kertas cadangan kajian tindakan contoh

Click here to load reader

Post on 06-Dec-2014

298 views

Category:

Documents

11 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL BENDERA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA MURID TAHUN EMPAT DEDIKASI MENGGUNAKAN ALAT PERMAINAN PUZZLE

SITI SARIZAH BINTI MD SARIL 880426-01-5284

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN, BESUT PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

UNTUK PERHATIAN: ENCIK WAN AHMAD ABDUL HAKIM BIN WAN DAGANG

2011

ISI KANDUNGANBIL i. ii. iii. PENGHARGAAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH PERKARA MUKA SURAT i ii iii

1.

PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran

1 1-6 5-8 9 9-11 11-14

2.

FOKUS KAJIAN 2.1 Isu Kajian 2.2 Tinjauan Literatur Berkaitan Dengan Isu Kajian

3.

OBJEKTIF KAJIAN DAN PERSOALAN KAJIAN 3.1 Objektif Am 3.2 Objektif Khusus 3.3 Soalan Kajian

15 15 15 15 16-17 18 18-20 21-31 32-35 36 37 38-39

4. 5.

KUMPULAN SASARAN TINDAKAN YANG DICADANGKAN 5.1 Perancangan Tindakan 5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data 5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data 5.4 Perancangan Pelaksanaan Kajian 5.5 Kos Kajian

6.

BIBLIOGRAFI

PENGHARGAAN

Assalamualaikum, Sejuta penghargaan saya hadiahkan kepada setiap individu yang terlibat dalam menyiapkan Tugasan ini . Walaupun pelbagai cabaran serta kesukaran yang berlaku sepanjang menyiapkan kerja ini tetapi perkara itu hanyalah sebagai penguat semangat saya untuk memberikan yang terbaik dalam menghasilkan kertas cadangan ini. Pertama kalinya saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya memberikan keupayaan kepada saya untuk menyempurnakan tugasan ini. Selain itu, bimbingan dan tunjuk ajar dari pensyarah yang dihormati iaitu EN. WAN AHMAD ABD HAKIM B. WAN DAGANG dari Jabatan Kajian Sosial amat saya hargai. Tanpa bimbingan beliau dan beberapa pensyarah lain pastinya tugasan ini bertambah rumit untuk saya siapkan. Tidak dilupakan juga kepada kedua ibu bapa yang telah memberikan sokongan teguh untuk saya menyiapkan tugasan ini serta mendoakan kejayaan anaknya di sini. Seterusnya, kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut membantu dalam setiap permasalahan yang timbul. Kalian banyak membantu dalam berkongsi bahan maklumat samada dari sumber buku-buku mahupun dari internet.. Semoga segala usaha yang saya lakukan sepanjang menghasilkan kerja kursus ini akan mendapat manfaatnya kelak. Sesungguhnya tiada apa yang dapat saya berikan bagi membalas jasa anda semua melainkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga. Hanya Allah yang akan dapat membalas jasa baik anda semua. Pastinya setiap perkara baik akan mendapat ganjaran setimpal dari Allah. Insya Allah hendaknya. Sekian, Terima kasih.

SENARAI JADUAL

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

1.

Jadual 1 : Latar Belakang Kumpulan Sasaran

17

2.

Jadual 2: Borang Temu Bual

27

3.

Jadual 3 : Borang Pemerhatian Semasa Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

29

4.

Jadual 4 : Borang pemerhatian semasa pengajaran dan pembelajaran bilik darjah.

34

5.

Jadual 5 : Perancangan Pelaksanaan Kajian.

36

6.

Jadual 6 : Kos Kajian.

37

SENARAI RAJAH

BIL 1.

PERKARA Rajah 1 : Set alat permainan puzzle.

MUKA SURAT 10

2.

Rajah 2 : Contoh Histogram

32

1. PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan diajar sebagai satu mata pelajaran persekolahan mulai tahun 2005, di sekolah rendah dan menengah. Pada masa dahulu, pendidikan sivik bertumpu pada struktur dan jenis kerajaan. Tetapi kini, mata pelajaran ini memberi tumpuan pada keadaan semasa masyarakat serta keperluan masa depannya. Sivik merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Manakala, kewarganegaraan merujuk kepada hubungan individu dengan negaranya. Guru membantu murid menguasai pengetahuan sivik, kemahiran sivik dan nilai sivik supaya menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Berdasarkan keadaan semasa yang melanda golongan remaja, kurikulum mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, pemahaman dan kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Melalui

kurikulum ini diharap dapat melahirkan individu yang bersemangat , boleh bekerjasama dengan orang lain, mengapresiasi kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia, menyelesaikan konflik tanpa menggunakan keganasan, menyayangi alam sekitar dan menyumbang kepada pembangunan. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan bertujuan memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat, untuk melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, serta boleh menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, dan negara.

Dalam matapelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini terbahagi kepada enam tema. Tema yang pertama dan kedua dalam matapelajaran ini ialah Sayangi Diri dan Sayangi Keluarga. Manakala, tema ketiga dan keempat ialah Hidup Bersama Di Sekolah Dan Masyarakat dan Kenali Budaya Malaysia. Tema kelima dan keenam pula ialah Malaysia Negaraku dan Sedia Hadapi Cabaran . Kajian yang akan dijalankan ini berkait dengan unit pertama dalam tema Malaysia Negaraku iaitu tentang tajuk Benderaku. Umumnya, bendera menurut Kamus Dewan edisi keempat bermaksud sepotong kain (biasanya segi empat bujur) yang ada reka bentuk tertentu, digunakan sebagai lambang sesebuah negeri. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ini memberi tumpuan utama pada isu perpaduan, pengetahuan am dan pemahaman kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia. Justeru, kajian ini juga bersabit dengan elemen patriotisme kerana melibatkan pengetahuan am tentang Negara iaitu tentang bendera. Apa sahaja perkara yang berkaitan dengan Negara secara tidak langsung akan melibatkan semangat patriotik. Dengan mengenali bendera negeri-negeri, murid-murid akan mengingati setiap nama negeri-negeri di Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia

umumnya dan juga sebagai guru khususnya, adalah menjadi satu kebanggaan kepada kita apabila melihat anak-anak didik kita pada masa kini sudah pun mengenal setiap nama bendera negeri-negeri di Malaysia. Apabila sudah mengenal bendera dan nama negeri-negeri, murid dipupuk pula dengan nilai cintakan negara, menghargai serta menghormati negeri-negeri lain.

Bagi memastikan murid-murid dapat mempelajari tajuk ini secara berkesan, salah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai ialah kaedah permainan. Kaedah permainan dianggap sebagai salah satu strategi P&P yang efektif terutamanya bagi kanak-kanak. Permainan boleh diintegrasikan dalam aktiviti P&P untuk meningkatkan minat dan motivasi kanak-kanak serta usaha untuk menyelesaikan sesuatu tugasan pembelajaran.

Menurut Mok Soon Sang (2009), main merupakan salah satu pengalaman belajar kanak-kanak yang optimum kerana ia dapat memenuhi kriteria utama seperti pembelajaran melalui pengalaman langsung, penglibatan diri secara aktif, dan kebebasan belajar berdasarkan gaya belajar, gaya berfikir, minat kanak-kanak serta masa yang mencukupi. Jean Piaget (1962) berpendapat terdapat tiga jenis bentuk main yang sering dapat diperhatikan dalam kalangan kanak-kanak iaitu main sensorimotor, main dengan objek dan main simbolik. Main sensorimotor juga dikenali sebagai main latihan, meliputi ulangan aktiviti-aktiviti sensorimotor yang telah diasimilasi dalam struktur kognitif kanak-kanak. Main dengan objek pula hanya dapat berlaku apabila kanak-kanak berkenaan mula menguasai kemahiran memegang bahan mainan.

Oleh yang demikian, saya telah memilih satu aplikasi permainan yang boleh digunakan dalam P&P, iaitu permainan puzzle. Didapati bahawa kanak-kanak yang berusia antara lima hingga lapan tahun lebih gemar bermain daripada membaca. Maka, permainan puzzle yang menarik dan mesra pengguna ini dapat menarik minat kanakkanak bermain sambil belajar.

Disamping itu, kanak- kanak yang kurang menguasai kemahiran membaca juga dapat menggunakan permainan puzzle ini untuk meningkatkan kemahiran mereka disamping merangsang pemikiran mereka sambil berhibur. Puzzle merupakan satu alat permainan berstruktur. Saya menggunakan alat permainan puzzle dalam kajian ini kerana permainan ini dapat menguji tahap pemikiran murid-murid dan menggalakkan murid berfikir. Puzzle merupakan satu bahan visual yang mempunyai pecahan gambargambar yang dimainkan dengan cara mencantumkan kembali pecahan-pecahan tersebut membentuk satu visual.

Daripada kajian lepas yang telah dibuat oleh Richard A. Huber (1978) dalam kajiannya yang bertajuk Using Jigsaw Puzzles To Make Meaningful Assignments To Groups, beliau menyatakan bahawa kanak-kanak amat menyukai puzzle dan menyediakan makna semulajadi yang mempercepatkan semangat murid-murid untuk bekerjasama dalam kumpulan mereka. Dalam melakukan aktiviti ini akan berlakunya interaksi antara mereka dan membuatkan aktiviti ini kelihatan lebih menarik dan menyeronokkan.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Sewaktu menjalani praktikum fasa (II) di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Nyireh, saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Kajian Tempatan dan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan untuk Tahun 4. Semasa saya mengajar Tahun 4 Dinamik untuk tajuk Mengenal Bendera Negeri-Negeri di Malaysia, saya dapati murid-murid mengalami masalah untuk mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia. Tambahan pula Tahun 4 Dinamik pada waktu itu merupakan kelas terakhir untuk aliran Tahun 4. Saya dapati, majoriti mereka gagal mengenal bendera negeri-negeri di Malaysia dengan baik. Sedangkan bendera negeri Terengganu itu sendiri mereka tidak kenal, inikan pula bendera negeri-negeri lain. Masalah seperti ini turut berlaku apabila saya menjalani praktikum fasa (III) di Sekolah Kebangsaan Bukit Puteri. Sekolah ini mempunyai tiga kelas untuk setiap aliran dan saya ditugaskan untuk mengajar matapelajaran