contoh laporan big

15
REFLEKSI KENDIRI Setelah menjalani program Bina Insan Guru siri Anak Angkat ini, banyak perkara baru yang telah saya pelajari. Program ini telah berlangsung di Kampung Sg. Daun Tengah selama 3 hari 2 malam iaitu pada 13, 14 dan 15 Oktober 2011. Persiapan yang rapi telah dibuat bagi memastikan kelicinan perjalanan program ini. Perjalanan program ini sebenarnya bukan hanya pada tarikh perlaksanaan namun ianya telah bermula sejak perancangannya diatur.Terdapat beberapa kali mesyuarat dijalankan bagi mendapatkan perjalanan program yang sempurna dan menarik.Bagi projek Bina Insan Guru semester ini, saya telah dilantik menjadi ahli jawatankuasa dokumentasi di mana saya dipertanggungjawabkan untuk mengambil gambar sepanjang program berlangsung. Sebenarnya, jawatankuasa ini telah dibina sejak bulan Mei lagi. Selepas beberapa mesyuarat diadakan, akhirnya kertas kerja BIG siri IV telah dihantar pada pihak atasan untuk mendapatkan kelulusan.Disangka panas hinga ke petang, namun hujan ditengah hari, begitulah perumpamaan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan perjalanan perlaksanaan program.Segala persiapan masa terpaksa dirombak semula kerana terdapat pelbagai halangan dalam menjayakan program ini khususnya dari segi masa. Setelah menunggu dengan penuh sabar, kumpulan Pengajian Melayu P4B dan juga kumpulan Pengajian Pendidikan Khas berjaya menjalankan program selepas menerima lampu hijau dari pihak Hal Ehwal Pelajar.

Upload: nor-sharmin-mohd

Post on 05-Dec-2014

122 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

laporan big

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Laporan BIG

REFLEKSI KENDIRI

Setelah menjalani program Bina Insan Guru siri Anak Angkat ini, banyak perkara

baru yang telah saya pelajari. Program ini telah berlangsung di Kampung Sg. Daun

Tengah selama 3 hari 2 malam iaitu pada 13, 14 dan 15 Oktober 2011. Persiapan yang

rapi telah dibuat bagi memastikan kelicinan perjalanan program ini.

Perjalanan program ini sebenarnya bukan hanya pada tarikh perlaksanaan

namun ianya telah bermula sejak perancangannya diatur.Terdapat beberapa kali

mesyuarat dijalankan bagi mendapatkan perjalanan program yang sempurna dan

menarik.Bagi projek Bina Insan Guru semester ini, saya telah dilantik menjadi ahli

jawatankuasa dokumentasi di mana saya dipertanggungjawabkan untuk mengambil

gambar sepanjang program berlangsung. Sebenarnya, jawatankuasa ini telah dibina

sejak bulan Mei lagi.

Selepas beberapa mesyuarat diadakan, akhirnya kertas kerja BIG siri IV telah

dihantar pada pihak atasan untuk mendapatkan kelulusan.Disangka panas hinga ke

petang, namun hujan ditengah hari, begitulah perumpamaan yang sesuai digunakan

bagi menggambarkan perjalanan perlaksanaan program.Segala persiapan masa

terpaksa dirombak semula kerana terdapat pelbagai halangan dalam menjayakan

program ini khususnya dari segi masa. Setelah menunggu dengan penuh sabar,

kumpulan Pengajian Melayu P4B dan juga kumpulan Pengajian Pendidikan Khas

berjaya menjalankan program selepas menerima lampu hijau dari pihak Hal Ehwal

Pelajar.

Saya sebenarnya begitu teruja untuk menjalankan program ini kerana saya

ternanti-nanti pengalaman yang bakal saya perolehi.Sebelum saya pergi ke program

tersebut, saya telah membuat persediaan peribadi terlebih dahulu.Persediaan peribadi

itu sebenarnya ialah pergi mencari hadiah utuk keluarga angkat dan adik

angkat.Sebenarnya agak suakar bagi saya memeilih hadiah tanda ingatan itu kerana

saya tidak mempunyai pengalaman dalam memberi hadiah kepada keluarga

angkat.Namun begitu, saya telah mencuba seberapa yang saya mampu untuk

membelikan hadiah yang terbaik buat mereka.

Page 2: Contoh Laporan BIG

Pada 13 September, saya telah bangun dari tidur lebih awal daripada biasa

kerana begitu teruja dengan program yang bakal saya ikuti ini. Walaupun ia nampak

seperti berlebihan namun tidak mengapa kerana program ini hanya sekali seumur hidup

yang saya akan lalui. Saya telah bersiap pada jam 10 pagi dan kemudian menuju ke

kafeteria untuk bersarapan pagi terlebih dahulu. Mengikut apa yang dijanjikan kami

dekehendaki berkumpul pada jam 10.30 pagi. Namun apa yang saya dapat lihat, hanya

guru pelatih Pengajian Melayu sahaja yang telah berkumpul pada waktu itu. Saya tidak

tahu mengapa guru pelatih kumpulan Pengajian Khas masih belum menunjukkan diri

pada waktu itu.

Penungguan kami sebenarnya tidak membuahkan hasil kerana apa yang kami

tunggu tidak tiba. Yang dijanjijan sepatutnya jam 12.00 tengah hari tidak menampakkan

bayangnya. Selepas ajk pengangkutan mengenalpasti, rupanya bas tersebut

mengalami kerosakan tayar. Kami terpaksa menunggu bas sehingga jam 1.15 tengah

hari sebelum bertolak ke Kg. Sg. Daun Tengah. Sebelum bertolak, semua guru pelatih

yang beragama Islam telah bersembahyang Zohor terlebih dahulu di surau IPG

KSAH.Setelah selesai bersolat, kedua-dua kumpulan guru pelatih berganding bahu

dalam menyusun barang ke dalam bas.

Kami kemudiannya tiba di Sekolah Kebangsaan Sg. Daun Tengah pada jam 2.15

petang. Setibanya kami di sana, saya dapat melihat ramai penduduk kampung yang

telah menunggu kedatangan kami. pada saat ini saya rasa gembira kerana mendapat

Page 3: Contoh Laporan BIG

gambaran bahawa kedatangan kami sangat dialu-alukan oleh semua penduduk

kampung. kami kemudiannya telah menghadiri majlis perasmian Pembukaan program

anak angkat BIG siri IV. Perasmian pembukaan ini telah dilakukan oleh Ketua Jabatan

Hal Ehwal Pelajar, Tn Hj. Ahmad Shobri.Selesainya majlis dirasmikan, majlis diteruskan

lagi dengan penyerahan anak angkat.Pada waktu ini saya sangat berdebar kerana

perasaan saya bercampur gembira dan gementar.Akhirnya saya menerima ibu angkat

yang juga merupakan ibu tunggal.

Setelah tamat majlis perasmian, kami semua telah dibenarkan untuk pulang ke

rumah keluarga angkat masing-masing untuk beramah mesra dan bersuai

kenal.Sebelum saya pulang ke rumah mak angkat, saya telah singgah terlebih dahulu

ke rumah kakak kepada mak angkat saya.Rupa-rupanya, ramai dari kalangan keluarga

mak angkat saya terlibat dalam program BIG ini. Perkara ini menjadikan saya menjadi

keluarga angkat dengan rakan yang lain. Antara rakan yang menjadi keluarga angkat

saya ialah Amarlina, Akma, Adli, Geetha, Ain, Bahirah, Sahidah, dan juga Aini.Perkara

ini menjadikan kami sebuah keluarga angkat yang sangat besar.

Saya kemudiannya telah pergi ke rumah keluarga angkat saya. Pertama kali

saya berada di sana, saya mendapati keluarga angkat saya merpakan sebuah keluarga

yang sederhana. Adik beradik angkat saya seramai 4 orang.Kesemua mereka

merupakan lelaki.Sepasang kembar yang berusia 16 tahun bernama Azam dan

Azim.Anak ketiga mak angkat saya bernama Ejad berusia 12 tahun dan yang bongsu

Page 4: Contoh Laporan BIG

berumur 7 tahun yang digelar sebagai Baby.Saya berpeluang untuk berkenalan serba

sedikit dengan mereka kerana mereka agak malu dengan kehadiran saya.Mungkin

disebabkan mereka tidak mempunyai adik beradik perempuan.Saya juga

berkesempatan untuk melawat rumah saudara angakt saya yang berdekatan.

Saya sangat teruja kerana keluarga angkat saya mempunyai cara yang tersendiri

dari segi makan. Kawasan rumah keluarga angkat saya mempunyai empat

rumah.Setiap rumah telah menyediakan makanan dan kemudiannya makanan tersebut

dibawa le salah satu rumah untuk dimakan bersama-sama.Cara ini sebenarnya sangat

baik kerana dapat mengeratkan lagi tali silaturrahim antara keluarga.Selepas makan

malam, saya terus bergegas ke masjid untuk menunaikan soalt Maghrib seperti yang

telah dijanjikan oleh ketua program.Selesai menunaikan solat Maghrib, semua jemaah

diminta untuk membacakan surah Yasin mengikut tentatif program yang telah dibaut

oleh pihak masjid.

Selesai kami membaca Yasin dimasjid, kami digesa untuk ke sekolah kerana

pihak kantin telah menunggu kedatangan kami untuk makan malam sejak petang

lagi.Oleh itu, semua guru pelatih diminta untuk berada disekolah secepat yang

mungkin.Mujurlah masjid berhampiran dengan sekolah, dapatlah kami menghadirkan

diri disekolah sepantas yang mungkin.

Selepas itu, agenda pada malam itu ilah sesi motivasi.Semua kanak-kanak yang

berada di kampung tersebut dijemput hadir untuk menyertai sesi motivasi

tersebut.sungguh mengejutkan apabila ibu bapa kanak-kanak tersebut juga turut hadir

memberi sokongan dalam perjalanan aktiviti motivasi ini daripada ia bermula sehingga

ia tamat. Terdapat 4 aktiviti yang dijalankan iaitu motivasi tanam impian, kereta api

belon, kamil kata dan juga arigamiku. Setiap aktiviti mempunyai matlamat yang sama

iaitu memotivasikan kanak-kanak ke arah yang lebih baik.

Sebenarnya aktiviti ini bagi saya banyak memupuk kanak-kanak untuk

berkerjasama dan menambah keyakinan diri mereka. saya paling berminat dengan

aktiviti kamil kata yang dikepalai Bahirah. Aktiviti ini nampak sangat hidup dan semua

hadirin begitu ceria.Bagi aktiviti origamiku pula sangat bagus kerana dapat mearik

Page 5: Contoh Laporan BIG

perhatian kanak-kanak dengan helah yang digunakan saiful pada awal pengendalian

aktiviti.Akhirnya, aktiviti tersebut dapat menjadikan kanak-kanak insaf dan menyayangi

ibunya. Bagi pendapat saya, aktiviti kereta api belon agak membosankan kerana

pengisian yang sedikit tetapi telah memakan masa yang agak lama. Namun begitu,

saya merasa berbangga kerana rakan-rakan saya berani mencuba untuk

mengendalikan motovasi tersebut.

Selesai aktiviti motovasi, kami kemudiannya diarahkan untuk membina

khemah.Berikutan pada siangnya kami tidak dapat mendirikan khemah, kami diminta

untuk mendirikannya walaupun pada waktu malam.Kedudukan khemah guru pelatih

lelaki dan perempuan di asingkan namun kedudukannya tidaklah begotu jauh. Sewaktu

proses pemasangan khemah dilakukan, terdapat pelbagai kejadian yang berlaku. Salah

satunya ialah khemah perempuan tidak dapat dipasang dikawasan yang telah diberikan

pada waktu awal kerana terdapatnya rumah semut api dikawasan tersebut. perkara ini

membimbangkan kerana dikhuatiri guru pelatih akan mengalami kecederaan jika

kawasan khemah tidak diubah. Akhirnya kata sepakat talah diambil dengan mengubah

kawasan khemah perempuan di kawasan asal khemah lelaki dan kemudiannya

kawasan khemah lelaki beralih ke tempat parkir kereta berhampira pos pengawal

keselamatan.

Page 6: Contoh Laporan BIG

Selain itu, masalah lain yang hadir dalam proses pembinaan khemah ialah

masalah khemah yang rosak. Ketika khemah ini hendak dipasang, didapati 2 khemah

telah patah alangnya.Berkemungkinana lanag tersebut telah patah sejak di IPG

lagi.Mungkin disebabakan tersalah pandang, khemah ini telah disemak secara sambil

lewa.Namun begitu, kerosakan khemah ini tidak memberi penghalang. Ahli khemah

yang rosak kemudiannya dibahagikan kepada khemah-khemah yang lain. namun, tidak

disangkan guru pelatih lelaki telah bermurah hati dengan memberikan khemah mereka

kepada guru pelatih perempuan. Bagi saya sikap prihatin dan bertanggunggjawab inilah

yang perlu ada dalam setiap diri bakal guru.Selain itu, saya juga mendapat pengalaman

yang baru dalam mendirikian khemah pada waktu malam.Aktiviti ini sangat mencabar

bagi saya kerana memerlukan ketelitian yang tinggi.Setelah selesai mendirikan

khemah, semua guru pelatih telah diberikan tugas untuk menjadi pengawal secara

bergilir-gilir.

Pada 14 September 2011, seawal jam 6 pagi lagi saya dapati ramai keluarga

angkat telah datang untuk mengambil anak angkat masing-masing. Pemerhatian saya

mendapati, kesan daripada pemergian guru pelatih terlalu awal mengakibatkan

makanan untuk sarapan pagi mempunyai banyak lebihan.Saya telah ke rumah keluarga

angkat agak lewat sedikit memandangkan keluarga angkat telah memberikan saya

mptor untuk memudahkan pergerakan saya ke sekolah. Oelh itu, saya telah mengambil

keputusan untuk ke rumah keluarga angkat lewat sedikit memandangkan saya agak

kasihan melihat mak cik kantin yangtelah penat menyediakan makanan untuk kami.

Saya kemudiannya ke rumah keluarga angkat.Memandangkan keluarga angkat

saya merupakan ibu tunggal, saya tidak mempuyai anganan yang tinggi untuk ke mana-

mana.Namun, mak angkat saya sungguh baik hati kerana dengan ikhlas membawa

saya mengenalai dunianya.Pada awal pagi lagi saya sudah dibawa ke pasar

jumaat.Kami telah membeli barangan dapur untuk dimasak pada hari tersebut, tidak

saya jangkakan bahawa mak angkat saya membelikan saya gelang tangan dan juga

gelang kakai.Pada awalnya saya menolak namun akhirnya saya menerima

memandangkan beliau bersungguh-sungguh untuk membelikannya sebagai tanda

kenangan.

Page 7: Contoh Laporan BIG

Saya kemudiannya menolong mak serta mak cik angkat saya menyediakan

makanan tengahari dan juga menyediakan bahan untuk dibuat laksa.Ketika ini saya

mengambil kesempatan untuk mengenal dengan lebih rapat lagi keluarga angkat

saya.Menurut pandangan saya, mak angkat saya seorang yang banyak memberi

nasihat. Beliau sering bercerita tentang pengalamannya dan masih segar di ingatan

bagaimana beliau menceritakan perihal orang Melayu zaman kini. Bagi saya, mak

angkat saya seorang yang berjiwa patriotik dan sayangkan bangsanya sendiri.Selain

itu, pada saat ini saya rasa begitu terharu dengan layanan yang diberikan kerana

meraikan saya dengan begitu sekali.Saya membantu mereka menyiapkan makanan

dan kemudiannya membawa makanan tersebut ke rumah makcik angkat.Pengalaman

makan bersama-sama menjadikan hubungan kami bertambah erat.

Setelah memerah keringat membantu keluarga angkat, saya kemudiannya

berpeluang bersiar-siar disekitar Yan.Saya sangat terharu memandangkan mak angkat

saya merupakan ibu tunggal dan tidak mempunyai kereta.Namun disebabkan meraikan

saya, beliau dan adiknya telah berpakat untuk membawa saya dan Amarlina berjalan-

jalan.Keluarga angkat telah membawa kami ke Air Terjun Titi Hayun untuk bermandi-

manda. Rupa-rupanya saya bertemu dengan rakan lain di Titi Hayun.mereka juga

dibawa oleh keluarga angkat masing-masing untuk berkelah.

Setelah kami berada di Titi Hayun, kami kemudiannya di bawa ke rumah Budi

kerana ingin melawat adik angkat saya disana.Pengalaman berjumpa adik angkat di

rumah Budi merupakan satu pengalaman yang berlainan.Adik angkat saya begitu

peramah walaupun kami baru berjumpa dalam masa yang sangat singkat. Saya

bertekad perjumpaan itu bukan kali terakhir antara kami dan saya pasti akan

mengekalkan ikatan silaturahim antara kami. Kami kemudiannya dibawa ke pantai

Murni.Namun disebabkan pembaikpulihan sedang dijalankan di pantai tersebut, kami

tidak berpeluang untuk makan ABC yang telah diceritakan keenakannya.

Page 8: Contoh Laporan BIG

Selepas itu keluarga angakat terus membawa kami ke Pulau Bunting.

Pengalaman disana merupakan pengalaman yang baru bagi saya kerana sebelum ini

saya pernah ke Yan namun saya hanya dapat melihat Pulau bunting dari jauh sahaja.

Namun segala persoalan di fikiran terungkai apabila Pulau Bunting didepan

mata.Pemandangan disana begitu cantik dan saya dapat melihat ramai kaki pancing

datang untuk memancing disana.Namun begitu keindahan tersebut telah banyak

tercemar dengan gejala sosial yang tidak dibendung dengan baik.Saya dapat melihat

bagaimana anak muda keluar masuk pulau bunting dengan sewenang-wenangnya

tanpa batasan lelaki dan perempuan.Perkara ini sememangnya sangat

mengecewakan.Menurut mak angkat saya, kawasan Pulau Bunting yang dulunya

antara tempat pelancongan kini telah menjadi sarang maksiat bagi anak-anak

muda.Saya berdoa semoga anak muda yang baru mengenal usia itu dapat berubah.

Setelah penat berjalan kami kemudiannya pulang semula kerumah mak angkat.

Saya kemudiannya telah ke sekolah pada jam 8.45 malam. Pada malam itu

mengikut tentatif program akan berlangsungnya sesi refleksi sesama guru pelatih.

Setelah semua guru pelatih berkumpul, sesi refleksi itu kemudiannya dijalankan dengan

pantauan pensyarah.Sewaktu sesi refleksi dijalankan, banyak kisah yang tidak

terjangkau fikiran telah diluahkan.Majoroti luahan refleksi itu menceritakan tentang

kehebatan dan kebaikan keluarga angkat dalam melayan kerenah kami semasa berada

di kampung.sesi itu sebenarnya banyak memberi kesedaran kepada guru pelatih sama

Page 9: Contoh Laporan BIG

ada secara sengaja atau tidak sengaja. Tamat sesi itu, kami kemudiannya diminta

untuk membantu penduduk kampung bergotong-royong untuk majlis keesokan harinya.

Pagi 15 September saya telah bangun awal kerana banyak persiapan yang

harus saya lakukan memandangkan pada hari tersebut merupakan hari terakhir saya

berada di kampung tersebut.pagi itu saya menyempatkan diri untuk ke rumah keluarga

angkat memandangkan keluarga angkat datang mencari saya di sekolah semata-mata

untuk membawa saya pulang bersarapan dengan mereka di rumah. Sebagai tanda

penghargaan dan menghormati keluarga angakat, saya telah mengambil sedikit ruang

dan masa untuk ke rumah keluarga angkat semula.Hanya itu yang saya mampu untuk

membalas keikhlasan mereka kepada diri saya.

Selepas bersarapan pagi, semua guru pelatih telah bergerak menuju tempat

tugasan masing-masing menikut agihan yang diberikan.Kami telah dibahagikan kepada

dua bahagian iaitu bahagian sekolah dan bahagian masjid.Memandangkan saya ajk

dokumentasi, saya telah dipertangunggjawabkan untuk mengambil gambar segala

aktiviti yang dijalankan disekolah.Antara aktiviti yang dijalankan iala gotong-royong

memasak, mengajar kawad kaki, pertolongan cemas dan juga ikatan.Setiap guru

pelatih telah dibahagikan tugas mengikut kepakaran masing-masing. Sebagai ajk

dokumentasi, saya bukanlah hanya mengambil gambar, namun saya juga turut

membatu rakan yang lain sekiranya saya mampu untuk membantu.

Page 10: Contoh Laporan BIG

Pada jam 11.00 pagi, ketibaan Tuan Pengarah IPG kampus Sultan Abdul Halim

menjadikan semua hadiran masuk ke dalam dewan. Tuan Pengarah telah singgah ke

program ini bagi merasmikan majlis penutupan program BIG siri IV ini.Selesai majlis

penutupan, guru pelatih dan keluarga angkat dijemput untuk naik ke atas pentas bagi

penyerahan semula anak angkat kepada pihak IPG.Tugas sesi ini agak sukar kerana

saya perlu mengambil gambar setiap keluarga angkat.Ketika itu, saya menghadapi

masalah kehabisan bateri kamera saya.Mujurlah adanya Tamil untuk memberi pinjam

kameranya.Masalah saya selesai disitu.

Semua hadirin kemudiannya dijemput untuk makan tengahari.Semua guru peltih

mengambil peluang untuk bersama keluarga angkat masing-masing sebelum sesi

perpisahan.Saya juga turut serta untuk bersama-sama keluarga angkat.Kami telah

makan bersama-sama.Banyak juga perkara yang kami bincang dan bualkan.Setelah

selesai makan, semua guru pelatih diminta untuk bergotong-royong membersihkan

kawasan sekolah yang telah digunakan.Saat ini, kesabaran yang tinggi amat diperlukan

kerana semua guru pelatih agak penat dan masing-masing ingin melayan keluarga

angkat.Mujurlah dengan adanya fikiran yang waras serta arahan dari ketua yang jelas,

semua guru pelatih dapat menyelesaikan tugas terakhir dengan pantas.

Page 11: Contoh Laporan BIG

Akhirnya tamat episod guru peltih P4B dan P4F di Sekolah Sg. Daun Tengah.

Episod terakhir ini merakamkan pelbagai gaya dan paparan perpisahan antara guru

pelatih dan keluarga angkat. Ada yang menangis kesedihan kerana berpisah dan ada

juga yang gembira kerana berpeluang untuk merasai kemanisan tinggal di Kg. sg. Daun

Tengah. Segala memori di Program BIG ini akan sentiasa tersemat dilubuk hati anak

P4B dan P4F hendaknya.