laporan 4s big

18
6.0 LAPORAN PROGRAM SAYANGI KAWASAN SEKOLAH SK JASIN 2014 1.0 TUJUAN Program ini bertujuan agar murid-murid memahami reliti persekitaran dan bertindak balas terhadapnya dengan pemupukkan ilmu dan kemahiran secara rohaninya dalam diri murid-murid agar sentiasa bersedia menjalankan khidmat bakti di sekolah tidak kira masa. Penerapan nilai ini juga dipupuk mulai dari awal lagi agar murid- murid sedar akan kepentingan membantu dan bekerjasama di dalam komuniti sekolah agar perhubungan di antara warga sekolah lebih baik dengan penghayatan nilai kerohanian , beretika dan berakhlak mulia. Disamping itu, usaha membina pemikiran yang positif juga diberikan perhatian dengan memberi peluang murid mempamerkan kebolehan dan disiplin diri yang tinggi. 2.0 LATARBELAKANG Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan sebuah program yang diwajibkan kepada setiap peserta Program

Upload: yonz-aliati

Post on 02-Oct-2015

265 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

6.0LAPORAN

PROGRAM SAYANGI KAWASAN SEKOLAHSK JASIN 2014

1.0 TUJUAN

Program ini bertujuan agar murid-murid memahami reliti persekitaran dan bertindak balas terhadapnya dengan pemupukkan ilmu dan kemahiran secara rohaninya dalam diri murid-murid agar sentiasa bersedia menjalankan khidmat bakti di sekolah tidak kira masa. Penerapan nilai ini juga dipupuk mulai dari awal lagi agar murid-murid sedar akan kepentingan membantu dan bekerjasama di dalam komuniti sekolah agar perhubungan di antara warga sekolah lebih baik dengan penghayatan nilai kerohanian , beretika dan berakhlak mulia. Disamping itu, usaha membina pemikiran yang positif juga diberikan perhatian dengan memberi peluang murid mempamerkan kebolehan dan disiplin diri yang tinggi.

2.0 LATARBELAKANGProgram Bina Insan Guru (BIG) merupakan sebuah program yang diwajibkan kepada setiap peserta Program Pensiswazahan Guru (PPG), khususnya guru-guru mengikuti PPG di Institusi Pendidikan Guru (IPG). Program ini dibina selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru bagi membina semula kekuatan dan ketahanan diri guru melalui aktiviti-aktiviti dan modul yang dijalankan. Program yang dinamakan Program Sayangi Kawasan Sekolah ini dirancang untuk dilaksanakan bagi memberikan pendedahan yang khusus kepada murid-murid tentang kepentingan memelihara persekitaran sekolah dan usaha membantu dan bekerjasama di dalam komuniti sekolah agar perhubungan di antara warga sekolah lebih baik dengan penghayatan nilai kerohanian , beretika dan berakhlak mulia.

3.0 OBJEKTIF

Program Bina Insan Guru ini mempunyai 4 objektif utama dalam pelaksanaannya. Melalui program ini, pelajar diharapkan akan dapat mencapai objektif seperti yang berikut : 6.1. Memberi pendedahan kepada murid-murid menegnai konsep sepunya dalam komuniti sekolah6.2. Untuk menyemaikan sikap berdisiplin dan bertanggungjawab serta berperananan sebagai warga sekolah yang berguna kepada komuniti sekolah.6.3. Memberikan peluang kepada murid-murid dan guru-guru berkerjasama danmelakukan aktiviti dengan semangat dan suasana muhibah.6.4. Memberikan kesedaran kepada murid-murid untuk menjadi warganegara yang prihatin, cemerlang dan seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Intelektual dan Spiritual dengan nilai-nilai kerohanian yang baik terhadap aktiviti komuniti sekolah..4.0 TEMPOH PROGRAM Program ini diadakan pada: Tarikh: 16 Ogos 2014 ( Sabtu ) Masa: 8.00-5.00 petangTempat: SK Jasin

5.0 PENYERTAAN

Program ini disertai seramai 20 orang murid-murid Tahun 4 dan Tahun 5 dengan kerjasama mahasiswa daripada Pelajar Progam Pensiswazahan Guru ( PPG )IPGMK Pendidikan Islam & IPGMK Perempuan Melayu Melaka Ambilan JUN 2011.

6.0 ATURCARA PROGRAM

16 OGOS 2014 (SABTU)HARI/TARIKH/MASAAKTIVITICATATAN/ Tindakan

SABTU 16/08/2014

7.15 pagi

7.30 pagi

8.00 pagi

8.15 pagi 10.15 pagi

10.15 pagi 10.45 pagi

10.45 pagi 12.45 tgh

12.45 tgh 2.30 ptg

2.30 ptg 4.30 ptg

4.30 ptg 5.00 ptg

5.00 ptg

Murid-murid berkumpul di Dewan Mutiara

Taklimat oleh urus setia.

Pembahagian kumpulan bertugas

Sesi Tugasan 1

Rehat

Set Tugasan 2

Rehat / Solat Zohor

Set Tugasan 3

Pengurusan PeralatanRumusan / Penutup

Bersurai

Urusetia

Abd Karim bin Yaakop Azlina bt Sarpan Norfadzillah bt Abu

Azura Bt. Fauzi Siti Shamila bt Mohd Shariff

Rahayu Bt Abu Kasim Safri Bin Ramlan

Ruzman Bin Abdul Wahab

Noraini Bt. MaskorAslida bt Md Latha

Suasrizan bin SaringMat Zulkifli Ngah

Semua AJK/Murid-Murid

7.0 SUMBER KEWANGANPerbelanjaan ditanggung oleh pihak Sekolah Rendah Arab JAIM Selandar dengan menggunakan peruntukan :

1. PCG Teras Pendidikan Islam 2. Kutipan Sumbangan dari guru-guru IPG PPG

8.0JAWATANKUASA PROGRAM

Penaung: Tn Hj Abbas bin Aman ( Guru Besar SK Jasin)Penasihat: En Mohamad Nor bin Haron ( Mentor pelajar PPG )

Pengerusi: Abd. Karim Bin YaakobTimbalan Pengerusi: Azlina Bt SarpanSetiausaha: Norfadzillah bt Hj AbuTimbalan Setiausaha: Safri Bin AbuBendahari: Siti Shamila bt Mohd ShariffTimbalan Bendahari: Rohayu Bt Abu Kasim

JK Jamuan Norhafiza Bt. Mat Hassan

JK Peralatan dan Persiapan Tempat Mat Zulkifli bin Ngah Wahida Bt Waris Adilah Bt Abd. Wahid Suasrizan bin Saring

JK Kebajikan dan Keselamatan Abd Karim Bin Yaakop

JK Protokol/ Tugas-tugas khas dan Cenderahati / Hadiah Aslida Bte Md. Latha Azura Bt Fauzi Rahayu Bt Abu Kasim Aliati Khairulnisyak binti Ismail

JK Aktiviti Safri Bin Abu

JK Dokumentasi / Pencatat Azura Bin Fauzi

8.0 MASALAH / BATASAN

Perjalanan program baik, namun kekangan masa menjadi penghalang untuk kelancaran program. Walau bagaimanapun, keadaan persekitaran sekolah yang baru sahaja hujan di samping kekurangan peralatan gotong royong menjadi halangan

9.0 CADANGANDiharapkan pada masa akan datang program sebegini dapat dijalankan dengan memperuntukkkan masa yang agak panjang supaya segala aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan secara teratur dan lebih berkesan kepada peserta.

10.0 GAMBAR AKTIVITI

Sesi taklimat program: pembahagian kumpulan mengikut fasilitator

Pengasingan barangan kitar semula

Aktiviti tanaman pokok di persekitaran sekolah

Menanam pokok berdaun di persekitaran sekolah

Aktiviti melukis mural di dinding sekolah

Aktiviti mengecat surau dan menceriakan Surau Al Husna

S

11.0PENUTUP

Pelaksanaan Program Sayangi Kawasan Sekolah ini diharapkan dapat melahirkan murid-murid yang mempunyai semangat membantu dan bekerjasama di dalam komuniti sekolah agar perhubungan di antara warga sekolah lebih baik dengan penghayatan nilai kerohanian , beretika dan berakhlak mulia. keyakinan diri yang tinggi, berketerampilan, berinovatif serta mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan jitu dalam membentuk generasi pendidik yang lebih cemerlang dalam semua aspek. Dengan adanya program seperti ini juga, adalah diharapkan pelajar akan memahami nilai- nilai pentingnya mempunyai kekuatan mental yang tinggi dan konsisten dalam menangani arus pendidikan yang semakin mencabar pada masa kini.

LAPORAN INI DISEDIAKAN OLEH :( Norfazillah bt Hj Abu)

7.0REFLEKSI

Syukur kehadrat Illahi, dengan limpah kurniaNya akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan BIG 4 ini dengan jayanya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing En Mohamad Nor Bin Haron, rakan-rakan serta keluarga tercinta kerana memberikan galakan dan dorongan dalam melaksanakan tugasan ini.Saya telah berjaya melaksanakan program Sayangi Kawasan Sekolah di Sekolah Kebangsaan Jasin. Kami melaksanakan beberapa aktiviti dalam satu program. Program ini melibatkan 20 orang murid tahap 2 iaitu murid-murid tahun 4 dan tahun 5. Pertama, kami melaksanakan aktiviti tanaman berpasu iaitu menanam pokok pokok di sekeliling kawasan sekolah. Dalam program ini kami berfungsi sebagai fasilitator memberikan bimbingan dan panduan dalam menjalankan akitiviti. Kedua, kami melaksanakan keceriaan di surau Al Husna dengan mengecat dn menceriakan surau. Saya bertindak sebagai setiausaha dalam jawatankuasa program tersebut. Saya telah menyediakan kertas cadangan program, surat panggilan mesyuarat,menyediakan minit mesyuarat serta membantu ahli jawatakuasa yang lain merancang aturcara program yang akan dijalankan.

Idea menggabungkan pelajar PPG IPG Kampus Permpuan Melayu dan Pendidikan Islam ini datang dari rakan PPG saya iaitu Pn. Aslida Md. Latha. Beliau mencadangkan kepada saya supaya menjalankan program bersama sama. Memandangkan, Program BIG yang perlu dijalankan adalah sama bagi semua IPG maka saya pun bersetuju dengan cadangan beliau.Dengan gabungan ini, bertambahlah tenaga kerja yang dapat digunakan untuk kelancaran program.

Kami telah berjaya merancang dan mengurus perjalanan program dengan lancar. Terima kasih kepada rakan PPG yang banyak memberikan kerjasama dalam menjayakan program yang sangat berguna kepada pelajar pelajar. Perjalanan program baik, namun kekangan masa menjadi penghalang untuk kelancaran program. Jika masa yang agak panjang dapat digunakan, segala aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan secara teratur dan lebih berkesan kepada peserta.

Dari mula pelaksanaan hingga acara penutup program. Pelbagai masalah dan halangan telah saya hadapi. Antaranya, masalah kewangan yang perlu difikirkan untuk melaksanakan program ini. Melalui perbincangan yang telah dibuat, kami telah bersepakat dan bersetuju untuk menyumbang sebanyak RM 20 seorang bagi menampung kos program. Alhamdulillah, memandangkan program ini dilaksanakan di sekolah saya , maka pihak sekolah juga turut sama menyumbang dana melalui peruntukan untuk program 3K. Memandangkan program keceriaan 3K ini merupakan projek sekolah maka program yang dianjurkan oleh kami sangat bertepatan dengan kehendak sekolah. Dengan adanya program ini ia sebenarnya memberikan impak yang positif sebagai seorang guru dalam diri saya iaitu bagaimanakah cara untuk melahirkan murid-murid mencintai alam dengan mengamalkan konsep kebersihan dan keceriaan Bagaimanapun, melalui program ini saya dan rakan-rakan telah memilih aktiviti gotong royong dikawasan sekolah seperti mengecat dan menceriakan surau Al Husna, menceriakan kawasan sekolah dengan lukisan dinding iaitu mural, aktiviti penanaman pokok-pokok dan mengumpul barangan kitar semula.

Setelah saya menyiapkan tugasan ini, saya memperoleh pelbagai ilmu berkaitan dalam melaksanakan program. Kini saya juga telah mengetahui cara menangani dan mengurus sesuatu program.

Saya juga menyedari bahawa, setiap pelaksanaan tugasan memerlukan perancangan dan pengurusan yang tersusun yang bersesuaian dengan situasi agar menghasilkan program yang berkesan dan efektif. Oleh itu, saya sebagai guru perlulah peka dengan meningkatkan ilmu pengetahuan untuk mengetahui kaedah manakah yang bersesuaian dalam mendapatkan keputusan dan jalan penyelesaian yang terbaik.

Disediakan oleh:Fadzilllah..Norfadzillah binti Hj Abu821120-04-5368PPG/PRA 7.13 (B)