laporan big - khidmat msyrkt

18
LAPORAN AKTIVITI KHIDMAT KEMASYARAKATAN PROGRAM BINA INSAN GURU TAHUN 2014 OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN (SJKT) AMBILAN : JANUARI 2014 SEMESTER : 2 PISMP TARIKH : 15.07.2014 TEMPAT : NYIOR,KLUANG Saya dari 2 PISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran(SJKT) seramai 17 orang guru pelatih bersama dengan Puan Sugunah Supermane,mentor kami telah merancang dan melaksanakan salah satu daripada aktiviti kemasyarakatan iaitu bergotong- royong membersihkan tempat ibadat dengan mengaplikasikan kemahiran,sikap dan perlakuan.Kami telah memilih kuil yang ditempatkan di Nyior,Kluang iaitu Kuil Aathi Sakthi Kanthereesar.Tujuan utama kami memilih kuil tersebut adalah kerana kuil ini ditempatkan di kawasan pedalaman di mana ia dikelilingi oleh ladang kelapa sawit dan juga beberapa lorong

Upload: kalai-shan

Post on 27-Dec-2015

80 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

bina insan guru fasa 2

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Big - Khidmat Msyrkt

LAPORAN AKTIVITI KHIDMAT KEMASYARAKATAN

PROGRAM BINA INSAN GURU

TAHUN 2014

OPSYEN : PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN (SJKT)

AMBILAN : JANUARI 2014

SEMESTER : 2 PISMP

TARIKH : 15.07.2014

TEMPAT : NYIOR,KLUANG

Saya dari 2 PISMP Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran(SJKT) seramai 17

orang guru pelatih bersama dengan Puan Sugunah Supermane,mentor kami telah merancang

dan melaksanakan salah satu daripada aktiviti kemasyarakatan iaitu bergotong- royong

membersihkan tempat ibadat dengan mengaplikasikan kemahiran,sikap dan perlakuan.Kami

telah memilih kuil yang ditempatkan di Nyior,Kluang iaitu Kuil Aathi Sakthi Kanthereesar.Tujuan

utama kami memilih kuil tersebut adalah kerana kuil ini ditempatkan di kawasan pedalaman di

mana ia dikelilingi oleh ladang kelapa sawit dan juga beberapa lorong kawasan

perumahan.Selain itu,pada masa ini,kuil tersebut juga sedang dibaik pulih dengan inisiatif yang

diambil sendiri oleh pengasas kuil.Oleh itu,kami mengambil keputusan untuk menjalankan

aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar kuil agar sedikit sebanyak dapat

mengurangkan ringan dan beban mereka.

Saya semua telah berkumpul di hadapan Jabatan Hal Ehwal Pelajar sekitar pukul 7.30

pagi dan Ketua Opsyen telah menyemak kehadiran.Kami 17 orang guru pelatih bersama

dengan mentor menaiki bas pada pukul 8 pagi.

Page 2: Laporan Big - Khidmat Msyrkt

Perjalanan saya ke Kluang mengambil masa selama 2 jam.Saya tiba di kuil tersebut

sekitar jam 10.10 pagi.Saya telah diberi sedikit taklimat oleh pengurus kuil tersebut iaitu,Encik

Surya tentang kerja-kerja yang patut dilakukan.Beliau juga menyeru saya untuk menjamu

makanan pagi yang disediakan oleh para pembantu kuil khas untuk saya sebelum memulakan

kerja.Saya telah menikmati makanan tersebut di ruang makan dan kembali ke kuil untuk

memulakan kerja.Saya disuruh untuk membersihkan tempat ibadat utama di kuil tersebut iaitu

‘moolestanam’ dan seterusnya bersembahyang dahulu sebelum kerja-kerja lain.Saya guru

Page 3: Laporan Big - Khidmat Msyrkt

pelatih dan juga mentor berasa sangat bersyukur sebab dapat peluang untuk membersihkan

tempat ibadat utama yang merupakan perkara yang sangat suci dan juga sangat sukar untuk

mendapat peluang sebegitu.Encik Surya telah membimbing saya dengan memberi arahan

tentang cara-cara pembersihan dan juga cara pemujaan yang selalu dilakukan.Saya guru

pelatih terasa sangat bersyukur kerana telah mempelajari pelbagai cara pemujaan yang

dilakukan dan juga teruja pada masa yang sama sebab ia merupakan pengalaman pertama

bagi kebanyakan guru pelatih untuk merasai secara sendiri cara pemujaan tuhan dengan lebih

dekat di mana kebanyakkanya hanya dilakukan oleh tok sami di kebanyakan kuil dan saya

hanya dibenarkan untuk menyembah dari luar.Oleh yang demikian, saya mengambil keputusan

untuk tidak mensiakan peluang yang jarang didapati oleh orang lain dengan mengambil

bahagian secara maksimum dalam setiap pemujaan yang dilakukan dan bertanya cara dan

sebab-sebab perkara tersebut dilakukan.

Page 4: Laporan Big - Khidmat Msyrkt
Page 5: Laporan Big - Khidmat Msyrkt

Saya telah menimba pelbagai pengetahuan ketika itu di mana kami boleh berkongsi perkara-perkara tersebut dengan murid setelah ditempatkan di sekolah nanti.

Selepas bersembahyang,kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melakukan kerja-kerja yang diberi.Pengagihan kumpulan adalah seperti di bawah :

Mengecat kawasan sekiling kuilRahu Sellappa,Shanmuga Priya Raj Kumar,Livesha Singgaravi,Thulasi Balasubramaniam,Sarvindran Manogaran

Mencuci tempat ibadat di sekitar kuilHeamah Palan,Thillai Malar Thallai Muthu,Shalani Nagappan,Logeswary Suresh

Membersih dan menyusun periuk(thee satti)Komathi Elangovan,Sumithra Pushpanathan,Kalaivaani Rajandran,Canthirikka Mohgan

Membersihkan kawasan sekelilingShantini Raman,Kalaivaani Sunmugam,Renu Priya Manimaran,Vichitra Kumarian

Mengecat patungCanthirikka Mohgan,Komathi Elangovan,Kalaivaani Rajandran

Melukis Kolam Sumithra Pushpanathan,Livesha Singgaravi

Page 6: Laporan Big - Khidmat Msyrkt

Kerja mengecat tempat sekitar kuil adalah perkara yang sangat sukar dan mencabar

sebab tidak terdapat kemudahan ataupun peralatan mengecat yang mencukupi iaitu tidak ada

bekas untuk menuang cat agar dapat dibahagikan antara ahli kumpulan dan juga tiada bekas

yang digunakan bersama dengan roller iaitu berus mengecat.Selain itu,kami juga tidak

dibekalkan dengan peralatan untuk membuka tin cat tersebut.Jadi,kami terpaksa berfikir dan

mencari jalan penyelesaiannya.Kami telah menggunakan sebuah bekas tumbler yang didapti

sekitar kuil dan berusaha begitu tekun untuk membuka tin cat dengan

menggunakannya.Akhirnya,kami berjaya membukanya.Kami juga menjumpai sebuah baldi

yang lama di sekitar kuil dan menggunakannya untuk menuang cat dan bahagikannya bersama

dengan ahli kumpulan.Kami bahagikan tugas kami di mana orang yang menggunakan roller

akan mengecat bahagian yang besar dan mudah manakala sesiapa yang menggunakan berus

kecil akan mengecat di celah – celah batu.Kami membuat kerja sambil berjenaka dan

berseronok di mana kami langsung tidak berasa sayu walaupun ketika itu masing-masing

sangat letih dan penat.

Page 7: Laporan Big - Khidmat Msyrkt

Seterusnya adalah kerja mencuci tempat ibadat dan juga patung dewa di sekitar kuil.Kami

begitu berhati-hati ketika mencuci tempat-tempat ibadat supaya tidak terlanggar patung-patung

dewa di sekeliling dan seterusnya supaya tidak melakukan sebarang perkara yang boleh

dianggap sebagai tidak menghormati tuhan.Kami berasa sangat teruja untuk melakukan

perkara-perkara tersebut sebab ia merupakan pengalaman pertama kami memandikan patung-

patung dewa dan seterusnya melakukan pemujaan yang betul.

Kami juga terlibat dalam aktiviti membersih dan seterusnya menyusun periuk ataupun

dipanggil sebagai ‘thee satthi’ yang selalunya digunakan untuk upacara penyembahan.Kami

mengira jumlah periuk yang terdapat,membersihkannya dan seterusnya menyusunnya dengan

teratur di tempat yang sepatutnya.Para guru pelatih sangat berhati-hati ketika membersihkan

Page 8: Laporan Big - Khidmat Msyrkt

dan seterusnya menyusunnya supaya tidak menjatuhkannya sebab ia adalah periuk yang

dibuat daripada tanah liat di mana ia mudah pecah.

Seterusnya saya membersihkan kawasan di sekiling kuil di mana saya disuruh untuk

menggores dan mengeluarkan ‘vibuthi’ yang terdapat pada patung-patung dewa.Para guru latih

bertungkus lumus dan berusaha dengan sedaya upaya untuk mengeluarkannya sebab ia bukan

perkara yang mudah yang memerlukan kesabaran dan sikap ingin buat.Bersyukur pada tuhan

sebab tiada guru latih yang merungut ataupun buat kerja endah tak endah malah semua sangat

teruja dan bersemangat melakukan kerja.

Page 9: Laporan Big - Khidmat Msyrkt

Kami juga mengambil peluang keemasan untuk meninggalkan identiti kami di kuil tersebut

dengan melukis kolam dan mewarnakannya di mana ia menambah seri kecantikan kuil yang

sedia ada.Kami mengambil inisiatif untuk berfikir secara kreatif tentang corak kolam yang ingin

dilukis supaya ia kelihatan ringkas tetapi cantik dan menarik.Akhirnya,kami dapat satu idea dan

melukisnya di sekitar kuil.Kami turut mendapat bimbingan dan pertolongan daripada mentor

kami Puan Sugunah tentang cara – cara melukis dan mewarna yang betul.Kami sangat

menghargai bimbingan daripada beliau.Kami berasa sangat seronok ketika melukis dan

mewarnakan kolam.Walaupun pada mulanya kami berasa sedikit kekok dengan lukisan

kolam,tetapi selepas diberi bimbingan oleh mentor,kami telah membetulkan kesilapan dan

berasa sangat bangga apabila hasil kolam yang dilukis dan diwarnakan oleh kami kelihatan

sangat cantik dan menarik.

Page 10: Laporan Big - Khidmat Msyrkt

Kerja terakhir yang dilakukan oleh kami adalah mengecat kaki patung kuda yang sedikit

tercalar terdapat di kuil.Kami berhati-hati ketika mengecat kaki kuda tersebut supaya tidak

terkena pada bahagian-bahagian yang lain.

Page 11: Laporan Big - Khidmat Msyrkt

Saya berasa sangat berpuas hati setelah menghabiskan semua kerja yang diberi.Pihak

pengurusan mengucapkan ribuan terima kasih kepada kami sebab kehadiran kami sedikit

sebanyak telah meringankan kerja mereka.Mereka juga mengatakan bahawa mereka sentiasa

mengalu-alukan kedatangan kami ke kuil tersebut.Kami telah memberi cenderahati sebagai

tanda penghargaan kepada pihak pengurus kuil dan juga untuk mentor kami.Pihak pengurusan

juga membekalkan kami dengan cenderahati daripada kuil yang dipanggil ‘prasatham’ untuk

disimpan di tempat pemujaan di rumah.Mereka juga telah menyediakan makanan tengahari

kepada kami.Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak pengurusan dan juga

mentor kami sebab banyak memberi tunjuk ajar dan pertolongan sepanjang proses gotong –

royong yang dijalankan.Akhirnya,kami mengambil gambar di hadapan kuil sebagai kenangan

dan menikmati makanan tengahari yang disediakan sebelum berangkat pulang.

Pemberian cenderahati kepada pihak pengurusan

Pemberian cenderahati kepada guru pelatih

Page 12: Laporan Big - Khidmat Msyrkt

Walaupun pada hari tersebut saya semua berasa sangat letih dan penat,tetapi saya terasa

sangat bersyukur dan bangga sebab telah melakukan satu kerja amal dan juga secara tidak

langsung telah mengamalkan dan meningkatkan semangat berpasukan,kerjasama dan juga

tanggungjawab.Saya juga dapat meningkatkan pengetahuan yang sedia ada supaya dapat

digunakan pada masa kelak.Saya berasa Program Khidmat Masyarakat sangat berfaedah

kepada saya,para guru pelatih yang akan membentuk generasi pemimpian akan datang.

Page 13: Laporan Big - Khidmat Msyrkt

ISU MASALAH

Antara masalah yang dihadapi menerusi aktiviti ini adalah tidak terdapat kemudahan ataupun peralatan mengecat yang mencukupi iaitu tidak ada bekas untuk menuang cat agar dapat dibahagikan antara ahli kumpulan dan juga tiada bekas yang digunakan bersama dengan roller iaitu berus mengecat.Selain itu,saya juga tidak dibekalkan dengan peralatan untuk membuka tin cat tersebut.

B) ANALISIS SWOT

i. KEKUATAN

1) Saya dapat memupuk semangat kerjasama antara ahli kumpulan saya.

2) Saya dapat mengenai pasti potensi diri saya.

3) Saya dapat membantu rakan rakan saya dalam mengecat ‘Kolam’.

4) Saya dapat berkomunikasi degan semua dengan baik.

5) Saya berusaha untuk bergiat aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan.

ii) KELEMAHAN

1) Saya mudah putus asa jika menghadapi kerja yang agak susah.

2) Tempat yang tidak kondusif dan selesa.

3) Saya tidak dapat menyesuaikan diri dengan makanan yang disediakan.

iii) PELUANG

1) Saya mengambil kesempatan untuk menjalinkan hubungan mesra dengan mentor dan juga rakan rakan lain.

2) Saya memahami tugas saya sebagai bakal guru dalam pembangunan masyarakat .

iv) ANCAMAN

tiada ancaman

Page 14: Laporan Big - Khidmat Msyrkt

REFLEKSI KENDIRI ( laporan individu )

i) MANFAAT PROGRAM BIG

1) Program BIG kali ini dapat menyemaikan sikap prihatin terhadap masyarakat.

2) Saya dapat mengenal pasti potensi diri saya dan sumbangan saya kepada pembangunan masyarakat.

3) Saya dapat bekerjasama dengan masyarakat yang merupakan sikap yang murni dan harus dicontohi oleh setiap guru pelatih apabila menjadi pendidik kelak.

ii) PENAMBAHBAIKAN

1) Perancangan awal amat penting dalam mengendalikan sesuatu aktiviti.

2) Kerjasama kumpulan perlu dipupuk untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain.

Tandatangan Pelapor, Disahkan oleh Penyelia,

( KALAIVAANI SUNMUGAM ) ( NAMA MENTOR : PN SUGUNAH A/P SUPERMANE )

Page 15: Laporan Big - Khidmat Msyrkt