reflektif individu big 3

Download Reflektif Individu BIG 3

If you can't read please download the document

Upload: yij

Post on 01-Jul-2015

306 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Isi Kandungan Bil 1.. 2. 3. 4. 5. Biodata Pendahuluan Matlamat Objektif Jadual Pelaksanaan y y y y 6. 7. 8. 9. Tarikh Masa Tempat Skop Kerja 7 8-11 12 13-16 Kandungan Muka surat 2 3 4 5 6

Kandungan Refleksi Kendiri Penutup Lampiran y y Gambar-gambar Surat Penggilan

1

1. Biodata

NAMA: TAN JIA YI STATUS PERKAHWINAN: BUJANG KUMPULAN SEMESTER: PISMP BC JANUARI 2010 SEMESTER: 3 STESYEN: 3(LUKIS MURAL, SUSUN PERABOT DAN MENGECAT DINDING PRASEKOLAH) ALAMAT TETAP: NO 47, KAMPUNG PAROH, JALAN SEJIJAK,93050 KUCHING SARAWAK. NO. HP: 010-9684539 NAMA WARIS TERDEKAT: TAN SWEE FAH NO. TEL: 013-8469887

2

2. Pendahuluan/Pengenalan Pada 15 Januari 2011, hari Sabtu, semua guru pelatih PISMP ambilan Januari 2010 diwajibkan untuk menjalankan Program Bina Insan Guru Siri 3 iaitu Khidmat Masyarakat. Semua guru pelatih termasuklah guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pengajaran Dengan Pujian (PISMP) Ambilan Januari 2010 termasuklah kumpulan Pengajian Cina, Pengajian Melayu, Sains, Pengajian Agama dan Pendidikan Khas(BM) telah menghadiri program tersebut. Kumpulan kami ditugaskan

menjalankan aktiviti di Prasekolah Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Batu Lintang, Kuching. Program ini berlangsung pada pukul 7.30 pagi sehinga pukul 4.30 petang. Sebelum bertolak, kami menghadiri sesi taklimat mengenai skop tugas di Dewan Brooke pada jam 7.00 pagi. Aktiviti program yang dijalankan amat berjaya dengan menerapkan nilai-nilai murni dan nilai profesional perguruan yang tinggi dalam jiwa guru pelatih masing-masing.

3

3. Matlamat Program Bina Insan Guru Siri 3 bertujuan memupuk kesedaran tentang kepentingan khidmat kemasyarakatan. Secara tidak langsung, pembinaan insan guru yang merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan dapat dibentukkan. Program ini juga bertujuan meningkatkan martabat professional guru sebagai pembina generasi negara. Matlamat program ini adalah bertujuan memenuhi waktu kredit yang ditetapkan dalam kursus ini. Matlamat yang seterusnya ialah membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan. Pogram ini juga menekankan tentang pendedahan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.

4

4. Objektif

1. Melatih guru pelatih untuk menjadi seorang yang prihatin kepada isu- isu yang berkaitan dengan masyarakat. 2. Memupuk semangat kerjasama antara sama lain 3. Mengeratkan hubungan sesama guru pelatih 4. Menanam semangat yang bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat. 5. Melatih guru pelatih untuk menjadi seorang yang berdisiplin dan berdedikasi. 6. Meningkatkan daya berkomunikasi dan keupayaan bersosial para guru pelatih. 7. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. 8. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. 9. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah. 10. Menunjukkan kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan komuniti pendidikan dan pihak berkaitan.

5

5. Jadual pelaksanaan

Tarikh: 15 Jan 2011

Masa:0730 pagi-0430 petang

Tempat: Prasekolah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang

Skop/Tugas Pembahagian Kerja: Mengangkat dan menyusun batu bata dari pondok bas ke tapak Mengangkat dan menyusun pasu bunga di taman atau sekitar pejabat penyelia asrama. Lukis mural, susun perabot dan mengecat dinding prasekolah. Membersih, mengemas dan mengangkat perabot di kuaters G ke pondok di stor BIG. Menyusun dan mengangkat barang-barang di kuaters no.4 (rumah Encik Hajiman)

6

6. Kandungan

Aktiviti yang dijalankan

Menghadiri dan mendengar sesi taklimat yang disampaikan oleh Encik Michael mengenai skop tugas di Dewan Brooke.

Pengenalan ringkas tentang PraSekolah oleh Puan Roseline dan pembahagian tugas daripada pihak yang bertanggungjawab.

Membahagikan kumpulan dengan mengambil peralatan kerja yang diperlukan.

Mula mengecat dinding, menyusun dan melabelkan barang-barang di bilik sumber dan melukis mural.

Mengemas dan membersih tempat kerja.

Sesi pengambaran kumpulan dijalankan bersama tutor.

7

7.Refleksi Kendiri Setinggi-tinggi kesyukuran saya sampaikan kepada semua pihak yang terlibat dalam program khidmat masyarakat pada hari Sabtu yang lalu. Saya berasa amat gembira kerana semua kerja yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar. Bina Insan Guru Siri 3 pada kali ini bertempat di PraSekolah Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang. Kumpulan kami memulakan kerja pada pukul lapan pagi bersama beberapa orang guru pelatih dari kumpulan Sains dan kumpulan Pendidikan Khas. Walaupun hanya berada di tempat itu dalam masa yang agak singkat tetapi saya amat menikmati suasana yang begitu harmoni. Setelah menyempurnakan tugasan khidmat masyarakat, saya mendapati terdapat beberapa kekuatan aktiviti yang telah saya capai. Pertama, semangat kerjasama memainkan peranan yang penting, Dengan adanya semangat ini, semangat berpasukan dalam kumpulan juga dapat dipertingkatkan. Kami meluangkan masa untuk merancang dan mengadakan perbincangan selepas habis kuliah. Masa pengurusan diri dan kumpulan menjadikan kami dapat menyiapkan kertas kerja dalam masa yang ditetapkan. Kami saling tolong-menolong dan hubungan erat dapat dijalin sesama lain. Selain itu,kami masih dapat bergurau senda sambil melakukan kerja tanpa berasa letih. Kekuatan kedua ialah meningkatkan kemahiran komunikasi dan bersosial dengan orang lain sama ada dengan pihak pengurusan yang berkenaan, guru tutor atau ahli kumpulan. Cikgu dan pengawai yang bertugas di prasekolah agak mesra dan mudah untuk berinteraksi dalam proses menjalankan tugas. Suasana yang harmoni dapat dicapai apabila kami semua mencapai kata sepakat apabila melakukan kerja-

8

kerja bersama. Saya juga telah belajar tentang kemahiran membuat keputusan dengan cekap dan menyelesaikan masalah dengan rasional apabila berlaku sedikit konflik dalam perbincangan. Selain itu, saya mendapati salah satu lagi kekuatan yang diperolehi dalam program ini adalah kemahiran kepekaan dan tindak balas secara positif kepada realiti persekitaran. Setiap hari apa yang kami belajar dari kuliah adalah dalam bentuk teori . Kami jarang dapat mengaplikasikan dan mencari ilmu pengetahuan baru melalui pengalaman sendiri. Aktiviti inilah yang membolehkan kami menguasai kemahiran lain yang dapat dilalui oleh sendiri. Contohnya, kami orang muda memang jarang berpeluang untuk mengecat dinding sama ada di rumah atau tempat lain. Kami berasa amat seronok dan bersikap prihatin untuk mengecat setiap sudut dinding. Kami juga sabar mengecat dua lapisan cat untuk menutup mural lama. Kekuatan yang keempat adalah berjaya mengaplikasikan idea kreatif dan inovatif. Kami berupaya berfikir secara kritikal, analitikal dan kreatif dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti. Contohnya, kami bersama-sama melukis draf gambar yang menarik sebagai sampel mural dinding. Kemudian, kami melukis ke atas dinding dengan berhati-hati. Kami amat berpuas hati dengan mural kereta api yang mengandungi huruf kecil dan huruf besar A sampai Z. Warna yang dicatkan juga amat cerah dan cantik dengan menonjolkan gambar yang mewakil huruf berkenaan. Dalam proses inilah kami saling tolong-menolong dan cuba mencampur warna yang sedia ada untuk mendapat warna yang lagi cantik.

9

Sikap keterbukaan dalam kalangan guru pelatih merupakan kekuatan yang kelima yang telah kami semaikan dalam minda masing-masing. Saya bersedia untuk menerima tunjuk ajar dan kritikan yang baik untuk memperbaiki kelemahan saya. Contohnya, kawan saya yang lebih berbakat dalam bidang kesenian lukisan mengajar saya tentang cara mencampur warna yang lebih cantik. Saya juga yakin dan puas hati dengan hasil kerja saya walaupun saya kekurangan bakat dalam melukis. Saya berusaha mengamalkan sikap keterbukaan dengan menegur atau memberi nasihat kepada kawan lain dengan cara yang bersopan agar tidak menyinggung perasaan mereka. Dalam proses pemerhatian apabila kami sampai di destinasi, saya mendapati infrastuktur yang sedia ada di tempat Prasekolah amat lengkap tetapi keadaan kekemasan dan keceriaan masih perlu ditambahbaikan lagi. Oleh itu, tugasan kami adalah berfokus pada dua aspek untuk menceriakan suasana pembelajaran kanakkanak prasekolah. Antara tugas kami ialah mengecat dinding yang sudah pudar warna dengan cat baru, menyusun semula semua perabot dalam keadaan kemas, menyapu lantai, melukis gambar di dinding dan mewarnakan gambar atau corak yang berlainan. Walaupun proses ini mengambil masa yang agak lama, tetapi kami semua amat berpuas hati dengan hasil kami. Walaupun begitu, saya masih mendapati beberapa kelemahan yang masih lagi saya perbaiki untuk mencapai kecemerlangan dalam khidmat masyarakat. Antaranya ialah peralatan yang perlu disediakan oleh kami tidak mencukupi seperti surat khabar lama untuk menyandar di lantai untuk mengelakkan daripada terkena cat, kain buruk untuk mengelap cat air yang terkena lantai. Nasib baik kami dapat mendapat bahan di10

tempat prasekolah tetapi bilangan bahan amat terhad. Oleh itu, kami perlu menjimat menggunakan surat khabar secara berulang. Kami juga mencebiskan kain kepada empat menjadi kain yang kecil dan berkongsi menggunakannya. Masalah Ini menghalang sedikit perkembangan prestasi kami kerana tidak dapat melibatkan diri dalam kerja-kerja pembersihan secara serentak apabila habis mengecat dinding. Tambahan pula, masa yang ditetapkan dalam program khidmat masyarakat ini tidak begitu mencukupi. Di samping itu, saya mendapati terdapat cara penambahbaikan yang boleh diambil untuk mengatasi masalah atau kelemahan yang dihadapi sepanjang proses program ini. Antaranya ialah, perbincangan dan perancangan yang teliti amat diperlukan terutama dari segi penyediaan peralatan atau bahan-bahan yang diperlukan. Ahli-ahli kumpulan boleh menyenaraikan dulu satu senarai dan berusaha mencari bahan atau peralatan yang diperlukan. Selain itu, masa khidmat masyarakat boleh dipanjangkan lagi. Ini adalah kerana kami bersedia melakukan kerja membersih dan gotong-royong jika masa mengizinkan. Kami juga boleh melukis banyak lagi mural yang menarik di dinding untuk menceriakan persekitaran prasekolah. Saya berasa amat gembira kerana dapat menigisikan pelbagai pengalaman dalam diri saya sepanjang program ini dan dapat dijadikan sebagai panduan persediaan pada masa hadapan. Akhir kata, secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati kerana program ini mengandungi pelbagai kebaikan yang seharus ditanam dalam hati setiap guru pelatih. BIG adalah kursus yang menyeronokkan dan dapat membina jati diri sebagai persediaan awal bagi menghadapi cabaran dalam profession perguruan.11

8. Penutup Secara kesimpulannya, program khidmat masyarakat pada kali kedua ini telah banyak memberikan pengalaman baru kepada saya. Saya amat bersyukur kerana kami mempunyai peluang emas ini untuk menjalani program yang amat bermakna sebegini. Sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak prasekolah yang sudi memberikan peluang kepada kami untuk menjalankan Bina Insan Guru Siri 3. Pengalaman yang diperoleh dan ilmu pengetahuan yang didapati boleh dijadikan panduan dalam kehidupan seharian. Selain itu, saya juga dapat bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi segala cabaran dalam bidang profesional perguruan pada masa akan datang.

12

9. Lampiran

Semua guru pelatih menumpukan perhatian mendengar taklimat di Dewan Brooke.

Kemudahan dan hiasan di tempat Prasekolah.13

Keadaan sebelum bermula kerjamengecat dinding yang pudar warnanya.

Kami bekerjasama mengecat dinding dengan bersungguh-sungguh.

14

Kami melukis gambar di dinding untuk menceriakan suasana pembelajaran kanakkanak prasekolah.

Hasil kerja kami, tempat menjadi lebih kemas dan ruang menjadi luas.15

Hasil kerja kami dengan lukisan huruf besar dan huruf kecil A sampai Z dalam bentuk kereta api.

Sesi pengambaran kumpulan kami bersama guru tutor, Puan Yeo.

16