big 3 2014

36
Bina Insan Guru 111 WAJ 3114 KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT KAWASAN ANGKAT DI SEKOLAH ( MEMBUAT MURAL DAN SUDUT BACAAN ) DI SK TAMAN SERI RAMPAI KUALA LUMPUR 1. NAMA PROGRAM MEMBUAT MURAL DAN SUDUT BACAAN 2. PENDAHULUAN Perkembangan rohani dan jasmani yang seimbang bakal melahirkan murid- murid yang cemerlang dalam akademik dan mempunyai sahsiah yang mulia. Pengisian rohani yang utuh juga akan menghasilkan murid yang bersemangat waja, mempunyai jati diri dan berkeyakinan dalam mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang murid. Menyedari hakikat ini Pelajar Program Pensiswahan Guru, Institut Pendidikan Guru Kuala Lumpur dengan Pelajar semester 6, PPG Ambilan Februari 2012 mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Bina Insan Guru semoga dengan komitmen yang diberikan oleh pihak pentadbiran sekolah serta sokongan PIBG, program ini akan dapat dijadikan wasilah bagi mengisi ruang kosong di hati murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rampai (SKTSR), Kuala Lumpur. 3. RASIONAL Sejak belakangan ini kerap kali kita terdengar dan terlihat penglibatan murid-murid sekolah rendah dengan aktiviti yang kurang memberi faedah dan tidak bermoral kepada mereka. Memandangkan keadaan sebegitu maka tercetuslah idea untuk mengadakan program ini agar dapat membantu menangani masalah ini. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid supaya 1

Upload: mohd-faizul

Post on 21-Nov-2015

237 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

report

TRANSCRIPT

Bina Insan Guru 111

Bina Insan Guru 111WAJ 3114

KERTAS KERJA KHIDMAT MASYARAKAT KAWASAN ANGKAT DI SEKOLAH

( MEMBUAT MURAL DAN SUDUT BACAAN )

DI SK TAMAN SERI RAMPAI

KUALA LUMPUR

1. NAMA PROGRAM

MEMBUAT MURAL DAN SUDUT BACAAN2. PENDAHULUAN

Perkembangan rohani dan jasmani yang seimbang bakal melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam akademik dan mempunyai sahsiah yang mulia. Pengisian rohani yang utuh juga akan menghasilkan murid yang bersemangat waja, mempunyai jati diri dan berkeyakinan dalam mengharungi liku-liku hidup sebagai seorang murid. Menyedari hakikat ini Pelajar Program Pensiswahan Guru, Institut Pendidikan Guru Kuala Lumpur dengan Pelajar semester 6, PPG Ambilan Februari 2012 mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Bina Insan Guru semoga dengan komitmen yang diberikan oleh pihak pentadbiran sekolah serta sokongan PIBG, program ini akan dapat dijadikan wasilah bagi mengisi ruang kosong di hati murid-murid Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rampai (SKTSR), Kuala Lumpur.

3. RASIONAL

Sejak belakangan ini kerap kali kita terdengar dan terlihat penglibatan murid-murid sekolah rendah dengan aktiviti yang kurang memberi faedah dan tidak bermoral kepada mereka. Memandangkan keadaan sebegitu maka tercetuslah idea untuk mengadakan program ini agar dapat membantu menangani masalah ini. Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada murid-murid supaya mereka dapat menjalankan aktiviti yang berfaedah semasa menjalani kehidupan di luar sekolah.4. MATLAMAT

1. Untuk melahirkan insan yang seimbang dan berwibawa dari segi

Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelektual (JERI).

2. Memberi persediaan kepada pelajar bagi menghadapi kehidupan alaf baru yang kian mencabar.

3. Mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni antara pelajar dan kolaborasi semasa perbincangan.

5. OBJEKTIF

Dengan terlaksananya program murni ini,diharapkan agar dapat :1. Menyediakan sudut bacaan dan bahan-bahan pembelajaran yang berguna.

2. Menggalakkan pelajar belajar secara berkumpulan dan membuat

perbincangan untuk pengukuhan selepas waktu persekolahan.

3. Menggalakkan pelajar menjaga keceriaan dan kebersihan sekolah.

4. Menimbukan minat pelajar kepada seni lukis.6. PELAKSANAAN Tarikh : 21 Jun 2014

Hari

: Sabtu

Tempat : Laluan ke Perpustakaan dan Perpustakaan sekolah.7. KUMPULAN SASARAN Murid-murid tahun 5 Sekolah Kebangsaan Taman Seri Rampai, Kuala Lumpur8. TENTATIF PROGRAM Sabtu (21 Jun 2014)

MasaProgram

7.30 a.mPendaftaran peserta

7.00 a.mSenaman Pagi

8.00 a.mSarapan pagi

9.00 a.m 9.30 a.m 10.0 a.m 11.00 p.m 1.30 p.mTaklimat ProgramBergerak Mengikut Kumpulan

Keceriaan Perpustakaan

Membuat Mural

Mengecat laluan ke perpustakaanMakan TengahariBersurai

9.ANGGARAN KEWANGAN A. PENDAPATAN

1. Guru PPG (RM 50.00 X 2)

= RM100 .00

2. Peruntukan perpustakaan sekolah =RM 300.00

Jumlah =RM 400.00

B. PERBELANJAANBilPerkaraKuantitiJumlah

1.Peralatan muralCat

Berus cat

Pallet

Thinner

Pita Pelekat

RM 10.00 x 8RM 3 .00 x 10RM 6 x 3RM 6.00 X 1RM 3.00 x 2RM 80RM 30RM 18RM 6RM 6

2.Barang RuncitAir mineral

Dokumentasi

Lain-lainRM0.50 X 50RM50.00RM30.00RM25.00RM50RM30

3.Gotong-royong (Murid):-Makanan dan minuman murid.

Makanan dan minuman guru.

Lain-lain keperluanRM5.00 x 10RM6.00 x 8RM32.00RM50RM48RM32

JUMLAH KESELURUHANRM 375

10. SUMBER KEWANGAN Sumbangan organisasi dan individu yang terlibat semasa program.11. AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANAAN

PENGERUSI

: En.Anuar bin Mohamad

PENYELARAS : Puan Nur Hazwani binti Azmi

SETIAUSAHA : Puan Nur Marini binti Abdullah

PEN SETIAUSAHA : Puan Norina binti Zakaria BENDAHARI : Cik Nur Diyana binti Badarusamin AJK : Puan Haninah binti Mohd Zain En. Mohd Faizul b. Mohd Raffiq

Cik Hasanah binti Nazir12. TATACARA PELAKSANAAN

Dengan terlaksananya program murni ini,diharapkan agar dapat :

1. Murid-murid menggunakan perpustakaan sekolah sebagai tempat rujukan mencari bahan bacaan yang diperlukan.2. Menjaga persekitaran kawasan sekolah agar terus ceria dan cantik.

3. Pemantauan

3. Penilaian

4. Pelaporan13. PENUTUP Kami warga PPG (Program Pensiswazahan Guru) sebagai pelaksana kepada program ini sangat mengharapkan kerjasama dan sokongan daripada semua pihak terutamanya pihak pentadbir, ibubapa, guru-guru dan murid-murid bagi menjayakan program ini. Semoga apa yang akan dilaksanakan ini akan memberi manfaat yang berguna dan diamalkan oleh murid-murid untuk menjadi pelajar yang sempurna dan seimbang dunia dan akhirat. InsyaAllah. Disediakan oleh :

.

(NUR MARINI BINTI ABDULLAH)Setiausaha

Program Keceriaan Perpustakaan SK. Taman Seri Rampai.Senarai Nama Murid Program Bina Insan Guru

1. Aina Najwa Maisarah bt Zulkarnain

2. Muhammad Hakimi b. Abd Hamid

3. Muhammad Ismail Iskandar b. Mohamed Ibrahim

4. Muhammad Nafis b. Jalal

5. Muahammmad Ikmal Nizam b. Mohd Azham

6. Nur Amirah Aliah bt Ahmad

7. Muhammad Syah Danial b. Muhamad Azam

8. Muhammad Imran b. Ahmad Sobri

9. Nur Liyana bt Ahmad Sobri

10. Muhammad Nazmi b. Suhaimi

SURAT PANGGILAN MESYUARAT

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI RAMPAI

SETAPAK, 53300 KUALA LUMPUR

Tel : 03 4024 2990

Rujukan Tuan

Rujukan Kami : BIG/01/SU/2013(02)Tarikh : 16/06/2014

Kepada ,

AJK Bina Insan Guru PPG Ambilan Februari 2012 Tuan,

Tajuk : Mesyuarat Kem Bina Insan Guru

Dengan hormatnya diminta tuan/puan menghadirkan diri untuk tujuan di atas yang akan diadakan :

Tarikh : 18 Jun 2014

Masa : 1.00 Tengahari

Tempat : Bilik Mesyuarat SK Taman Seri Rampai

2. Agenda Mesyuarat :

1. Ucapan pengerusi

2. Agenda Mesyuarat

Aktiviti program

Pengagihan Tugas

Pembentangan bajet

3. Hal-hal lain

Sekian, harap maklum. Terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

.

(NUR MARINI BINTI ABDULLAH)Setiausaha

Program Kem Bina Insan (BIG) MINIT MESYUARAT KEM BINA INSAN BIL.1/2014 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI RAMPAI 53300 SETAPAK, KUALA LUMPUR.Tarikh

:18 Jun 2014

Masa

: 1.00 Tengahari

Tempat: Bilik Mesyuarat Taman Seri Rampai.KEHADIRAN:

1.En.Anuar Bin Mohamad ( Pengerusi ) 2.Puan Nur Hazwani bt Azmi 3. Puan Nur Marini binti Abdullah( Setiausaha )4. Puan Norina binti Zakaria

5. Puan Haninah Bt Mohd Zain6. En. Mohd Faizul b. Mohd Raffiq7. Cik Nur Diyana Binti Badarusamin

8. Cik Hasanah binti Nazir 1. UCAPAN PENGERUSI

1.1. En.Anuar mengucapkan terima kasih di atas kehadiran ahli jawatankuasa mesyuarat untuk program Kem Bina Insan kali ini. Beliau berharap supaya semuanya dapat memberikan kerjasama dalam segala urusan yang telah dirancang.2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1. Puan Haninah telah mencadangkan supaya minit mesyuarat kali ini disahkan dan Puan Nur Hazwani menyokong cadangan tersebut.3. PERKARA BARU

3.1. Program Bina Insan Guru akan diadakan seperti ketetapan berikut :-3.1.1Tarikh

: 21 Jun 2014 3.1.2Hari

: Sabtu 3.1.3Bilangan Murid: 10 Orang 3.1.4Sasaran

: Murid tahun 5 3.1.5Masa

: 08.00 pagi 2.00 petang

3.2. Semua aktiviti akan diadakan di Perpustakaan Sekolah dan laluan ke Perpustakaan.3.3. Semua Ahli Jawatan Kuasa bersetuju menyumbangkan wang sebanyak RM 50.00 bagi menyediakan keperluan untuk perjalanan program ini.

3.4. Ahli Jawatan Kuasa diminta memastikan semua murid yang menyertai kem ini menghantar borang kebenaran daripada yang diedarkan. Ini adalah perkara penting yang perlu dilakukan bagi mengelak sebarang masalah pada masa akan datang.4. HAL HAL LAIN

4.1. Jamuan makan disediakan kepada murid-murid dan guru-guru yang terlibat.4.2. Mohon jasa baik semua guru-guru yang terlibat supaya datang lebih awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan masalah supaya dapat diatasi lebih awal bagi melancarkan lagi perjalanan program.5. PENUTUP

5.1. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 Petang.Disediakan oleh,(NUR MARINI BINTI ABDULLAH) Setiausaha

Program Kem Bina Insan, Sekolah Kebangsaan Taman Seri RampaiAGIHAN TUGAS DAN JAWATANKUASA

AHLI JAWATAN KUASA PELAKSANAAN

PENGERUSI: En.Anuar bin Mohamad

PENYELARAS: Puan Nur Hazwani binti AzmiSETIAUSAHA : Puan Nur Marini binti AbdullahPEN SETIAUSAHA

Puan Norina binti ZakariaBENDAHARI : Cik Nur Diyana Bt BadarusaminAJK : En. Mohd Faizul bin Mohd Raffiq

Pn. Haninah binti Mohd Zain

Cik Hasanah Bt NazirAHLI JAWATANKUASA KERJA

PendaftaranAktiviti

Puan Norina binti ZakariaEn.Anuar Bin MohamadPuan Nur Marini binti Abdullah

Surat MenyuratDisiplin dan Keselamatan

Puan Haninah binti Mohd Zain

Encik Anuar Bin MohamadEn. Mohd Faizul bin Mohd Raffiq

Hadiah Dan CenderahatiMakanan

Cik Nur Diyana Bt BadarusaminPuan Nur Hazwani bt Azmi

Puan Norina Binti ZakariaPuan Haninah binti Mohd ZainCik Hasanah binti Nazir

Jurugambar Dan DokumentasiPeralatan

Cik Nur Diyana bt Badarusamin

En.Mohd Faizul bin Mohd RaffiqPuan Nur Hazwani Bt AzmiPuan Nur Marini binti Abdullah

JADUAL PROGRAM

Sabtu (21 Jun 2014 )

MasaProgram

7.30 a.mPendaftaran peserta

7.00 a.mSenaman Pagi

8.00 a.mSarapan pagi

9.00 a.m 9.30 a.m 10.00 a.m11.00 pm1.30 p.mTaklimat Program

Bergerak Mengikut Kumpulan

Keceriaan PerpustakaanMembuat Mural

Mengecat laluan ke perpustakaanMakan TengahariBersurai

SENARAI NAMA PESERTA MURID-MURID 1. Aina Najwa Maisarah bt Zulkarnain

2. Muhammad Hakimi b. Abd Hamid

3. Muhammad Ismail Iskandar b. Mohamed Ibrahim

4. Muhammad Nafis b. Jalal

5. Muahammmad Ikmal Nizam b. Mohd Azham

6. Nur Amirah Aliah bt Ahmad

7. Muhammad Syah Danial b. Muhamad Azam

8. Muhammad Imran b. Ahmad Sobri

9. Nur Liyana bt Ahmad Sobri

10. Muhammad Nazmi b. Suhaimi

GURU-GURU 1. En.Anuar bin Mohamad

2. Puan Nur Hazwani binti Azmi

3. Puan Haninah binti Mohd Zain

4. Puan Norina binti Zakaria

5. Cik Nur Diyana Bt Badarusamin

6. Cik Hasanah Bt Nazir

7. Puan Nur Marini binti Abdullah

8. En.Mohd Faizul bin Mohd Raffiq

SURAT KEBENARAN WARIS

SURAT KEBENARAN IBU / BAPA / PENJAGA

Guru besar

S.K Taman Seri Rampai

53300, Setapak, Kuala Lumpur

Adalah saya :

No. K/P:

Ibu / bapa / penjaga murid bernama

:

yang belajar di sekolah ini di kelas :

dengan ini memberi kebenaran kepada anak jagaan saya untuk turut serta dalam aktiviti :

bertempat di :

pada tarikh dan hari berikut :

Saya faham bahawa pihak sekolah akan mengambil langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya. Dengan ini saya memberi pengakuan bahawa saya tidak akan membuat apa-apa tuntutan atau mengambil apa-apa tindakan undang-undang / mahkamah terhadap pihak sekolah ataupun sesiapa yang ada kaitan dengan program / aktiviti ini atas apa-apa kemalangan, kecacatan, kematian dan sebarang kecederaan terhadap anak jagaan saya semasa dan sepanjang program ini berjalan.

Saya dengan ini memberi kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya memberi apa-apa rawatan atau pertolongan cemas kepada anak jagaan saya jika didapati perlu.

Tandatangan ibu / bapa / penjaga

Disahkan oleh

Nama:

(Guru Besar)

Tandatangan dan cop rasmi

Tarikh:

Borang Peserta

BORANG MAKLUMAT PERIBADI PESERTA (RUJUKAN JPWP)

1. NAMA

:

2. SEKOLAH

:

3. ALAMAT

:

4. TINGKATAN

:.

5. JANTINA

: 6. BANGSA : ..

7. AGAMA

: 8. NO. KP : .

9. NAMA DAN ALAMAT IBUBAPA: .

10.NO. TEL. RUMAH: .

11.NO. TEL BIMBIT: .

12. ALAMAT KELUARGA TERDEKAT UNTUK DIHUBUNGI JIKA PERLU

Tel :

Setiausaha,

Jawatankuasa Pelaksana,

Bina Insan Guru,

SK Taman Seri Rampai, Setapak 53300 Kuala Lumpur

Rujukan Tuan:

Rujukan Kami: BIG/01/SU/2013(01)

Tarikh : 19 Jun 2014

Guru Besar,

SK Taman Seri Rampai

Setapak, 53300 Kuala Lumpur.

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Program Bina Insan Guru (BIG)Sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan itu dipohon kebenaran tuan untuk kami mengadakan pprogram BIG tersebut pada ketetapan berikut :

2.1 Tarikh : 21 Jun 2014

2.2 Hari : Sabtu.

2.3 Masa : 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

2.4 Tempat : Perpustakaan dan Laluan ke perpustakaan 2.5Peserta : 10 orang murid, 8 orang guru.

3. Bersama-sama ini dilampirkan kertas cadangan program untuk makluman dan tindakan tuan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

.................................

( NUR MARINI BINTI ABDULLAH )

Setiausaha, Jawatankuasa Pelaksana,

Bina Insan Guru

s.k.1,Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah

2.Fail Perpustakaan

3.Fail PPG.Surat Kelulusan Daripada Guru Besar

Kepada Semua

Ibu Bapa/Penjaga Pelajar Tahun 5

SK. Taman Seri Rampai

Setapak,

53300 Kuala Lumpur.

Tuan / Puan,

Program Bina Insan Guru (BIG) Peringkat Sekolah 2014

Sukacita dengan hormatnya dimaklumkan bahawa perkara di atas adalah dirujuk

2.Sehubungan itu dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan keceriaan perpustakaan seperti mana yang tersebut di atas. Butir-butir mengenai aktiviti tersebut adalah seperti berikut:-

2.1Tajuk :Keceriaan perpustakaan

Membuat Mural

2.2

Tarikh :21 Jun 2014

2.3

Masa :8.00 pagi hingga 2.00 petang.

2.4

Tempat :Perpustakaan Sekolah

2.5

Sasaran :Pelajar Tahun 5

2.6

Penyertaan :10 orang murid, 8 orang guru

Sekian untuk makluman tuan, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan tugas,

.............................................

(( PN HJH KHALSOM BT HJ AHMAD)Guru Besar,

SK. Jalan Air Panas,

Setapak,

53200 Kuala Lumpur.

s.k1.Peg. Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan KL.

2.Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah

3.Fail Perpustakaan

4.Fail PPG.

Setiausaha,

Jawatankuasa Pelaksana,

Program BIG 2014,

SK. Taman Seri Rampai

Setapak,

53300 Kuala Lumpur.

Rujukan Tuan:

Rujukan Kami: BIG/01/SU/2012(03)

Tarikh : 18 Jun 2014

Kepada

......................................................

Tuan / Puan

Notis Mesyuarat Post Mortem Program BIG 2014.Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Suka cita dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas akan diadakan seperti

ketentuan berikut :

2.1 Tarikh : 23 Jun 2014

2.2 Hari : Isnin

2.3 Masa : 1.30 Tengahari

2.4 Tempat : Bilik Mesyuarat,Taman Seri Rampai.

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut

3.1 Ucapan Pengerusi

3.2 Pengesahan Minit Mesyuarat

3.3 Perkara Berbangkit

3.4 Pembentangan Post Mortem

3.5 Hal lain-lain

4.Kehadiran dan kerjasama tuan / puan dalam pekara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

.................................

( NUR MARINI BINTI ABSULLAH)Setiausaha,

Jawatankuasa Pelaksana,

Bina Insan Guru

s.k. 1. Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah

2. Fail Perpustakaan

3. Fail PPG.LAPORAN KEWANGAN KEM BINA INSAN BIL.3/2014

A. PENDAPATAN

1)Guru PPG (RM 50.00 X 2)

=RM 100.00

2)Sumber dari Perpustakaan sekolah =RM300.00

Jumlah=RM 400.00

B. PERBELANJAAN

BilPerkaraKuantitiJumlah

1.Peralatan muralCat

Berus cat

Pallet

Thinner

Pita Pelekat

RM 10.00 x 8RM 3 .00 x 10RM 8 x 3RM 8.00 X 1RM 3.00 x 2RM 80RM 30RM 24RM 8RM 6

2.Barang RuncitAir mineral

Dokumentasi

Lain-lainRM0.50 X 50RM55.00RM35.00RM25.00RM55RM35

3.Gotong-royong (Murid):-Makanan dan minuman murid.

Makanan dan minuman guru.

Lain-lain keperluanRM5.00 x 10RM6.00 x 8RM38.00RM50RM48RM38

JUMLAH KESELURUHANRM 391

LAPORAN SLOT AKTIVITI/PROJEK YANG DIJALANKANPada semester ini, saya dikehendaki menjalakan satu program khidmat masyarat untuk program BIG .Saya telah mengambil satu kawasan sekolag untuk dijadikan kawasan angkat. Setelah memeilah kawasan saya berbincang dengan rakan-rakan PPG yang untuk membuat satu projek mural di lalulan ke pusat sumber sekolah. Kami telah bertemu dengan Guru Besar untuk berbincang dengan beliau mengenai projek mural ini. Beliau telah memberi persetujuan dan mencadangkan supaya kami membuat mural di dinding pusat sumber . Ini kerana dinding tersebut kosong tiada apa-apa lukisan.

Kami telah berbincang untuk mencari kata-kata dan gambar-gambar yang sesuai untuk dibuat mural. Saya telah mencari gambar-gambar yang menarik di buku-buku dan juga internet. Seterusnya saya telah merangka kertas kerja dan seterusnya menghasilkan kertas kerja sebelum memulakan projek Selepas disahkan oleh Guru Besar, kami terus memulakan langkah pertama iaitu mengecat dinding tersebut dengan warna putih terlebih dahulu. Sementara menunggu cat yang telah di pesan, saya telah membuat lakaran mural di komputer. Pada minggu berikutnya, kami telah mewarnakan dinding tersebut dengan warna kuning kerana latar belakang lukisan tersebut adalah berwarna kuning. Keesokkan harinya, kami telah melukis lukisan mural di dinding dengan menggunakan bantuan LCD projektor. Dengan menggunakan bantuan teknologi ini, bebanan kerja kami telah menjadi sedikit ringan. Seterusnya, kami telah mula mewarnakan mural tersebut. Kami perlu bergilir-gilir untuk mewarnakan mural tersebut kerana masing-masing mempunyai tanggung jawab lain seperti kelas ganti dan sebagainya.Diharapkan mural tersebut berguna kepada sekolah khususnya dalam membentuk sahsiah murid-murid supaya menjadi insan berbudi bahasa dan berakhlak mulia serta memupuk minat murid untuk membaca. 1. KEKUATAN / KEBAIKAN PROGRAM Semua aktiviti yang dijalankan berjaya dilakukan dengan jayanya.Murid dapat

mengikuti aktiviti yang di lakukan dan semuanya berasa seronok.Semua murid

berusaha untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Semua guru melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan saling

bekerjasama dari awal sehingga akhir program.Tiada sebarang masalah dan

semuanya melakukan dengan baik untuk melihat aktiviti yang dijalankan

berjalan dengan sempurna.

2.KELEMAHAN PROGRAM Aktiviti terpaksa dijalankan pada hari kokorikulum. kekangan masa menyebabkan projek tertangguh dan untuk lambat disiapkan. Guru-guru yang terlibat mempunyai tugas atau rutin dan tanggungjawab yang lain. Dari segi belanjawan pula, guru terpaksa mengeluarkan belanjawan sendiri untuk menyediakan bahan atau keperluan untuk membuat mural.

3.REFLEKSI KESELURUHANBersyukur kepada Allah s.w.t yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu kerana dengan izin-Nya saya dan rakan seperjuangan telah berjaya menamatkan salah satu komponen wajib yang mesti dilalui semasa kursus perguruan bagi semester 6 ini iaitu menjalani program Bina Insan Guru (BIG) Program ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran sekolah dan seterusnya menanamkan sikap menyayangi kawasan sekolah terhadap semua warga sekolah. Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi..Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih selesa ketika berada di sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa. Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk menempatkananak-anakuntuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti dalam suasana yang selamat dan ceria.

Walaupun menghadapi kekangan masa untuk melaksanakan projek ini, namun dengan bantuan guru-guru dan murid-murid yang terlibat akhirnya dapat juga projek ini dilaksanakan. Sepanjang melaksanakan projek ini, banyak pengalaman yang saya timba. Kerjasama antara guru dapat mengeratkan lagi ukhwah serta hubungan berkomunikasi dengan murid dapat dipertingkatkan. Selain itu, saya dapat mempelajari cara meyediakan satu kertas cadangan atau kertas kerja untuk sesuatu projek yang melibat pihak sekolah. Pengurusan masa dan murid juga sangat penting. Melalui projek ini, saya dapat menguruskan masa untuk melaksanakan tugasan sebagai pendidik dan membuat aktiviti di luar waktu PdP. Saya juga dapat menguruskan murid melalui agihan tugasan yang perlu dilaksanakan. Berdasarkan tugasan masing-masing projek yang dirancang dapat dijalakan dengan sempurna. Program ini diharapkan dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta senantiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasa ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruandalam kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancangsecara khusus, Sesungguhnya Program Bina Insan Guru seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga pendidik menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk Berkhidmat & Berbakti kepada nusa, bangsa dan juga negara.

LAMPIRAN

PROGRAM BINA INSAN GURU PERINGKAT 3

SK TAMAN SERI RAMPAI

2014

Menceriakan Sudut Bacaan ( Perpustakaan SK Taman Seri Rampai )

PROGRAM BINA INSAN GURU PERINGKAT 3

SK TAMAN SERI RAMPAI

2014Membuat Mural ( Laluan ke Perpustakaan )

PROGRAM BINA INSAN GURU PERINGKAT 3

SK TAMAN SERI RAMPAI

2014Membuat Mural ( Laluan ke Perpustakaan )

EMBED PBrush

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN AIR PANAS,

SETAPAK, 53200 KUALA LUMPUR

TEL: 03-40231405

FAX: 03-40243506

27