kertas kerja cadangan wajadiri umt (1)

Upload: roslan-zairi

Post on 16-Oct-2015

60 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kertas kerja

TRANSCRIPT

Kertas Kerja Cadangan Penyertaan Pasukan Silat Cekak Hanafi SMK Taman Kosas Pertandingan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi 2014 di Universiti Malaysia Terengganu

1.0 PengenalanPertandingan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi untuk Sekolah dan IPT ialah satu pertandingan tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Malaysia. Pertandingan ini melibatkan kelas-kelas Silat Cekak Hanafi di sekolah dan Institiut Pengajian Tinggi seluruh negara. Untuk tahun ini, pertandingan ini akan diadakan di Universiti Malaysia Terengganu. Kali terakhir pertandingan ini diadakan di luar Lembah Kelang adalah pada tahun 2011, dimana pertandingan itu diadakan di Universiti Petronas, Tronoh. Pertandingan ini sentiasa mendapat sokongan penuh dari Kementerian Pelajaran Malaysia sejak ia dianjurkan buat pertama kali pada tahun 1996.Kelas Silat Cekak Hanafi SMK Taman Kosas mulai menyertai pertandingan pada tahun 2009, dua tahun selepas kelas Silat Cekak Hanafi ditubuhkan. Pasukan SMK Taman Kosas telah berjaya menjadi Johan keseluruhan kategori Sekolah Menengah Lelaki pada tahun 2010,2011,2012 dan 2013. Kejayaan menjadi Johan keseluruhan kategori Sekolah Menengah Lelaki empat kali berturut-turut adalah satu rekod baru dalam pertandingan ini. Sekali lagi untuk tahun ini, penyertaan pasukan Silat Cekak Hanafi adalah untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi dan juga berharap agar pasukan perempuan juga akan muncul johan keseluruhan setelah mendapat tempat kedua pada tahun lepas.

2.0 Tajuk Acara : Pertandingan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi 2014 IPT dan Sekolah Universiti Malaysia Terengganu

3.0 Details of programme3.1 Tarikh Pertandingan : 19 April 20143.2 Masa : 8.00 pg 1.30 p.m3.3 Tempat : Universiti Malaysia Terengganu

4.0 Objectives4.1 Menyertai satu pertandingan Silat khas untuk Silat Cekak Hanafi di peringkat Kebangsaan.4.2 Mengeratkan silaturrahim antara kelas silat di SMK Taman Kosas dan Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Malaysia dan Cawangan Selangor.4.3 Mengeratkan silaturrahim antara kelas silat di SMK Taman Kosas dan kelas Silat Cekak Ustaz Hanafi sekolah lain seluruh negara.4.4 Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar baru tentang suasana pertandingan.4.5 Mengekalkan kejuaraan untuk pasukan Lelaki dan muncul juara untuk pasukan perempuan.

5.0 Peserta

5.1 Ahli Tamat dan peringkat potong Silat Cekak Hanafi SMK Taman Kosas dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5 seramai 51 orang5.2 Ahli biasa dari Tingkatan 1 hingga 5 sebagai penyokong seramai 9 orang.

5.3 Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulan lelaki dan kumpulan perempuan5.4 Pasukan Wajadiri SMK Taman Kosas akan diiringi oleh 5 orang guru, 3 lelaki dan 2 perempuan.

6.0 Ketua Kontijen Pasukan

Ketua Kontijen : En. Roslan Zairi Bin Ahmad ZawawiAdvisors Ketua Guru Penasihat, Silat Cekak Hanafi SMK Taman Kosas

Pengurus : En. Nozairi Bin Ori Penasihat Silat Cekak Hanafi SMK Taman Kosas sessi petang Guru Pengiring dan Chaperon : 1. En. Shazwan Bin Rozali, Guru SMK Taman Kosas 2. Cik Noor Haizan Bt. Hashim 3. Cik Lidyawati Bt. Azmin

7.0 Tentative Programme Schedule

Khamis, 17 April 2014

2.45 ptg: Bertolak dari SMK Taman Kosas

9.45 mlm : Tiba di Universiti Sultan Zainal Abidin (Uniza) - Tempat Penginapan Institute of Education, IIUM

Jumaat, 18 April 2014 - Rehat - (Solat Jumaat di Masjid Uniza)

Sabtu, 19 April 2014

7.15 pg - Bertolak ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) - Gelanggang Pertandingan

8.30 pg - 1.15 ptg : Pertandingan Wajadiri Nasional

2.00 ptg : Majlis Penutup

3.00 ptg : Keberangkatan pulang ke SMK Taman Kosas

8.0 Bajet Cadangan

8.1 PerbelanjaanDetailsJumlahJumlah Besar

8.1.1 Makanan - Minum pagi

Makan Tengahari

Minum petang

RM 2.00 x 51 peserta

RM 2.50 x 51 peserta

RM 2.50 x 51 peserta

RM 102.00

RM 127.50

RM 127.50

RM 356.00

8.1.5 Pengangkutan

- Bas ke Uniza dan UMT RM 2900.00 x 2 buah basRM 5800.00

RM 5800.00

8.1.6 Penginapan - di UnizaRM 10.00 x 70 orang(termasuk peserta dan penyokong)

RM 700.00

RM 700.00

JUMLAH PERBELANJAANRM 6856.00

8.2 PendapatanTotal

8.2.1Sumbangan PIBG

8.2.2Sumbangan daripada Unit Ko-Kurikulum

8.2.3Bayaran dari pelajarRM 3000.00

RM 3000.00

RM 856.00

Jumlah BesarRM 6856.00

Dicadangkan oleh,Disahkan oleh,

ROSLAN ZAIRI BIN AHMAD ZAWAWI Pn. Jahani Bt. KafiKetua Guru Penasihat Pengetua Silat Cekak Hanafi SMK Taman KosasSMK Taman Kosas