laporan big sem 3.docx

33
BINA INSAN GURU FASA 3 WAJ 3114 1.0 PENDAHULUAN Laporan Bina Insan Guru (BIG) fasa tiga ini merangkumi laporan mengenai aktiviti bengkel pengucapan awam serta aktiviti kemasyarakatan di rumah anak yatim yang mana masing-masing dijalankan pada 1 April 2014 dan 6 April 2014. Seperti yang kita ketahui, aktiviti bengkel pengucapan awam yang dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pengalaman kepada para pelajar untuk merancang, mengendali dan menghadiri bengkel yang dijalankan. Pengisian yang terkandung dalam bengkel ini merangkumi sesi pengucapan awam dan kesantunan berbahasa yang disampaikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, iaitu Encik Bukhari Bin Shafie. Bengkel ini juga menyentuh aspek pengendalian majlis rasmi seperti susun atur tempat kedudukan, pengacaraan, dan sambutan tetamu. Etika pemakaian dan tata tertib ketika di meja makan juga turut dihurai dengan panjang lebarnya oleh penceramah jemputan. Seterusnya, aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di rumah anak yatim pula bertujuan untuk membentuk kesemua bakal-bakal guru yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, merapatkan silaturrahim antara para peserta dengan masyarakat luar serta membantu untuk memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan rumah anak yatim. Sehubungan itu, aktiviti kemasyarakatan ini juga bermatlamat untuk mengembangkan keterampilan diri peserta dalam menguruskan diri, kumpulan dan masa dengan efektif, mempamerkan kecaknaan terhadap persekitaran 1

Upload: mohd-fitri-shahruddin

Post on 24-Sep-2015

70 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

fail

TRANSCRIPT

BINA INSAN GURU FASA 3WAJ 31141.0PENDAHULUANLaporan Bina Insan Guru (BIG) fasa tiga ini merangkumi laporan mengenai aktiviti bengkel pengucapan awam serta aktiviti kemasyarakatan di rumah anak yatim yang mana masing-masing dijalankan pada 1 April 2014 dan 6 April 2014. Seperti yang kita ketahui, aktiviti bengkel pengucapan awam yang dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pengalaman kepada para pelajar untuk merancang, mengendali dan menghadiri bengkel yang dijalankan. Pengisian yang terkandung dalam bengkel ini merangkumi sesi pengucapan awam dan kesantunan berbahasa yang disampaikan oleh Pensyarah Jabatan Pengajian Melayu, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, iaitu Encik Bukhari Bin Shafie. Bengkel ini juga menyentuh aspek pengendalian majlis rasmi seperti susun atur tempat kedudukan, pengacaraan, dan sambutan tetamu. Etika pemakaian dan tata tertib ketika di meja makan juga turut dihurai dengan panjang lebarnya oleh penceramah jemputan. Seterusnya, aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di rumah anak yatim pula bertujuan untuk membentuk kesemua bakal-bakal guru yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian, merapatkan silaturrahim antara para peserta dengan masyarakat luar serta membantu untuk memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan rumah anak yatim. Sehubungan itu, aktiviti kemasyarakatan ini juga bermatlamat untuk mengembangkan keterampilan diri peserta dalam menguruskan diri, kumpulan dan masa dengan efektif, mempamerkan kecaknaan terhadap persekitaran dan komuniti di samping memberi respons yang positif terhadap keperluan persekitaran yang berbeza dan memupuk semangat kerjasama antara peserta. Program ini bermatlamat untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat gigih yang tinggi, nilai-nilai kerohanian dan keguruan yang mapan, mempunyai ketahanan fizikal dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat serta negara selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Di samping itu, para pelajar juga diharap dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran serta keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang bakal guru.

2.0LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG) FASA TIGA AKTIVITI BENGKEL2.1SEBELUM BIG BERLANSUNGSebelum aktiviti BIG ini berlansung, kesemua wakil daripada sembilan buah kelas daripada PISMP Semester Tiga telah sama-sama turun pada 20 Februari 2014 pada jam 2.30 p.m yang bertempat di Bilik Mesyuarat Gerko bagi menjalankan satu perjumpaan untuk melantik Ahli Jawatankuasa (AJK) bagi BIG aktiviti bengkel ini. Pelantikan AJK pada hari tersebut telah dilakukan oleh Encik Mohd Nashri Bin Yaakub, iaitu selaku Ketua Sub Unit BIG pada kali ini. Pelantikan ini disusuli dengan pengagihan bidang tugas mengikut AJK masing-masing sehingga tamat pada pukul 4.30 p.m. Sehubungan itu, terdapat juga perjumpaan susulan yang dilakukan oleh AJK tertinggi BIG bersama dengan penyelaras BIG semester ini iaitu Puan Sumaiyah pada 3 Mac 2014 bertujuan untuk membincangkan tentang perkembangan mengenai perancangan pelaksanaan bengkel tersebut mengikut AJK masing-masing. Perjumpaan tersebut berakhir pada jam 5.00 p.m.

2.2SEMASA BIG BERLANSUNGProgram Bina Insan Guru (BIG) fasa tiga ini dijalankan di Dewan Ibnu Khaldun pada 1 April 2014 yang bermula pada pukul 8.00 a.m sehinggalah pukul 1.00 tengah hari. Aktiviti ini bertujuan untuk melahirkan para pelajar yang berjiwa merdeka dan perkasa, mempunyai tahap kerohanian dan akhlak keguruan yang tinggi serta berakauntabiliti dan amanah dalam melakukan sebarang pekerjaan. Sehubungan itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk mendorong para pelajar supaya dapat menghayati konsep bekerja sebagai ibadah serta hidup berbakti yang sesuai dengan portfolio kita sebagai seorang bakal guru. Walaubagaimanapun, objektif utamanya adalah lebih tertumpu kepada bidang pengucapan awam dan kesantunan dalam berbahasa yang ingin diterapkan dalam diri semua bakal guru ini.

2.1PERJALANAN PROGRAM 7.45 pagi 8.00 pagiPara pelajar melakukan sesi pendaftaran di meja pendaftaran yang terletak di bahagian pintu masuk dewan. Pelajar dikehendaki menandatangani borang kehadiran ke program BIG pada hari tersebut di ruangan yang telah disediakan.8.00 pagi 8.15 pagi Ketibaan penceramah jemputan iaitu Encik Bukhari Bin Shafie, pensyarah dari Jabatan Pengajian Melayu yang diiringi oleh pengerusi BIG bengkel iaitu saudara Muhammad Fakhrullah Amri.8.15 pagi 8.30 pagiPara pelajar serta penceramah jemputan dikehendaki menyanyikan lagu Negaraku, lagu Negeri Kedah serta lagu Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. 8.30 pagi 8.45 pagi Bacaan doa oleh pelajar dari kelas Bahasa Arab iaitu saudara Muhammad Aizuddin.8.45 pagi 10.15 pagi Bengkel pertama iaitu bengkel "Kesantunan Bahasa" dijalankan dengan memaparkan maklumat yang berkaitan pada layar LCD.10.15 pagi 10.45 pagiRehat. Para pelajar diberi masa selama 30 minit.10.45 pagi 11.30 pagi Bengkel Kedua iaitu "Pengucapan Awam ", yang disertai dengan aktiviti lakonan dalam beberapa situasi yang dipilih.11.30 pagi 12.00 tgh. hari Penyampaian cenderamata kepada tuan penceramah dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia. Bersurai.

Gambar 1 : Sesi perbincangan untuk persembahan lakonan sedang dilakukan

Gambar 2 : Persemabahan yang dilakukan oleh kelas Bahasa Arab

Gambar 3 : Suasana ketika bengkel sedang berlansung

2.3SELEPAS BIG BERLANSUNGPelbagai pengalaman dan pengetahuan baru yang dapat saya kecapi setelah mengikuti bengkel pengucapan awam dan kesantunan dalam berbahasa ini. Segala tips dan tatacara bagi seseorang individu tersebut untuk bercakap di khalayak ramai turut diberikan dan penggunaan kosa kata, gaya bahasa dan sebagainya turut diterapkan di dalam bengkel tersebut. Saya berasa lebih berkeyakinan untuk berucap dalam kalangan audien yang ramai setelah mengikuti bengkel tersebut. Para pelajar kemudiannya dikehendaki menyiapkan laporan berkenaan aktiviti BIG yang telah dijalankan tersebut.

3.0REFLEKSI BIG BENGKEL Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga saya mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) aktiviti bengkel ini dengan jayanya. Saya amat bersyukur kerana dapat mengikuti program tersebut serta dapat menjalani segala aktiviti yang dirancang dengan penuh komitmen serta bersunguh-sungguh. Jadi, saya berharap agar segala pengalaman serta pengetahuan yang saya perolehi sepanjang program bengkel ini dijalankan, akan dapat menambahkan serta memantapkan lagi jati diri saya sebagai seorang bakal guru.Sepanjang program ini dijalankan, terdapat beberapa kelemahan serta kelebihan yang dapat saya perhatikan setelah selama lima jam lamanya berada dalam program bengkel tersebut. Antara kelemahan yang dapat saya perhatikan ialah dari segi penyusunan jadual aktiviti yang mana masa ketibaan penceramah jemputan dilihat terlalu awal pada tentatif yang disediakan. Perkara ini membuatkan penceramah berasa tidak selesa kerana terpaksa berkejaran masa untuk sampai awal di Dewan Ibnu Khaldun pada jam 8.00 a.m. Hal ini kerana, penceramah itu sendiri menegur pihak pengurusan mengenai susunan tentatif program yang dilihat kurang sistematik dari segi pengurusan masa. Penceramah juga menasihatkan kepada ahli jawatankuasa program supaya pada masa akan datang, mereka perlu memastikan bahawa masa ketibaan penceramah jemputan tersebut dilewatkan sedikit kepada 8.30 a.m bagi memberi ruang kepada penceramah untuk tiba di lokasi yang telah ditetapkan dalam keadaan yang tidak tergesa-gesa. Walaubagaimanapun, perjalanan program bengkel pada hari tersebut berjalan dengan lancar.Selain itu, antara kelebihan yang dapat saya perhatikan sepanjang program bengkel ini berlangsung ialah dari segi ketepatan pemilihan penceramah jemputan. Disini, pihak jawatankuasa program bijak dalam memilih penceramah yang arif dalam bidang pengucapaan awam dan kesantunan dalam berbahasa. Saya dapat lihat bagaimana penceramah tersebut mengendalikan program berkenaan sehingga membuatkan kami semua langsung tidak berasa bosan ketika program tersebut berlangsung. Hal ini kerana, penceramah tersebut bijak untuk menarik perhatian para hadirin dengan cara merancang satu aktiviti yang melibatkan semua pelajar dalam proses untuk menyiapkan aktiviti tersebut. Aktiviti yang dijalankan ialah, para pelajar dikehendaki untuk mencipta satu situasi yang menggambarkan apa-apa peristiwa, kemudian mereka dikehendaki untuk melakonkan kembali situasi yang diciptakan tersebut. Di sini, kita dapat lihat akan nilai kerjasama yang ditunjukkan oleh kesemua rakan sekelas yang turut sama-sama memikirkan idea untuk diterjemahkan dalam bentuk lakonan. Sehubungan itu, aktiviti yang dijalankan ini juga bertujuan untuk memupuk perasaan berani untuk berucap secara spontan yang tidak menggunakan skrip atau teks di hadapan pentas dalam bentuk lakonan serta ia bertujuan untuk menggalakkan para pelajar berfikir mengenai satu situasi dalam jangka masa yang sangat singkat. Perkara-perkara sebegini merupakan pengalaman yang tidak ternilai kepada diri kami semua sebagai seorang bakal guru, yang mana segala pengalaman ini akan kami terapkan di sekolah tempat kami berkhidmat kelak.Kelebihan yang seterusnya ialah dari segi pengurusan program yang melibatkan penyediaan sarapan dan makan tengah hari yang dilihat sangat bertepatan dengan etika dalam menjalankan sesuatu majlis. Seperti yang kita ketahui, di antara ciri-ciri majlis yang diklasifikasikan sebagai baik dan cemerlang ialah majlis yang mantap dari segi pengurusan atau perjalanannya serta dari segi penyediaan jamuan ringan kepada para hadirin. Penyediaan makanan ini juga sebagai pendorong kepada para pelajar untuk membuatkan mereka menunggu dan mengikuti program yang dijalankan tersebut sehingga tamat. Hal ini dapat memastikan semua pelajar dapat mengikuti program yang dianjurkan tersebut sehingga ke aktiviti yang terakhir. Perkara ini juga boleh kita amalkan di sekolah kelak kerana kebanyakan murid amat tertarik dengan ganjaran yang akan mereka terima terutamanya makanan jika mereka melakukan sesuatu aktiviti yang diarahkan oleh guru mereka. Jadi, kita sebagai bakal guru haruslah mengambil inisiatif ini sebagai satu pengalaman dalam diri kita agar kita dapat praktikkannya apabila berkhidmat di sekolah kelak.

Sementara itu, kelebihan yang seterusnya ialah dari segi fokus yang ditunjukkan oleh para pelajar pada hari tersebut. Kesemua pelajar dilihat dapat memberi perhatian secara total ketika penceramah tersebut menyampaikan isi ceramahnya dihadapan pentas. Mereka dapat mendengar dengan setia sehingga ke akhir aktiviti bengkel tersebut dengan melaksanakan segala aktiviti yang dianjurkan dalam bengkel tersebut. Perkara ini dilihat sangat baik untuk memastikan bahawa segala input yang ingin disampaikan oleh penceramah tersebut dapat dihadam oleh kesemua pelajar yang terlibat. Sehubungan itu, objektif program ini juga akan dapat direalisasikan dengan adanya tumpuan dan komitmen yang ditunjukkan oleh kesemua pelajar yang hadir pada hari tersebut. Hal ini dapat memupuk budaya atau nilai yang positif yang perlu ada dalam satu-satu majlis atau program yang memerlukan komitmen dan sokongan daripada para hadirin bagi memastikan bahawa perjalanan program pada hari tersebut dapat berjalan dengan lancr tanpa menimbulkan sebarang permasalahan dan sebagainya, Seterusnya, antara penambahbaikan yang dapat dilakukan berdasarkan penganjuran program bengkel ini ialah dari segi perjalanan program yang perlu diselarikan pengurusan masa yang tepat. Hal ini bagi memudahkan penceramah jemputan untuk datang ke tempat yang dianjurkan tersebut dalam keadaan yang tidak tergesa-gesa bagi mengelakkan berlakunya sebarang insiden yang tidak diingini. Perkara ini amat perlu dititikberatkan agar situasi sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang. Hal ini bukan sahaja membuatkan penceramah berasa kurang senang dengan pengurusan yang dijalankan bahkan mungkin boleh memburukkan nama institut ini yang dilihat sebagai tidak cekap dari segi pengurusan dan pengelolaan program. Jadi, tindakan segera perlu dilakukan agar program-program yang kaan datang dapat kita perbaiki dan tambahbaik dari segi pengisian dan pengurusannya.Tuntasnya, pelaksanaan Bengkel Pengucapan Awam dan Kesantunan dalam Berbahasa ini dapat memberi pelbagai input baru yang sangat berguna kepada diri kita sebagai seorang bakal guru. Seperti yang kita ketahui, seseorang guru tersebut sangat perlu untuk memantapkan kemahiran pengucapannya ketika berhadapan dalam situasi yang melibatkan penganjuran sesuatu program. Jadi, kita mestilah menyiapkan diri kita dengan segala kemahiran dan tips-tips yang berkaitan dengan tatacata dan kaedah untuk berkomunikasi atau berucap secara betul yang mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dalam protokkol majlis. Jadi, penganjuran bengkel ini juga dilhat bertujuan untuk menerapkan nilai kesantunan dalam berbahasa dalam kalangan bakal guru yang mana sejak akhir-akhir ini kita dapat lihat terdapat segelintir guru yang kurang sopan dari segi percakapan yang diucapkan sama ada ketika majlis formal mahupun ketika sesi perhimpunan pagi. Jadi, pelaksanaan bengkel ini amat bertepatan dengan kehendak dan keperluan kita sebagai seorang bakal guru yang akan berhadapan dengan situasi sebegini apabila ditempatkan di sekolah kelak. Akhir kata, segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu merupakan kelemahan daripada diri saya sendiri iaitu sebagai seorang manusia biasa yang tidak mempunyai sebarang kudrat serta sentiasa melakukan sebarang kesalahan atau kekhilafan. Sekian, terima kasih.

4.0LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG) FASA TIGA SIRI SATU AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKAT DI RUMAH ANAK YATIM 4.1SEBELUM BIG KHIDMAT MASYARAKAT BERLANSUNG Sebelum BIG Khidmat Masyarakat ini diadakan, terdapat beberapa kali perjumpaan telah dilakukan sama ada di peringkat AJK tertinggi mahupun sesi perjumpaan yang melibatkan semua peserta BIG. Kebanyakan agenda yang dibincangkan ketika perjumpaan tersebut adalah berkaitan dengan perkembangan bagi setiap AJK yang terlibat dan tindakan yang perlu mereka ambil setelah kesemua AJK membentangkan perkembangan masing-masing.

4.2SEMASA BIG DIJALANKAN Program Bina Insan Guru (BIG) aktiviti khidmat masyarakat di rumah anak yatim ini dilaksanakan pada 6 April 2014, iaitu pada hari Ahad yang bertempat di Teratak Rahmat, Mata Ayer, Perlis. Seramai 64 orang peserta dan empat orang pensyarah pembimbing yang turut sama mengikuti program ini. Program ini bertujuan untuk melahirkan insan yang berilmu, beramal, berketrampilan serta kreatif selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelaksanaan BIG ini adalah berasaskan kepada kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan insan guru adalah pembina generasi, pembentuk jati diri dan role model kepada masyarakat. Justeru, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan mampu menangani cabaran era globalisasi yang kian pesat membangun.Melalui aktiviti yang telah direncanakan, para pelajar diharap akan dapat mengenali diri mereka sendiri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah membangunkan diri sebagai insan guru seimbang secara berterusan. Melalui program ini juga, para pelajar didedahkan dengan pelbagai kefahaman secara syumul berkaitan dengan pembinaan insan guru yang seimbang bagi meningkatkan akauntabiliti profesionalisme keguruan. Dengan kata lain, pembelajaran secara konstektual dapat dijalankan dengan lebih bermakna dan berkesan. Semoga melalui program ini, para pelajar mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh demi memastikan profesion keguruan ini dilihat lebih bergerak ke hadapan setanding dengan profesion-profesion lain yang berada pada tahap profesional.Sementara itu, program ini juga dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta cemerlang dalam semua aspek, sesuai dengan profesion perguruan pada masa kini. Dengan adanya program yang dianjurkan di rumah anak yatim ini, diharapkan para pelajar dapat membina semangat juang yang tinggi dan sentiasa bersedia menyumbangkan masa dan tenaga sepenuhnya kepada diri, keluarga, masyarakat dan bangsa. Selain itu, para pelajar juga diharapkan dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diti sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni serta membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu merealisasikan wawasan Negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3.1PERJALANAN PROGRAM 9.30 a.m -10.00 a.m Para pelajar berkumpul di hadapan bangunan Gerko dan Ahli Jawatankuasa (AJK) Disiplin mengambil kehadiran para pelajar dan menyerahkan tag nama kepada pelajar. Sarapan berupa roti dan air mineral disediakan oleh AJK Makanan untuk semua pelajar sebelum bertolak ke rumah anak yatim tersebut. 10.00 a.m 11.15 a.m Bas mula bertolak ke Rumah Anak Yatim di Teratak Rahmat, Mata Ayer, Perlis dan selamat tiba di lokasi berkenaan pada 11.15 a.m. Perjalanan tersebut mengambil masa selama satu jam lima belas minit. 11.15 a.m 11. 45 a.m Para pelajar mengangkut segala barangan makanan serta keperluan yang ingin diberikan kepada rumah anak yatim tersebut. Sementara itu, AJK Aktiviti sedang bersedia untuk menyediakan segala kelengkapan untuk aktiviti yang seterusnya. 11.45 a.m 1.00 tgh. hariAJK Aktiviti menjalankan aktiviti seperti pembahagian kumpulan mengikut nama haiwan yang telah dicabut ketika sesi undian dilakukan dengan menggabungkan pelajar institut dengan adik-adik dari Teratak Rahmat dalam satu kumpulan. Aktiviti mencipta logo dan bendera negara mereka sendiri dijalankan dengan penglibatan semua peserta kursus dan adik-adik dari teratak rahmat. Sesi perbentangan hasil lukisan bendera negara mereka dijalankan.1.00 tgh. hari 2.00 petangPara pelajar dan warga Teratak Rahmat diberikan masa untuk berehat dan makan tengah hari serta mengerjakan solat Zohor secara berjemaah di dewan tersebut. Solat pada hari tersebut diimamkan oleh salah seorang adik dari Teratak Rahmat tersebut.2.00 p.m 4.00 p.m Aktiviti pada sesi petang dijalankan dengan aktiviti mencipta pakaian beragam yang bertemakan Super Hero dan para peserta dikehendaki membentangkan hasil mereka tersebut. Selain itu, aktiviti konduktor muzik juga dijalankan dengan cara semua peserta dikehendaki menjadi konduktor muzik sambil menutup mata dengan cara menggayakan tangan mereka mengikut alunan muzik yang didendangkan.4.00 p.m 5.00 p.mSesi penyampaian cenderamata kepada pemilik Teratak Rahmat dan sesi penutup yang disusuli dengan ucapan oleh pengerusi BIG, ucapan pemilik Teratak Rahmat serta ucapan pensyarah pembimbing. Aktiviti penyampainan hadiah kepada kesemua pemenang juga dijalankan pada waktu tersebut. Para pelajar kemudiannya bertolak pulang ke institut.4.3SELEPAS BIG DIJALANKANSelepas BIG ini dijalankan, pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru yang berkaitan dengan perancangan untuk mengadakan lawatan ke sesebuah institusi terutamanya ke rumah anak yatim ini dapat saya pelajari. Pelbagai pahit manis yang dapat saya kumpulkan sepanjang sehari berkampung di rumah anak yatim tersebut.

5.0REFLEKSI BIG KHIDMAT MASYARAKATAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat ilahi dengan izin dan limpah kurnianya dapat juga saya mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) aktiviti khidmat masyarakat di rumah anak yatim ini dengan jayanya. Saya amat bersyukur kerana dapat mengikuti program tersebut serta dapat menjalani segala aktiviti yang dirancang dengan penuh komitmen serta bersunguh-sungguh. Jadi, saya berharap agar segala pengalaman serta pengetahuan yang saya perolehi sepanjang program bengkel ini dijalankan, akan dapat menambahkan serta memantapkan lagi jati diri saya sebagai seorang bakal guru.Terdapat pelbagai kelemahan dan kelebihan yang dapat saya perhatikan sepanjang aktiviti BIG ini dijalankan. Antara kelemahan yang dapat saya perhatikan ialah dari segi pengurusan masa ketika hendak bertolak ke rumah anak yatim tersebut. Sebelum bertolak ke rumah anak yatim tersebut, kami telah diingatkan oleh saudara pengerusi supaya berkumpul di hadapan bangunan gerko pada jam 8.00 a.m. Akan tetapi, apabila kesemua pelajar telah berkumpul di hadapan bangunan gerko tersebut, AJK Pengankutan memaklumkan bahawa bas hanya akan tiba pada jam 10.00 a.m. Perkara ini menimbulkan perasaan tidak senang hati dalam diri kami yang perlu berkejaran masa di awal pagi semata-mata untuk tidak mahu membuatkan pemandu bas menunggu para pelajar dalam masa lama ketika hendak bertolak ke lokasi tersebut. Malangnya, perkara sebegini berlaku yang membuatkan semua pelajar terpaksa menunggu selama dua jam untuk menaiki bas ke lokasi teersebut. Insiden sebegini sebenarnya tidak patut berlaku kerana sejak awal lagi dalam beberapa perjumpaan yang telah dijalankan, pengerusi telah kerap kali mengingatkan kepada semua pelajar bahawa kita semua akan bertolak ke rumah anak yatim tersebut tepat pada jam 8.00 a.m. Jadi, apabila kesemuanya telah berkumpul di hadapan bangunan gerko tersebut, tiba-tiba sahaja AJK Pengangkutan memaklumkan bahawa bas akan tiba pada jam 10.00 a.m. Perkara sebegini bukan sahaja membuatkan semua pihak tidak senang hati dengan pengurusan yang dijalankan bahkan berkemungkinan boleh menyebabkan perjalanan sesuatu program tersebut mungkin terbantut.Kelemahan yang seterusnya ialah dari segi penyediaan makanan kepada pihak Teratak Rahmat. Ketika waktu rehat untuk makan tengah hari, timbul satu insiden yang mengatakan bahawa pihak Teratak Rahmat tidak menyediakan juadah bagi anak-anak yatim tersebut kerana beranggapan bahawa pihak institut telah menyediakan bekalan makanan kepada warga Teratak Rahmat untuk makan pada tengah hari tersebut. Jadi, berlaku satu situasi yang membuatkan seramai lebih kurang 30 orang peserta BIG yang tidak dapat menjamah makanan pada hari tersebut kerana makanan tersebut terpaksa diagihkan kepada anak-anak yatim tersebut. Hal ini sangat memalukan bagi pihak institut yang mana kita sebagai tetamu kepada mereka seharusnya bertanggungjawab menyediakan makanan kepada pihak mereka juga lebih-lebih lagi status mereka sebagai anak yatim yang sangat memerlukan keperluan untuk menjalani kehidupan mereka di tempat tersebut. Jadi, kita sebagai pihak yang ingin membuat khidmat masyarakat di tempat tersebut seharusnya peka kepada situasi ini kerana ia merupakan tanggungjawab kita untuk menyediakan makanan kepada mereka berdasarkan adab ketika berkunjung ke tempat orang.Seterusnya, antara kelebihan yang dapat saya perhatikan sepanjang program ini berlangsung ialah dari segi penyediaan atau pengelolaan aktiviti yang ditunjukkan oleh AJK Aktiviti pada BIG kali ini sangatlah cemerlang. Hal ini kerana, segala aktiviti yang dijalankan oleh mereka sangatlah membangkitkan suasana sehingga menyebabkan kesemua peserta terutamanya warga Teratak Rahmat terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan oleh mereka. Segala aktiviti yang dianjurkan amatlah berkesan dalam memastikan kesemua peserta pada hari tersebut dapat menjalani segala aktiviti yang dianjurkan dalam keadaan yang gembira dan seronok. Antara aktiviti yang dianjurkan pada hari tersebut ialah seperti aktiviti mencipta logo dan bendera negara mereka sendiri mengikut kreativiti yang ada pada semua peserta dan warga Teratak Rahmat. Seterusnya, aktiviti mencipta pakaian beragam yang bertemakan Super Hero yang mana aktiviti ini sangat membuatkan kanak-kanak daripada Teratak Rahmat ini begitu terhibur dengan pelaksanaan aktiviti ini yang mana mereka terlibat secara langsung dalam sesi untuk menyiapkannya. Aktiviti yang seterusnya ialah aktiviti konduktor muzik yang turut membuatkan kesemua peserta program ketawa dengan tidak terhenti kerana aktiviti ini memerlukan semua peserta menggayakan perlakuan seperti seorang komposer yang mengendalikan sesi nyanyian. Segala aktiviti yang dijalankan ini mampu membuatkan kesemua peserta terhibur kerana ia melibatkan komitmen yang tinggi daripada kesemua peserta program dalam setiap kumpulan.Kelebihan yang seterusnya ialah dari segi layanan yang ditunjukkan oleh kesemua peserta program kepada adik-adik dari Teratak Rahmat tersebut yang dilihat sangatlah baik dan penyayang. Saya sendiri dapat lihat apabila kesemua peserta dikumpulkan dalam satu kumpulan yang terdiri daripada peserta program dengan warga Teratak Rahmat, mereka ini sangat menunjukkan nilai kasih sayang dan prihatin terhadap kanak-kanak tersebut yang mereka anggap seperti adik mereka sendiri. Jadi, disini kita dapat lihat bahawa nilai keguruan jelas terpancar dalam diri semua bakal-bakal guru ini yang mana ia merupakan persediaan kepada mereka bagi mengalami situasi pekerjaan mereka nanti yang akan turut terlibat dengan kanak-kanak yang sebegini yang memerlukan sepenuh perhatian daripada kita. Jadi,pelaksaan aktiviti BIG khidmat masyarakat pada kali ini amatlah wajar dilaksanakan juga pada tahun-tahun yang akan datang kerana ia dapat menginsafkan diri kita dan membandingkan kehidupan kita yang serba mewah ini dengan keadaan hidup mereka yang serba kekurangan.

Sementara itu, antara penambahbaikan yang dapat dilakukan sepanjang aktiviti ini dijalankan ialah dari segi pengurusan masa dalam merencanakan sesuatu aktiviti yang mesti selari dengan tentatif program seperti yang telah dirancang. Kita tidak mahu isu kelewatan bertolak ke lokasi aktiviti seperti yang telah berlaku pada masa lalu akan berulang lagi pada masa akan datang. Hal ini kerana, kelewatan tiba di lokasi aktiviti akan membuatkan segala program yang dirancang akan tergendala dan akan mengundang pelbagai masalah untuk diselesaikan . Jadi, pengurusan masa dan aktiviti dalam satu-satu program yang akan dianjurkan pada masa akan datang hendaklah diambil berat terutamanya oleh individu yang bertanggungjawab dalam mengendalikan tugasnya yang berkaitan dengan pengangkutan dan disiplin. Hal ini bagi memastikan semua pihak berpuas hati dengan pengurusan yang ditunjukkan oleh AJK yang bertanggungjawab dalam melaksanakan program ini.Selain itu, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah dari segi penyediaan makanan kepada pihak yang dikunjungi tertutamanya golongan yang sangat memerlukan bantuan dan simpati daripada masyarakat di negara ini seperti warga Teratak Rahmat ini. Kita seharusnya peka dalam melaksanakan sesuatu program haruslah mengambil kira kebajikan para pesertanya terutamanya pihak yang perlu kita raikan supaya mereka tidak berasa terkilan atau berkecil hati dengan tindakan yang kita lakukan tersebut. Walaupun isu ini dilihat agak remeh, akan tetapi pandangan orang lain terhadap tindakan yang dilakukan oleh kita tersebut boleh mencalarkan imej institut serta tanggapan orang raman terhadap bakal guru yang tidak tahu mengenai adab mengunjungi tetamu. Jadi, saya berharap agar perkara sebegini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang kerana ia bukan sahaja dapat mengundang persepsi yang negatif daripada orang ramai tetapi kemungkinan juga dapat merencatkan perjalanan program pada hari tersebut.Natijahnya, pelaksanaan program BIG khidmat masyarakat ini dapat memberikan pelbagai pengalaman baru kepada kita untuk sama-sama kita kecapi supaya situasi yang serupa yang mungkin berlaku pada masa akan datang dapat kita atasi dengan cara yang profesional. Hal ini kerana, segala pengalaman serta pahit manis yang telah kita semua lalui sepanjang sehari berprogram bersama dengan warga Teratak Rahmat ini dapat memberi kesan yang mendalam dalam diri kita sebagai seorang bakal guru. Kesusahan dan keresahan yang mereka hadapi ini diharapkan dapat dikurangkan sedikit demi sedikit dengan adanya program sebegini rupa. Jadi, diharapkan program ini dapat dijalankan dengan lebih kerap pada masa akan datang kerana ia merupakan sebuah program yang mampu memberi sinar kegembiraan dan keceriaan kepada anak-anak Teratak Rahmat ini apabila setiap kali adanya pengunjung yang datang melawat.Jadi, pelaksanaan aktiviti khidmat masyarakat di rumah anak yatim ini amat bertepatan dengan kehendak dan keperluan kita sebagai seorang bakal guru yang akan berhadapan dengan situasi sebegini apabila ditempatkan di sekolah kelak. Akhir kata, segala yang baik itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang buruk itu merupakan kelemahan daripada diri saya sendiri iaitu sebagai seorang manusia biasa yang tidak mempunyai sebarang kudrat serta sentiasa melakukan sebarang kesalahan atau kekhilafan. Sekian, terima kasih.

LAPORAN BERGAMBAR BIG BENGKEL PENGUCAPAN AWAM DAN KESANTUNAN BERBAHASA

Gambar 1 : Ketika sesi pendaftaran BIG bengkel dijalankan

Gambar 2 : Para pelajar mengambil tempat duduk mengikut kelas

Gambar 3 : Nyanyian Lagu Negaraku dan Negeri Kedah

Gambar 4 : Penceramah sedang memberi beberapa tips mengenai pengucapan awam

Gambar 5 : Sesi perbincangan untuk mengadakan aktiviti lakonan

LAPORAN BERGAMBAR BIG KHIDMAT MASYARAKAT DI RUMAH ANAK YATIM

Gambar 1 : Bergambar Sebelum Bertolak Ke Teratak Rahmat

Gamabar 2 : Tiba Di Teratak Rahmat

Gambar 3 : Barisan Fasilitator Yang Akan Kendalikan Aktiviti

Gambar 4 : Sesi Pembahagian Kumpulan Sedang Berlansung

Gamabar 5 : Sesi Nyanyian Lagu Rasmi Program Big

Gamabar 6 : Sesi Menyiapkan Logo Dan Bendera Negara Sendiri

Gambar 7 : Ketika Persembahan Aktiviti Pakaian Beragam Dijalankan

25