laporan big fasa v 2013

50
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG 11700 GELUGOR, PULAU PINANG LAPORAN BINA INSAN GURU FASA V LAWATAN PENANDAARASAN TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN AJAM, 13000 BUTTERWORTH, PULAU PINANG (SEKOLAH SHOWCASE KSSR & PBS – PPD UTARA) TARIKH : 20 DISEMBER 2012 ( KHAMIS ) ANJURAN : KUMPULAN AKADEMIK PGSR MATEMATIK AMBILAN NOVEMBER 2009 PENSYARAH : PN. HARITON BINTI SHARIF PENYELARAS PGSR KOHORT 2 PN. JAFIZAH BINTI JAAFAR PENSYARAH MENTOR 0 BINA INSAN GURU FASA V IPG KAMPUS PULAU PINANAG

Upload: yeit-fong-tan

Post on 30-Dec-2014

141 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Big Fasa v 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PULAU PINANG

11700 GELUGOR, PULAU PINANG

LAPORANBINA INSAN GURU FASA V

LAWATAN PENANDAARASAN

TEMPAT :

SEKOLAH KEBANGSAAN BAGAN AJAM, 13000 BUTTERWORTH, PULAU PINANG

(SEKOLAH SHOWCASE KSSR & PBS – PPD UTARA)

TARIKH :

20 DISEMBER 2012

( KHAMIS )

ANJURAN :

KUMPULAN AKADEMIK PGSR MATEMATIK

AMBILAN NOVEMBER 2009

PENSYARAH :

PN. HARITON BINTI SHARIFPENYELARAS PGSR KOHORT 2

PN. JAFIZAH BINTI JAAFARPENSYARAH MENTOR

DISEDIAKAN OLEH :

TAN YEIT FONG710325-07-5008

0BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 2: Laporan Big Fasa v 2013

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

1.0 BIODATA DIRI 2

2.0 SEKAPUR SIREH 3

3.0 PENDAHULUAN 4

4.0 RASIONAL 5

5.0 MATLAMAT 5

6.0 OBJEKTIF 6

7.0 LAPORAN REFLEKSI

7.1 LAPORAN AKTIVITI 7-15

7.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 16-17

( SWOT )

8.0 PENILAIAN KENDIRI 18-19

9.0 LAPORAN BERGAMBAR 20-25

10.0 LAMPIRAN

10.1 ORGANINSASI PORGRAM 26-27

10.2 JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM 28

10.3 SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM 29

10.4 SISTEM FAIL PBS DI SEKOLAH 30-32

10.5 CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN 33

10.6 PAMPLET BIG FASA 5 34-35

1BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 3: Laporan Big Fasa v 2013

BIODATA DIRI

NAMA PENUH : TAN YEIT FONG

TARIKH LAHIR : 25/03/1971

NO.KAD PENGENALAN : 710325-07-5008

E-MAIL : [email protected]

NO. TELEFON : 012-4257186 , 05-7162285

TEMPAT BERTUGAS : SK PERMATANG TOK MAHAT,

14300 NIBONG TEBAL

KURSUS : PGSR-MATEMATIK KOHORT 2

NOVEMBER 2009

2BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 4: Laporan Big Fasa v 2013

Bersyukur kepada Tuhan yang maha berkuasa kerana telah memberi kekuatan dan

semagat yang gigih demi melindungi saya dan semua rakan PGSR ambilan 2009

dalam melaksanakan Program Bina Insan Guru Fasa V dengan sempurnanya. Saya

mengambil peluang ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak

yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam program BIG ini .

Dengan kerjasama dan sokongan dari semua pihak maka program ini dapat

dilaksanakan dengan sempurnanya.

Saya juga ingin merakam ribuan terima kasih khas kepada Puan Jafizah bt Jaafar

selaku pensyarah mentor kami kerana beliau banyak mengorbankan masa dan

tenaga dalam membimbing kami serta memberi idea-idea yang bernas dalam

membantu kami sepanjang perancangan dan perlaksanaan program ini . Tidak lupa

kepada Puan Hariton bt Sharif iaitu Penyelaras Kursus PGSR ambilan 2009 yang

turut membantu kami sepanjang program ini dijalankan. Saya meminta kemaafan

sekiranya terdapat sebarang kekasaran bahasa atau kesilapan yang telah saya

lakukan sepanjang program ini.

Akhir kata, Saya berharap kita semua akan dapat memanfaatkan pengalaman yang

diperoleh pada program ini agar kita dapat melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu

berkaitan dengan KSSR (Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dan PBS

( Pentaksiran Berasaskan Sekolah) supaya menjadi seorang insan guru yang dapat

mendidik dan melahirkan anak Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang

yang mampu mengharungi cabaran dan dugaan menuju Wawasan 2020.

Sekian terima kasih.

3BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 5: Laporan Big Fasa v 2013

3.0 PENDAHULUAN

Guru merupakan pembina generasi bangsa Malaysia. Pembangunan modal

insan yang berkualiti tinggi merupakan satu keperluan dalam usaha melahirkan

rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual yang unggul.

Seminar ilmu dan program kemasyarakatan juga merupakan satu keperluan yang

penting bagi melahirkan guru-guru yang akan menjadi role model kepada

masyarakat sekitar. Program Bina Insan Guru bertemakan aktiviti kemasyarakatan

dijalankan bertujuan supaya pelajar guru dapat membina jati diri yang kukuh dan

kuat di dalam diri mereka. Program ini juga dapat memberi pengalaman dan

memberi peluang kepada peserta program untuk menyumbang bakti tanpa

mengharapkan sebarang ganjaran. Seterusnya, program ini amat penting kerana

merupakan kursus wajib atau program yang perlu dikelola dan diselia dengan

sepenuhnya oleh pelajar guru agar memenuhi kehendak yang digariskan oleh pihak

Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).

4BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 6: Laporan Big Fasa v 2013

4.0 RASIONAL

Program Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di

luar bilik darjah secara ilmiah yang membawa pelajar guru untuk melibatkan diri

secara langsung dalam aktiviti-aktiviti tersebut. Proses pembinaan insan guru ini

dilihat dari aspek kesedaran bahawa konsep profesion keguruan adalah mulia. Insan

guru ialah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi ‘role model’

kepada masyarakat. Di samping itu, program ini merupakan satu inisiatif bagi

meningkatkan kefahaman pelajar guru terhadap pentingnya membina kualiti peribadi

dan profesional sebagai seorang guru yang mulia dan juga memupuk semangat

kerjasama dan perpaduan dalam kalangan pelatih guru.

5.0 MATLAMAT

Program ini merupakan usaha pencetus untuk memberi kefahaman yang

menyeluruh berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang, hubungan

guru atau sekolah dengan komuniti ke arah meningkatkan kualiti pendidikan guru

serta akauntabiliti profesional. Di samping itu, pelajar guru juga akan didedahkan

dengan keperluan pembentukan iklim dan budaya kerja serta kepimpinan sekolah

yang berkesan.

5BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 7: Laporan Big Fasa v 2013

6.0 OBJEKTIF

Selepas mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) Fasa V ini, diharapkan pelajar guru dapat :

a) didedahkan dengan komuniti pendidikan yang wujud di sekolah

b) memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan serta keperluan persekitaran berkenaan

c) memahami dan melihat sendiri peranan dan fungsi bilik gerakan KSSR sekolah

d) memahami dan mengenal pasti bentuk-bentuk pengurusan cemerlang dan mengaplikasikannya dalam pengurusan pendidikan seharian

e) meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup bersepakat,bekerjasama dan bertanggungjawab kepada pasukan

6BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 8: Laporan Big Fasa v 2013

7.0 LAPORAN REFLEKSI

7.1 LAPORAN AKTIVITI

Pada 20 Disember 2012 (Khamis), peserta kursus PGSR Ambilan November

2009 berkumpul di Gelanggara IPG Kampus Pulau Pinang pada pukul 8.00 pagi

untuk ke SK Bagan Ajam bagi satu Program Bina Insan Guru Fasa V. Cikgu Sukri

bin Samsu, pengerusi program memberi taklimat ringkas tentang tentatif program

BIG. Taklimat yang seterusnya diberi oleh penyelaras program merangkap

pensyarah mentor Puan Jafizah binti Jaafar sebelum bertolak ke SK Bagan Ajam.

Program BIG Fasa V iaitu Lawatan Penanadaarasan ke SK Bagan Ajam

telah disertai oleh 28 orang guru daripada Kumpulan Matematik bagi Program

Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) Ambilan November 2009 yang terdiri

daripada seramai 28 orang guru (7 orang lelaki dan 21 orang perempuan) bersama

seorang pensyarah mentor serta dua orang pensyarah IPG Kampus Pulau Pinang

iaitu Penyelaras PGSR Puan Hariton Bt Sharif dan Pensyarah mentor, Puan Jafizah

Bt Jaafar.

Sebelum program ini dijalankan semua peserta bersama pensyarah mentor,

Puan Jafizah binti Jaafar telah mengadakan mesyuarat bagi penubuhan Jawatan

kuasa Organisasi Program. Semua peserta kursus bersetuju dengan perlantikan

tersebut dan bersedia memikul tanggung jawab yang diamanahkan agar program

dapat berjalan lancar dan sempurna.

7BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 9: Laporan Big Fasa v 2013

7.1.1 Taklimat daripada Guru Besar Sk Bagan Ajam.

Ucapan Guru Besar SK Bagan Ajam iaitu En. Khozari b. Salleh dimulai

dengan ucapan kata alu- aluan kepada peserta BIG Fasa V dan pensyarah-

pensyarah pengiring. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran

kami semua kerana sudi datang ke SK Bagan Ajam dan membuat Program Lawatan

Penandaarasan mengenai KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah) dan

Prestasi Berasaskan Sekolah (PBS). Beliau juga menyatakan bahawa SK Bagan

Ajam merupakan sekolah rintis yang dipeloporkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia (KPM) di mana sekolah gred A yang berkepentingan sebagai Sekolah

Showcase PBS di Zon Utara Pulau Pinang. Sekolah ini bertanggungjawab

melaksanakan KSSR mengikut ketetapan KPM.

Menurut beliau perlaksanaan KSSR melibatkan 3 fasa dan sekarang masih

berada di dalam fasa 1 hingga 2015. Di dalam fasa ini ramai guru masih kabur

dengan KSSR dan PBS. Pihak kementerian telah menyarankan transfomasi di

dalam pendidikan bagi tahun 2011 hingga 2015. KSSR tidak bergantung pada

peperiksaan ianya dinilai dalam PBS menggunakan band 1 hingga band 6.

Berdasarkan KSSR, pentaksiran dilakukan oleh guru mata pelajaran sepanjang

proses pengajaran dan pembelajaran.

Ucapan En. Khozari disulami dengan sejarah sekolah, beliau menceritakan

serba sedikit tentang sejarah sekolah iaitu dibina pada 1898 sebelum perang lagi.

Bermulanya dengan bagunan kayu dan telah dibuat perubahan mengikut keadaan

semasa atau peredaran zaman .Pada sekitar tahun 1980an ianya merupakan

sekolah sukan tetapi kini SK Bagan Ajam merupakan Sekolah Showcase KSSR &

PBS - PPD Seberang Perai Utara.

8BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 10: Laporan Big Fasa v 2013

7.1.2. TAKLIMAT KSSR DAN PBS TAHUN 3

Taklimat KSSR Dan PBS telah disampaikan oleh En.Ahmad Kaber b.Hj Che

Ismail. Beliau merupakan seorang Guru Cemerlang dan juga Jurulatih Utama KSSR

untuk Matapelajaran Bahasa Malaysia. Beliau merupakan seorang guru Bahasa

Malaysia yang berpengalaman di SK Bagan Ajam walaupun Opsyen beliau semasa

di Maktab adalah Bahasa Inggeris. Sebelum memberi taklimat dengan lebih jelas

beliau mengalu-alukan kedatangan kami semua dan memberi sedikit taklimat

tentang sekolah beliau di samping menayangkan kawasan-kawasan utama SK

Bagan Ajam seperti padang,surau serta kawasan persekitaran. Sekolah ini

merupakan Sekolah Showcase KSSR / PBS PPD Utara.

KSSR ialah Kurikulum Standard Sekolah Rendah.Ianya telah dilaksanakan di

Sekolah Rendah bermula Tahun 2011 mulai dari Tahun 1 dan di peringkat sekolah

Menengah pula dilaksanakan pada Tahun 2012. Melalui KSSR, semua prestasi

murid ditafsir sepanjang tahun oleh guru-guru di sekolah masing-masing dan ianya

dikenali sebagai PBS iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Sistem Penilaian & Peperiksaan

Rasional

i. Memberi kemudahan kepada Pentadbir Sekolah, guru, Ibu bapa untuk

menilai dan membuat rekod pencapaian murid.

ii. Sekolah boleh membuat Pentaksiran melalui Disiplin Ilmu

iii. Memberi makna kepada gred pelajar

iv. Tidak membanding bezakan murid dengan gred

v. Tiada had peratusan murid untuk mencapai standard.

9BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 11: Laporan Big Fasa v 2013

Konsep Pentaksiran

i. Menggunakan kaedah 3P iaitu Pengajaran,Pembelajaran dan seterusnya

Pentafsiran.

ii. Pentaksiran juga boleh dilakukan semasa Pengajaran & Pembelajaran

dijalankan.

- Menggunakan bahan yang sedia ada seperti buku teks, buku tulis dan

buku aktiviti.

- Pengoperasian evidens

- Pengoperasian fail ( Rujuk lampiran 6 )

iii. Pentaksiran tidak perlu dilakukan setiap hari

iv. Dibolehkan mentaksir 2 evidens dalam satu hari

v. Proses pentaksiran berlaku sepanjang tahun. Murid yang telah dapat

menguasai Band 1 hingga 6 akan diberi latihan pengayaan manakala

murid yang lemah ( LINUS) akan diberi bimbingan dan pemulihan

Pelaporan Pencapaian Murid

DULU KINI

Ujian Bulanan guru rekod markah dan tulis laporan secara manual

Pentaksiran formatif guru klik pencapaian dalam sistem dan jana

laporan

Setelah selesai membuat “checklist” ,dengan penuh keyakinan guru merekod pula di

dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ( SPPBS )

Peringatan

10BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 12: Laporan Big Fasa v 2013

1. Guru hendaklah menyediakan senarai semak atau rekod transit sebelum

mengisi pencapaian muird dalam SPPBS.

2. Data yang diisi tidak boleh diperbetulkan .

3. Murid yang telah menguasai sesebuah Band, Pelaporan Sumatif boleh dicetak

untuk disimpan.

4. Manakala murid yang tidak menguasai sesebuah Band hanya boleh dicetak

Pelaporan Formatif sahaja.( Jika Perlu )

Rancangan Pelajaran Harian

1. Guru merancang P&P menggunakan Dokumen Standard Kurikulum dan

Pemetaan Tahunan.

2.Pemetaan Tahunan hendaklah dirancang dari awal tahun.

3. Contoh Rancangan Tahunan ( Rujuk lampiran 7 )

7.1.3 Lawatan ke Bilik Gerakan KSSR

Selepas makan tengahari lebih kurang pada jam 1.00 tengah hari kami semua

dibawa ke Bilik Gerakan KSSR SK Bagan Ajam. Bilik Gerakan ini cantik serta

kemas dengan susun atur semua bahan-bahan KSSR.

Sistem Fail KSSR disusun di dalam rak yang disediakan. Fail Perkembangan

Murid disusun mengikut kelas dan Daftar murid. Setiap fail perkembangan murid

di muka hadapan terdapat nama,gambar dan kelas masing-masing. Semuanya

tersusun dengan kemas.begitu juga dengan fail –fail lain.

11BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 13: Laporan Big Fasa v 2013

Setiap sudut dan ruang bilik ini semuanya dipenuhi dengan bahan-bahan

KSSR yang lengkap. Ilmu untuk P&P KSSR yang baik dan sistematik dan boleh

dijadikan contoh terbaik. ( Rujuk lampiran bergambar )

7.1.4. Laporan Bengkel

Jam 2.20 petang, aktiviti lawatan penandaarasan diteruskan dengan sessi

bengkel pembinaan eviden. Bengkel ini dipimpin oleh En. Ahmad Qabil bin Ismail.

Matlamat utama bengkel ini diadakan adalah untuk membantu peserta

mengenalpasti eviden yang hendak diuji dan memberi pendedahan tentang cara

membina eviden berdasarkan kod standard, band dan diskriptor yang sesuai.

Bengkel dimulakan dengan penjelasan tentang perkaitan band, diskriptor dan

eviden di mana ketiga-tiga elemen ini digabungkan membentuk kod standard

prestasi. Setiap elemen perlu dipatuhi dan diteliti berbantukan dokumen standard

sebelum dibangunkan sesuatu eviden. Eviden yang baik, adalah eviden yang

bersifat ansur maju iaitu dari mudah kepada susah. Selain itu, bilangan soalan juga

perlu sesuai dengan band yang diuji contohnya, band 1, bilangan soalan yang

dicadangkan adalah antara 2 hingga 3 sahaja. Manakala band 2, bilangan soalan

yang dicadangkan 4 hingga 6 dan seterusnya hingga band 6. Murid-murid dikatakan

telah menguasai standard yang diuji apabila mereka betul semua soalan yang diberi.

Jika gagal, guru perlu mengulangi semula eviden tersebut atau guna eviden lain

yang sesuai dengan standard prestasi yang diuji.

Seterusnya, kami dicadangkan membuat eviden untuk mata pelajaran Bahasa

Inggeris dan Matematik. Tiada penetapan kod standard prestasi dan setiap

kumpulan bebas memilih kod eviden yang hendak dibina. Setiap kumpulan diberi

masa lebih kurang 40 minit dan dibekalkan standard dokumen dan standard prestasi. 12

BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 14: Laporan Big Fasa v 2013

Sessi perbincangan berjalan lancar. Perbentangan dimulai oleh Cikgu Mior Azhar

daripada kumpulan 3. Kumpulan 3 memilih kod standard B3DT1E1 untuk

matapelajaran Bahasa Inggeris. Manakala perbentangan ke-2 dibuat oleh kumpulan

1, dibentang oleh Cikgu Izham dan Cikgu Azlan mengenai kod B1D1E1 untuk

matapelajaran matematik tahun 3. Cikgu Komathy meneruskan perbentangan untuk

matapelajaran Bahasa Inggeris.

Sesi perbentangan kali ini agak berlainan kerana aktiviti diintegrasikan dengan

aktiviti didik hibur. Dan akhir sekali, perbentangan dibuat oleh Cikgu Shahnon dari

kumpulan 4 bagi matapelajaran matematik tahun 3 yang berkaitan dengan kod

standard B1D1E2. Sebelum aktiviti bengkel berakhir, Cikgu Qabil sempat

mengingatkan kami beberapa perkara antaranya, sekolah perlu mewujudkan ‘panel

pembinaan instrumen’ supaya instrumen yang dibuat ditapis, diteliti sebelum diuji

agar instumen yang dihasilkan sesuai dengan tahap murid. Aktiviti bengkel berakhir,

kira-kira jam 4.15 petang.

7.1.5 LAPORAN SESI SOAL JAWAB BIG FASA V

Sesi soal jawab dimulakan oleh Cikgu Rosilawati yang bertanyakan tentang

bagaimana hendak memilih band pembelajaran yang sesuai dengan aktiviti dalam

proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran KSSR. Ini kerana Cikgu

Rosilawati tidak pernah mengikuti kursus KSSR tetapi beliau dikehendaki mengajar

mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan bagi Tahun 2. Kemudian, En.

Kaber bin K. Ismail, Guru Cemerlang KSSR dan PBS dari SK Bagan Ajam menjawab

soalan Cikgu Rosilawati dengan menunjukkan beberapa contoh rancangan

mengajar. Menurut En. Kaber, evidens bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan

Kesihatan ialah dengan mengambil gambar semasa proses pengajaran dan

13BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 15: Laporan Big Fasa v 2013

pembelajaran dilaksanakan. Selain itu, beliau memberitahu bahawa perbezaan

antara KBSR dan KSSR bagi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ialah tidak ada lagi

‘warming-up’ dan ‘cooling down’.

Seterusnya, soalan diajukan oleh Cikgu Salina tentang Dunia Seni Visual

kerana beliau keliru dengan kemahiran bagi disiplin ilmu tersebut. Soalan tersebut

kemudian dijawab oleh En. Kaber dengan ringkas tetapi padat dengan maklumat

yang ingin diketahui oleh Cikgu Salina. Selepas itu, Pn. Hariton binti Sharif,

Penyelaras PGSR kohot 2, pula mengajukan satu soalan iaitu beliau ingin

mengetahui perbezaan antara aras dan standard pembelajaran bagi mata pelajaran

Dunia sains dan Teknologi. Soalan ini juga dijawab oleh En. Kaber dengan

penerangan yang amat jelas supaya dapat menghilangkan kekeliruan antara aras

dan standard pembelajaran Pn. Hariton dan juga peserta-peserta BIG fasa V.

Soalan seterusnya diajukan pula oleh Cikgu Salwa yang bertanyakan tentang

masalah yang beliau hadapi sebagai seorang guru KSSR iaitu kenapa maklumat

KSSR dan PBS yang perlu diisi dalam online tidak dapat disiapkan bagi sesuatu

tempoh kerana setiap tajuk mempunyai band 1. Perkara ini diakui oleh En. Kaber

ketika menjawab soalan Cikgu Salwa dan beliau memaklumkan lagi bahawa guru

yang terlibat dengan KSSR tidak perlu risau tentang perkara tersebut. Soalan yang

terakhir diajukan oleh Cikgu Norehan iaitu berkaitan dengan mata pelajaran

Matematik KSSR. Kemudian, En. Kaber menjawab soalan ini berserta dengan

contoh yang cukup lengkap untuk difahami oleh Cikgu Norehan dan peserta-peserta

BIG fasa V yang lain. Secara keseluruhannya bolehlah dikatakan bahawa sesi

soaljawab ini amat memberi manfaat kepada semua peserta BIG fasa V ini.

14BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 16: Laporan Big Fasa v 2013

7.1.6 PENUTUP

Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa V telah mencapai objektifnya kerana

Lawatan Penandaarasan ini telah menambah ilmu pengetahuan para peserta kursus

PGSR (Matematik) Ambilan November 2009 tentang KSSR dan PBS yang sedang

dilaksanakan di tahun 1 dan tahun 2 sekolah rendah. Sepanjang program ini para

guru didedahkan dengan terperinci proses perlaksanaan PBS di bawah Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang terkini dan menggunakan instrumen

pentaksiran yang lebih sesuai dan sistematik untuk mentaksir para pelajar di sekolah

masing-masing kelak.

Walau bagaimanapun, terdapat banyak persoalan dan kekangan yang

didapati hasil perbincangan serta dapatan dari guru berkenaan perlaksanaan PBS di

sekolah yang masih memerlukan bimbingan yang berterusan dari semasa ke

semasa. Kesimpulannya, pelbagai pengetahuan baru dapat diperoleh melalui

lawatan penandaarasan seperti memahami dan melihat sendiri peranan serta fungsi

bilik gerakan KSSR sekolah. Melalui pengkongsian maklumat yang diperolehi para

peserta kursus akan lebih bersedia dan memahami perlaksanaan PBS yang sebenar

serta mempraktikkan segala ilmu yang dapat demi mendidik anak bangsa supaya

merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Guru.

15BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 17: Laporan Big Fasa v 2013

7.2 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN (SWOT)

7.2.1. Kekuatan Program

1. Sokongan dari IPG Kampus Pulau Pinang, pensyarah, pihak

sekolah SK Bagan Ajam.

2. Kerjasama daripada semua peserta kursus Program

Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR) Ambilan

November 2009

3. Segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan baik

dan sistematik.

4. Memberi pendedahan idea kepada peserta kursus PGSR untuk

melaksanakan KSSR dan PBS di sekolah masing-masing.

7.2.2 Kelemahan Program

1. Penceramah hanya menerangkan asas Perlaksanaan KSSR

dan PBS akibat kekangan masa. Penerangan secara mendalam

tidak sempat dibuat.

7.2.3. Peluang

1. Memberi pengalaman yang bermakna kepada para guru PGSR

dari segi perlaksanaan KSSR dan PBS setelah mendengar

taklimat dan penerangan dari guru cemerlang PBS SK Bagan

Ajam dan melawat bilik gerakan PBS untuk melihat fail

pentaksir, fail perkembangan murid dan fail showcase murid.

16BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 18: Laporan Big Fasa v 2013

2. Memberi peluang mempelajari pembinaan eviden yang

berkesan bagi mata pelajaran Matematik dalam bengkel yang

dijalankan..

7.2.4 Penambahbaikan

1. Sesi bengkel untuk membina eviden agak suntuk. Kefahaman

akan lebih mendalam jika peruntukan masa dapat dipanjangkan.

17BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 19: Laporan Big Fasa v 2013

8.0 PENILAIAN KENDIRI

Saya berasa bersyukur kepada Tahan kerana diberi peluang untuk mengikuti

Program Bina Insan Guru Fasa V ini. Program Bina Insan Guru ini dilaksanakan

dengan tujuan untuk memberi pendedahan mengenai dasar dan perlaksanaan

KSSR dan PBS di sekolah rendah. Sepertimana yang kita sedia maklum,

pendidikan di Malaysia telah melangkah masuk ke suatu era yag baru dari segi

pentaksiran prestasi para pelajar. Pada pendapat saya, guru yang berdedikasi

bukan saja mahir dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik

darjah malah mereka perlu memiliki pengetahuan dan kemahiran yang mantap

dalam menjalankan pentaksiran di sekolah.

Pada pendapat saya, terdapat beberapa perkara yang boleh dibanggakan

dalam menjayakan program ini. Ahli jawatankuasa kerja yang dilantik telah

menjalankan tugas dengan baik mengikut bidang tugasan yang diamanahkan.

Persiapan awal dari segi pengisian program, perbincangan dengan pihak pentadbir

SK Bagan Ajam, peralatan, pengangkutan dan sebagainya telah berjalan dengan

lancar. Semasa program berjalan di SK Bagan Ajam, semua peserta saling bantu

membantu untuk memastikan setiap slot berjalan seperti yang dirancang mengikut

tentatif sehingga program tamat. Sifat kerjasama, saling bantu membantu dan

semangat kekitaan jelas diperlihatkan. Kami tidak mengira penat lelah sepanjang

program demi mencapai objektif program seperti pepatah Melayu “ Berat sama-sama

dipikul, ringan sama-sama dijinjing”.

Pengalaman kami dalam merancang dan menjayakan program BIG Fasa IV

merupakan salah satu faktor yang membantu kejayaan program. Program bermula

18BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 20: Laporan Big Fasa v 2013

dari peringkat perancangan sehingga perlaksaaan dapat dijalankan dengan mudah,

baik dan bersistematik dan bersesuaian dengan objektif program. Pengisian program

yang disusun melibatkan interaksi dua hala antara penceramah dan peserta kursus

dan menglibatkan aktiviti “hands on” yang boleh mengukuhkan kefahaman konsep.

Sokongan padu yang diberikan oleh pihak pentadbir sekolah SK Bagan Ajam

dan Unit KSSR/PBS sekolah berkenaan telah banyak membantu kepada kejayaan

program ini. Mereka sudi menerima lawatan kami walaupun program ini dijalankan

dalam masa cuti sekolah. Mereka sanggup mengorbankan masa cuti untuk

memastikan kami dapat ilmu yang diperlukan untuk menjalankan PBS di sekolah

masing-masing bila sekolah berbuka semula pada tahun 2013. Lawatan ke Bilik

Gerakan KSSR/PBS telah membuka minda kami untuk menyediakan fail-fail yang

berkaitan dengan PBS agar para guru dapat melaksanakan tugas dengan lebih yakin

dan teratur.

Walau bagaimanapun kami juga menghadapi sedikit kesulitan semasa

program ini dijalankan. Antaranya, masalah kekangan masa. Masa yang

diperuntukkan untuk bengkel membina eviden agak pendek dan menyebabkan

aktiviti ini dijalankan dalam keadaan tergesa-gesa dan keadaan ini sedikit sebnayak

telah menyebabkan para peserta kursus tidak dapat menguasai kemahiran ini

dengan lebih mantap. Faktor umur dan kesihatan menyebabkan berapa orang

peserta menghadapi kesulitan semasa kursus dijalankan. Walau bagaimanapun

secara keseluruhannya semua kekangan ini tidak menjadi penghalang program

diteruskan.

19BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 21: Laporan Big Fasa v 2013

9.0 LAPORAN BERGAMBAR

Tiba di SK Bagan Ajam, Butterworth Mengisi buku lawatan di bilik mesyuarat

Mencatat maklumat yang penting Mendengar taklimat Guru Besar

Guru Besar SK Bagan Ajam Guru Cemerlang KSSR, PBS

20BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 22: Laporan Big Fasa v 2013

Bergambar di bilik mesyuarat Pn Hariton turut bersama dengan kita…

Bahan yang disembahkan untuk tatapan semua….

Menjamu selera di kantin sekolah Antara menu makan tengah hari…….

21BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 23: Laporan Big Fasa v 2013

Melawat ke bilik gerakan KSSR Sudut pengurusan

Maklumat tentang KSSR dan PBS Fail-fail perkembangan murid

Fail Pentaksir Sekolah Fail Disiplin ilmu

22BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 24: Laporan Big Fasa v 2013

Bahan MBMMBI & bahan LINUS Bahan & CD KSSR

Fail Showcase Modul Pengajaran Matematik

Buku panduan perlaksanaan KSSR Rekod penggunaan dokumen KSSR

23BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 25: Laporan Big Fasa v 2013

Mencari ilmu tentang KSSR ,PBS Meneliti fail perkembangan murid

Meneliti evidens murid yang disimpan Panduan perlaksanaan KSSR, PBS

Penyampaian cenderahati kepada Penyampaian cenderahati kepada Encik

ENcik Khozari bin Salleh Ahmad Kaber

24BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 26: Laporan Big Fasa v 2013

Cikgu Sukri menerima cenderahati Pembentangan hasil bengkel dari

daripada Guru Besar SK Bagan Ajam wakil kumpulan 3

Bergambar berramai-ramai sebelum bertolak

balik ke IPG Pulau Pinang

25BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 27: Laporan Big Fasa v 2013

LAMPIRAN 1

CARTA ORGANISASI PROGRAM LAWATAN PENANDAARASAN BINA INSAN GURU FASA V KUMPULAN PGSR MATEMATIK

(AMBILAN NOVEMBER 2009)

PENAUNG

TN HAJI KHALID BIN HAJI AHMAD

PENYELARAS

ENCIK NORDIN B. SADALI

PENASIHAT / PENSYARAH MENTOR

PUAN JAFIZAH BINTI JAAFAR

PENGERUSI

MOHD SHUKRI BIN SAMSU

NAIB PENGERUSI

AZMAH BINTI AWANG AHMAD

SETIAUSAHASARIMA BINTI ISHAK

NAIB SETIAUSAHA

SALWA BINTI ISMAIL

BENDAHARI

SUHAINI BINTI SHAMSUDIN

NAIB BENDAHARI

MOHD IZHAM BIN ABDUL HAMID

26BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 28: Laporan Big Fasa v 2013

Jawatankuasa Perhubungan : Azmah Binti Awang Ahmad: Tan Yeit Fong

Jawatankuasa Dokumentasi : Azlan Shah Bin Luckman: Nor Atizah Binti Jap: Norihan Binti Awang Cha: Rabiyah Binti Ibrahim: Zarina Binti Zakaria

Jawatankuasa Cenderahati : Rosilawati Binti Idris: Norhayati Binti Othman: Chandralekha A/P Kalaimutho

Jawatankuasa Makanan : Salina Binti Samingon: Rosmawati Binti Muhammad: Wan Zurainee Binti Hj Wan Jusoh

Jawatankuasa Bengkel : Norihan Binti Awang Cha: Mohd Shukri Bin Samsu: Komathy A/P Raja Mogan: Sarveswari A/P Sinnasamy: Sarima Binti Ishak

Jawatankuasa Pengangkutan : Ku Abd Fithri Bin Ku Abd Halim: Roslan Bin Yaakub

Jawatankuasa Kebajikan : Siti Hamidah Binti Shaharuddin: Wahida Binti Ibrahim

Jawatankuasa Keselamatan : Zaithy Akhtar Binti Din: Zarina Binti Abdul Wahab

Jawatankuasa Peralatan : Mohd Shahnon Bin Yusof: Mior Azhar Bin Abd Halid

27BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 29: Laporan Big Fasa v 2013

LAMPIRAN 2

JADUAL PROGRAM BINA INSAN GURU FASA VKUMPULAN PGSR MATEMATIK AMBILAN NOVEMBER 2009

20HB DISEMBER 2012 (KHAMIS)

20 Disember 2012 ( Khamis ) – (10 jam)

8.00 pagi : Bertolak dari IPG Kampus Pulau Pinang

8.30 pagi : Tiba dan berkumpul di sekolah

9.00 pagi : Taklimat daripada Guru Besar SK Bagan Ajam

10.00 pagi : Rehat

10.30 pagi : Taklimat KSSR dan PBS Tahun 3 (Matematik)

11.00 – 1.00 : Lawatan ke Bilik Gerakan KSSR (Fail Matematik)petang

1.00 – 2.30 : Jamuan makan & rehatpetang

2.30 – 4.00 : Bengkel petang

4.00 – 5.00 : Sesi soal jawab & Slot refleksipetang

5.00 – 5.30 : Majlis Penutuppetang

5.30 – 6.00 : Perjalanan pulang ke IPG Kampus Pulau Pinangpetang

28BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 30: Laporan Big Fasa v 2013

LAMPIRAN 3

SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM LAWATAN PENANDAARASAN

BINA INSAN GURU FASA V20HB DISEMBER 2012 ( KHAMIS)

BIL NAMA NO. TEL NO. K/P

1 AZLAN SHAH BIN LUCKMAN 012-4390572 810918-07-5319

2 AZMAH BINTI AWANG AHMAD 019-5442567 730325-02-5894

3 CHANDRALEKHA A/P KALAIMUTHO 016-3085267 791226-07-5202

4 KOMATHY A/P RAJA MOGAN 016-5213775 801225-08-5608

5 KU ABD FITHRI BIN KU ABD HALIM 017-6976179 820806-08-5431

6 MIOR AZHAR BIN ABD HALID 016-5657679 680501-08-7303

7 MOHD IZHAM BIN ABD HAMID 017-4226234 710505-02-5403

8 MOHD SHAHNON BIN YUSOFF 012-3597889 781007-08-5225

9 MOHD SHUKRI BIN SAMSU 019-4419857 752423-02-5131

10 NOR ATIZAH BINTI JAP 019-5496099 750124-02-5764

11 NORHAYATI BINTI OTHMAN 012-5368699 670406-02-5324

12 NORIHAN BINTI AWANG CHA 012-5019953 790520-02-5906

13 RABIYAH BINTI IBRAHIM 017-3636809 740424-05-5130

14 ROSILAWATI BINTI IDRIS 019-9012675 710309-03-5292

15 ROSLAN BIN YAAKUB 013-9653849 790922-03-5445

16 ROSMAWATI BINTI MUHAMMAD 019-9000679 750308-03-5000

17 SALINA BINTI SAMINGON 019-5292862 660115-01-5522

18 SALWA BINTI ISMAIL 019-3671085 741231-02-6020

19 SARIMA BINTI ISHAK 019-5656359 751012-07-5550

20 SARVESWARI A/P SINNASAMY 019-4455321 680616-07-5310

21 SITI HAMIDAH BINTI SHAHARUDDIN 017-2193202 750410-08-6322

22 SUHAINI BINTI SAMSUDIN 013-4887495 750726-08-6046

23 TAN YEIT FONG 012-4257186 710325-07-5008

24 WAHIDA BINTI IBRAHIM 012-5504917 690616-08-5008

25 WAN ZURAINEE BINTI HJ WAN JUSOH 013-9469905 730119-03-5314

26 ZAITY AKHTAR BINTI DIN 019-5520602 701229-08-5316

27 ZARINA BINTI ABDUL WAHAB 019-4173938 720330-02-5418

28 ZARINA BINTI ZAKARIA 012-5789970 700120-08-5692

29BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 31: Laporan Big Fasa v 2013

LAMPIRAN 4

SISTEM FAIL PBS DI SEKOLAH

BIL JENIS FAIL CADANGAN

PELAKSANAAN

KANDUNGAN CATATAN

1. FAIL INDUK

PENGURUSAN

PBS

JANUARI1. .Fail Putih – AM 435 *1.1 Surat-surat jawapan daripada sekolah

kepada KPM / JPN / PPD1.2 Surat menyurat berkaitan PBS

*Simpan di Pejabat

**Fail mengikut Sistem Pengurusan

2. Fail Pendua ( Fail Kulit Keras- Ring Fail )***

2.1 PEKELILING-PEKELILING Pekeliling daripada KPM/JPN/PPD Buku Panduan Pengurusan

Pentafsiran Berasaskan Sekolah.

2.2 CARTA ORGANISASI PBS SEKOLAH Struktur Jawatankuasa Jadual Petugas Pentafsiran Carta Organisasi

2.3 MAKLUMAT GURU PBS Senarai Guru PBS Biodata Guru PBS Surat Lantikan sebagai Guru

PBS/Pentafsir Jadual Waktu Mengajar

2.4 PERANCANGAN SEKOLAH PBS Takwim aktiviti PBS Program Tahunan PBS ( mengikut

Panitia Mata Pelajaran ) Rancangan Tahunan M/Pel PBS

2.5 MINIT MESYUARAT PBS Minit Mesyuarat J/Kuasa PBS

tahunan atau bulanan Minit Mesyuarat pelaksanaan

aktiviti PBS Minit Mesyuarat Khas ( Kes Khas )

jika ada Laporan aktiviti PBS

2.6 LAPORAN PENJAMINAN KUALITI

Sekolah Kualiti ( SPSK )

*** Fail Pendua disimpan oleh Penyelaras/SU PBS

30BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 32: Laporan Big Fasa v 2013

2.6.1 Pemantauan Jadual Pemantauan Laporan Pemantauan Guru PBS

oleh Pemantau Dalamnan ( GB/PK)

Laporan Pemantauan oleh Pegawai

KPM/JPN/PPD/Nazir

2.6.2 Penyelarasan

Jadual Penyelarasan Laporan Penyelarasan

2.7 KES-KES KHAS Murid yang kerap tidak dating ke

sekolah Murid yang tidak ada

maklumat/murid ke luar Negara Murid Berkeperluan Khas Kes-Kes Lain

2. FAIL PERKEMBANGAN MURID

FEBRUARI - NOVEMBER

1 BUAH FAIL BAGI SETIAP MURID*

i. I Disediakan oleh guru kelas.Setiap murid mempunyai 1 fail

ii. Pengisian Fail: semua guru subjek memasukkan evidens (contoh:lembaran kerja)

iii. Masukkan mengikut bahagian subjek masing-masing

iv. Evidens yang dimasukkan ialah evidens terkini bagi setiap diskriptor untuk setap matapelajaran

v. Evidens terdahulu diserah kepada murid setelah direkodkan dalam SPPBS.

*Disimpan dalam kelas/bilik operasi PBS/tempat yang selamat bersistematik dan mudah diakses oleh guru matapelajaran

3. FAIL SHOWCASE JANUARI- NOVEMBER

1 BUAH FAIL BAGI SETIAP KELAS*

I. Maklumat muridII. Sasaran Pencapaian muridIII. Laporan Perkembangan

Keseluruhan Pencapaian Standard Prestasi

IV. Menyimpan evidens terbaik bagi semua descriptor dalam semua band untuk semua matapelajaran

V. Masukkan mengikut bahagian subjek masing-masing.

31BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 33: Laporan Big Fasa v 2013

4. FAIL PENTAFSIR/ FAIL GURU PBS/

JANUARI -NONEMBER

1 FAIL BAGI SETIAP GURU*

I. Maklumat guruII. Dokumen Standard Prestasi

MatapelajaranIII. Borang senarai semak ( rekod

transit)IV. Instrumen PentafsiranV. Jadual Waktu MengajarVI. Surat Lantikan PentafsiranVII. Salinan Modul Teras Asas dan

Tema KSSR

*Sekiranya guru mengajar lebih daripada satu matapelajaran sediakan satu fail sahaja.

5. FAIL DISIPLIN ILMU

JANUARI -NONEMBER

1 FAIL BAGI SETIAP MATAPELAJARAN

i. Evidens setaip bandii. Rekodiii. Senarai semak

32BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 34: Laporan Big Fasa v 2013

Lampiran 5

CONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

BAHASA MALAYSIA

Mata Pelajaran dan Kelas

Bahasa Malaysia Tahun 2 Bestari

Tema/Tajuk Kebudayaan - Makanan Kita

Masa 7.30 – 8.30 pagi

Standard Pembelajaran

1.4.4 / Literasi 3.2

Objektif Pembelajaran

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat;i. Bertutur untuk menyatakan permintaan dengan betul.ii. Bertutur untuk menyatakan permintaan dengan intonasi

yang betul secara bertatasusila.iii. Literasi;

Menyebut dan memadankan frasa yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup dengan gambar.

Aktiviti 1. Menuturkan ayat-ayat permintaan yang telah didengar daripada dialog.

2. Main peranan sebagai penjual dan pembeli. (Keusahawanan)

3. Berbincang tentang cara yang betul membina ayat permintaan berdasarkan situasi dan menuturkannya semula.

4. Menulis ayat permintaan berdasarkan gambar, slaid powerpoint atau situasi pada komputer, papan tulis atau lembaran kerja.

Aktiviti Literasi1. Menyebut frasa menunjukkan permintaan dengan

bimbingan guru.2. Memadankan frasa menunjukkan permintaan dengan

gambar yang sesuai.

EMK Nilai Murni – berbudi bahasa, jujur Keusahawanan – sikap dan pemikiran keusahawananTMK – belajar melalui TMK

Bahan Bantu Belajar Radio/komputer, slaid powerpoint gambar-gambar tunggal, kad gambar, lembaran kerja

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran

Murid menuturkan ayat-ayat permintaan berdasarkan gambar situasi atau slaid powerpoint yang dipaparkan.

Refleksi 30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

33BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG

Page 35: Laporan Big Fasa v 2013

*PAMPLET BIG * LAMPIRAN 6

34BINA INSAN GURU FASA VIPG KAMPUS PULAU PINANAG