Sukainah bt Wan Omar3) Pn Faiezah bt Daud4) En Mohd Fizari b Abdullah

SIARAYA & TEKNIKALEn Mokhtar b Abdullah (K)En Shafiee b Awang

BUKU PROGRAM1) Pn Nor Azliza bt Abd Rahman (K)2) En Mohd Rodzi b Mohd NorDOKUMENTASI & LAPORAN1) En Misram b Abdullah (K)2) En Mohd Fizari b Abdullah 3) Pn Maznita bt Mohamad

KEBERSIHAN1) Pn Rohaida bt Hitam (K) 3) Pekerja Swasta2) Pn Faeizah bt Daud

8.0KOS PELAKSANAAN DAN SUMBER8.1 ANGGARAN PERBELANJAANBerikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:BILPERKARAKUANTITIJUMLAH (RM)

1Hadiah 3 x RM50.00RM 150.00

2Makanan Mentah75 orang X RM4.00X 3 hariRM 900.00

3Aktiviti Uji IQ-Telur/alat tulis-Kentang-Tepung

RM 50.00

4Perbelanjaan Pelbagai (Alatan,dll)RM 100.00

JumlahRM1200.00

8.2 SUMBER KEWANGANa) Peruntukan daripada Wang SUWA (Kokurikulum) = RM300.00b) Peruntukan daripada Wang Kerajaan (Bantuan Persekolahan lain Kokurikulum) = RM296.90c) Peruntukan daripada Bimbingan Kaunseling (Bantuan Kokurikulum Sekolah) = RM261.15d) Peruntukan sumbangan daripada PIBG = RM341.95

Jumlah = RM1200.00

9.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga segala ilmu dan kemahiran yang disampaikan di dalam aktiviti perkhemahan bersepadu ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian para pelajar demi untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak berkepentingan amatlah dihargai.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

. ..................................................(En Ruzaidi b Ibrahim) ( En Mohamed Aslam b Ghulam Nabi)Guru Penolong Kanan KoKurikulumGuru BesarSK Kg Baharu Felda Neram 1 SK Kg Baharu Felda Neram 1

Tarikh : 5 April 2012

JADUAL PERKHEMAHAN BERSEPADUUNIT PAKAIAN SERAGAMSK KAMPONG BAHARU FELDA NERAM 1

Tarikh/MasaAktiviti

Tindakan

Khamis27.09.2012

2.30 ptg

3:00 ptg- 4:00 ptg

4:00 ptg 5:00 ptg

5:00 ptg 5:40 ptg

5:40 ptg 7:00 ptg

7:00 ptg- 9:00 mlm

9:00 mlm-10:00 mlm

10:00 mlm- 10.30 mlm

11:00 mlm

1) Pendaftaran 2) Perasmian3) Taklimat

1) Mendirikan Khemah2) Persiapan

1) Minum petang2) Solat Asar

1) Aktiviti Riadah

1) Makan malam2) Bersih diri

1) Solat Maghrib2) Bacaan Yassin &Tazkirah3) Solat Isya

1) Kembara Maya

1) Minum Malam

1) Tidur

1) Urusetia3) Penyelaras

1)Semua Guru

1)Tutor2)AJK Kerohanian

1) AJK Pertandingan

1) Tutor2) AJK Makanan3) Penyelaras1) AJK Kerohanian

1) AJK Riadah

1) AJK Keselamatan

Jumaat28.09.20125.00 pg- 6:00 pg

6:00 pg-7:30 pg

7:30 pg- 8.00 pg

8:00 pg- 10:00pg

10.00pg- 10:30 pg

10:30pg-12:00 tgahari

12:00 tgh-2:00 ptg

3:00 ptg-4:00 ptg

4:00 ptg-5:00 ptg

5:00 ptg-6:30 ptg

6:30 ptg-7:15 ptg

7:15 mlm- 9:00 mlm

9:00 mlm-10:30mlm

10:30mlm-11:00 mlm

11:00mlm

1) Bangun tidur2) Mandi3) Solat Subuh

1) Sarapan

1) Senaman Pagi

1) Ikatan dan Kawad

1) Minum Pagi

1) Pertolongan Cemas

1) Makan Tengahari2) Solat Jumaat / Zohor

1) Pertandingan Mencari Harta Karun

1) Minum Petang2) Solat Asar

1) Pertandingan Memasak

1) Makan Malam

1) Bersih Diri2) Solat Maghrib3) Kuliah

1) Malam Kebudayaan

1) Minum Malam

1) Tidur

1) Penyelaras2) AJK Kerohanian

1) Tutor

1) AJK Riadah

1)AJK Latihan

1) Tutor

1) AJK Latihan

1) Tutor2) AJK Keselamatan3) AJK Kerohanian

1) Penyelaras2) AJK Pertandingan

1) Tutor2) AJK Kerohanian

1) AJK Pertandingan

1) AJK Makanan2) Tutor

1) Penyelaras2) AJK Kerohanian

1)AJKPertandingan/ Semua Guru

1) Tutor

1) AJK Keselamatan

Sabtu28.04.2012

5:00pg-6:00pg

6:00pg-7:30pg

7:30pg-8:00pg

8:00pg-10:00pg

10:00pg-10:50pg10.50 pg-11.00

11.00pg-12.30 tgh

1) Bangun tidur2) Mandi3) Solat Subuh

1) Sarapan2) Senaman Pagi

Pertandingan Uji Kepintaran

Minum Pagi1) Mengemas & Membersih Tapak Perkhemahan

1) Refleksi2) Penyampaian Hadiah3) Majlis Penutup4) Bersurai

1) Penyelaras2) AJK Kerohanian

1) Tutor1) AJK Riadah

1) AJK Pertandingan

1) Tutor dan Semua Guru

1) Penyelaras2) AJK Hadiah3) Semua Guru

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORMTAHUN 2012

KUMPULAN GURU BERTUGAS PENJAGAAN PADA WAKTU MALAM

TARIKH/MASA

BILGURU BERTUGASKUMPULAN

26 APRIL 2012KHAMIS(MALAM JUMAAT)1.2.3.4.5.6.7.En Misram b Abdullah (Ketua)En Mohd Fizari b AbdullahPn Faiezah bt DaudPn Rohaida bt HitamPn Roslina bt SabiranPn Noor Erany bt Mohd NordinCik Nazratul Wahida bt Yusof

A

27 APRIL 2012JUMAAT(MALAM SABTU)1.2.3.4.5.6.7.En A. Rahim Musly b Said (Ketua)En Mokhtar b AbdullahCik Wan Sukainah bt Wan OmarPn Siti Zubaidah bt Abdul GhaniPn Junainah bt JusohPn Noor Azliza bt Abdul RahmanPn Suzana bt Sena

B

Catatan :Masa Penjagaan Malam adalah dikira bermula jam 11.00 malam hingga 06.00 pagi.

JADUALPELAKSANAANAKTIVITI

FOTOAKTIVITIPERKHEMAHAN

Majlis Perasmian Pembukaan

Murid sedang mendirikan khemah dengan bimbingan guru.

Murid sedang membuat gajet

Pertandingan memasak antara unit uniform

Pertandingan Kawad Kaki antara unit uniform

Persembahan Malam Kebudayaan

REFLEKSIPERKHEMAHANBADAN BERUNIFORM2012

PENERANGAN AKTIVITI PERKHEMAHAN BERSEPADUSK. KAMPONG BAHARU (F) NERAM 1 2012

SEBELUM PERKHEMAHANSatu mesyuarat telah diadakan bagi membincangkan aktiviti perkhemahan bersepadu peringkat sekolah.Kertas cadangan aktiviti perkhemahan diberikan kepada semua guru bagi membincang tugasan yang telah diamanahkan kepada mereka.Semua guru menerima sebulat suara tugas yang diamanahkan kepada mereka. Guru besar memutuskan tarikh, tempat dan masa aktiviti perkhemahan yang akan diadakan nanti.

SEMASA PERKHEMAHANTanggal 26 April 2012, aktiviti perkhemahan bersepadu peringkat sekolah diadakan dengan pendaftaran murid bermula jam 2.30 petang.Selepas itu guru besar memberi ucapan dan seterusnya merasmikan pembukaan aktiviti perkhemahan ini. Sepanjang 3 hari 2 malam aktiviti perkhemahan ini diadakan tiada insiden atau perkara yang tidak diingini berlaku.Aktiviti yang dirancang dapat berjalan mengikut masa yang ditetapkan. Guru bertugas mengikut jadual yang telah ditetapkan. Murid sangat gembira menyertai aktiviti perkhemahan ini terutamanya ketika melakukan aktiviti pertandingan.Majlis penutup dirasmikan oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum pada jam 12.00 tengahari.

SELEPAS PERKHEMAHANMesyuarat post moterm diadakan. Guru besar dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah menjayakan aktiviti perkhemahan ini.Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk membincangkan kekuatan dan kelemahan aktiviti perkhemahan yang telah dijalankan. Terdapat beberapa kelemahan yang dihadapi sepanjang aktiviti perkhemahan ini dan diharapkan guru-guru dapat membuat penambahbaikkan untuk aktiviti perkhemahan pada masa akan datang. Setiausaha kokurikulum telah membuat laporan aktiviti perkhemahan ini dan seterusnya menghantar ke unit kokurikulum PPD Kemaman untuk rekod pelaksanaan aktiviti

REFLEKSI INDIVIDU