big 3.docx

22
1.0 PENGENALAN Program Khidmat Masyarakat merupakan salah satu aktiviti yang perlu dijalankan dalam mata program Bina Insan Guru (BIG) peringkat 3 bagi pelajar yang mengikuti program PPG - IPG Kampus Tun Hussein Onn. Melalui aktiviti ini, pelajar dikehendaki merancang, melaksanakan dan membuat laporan berkenaan projek yang dilaksanakan. Oleh itu, kertas kerja ini dirancang bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar menjalankan satu program khusus untuk semester ini. Aktiviti kemasyarakatan yang baik akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat , terutamanya dari segi pengalaman pengajaran dan pembelajaran mahupun ilmu pengetahuan. Oleh itu, aktiviti kemasyarakatan ke sekolah adalah bertujuan untuk mengembangkan kemampuan guru dari segi kemahiran interpersonal dan pengurusan. Di samping itu, melalui aktiviti kemasyarakatan ini, guru juga berpeluang untuk berkhidmat untuk masyarakat. Program ini berhasrat untuk melaksanakan Program Gotong-royong membersihkan Taman Sains Dan Makmal Sains. Idea ini telah dicetuskan atas kesedaran bahawa murid-murid adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi suri teladan kepada masyarakat. Justeru, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan situasi serta mampu menangani cabaran era globalisasi dan sosiolisasi. Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat kemahiran merancang, mengurus dan melaksanakan program khidmat masyarakat.Juga diharapkan program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada negara.

Upload: juliana-sarju

Post on 15-Sep-2015

271 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

1.0 PENGENALAN

Program Khidmat Masyarakat merupakan salah satu aktiviti yang perlu dijalankan dalam mata program Bina Insan Guru (BIG) peringkat 3 bagi pelajar yang mengikuti program PPG - IPG Kampus Tun Hussein Onn. Melalui aktiviti ini, pelajar dikehendaki merancang, melaksanakan dan membuat laporan berkenaan projek yang dilaksanakan. Oleh itu, kertas kerja ini dirancang bertujuan untuk memenuhi kehendak kursus yang memerlukan pelajar menjalankan satu program khusus untuk semester ini.Aktiviti kemasyarakatan yang baik akan memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat , terutamanya dari segi pengalaman pengajaran dan pembelajaran mahupun ilmu pengetahuan. Oleh itu, aktiviti kemasyarakatan ke sekolah adalah bertujuan untuk mengembangkan kemampuan guru dari segi kemahiran interpersonal dan pengurusan. Di samping itu, melalui aktiviti kemasyarakatan ini, guru juga berpeluang untuk berkhidmat untuk masyarakat. Program ini berhasrat untuk melaksanakan Program Gotong-royong membersihkan Taman Sains Dan Makmal Sains. Idea ini telah dicetuskan atas kesedaran bahawa murid-murid adalah pelengkap kepada sebuah masyarakat yang aman dan harmoni. Mereka juga merupakan tunjang yang akan menggerakkan negara pada masa akan datang. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang, pembentuk jati diri dan menjadi suri teladan kepada masyarakat. Justeru, guru harus mampu menyesuaikan diri dalam semua keadaan dan situasi serta mampu menangani cabaran era globalisasi dan sosiolisasi.Adalah diharapkan melalui program ini, kami mendapat kemahiran merancang, mengurus dan melaksanakan program khidmat masyarakat.Juga diharapkan program ini akan dapat meninggalkan impak yang positif terhadap komuniti setempat ataupun secara globalnya kepada negara.

2.0 RASIONAL

Aktiviti kemasyarakatan ini dijalankan adalah bertujuan untuk menyediakan guru supaya mendapatkan pengalaman dan ilmu pengetahuan tentang sekolah. Aktiviti yang berfaedah ini juga dapat meningkatkan sahsiah dan etika profesion penguruan. Jadi, aktiviti ini adalah untuk menjadikan guru lebih bersedia untuk menyesuaikan diri di persekitaran sekolah dan menyempurnakan kewajipan yang diberi oleh sekolah secara dedikasi.

3.0 MATLAMAT Projek ini berhasrat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara. Di samping itu, ia juga bertujuan melahirkan warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara. Aktiviti ini diharapkan dapat melahirkan guru yang berilmu dan . berkemahiran tinggi di sekolah. Di samping itu, aktiviti ini juga membolehkan guru lebih memahami keperluan dan suasana sekolah

4.0 OBJEKTIF

Selepas mengikuti projek ini, peserta dapat :4.1 Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti serta mendekatkan diri dengan masyarakat.4.2 Menampilkan dan menghayati ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan nilai keguruan yang positif.4.3 Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara peranan secara aktif dalam kumpulan. 4.4 Memupuk semangat kecintaan terhadap budaya tolong-menolong, bantu- membantu sesama masyarakat serta berganding bahu.

5.0 MAKLUMAT PROJEK

Nama Projek : Program gotong-royong Taman Sains Tarikh Projek : 6 Jun 2014 ( Jumaat) Tempat Projek : Taman Sains dan Makmal Sains SK Taman Skudai Baru 2 Johor Darul Takzim. Jumlah Peserta : Pelajar IPG 3 orang Pelajar 30 orang

6.0 JADUAL PROJEK3.30 petang:Pelajar IPG, murid-murid berkumpul

3.40 petang: Taklimat gotong-royong

3.50 petang:Aktiviti gotong-royong bermula

4.50 petang :Minum petang

5.00 petang:Bersurai

7.0 TUGAS PELAKSANA

BilAJK

Bidang Tugas

1.Dokumentasi & Fotografi Membuat dokumentasi bergambar perjalanan projek sebelum, semasa dan selepas. Menyediakan kamera

2.Makanan Menguruskan jamuan / makanan peserta dan murid-murid Memastikan agihan makanan kepada semua

3.Peralatan Menguruskan peralatan yang akan digunakan Memastikan peralatan mencukupi

4.Keselamatan & Kebajikan Menjaga keselamatan dan kebajikan peserta sepanjang pelaksanaan projek.

5.Aktiviti Menyediakan kemudahan alat dan tempat yang sesuai untuk riadah

6.Pengacaraan Mempengerusikan majlis / aktiviti yang diadakan Memastikan kelancaran aktiviti

9.Buku Program Menyediakan buku program untuk diedarkan pada hari perasmian pembukaan dan penutupan.

Pengurus projek : Pn. Juliah Binti SarjuSetiausaha: Pn. Fauziah Binti BabaBendahari : Pn. Wan Noor Malinja binti Wan Chik

Jawatankuasa Bersama 1) Jawatankuasa Teknikal / PA Sistem : En. Suhadi b Salleh 2) Jawatankuasa Makan Dan Jamuan : Pn Wan Noor Malinja bt Wan Chik 3) Jawatankuasa Fotografi : En. Kamalruzaman b Ahmad 4) Jawatankuasa Keselamatan : En. Azri b Ali 5) Jawatankuasa Kebersihan/ Keceriaan : Pn. Fauziah bt Baba

6) Jawatankuasa Pengacaraan : Pn. Juliah bt Sarju

7) Jawatankuasa Peralatan : En. Muhammad B Mahlil

8) Jawatankuasa Buku Program : Cik Zalina bt Zainuddin

8.0 ANGGARAN PERBELANJAANSumber kewangan : Sumbangan Unit HEM SK Taman Skudai Baru 2 : RM 160

BILPERKARAJUMLAH

1.Makanan MuridMi Goreng + Kuih + air sirap 30 X RM2.50= RM 75.00

Makanan Peserta IPG dan guru SK Bandar UDA 2Nasi Ayam + Air teh O 8 X RM5.00 = RM 40.00RM 115.00

2.Buku ProgramRM2.00 X 10 naskahRM 20.00

3.Peralatan:FotostatCDBateriDLLRM 25.00

4.JUMLAHRM160.00

9.0 SENARAI NAMA PELAJAR IPG

BILNAMA

NAMA SEKOLAH

1.JULIANA BINTI SARJUSK LEDANG

2.FAUZIAH BT BABASK TAMAN SKUDAI BARU 2

3.WAN NOOR MALINJA BINTI WAN CHIKSK PERUMAHAN TAMPOI 2

10.0PENUTUP

Adalah diharapkan dengan adanya aktiviti kemasyarakatan sebegini, pelajar-pelajar dapat menimba pengetahuan dan pengalaman serta kemahiran dalam pelaksanaan program di sekolah rendah kelak. Kerjasama dan sokongan dalam bentuk idea dan sumbangannya amatlah dihargai. Diharapkan juga projek ini dapat diterima dan diluluskan oleh ahli mesyuarat. Semoga projek ini berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat serta objektifnya. Kerjasama dan sokongan tuan puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh,

................... ( FAUZIAH BINTI BABA )Setiausaha,Program Bina Insan BIG Fasa 2,IPG Kampus Tun Hussein Onn,Batu Pahat.

Tarikh : 20 Mei 2014

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHATLAPORAN AKTIVITI KEMASYARAKATAN PROGRAM BINA INSAN GURU PERINGKAT 3TAHUN 2014

NAMA PELAJAR: JULIANA BINTI SARJUAMBILAN: PPG JUN 2011SEMESTER: SEMESTER 7OPSYEN: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU PPG AMBILAN JUN 2011PERINGKAT: FASA 23TARIKH: 6 JUN 2013TEMPAT: TAMAN SAINS, SK TAMAN SKUDAI BARU 2KUMPULAN: PSV 1KEHADIRAN PESERTA : PELAJAR IPG 3 ORANG MURID TAHUN 4 30 ORANG

LAPORAN REFLEKTIF:

TAJUK : GOTONG ROYONG MEMBERSIHKAN TAMAN SAINS DAN MAKMAL SAINS

(A) LAPORAN AKTIVITI/PERISTIWA :(Sila sertakan gambar sebagai lampiran)

Gotong royong membersihkan Taman Sains dan Makmal Sains anjuran Unit Hal Ehwal Murid ( HEM ) SK Taman Skudai Baru 2 dan pelajar PPG ambilan Februari 2012 telah pun dilaksanakan pada 6 Jun 2014. Gotong royong yang melibatkan murid-murid Tahun 3 ini dijalankan bermula jam 3.00 petang hingga 5.30 petang. Program ini melibatkan seramai 30 orang pelajar dari Tahun 4 dan seramai 3 orang pelajar PPG serta 5 orang guru SK Bandar UDA 2.Murid-murid telah dibahagikan kepada 2 kumpulan bagi dua kawasan iaitu kumpulan pertama di Taman Sains manakala kumpulan kedua di Makmal Sains yang berhadapan dengan Taman Sains. Program ini telah memberi pengalaman baru kepada semua murid-murid dan guru-gurubergaul dengan lebih mesra sertamenambah pengetahuan mereka. Di sampingitu program inijuga telah memberipendedahan kepada murid-murid mengenai peraturan, cara dan panduan mengurusdiri apabila mengikuti sebarang aktiviti riadah Gotong royong ini merupakan aktiviti yang dapat mendidik murid dengan tujuan dan objektif yang di gariskan iaitu: Menjadikan sekolah sebagai sekolah yang bersih,kemas ,baik dan

selamat untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

Memupuk semangat kerjasama antara warga Sekolah Kebangsaan

Skudai Baru 2 yang terdiri daripada guru,murid dan pekerja serta

menanam sikap cintakan kebersihan dan keceriaan.

Mengalakkan murid membuat tugasan dengan rasa tanggungjawab dan

cintakan sekolah serta membudayakan slogan sekolahku syurgaku

dengan rasa gembira.

Aktiviti ini dapat dijalankan dengan lancar dan baik. Hasilnya dapat memberikan manfaat dan keselesaan yang berterusan. Kawasan sekolah yang bersih dan bilik-bilik yang kemas dan bersih ini diharapkan dapat membantu dalam meningkatkan sistem pembelajaran sekolah dan seterusnya dapat meningkatkan prestasi sekolah.Sekalung tahniah dan syabas serta terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Program Gotong Royong membersihkan makmal sains dan taman sains.

Laporan Bergambar :

Murid-murid sedang diberikan taklimat oleh guru. Murid-murid telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama akan membersihkan Taman Sains dan kumpulan kedua akan membersihkan Makmal Sains. Murid-murid telah dibekalkan dengan kain buruk, penyapu, penyodok dan plastik hitam.

Kumpulan yang membersihkan Taman Sains. Sampah-sampah dikumpulkan di dalam plastik hitam. Semua murid diminta berhati-hati semasa mengutip sampah di kawasan kolam kerana keadaan yang agak licin akibat hujan yang turun sebelum itu.

Murid-murid yang menjalankan gotong royong ini terdiri daripada murid-murid tahun 4. Mereka telah dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu satu kumpulan ditugaskan untuk membersihkan makmal sains dan satu kumpulan lagi ditugaskan untuk membersihkan Taman sains yang terletak berhadapan dengan makmal sains.

ISU / MASALAH : Kawasan dan Cuaca:

Masalah yang saya hadapi ialah Kawasan kolam ikan taman sains yang agak licin kerana hujan yang turun sebelum aktiviti dijalankan memerlukan pemantauan yang lebih kerana murid amat teruja untuk mendekati kolam tersebut. Persekitaran dan kawasan gotong royong yang mempunyai pokok yang agak rimbun dan ditakuti ada serangga atau binatang berbisa seperti lipan atau kala jengking.

( D ) Analisis SWOT:

(i) KEKUATAN

1. Semua guru , pihak sekolah dan murid yang terlibat memberi komitmen yang tinggi dan bekerjasama dalam semua aktiviti yang dijalankan. 2. Oleh kerana murid yang terlibat agak sedikit jumlahnya, semua aktiviti yang dijalankan mudah dikendalikan dan masa yang diperuntukan mencukupi bagi semua yang dirancang.

3. Kos yang diperlukan untuk mengendalikan Program gotong royong ini tidak banyak kerana program dilaksanakan di dalam sekolah, semua kemudahan asas mencukupi seperti kemudahan tenaga elektrik , penggunaan kantin, tandas, dan sebagainya.

(ii) KELEMAHAN:

1. Kawasan kolam yang agak sempit dan berhampiran dengan longkang besar menyebabkan kawasan kurang selamat kepada semua murid yang terlibat.

2. Oleh kerana kekangan masa di sekolah dengan pelbagai program yang dirancang, murid yang terlibat dengan aktiviti agak sedikit dan kawasan goto royang agak terhad.PELUANG:1. Semua AJK program dan murid dapat menunjukkan semangat kerjasama yang sangat baik dalam mengendalikan aktiviti dan aktiviti yang dirancang berjalan dengan lancar.

2. Semua murid berpeluang terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang sepanjang program dan mereka amat berbesar hati untuk melaksanakannya pada masa-masa yang akan datang.

(iii) ANCAMAN:

1 Persekitaran dan kawasan gotong royong yang mempunyai pokok yang agak rimbun dan ditakuti ada serangga atau binatang berbisa seperti lipan atau kala jengking.

(1) REFLEKSI KENDIRI:

(i) MANFAAT PROGRAM BIG:1. Semua guru yang terlibat dalam aktiviti perkhemahan ini boleh mengendalikan sesuatu program dengan baik, berkesan dan melaksanakan dalam bentuk terancang.

2. Pengendalian program yang dilaksanakan memberi ruang kepada semua guru menunjukkan kreativiti, kerjasama dan sikap toleransi antara kumpulan bagi menyelesaikan segala permasalahan yang timbul .

3. Program ini berhasrat untuk membina insan guru yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal mental , rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga dan masyarakat, negara selaras dengan nilai-nilai keguruan. Proses pembinaan insan guru dilihat dari aspek kesedaran bahawa profesioan perguruan adalah profesion yang mulia. Insan guru adalah pembina generasi cemerlang. pembentukan jati diri dan mempunyai role model, serta mampu menyesuaikan dan menangani pelbagai cabaran dalam perubahan zaman dalam era globalisasi.

4. Program ini juga mampu membentuk akhlak mulia, membina daya kepimpinan dan memupuk sikap bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi FPK (Falsafah Pendidikan Kebangsaan).Sepanjang menjalani aktiviti ini, saya berpeluang untuk menilai diri saya sendiri dan sentiasa berusaha untuk mengatasi segala kelemahan diri agar dapat memberi persaingan yang sihat kepada rakan-rakan saya yang lain di samping menjadi seorang pendidik yang berkualiti.

(ii) PENAMBAHBAIKAN:

1. Disiplin dalam diri perlu ditingkatkan lagi agar matlamat yang dirancangkan dapat dicapai. Masa yang telah ditetapkan perlulah dipatuhi dan digunakan sebaik mungkin dalam pengendalian semua aktiviti.

2. Perlu menguasai semangat kepimpinan yang tinggi bagi melahirkan barisan pendidik yang boleh memimpin anak-anak bangsa kita di masa hadapan dan boleh melaksanakan pelbagai aktiviti dalam apa jua situasi dan halangan.

3. Perlu melakukan perancangan dengan lebih awal dan perlu pandai menguruskan masa dengan lebih efisien. Perancangan perlulah dilakukan dengan lebih teliti agar tidak timbul lagi masalah sewaktu menjalankan aktiviti. Segala masalah, perancangan dan makluman aktiviti perlulah dirujuk kepada orang yang lebih arif.

Tandatangan pelapor; ( JULIANA BINTI SARJU) PPG AMBILAN JUN 2011 PSV1

KERTAS KERJA PROGRAM

LAPORAN AKTIVITI

MAKLUMAT DIRI

NAMA JULIANA BINTI SARJU

PPG AMBILAN JUN 2011

KUMPULANPSV 1

TARIKH LAHIR 18 JANUARI 1978

ALAMAT TEMPAT BERTUGASLEDANG, JALAN SIALANG, 84900 TANGKAK

NO. TEL 0196591801

NAMA PENYELIA TUAN HAJI JAMEL BIN HAJI ISMAIL

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Allah kerana di atas limpah rahmatnya dapat saya menyudahkan tugasan yang diberi. Tanpa keberkatan dari Nya, saya tidak akan dapat memperoleh maklumat-maklumat yang penting dalam menyiapkan tugasan ini.Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan yang tak terhingga kepada pensyarah saya, Tuan Haji Jamel bin Haji Ismail di atas sokongan dan bimbingan yang diberi semasa taklimat BIG dan juga di dalam telefon . Saya sangat menghargai kebaikan dan keprihatinan yang telah ditunjukkan oleh beliau. Segala maklumat yang diberi amat berguna dan tanpa bimbingan serta tunjuk ajar beliau, saya rasa tidak tahu apa yang perlu dibuat.Tidak lupa juga, ucapan jutaan terima kasih saya kepada Guru Besar SK Taman Skudai Baru 2 Johor Darul Takzim dan 2 orang rakan guru yang terlibat dengan program BIG, semua guru SK Bandar Baru Uda murid-murid serta rakan-rakan sekelas yang banyak membantu di dalam menyiapkan tugasan ini. Sokongan, pertolongan dan perkongsian ilmu yang dihulurkan amat saya hargaiKepada suami dan anak-anak , kalian adalah insan yang hebat. Terima kasih kerana memahami perasaan dan emosi saya, sentiasa bersabar , selalu memberi kata-kata semangat dan sentiasa berada di sisi apabila diperlukan. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan sekerja yang banyak memberi galakan. Budi kalian, akan saya kenang sepanjang hayat .

Terima kasih, semua.

ISI KANDUNGANPERKARA

1. Penghargaan2. Isi Kandungan

3. Laporan Sahsiah Oleh Guru Besar

4. Kertas Kerja Program- Agihan tugas dan jawatankuasa- Jadual program

5. Surat Panggilan dan Minit Mesyuarat

6. Pengenalan BIG

7. Laporan Bina Insan Guru

8. Refleksi

9. Maklum balas ( Penilaian Kendiri)

10. Laporan Kewangan

11. CD Rakaman Program BIG12. Laporan Bergambar Program BIG

REFLEKSI

Bersyukur saya kerana dengan limpah kurniaan dan nikmat-Nya, saya dan ahli kumpulan yang lain telah berjaya mengadakan program Bina Insan Guru pada 6 Jun 2014 ( Jumaat ) bertempat di Sek. Keb. Taman Skudai Baru 2. Tujuan utama program ini dijalankan adalah untuk memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan. Sepanjang program ini, saya telah banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan umum dalam usaha saya dan ahli kumpulan yang lain untuk menjayakan program ini. Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak impak, pengetahuan dan pengalaman yang berguna kepada semua peserta. Segala input yang diperoleh amat berguna bagi menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada untuk diaplikasi kepada para pelajar sebagai model insan yang bermakna.Dalam program BIG kali ini, saya pelajari apa itu kerja dalam kumpulan. Tanpa ada bantuan daripada ahli kumpulan, tidak mungkin akan menghasilkan kerja dan melakukan sesuatu kerja dengan baik, berkesan dan berjaya dengan seorang diri. Oleh itu, kerjasama dalam kumpulan amat penting dalam mengadakan program yang sebegini.Segala cabaran, halangan atau kenangan pahit manis kami berkongsi bersama. Selain itu, saya pelajari pelbagai nilai-nilai murni yang amat berguna. Nilai yang paling ketara ialah semangat setia kawan dan bekerjasama. Selain itu, saya dapat melihat nilai toleransi dan kesepakatan berlaku dalam kumpulan kecil mahupun besar. Dalam satu kumpulan, jika tiada kesepakatan dan toleransi, maka semua tugasan akan menjadi berat dan tidak akan berjaya. Sebagai seorang guru, kita haruslah mempunyai nilai bekerjasama, toleransi dan mempunyai permuafakatan yang baik dengan semua orang di sekeliling kita. Dengan ini, segala tugasan atau masalah akan menjadi mudah dan kehidupan akan menjadi harmoni. Seterusnya saya belajar untuk yakin kepada kebolehan diri sendiri dan jangan mudah mengalah. Ini saya pelajari semasa aktiviti mengecat sudut Bahasa Inggeris. Saya tidak pernah mengecat namun demi tugas, saya memberanikan diri mengecat. Dengan kesihatan yang kurang memuaskan, saya menggagahkan diri untuk mengecat. Walaupun hasilnya tidak seperti juru cat terlatih, saya berpuas hati dengan apa yang saya lakukan dengan bantuan rakan lain dan murid-murid. Selain itu, saya juga mempelajari nilai kepercayaan kepada ketua. Ketua dilantik untuk mengetuai ahlinya. Namun tanpa kepercayaan dan kesefahaman daripada ahli-ahli di bawahnya, ketua tersebut tidak akan berjaya melaksanakan tugasnya sebagai seorang ketua. Puan Mallar, walaupun sibuk dengan urusan rasmi sebagai GPK di sekolah, beliau merupakan ketua yang berdedikasi dan bertanggungjawab melaksanakan tugasnya sebagai ketua dengan membahagikan kerja dengan saksama. Dia merupakan ketua yang peka terhadap tugas sebagai ketua dan saya telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada beliau untuk mengurus dan membelanja kewangan. Di samping itu, saya juga pelajari sikap sentiasa ingin mencari ilmu yang baru. Untuk merancang aktiviti Latihan Dalam Kumpulan dan juga bahan-bahan Bahasa Inggeris, saya telah membuat beberapa rujukan dari bahan bacaan dan juga internet. Semua benda yang berada di sekeliling kita ialah ilmu yang berguna kepada kita dan guru boleh sentiasa memberi pelbagai ilmu kepada murid. Dalam kehidupan seorang guru, ilmu di dada haruslah mencukupi. Ilmu yang harus ada pada seorang guru bukan sahaja dari segi intelek, malah dari semua aspek supaya boleh menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan seharian. Ini kerana guru dijadikan tempat rujukan dan mendapatkan apa jua maklumat. Maka, kita haruslah terus mencari ilmu-ilmu yang baru untuk memantapkan lagi ilmu yang sedia ada supaya lebih mantap. Semasa membuat program ini, saya tidak dapat menafikan bahawa terdapat sedikit kekurangan. Salah satunya ialah jarak yang jauh di antara ahli menyebabkan kami tidak dapat berjumpa selalu untuk mengadakan perbincangan. Namun masalah itu dapat saya atasi dengan bantuan e-mel, telefon dan whatsapp. Kami sentiasa berhubung bagi memastikan segala aktiviti yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan baik. Selain daripada itu, faktor cuaca juga telah menyebabkan aktiviti padang tidak dapat dijalankan. Murid-murid kelihatan sedikit hampa pada mula akibat hujan lebat. Namun begitu, mereka kembali ceria apabila aktiviti sukaneka dijalankan. Hujan lebat juga telah menyukarkan kami untuk melakukan proses pembersihan dan mengecat sudut Bahasa Inggeris. Saya dan beberapa rakan ahli yang lain tetap meneruskan kerja dalam kebasahan bagi memastikan sudut tersebut berwajah baru dan ceria.Dari maklum balas para peserta sebelum majlis penutupan, semua murid bersetuju bahawa aktiviti yang dijalankan sangat menarik, mudah difahami dan senang untuk dilakukan. Mereka juga bersetuju bahawa segala ilmu yang dipelajari sepanjang program akan diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Mereka juga dapat belajar untuk bekerjasama, saling bantu-membantu dan bertolak ansur di antara ahli kumpulan. Ketika aktiviti dijalankan, mereka juga telah dapat mematuhi segala arahan yang diberi serta dapat memberi tindak balas yang positif. Keyakinan diri yang bertambah dan disiplin diri yang diterapkan dapat membantu mereka untuk lebih berjaya serta memperoleh keputusan yang lebih cemerlang dalam UPSR.Dengan adanya program seperti ini, saya dan rakan yang terlibat lebih memahami nilai- nilai pentingnya mempunyai kekuatan mental yang tinggi dan konsisten dalam menangani arus pendidikan yang semakin mencabar pada masa kini. Semoga program ini dapat memberi pengisian yang berguna kepada semua peserta BIG yang terlibat dalam melahirkan insan yang lebih cemerlang dalam semua aspek.. Saya juga berharap program ini dapat melahirkan murid-murid yang memiliki keyakinan diri yang tinggi, berketerampilan, mempunyai semangat kerjasama, berinovatif serta mempunyai sahsiah diri yang terpuji dan jitu. Akhir kata ingin saya merakamkan jutaan terima kasih kepada pensyarah saya, Tuan Haji Jamel b. Haji Ismail di atas bimbingan dan panduan dalam merancang program BIG, kepada rakan kumpulan saya yang terlibat dalam memastikan apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik, budi kalian dalam ingatan saya selalu. Tidak lupa juga, ucapan terima kasih saya kepada Guru Besar, guru-guru dan murid-murid SK Taman Skudai Baru 2 yang telah memberi kerjasama yang baik semasa program Bina Insan Guru ini dijalankan. Hanya Allah SWT jua yang dapat membalasnya. Akhirnya doakan kejayaan saya dan segala yang baik datangnya dari Allah dan segala kekurangan dari kelemahan diri saya sendiri, Kita mampu merancang hanya Allah SWT juga yang maha menentukannya. Sekian, terima kasih.