laporan big benchmarking

23
PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V 5 PISMP AMBILAN JANUARI 2012 IPGKTI SK TAMAN RINTING 2, PASIR GUDANG, 16800 JOHOR BHARU. (18 FEBRUARI 2014) LAPORAN LAWATAN ‘BENCHMARKING’ Pada 18 Februari 2014 bersamaan dengan hari Selasa, guru-guru pelatih dari opsyen 5 PISMP TESL 1 dan 4 telah mengadakan lawatan ‘benchmarking’ ke Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2, Masai, Johor. Lawatan ‘Benchmarking’ untuk BIG Fasa 5 ini merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan. Program ini menekankan pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim dan infrastruktur di sekolah tersebut. Lawatan ini amat membantu dalam memberi pendedahan kepada kami, bakal guru, tentang gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal tentang tugas guru. Sekolah yang telah kami lawati merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan. Kebitaraan akademik sekolah ini ialah mata pelajaran Sains manakala kebitaraan kokurikulumnya pula ialah tenpin boling. Guru-guru pelatih telah berkumpul di hadapan Jabatan Hal Ehwal Pelajar sekitar pukul 7.15 pagi pada hari lawatan. Bas IPG telah membawa kami ke sana. Setelah mengambil kehadiran dan memastikan cenderamata yang ingin dibawa mencukupi, kami telah menaiki bas dan bertolak meninggalkan kawasan kampus. Hampir

Upload: nabilah-huda

Post on 23-Nov-2015

197 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA V5 PISMP AMBILAN JANUARI 2012 IPGKTISK TAMAN RINTING 2,PASIR GUDANG, 16800 JOHOR BHARU.(18 FEBRUARI 2014)

LAPORAN LAWATAN BENCHMARKING

Pada 18 Februari 2014 bersamaan dengan hari Selasa, guru-guru pelatih dari opsyen 5 PISMP TESL 1 dan 4 telah mengadakan lawatan benchmarking ke Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2, Masai, Johor. Lawatan Benchmarking untuk BIG Fasa 5 ini merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan. Program ini menekankan pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim dan infrastruktur di sekolah tersebut. Lawatan ini amat membantu dalam memberi pendedahan kepada kami, bakal guru, tentang gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal tentang tugas guru. Sekolah yang telah kami lawati merupakan sebuah sekolah kluster kecemerlangan. Kebitaraan akademik sekolah ini ialah mata pelajaran Sains manakala kebitaraan kokurikulumnya pula ialah tenpin boling.

Guru-guru pelatih telah berkumpul di hadapan Jabatan Hal Ehwal Pelajar sekitar pukul 7.15 pagi pada hari lawatan. Bas IPG telah membawa kami ke sana. Setelah mengambil kehadiran dan memastikan cenderamata yang ingin dibawa mencukupi, kami telah menaiki bas dan bertolak meninggalkan kawasan kampus. Hampir sejam kemudian, kami telah tiba di perkarangan Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2. Kami telah menerima sambutan mesra daripada Guru Besar sekolah tersebut iaitu Puan Hajah Norlilawati binti Mohamed yang digelar sebagai bonda oleh warga SK Taman Rinting 2, Puan Zaiton binti Hassan, GPK HEM serta Encik Mohamed Fadzil bin Selamat, GPK Kokurikulum. Suasana sekolah tersebut sungguh ceria dan warga sekolah tersebut juga amat mesra. Sampai di situ, sesi fotografi bersama Guru Besar, GPK HEM dan GPK Kokurikulum telah diadakan. Setelah itu, kami telah menikmati juadah yang disediakan oleh pihak sekolah. Pada jam 10.15 pagi, kami telah berkumpul di dewan sekolah tersebut untuk sesi pengenalan sekolah tersebut. Guru Besarnya sendiri telah berucap semasa sesi tersebut. Melalui ucapan beliau, kami mendapat tahu bahawa pelbagai jenis aktiviti diatur untuk murid-murid sekolah tersebut yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sekolah ini juga merupakan rintis dalam program I-Think. Selaras dengan kebitaraan SK Taman Rinting dalam kokurikulum tenpin boling, sekolah tersebut juga telah mengubahsuai tapak perhimpunan sebagai tempat untuk bermain tenpin boling bagi mengalakkan murid-muridnya untuk bermain. Guru-guru juga dihantar untuk special coaching agar mereka juga dapat bermain permainan ini.

Selepas ucapan oleh Guru Besar, saudara Shahrol Fahmie, guru pelatih dari opsyen 5 PISMP TESL 4 telah berucap sebagai wakil kami. Kemudian, sesi penyampaian cenderamata telah diadakan bagi mengakhiri sesi tersebut. Setelah itu, kami dibawa oleh Encik Mohamed Fadzil untuk melihat sekitar kawasan sekolah. Walaupun sekolahnya agak kecil, fasiliti-fasiliti yang terdapat di sekolah dapat menampung keperluan 606 orang murid. Sekolah tersebut juga mempunyai kelas Pendidikan Khas khususnya Masalah Pembelajaran. Memandangkan sekolah tersebut mempunyai kawasan yang tersedia untuk bermain tenpin boling, kami tidak melepaskan peluang untuk mencubanya setelah mendapat kebenaran daripada Guru Besar. Pada pukul 12.30 tengah hari, kami telah dijemput untuk menikmati hidangan tengah hari yang telah disediakan di kantin sekolah. Selepas bersalam-salaman dengan Guru Besar dan GPK HEM, kami telah menaiki bas untuk bergerak pulang ke kampus. Kami telah tiba di kampus pada pukul 2.00 petang.

ISU / MASALAH (jika ada)Lawatan ini telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang gangguan atau masalah yang berlaku.

ANALISIS SWOTI.KEKUATANGuru pelatih dapat mengetahui serba sedikit mengenai sistem pentadbiran sekolah dan mendalami pengurusan sesebuah sekolah secara lebih efektif dan terancang.Guru pelatih dapat menjana idea tentang pelbagai jenis aktiviti yang boleh dirancang untuk murid-murid.

II.KELEMAHANTidak berpeluang untuk bertanyakan soalan kepada Guru Besar semasa beliau sedang berucap.Tidak ada kesempatan untuk bertemu dengan Guru Panel Bahasa Inggeris dan juga murid-murid.Tidak ada sesi soal jawab antara guru pelatih dan Guru Besar semasa beliau berucap.

III.PELUANGBerpeluang untuk melawat sekolah kluster kecemerlangan dan mengetahui pengurusan dan pentadbiran sekolah tersebut.Memberi pendedahan tentang ciri-ciri kepimpinan, pengurusan dan pentadbiran, iklim serta infrastruktur sebuah sekolah kluster.

IV.ANCAMANLawatan ini tidak memberikan sebarang ancaman yang berbahaya kepada guru pelatih.

Tandatangan Pelapor:____________________________(MUHAMAD HAZIQ BIN MOHD NOR)LAPORAN JAWATANKUASA

JAWATANKUASA DISIPLINPelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat, justeru guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa professional yang tinggi dan akan sentiasa bersedia di samping mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dalam arus globalisasi.Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan Program Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 5 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5. Oleh itu, kami memilih untuk mengaadakan Lawatan Penanda Aras di sekolah SK Taman Rinting 2 di Pasir Gudang. Semasa program ini, terdapat beberapa masalah yang timbul berkaitan dengan disiplin kami. Antaranya ialah, sebilangan guru pelatih datang sedikit lambat ke tempat berkumpul sebelum menaiki bas ke sekolah. Antara punca mereka datang lambat ialah ada diantara mereka yang bangun lambat, berjumpa dengan pensyarah dan ada yang kembali ke bilik walaupun sudah sampai ke tempat berkumpul. Ini menyebabkan pemandu terpaksa menunggu mereka untuk sampai kesemuanya dan terdapat sedikit kelewatan untuk sampai ke destinasi kami. Hal ini secara tidak langsung akan memburukkan reputasi pelajar IPGKTI dan mereka mungkin tidak mahu menerima kedatangan kami lagi.Walaubagaimanapun, terdapat pelbagai kekuatan yang boleh kami lihat dari sudut disiplin para pelajar semasa melakukan Lawatan Penanda Aras ini. Antaranya ialah, semua pelajar berpakaian dengan begitu kemas dan mengikut kod pemakaian yang telah dipersetujui. Ini penting bagi menonjolkan diri pelajar daripada IPGKTI merupakan pelajar-pelajar yang berdisiplin, kemas dan bergaya dan menambahkan keyakinan masyarakat umum terhadap graduan IPGKTI. Selain daripada itu, para peljar juga menunjukkan disiplin yang baik semasa berada di sekolah. Setiap pelajar senantiasa melakukan lawatan di sekitar sekolah bagi menmbahkan pengalaman dan tidak ada seorangpun yang mencuri tulang. Tedapat juga beberapa kelemahan di dalam program Lawatan Penanda Aras ini. Antaranya ialah semasa Guru Besar SK Taman Rinting 2 sedang menerangkan mengenai sekolah beliau, terdapat segelintir pelajar yang sibuk bermain dengan telefon bimbit dan tidak menghiraukan syarahan beliau. Hal ini dapat menyumbangkan kepada persepksi negatif daripada beliau dan beliau mungkin tidak mahu menerima kedatangan kami lagi.Selain itu, terdapat banyak peluang yang kami ambil semasa mengadak program ini, antaranya ialah kami dapat melihat suasana sebenar sekolah dan yang lebih penting iaitu etika pemakaian seorang guru. Ini penting bagi kami untuk mendapatkan disiplin yang terbaik. Tanpa disiplin, seorang guru tidak mungkin dapat menunjukkan teladan yang baik kepada anak muridnya. Bagi ancaman pula, kami guru pelatih pergi ke sana seramai 47 orang. Walaubagaimanapun, bas yang kami naiki hanya mempunyai tempat duduk sebanyak 40 kerusi. Terdapat beberapa orang pelajar terpaksa berkongsi tempat duduk, ada yang duduk di lantai, dan ada yang berdiri. Ini mendatangkan risiko yang sangat besar kerana mereka mungkin cedera dan amat mebahayakan diri mereka sendiri.Cadangan penambahbaikkan yang kami dapat cadangkan ialah diharapkan pada masa akan datang program sebegini dapat dijalankan dengan memperuntukkkan masa yang agak panjang supaya segala aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan secara teratur dan lebih berkesan kepada peserta.JAWATANKUASA CENDERAHATISebagai Ahli Jawatankuasa bahagian cenderahati program, saya Janet Joan Joseph dan beberapa ahli jawatankuasa yang lain membuat perancangan yang spesifik sebelum membuat keputusan cenderahati apa yang sesuai. Kami telah mengadakan mesyuarat tergempar bersama ahli ahli jawatankuasa Bina Insan Guru. Kami telah pun mengemukakan beberapa cadangan berhubungkait dengan cenderahati yang perlu diberikan kepada sekolah dan akhirnya pihak kami telah bersetuju untuk memohon daripada pihak IPG Kampus Temenggong Ibrahim. Penyediaan cenderahati turut mengambil kira daripada segi kos dan tempoh waktu yang singkat.Setelah menghadiri mesyuarat susulan selepas pelaksanaan perlantikan jawatankuasa program, saya dan beberapa AJK cenderahati yang lain berbincang bersama-sama mengenai bentuk cenderahati yang perlu kami sediakan serta bersesuaian dengan program, bilangannya, dan yang paling utama adalah sasaran orang yang bakal menerima cenderahati berkenaan.Kami mengucapkan terima kasih kepada pihak IPG Kampus Temenggong Ibrahim kerana telah menyediakan beberapa buah cenderahati seperti pennant, beg kertas, buku catatan, key chain dan pen IPGKTI. Selain itu, kami turut menghadiahkan pihak sekolah dengan jambangan bunga yang cantik serta bingkai gambar bermotifkan ayat-ayat al-quran.Secara tuntasnya, pihak kami sangat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pihak sekolah. Mereka sangat berterima kasih di atas kesudian kami untuk membuat program di sekolah tersebut. Hal-hal berkaitan dengan cenderahati dapat diselesaikan dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Ini adalah disebabkan oleh kerjasama yang baik daripada semua pihak.JAWATANKUASA PENGANGKUTANPengangkutan adalah salah satu jawatankuasa yang penting dalam program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4 ini. Jawatankuasa seramai dua orang sahaja dibentuk bagi melancarkan pergerakan para peserta dan peralatan program BIG ini.Sebelum program BIG ini dijalankan, beberapa persiapan awal telah dibuat oleh Jawatankuasa Pengangkutan, iaitu mengisi Borang Permohonan Penggunaan Kenderaan (bas dan van) untuk kelulusan Pengurus pengangkutan dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim ke Sekolah Kebangsaan Kluster Kecemerlangan Bandar Rinting 2, Pasir Gudang pada 18 Februari 2014.Setelah borang permohonan diluluskan, program ini menerima sebuah bas dan sebuah van untuk tujuan mengangkut peserta dan peralatan-peralatan. Pada 18 Februari 2014, bas telah bersedia seawal jam 7.45 pagi, dan kami telah bergerak dari IPG Kampus Temenggong Ibrahim pada pukul 8.00 pagi.Isu atau kesulitan berlaku apabila pemandu bas berkata bahawa beliau akan membawa penumpang ke destinasi yang berlainan dengan destinasi kami. Hal ini membuatkan pergerakan kami menjadi sedikit lewat. Syukur kerana setelah berbincang dengan pengurus pengangkutan,terdapat salah faham yang berlaku mengenai destinasi yang perlu dituju pada hari tersebut.Kekuatan yang boleh dikesan ialah kecekapan setiap ajk pengangkutan dalam melaksanakan tugas masing-masing. Setelah menghantar surat permohonan, kami membuat semak semula bersama dengan pengurus pengangkutan agar semua berjalan lancar. Di samping itu juga, wakil ajk pengangkutan membuat pengesahan terakhir bersama pengurus pengangkutan sehari sebelum program BIG ini dilaksanakan. Beberapa kelemahan dapat dikesan antaranya kekurangan tempat duduk bagi guru pelatih. Hal ini adalah kerana bas tersebut hanya mampu memuatkan 40 penumpang. Ini juga akan menyebabkan risiko keselamatan terhadap para guru pelatih.Program BIG siri ke 5 ini memberi banyak manfaat kepada semua guru pelatih dalam meluaskan pemikiran mereka dalam sesebuah institusi persekolahan. Melalui kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh setiap warga sekolah, ia bukanlah menjadi suatu perkara yang mustahil untuk melahirkan sekolah kluster kecemerlangan di masa akan datang. Penambahbaikan yang perlu dibuat ialah melaksanakan sebuah sistem yang lebih sistematik bagi mengelakkan kesulitan tersebut berulang lagi. Sebagai contoh, Pengurus pengangkutan boleh menyediakan sebuah papan kenyataan mengenai destinasi yang akan dituju oleh bas pada hari tersebut. Selain itu, komunikasi di antara ajk pengangkutan dengan pemandu bas serta pengurus pengangkutan haruslah berkesan dan efektif untuk mengelakkan perkara sama berulang.Secara keseluruhannya, hal-hal berkaitan dengan pengangkutan dapat diselesaikan dengan baik dan sempurna, di mana ia merangkumi aspek pengangkutan peserta dan peralatan-peralatan yang dibawa. Pengangkutan berjalan dengan lancar, tanpa sebarang kemalangan mahupun halangan.

JAWATANKUASA PERHUBUNGAN DAN SERANTAUPada 18 Febuari 2014 yang lalu, kami telah menjalankan program bina Insan Guru fasa VI iaitu lawatan benchmarking ke SK Taman Rinting 2 di Pasir Gudang. Selaku jawatankuasa perhubungan dan serantau, antara tugas yang telah dilaksanakan ialah menempah kenderaan pengangkutan dan juga berhubung dengan pensyarah-pensyarah yang terlibat mengenai tentatif perjalanan program ini. Selain itu, saya juga turut berhubung dengan guru besar untuk memaklumkan kepada mereka mengenai perjalanan program kami di sana bagi memastikan guru dan murid-murid bersedia untuk menyambut kami di sana.Sepanjang program berjalan, saya sentiasa melaporkan setiap aktiviti yang dilaksanakan kepada setiap pensyarah yang terlibat dapat memantau program dan aktiviti tersebut. Sesungguhnya program ini telah mengajar saya mengenai cara untuk berkomunikasi dan menyampaikan maklumat kepada orang lain dengan lebih berkesan dan sistematik bagi memastikan setiap aktiviti dan program yang telah dirancang akan berjalan dengan lebih lancar dan tersusun.JAWATANKUASA KEBAJIKAN DAN KESELAMATANPada semester lima Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) kami dikehendaki menjalani program Bina Insan Guru (BIG) bagi fasa dua. Bagi program kali ini, kami dikehendaki untuk menjalani program BIG di Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2. Pada semester ini, kami dikehendaki membuat satu bengkel dan Program Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 5 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5.Semasa program ini, tidak terdapat masalah yang timbul berkaitan dengan keselamatan kami. Guru pelatih datang berkumpul di tempat berkumpul sebelum menaiki bas ke sekolah. Ini telah membuatkan keselamatan lebih terjamin kerana berkumpul dalam satu kumpulan. Selain itu, program ini dijalankan di sekolah sahaja maka tidak ada ancaman kesalamatan yang kami lalui sepanjang lawatan dijalankan. Sekolah tersebut juga merupakan sebuah sekolah cluster dan sekolah tersebut mempunyai ciri-ciri keselamatan yang memberansangkan. Hal ini telah membuatkan lawatan penanda aras kami berjalan dengan lancer dan tiada sebarang masalah dari aspek keselamatan.Selain itu, kami juga telah dibawa menggunakan bas untuk pergi ke sekolah tersebut. Oleh itu, keselamatan lebih terjamin kerana pengankutan seperti bas merupakan pengangkutan yang selamat dan mempunyai ruang yang besar untuk menjamin keselesaan semua pelajar. Sebuah van juga telah disediakan untuk membawa segelintir pelajar ke sekolah dan ini membuatkan rombongan kami mengalami tiada masalah dari segi keselamatan dalam pengangkutan.Keselamatan sepanjang lawatan boleh ditingkatkan dengan memastikan segala peralatan keselamatan disediakan untuk masa hadapan. Hal ini penting kerana kemalangan boleh berlaku bilabila masa dan peralatan tersebut diperlukan sekiranya berlaku kemalangan. Kita harus bersedia pada masa hadapan kerana sememangnya malang tidak berbau.Dari aspek kebajikan pula, tiada masalah yang kami hadapi memandangkan segala-segalanya telah disediakan dengan baik oleh pihak maktab dan juga pihak sekolah. Dari aspek makanan, guru-guru pelatih telah disediakan makanan dari pihak sekolah. Sepanjang lawatan dijalankan, sekolah juga membekalkan servis yang baik kepada semua guru pelatih sekaligus membuatkan saya berasa sangat berpuas hati menjalankan lawatan ke SK Taman Rinting 2.Selain dari itu, pihak maktab juga telah menjalankan tugas yang baik sepanjang lawatan. Kenderaan pergi dan balik ke maktab disediakan oleh maktab.Ini telah memudahkan proses perjalanan pelajar ke sekolah yang hendak dilawat. Selain itu, pihak maktab turut membekalkan makanan kepada guru- guru pelatih sekaligus memberi jaminan bahawa tiada masalah dari aspek kebajikan sepanjang lawatan.Aspek kebajikan sepanjang lawatan boleh ditingkatkan lagi dengan memastikan kenderaan yang mencukupi disediakan untuk pelajar. Hal ini kerana terdapat pelajar yang tidak mendapat tempat duduk dalam bas kerana tiada van disediakan semasa kembali ke maktab dari sekolah tersebut. Sekiranya aspek ini boleh ditingkatkan, nescaya BIG yang akan datang pastinya akan menjadi lebih istimewa dan lancar.

JAWATANKUASA MAKANANProgram Bina Insan Guru pada kali ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Rinting 2 yang terletak di Pasir Gudang, Johor Bahru. Program ini melibatkan dua buah kelas iaitu 5 PISMP TESL 1 dan 5 PISMP TESL 4. Sekolah ini merupakan sekolah kluster kecemerlangan yang hebat, sekolah ini juga di dalam usaha untuk mendapatkan pengiktirafan "Sekolah Berprestasi Tinggi". Untuk program pada kali ini, saya telahpun ditugaskan untuk mengepalai jawatankuasa penyediaan makanan bagi para peserta Bina Insan Guru. Pada awalnya, saya telahpun menyediakan rangka kerja penyediaan makanan bagi kedua-dua buah kelas. Saya telahpun berbincang dengan ketua program bagi kedua-dua buah kelas bagi melicinkan perjalanan penyediaan makanan. Kami telahpun bersetuju untuk mengutip sejumlah bayaran. Pakej makanan yang disediakan adalah untuk sarapan pagi dan juga makanan. tengah hari. Untuk sarapan pagi, saya telahpun berbincang dengan ketua program dan kami bersetuju untuk menyediakan roti sandwich beserta air kotak, manakala bagi makanan tengah hari menu nasi campur dan juga air mineral.Namun demikian, kesemua perancangan tersebut terpaksa dibatalkan. Berdasarkan maklumat yang saya terima, pihak sekolah dengan berbesar hatinya telahpun menawarkan diri untuk menyediakan sarapan pagi dan juga makan tengah hari. Untuk itu, saya merancang bagi mengalas perut kami semua sebelum memulakan perjalanan, roti dan juga air kotak telahpun dibekalkan kepada pelajar. Setelah tiba di sekolah, mereka telahpun mempelawa kami untuk menikmati sarapan di kantin sekolah. Kami semua berasa sangat gembira kerana dapat menikmati menu buffet nasi lemak yang disediakan.. Makan tersebut sangat lazat kerana kami boleh mengambil seberapa banyak makanan yang kami mahu seperti ikan bilis yang banyak, ayam goreng dan pelbagai lagi. Jiwa kami berasa sangat tenang setelah menikmati hidangan lazat dari pihak sekolah.Bagi makanan tengah hari, menu nasi campur menjadi juadah kami. Pelbagai makanan disediakan seperti ikan kembung goreng, sayur-sayuran, ayam goreng, ikan masak asam pedas beserta teh o ais yang jumlahnya terlalu banyak jika mahu dibandingkan dengan jumlah kami.Secara keseluruhannya, makanan yang disediakan sangat lazat dari pihak sekolah sangat memuaskan hati kami semua. Kami sangat berterima kasih dengan pihak sekolah kerana telahpun bermurah hati untuk menaja makanan kami. Sekian terima kasih.JAWATANKUASA PERALATANJawatankuasa peralatan Program Bina Insan Guru (BIG) yang terdiri daripada Muhammad Abdul Muiz Bin Abd Rahman (Ketua) telah memulakan tugas untuk membuat survey senarai alatan daripada ketua-ketua JK yang lain. Persiapan ini dimulakan sedikit lewat disebabkan oleh prosedur peminjaman yang perlu dipatuhi.kami telah membuat peminjaman dan pengambilan alatan daripada rakan-rakan kami sendiri dek kerana rakan-rakan kami sendiri mempunyai peralatan yang mencukupi . Alatan yang dipinjam dan diambil merupakan alatan untuk menjayakan akiviti dalam program yang akan dilaksanakan. Kami telah meminjam beberapa biji kamera DSLR daripada rakan-rakan yang mempunyai alatan tersebut. Aktiviti BIG pada kali ini adalah lawatan dan lawatan ini tidak memerlukan peralatan yang banyak. Setiap pelajar hanya membawa buku nota dan pen sendiri bagi mencatat sebarang nota. Hanya beberapa orang sahaja yang menggunakan kamera DSLR. Oleh itu, kami hanya meminjam kamera DSLR daripada rakan-rakan kami sahaja.Setelah selesai program BIG ini, kami telah memulangkan semula alatan-alatan yang dipinjam kepada rakan-rakan yang berkenaan. Alhamdulillah, tugas kami telah selesai dengan jayanya.

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA VLAWATAN BENCHMARKINGSK TAMAN RINTING 2,PASIR GUDANG, 16800 JOHOR BAHRU.18 FEBRUARI 2014.

PENUTUP

Kesimpulannya, program Bina Insan Guru Fasa 5 berjaya dilaksanakan hasil daripada pengorbanan semua pihak termasuk persediaan sebelum program dan pelaksaan semasa program berlangsung.Semoga setiap pelajar dapat menghayati dengan mendalam terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan dan dapat mengukuhkan keperibadian serta sahsiah yang terpuji di samping memiliki etika keguruan dalam diri setiap bakal guru.Hal ini selaras dengan hasrat negara bagi melahirkan guru yang berperibadi mulia.Pelajar juga seharusnya sentiasa bersedia untuk berkhidmat dan menyumbang bakti kepada nusa, bangsa dan negara tercinta.Selain itu, program ini diharapkan dapat membina jasmani dan fizikal pelajar supaya lebih bersedia dan bertenaga dalam melakukan sesuatu kerja serta dapat memberi manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pelajar juga akan dapat membina intelek mereka ke arah pemikiran yang kreatif, inovatif dan kritis dalam menghasilkan sesuatu perkara.Tambahan pula, aktiviti yang dijalankan tidak terlalu padat dan terdapat kelonggaran sepanjang menjalankan program ini. Walaubagaimanapun, kami bersyukur kerana dapat menjayakan program ini walaupun sibuk dengan tugasan lain.Tetapi, kesungguhan yang ditunjukkan oleh guru pelatih dapat dilihat apabila mereka bersemangat mencatat nota dan mendengar ceramah dari Guru Besar sekolah tersebut selain melihat infrastruktur dan keunikan di sekitar sekolah.Akhir kata, semoga program khidmat masyarakat Bina Insan Guru seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang kerana memberi banyak pengalaman dan manfaat yang berguna kepada pelajar.

PROGRAM BINA INSAN GURU FASA VLAWATAN BENCHMARKINGSK TAMAN RINTING 2,PASIR GUDANG, 16800 JOHOR BAHRU.18 FEBRUARI 2014

LAMPIRAN

Setibanya siswi guru tiba di perkarangan sekolah

Setibanya siswa guru tiba di perkarangan sekolah

Para siswa dan siswi guru bergambar bersama komuniti sekolah

Guru Besar Sekolah SK Taman Rinting 2 memberi ucapan

Berpeluang bermain replica tenpin boling

Replika tenpin boling di dataran kejat sekolah

Bilik mesyuarat sekolah SK Taman Rinting 2

Sistem Dokumentasi SK Taman Rinting 2 yang tersusun rapid dan teratur

Kanak - kanak pendidikan khas sedang menjalani pembelajaran yang menarik

Alat Bantu Mengajar buat para guru yang ditempatkan di Bilik Khas