big pismp 3 2015

Upload: dharshan-kumar

Post on 13-Jan-2016

239 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BIG PISMP 3 2015IPGKTI

TRANSCRIPT

MAKTAB PERGURUAN SARAWAK,MIRI

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong IbrahimPentaksiran Kerja Kursus-Projek(Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

Kod/Nama Kursus :WAJ 3143BINA INSAN GURUFASA 3Tempoh:2 Minggu

Tarikh Mula: 17/9/2015Tarikh Serahan:27/9/ 2015

Program :

PISMP Semester/Tahun:

3/2015

Ambilan:

Jun 2014

Kumpulan:

Disediakan oleh:

Disahkan oleh :Penyelaras Kursus

Ketua Jabatan

Nama & Tandatangan

Tarikh:

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEKJABATAN

: KOKURIKULUMMATA PELAJARAN

: BINA INSAN GURU FASA 3KUMPULAN

: SEMESTER

: TIGA

Tarikh Mula 17/9/ 2015Tarikh hantar 27/9/ 2015

Hasil Pembelajaran Kursus : 1. Memodeli dan menggalakkan pembelajaran secara inkuiri dan koperatif serta menggunakan pendekatan pembelajaran kendiri2. Membina dan mempertahankan hujahan yang berasas secara jelas dan koheren.

3. Merancang , mengurus dan melaksanakan bengkel etiket sosial

4. Mengaplikasikan teknik dan kaedah pengucapan awam yang berkesan

5. Mengintegrasi kemahiran pengucapan awam dan kesantunan bahasa dalam semua aktiviti

6. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai secara teori dalam kehidupan seharian

7. Membuat muhasabah diri, menerima kelemahan diri dan sanggup berubah

8. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkahlaku yang dapat dijadikan sebagai contoh yang baik

9. Menunjukkan sikap patriotik terhadap bangsa dan negaraKerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2 3 hingga 9Objektif Kerja Kursus: Pelajar dapat melaksanakan tugasan berikut:1. Menyediakan kertas cadangan

2. Menjalankan khidmat masyarakat3. Merancang , mengurus dan melaksanakan bengkel etiket sosial

4. Menyediakan portfolio

Spesisifikasi Tugasan

TAJUKTUGASANWAJARANCATATAN

1. Pemerhatian

2. Laporan Portfolio3. Kertas Kerja Cadangan

(A) Pemerhatian

Kerohanian dan Akhlak Keguruan

Berilmu Beramal dan Berbakti

Berakauntibliti dan Amanah

Berjiwa Merdeka dan Perkasa

Kreatif dan Berinovatif

(B) Laporan Portfolio Kandungan Portfolio Kreativiti Kekemasan

Laporan reflektif

Laporan Penilaian Kendiri

(C) Kertas Kerja Cadangan Format Isi Kandungan Bahan Bukti

30%

50%

20%Pemerhatian akan dijalankan sepanjang aktiviti yang dirancang berlangsung. Aktivit tersebut berdasarkan kertas cadangan yang disediakan.

Portfolio yang disediakan perlu merangkumi maklumat, bahan-bahan, laporan dan refleksi yang melibatkan tiga fasa iaitu sebelum, semasa dan selepas.

Kertas cadangan yang disediakan perlu mengikut senarai semak AK-PT-05-02

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMTUGASAN PROJEK

TARIKH MULA17/9/ 2015TARIKH HANTAR29/7/ 2015

Hasil Pembelajaran Tugasan 1. Memodeli dan menggalakkan pembelajaran secara inkuiri dan koperatif serta menggunakan pendekatan pembelajaran kendiri2. Membina dan mempertahankan hujahan yang berasas secara jelas dan koheren.

3. Merancang , mengurus dan melaksanakan bengkel etiket sosial

4. Mengaplikasikan teknik dan kaedah pengucapan awam yang berkesan

5. Mengintegrasi kemahiran pengucapan awam dan kesantunan bahasa dalam semua aktiviti

6. Mengamalkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai secara teori dalam kehidupan seharian

7. Membuat muhasabah diri, menerima kelemahan diri dan sanggup berubah

8. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkahlaku yang dapat dijadikan sebagai contoh yang baik

9. Menunjukkan sikap patriotik terhadap bangsa dan negara

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 2. Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugasan berikut:

1. Menyediakan kertas cadangan

2. Menjalankan khidmat masyarakat

3. Merancang , mengurus dan melaksanakan bengkel etiket sosial

4. Menyediakan portfolio

Tugasan Projek (100%)

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Sehubungan itu, anda dikehendaki menyediakan satu kertas cadangan dan portfolio.1. Pemerhatian semasa aktiviti berlangsung (30%)

Kerohanian dan Akhlak Keguruan

Berilmu Beramal dan Berbakti

Berakauntibliti dan Amanah

Berjiwa Merdeka dan Perkasa

Kreatif dan Berinovatif2. Laporan Portfolio (50%)

Kandungan Portfolio Kreativiti Kekemasan Laporan reflektif Laporan Penilaian Kendiri3. Cadangan Kertas Kerja (20%)

Format Isi Kandungan Bahan Bukti

Panduan Pelaksanaan Projek

Format folio ceramah/bengkel/ seminar dan khidmat masyarakat adalah seperti berikut:

Pengenalan

Objektif

Kandungan ( menggunakan pengurusan grafik dan gambar, rajah dan lain-lain bentuk ilustrasi yang sesuai )

Refleksi kendiri ( kepentingan kepada diri, kerjaya, organisasi dan komuniti )

Penutup

Spesifikasi Penulisan Portfolio Penyediaan portfolio mengikut format yang ditetapkan

Disiapkan dalam masa seminggu selepas aktiviti berlangsung

Diserahkan kepada tutor masing-masing untuk tujuan pemarkahan

Format Portfolio Muka depan diisikan dengan maklumat berikut:

Nama Institut

Bilangan siri dan tarikh program BIG

Lokasi pelaksanaan

Nama pelajar dan ahli kumpulan

Gambar pelajar dan ahli kumpulan

Nama MentorLaporan Reflektif (program)

Laporan dilaksanakan secara individu

pelajar membuat ulasan apa yang dialami dan dipelajari sepanjang program

memberikan cadangan penambahbaikan program untuk masa hadapan

ditulis menggunakan analisis SWOT (kekuatan, kelemahan, peluang dan

ancaman)

diserahkan kepada tutor masing-masing seminggu selepas tamat progranm

BIG

Maklum Balas Pelajar (Penilaian Kendiri) menyatakan manfaat yang diperoleh oleh individu daripada penyertaan dalam program BIG yang telah diikuti di samping memberikan cadangan

penambahbaikan.

Lampiran

Bahan-bahan bukti seperti: brosur

salinan surat

gambar-gambar

dan bahan-bahan lain yang berkaitan

Kertas Cadangan

Dilaksanakan mengikut unit

Menggunakan 4W1H (apa, bila, di mana, siapa yang terlibat dan

bagaimana)

Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 100%

Kriteria Pemarkahan

Tugasan ini akan dinilai berdasarkan Panduan Memberi MarkahTugasan disediakan oleh:

(AZMAN BIN MANAS)

Pen.Penyelaras Kursus WAJ 3143 (BIG)

Unit Kokurikulum

IPGK Temenggong Ibrahim

Disemak oleh:(ABDUL LATIFF B. AWI)

Pakar Bidang (SME) BIGUnit Kokurikulum

IPGK Temenggong Ibrahim

Disahkan oleh:(ZUHAIDA BINTI RAYA ) Ketua Unit

Unit Kokurikulum

IPGK Temenggong Ibrahim

RUBRIK PEMARKAHAN AKTIVITI RUBRIK PEMARKAHAN AKTIVITI ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL1. Pemerhatian (30%)

ASPEK YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

CemerlangBaikSederhanaLemahSangat Lemah

1.

KEROHANIAN DAN AKHLAK KEGURUAN

(20)17 - 20 Markah13 - 16 Markah9 - 12 Markah5 8 Markah1 - 4 Markah

Boleh mengawal diri dengan sempurna

Boleh mengawal diri dengan baik Mengawal diri dengan kadar sederhana. Kurang dapat mengawal diri dengan sempurna. Tidak dapat mengawal diri dengan sempurna.

Dapat mengamalkan nilai moral dan nilai keguruan dengan sempurna.

Dapat mengamalkan nilai moral dan nilai keguruan dengan baik. Kurang mengamalkan nilai moral dan nilai keguruan.

Sangat kurang mengamalkan nilai moral dan nilai keguruan.

Amat kurang mengamalkan nilai moral dan nilai keguruan.

Menonjolkan sifat amanah yang tinggi.

Menonjolkan sifat amanah Kurang amanah

Tidak amanah.

Tidak amanah.

Mempunyai disiplin yang tinggi.

Mempunyai disiplin yang baik. Kurang berdisiplin.

Tidak berdisiplin.

Tidak berdisiplin.

Bertanggungjawab dan semangat dedikasi yang tinggi. Bertanggungjawab dan semangat dedikasi yang baik.

Kurang bertanggungjawab dan semangat dedikasi. Tidak bertanggungjawab dan dedikasi. Tidak bertanggungjawab dan dedikasi.

Mempunyai tahap kesabaran yang tinggi. Mempunyai tahap kesabaran yang baik Tahap kesabaran yang sederhana. Tahap kesabaran yang rendah. Tahap kesabaran yang sangat rendah.

ASPEK YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

CemerlangBaikSederhanaLemahSangat Lemah

2.

BERILMU BERAMAL DAN BERBAKTI

(20)17 - 20 Markah13 - 16 Markah9 - 12 Markah5 8 Markah1 - 4 Markah

Sentiasa menunjukkan dan mengamalkan semangat berpasukan, kesepakatan dan kerjasama, yang tinggi. Sentiasa menunjukkan dan mengamalkan semangat berpasukan, kesepakatan dan kerjasama, yang baik. Menunjukkan dan mengamalkan semangat berpasukan, kesepakatan dan kerjasama secara sederhana. Kurang menunjukkan dan mengamalkan semangat berpasukan, kesepakatan dan kerjasama, yang tinggi.

Tidak menunjukkan dan mengamalkan semangat berpasukan, kesepakatan dan kerjasama, yang tinggi.

Sangat bertanggungjawab terhadap pasukan. Bertanggungjawab terhadap pasukan dengan baik. Bertanggungjawab terhadap pasukan secara sederhana. Kurang bertanggungjawab terhadap pasukan. Tidak bertanggungjawab terhadap pasukan.

Dapat menghayati konsep kerja sebagai ibadah dengan cemerlang. Dapat menghayati konsep kerja sebagai ibadah dengan baik. Dapat menghayati konsep kerja sebagai ibadah secara sederhana. Kurang menghayati konsep kerja sebagai ibadah. Tidak menghayati konsep kerja sebagai ibadah.

Amat peka dan aktif dalam penglibatan pasukan. Peka dan aktif dalam penglibatan pasukan dengan baik. Peka dalam penglibatan pasukan.

Kurang peka dan aktif dalam penglibatan pasukan. Tidak peka dan aktif dalam penglibatan pasukan.

ASPEK YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

CemerlangBaikSederhanaLemahSangat Lemah

3.

BERAKAUNTABILITI DAN AMANAH

( 20 )

17 - 20 Markah13 - 16 Markah9 - 12 Markah5 8 Markah1 - 4 Markah

Menunjukkan kepatuhan kepada etika keguruan dan prosedur kerja sepanjang tempoh aktiviti dengan cemerlang. Menunjukkan kepatuhan kepada etika keguruan dan prosedur kerja sepanjang tempoh aktiviti dengan baik. Mematuhi etika keguruan dan prosedur kerja sepanjang tempoh aktiviti secara secara sederhana.

Kurang menunjukkan kepatuhan kepada etika keguruan dan prosedur kerja sepanjang tempoh aktiviti. Tidak Menunjukkan kepatuhan kepada etika keguruan dan prosedur kerja sepanjang tempoh aktiviti.

Berjaya menampilkan kemampuan bertindak secara proaktif tanpa menunggu arahan dan menyiapkan tugasan yang diberi dengan cemerlang. Berjaya menampilkan kemampuan bertindak secara proaktif tanpa menunggu arahan dan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik. Boleh menampilkan kemampuan bertindak secara proaktif tanpa menunggu arahan dan menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik.

Kurang mampu bertindak secara proaktif tanpa menunggu arahan dan menyiapkan tugasan yang diberi dengan sempurna.

Tidak Mampu bertindak secara proaktif tanpa menunggu arahan dan menyiapkan tugasan yang diberi dengan sempurna.

Mampu bertindak secara responsif terhadap perubahan persekitaran dan masa dengan cemerlang. Mampu bertindak secara responsif terhadap perubahan persekitaran dan masa dengan baik.

Boleh bertindak secara responsif terhadap perubahan persekitaran dan masa.

Kurang bertindak secara responsif terhadap perubahan persekitaran dan masa.

Tidak Bertindak secara responsif terhadap perubahan persekitaran dan masa.

Berkebolehan berinteraksi secara berkesan dengan individu lain di dalam persekitaran dengan cemerlang. Berkebolehan berinteraksi secara berkesan dengan individu lain di dalam persekitaran dengan baik.

Berkebolehan berinteraksi secara berkesan dengan individu lain.

Kurang mampu berinteraksi secara berkesan dengan individu lain di dalam persekitaran.

Tidak Mampu berinteraksi secara berkesan dengan individu lain di dalam persekitaran

Mengamalkan ciri-ciri perpaduan yang tinggi semasa interaksi dengan cemerlang. Mengamalkan ciri-ciri perpaduan yang tinggi semasa interaksi dengan baik. Mengamalkan ciri-ciri perpaduan yang tinggi semasa interaksi secara sederhana. Kurang boleh mengamalkan ciri-ciri perpaduan semasa interaksi.

Tidak Boleh mengamalkan ciri-ciri perpaduan semasa interaksi

ASPEK YANG DINILAI INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

CemerlangBaikSederhanaLemahSangat Lemah

4.

BERJIWA MERDEKA DAN PERKASA

( 20 )

17 - 20 Markah13 - 16 Markah9 - 12 Markah5 8 Markah1 - 4 Markah

Berupaya dan cekap menguruskan diri dan kumpulan dari segi kebersihan, pakaian dan penampilan dengan cemerlang. Berupaya dan cekap menguruskan diri dan kumpulan dari segi kebersihan, pakaian dan penampilan. Berupaya dan boleh menguruskan diri dan kumpulan dari segi kebersihan, pakaian dan penampilan.

Kurang berupaya dan cekap menguruskan diri dan kumpulan dari segi kebersihan, pakaian dan penampilan. Tidak berupaya dan cekap menguruskan diri dan kumpulan dari segi kebersihan, pakaian dan penampilan.

Berjaya merancang dan melaksanakan tugas kumpulan dengan adil dan berkesan. Berjaya merancang dan melaksanakan tugas kumpulan dengan adil dan baik. Boleh merancang dan melaksanakan tugas kumpulan dengan baik.

Kurang berjaya merancang dan melaksanakan tugas kumpulan dengan adil dan berkesan. Tidak merancang dan melaksanakan tugas kumpulan dengan adil dan berkesan.

Menunjukkan tingkahlaku yang sangat cekap terhadap pengurusan dan ketepatan masa. Menunjukkan tingkahlaku yang cekap terhadap pengurusan dan ketepatan masa.

Menunjukkan tingkahlaku yang baik terhadap pengurusan dan ketepatan masa.

Kurang menunjukkan tingkahlaku yang cekap terhadap pengurusan dan ketepatan masa. Tidak menunjukkan tingkahlaku yang cekap terhadap pengurusan dan ketepatan masa.

Bertindak secara sangat bijaksana dalam membuat keputusan.

Bertindak secara bijaksana dalam membuat keputusan.

Bertindak secara baik dalam membuat keputusan.

Kurang mampu bertindak secara bijaksana dalam membuat keputusan. Tidak mampu bertindak secara bijaksana dalam membuat keputusan.

Sangat mengambil langkah keselamatan diri, peralatan, tempat penginapan dan mengamalkan kebersihan. Mengambil langkah keselamatan diri, peralatan, tempat penginapan dan mengamalkan kebersihan dengan baik. Mengambil langkah keselamatan diri, peralatan, tempat penginapan dan mengamalkan kebersihan. Tidak mengambil langkah keselamatan diri, peralatan, tempat penginapan dan mengamalkan kebersihan. Kurang mampu mengamalkan kebersihan dan langkah keselamatan diri, peralatan, dan tempat penginapan.

Menunjukkan kesanggupan yang tinggi terhadap penerimaan perubahan diri, organisasi dan persekitaran. Menunjukkan kesanggupan yang baik terhadap penerimaan perubahan diri, organisasi dan persekitaran. Menunjukkan kesanggupan yang sederhana terhadap penerimaan perubahan diri, organisasi dan persekitaran. Kurang menunjukkan kesanggupan yang tinggi terhadap penerimaan perubahan diri, organisasi dan persekitaran.

Tidak menunjukkan kesanggupan yang tinggi terhadap penerimaan perubahan diri, organisasi dan persekitaran.

ASPEK YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

CemerlangBaikSederhanaLemahSangat Lemah

5.

KREATIF DAN INOVATIF

( 20 )

17 - 20 Markah13 - 16 Markah9 - 12 Markah5 8 Markah1 - 4 Markah

Cekap mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri.

Boleh mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri.

Tahu kekuatan dan kelemahan diri.

Kurang keupayaan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri.

Tidak berupaya untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri.

Sangat beriltizam serta tekal (istiqamah). Beriltizam dengan baik serta tekal (istiqamah). Beriltizam serta tekal (istiqamah). Kurang iltizam serta kurang tekal (istiqamah). Tiada iltizam serta tidak tekal (istiqamah).

Berupaya mempelajari menghayati dan menerima sesuatu yang baru daripada pengalaman yang ditempoh.

Boleh mempelajari menghayati dan menerima sesuatu yang baru dengan baik daripada pengalaman yang ditempoh. Boleh mempelajari menghayati dan menerima sesuatu daripada pengalaman yang ditempoh. Kurang berupaya mempelajari menghayati dan menerima sesuatu yang baru daripada pengalaman yang ditempoh. Tidak berupaya mempelajari menghayati dan menerima sesuatu yang baru daripada pengalaman yang ditempoh.

Menunjukkan kesediaan untuk mengubah dan memperbaiki diri.

Mempunyai kesediaan untuk mengubah dan memperbaiki diri dengan baik.

Menunjukkan kesediaan untuk mengubah dan memperbaiki diri. Kurang menunjukkan kesediaan untuk mengubah dan memperbaiki diri. Tidak bersedia untuk mengubah dan memperbaiki diri.

2. Rubrik Pemarkahan Portfolio (50%)

ASPEK YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

CemerlangBaikSederhanaLemahSangat Lemah

1. KANDUNGAN

( 30 )17 - 20 Markah15- 18 Markah11 - 14 Markah6 - 10 Markah1 - 6 Markah

Dapat mempamerkan kandungan portfolio bertepatan dengan format yang ditetapkan dengan sangat lengkap dan cemerlang.

Dapat mempamerkan kandungan portfolio bertepatan dengan format yang ditetapkan dengan baik.

Dapat mempamerkan kandungan portfolio bertepatan dengan format yang ditetapkan.

Kurang dapat mempamerkan kandungan portfolio bertepatan dengan format yang ditetapkan.

Tidak dapat mempamerkan kandungan portfolio bertepatan dengan format yang ditetapkan.

2. KREATIVITI

( 5 )5 Markah4 Markah3 Markah2 Markah1 Markah

Berjaya menghasilkan penulisan yang sangat menarik dan amat kreatif ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan

Berjaya menghasilkan penulisan yang menarik dan kreatif ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan. Berjaya menghasilkan penulisan yang menarik ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan.

Kurang berjaya menghasilkan penulisan yang menarik dan kreatif ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan. Tidak berjaya menghasilkan penulisan menarik dan kreatif ke arah memenuhi keperluan format yang ditetapkan

3. KEKEMASAN

( 5 )

5 Markah4 Markah3 Markah2 Markah1 Markah

Berjaya menghasilkan penulisan folio yang sangat tersusun dan kemas mengikut format. Berjaya menghasilkan penulisan folio yang tersusun dan kemas mengikut format dengan baik. Menghasilkan penulisan folio tersusun tetapi kurang kemas mengikut format.

Kurang berjaya menghasilkan penulisan folio tersusun dan kemas mengikut format. Tidak berjaya menghasilkan penulisan folio tersusun dan kemas mengikut format.

4. LAPORAN REFLEKTIF

( 40 )

34 - 40 Markah25- 33 Markah17 - 24 Markah9 - 16 Markah1 - 8 Markah

Berjaya mempamerkan penulisan yang sangat jelas ke arah pemikiran reflektif. Berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif.

Mempamerkan penulisan yang agak jelas ke arah pemikiran reflektif.

Kurang berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif. Tidak berjaya mempamerkan penulisan yang jelas ke arah pemikiran reflektif.

5. PENILAIAN KENDIRI

( 20 )17 - 20 Markah13 - 16 Markah9 - 12 Markah5 8 Markah1 - 4 Markah

Berjaya menyatakan 10 atau lebih manfaat yang diperoleh oleh individu daripada penyertaan dalam program BIG yang telah diikuti di samping memberikan cadangan penambahbaikan. Berjaya menyatakan 9 hingga 7 manfaat yang diperoleh oleh individu daripada penyertaan dalam program BIG yang telah diikuti di samping memberikan cadangan penambahbaikan. Berjaya menyatakan 6 hingga 4 manfaat yang diperoleh oleh individu daripada penyertaan dalam program BIG yang telah diikuti di samping memberikan cadangan penambahbaikan. Hanya menyatakan kurang daripada 3 manfaat yang diperoleh oleh individu daripada penyertaan dalam program BIG yang telah diikuti di samping memberikan cadangan penambahbaikan. Hanya menyatakan kurang daripada 3 manafaat yang diperoleh oleh individu daripada penyertaan dalam program BIG tanpa cadangan penambahbaikan.

3. Rubrik Kertas Cadangan (20%)

ASPEK YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

CemerlangBaikSederhanaLemahSangat Lemah

1. Format Kertas Cadangan

(20)17 - 20 Markah13 - 16 Markah9 - 12 Markah5 8 Markah1 - 4 Markah

Mempunyai lebih daripada 10 ciri-ciri format kertas cadangan sempurna.

Mempunyai lebih daripada 7 ciri-ciri format kertas cadangan sempurna.

Mempunyai lebih daripada 5 ciri-ciri format kertas cadangan sempurna. Mempunyai 4 hingga 3 ciri-ciri format kertas cadangan yang sempurna.

Mempunyai kurang daripada 2 ciri-ciri format kertas cadangan sempurna.

Urutan format yang sangat kemas. Urutan format yang kemas dan baik. Urutan format yang kemas. Urutan format yang kurang kemas. Urutan format yang tidak kemas.

2. Isi Kandungan Kertas Cadangan

(60)INDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

CemerlangBaikSederhanaLemahSangat Lemah

49 - 60 Markah37 - 48 Markah25 - 36 Markah13 24 Markah1 - 12 Markah

Dapat memberi dan menunjukkan idea yang amat relevan dan mengandungi 10 atau lebih ciri format kertas cadangan yang ditetapkan dalam soalan tugasan.

Dapat memberi dan menunjukkan idea yang amat relevan dan mengandungi 7 -10 atau lebih ciri format kertas cadangan yang ditetapkan dalam soalan tugasan.

Dapat memberi/ menunjukkan idea yang amat relevan dan mengandungi kurang daripada 7 ciri format kertas cadangan yang ditetapkan dalam soalan tugasan.

Dapat memberi dan menunjukkan idea yang amat relevan dan mengandungi kurang daripada 6 ciri format kertas cadangan yang ditetapkan dalam soalan tugasan.

Dapat memberi/ menunjukkan idea yang amat relevan dan mengandungi kurang daripada 5 ciri format kertas cadangan yang ditetapkan dalam soalan tugasan.

Penggunaan laras bahasa yang amat baik. Penggunaan laras bahasa yang baik. Penggunaan laras bahasa yang sederhana baik. Penggunaan laras bahasa yang lemah. Penggunaan laras bahasa yang sangat lemah.

Perjalanan aktiviti yang sangat menarik dan dan lancar. Perjalanan aktiviti menarik dan lancar. Perjalanan aktiviti menarik tetapi tidak lancar.

Perjalanan aktiviti kurang menarik dan kurang lancar. Perjalanan aktiviti tidak menarik dan tidak lancar.

Penglibatan pelajar sangat diberi keutamaan. Penglibatan pelajar diberi keutamaan.

Penglibatan pelajar diberi keutamaan secara sederhana. Penglibatan pelajar kurang diberi keutamaan. Penglibatan pelajar tidak diberi keutamaan.

Menunjukkan komitmen dan keyakinan diri yang sangat tinggi. Menunjukkan komitmen dan keyakinan diri yang tinggi. Menunjukkan komitmen namun kurang keyakinan diri.

Kurang menunjukkan komitmen dan keyakinan diri. Tidak menunjukkan komitmen dan tidak ada keyakinan diri.

ASPEK YANG DINILAIINDIKATOR PRESTASI DAN PEMARKAHAN

CemerlangBaikSederhanaLemahSangat Lemah

3. Bahan Bukti

( 20 )

17 - 20 Markah13 - 16 Markah9 - 12 Markah5 8 Markah1 - 4 Markah

Bahan bukti yang sangat lengkap, tepat dan sesuai.

Bahan bukti yang boleh diterima, tepat dan sesuai.

Bahan bukti yang boleh diterima, tepat dan sesuai.

Bahan bukti yang kurang boleh diterima, kurang tepat dan kurang sesuai. Bahan bukti yang tidak boleh diterima, tidak tepat dan tidak sesuai.

Sangat menyokong laporan yang dibuat. Menyokong laporan yang dibuat dengan baik.

Menyokong laporan yang dibuat.

Kurang menyokong laporan yang dibuat.

Tidak menyokong laporan yang dibuat.

TAJUK PROGRAM : PISMP

NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS :

WAJ 3143 BIG FASA 3

SEMESTER : 1/2015

PAGE