laporan & refleksi keseluruhan big gjot

47
BIG FASA 4 SENARAI KANDUNGAN 1. BORANG MAKLUM BALAS 2. PENGHARGAAN 3. BIODATA PELAJAR 4. LATAR BELAKANG PROGRAM BINA INSAN GURU 5. MINIT MESYUARAT PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IV 6. KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IV 7. LAPORAN & REFLEKSI KESELURUHAN BINA INSAN GURU PERINGKAT 14 !. LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IV ". SESI 1# LAPORAN BENGKEL PENGURUSAN PENDIDIKAN "". SESI 2# LAPORAN LA$ATAN BEN%HMARKING """. SESI 3# LAPORAN BENGKEL %IRI%IRI GURU INOVATIF ". SESI 4# LAPORAN INTERAKSI PROFESIONAL DENGAN GURU %EMERLANG '. LAPORAN ANALISIS S$OT & REFLEKSI KENDIRI 1(.LAPORAN ". RAKAMAN VIDEO "". GAMBAR PROGRAM BIG FASA 4 """. BAHANBAHAN BIG FASA 4 11.PENUTUP 1

Upload: abg-zulfizal-abg-dollah

Post on 01-Nov-2015

64 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

refleksi

TRANSCRIPT

BIG FASA 4

SENARAI KANDUNGAN

1. BORANG MAKLUM BALAS

2. PENGHARGAAN

3. BIODATA PELAJAR

4. LATAR BELAKANG PROGRAM BINA INSAN GURU

5. MINIT MESYUARAT PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IV

6. KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IV7. LAPORAN & REFLEKSI KESELURUHAN BINA INSAN GURU PERINGKAT 1-48. LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IV

i. SESI 1: LAPORAN BENGKEL PENGURUSAN PENDIDIKAN

ii. SESI 2: LAPORAN LAWATAN BENCHMARKING

iii. SESI 3: LAPORAN BENGKEL CIRI-CIRI GURU INOVATIF

iv. SESI 4: LAPORAN INTERAKSI PROFESIONAL DENGAN GURU CEMERLANG

9. LAPORAN ANALISIS SWOT & REFLEKSI KENDIRI10. LAPORAN

i. RAKAMAN VIDEO

ii. GAMBAR PROGRAM BIG FASA 4

iii. BAHAN-BAHAN BIG FASA 4

11. PENUTUP

1.0 BORANG MAKLUM BALAS

2.0 PENGHARGAAN

3.0 BIODATA PELAJAR

4.0 LATAR BELAKANG PROGRAM BINA INSAN GURU

Sejajar dengan hasrat KPM untuk membentuk dan memupuk insan guru yang berkualiti serta berketrampilan melalui penampilan diri yang terpuji, BIG PPG telah dijadikan satu kursus wajib di semua institusi pembekal latihan.1.2 Asas Pertimbangan BIG PPG merupakan Kursus Wajib yang mesti diikuti oleh semua pelajar PISMP-PJJ (PPG) sebagai syarat penganugerahan ijazah. Perlu direalisasikan melalui aktiviti luar dalam tempoh pengajian di bawah kelolaan institusi pembekal latihan.5.0 MINIT MESYUARAT PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IV

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMAKURSUS BINA INSAN GURU FASA VI

PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 KOHOT 2

BENGKEL GURU INOVATIF

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS RAJANG,

96509 BINTANGOR, SARAWAKTarikh

: 07 Jun 2015Hari

: KhamisMasa

: 5.30 pm- 06.30pm

Tempat: Dewan Sri RajangKehadiran: 1) 26 orang

1. Ucapan Pengerusi1.1 Pengerusi memberi salam serta mengucapkan terima kasih dan mengalu alukan kedatangan Cik Yeo Nga Piing serta semua ketua ajk.

1.2 Pengerusi menerangkan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk menetapkan tarikh, masa, hari dan tempat BIG IV ini hendak dilaksanakan. Ia perlulah boleh melibatkan dua pengkhususan kursus PPG ini.

1.3 Pengerusi mencadangkan tarikh yang bersesuaian adalah pada 03 Julai 2015, jam 8.00 pagi, bersamaan hari Jumaat di SJK (C) KWANG CHIEN, SARIKEI untuk jamuan tengahari dan BILIK KELAS untuk bengkel dan ceramah diadakan.

1.4 Kesemua ajk yang hadir telah bersetuju sebulat suara. 1.5 Pengerusi memperkenalkan barisan Ajk Induk dan Ketua Ajk Setiap Biro kepada Cik Yeo Nga Piing. Pengerusi seterusnya mempersilakan Cik Yeo Nga Piing untuk meneruskan mesyuarat.

2. Ucapan Pensyarah

2.1 Cik Yeo Nga Piing memberi salam dan mengucapkan tahniah di atas

perlantikan semua ajk.

2.2 Beliau telah mengutarakan beberapa cadangan kepada semua ajk

terlibat antaranya ialah : 2.2.1 AJK Cenderahati diminta menyediakan cenderahati untuk

penceramah dan perasmi BIG VI ini.

2.2.2 AJK Sijil diminta menyediakan sjil penyertaan kepada semua

peserta serta sijil penghargaan kepada penceramah.

2.2.3 AJK Pendaftaran diminta memohon fail, kertas A4 dan pen dari

LDP.2.2.4 AJK Persiapan Tempat diminta menempah dewan dan kelas untuk jamuan tengahari dan untuk ceramah dan bengkel.2.2.5 Penceramah akan diuruskan oleh Puan Ngu See Hoon (PPG PRA)

dengan kerjasama rakan sekelas. 2.2.6 AJK Sambutan diminta menyediakan kad jemputan VIP dan

VVIP. AJK Sambutan adalah terdiri dari Pengerusi dan Naib Pengerusi.

2.2.7 Bagi sumber kewangan pula, RM15 akan dibayar oleh para

Peserta.

3. Hal hal lain3.1 Pengerusi mengingatkan agar semua ketua ajk setiap biro yang dilantik dapat memberikan kerjasama yang baik dan juga menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan penuh rasa tanggungjawab.3.2 Cik Yeo Nga Piing meminta agar setiausaha mencatatkan nama semua ajk berserta nombor fax sekolah masing-masing untuk urusan penghantaran surat panggilan mesyuarat kali kedua nanti.

3.3 Pengerusi meminta semua ketua ajk setiap biro yang dilantik dapat memainkan peranan serta memantau semua perkembangan kerja yang akan dilaksanakan. 3.4 Pengerusi juga amat berharap agar semua ajk dapat menghadirkan diri pada mesyuarat kali kedua nanti.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 6.30 petang.Disediakan oleh :

Disemak oleh :

(KHAJIJAH BINTI SAAID)

(ARLYNA AK SAMPAR)

Setiausaha

Pengerusi

Program Bina Insan Guru Fasa VI Program Bina Insan Guru Fasa VIMINIT MESYUARAT KALI KEDUAKURSUS BINA INSAN GURU FASA VI

PPG AMBILAN FEBRUARI 2012 KOHOT 2

BENGKEL GURU INOVATIF

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS RAJANG,

96509 BINTANGOR, SARAWAKTarikh

: 19 Jun 2012Hari

: SelasaMasa

: 9.00 am- 12.30 pm

Tempat: Bilik Kuliah Anggerik Kehadiran: 1) 19 orang (AJK Induk dan Semua Ketua AJK )

2) Cik Yeo Nga Piing (Pensyarah)

1. Ucapan Pengerusi1.1 Pengerusi memberi salam serta mengucapkan terima kasih dan mengalu alukan kedatangan Cik Yeo Nga Piing serta semua ketua ajk.

2. Pengesahan minit mesyuarat lalu

2.1 Minit mesyuarat disahkan oleh Puan Emblah Bt Ukaili dan disokong

oleh Puan Suria Bt Yusof.

3. Ucapan Pensyarah3.1 Cik Yeo Nga Piing meminta supaya ketua ajk membentangkan perkembangan terkini tugasan biro masing-masing.

3.2 Berikut ialah laporan daripada setiap biro yang berkenaan :

3.2.1 Laporan Bendahari - semua kutipan berjalan lancar dan jumlah di tangan ialah RM420.

3.2.2 Laporan Persiapan Tempat Setelah berbincang , persetujuan dicapai iaitu tarikh BIG VI akan ditunda pada 03 Julai 2015 bersamaan dengan hari Jumaat.

3.2.3 Laporan Makanan Pengesahan kehadiran kesemua

peserta dan persetujuan bersama hanya air minuman sahaja yang akan dibeli memandangkan lawatan pada bulan puasa.

3.2.4 Laporan Sijil AJK Sijil yang menyediakan.

3.2.5 Laporan Buku Program Telah siap dan diberikan pada Cik Yeo Nga Piing untuk semakan. Hasilnya, terdapat beberapa pembetulan.Pembetulan segera telah pun dilakukan oleh Puan Fazilah Bt Razali selaku ketua buku program. 3.2.6 Laporan Sambutan Dimaklumkan bahawa Penolong Kanan sekolah terlibat yang akan menyambut tetamu undangan memandangkan PK1 adalah salah peserta program.

3.2.7 Laporan Siaraya Slide show dari BIG I hingga BIG VI akan dipaparkan

sambil diiringi dengan alunan muzik sentimental.Dua buah lagu telah disediakan iaitu lagu Negaraku dan lagu Ibu Pertiwiku.3.2.8 Laporan Cenderahati Penceramah dan perasmi akan diberi

penghargaan berbentuk (plat) dan sijil sebagai tanda terima kasih dari semua pelajar PISMP-PJJ (PPG) yang terlibat.3.2.9 Secara keseluruhannya, semua ketua ajk berpuashati dengan kerjasama

yang diberikan oleh kesemua ajk masing-masing bagi memastikan kelancaran program BIG VI ini.4.0 Hal-hal lain

4.1 Pengerusi amat mengharapkan kelancaran perjalanan program BIG VI ini akan

terlaksana dan menjadi kenyataan.

4.2 Cik Yeo Nga Piing mengingatkan bahawa kerjasama antara semua ajk yang dilantik adalah amat penting demi memastikan kelicinan perjalanan program BIG VI ini nanti.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.Disediakan oleh :

Disemak oleh :

(KHAJIJAH BINTI SAAID)

(ARLYNA AK SAMPAR)

Setiausaha

Pengerusi

Program Bina Insan Guru Fasa VI Program Bina Insan Guru Fasa VI6.0 KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU FASA IV

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS RAJANGKERTAS KERJA

PROGRAM BINA INSAN GURU

FASA IV

TARIKH

03 Julai 2015 (JUMAAT)

TEMPAT

SJK KWANG CHIEN

SARIKEI

ANJURAN

UNIT KOKURIKULUM

BERSAMA

PELAJAR PISMP PJJ KOHOT 2(PRASEKOLAH, BM2, SAINS2 & MATEMATIK)

AMBILAN FEBRUARI 2012

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Rasional

3.0 Matlamat

4.0 Objektif

5.0 Butiran Pelaksanaan

6.0 Peserta

7.0 Mentor

8.0 Struktur Organisasi

9.0 Anggaran Perbelanjaan

10.0 Pengangkutan

11.0 Aturcara Tentatif

12.0 Penutup

13.0 Lampiran

1.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG). Pelaksanaan program BIG merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara.Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profesion perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan tanggung jawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi insan contoh kepada masyarakat.

Pada kali ini, BIG berteraskan kepada pengurusan dan budaya sekolah. Lawatan Penanda Aras atau Lawatan Benchmarking menjadi tugasan BIG yang merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan. Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek berikut amat penting sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan.

Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS). Sebagai insan yang bergelar guru adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

2.0 RASIONAL

Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi kepada pengurusan dan budaya sekolah. Program ini merupakan batu asas kepada penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisien. Menurut Stephen Covey di dalam bukunya yang berjudul Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People yang menekankan ke arah pembentukan manusia yang efektif berlandaskan nilai-nilai dan prinsip-prinsip tertentu. Antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada perkara yang lebih penting.

Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada guru tentang gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal tugas guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih eifisyen di dalam pengurusan di sekolah. Guru efektif merupakan guru yang cemerlang di dalam pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Di samping itu, guru-guru dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti wawasan negara.

3.0 MATLAMAT

Matlamat (BIG) kali ini ialah bagi memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran dan penanda aras. Program ini bertujuan bagi mendedahkan pelajar kepada guru dan lawatan benchmarking, ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah, infrastruktur sekolah serta infrastrukturkurikulum di sekolah. Pelajar diharap dapat membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan serta menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dalam hidup berbakti.

4.0 OBJEKTIF

Sasaran kepada guru selepas mengikuti lawatan agar dapat:

4.1 Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan.4.2 Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang.4.3 Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di sekolah.4.4 Mengetahui kepentingan infrastruktur dan juga pengendaliannya.4.5 Memahami perlaksanaan infostruktur di sekolah dengan lebih efisyen.

5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN: Tarikh: 03 Julai 2015 (Jumaat) Masa: 7.00 pagi hingga 5:30 petang Tempat: SJK (C) Kwang Chien, Sarikei

6.0 PESERTA

28 orang guru pelatih. 14 orang dari Prasekolah

12 orang dari Matematik

1 orang dari BM2

1 orang dari SAINS2

( Ambilan Februari 2012 )Kumpulan Prasekolah

Kumpulan MatematikBILNAMA PELAJARBILNAMA PELAJAR

1ARLYNA ANAK SAMPAR1CECELIA MARIA ANAK MENIN

2AWANGKU OMAR BIN AWANGKU MAHMUD2CHUBING ANAK IGANG

3CHAI CHOO YIE3ELIZABETH ANAK JUGAH

4EMBLAH BINTI UKAILI4HIDAYAH BINTI MOHAMMAD

5EVELYNE ANAK MANGGAU5JANTAN AK SAWENG

6FAZILAH BINTI RAZALI6ROBIN ANAK DOH

7JUPONG ANAK AMBAK7SABA ANAK BANYAI

8KHAJIJAH BINTI SAAID8SAMSIAH BINTI JAMAIE

9LEE SAY LAN9STEFFENS ANDY ANAK SAIT

10NGU MEE ING10TINA ANAK JUSTINE NYAKIN

11NGU SEE HOON11TRINNIA SINTIA ANAK JANGKAN

12RITA GOH CHIA PO12ZURAIDAH BINTI JERANI

13SURIA BINTI YUSSOF

14WONG SIEW HIE

Kumpulan BM 1

Kumpulan SAINS 2

BILNAMA PELAJARBILNAMA PELAJAR

1MARIAN ANDREW SIDDLE1PHILIS SIM PEI PEI

7.0 MENTORPensyarah pembimbing dan penilai BIG : Cik Yeo Nga Piing.

8.0 STRUKTUR ORGANISASIPengerusiArlyna ak Sampar (PRA)

Naib PengerusiHidayah bt Mohamad (MT)

SetiausahaKhajijah bt Saaid (PRA)

Naib SetiausahaEmblah bt Ukaili (PRA)

Suria bt Yussof (PRA)

Jantan ak Saweng (MT)

Steffens Andy ak Sait (MT)

Bendahari

Wong Siew Hie (MT)

Naib Bendahari Zuraidah bt Jerani (MT)

AJK Keselamatan / PengangkutanJupong ak Ambak (PRA)

Saba ak Banyai (MT)

AJK Dokumentasi

Video

GambarTina ak Justine Nyakin (MT)

Rita Goh Chia Po (PRA)

Chai Choo Yie ((PRA)

Chubing ak Igang (MT)

AJK Buku ProgramFazilah bt Razali (PRA)

Cecelia Maria ak Menin (MT)

UrusetiaAwangku Omar b Awangku Mahmud (PRA)

Robin ak Doh (MT)

Bacaan DoaAwangku Omar b Awangku Mahmud (PRA)

AJK PublisitiLee Say Lan (PRA)

Evelyne ak Manggau (PRA)

AJK Makanan dan MinumanHartini bt Mohd Noor (MT)Noraini bt Amrang (MT)Ross Nani bt Dollah (MT)

Trinnia Sintia ak Jangkan (MT)

AJK Sijil dan HadiahElizabeth ak Jugah (MT)

Samsiah bt Jamaie (MT)

AJK Protokol / Jemputan / SiarayaNgu Mee Ing (PRA)

Ngu See Hoon (PRA)

AJK Pengacara MajlisPhilis Sim Pei Pei (SAINS2)

Marian Andrew Siddle (BM2)

AJK Kebersihan sebelum dan selepasSemua Peserta PISMP PJJ IPGK Rajang

,9.0 ANGGARAN PERBELANJAANBerikut dinyatakan anggaran kewangan secara keseluruhan untuk perbelanjaan program :BIL.PERKARAHARGA SEUNIT (RM)KUANTITIJUMLAH (RM)

2Air minuman1.0028 28.00

3Cenderahati125.503376.50

4Kertas sijil0.50 sen3115.50

JUMLAH420.00

* Semua perbelanjaan ditanggung oleh peserta sendiri.

10.0 PENGANGKUTAN

Peserta menggunakan kenderaan sendiri

11.0 ATURCARA TENTATIF

MasaPerkara

700 pagiBerkumpul di tapak perhimpunan SJK( C ) Kwang Chien, Sarikei

715 pagiMendengar taklimat ringkas dari pihak pengurusan sekolah

0730 0930 pagiLawatan ke Bilik-bilik Khas / Mata Pelajaran

930 1000 pagiSesi Soal Jawab / Rehat

1000 1200 tghSesi 1 - Bengkel : Ciri-ciri guru yang inovatif

Sesi 2 - Sesi soal jawab

1200 -1400 tghREHAT

1400 1630 ptgSesi 3

Slot perkongsian bersama Guru Cemerlang Sains

BUDAYA GURU CEMERLANG

GURU DAN BUDAYA INOVASI

1630 - 1700 ptgSesi 4 - Sesi soal jawab bersama Guru Cemerlang Sains

1700 1730 ptgMajlis perasmian penutupan.

Pemberian cenderamata kepada pihak sekolah

Sesi bergambar

Minum petang

1730 ptgBersurai

12.0 PENUTUPSecara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Aras ini dengan sempurna. Hasil daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah. Justeru, membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.

Disediakan Oleh:

...........................................

(KHAJIJAH BINTI SAAID)

Setiausaha,

PPG Kohot 2,

Kumpulan PRASEKOLAH dan MATEMATIK

IPG Kampus RajangBintangor,

Sarawak.

7.0 LAPORAN & REFLEKSI KESELURUHAN BIG

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (SEKOLAH RENDAH)

PRASEKOLAH

AMBILAN FEBRUARI 2012

SEMESTER 8

LAPORAN BINA INSAN GURU FASA 6

Program Lawatan Benchmarking & Refleksi Keseluruhan Bina Insan Guru

NAMA PELAJAR

:

KHAJIJAH BINTI SAAIDNOMBOR K/P:810507 13 5276 ANGKA GILIRAN

:

2012031360077

TARIKH SERAHAN : 14 OGOS 2015

NAMA PENSYARAH:CIK YEO NGA PIING

1.0 PENGENALANPelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.

Program Bina Insan Guru (BIG) Semester 8 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, guru pelatih juga akan didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.

2.0 OBJEKTIFMelalui lawatan penanda aras (benchmarking) ini, diharapkan guru pelatih akan dapat:

1. Didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah.

2. Memahami dan mengenalpasti maklumat- maklumat yang berkaitan dengan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Arahan Perkhidmatan

3. Mengetahui isu berkaitan dengan perundangan peraturan dan pekeliling ikhtisas pendidikan.

4. Memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi PPD, BTP dan PKG dalam pengurusan pendidikan dalam memartabatkan bidang pendidikan di Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

5. Memahami dan mengenalpasti bentuk- bentuk pengurusan cemerlang.

6. Memahami dan menghayati budaya kerja cemerlang dan mengaplikasikan dalam pengurusan pendidikan seharian.3.0 LAPORAN AKTIVITILaporan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4Program Lawatab Benchmarking ke Sekolah Cemerlang SJK ( C ) Kwang Chien, SarikeiPada semester ini, kami dikehendaki membuat satu lawatan penanda aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP-PJJ (PPG) Semester 8 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 6.

Justeru, kami telah membuat beberapa siri mesyuarat bagi menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini. Dalam mesyuarat yang diadakan ini, kami telah bersetuju melantik Arlyna anak Sampar daripada kelas Prasekolah sebagai pengerusi BIG Fasa 6. Dalam mesyuarat tersebut juga, kami telah membuat perlantikan beberapa Ahli Jawatan Kuasa (AJK) seperti AJK Pengangkutan, AJK Buku Program, AJK Makanan dan lain-lain. Perlantikan AJK ini adalah bertujuan bagi melicinkan program yang akan dijalankan. Selain itu, kami juga telah membincangkan sekolah-sekolah yang sesuai untuk dijadikan penanda aras. Pensyarah Pembimbing kami, Cik Yeo Nga Piing telah mencadangkan supaya kami membuat program lawatan penanda aras di SJK ( C ) Kwang Chien, Sarikei. Dengan sebulat suara kami telah bersetuju dengan cadangan tersebut.Program BIG Fasa 6 ini telah disertai seramai 28 orang guru pelatih yang terdiri daripada guru pelatih PISMP-PJJ (PPG) Matematik dan PISMP-PJJ (PPG) Ambilan Februari 2012. Program ini telah dijalankan pada hari Jumaat, 03 Julai 2015. Pada pukul 7.30 pagi, kami telah berkumpul di SJK ( C ) Kwang Chien, Sarikei.Kami telah disambut oleh Guru Besar iaitu Encik Wong Hing selaku koordinator program bagi pihak sekolah tersebut serta beberapa orang guru yang lain. Sambutan yang diberikan oleh pihak sekolah tersebut sangat luar biasa.Seterusnya, kami telah dibawa ke tempat meyimpan barang peribadi dan bilik mesyuarat sepanjang program ini berlangsung. Sebelum memulakan sesi dialog, Guru Besar Encik Wong Hing, SJK ( C ) Kwang Chien telah memberitahu serba sedikit tentang latar belakang SJK ( C ) Kwang Chien. Beliau telah menyatakan bahawa sekolah tersebut telah mula beroperasi pada 1 Januari 2002. Sekolah tersebut berjalan secara satu sesi.Kemudian, semua Guru Besar Cemerlang telah berkongsi pengalaman tentang cabaran dan halangan untuk menjadi seorang guru yang cemerlang pada masa dulu, kini dan akan datang. Seterusnya, beberapa soalan telah ditanya oleh peserta kepada Guru Besar Cemerlang bagi mengetahui sejauh mana usaha yang dilakukan oleh mereka bagi mendapat gelaran Guru Besar Cemerlang. Sesi dialog ini telah tamat pada pukul 2 petang. Perkongsian yang diberikan sangat menarik dan telah membakar semangat kami untuk mengikuti jejak langkah mereka sebagai Guru Besar Cemerlang. Sebelum pulang ke stesen masing-masing, kami telah bersalam-salaman dengan guru sekolah tersebut. Kami juga telah mengambil kesempatan untuk bergambar di hadapan pintu pagar keluar sekolah tersebut sebagai tanda kenang-kenangan. Saya berharap ilmu yang diperoleh sepanjang program ini berlangsung dapat saya gunakan pada masa akan datang sebagai seorang pendidik.Sekian, terima kasih.Disediakan oleh(KHAJIJAH BINTI SAAID)NO. K/P : 810507 13 5276 4.0 REFLEKSI KESELURUHANProgram Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.

Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental , rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Program ini juga dapat membina daya kepimpinan dan memupuk sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

REFLEKSI BIG FASA 1Program BIG Fasa 1 telah berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu di SK Nanga Pakan, Pakan. Melalui BIG Fasa 1 ini, saya telah belajar untuk menepati masa. Setiap aktiviti yang dijalankan memerlukan saya untuk bersiap sedia 10 minit lebih awal. Saya juga telah mengakui pepatah yang menganggap masa itu sebagai emas. Menepati masa adalah sangat penting bagi memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan berlangsung dengan lancar.

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah mencabar seperti berkayak dan jejak kembara. Aktiviti seperti ini dapat memupuk sifat berkerjasama dan ketahanan diri yang utuh.

Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi yang akan datang agar insan guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk.

REFLEKSI BIG FASA 2Program BIG Fasa 2 telah diadakan bersama PIBG Pemuafakatan Prasekolah SK Nanga Pakan, Pakan. Aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong membersihkan kawasan prasekolah dan membersihkan Surau Pakan, Pakan. Sesungguhnya, program Bina Insan Guru(BIG) Siri 2 ini telah meninggalkan banyak kesan terhadap diri saya. Seperti mana yang kita sedia maklum, program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.

Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental , rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan.

Melalui program ini, semangat setiakawan, toleransi, kerjasama dan tolong menolong antara guru pelatih telah berjaya dipupuk. Contonya, kami telah membersihkan tanah perkuburan secara bersama-sama. Secara tidak langsung, hubungan kami dengan warga penduduk kampong tersebut makin bertambah rapat. Di samping itu, saya juga dapat menghayati kepentingan menjaga kebersihan seperti yang dituntut oleh agama Islam.

Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang dihasratkan. Program ini seharusnya diteruskan untuk generasi yang akan datang agar insan guru yang cemerlang dari semua aspek dapat dibentuk.

REFLEKSI BIG FASA 3

BIG Fasa 3 telah dijalankan pada 20 Februari 2013 di Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim di Kem Kemunyang, Sibu yang bertemakan Masih Ada Yang Sayang. Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim di Kem Kemunyang, Sibu telah diuruskan oleh pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) di bawah pentadbiran Tuan Haji Aris dan Puan Hjh Zainab Ahmad. Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim di Kem Kemunyang, Sibu telah diuni oleh 25 orang kanak-kanak dan remaja. Beliau telah berusaha mencari dana sebanyak RM 65 000.00 lagi bagi mendapatkan tempat yang baru di kawasan lain yang lebih selesa.

Banyak perkara yang telah saya pelajari sepanjang menjalani program di Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim di Kem Kemunyang, Sibu. Antaranya ialah sifat kasih sayang dan rasa syukur. Saya sangat sedih setelah mendengar kisah-kisah yang diceritakan oleh kanak-kanak di sana. Saya berasa simpati dengan nasib yang telah dialami oleh mereka.

Selain itu, saya telah sedar bahawa tugas guru sangat mencabar bagi menyemai nilai-nilai murni kepada murid-murid yang tidak bernasib baik. Tugas guru bukan sahaja mengajar malahan yang lebih penting ialah mengajar adab dan menyemai nilai-nilai murni bagi memastikan murid-murid membesar dan menjadi orang yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara.

REFLEKSI BIG FASA 4

Program Bina Insan (BIG) Fasa 4 ini telah dilaksanakan di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Bharu, Hulu Selangor, Selangor yang berteraskan kepada program keluarga angkat.

Banyak perkara yang saya telah peroleh daripada program ini. Pertama, saya telah belajar dan menghayati watak seorang pemimpin. Sebagaimana yang telah sedia maklum, saya merupakan pengerusi program pada kali ini. Sebagai seorang pemimpin, banyak perkara yang telah saya lakukan sebelum, semasa dan selepas program ini berlangsung. Sebelum program ini bermula, saya telah mengadakan mesyuarat peringkat kelas bagi membincangkan tempat program yang ingin dilaksanakan, aktiviti yang perlu dilaksanakan, pengagihan ahli jawatankuasa dan sebagainya. Sebagai pengerusi, saya bijak mengendalikan mesyuarat bagi memastikan mesyuarat tidak terlencong ke arah perkara-perkara yang tidak sepatutnya.

Selain itu, saya juga menghadiri mesyuarat bersama Pengurus Felda Gedangsa bagi membincangkan program yang hendak dijalankan. Dalam hal ini, saya telah belajar dan mendapat pengalaman berhadapan dengan orang yang berjawatan lebih tinggi. Saya telah dapat membina keyakinan diri untuk berhadapan dalam situasi ini.

Sepanjang program berlangsung, saya telah mendapat pengalaman bermesra dengan masyarakat kampung yang terdiri daripada kanak-kanak, belia dan orang tua melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti sukaneka, perlawanan futsal, program motivasi di sekolah dan aktiviti pada malam The Golden Night Memories. Ini sedikit sebanyak telah meningkatkan kemahiran interpersonal saya.

Program ini secara keseluruhannya telah mencapai objektif yang disasarkan. Antaranya, kami telah mendapat pengalaman hidup dalam suasana masyarakat luar bandar dan memahami murid-murid di luar bandar. Selain itu, kami telah didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan seperti mengecat pasu di sekitar Felda Gedangsa.

REFLEKSI BIG FASA 5 & 6

Pada BIG Fasa 5 & 6, saya telah menjalankan program lawatan penanda aras di SJK ( C ) Kwang Chien, Sarikei.Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5 dan 6 berfokus kepada memberi kefahaman yang menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan serta guru dan akauntabiliti profesional. Di samping itu, saya telah didedahkan dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah yang berkesan.

Pada pendapat saya, lawatan penanda aras ini amat penting dijalankan oleh guru-guru pelatih kerana mampu memberi motivasi dan semangat kepada saya untuk bersungguh-sungguh menimba ilmu dan pengalaman sebanyak mungkin sebelum bergelar guru agar saya lebih bersedia untuk membangunkan dan meningkatkan prestasi sekolah pada masa akan datang.

Selain itu, lawatan ini dapat memberi ilham, info dan tips kepada saya tentang pengurusan sesebuah sekolah bagi memastikan sekolah terus berada dalam kemuncak kecemerlangan. Saya amat kagum dengan kesungguhan guru besar sekolah-sekolah ini kerana cukup tegas dengan prinsip hidupnya untuk membawa sekolah masing-masing supaya terus cemerlang.8.0 LAPORAN PROGRAM BINA INSAN GURU FASA 4i. SESI 1: LAPORAN BENGKEL PENGURUSAN PENDIDIKAN

ii. SESI 2: LAPORAN LAWATAN BENCHMARKING

iii. SESI 3: LAPORAN BENGKEL CIRI-CIRI GURU INOVATIF

iv. SESI 4: LAPORAN INTERAKSI PROFESIONAL DENGAN GURU CEMERLANG

9.0 LAPORAN ANALISIS SWOT & REFLEKSI KENDIRILAPORAN CERAMAH/BENGKEL

PROGRAM BINA INSAN GURU

TAHUN 2015

NAMA PELAJAR PPG: KHAJIJAH BINTI SAAIDAMBILAN

: PISMP-PJJ (PPG) FEBRUARI 2012

SEMESTER

: 8

OPSYEN

: PRASEKOLAHPERINGKAT

: 4

TARIKH

: 03 JULAI 2015

TEMPAT

: SJK ( C ) KWANG CHIEN, SARIKEI

LAPORAN REFLEKTIF:TAJUK : (A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA (Laporan umum, sila sertakan gambar sebagai bukti)

Pada 03 Julai 2015 bersamaan dengan hari Jumaat, guru-guru PISMP-PJJ (PPG) Prasekolah dan Matematik dari Semester 8 mengadakan lawatan benchmarking ke SJK (C) Kwang Chien, Sarikei. Lawatan Benchmarking untuk BIG Fasa 5 & 6 ini merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan. Program ini menekankan pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim dan infrastruktur di sekolah tersebut. Lawatan ini amat membantu dalam memberi pendedahan kepada kami, bakal guru, tentang gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal tentang tugas guru. Sekolah yang telah kami lawati merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan. Kebitaraan akademik sekolah ini ialah mata pelajaran Sains manakala kebitaraan kokurikulumnya pula ialah teakwondo.Guru-guru telah berkumpul d bilik mesyuarat SJK ( C ) Kwang Chien. Kami telah menerima sambutan mesra daripada Guru Besar sekolah tersebut iaitu Encik Wong Hing.. Pada jam 08.15 pagi, Guru Besarnya sendiri telah berucap semasa sesi tersebut. Melalui ucapan beliau, kami mendapat tahu bahawa pelbagai jenis aktiviti diatur untuk murid-murid sekolah tersebut yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sekolah ini juga merupakan rintis dalam program I-Think. Selaras dengan kebitaraan SJK ( C ) Kwang Chien dalam kokurikulum teakwondo, sekolah tersebut juga telah mengubahsuai tapak perhimpunan sebagai tempat untuk menelaah bagi mengalakkan murid-muridnya. Selepas ucapan oleh Guru Besar, saudari Arlyna anak Sampar, guru PISMP-PJJ dari Prasekolah telah berucap sebagai wakil kami. Kemudian, sesi penyampaian cenderamata telah diadakan bagi mengakhiri sesi tersebut. Setelah itu, kami dibawa oleh Encik Wong Hing untuk melihat sekitar kawasan sekolah. Walaupun sekolahnya agak kecil, fasiliti-fasiliti yang terdapat di sekolah dapat menampung keperluan kesemua murid. Sekolah tersebut juga mempunyai kelas Pendidikan Khas khususnya Masalah Pembelajaran. Memandangkan lawatan kami pada bulan Ramadhan, sebarang jamuan tidak dapat kami laksanakan bagi menghormati rakan-rakan Islam yang lain. Selepas bersalam-salaman dengan Guru Besar dan GPK HEM, kami telah bertolak ke stesen sekolah masing-masing memandangkan ada dikalangan kami yang bertugas di stesen yang jauh.

ISU / MASALAH (Jika ada)

Lawatan ini telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang gangguan atau masalah yang berlaku.(B) Analisis SWOT

(i) KEKUATAN

Guru pelatih dapat mengetahui serba sedikit mengenai sistem pentadbiran sekolah dan mendalami pengurusan sesebuah sekolah secara lebih efektif dan terancang.

Guru pelatih dapat menjana idea tentang pelbagai jenis aktiviti yang boleh dirancang untuk murid-murid.

(ii) KELEMAHANTidak berpeluang untuk bertanyakan soalan kepada Guru Besar semasa beliau sedang berucap.

Tidak ada kesempatan untuk bertemu dengan Guru Cemerlang Sains dan juga murid-murid.

Tidak ada sesi soal jawab antara guru PISMP-PJJ dan Guru Besar semasa beliau berucap.

(iii) PELUANG

Berpeluang untuk melawat sekolah kluster kecemerlangan dan mengetahui pengurusan dan pentadbiran sekolah tersebut.

Memberi pendedahan tentang ciri-ciri kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran, iklim serta infrastruktur sebuah sekolah kluster.

(iv) ANCAMANLawatan ini tidak memberikan sebarang ancaman yang berbahaya kepada guru pelatih.Tandatangan Pelapor:

( NAMA: KHAJIJAH BINTI SAAID )

(1) REFLEKSI KENDIRI (Laporan individu)(i) MANFAAT PROGRAM BIG

1. ______________________________________________________________________________.Jelaskan _______________________________________________________________________

2. ______________________________________________________________________________

3. ______________________________________________________________________________

4. ______________________________________________________________________________

5. ______________________________________________________________________________

(ii) PENAMBAHBAIKAN

1. ______________________________________________________________________________

Jelaskan________________________________________________________________________

2. ______________________________________________________________________________

3. ______________________________________________________________________________

4. ______________________________________________________________________________

Tandatangan Pelapor: Disahkan oleh penyelia:

(NAMA: ) (TANDATANGAN DAN NAMA)

10.0 LAPORAN i. RAKAMAN VIDEO

ii. GAMBAR PROGRAM BIG FASA 4

iii. BAHAN-BAHAN BIG FASA 4

11.0 PENUTUP

Disemak oleh:

........................................................

(CIK YEO NGA PIING)

Pensyarah pembimbing BIG,

PPG Kohot 2,

Kumpulan PRASEKOLAH dan MATEMATIK

IPG Kampus Rajang

Bintangor,

Sarawak.

49