laporan big fasa iii 2015

17
LAPORAN AHLI JAWATANKUASA DOKUMENTASI KURSUS BINA INSAN GURU (BIG) FASA III PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN BAGI TAHUN 2015 Pada hari 15 Januari 2015 (Khamis) pukul 8 malam , kami telah mengadakan mesyuarat kali pertama bagi BIG Fasa III di cafe. Mesyuarat kali ini adalah untuk memilih Ahli Jawatankuasa bagi BIG Fasa III. Sarthishwaran A/L Rajendran sebagai pengerusi, manakala Law Xian Hern sebagai Naib Pengerusi. Chia Hui Ying pula sebagai setiausaha dan penolongnya ialah Andak Zaini A/K Chu. Sebelum bersurai, ketua mengumumkan mesyuarat kali kedua akan diadakan pada hari 19 Januari 2015 (Isnin). Mesyuarat kali kedua ini diadakan pada 19 Januari 2015 (Isnin) pukul 8 malam di Dewan Kuliah B. Encik Sarudin bin Md Amin selaku penyelaras BIG ini telah memberi taklimat BIG kepada kami semua. Taklimat tersebut tentang aktiviti BIG kali ini akan mengadakan gotong royong terhadap bencana alam di SK Ruai. Sekolah tersebut merupakan semula paling teruk dilanda banjir. Paras air paling tinggi sampai ke tingkat kedua. Untuk mendapat maklumat yang selanjutnya boleh rujuk kepada JPP yang pernah menyertai bantuan pasca bencana alam. BIG Fasa III dirancang akan mengadakan pada 26 Januari 2015 atau 1 Februari 2015. Encik juga meminta kali merancangkan satu tarikh untuk mengendalikan bengkel dan khidmat masyarakat selepas BIG. Tarikh tersebut tidak boleh mengganggu waktu kuliah. Selepas mesyuarat, semua Ahli Jawatankuasa diminta menunggu sebentar untuk mengagihkan tugasan

Upload: nandy-krishnan

Post on 03-Oct-2015

47 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

CONTOH LAPORAN BIG

TRANSCRIPT

LAPORAN AHLI JAWATANKUASA DOKUMENTASIKURSUS BINA INSAN GURU (BIG) FASA III PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN BAGI TAHUN 2015

Pada hari 15 Januari 2015 (Khamis) pukul 8 malam , kami telah mengadakan mesyuarat kali pertama bagi BIG Fasa III di cafe. Mesyuarat kali ini adalah untuk memilih Ahli Jawatankuasa bagi BIG Fasa III. Sarthishwaran A/L Rajendran sebagai pengerusi, manakala Law Xian Hern sebagai Naib Pengerusi. Chia Hui Ying pula sebagai setiausaha dan penolongnya ialah Andak Zaini A/K Chu. Sebelum bersurai, ketua mengumumkan mesyuarat kali kedua akan diadakan pada hari 19 Januari 2015 (Isnin). Mesyuarat kali kedua ini diadakan pada 19 Januari 2015 (Isnin) pukul 8 malam di Dewan Kuliah B. Encik Sarudin bin Md Amin selaku penyelaras BIG ini telah memberi taklimat BIG kepada kami semua. Taklimat tersebut tentang aktiviti BIG kali ini akan mengadakan gotong royong terhadap bencana alam di SK Ruai. Sekolah tersebut merupakan semula paling teruk dilanda banjir. Paras air paling tinggi sampai ke tingkat kedua. Untuk mendapat maklumat yang selanjutnya boleh rujuk kepada JPP yang pernah menyertai bantuan pasca bencana alam. BIG Fasa III dirancang akan mengadakan pada 26 Januari 2015 atau 1 Februari 2015. Encik juga meminta kali merancangkan satu tarikh untuk mengendalikan bengkel dan khidmat masyarakat selepas BIG. Tarikh tersebut tidak boleh mengganggu waktu kuliah. Selepas mesyuarat, semua Ahli Jawatankuasa diminta menunggu sebentar untuk mengagihkan tugasan masing-masing. Oleh sebab kekangan masa, jadi tarikh BIG Fasa III terpaksa bertunda pada hari 3 Mac 2015. Mesyuarat kali ketiga diadakan pada 25 Feburari 2015, pada pukul 8.30 malam di dewan kuliah B.Talimat tugasan BIG diberi oleh Encik Sarudin untuk membahagikan tugasan kepada AJK masing-masing. Perkara yang penting adalah menjaga penampilan, tingkah laku serta identiti sebagai seorang bakal guru semasa di sekolah. Jadi, BIG Fasa III 2015 ialah Sekolah Kebangsaan Kuala Telang di Sungai Koyan pada hari 5 Mac 2015, Hari Khamis. Kami akan bertolak pada pukul 7.30 pagi berpakaian baju IPG.Kursus Bina Insan Guru (BIG) Fasa III peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan bagi kelima-lima unit, iaitu unit Pengajian Cina, unit Pengajian Melayu, unit Pemulihan, unit Muzik, dan unit Sains telah diadakan pada 5 Mac 2015 (Khamis) di Sekolah Kebangsaan Kuala Telang yang terletak berhampiran dengan Sungai Koyan, Kuala Lipis. Pada pagi ini, kelima-lima unit telah berkumpul di Dataran Bestari, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan tepat pada pukul 7:30am. Kesemua guru pelatih lelaki diminta untuk mengangkat dan meletakkan peralatan-peralatan yang diperlukan untuk aktiviti gotong-royong, seperti kereta sorong, penyapu, berus cat, dan sebagainya ke dalam ruang penyimpanan bas IPG. Selepas siap segala persediaan, kami bertolak ke SK Kuala Telang tepat pada pukul lapan pagi dengan menaiki bas IPG dan terdapat segelintir guru pelatih yang pergi bersama-sama dengan pensyarah pembimbing dengan menaiki kereta. Oleh sebab perjalanan menuju ke SK Kuala Telang adalah agak sempit, pemandu bas adalah susah untuk menghantar kami sampai di sekolah tersebut. Guru-guru pelatih diminta untuk berjalan kaki ke sekolah berkenaan. Namun demikian, disebabkan sikap keprihatinan guru-guru SK Kuala Telang dan para pensyarah pembimbing yang sanggup memandu kereta masing-masing untuk menghantar kami ke sekolah secara bergilir-gilir, semua guru pelatih berupaya untuk sampai di sekolah dalam masa selama 25 minit. Apabila sampai di sekolah, guru-guru SK Kuala Telang mengalu-alukan kedatangan kami dengan hati yang terbuka. Selepas itu, kami telah diberi taklimat oleh Guru Penolong Kanan 1 (PK1), Encik Fazeli Bakar mengenai pembahagian tugas gotong-royong, misalnya mengecat dinding sekolah, melukis dan mewarnakan mural pada dinding yang sudah dilakar, membersihkan kelas-kelas, mengemaskan bilik sains, dan sebagainya.Selepas selesai pembahagian tugas, PK1 pun memperkenalkan guru besar SK Kuala Telang, Encik Abdul Rani bin Akob kepada para guru pelatih. Guru besar megucapkan selamat datang kepada kami dan beliau juga memberi taklimat pendek untuk memperkenalkan SK Kuala Telang. Menurut taklimat beliau, sekolah ini mempunyai 14 orang guru dan 60 orang murid. Beliau juga mengatakan bahawa suasana di SK Kuala Telang memang harmonis dan keharmonian kawasan sekolah ini menyediakan tempat pembelajaran yang kondusif dan selesa kepada murid-murid. Namun demikian, sekolah tersebut telah mengalami banjir yang teruk, iaitu aras air meningkat sampai ke tingkat atas bangunan sekolah. Selepas kejadian banjir, terdapat golongan sukarelawan yang sanggup membantu dalam pembersihan supaya suasana sekolah boleh menjadi ceria semula. Selepas taklimat daripada guru besar, guru-guru pelatih pun mula menuju ke tempat masing-masing untuk menjalankan tugas yang telah dibahagikan tadi. Kami berasa berterima kasih atas kerjasama dan bantuan yang dihulurkan oleh para guru dan staf-staf sekolah dalam menyempurnakan kerja pembersihan yang diamanahkan. Contohnya, guru-guru sekolah menolong kami untuk mendapatkan berus cat dan pengikis supaya tugas pembersihan dapat kami siapkan dengan lancar manakala pengawal sekolah tersebut juga membantu guru-guru pelatih perempuan terutamanya untuk menuangkan cat ke dalam bekas plastik yang telah disediakan. Kami juga berasa amat bersyukur atas makanan, iaitu roti, biskut, dan air yang telah disediakan oleh kantin SK Kuala Telang untuk kami. Semasa waktu rehat, kami sambil makan sambil berbual-bual. Hal ini sedikit sebanyak telah mengeratkan hubungan antara guru-guru pelatih dengan para guru SK Kuala Telang dan para pensyarah pembimbing. Tugas pembersihan selesai kira-kira pada pukul 4:40pm. Kami bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk mengemaskan barang-barang dan peralatan yang telah digunakan, menyapu sampah serta mengutip surat-surat khabar yang kotor. Kemudian, semua guru pelatih diminta berkumpul di kantin sekolah untuk majlis penutupan. Terlebih dahulu, kami mendengar ucapan daripada PK1 bagi wakil guru besar. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih dan amat bersyukur atas kerjasama yang diberikan oleh guru-guru pelatih dalam menjalankan tugas pembersihan. Gotong-royong yang diusahakan oleh semua warga sekolah dan para guru pelatih telah mengembalikan keceriaan kawasan sekolah di mana murid-murid boleh belajar dengan lebih berkesan dan efektif dengan adanya suasana yang selesa. Selepas ucapan daripada PK1, kemudian Encik Sukri bin Yaacob sebagai wakil IPG juga menyampaikan sepatah dua kata. Encik Sukri telah mengucapkan syabas kepada para guru pelatih dalam menjayakan kursus Bina Insan Guru Fasa III peringkat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan bagi tahun 2015. Beliau juga memberi motivasi dan dorongan kepada kami supaya memupuk sikap perpaduan, sikap tolong-menolong, dan nilai murni yang lain sebagai guru pada masa hadapan. Beliau merasmikan majlis penutupan bagi kursus BIG Fasa III dan setelah itu, tibalah masa untuk sesi penyampaian hadiah dan cenderamata kepada pihak-pihak yang telah banyak memberi sumbangan dalam menyempurnakan kursus BIG ini. Tambahan pula, kami juga tidak lupa mengambil gambar bersama-sama sebagai kenangan manis sebelum bersurai dan bertolak balik ke IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Pendek kata, kursus Bina Insan Guru (BIG) Fasa III peringkat IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan telah dilaksanakan oleh para guru pelatih dengan lancar di SK Kuala Telang dan kursus ini tamat pada pukul 5:40pm.

LAMPIRAN

Rajah 1: Mesyuarat kali pertama.

Rajah 2: Mesyuarat kali kedua.

Rajah 3: Encik Sarudin memberi taklimat kepada kami.

Rajah 4: Perjalanan kami ke sekolah SK Kuala Telang.

Rajah 5: Guru Besar SK Kuala Telang.

Rajah 6: Guru Penolong Kanan 1 mengagihkan tugasan kepada kami semua.

Rajah 7: Tugasan diadakan di makmal sains.

Rajah 8: Tugasan diadakan di luar pusat sumber.

Rajah 9: Melukis mural di luar bilik darjah.

Rajah 10: Mengecat di makmal sains.

Rajah 11: Menghiaskan pusat sumber.

Rajah 12: Melukis mural di luar bilik darjah.

Rajah 13: Tugas mengecat untuk hiasan.

Rajah 14: Tugas mengecat di luar.

Rajah 15: Hasil mural kami.

Rajah 16: Hasil mural yang cantik.

Rajah 17: Hasil mengecat.

Rajah 18: Hasil mural di sudut bacaan.

Rajah 19: Gambar keseluruhan BIG Fasa III bersama guru-guru SK Kuala Telang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, 6 Mac 2015 _____________________(THIAN CHUI YING)_____________________(CHOO YOONG YOONG)Ahli Jawatankuasa Dokumentasi, Kursus Bina Insan Guru Fasa Ketiga, 2015