kertas cadangan inovasi

21
1.0 PENDAHULUAN Projek inovasi ini dijalankan berdasarkan kepada masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kanak-kanak khas masalah pembelajaran. Saya mula mengenal pasti masalah ini ketika saya mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh pada tahun 2008. Masalah yang selalu saya hadapi ialah murid yang mempunyai aras intelek tinggi dan sederhana kerap kali mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran mengenal simbol dan nilai nombor 1 hingga 10 dalam Matematik. Jika murid itu boleh mengenal tetapi hanya mengenal secara langkauan iaitu tidak secara teratur sama ada susunan nombor secara menaik atau menurun. Kemahiran Matematik yang hendak dikuasai boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa jenis pendekatan. Salah satunya kaedah belajar melalui bermain. Murid akan belajar melalui bermain kerana daya imaginasi mereka yang tinggi. Bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak , aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya. Ibu bapa , guru dan masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran permainan itu selamat dan kondusif. Aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah kanak- kanak dimana mereka meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi. “ Bermain adalah kerja kanak-kanak dan akan menolong perkembangan kanak-kanak dalam pendidikan “ Hassan Langgulung (1991) Pendekatan ini turut disokong oleh Smitha Guha dalam bukunya bertajuk Intergrating Mathematicians for Young Children Through Play” an article in the NAEYC journal, Young Children. 1

Upload: roseswynns

Post on 18-Dec-2015

58 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

intership

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUANProjek inovasi ini dijalankan berdasarkan kepada masalah pembelajaran yang dihadapi oleh kanak-kanak khas masalah pembelajaran. Saya mula mengenal pasti masalah ini ketika saya mula mengajar di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh pada tahun 2008. Masalah yang selalu saya hadapi ialah murid yang mempunyai aras intelek tinggi dan sederhana kerap kali mempunyai masalah dalam menguasai kemahiran mengenal simbol dan nilai nombor 1 hingga 10 dalam Matematik. Jika murid itu boleh mengenal tetapi hanya mengenal secara langkauan iaitu tidak secara teratur sama ada susunan nombor secara menaik atau menurun.

Kemahiran Matematik yang hendak dikuasai boleh dijalankan dengan menggunakan beberapa jenis pendekatan. Salah satunya kaedah belajar melalui bermain. Murid akan belajar melalui bermain kerana daya imaginasi mereka yang tinggi. Bermain adalah satu aktiviti yang simbolik dan memberi makna kepada kanak-kanak , aktif serta bebas untuk meneroka dan menjelajah persekitarannya. Ibu bapa , guru dan masyarakat perlu memainkan peranan penting dalam memastikan persekitaran permainan itu selamat dan kondusif.

Aktiviti bermain merupakan satu aktiviti yang menjadi fitrah kanak-kanak dimana mereka meneroka, menjelajah, inkuiri penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.

Bermain adalah kerja kanak-kanak dan akan menolong perkembangan kanak-kanak dalam pendidikan Hassan Langgulung (1991)

Pendekatan ini turut disokong oleh Smitha Guha dalam bukunya bertajuk Intergrating Mathematicians for Young Children Through Play an article in the NAEYC journal, Young Children.

Kaedah permainan dianggap sebagai salah satu strategi instruksional yang efektif dalam pembelajaran terutamanya kanak-kanak. Permainan juga boleh diintegrasikan dalam aktiviti pengajaran untuk meningkatkan motivasi dan minat murid.

2.0 REFELKSI PENGALAMAN YANG LALU.

Pengalaman mengajar di Kelas Pelbagai Kecacatan (Multiple Disabilities) SKPK Ipoh selama 6 tahun telah menemukan saya dengan beberapa masalah di kalangan kanak-kanak dalam menguasai konsep nombor 1 hingga 10. Permasalahan ini telah saya temui ketika saya menjalakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Matematik. Masalah ini dapat saya kesan apabila saya menunjukkan kad simbol nombor dan beberapa orang murid keliru dengan simbol nombor yang terdapat pada kad.

Saya juga melakukan aktiviti mengenal nilai di mana saya meletakkan kad simbol nombor dan meminta agar murid menyusun pemadam mengikut nilai nombor yang diberi. Bagi aktiviti ini juga saya melihat beberapa orang murid keliru dengan nilai yang besar iaitu lingkungan 6 hingga 10.

Saya juga pernah menggunakan perisian komputer salah satunya ialah perisian Sebran. Sebran merupakan satu perisian interaktif yang digunakan untuk membaca, menulis dan mengira dalam bentuk permainan. Dengan menggunakan perisian ini kanak-kanak perlu mengenal simbol nombor terlebih dahulu seterusnya mengenal nilai yang ditunjukkan di dalam permainan tersebut. Namun terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat mengecam dan menjawab soalan dengan betul akibat tidak mengecam dan mengenal nombor 1 hingga 10 dengan baik.

Aktiviti ketiga yang telah dijalankan oleh saya pada murid-murid ialah menggunakan komputer bagi mengenal simbol nombor dan menggunakan bongkah kayu bagi mengenal nilai nombor. Hasil pemerhatian ketiga ini, saya dapati beberapa orang murid memberikan jawapan yang berlainan dari nombor yang ditunjukkan. Terdapat juga segelintir murid yang memberikan jawapan berdasarkan jawapan kawan tanpa memahami nilai atau nombor tersebut.Ketiga-tiga aktiviti yang dijalankan ini secara tidak langsung menjadi ujian lisan bagi kanak-kanak bagi tujuan memperkukuhkan maklumat berkaitan subjek kajian. Hasil tinjauan awal mendapati, beberapa orang murid-murid perlu bimbingan dan kaedah yang diaplikasikan harus berlainan daripada kaedah biasa, iaitu kaedah belajar melalui bermain. Selain melihat perkembangan aktiviti ketika pengajaran dan pembelajaran berlaku, saya juga melihat kepada faktor lain yang menyumbang kepada masalah menguasai kemahiran mengenal simbol dan nilai nombor 1 hingga 10. Kemungkinan lain yang diperhatikan menyumbang kepada masalah ini ialah faktor gangguan kawan sekelas. Gangguan rakan sekelas kerap berlaku apabila murid ini ingin menjawab soalan tetapi terpengaruh dengan jawapan rakan sekelas yang lain.

Selain itu, persekitaran kelas yang tidak kondusif juga menyumbang kepada masalah ini. Keadaan kelas yang tidak dapat dikawal dengan baik oleh guru juga menyebabkan proses pembelajaran murid terganggu. Di sini timbul masalah kekeliruan penguasaan konsep nombor dalam diri murid.Berdasarkan maklumat di atas, kajian saya akan memfokuskan kepada kemahiran mengenal simbol dan nilai nombor 1 hingga 10 menggunakan kaedah belajar melalui bermain. Kajian ini akan memfokuskan kepada kemahiran mengenal simbol dan nilai nombor 1 hingga 10 menggunakan bahan bantu mengajar yang dihasilkan. Saya memilih cadangan untuk mengaplikasikan kaedah ini kerana ditahap perkembangan mental kanak-kanak khas ini adalah di antara 5 hingga 6 tahun walaupun umur sebenar mereka ialah 11 tahun , di tahap ini mereka lebih memahami sesuatu ilmu itu jika diselitkan dengan unsur permainan berbanding kaedah chalk and talk sahaja.

Ini bersesuaian dengan pandangan tokoh Edmud Burke ( 1968 ) , beliau mengakui tentang kepentingan permainan dalam pengajaran yang menggunakan kaedah permainan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Ini kerana pengajaran yang menggunakan kaedah permainan sebagai medium pengajaran dan menjadikan kanak-kanak belajar dan faham dengan lebih cepat dan seronok.

3.0 FOKUS KAJIAN

Walaupun saya berdepan dengan banyak masalah murid dalam penguasaan kemahiran matematik, namun untuk kajian tindakan ini saya akan memfokuskan kepada masalah dalam mengenal simbol dan nilai 1 hingga 10. Berdasarkan pemerhatian yang telah dilaksanakan di kelas MD 2, seorang murid telah dipilih sebagai subjek bagi kajian ini.

Saya mencadangkan agar beberapa aktiviti yang akan dijalankan menggunakan kad simbol nombor dan bergambar, permainan interaktif seterusnya menggunakan komputer dan bongkah kayu. Aktiviti ini mungkin dapat membantu guru dalam mengenal pasti dengan lebih tepat kelemahan subjek.

Setelah mengenal pasti subjek, saya akan mengumpul maklumat mengenai subjek seperti nama, umur, jantina, rekod perubatan, kecacatan dan sebagainya. Oleh kerana masalah yang timbul adalah berpunca daripada ketidaksesuaian medium yang digunakan dalam sesi pengajaran dengan daya intelektual dan fokus terhad murid, maka saya bercadang untuk memilih pendekatan belajar melalui bermain menggunakan Jigsaw Puzzle yang akan dihasilkan sendiri oleh saya berdasarkan kesesuaian intelek murid dan minat murid. Jigsaw Puzzle ini diharap akan berfungsi sebagai intervensi menggantikan aktiviti dalam bentuk lembaran kerja yang amat membosankan murid.

Sebelum ke peringkat intervensi, saya mencadangkan untuk membuat satu ujian awal iaitu ujian lisan dan bertulis. Ujian ini akan dijalankan untuk mengenal pasti tahap penguasaan dan kemajuan subjek dan seterusnya mengambil tindakan susulan bagi memperbaiki kelemahan yang wujud. Ujian ini akan dijalankan secara individu. Jawapan yang betul akan dikira dan dianalisis menggunakan borang markah untuk menentukan sejauh mana pencapaian subjek, juga kelemahan subjek dalam kemahiran yang difokuskan.

4.0 TINJAUAN MASALAH

Tujuan utama saya menjalankan kajian ini adalah untuk merancang tindakan bagi mengatasi masalah mengenal simbol dan nilai nombor 1 hingga 10. Masalah ini dikenalpasti di kelas MD 2. Untuk tujuan mengenalpasti masalah dalam kajian ini, saya bercadang untuk menggunakan beberapa alat kajian yang dapat membantu saya membuktikan masalah ini benar-benar wujud. Alat kajian yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah :

LangkahCadangan Cara Tinjauan MasalahCadangan Kanak-kanak yang terlibatTujuan

Langkah 1Temu bual :a) Temu bual bersama guru mata pelajaran lain menggunakan transkripsi temubual.a) 5 orang murid yang terlibata) Mendapatkan maklumat berkaitan kelemahan murid dalam konsep awal Matematik.

b) Mengenalpasti murid yang mengalami masalah pembelajaran.

Langkah 2Ujian lisan :a)Ujian Lisan A (Rujuk lampiran A)

b)Ujian Lisan 2 (Rujuk Lampiran B)

a)5 orang murid yang terlibat

b)1 orang murid terlibat.

a)1 orang murid terlibata)Melihat sejauh mana pemahaman kanak- kanak dalam penguasaan kemahiran mengenal simbol nombor 1 hingga 10.

Langkah 3Ujian Lisan & Bertulis / Ujian Awal (rujuk lampiran c)a)1 orang murid terlibata) Menilai setakat mana kefahaman mereka tentang kemahiran yang ingin difokuskan.

Cadangan alat kajian pertama yang akan saya gunakan ialah temu bual. Temu bual digunakan untuk memperoleh maklumat berkenaan fakta, kepercayaan , perasaan, kehendak, mengikut kepada persoalan kajian .Semua data temu bual ini akan dikumpul menggunakan transkripsi temu bual iaitu penulisan semula hasil temu bual melalui rakaman menggunakan perakam video.

Cadangan alat kajian kedua yang akan saya gunakan ialah ujian lisan. Ujian lisan ini akan dijalankan dalam aktiviti yang berbeza-beza dan dilakukan dalam 2 aktiviti lisan. Tujuan aktiviti lisan ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti secara terperinci subjek dalam kajian ini. Ujian sebelum intervensi akan dilakukan dalam bentuk ujian lisan dan bertulis. Kedua dua jenis ujian ini akan dilakukan secara individu. Ujian akan dilaksanakan dalam 4 subjek teras yang dikenalpasti daripada temubual dan ujian lisan yang dijalankan pada sesi awal. Setiap murid akan diberikan 1 set soalan mengikut kemahiran yang ingin dilihat.

5.0 ANALISIS MASALAH

Berdasarkan kajian yang akan dijalankan, saya akan menggunakan dua alat kajian iaitu temu bual bersama guru dan ujian lisan. Terdapat empat orang murid yang dikenal pasti mengalami masalah dalam menguasai kemahiran mengenal simbol dan nilai nombor 1 hingga 10. Namun saya hanya akan memilih seorang sahaja sebagai subjek. Langkah pertama saya ialah menemubual guru bagi mata pelajaran Matematik pada tahun lepas dan sebelumnya untuk mendapatkan maklumat dan gambaran untuk mengetahui kemahiran yang sukar dikuasai oleh subjek.

Berdasarkan transkripsi temu bual yang bakal diperolehi, kesimpulan awal akan dapat dibuat dan sesi pengajaran dan pembelajaran akan dapat dilaksanakan untuk langkah seterusnya. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan sebanyak tiga kali ini juga akan dijadikan sebagai ujian lisan bagi mendapatkan maklumat yang sahih berkaitan subjek kajian.

Cadangan transkripsi temu bual dipaparkan seperti di jadual di bawah.BilSoalan temu bualPandangan guruRefleksi pengkaji

1Semasa cikgu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran bagaimana perkembangan murid ini?

2Bagaimana pencapaian murid ini dalam latihan dan ujian ?

3Apakah jenis konsep Matematik yang kurang dikuasai oleh murid?

4.Apakah cadangan pendekatan yang sesuai untuk diaplikasikan kepada murid bagi mengatasi masalah murid ini ?

Berdasarkan temu bual yang akan dilakukan ini, jawapan yang diberikan oleh guru akan dianalisis dan dirumuskan secara ringkas.

Bagi mengesahkan dapatan berdasarkan temubual yang akan dijalankan, saya akan menjalankan ujian lisan sebanyak tiga kali dengan aktiviti yang berbeza-beza untuk menyokong maklumat sedia ada.

6.0 OBJEKTIF KAJIANSecara umumnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sejauhmana keberkesanan penggunaan kaedah belajar melalui bermain ini melalui tiga objektif iaitu :

a) Membantu dalam penguasaan murid-murid khas terhadap konsep nombor 1 hingga 10 menggunakan kaedah bemain.

b) Permainan Jigsaw Puzzle membantu murid mengenal simbol nombor 1 hingga 10.

c) Permainan Jigsaw Puzzle membantu murid mengenal nilai nombor 1 hingga 10.

7.0 PERSOALAN KAJIAN

a) Adakah permainan Jigsaw Puzzle dapat membantu murid mengenal simbol 1 hingga 10?

b) Adakah permainan Jigsaw Puzzle dapat membantu murid mengenal nilai nombor 1 hingga 10 ?

8.0 SAMPEL KAJIAN ( KUMPULAN SASARAN )

Kumpulan sasaran ini akan diperoleh hasil daripada tinjauan awal yang dilakukan oleh saya menggunakan beberapa alat kajian. Subjek kajian terdiri daripada murid-murid kelas bermasalah pembelajaran MD2 di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Ipoh. Seramai 5 orang murid yang berusia 10 hingga 14 tahun akan terlibat pada peringkat permulaan. Kemudian saya akan menjalankan tinjauan awal dan perlu mengenalpasti murid yang memerlukan bimbingan secara intensif.

Pemilihan subjek akan dibuat secara berperingkat iaitu berdasarkan temu bual dengan guru serta ujian lisan yang akan dilakukan sebanyak dua kali. Hasil tinjauan awal tersebut , saya akan dapat mengesan murid yang tidak dapat mengenal simbol nombor dan nilai 1 hingga 10.

Cadangan bilangan sasaran : 1 orang muridCadangan nama sampel: Leong Wai HongUmur : 13 TahunJantina: LelakiMasalah: Keliru dalam mengenal simbol dan nilai nombor 1 hingga 10.Kecacatan :1. Kurang upaya pendengaran 2. Lewat perkembangan

Sampel kajian akan diperolehi daripada rujukan awal yang dilakukan oleh saya. Subjek kajian terdiri daripada murid pendidikan khas masalah pembelajaran kelas MD.9.0 PERANCANGAN TINDAKAN

Selama beberapa bulan saya mengajar Matematik di kelas MD2, saya dapati empat orang murid tidak dapat menguasai operasi matematik dengan baik. Namun sampel kajian saya ini amat memerlukan bimbingan intensif bagi membantunya mengatasi masalah tidak dapat mengenal simbol nombor dan nilai 1 hingga 10.

Menurut pendapat Fusan 1998 yang menyatakan bahawa proses mengira yang sebenar hanya berlaku sekiranya murid atau kanak-kanak faham maksud satu dengan satu benda, dua dengan dua benda dan seterusnya.

Atas kesedaran ini, satu perancangan tindakan yang sesuai harus dirancang agar mencapai sasarannya. Urutan perkembangan proses pembelajaran harus serasi dengan kebolehan murid. Ini sejajar dengan pendapat Rohani Abdullah et al ( 2004), urutan perkembangan pembelajaran Matematik di dalam komponen kognitif melalui tiga tahap iaitu yang pertama tahap konkrit di mana ia menggunakan bahan maujud dan objek, kedua pula adalah tahap gambar iaitu penggunaan gambar dan diagram, manakala tahap yang ketiga adalah tahap simbol iaitu penggunaan 1,2,3 dan seterusnya.

Maka ini jelas menunjukkan penguasaan tiga tahap ini penting dikuasai oleh murid bagi menguasai konsep nombor seterusnya persediaan kaedah pembelajaran matematik yang lebih tinggi.

Perancangan tindakan yang akan dijalankan merujuk kepada intervensi yang akan dilaksanakan sebanyak 2 kali keatas subjek.

Cadangan tindakan yang akan dijalankan.Pendekatan / teknikLangkahBermain melalui belajar menggunakan permainan Jigsaw Puzzle

Cara pelaksanaan1

2

3

4Guru meletakkan jigsaw puzzle nombor 1 hingga 10. Guru meminta kanak-kanak memilih jigsaw puzzle nombor 1 dan meminta murid membuat isyarat kod tangan bagi nombor tersebut.

Seterusnya, murid memilih jigsaw puzzle nombor 2 dan membuat isyarat kod tangan. Kemudian mencantumkan jigsaw puzzle nombor 2 itu. Murid akan mengira kepingan jigsaw puzzle semasa mencantumkannya.

Langkah 2 akan diulang dengan kepingan jigsaw puzzle yang berlainan iaitu nombor 3 hingga 10. Jigsaw puzzle yang dipilih adalah mengikut turutan nombor. Murid akan memilih dan membuat isyarat kod tangan bagi nombor tersebut sebelum mencantumkannya. Kemudian murid perlu mengira jumlah kepingan jigsaw puzzle semasa mencantumkannya.

Setelah selesai mencantum, murid akan memberitahu jumlah kepingan puzzle dan menyebut semula nombor yang dicantumknnya.

Bahan Bantu Belajar (BBB)Kepingan Jigsaw Puzzle nombor

10.0 PENGUMPULAN DATA

Bahagian ini menerangkan alat kajian yang digunakan untuk mendapatkan data bahawa membuktikan bahawa intervensi yang akan digunakan telah berjaya membantu menyelesaikan masalah ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Sebaik-baiknya alat kajian yang digunakan lebih daripada satu supaya setiap keputusan mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.Jadual di bawah merupakan model Lewin 1948 & Laidlaw 1992 yang digunakan.MENGENALPASTI ASPEK AMALANa) Mencari masalah yang memerlukan penambahbaikanb) Mengumpul datac) Alat kajian : - temu bual : - ujian lisan

MERANCANG TINDAKANa) Menghasilkan bahan bantu belajar untuk tujuan intervensib) Menyediakan soalan kajian untuk tujuan intervensic) Menyenaraikan alat kajianMEMBUAT REFLEKSI a) Mencari masalah yang memerlukan penambahbaikan dan mengumpul datab) Melihat keberkesanan intervensi yang dijalankan MENGUMPUL DAN MENGANALISIS DATA a) Mengumpul data untuk soalan kajian menggunakan alat kajianb) Alat kajian : Pemerhatian : Ujian lisan : Penelitian dokumen MELAKSANAKAN TINDAKANa) Melaksanakan ujian sebelum intervensib) Melaksanakan intervensi secara berulang menggunakan bahan bantu belajar yang dihasilkan

11.0 ANALISIS DATA

Saya akan menganalisa data yang dikutip dari pemerhatian menggunakan senarai semak, ujian lisan dan penelitian dokumen. Data ujian pra akan dijadikan data asas untuk dibuat perbandingan dengan data ujian pos. Tujuan alat ujian ini digunakan secara trangulasi adalah untuk menunjukkan keesahan dan kebolehpercayaan data yang diperoleh.

Cadangan cara mengumpul data.1. Langkah 1 :a) Alat kajian : Temu bual bersama guru.Pelaksanaan : Digunakan semasa tinjauan awalCara mengumpul data : Jawapan soalan temubual guru dicatat.Cara menganalisis data : Data dianalisis melauli penulisan deskriptif berdasarkan jawapan yang diberikan.

2. Langkah 2 :b) Alat kajian : Ujian lisanPelaksanaan : Digunakan semasa tinjauan awal dan dilaksanakan sebanyak 2 kali.Kali pertama : 1 kali : 5 orangKali kedua: 1 kali : 1 orangCara mengumpul data : Data akan dikumpul menggunakan borang markah yang telah disediakan.Cara menganalisis data : Data akan dianalisis menggunakan peratus melalui borang markah yang disediakan.

3. Langkah 3 :c) Alat kajian : Ujian sebelum intervensiPelaksanaan : Digunakan sebelum proses intervensiCara mengumpul data : Data akan dikumpul dengan melihat kepada jumlah jawapan yang betul berdasarkan kepada soalan.Cara menganalisis data : Data akan dianalisis menggunakan peratusan jawapan yang betul dan akan dipaparkan dalam bentuk graf bar.

4. Langkah 4 :d) Alat kajian : Pemerhatian senarai semakPelaksanaan : Digunakan semasa menjalankan proses intervensiCara mengumpul data : Data akan dikumpul berdasarkan pemerhatian yang dijalankan dengan menggunkanan borang senarai semakCara menganalisis data : Data akan dianalisis menggunakan peratus yang dikira berdasarkan daripada borang senarai semak yang disediakan.

5. Langkah 5 :e) Alat kajian : Ujian lisanPelaksanaan : Digunakan semasa menjalankan proses intervensiCara mengumpul data : Data akan dikumpul berdasarkan ujian lisan yang dijalankan.Cara menganalisis data : Data akan dianalisis berdasarkan kiraan markah jawapan yang betul di dalam bentuk peratus.6. Langkah 6 :f) Alat kajian : Penelitian dokumen melalui fotoPelaksanaan : Dijalankan semasa menjalankan proses intervensiCara mengumpul data : Data daripada foto akan dikumpul dan catatan dibuat menggunakan borang senarai semakCara menganalisis data : Data akan dianlisis berdasarkan kekerapan melaksanakan intervensi dan seterusnya ditukarkan kepada peratus.

Pada tinjuan awal , saya akan menggunakan dua alat kajian iaitu temu bual bersama guru dan ujian lisan . Data temu bual akan dikumpul seterusnya dianalisis melalui penulisan diskriptif berdasarkan jawapan yang diberikan . Bagi ujian lisan yang dijalankan sebanyak dua kali untuk subjek kajian yang telah dikenalpasti. Markah dikumpul menggunakan borang markah seterusnya dianalisis menjadi bentuk peratus. Sebelum manjalankan intervensi satu ujian sebelum intervensi dilakukan dan markah dikumpulkan menggunakan borang markah dan juga dianalisis menjadi bentuk peratus.

Bagi menjawab soalan kajian 1 , pemerhatian dijalankan dan data dikumpul menggunakan borang senarai semak . Seterusnya borang senarai semak dianalisis dalam bentuk peratus. Soalan kajian dua pula menggunakan ujian lisan dan penelitian dokumen melalui foto. Ujian lisan adalah menggunakan borang markah. Manakala penelitian dokumen melalui foto menggunakan borang senarai semak yang mengandungi item item berkaitan kemahiran mengenal nilai nombor 1 hingga 10. Kadua-dua alat kajian ini dianalisis menggunakan peratus dan dipaparkan dalam bentuk graf. Ujian selepas intervensi dijalankan dan markah dikumpul menggunakan borang markah dan dianalisis dalam bentuk peratus.

12.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

BILAKTIVITITARIKH PELAKSANAAN

1PendahuluanMac

2Refleksi Pengalaman Yang LaluMac

3Fokus KajianMac

4Tinjauan MasalahMac

5Analisis MasalahApril

6Objektif KajianApril

7Persoalan KajianApril

8Sampel KajianApril

9Perancangan TindakanApril

10Pengumpulan DataApril

11Analisis DataApril

12Perancangan Pelaksanaan KajianApril

13Kos KajianApril

14RujukanApril

15LampiranApril

13.0 KOS KAJIAN BILJENIS BAHANKUANTITI x HARGA SEUNITJUMLAH KOS

123456Kertas A4Dakwat pencetakPen hitamFotostatBuku rujukanKertas A4 warna1 Rim x RM 12.001 botol x RM 6.001 batang x RM 4.50

3 unit x RM 70.001 Rim x RM 12.50RM 12.00RM 6.00RM 4.50RM 50.00RM 210.00RM 12.50

JumlahRM 295.00

14.0 RUJUKAN

Amir Awang (1986). Teori teori Pembelajaran. Kuala Lumpur : Fajar Bakti

Dewan Bahasa dan Pustaka (1994) Kamus Dewan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Feldman, Edmund Burke (1968), Some Adventures in Art Criticism, Art Education : Journal of the National Art Education Association, 22 (3), 28 33.

Hassan Langgulung (1991). Kreativiti dan Pendidikan. Suatu Kajian Psikologi dan Falsafah. Kuala Lumpur : DBP

Lowenfeld, Viktor and Brittain, Lambert (1975). Creativity and Mantal Growth. London : Collier MacMillan Pub.

Raminah Haji Sabran.(1991). Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mok Soon Sang.(2002). Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan. Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mohammad Sahari Nordin.(2008). Pengujian dan Penilaian dalam Pendidikan. Selangor. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Muhad. Yusof Ibrahim (2000). Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah. Kuala Lumpur : DBP

https://sites.google.com/site/madavannair89/

http://mohammadhafizizaini-bmm.blogspot.com/

http://syedfazlialedroos.blogspot.com/p/proforma.html

pentaksiranbahasamelayu.blogspot.com/

20