laporan big fasa 4

11
REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 4 DISEDIAKAN OLEH : POO SUE CHING KUMPULAN : T2MT3 Kembara sosial dan khidmat masyarakat merupakan merupakan tema bagi Program Bina Insan Guru Semester Empat. Pada BIG kali keempat semester 4 ini adalah satu program anak angkat. Dalam program ini, kami semua dikehendaki untuk berinteraksi dengan keluarga angkat yang telah dibahagikan. Sepanjang program ini dijalankan, setiap keluarga akan mempunyai 2 hingga 4 orang anak angkat, iaitu kami. Dalam BIG kali ini, kami telah memilih sebuah kampung yang bernama Kampung Hilir, Merbok di negeri Kedah untuk menjalankan program ini. Program ini akan dijalankan selama 3 hari 2 malam, iaitu dari 7 september hingga ke 9 september 2012. Pada 7 September 2012, kami bertolak dari institut ke Kampung Hilir pada tepat pukul 10 pagi dengan menaiki sebuah bas, sebuah coster dan juga sebuah van. Kami sebanyak 67 orang mahasiswa guru yang terdiri daripada 3 kelas Matematik.

Upload: ginny-elf

Post on 12-Dec-2014

135 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

laporan

TRANSCRIPT

Page 1: laporan BIG FASA 4

REFLEKSI BINA INSAN GURU FASA 4

DISEDIAKAN OLEH : POO SUE CHING

KUMPULAN : T2MT3

Kembara sosial dan khidmat masyarakat merupakan merupakan tema bagi

Program Bina Insan Guru Semester Empat. Pada BIG kali keempat semester 4 ini

adalah satu program anak angkat. Dalam program ini, kami semua dikehendaki

untuk berinteraksi dengan keluarga angkat yang telah dibahagikan. Sepanjang

program ini dijalankan, setiap keluarga akan mempunyai 2 hingga 4 orang anak

angkat, iaitu kami. Dalam BIG kali ini, kami telah memilih sebuah kampung yang

bernama Kampung Hilir, Merbok di negeri Kedah untuk menjalankan program ini.

Program ini akan dijalankan selama 3 hari 2 malam, iaitu dari 7 september hingga ke

9 september 2012. Pada 7 September 2012, kami bertolak dari institut ke Kampung

Hilir pada tepat pukul 10 pagi dengan menaiki sebuah bas, sebuah coster dan juga

sebuah van. Kami sebanyak 67 orang mahasiswa guru yang terdiri daripada 3 kelas

Matematik.

Semasa sampai di sana, kami berkumpul terlebih dahulu dan bertemu

dengan pensyarah kami. Kemudian, kami masing-masing mengambil barang sendiri

dan masuk ke kampung tersebut dengan berjalan kaki kerana bas tidak dapat

memasuki kampung tersebut. Sesampai di kampung tersebut, saya berasa terkejut

kerana disambut dengan meriah dan mesra oleh penduduk kampung. Mereka

menyambut kami dengan menggunakan kompang. Selepas itu, kami sampai di

dewan kampung tersebut dan menjamu selera yang telah disediakan oleh penduduk

kampung tersebut. Walaupun kami baru saja sampai, tetapi saya berasa amat

Page 2: laporan BIG FASA 4

gembira kerana semua penduduk kampung amat mesra dan melayan kami dengan

baik. Selepas siap menjamu selera kami berada di dalam dewan untuk mendengar

taklimat daripada beberapa pihak yang terlibat seperti pensyarah yang bertugas iaitu

En.Mat Salleh, ketua kampung dan sebagainya. Kemudian, sesi perkenalan dengan

ibu bapa angkat dimulakan. Nama-nama ibu bapa angkat dan anak angkat disebut

dan kemudian kami keluar untuk bersalam dengan ibu bapa angkat baru kami.

Apabila semua anak angkat telah mendapat keluarga angkat masing-masing, kami

pun berangkat ke tapak perkhemahan yang telah disediakan untuk mendirikan

khemah. Dalam program ini, kami dikehendaki untuk tinggal dalam khemah dan

bukan tinggal bersama keluarga angkat. Selepas siap mendirikan khemah, kami

diberikan kebenaran untuk mengikut keluarga angkat melakukan aktiviti masing-

masing.

Saya dan 2 orang lagi rakan saya iaitu, Wai Shee Yen dan Owi wei Ping pun

mengikut keluarga angkat kami untuk berjalan-jalan di sekeliling kampung dan kami

dibawa untuk makan di sebuah kedai yang berdekatan dengan laut. Pengangkutan

yang membawa kami ialah teksi ayah angkat saya. Pada mulanya, semasa bertemu

dan mengenali ibu bapa angkat saya, saya mendapati kami mempunyai sedikit

halangan semasa berkomunikasi mereka. Ini disebabkan saya dan rakan-rakan saya

adalah bangsa cina dan kami tidak fasir dalam bahasa kedah yang dituturkan. Tetapi

selepas beberapa kali berkomunikasi dengan mereka akhirnya kami dapat

berkomunikasi dengan baik selepas sudah biasa dengan bahasa yang digunakan.

Dalam perjalanan berjalan-jalan, ibu bapa angkat saya memperkenalkan diri mereka

dan melalui perbualan kami, saya dapat rasakan ibu bapa angkat saya adalah orang

yang peramah dan mesra. Selain dari ibu bapa angkat, saya juga mempunyai adik

angkat yang baru iaitu cucu ibu bapa angkat saya.

Page 3: laporan BIG FASA 4

Pada malam hari pertama tersebut kami perlu berkumpul di dewan kampung

tersebut untuk menjalankan aktiviti bersama pensyarah dan rakan-rakan lain. Oleh

itu, selepas berjalan-jalan dan meluangkan masa bersama keluarga angkat, pada

tepat pukul 9 malam saya dan rakan saya berjalan dari tapak perkhemahn ke dewan

tersebut. Kami telah menjalan pelbagai aktiviti yang menarik yang diketuai oleh En.

Mat Salleh. Saya sukakan semua aktiviti yang dijalankan terutamanya aktiviti yang

perlu imaginasi dan menggunakan anggota badan untuk membina sebuah

kenderaan masa hadapan. Dalam aktiviti ini, saya dapat lihat kerjasama diantara ahli

kumpulan untuk membentuk satu bahan dan juga kreativiti tersendiri. Melalui bahan

yang direka, saya juga mendapati semua ahli mempunyai kreativiti sendiri dan

semua mempersembahkan idea mereka dengan menarik dan kreatif sekali. Saya

bermain dengan gembira pada malam tersebut. Pada pukul 11 malam kami pun

pulang ke khemah masing-masing dan berehat. Hari pertama saya berlalu dengan

begitu cepat dan saya berasa ia adalah hari yang bermakna. Saya telah mempunyai

sebuah keluarga angkat yang baru dan layan saya dengan baik. Walaupun kami

mempunyai sedikit masalah dalam komunikasi tetapi saya tetap berasa gembira dan

sukakan keluarga angkat saya.

Pada hari kedua pula, kami perlu mengikut keluarga angkat kami untuk

menjalankan aktiviti seperti mengikut mereka bekerja sama ada menanam, menoreh

getah dan sebagainya. Manakala saya pula mengikut keluarga angkat saya ke kedai

untuk membeli bahan untuk kegunaan jamuan yang akan diadakan pada malam

tersebut. Kami menaiki teksi ayah angkat saya untuk ke kedia tersebut. Kami

menolong mak angkat untuk memilih ikan yang akan digunakan. Selain itu, mak

Page 4: laporan BIG FASA 4

angkat juga telah membeli makanan ringan yang tidak pernah saya makan untuk

saya dan rakan saya. Selepas siap membeli barang, kami terus ke dewan untuk

meletakkan bahan-bahan yang dibeli. Disebabkan oleh hujan yang lebat dan dewan

tersebut telah dibanjiri dengan air dan kami perlu menolong ibu angkat untuk

membersihkan dewan yang akan digunakan. Saya dan rakan saya berusaha

membersihkan dewan tersebut dan bergegas ke rumah keluarga angkat untuk

aktiviti seterusnya. Disebabkan oleh hari raya belum tamat dan terdapat jamuan hari

raya, kami dibawa ke jamuan tersebut untuk menjamu selera dan merasai suasana

hari raya. Sesampai disana, kami mendapati terdapat pelbagai jenis makanan yang

sedap. Kami merasai banyak jenis makanan juga. Saya berasa gembira dapat

merasai suasana yang begitu ceria dan meriah. Semua penduduk kampung juga

kelihatan mesra. Saya berasa suka hati kerana mempunyai peluang ini. Selain itu,

ibu bapa angkat kami kelihatan gembira apabila memperkenalkan kami kepada

kawan-kawannya. Ini menyebabkan saya berasa senang hati dan terharu kerana

mereka sukakan kami. Saya tidak pernah terfikir bahawa ayah dan mak angkat saya

bergitu gembira akan kedatangan kami dalam keluarga mereka. Saya dapat merasai

yang mereka telah menganggap kami adalah anak mereka. Saya dapat merasai

kasih sayang mereka terhadap saya dan rakan saya walaupun kami hanya kenal

untuk masa yang pendek.

Selepas pulang dari jamuan tersebut, pada pukul 2

tepat, semua penduduk kampung dan anak-anak angkat iaitu kami datang ke dewan

yang telah dibersihkan oleh saya dan rakan saya untuk membantu mereka

Page 5: laporan BIG FASA 4

menyediakan jamuan pada malam tersebut. Kami bekerjasama untuk mengupas

bawang, memotong sayur, menyediakan bahan yang diperlukan dan sebagainya.

Saya berasa seronok apabila mempunyai peluang untuk bermasak dan meyediakan

jamuan bersama-sama kerana tidak pernah mengalaminya sebelum ini. Selepas

hampir siap semua kerja, kami mulakan perbincangan dalam kumpulan untuk

persembahan pada malam tersebut untuk penduduk kampung. Kumpulan saya

bercadang untuk mempersembahkan lakonan yang berkaitan kehidupan kami di

kampung tersebut. Pada malam tersebut kami makan bersama-sama dan membuat

persembahan. Semua persembahan yang disembahkan amat menarik. Selepas

jamuan tamat, kami mula mengemas dewan dan membasuh pinggan mangkuk yang

digunakan. Pada malam tersebut, mak angkat saya bersembang-sembang bersama-

sama kami sampai tengah malam kerana kami akan pulang pada keesokkan

harinya. Saya dapat merasakan ibu angkat saya tidak ingin kami pulang, begitu juga

dengan saya.

Page 6: laporan BIG FASA 4

Pada hari ketiga dan juga

adalah hari terakhir kami di Kampung hilir bersama keluarga angkat kami. Selepas

siap membersihkan tapak perkhemahan dan bersarapan, kami berkunjung ke rumah

keluarga angkat saya untuk berucap dan bersalam-salam dengan mereka serta

mengambil gambar buat kenangan bersama mereka. Saya berasa keberatan hati

untuk menamatkan hubungan yang telah dibina dalam masa 3 hari ini. Tetapi

walaubagaimana pun, saya tetap perlu pulang ke institut dan tidak dapat terus

tinggal disini. Selepas mengambil gambar, saya dan rakan saya pergi ke dewan dan

bersedia di dewan untuk perasmian penutupan dan memberikan hadiah kenangan

kepada keluarga angkat kami. Kami juga menangkap gambar bersama-sama

mereka. Kami juga diberi bunga telur sebagai kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Selepas itu, kami menjamu selera buat kali terakhir bersama-sama penduduk

kampung. Kemudian, kami mangangkat barang masing-masing dan berjalan ke luar

kampung untuk menaiki bas yang telah menunggu kami. Sesampai di sana, kami

letakkan bag-bag kami diatas bas dan kemudian berbaris untuk bersalam-salaman

dengan semua penduduk kampung. Saya juga berpeluk-peluk mak angkat saya

kerana keberatan untuk meninggalkannya. Kami saling maaf bermaafan jika

membuat apa-apa yang menyinggung perasaan. Saya memberitahu mak angkat

dan ayah angkat yang saya suka tinggal dengan mereka dan mereka minta kami

Page 7: laporan BIG FASA 4

untuk pulang menziarahi mereka apabila mempunyai masa. Dengan perasaan yang

keberatan dan sedikit kesedihan kami semua berangkat pulang ke institut. Saya

mendapat hadiah daripada keluarga angkat saya dan pada hari terakhir ini, saya

berasa tidak sampai hati untuk meninggalkan kampung dan keluarga angkat saya.

Tetapi tidak kira apa jua pun akhirnya kami juga tetap perlu meninggalkannya.

Page 8: laporan BIG FASA 4

Sepanjang program ini dijalankan, saya berasa amat gembira dan sukakan

kehidupan di kampung tersebut. Semua penduduk kampung mesra dan memberi

layanan yang baik kepada kami. Saya juga sukakan ibu bapa angkat saya kerana

mereka layan saya dan rakan-rakan saya dengan baik. Ibu angkat saya adalah

seorang wanita yang amat hebat, beliau bukan sahaja pandai dalam membaca Al-

Quran manakala pernah memenangi banyak pertandingan dan juga pernah

mengeluarkan album. Manakala ayah angkat saya ialah seorang yang peramah dan

baik hati. Saya juga mempunyai seorang adik angkat yang comel dan suka bermain

dengan saya. Program kali ini memang telah memberikan saya pengalaman yang

tidak dapat dilupakan dan saya sukakannya. Selain dari ibu bapa angkat dan

penduduk yang mesra, persekitaran kampung tersebut juga adalah salah satu sebab

saya sukakannya. Pada waktu lapang, saya dan rakan-rakan juga akan berjalan-

jalan disekeliling kampung tersebut. Udara yang segar serta pemandangan yang

cantik menjadikan kampung tersebut menjadi lebih menarik. Terutamanya waktu

petang, semasa saya berjalan-jalan di sekeliling kampung, saya akan terserempak

dengan rakan-rakan yang lain dan perasaan ini amat bagus dan saya sukakannya.

Secara kesimpulannya, saya telah mempelajari banyak istiadat yang berbeza

dari kaum saya dan belajar cara untuk berkomunikasi dengan keluarga baru saya.

Selain itu, saya juga mempunyai satu keluarga yang baru dan bermakna di dunia ini,

saya telah tambah orang yang sayangkan saya dan orang yang saya sayangkan.

Saya berharap yang saya akan dapat berkunjung ke kampung hilir sekali lagi dan

berjumpa dengan keluarga angkat saya.

Page 9: laporan BIG FASA 4