kertas cadangan penternakan kambing boer

25
Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer ( diluluskan oleh TEKUN NASIONAL RM50k) oleh hasienda ent. pada pada 25hb Januari 2010 pukul 4.48 pagi (MAAF, SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN PAPERWORK INI DALAM FORMAT ASAL, SILA EMAILKAN PADA [email protected], ANDA AKAN DIBEKALKAN SEKALI CASH FLOW PROJEK MELALUI EMAIL) KERTAS CADANGAN Penternakan Kambing boer Dan Memasarkan Hasil Ternakan 1.0 PENGENALAN Permintaan daging kambing di Malaysia sentiasa meningkat. Pada tahun 2004 keperluan daging kambing tempatan hanya pada tahap 9.03% saradiri sahaja manakala selebihnya Malaysia bergantung kepada eksport. Tren ini meningkat tetapi hanya pada tahap 24.4% sahaja menjelang tahun 2010. Industri penternakan kambing dijangka berkembang pesat di Malaysia dengan pertumbuhan pada kadar 6.7% setahun untuk tempoh dari 2006 hingga 2010. Polisi Pengeluaran Kambing Kebangsaan mensasarkan pengeluaran 4.96 juta ekor dengan 1.99 juta untuk penternakan kambing menjelang 2015. Ini menunjukkan peluang yang begitu luas dan berpotensi untuk pengeluar-pengeluar daging kambing tempatan. Hari ini pengeluaran daging kambing menjadi satu industri yang boleh mendatangkan keuntungan (profitable) dan telah menjadi hasil komersial. Pertambahan populasi penduduk dan peningkatan pendapatan menyebabkan permintaan kepada daging

Upload: syed-haatim

Post on 01-Jul-2015

1.740 views

Category:

Documents


125 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer ( diluluskan oleh TEKUN NASIONAL RM50k)oleh hasienda ent. pada pada 25hb Januari 2010 pukul 4.48 pagi

(MAAF, SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENDAPATKAN PAPERWORK INI DALAM FORMAT ASAL, SILA EMAILKAN PADA [email protected], ANDA AKAN DIBEKALKAN SEKALI CASH FLOW PROJEK MELALUI EMAIL)

KERTAS CADANGAN

Penternakan Kambing boer Dan Memasarkan Hasil Ternakan

1.0 PENGENALAN

Permintaan daging kambing di Malaysia sentiasa meningkat. Pada tahun 2004 keperluan daging kambing tempatan hanya pada tahap 9.03% saradiri sahaja manakala selebihnya Malaysia bergantung kepada eksport. Tren ini meningkat tetapi hanya pada tahap 24.4% sahaja menjelang tahun 2010. Industri penternakan kambing dijangka berkembang pesat di Malaysia dengan pertumbuhan pada kadar 6.7% setahun untuk tempoh dari 2006 hingga 2010. Polisi Pengeluaran Kambing Kebangsaan mensasarkan pengeluaran 4.96 juta ekor dengan 1.99 juta untuk penternakan kambing menjelang 2015. Ini menunjukkan peluang yang begitu luas dan berpotensi untuk pengeluar-pengeluar daging kambing tempatan.

Page 2: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

Hari ini pengeluaran daging kambing menjadi satu industri yang boleh mendatangkan keuntungan (profitable) dan telah menjadi hasil komersial. Pertambahan populasi penduduk dan peningkatan pendapatan menyebabkan permintaan kepada daging kambing semakin meningkat dari masa ke semasa.

Kertas cadangan ini disediakan untuk memulakan projek ternakan kambing boer secara intensif. Projek kambing pedaging secara intensif telah terbukti menguntungkan dengan pengurusan yang disyorkan. Kaedah ini boleh menjamin bekalan yang konsisten dan menggunakan bahan-bahan sisi pertanian dan makanan hijau di sekitar lokasi projek sebagai makanan utama. Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah mengakui bahawa pengeluaran kambing secara intensif adalah kaedah terbaik untuk pengeluaran kambing baka dan pedaging secara komersil.

Kambing Boer berasal dari Afrika Selatan, tetapi kini mengalami proses kembang biak dengan pesat dan terancang di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Kambing Boer tulen mampu meningkat berat badan sehingga 200 gm sehari dan mampu mencapai berat matang sehingga 130 kilogram. Peratus karkas yang tinggi sehingga mencapai 50 % dari berat hidup menjadikannya sebagai baka kambing pedaging yang terbaik untuk ternakan secara komersial.

1.1 RINGKASAN EKSEKUTIF

Page 3: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

Nama Syarikat : HASIENDA ENTERPRISE (RA 0013125-V)

Bidang Usaha : Ternakan

Jenis Perniagaan : Penternakan Ternakan Kambing Pedaging Dan Memasarkan Hasil Ternakan

Lokasi Projek : Kampung Chemumar, 02700, Simpang Empat, Perlis

Status / Saiz Projek : Membesarkan Projek ternakan sehingga 50 ekor induk kambing Boer.

Produk : Semua hasil pengeluaran ternakan.

Peluang : Tapak pilihan dikesan berpotensi untuk menjalankan projek ini dan bebas dari persaingan serta mempunyai sistem perhubungan yang baik.

Pentadbiran : Syarikat mempunyai tenaga kerja yang mencukupi dan berpengalaman.

Pemasaran : Kedudukan tapak projek yang berhampiran dengan kemudahan pemasaran dan kawasan perumahan

Perancangan : Projek ini telah mula beroperasi pada 26/08/2008 dengan induk

Page 4: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

sebanyak 20 ekor, pada tahun kedua pihak syarikat bercadang untuk menambah induk ternakan sehingga 50 ekor.

Masa Depan : Dari analisa yang dibuat, syarikat mempunyai masa depan yang baik dan berpotensi untuk dimajukan. Galakan dari kerajaan serta kemudahan kredit yang ditawarkan oleh institusi kewangan, menjadi faktor penting kepada perkembangan industri ini di masa hadapan.

Anggaran Kos Projek : RM 50, 000.00

2.0 TUJUAN KERTAS CADANGAN

Kertas cadangan ini disediakan bertujuan untuk perkara-perkara berikut:

i. Membuat permohonan pinjaman sebanyak RM50,000 bagi membesarkan projek ternakan kambing boer sedia ada.

Tujuan pembiayaan adalah :

i. Pembelian induk ternakan ii. Pembelian makanan ternakan iii. Pembelian peralatan dan lain-lain kemudahan

Page 5: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

iv. Pembinaan kandang dan stor . v. Penyediaan tanah dan penanaman rumput vi. Modal pusingan projek

ii. Penyediaan tanah yang digunakan untuk:

i. Menternak 50 ekor induk kambing boer ii.Menjalankan projek sampingan berkaitan dengan industri ternakan seperti pengeluaran baka, pengeluaran daging kambing boer.

iii. Garis panduan pengurusan ladang yang merangkumi perkara-perkara berikut:

i. Rancangan pentadbiran ii. Rancangan operasi iii. Rancangan kewangan

3.0 LATARBELAKANG PERNIAGAAN

Nama Syarikat : HASIENDA ENTERPRISE Alamat : 94, Kampong Chemumar, 02700, Simpang Empat, Perlis No. Telefon : 04-9869143 / 012-4977974 / 017-4840469 Bentuk Perniagaan : Milikan Tunggal (Pertanian) Kegiatan Utama : Ternakan kambing pedaging (baka boer) Tarikh Pendaftaran : 26/08/2008 Nombor Pendaftaran : RA 0013125-V

Page 6: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

Syarikat

Nama Bank : Islamic Maybank Jenis Akaun Perniagaan : Akaun Semasa

4.0 LATARBELAKANG PEMILIK TUNGGAL

Nama Penuh : Mohamad Mahyuddin bin Badian No. Kad Pengenalan : Tarikh Lahir : Umur : Jantina : Lelaki Alamat : Taraf Perkahwinan : Bujang

Kursus Yang Pernah Dihadiri : Menjalani kursus di Kolej Pertanian Malaysia / Institut Veterinar Kluang dari Jun 2006 - Jun 2008 (tahap 1 – tahap 3) dalam bidang Ruminan (pengkhususan lembu/ kambing).

Kemahiran :

Menjaga ternakan, Mengawal makanan ternakan, Mengendali peralatan ternakan, Melaksana program kesihatan ternakan, Menjalankan program pembiakan ternakan, Permanian berhadas, Pemeriksaan kebuntingan, Pemeriksaan dayabiak pejantan, Memeriksa kesuburan ternakan, Mengurus kawasan tanaman makanan ruminan, Memproses sisa ladang, Memasarkan hasil ladang ternakan ruminan, Pengurusan am, Mengendali pengeluaran susu, Pengenalan ternakan, Pemindahan ternakan, Pengredan ternakan,

Page 7: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

Penyelenggaraan peralatan dan kelengkapan, Ujian platform susu, Pemprosesan hasil ladang.

5.0 KEDUDUKAN PROJEK

Tapak : 2 ac (GM NO 1958) . No Lot Tapak : 2882

Pemilihan Tapak : Kedudukan tapak projek yang berhampiran dengan kemudahan pemasaran dan kawasan perumahan.

6.0 OBJEKTIF PROJEK

Objektif utama projek ini ialah untuk mengeluarkan daging kambing boer bagi pasaran tempatan dalam keadaan bersih terkawal dari sebarang penyakit dan mengamalkan pengurusan ternakan yang baik serta cekap.

6.1 Projek pembesaran ini adalah untuk mendapatkan 30 induk kambing boer bagi menambah induk sedia ada kepada 50ekor induk.

6.2 Anak-anak kambing boer jantan dan kambing boer tua serta tidak produktif akan dijual sebagai pedaging.

6.3 Kambing Boer dara pula akan dijadikan gantian induk.

Page 8: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

6.4 Projek ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan.

6.5 Kajian dan penilaian prestasi ternakan akan dibuat dari masa ke semasa dengan kerjasama Jabatan Perkhidmtan Veterinar.

7.0 CADANGAN PROJEK

Pengusaha merancang untuk menjalankan projek ternakan kambing boer berdasarkan faktor-faktor berikut:-

a. Pemasaran ternakan kambing boer yang terjamin .

b. Harga ternakan kambing boer yang stabil dan terjamin.

c. Permintaan kambing dari hasil pedaging kambing yang sentiasa meningkat.

d. Prospek projek yang boleh berkembang maju memandangkan tiada persaingan bagi industri ini.

e. Galakan dari kerajaan untuk meningkatkan tahap pengeluaran makanan memberi ruang yang lebih luas kepada projek ini untuk dimajukan.

8.0 RANCANGAN PENTADBIRAN

Page 9: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

8.1 Pentadbiran

Sekiranya ladang tersebut beroperasi sepenuhnya, ia akan dikendalikan oleh kakitangan seperti dinyatakan di bawah:-

Pengurus (Pemilik) 1 Orang Pekerja Ladang 1 Orang

8.2 Carta Organisasi

9.0 RANCANGAN OPERASI

9.1 BAKA KAMBING BOER

Page 10: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

Baka kambing yang dipilih ialah kambing boer. Baka ini mempunyai kebaikan seperti berikut:-

a. Pengeluaran ternakan kambing yang tinggi b. Jarak kelahiran dalam tempoh 6 bulan c. Mudah dikendalikan d. Tahan cuaca panas e. Bentuk badan yang baik

9.2 MATLAMAT DAN TANGGUNGJAWAB

Bagi memastikan kejayaan projek ini, pengusaha akan mendapatkan bimbingan daripada institusi yang berkaitan..

Beberapa institusi telah dikenalpasti untuk tujuan tersebut antaranya:-

i. Kolej Pertanian Malaysia ii. Ladang Pengusaha yang telah berjaya

Kursus-kursus yang diikuti adalah bagi memastikan perjalanan projek berjalan dengan lancar dan cekap.

9.3 SUMBER INPUT LADANG

Ladang ini akan memperolehi sumber makanan dari kawasan sekitar dan bandar yang berhampiran.

9.3.1 Hampas kelapa Sawit (PKC)

Page 11: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

Pembekal yang dikenal pasti adalah:-

a. Penternakan Selayang Jaya, Pulau Pinang b. Ah-Huat Sdn Bhd, Perlis

Syarikat-syarikat ini berupaya membekalkan makanan mengikut kuantiti yang diperlukan.

9.3.2 Jagung

Jagung boleh diperolehi dari pembekal swasta.

9.3.3 Rumput

80% tanah yang diperuntukkan akan ditanam dengan rumput. Jenis rumput yang akan ditanam adalah dari jenis “Napier” sebagai rumput potong.

9.3.4 Sumber Ternakan

Bekalan ternakan akan diperolehi dari agensi kerajaan dan swasta. Pada masa ini pembekal utama yang membekal induk kambing boer ialah.

1. Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia 2. Agensi / Pembekal Swasta

9.3.5 Sumber Tenaga Buruh

Page 12: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

Dalam menjalankan projek ini tenaga pekerja terlatih dan tidak mahir diperlukan. Tenaga pekerja boleh diperolehi dari sumber berikut:-

a. Tenaga kerja tidak mahir diperolehi dari penduduk sekitar. Tenaga buruh yang tidak mahir akan dilatih untuk tugas-tugas memberi makanan, membersihkan kandang dan memerah ternakan kambing. b. Buat masa ini pengusaha menjalankan sendiri kerja-kerja buruh bagi menghadkan aliran wang keluar.

9.3.6 Khidmat nasihat dan Perkhidmatan Veterinar

Pengusaha akan mendapat khidmat nasihat dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perlis dan Kolej Pertanian Malaysia. Diantara khidmat nasihat dan perkhidmatan yang diperlukan adalah:-

a. Khidmat nasihat dan bimbingan b. Perkhidmatan Rawatan dan Kesihatan Ternakan c. Khidmat nasihat pemakanan d. Khidmat kawalan mutu ternakan kambing e. Pemasaran ternakan.

9.3.7 Kawalan Mutu Ternakan

Hasil ternakan yang dikeluarkan dijamin mutunya. Kawalan mutu ternakan bebiri akan dijalankan oleh JPH negeri .

Page 13: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

Ternakan yang tidak mencapai piawaian akan disingkirkan. Dengan kawalan mutu yang ketat ini mutu ternakan kambing boer dan daging kambing yang dikeluarkan adalah dijamin memuaskan.

9.4 RANCANGAN OPERASI SISTEM PEMELIHARAAN TERNAKAN

Ternakan Kambing Boer

i. Ternakan diberi pemerhatian secara individu terutama dari aspek pemakanan, kesihatan dan keadaan fizikal bagi memastikan pengeluaran pada tahap maksima.

ii. Kerja-kerja harian seperti pemberian makanan dan program kesihatan dilakukan dengan berjadual.

iii. Kandang dan kawasan sentiasa bersih bagi mengurangkan masalah penyakit dan pencemaran.

iv. Kerja-kerja berikut akan dijalankan pada setiap hari:

a. Pembersihan dan pencucian kandang. b. Pengisian makanan (rumput dan konsentrate) dalam palong makanan.

v. Jumlah pemberian makanan tambahan bergantung pada saiz ternakan.

Ternakan Bunting Berat (4- 5 bulan)

i. Ternakan-ternakan akan diasingkan ke dalam kandang

Page 14: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

khas.

ii. Ternakan yang menunjukkan tanda-tanda hendak beranak akan dimasukkan ke dalam kandang beranak. Diasingkan hingga melahirkan anak.

iii. Rumput segar dan konsentrate diberi setiap hari dan dimasukkan ke dalam palong makanan.

Anak

i. Anak-anak kambing boer yang baru lahir dibiarkan bersama ibu selama 8 – 12 jam untuk penyusuan kolostrum.

ii. Anak kambing boer akan diberi susu tambahan setiap hari sehingga berumur 3 bulan.

iii. Anak kambing boer yang berumur tiga bulan akan menjalani proses cerai susu dan akan diletakkan didalam kandang utama.

Kambing Dara

i. Ternakan akan diberi rumput segar dan konsentrate pada setiap pagi dan petang. ii. Rawatan segera akan dijalankan keatas ternakan yang didapati menunjukkan tanda-tanda sakit.

9.5 RANCANGAN OPERASI SISTEM PENGURUSAN PERLADANGAN

Page 15: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

SISTEM PEMAKANAN

a. Pemakanan Ibu

Ibu yang menyusu akan diberi makan mengikut kadar pemakanan yang ditetapkan. Jenis makanan yang diberi adalah dari jenis makanan campuran dedak.

Makanan campuran diberi kepada ibu kambing boer

i. Rumput akan diberi didalam palong diluar kandang 2 kali sehari pagi dan petang.

ii. Rumput yang digunakan adalah dari jenis Napier taiwan.

b. Pemakanan Anak

Anak kambing boer dibahagikan kepada 3 peringkat:-

i. Peringkat umur 1 hari hingga 3 bulan

Pada peringkat awal 3 - 5 hari, anak-anak kambing akan diberi susu kolostrum. Dari 6 hari hingga 3 bulan, di samping memberi susu tambahan, anak kambing akan diajar makan dedak dan rumput secara berperingkat-peringkat.

Page 16: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

ii. Peringkat 3 bulan hingga 6 bulan

Pada peringkat ini anak kambing telah biasa makan makanan dedak dan rumput.

iii. 6 bulan keatas

• Ketika anak kambing diberi makan hampas kelapa sawit, air dan rumput, pemilihan anak-anak untuk stok gantian dijalankan. Anak yang kurang bermutu dijual atau diasingkan untuk dijadikan kambing pedaging.

• Anak-anak kambing yang terpilih akan dipelihara bagi dijadikan bibit baru kandang.

• Anak-anak kambing jantan akan di pelihara secara fidlot untuk dijadikan pedaging.

9.6 RANCANGAN OPERASI PENGURUSAN KESIHATAN TERNAKAN

Pengurusan Kesihatan Harian

Kesihatan merupakan salah satu faktor penting dalam penternakan ternakan kambing pedaging. Penjagaan kesihatan dilaksanakan dengan kaedah rawatan dan pencegahan. Ternakan yang sihat akan menghasilkan anak yang sihat dan cepat membesar.

Page 17: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

Program Kesihatan Gerompok

Pengambilan sampel darah akan dijalankan 1 tahun sekali bagi mengesan penyakit Brucellosis, Tuberculosis dan Johnes.

Penyakit-penyakit ini boleh menyebabkan keguguran dan boleh berjangkit kepada manusia.

Jenis-jenis Penyakit

Jenis-jenis penyakit yang biasa menyerang kambing-ternakan kambing ialah:-

a. Anorexia b. luka c. Cacing d. Foot rot

Kaedah pencegahan amat perlu dilakukan seperti pemberian makanan yang cukup dan seimbang serta meningkatkan tahap kebersihan kandang dan kawasan sekeliling serta mengawasi program kesihatan.

Penyakit-penyakit yang biasa menyerang anak kambing adalah:-

a. Joint ill / Arthritis b. Pneumonia

Page 18: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

c. Malnutrian d. Cirit Birit

Penyakit diatas boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, vitamin dan mineral. Selain itu tahap kebersihan kandang dan kawasan sekeliling perlu ditingkatkan.

9.7 RANCANGAN OPERASI PELAN PEMBANGUNAN PERLADANGAN

Pertimbangan

I. Kawalan sisa dari ladang dengan sistem zero discharge perlu dilakukan dengan mengambil kira kuantiti pengeluaran sisa, saiz dan sistem kolam rawatan yang dibina dan penggunaan semula sisa “diproses”.

II. Penggunaan dari penyelenggaraan serentak kawasan ragutan yang luas akan memudahkan penyelenggaraannya.

III. Bangunan pejabat, kediaman, stor dan sebagainya akan dibuat berdasarkan kriteria semasa dari segi keluasan dan senireka bangunan tempatan akan diutamakan.

IV. Ciri asas bangunan-bangunan ini termasuklah kemudahan urusan dalaman, kepelbagaigunaan dan selesa dengan kos penyelenggaraan yang minima.

Page 19: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

Kawalan Sisa Dari Ladang

I. Kawalan sisa dari ladang akan dibangunkan dengan saiz dan sistem kos yang paling munasabah.

II. Penggunaan air di dalam aktiviti ternakan diminimakan.

III. Pembersihan kandang di unit-unit dilakukan dengan menggunakan scraper untuk mengurangkan sisa cecair yang akan keluar ke kawasan takungan, pada masa yang sama menjimatkan penggunaan air.

Kandang beranak / “Calving”

a. Ternakan yang menunjukkan tanda-tanda akan beranak diasingkan daripada kumpulan bunting di unit bunting ke kandang beranak.

b. Kandang ini dibina untuk memastikan pengawasan beranak yang teliti yang akan membolehkan anak dilahirkan di dalam kandang yang bersih dan mendapat perhatian awal terutama mendapat kolostrum yang cukup.

c. Ia juga akan menyenangkan pengawalan dan tindakan terhadap kes-kes kesukaran beranak (dystocia). Selepas beranak, anak akan diasingkan di unit anak.

d. Kandang individu yang dibina digunakan untuk ternakan yang menunjukkan tanda-tanda akan beranak.

Page 20: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

e. Ia perlu dialaskan (bedding) dengan bahan kering yang tidak kesat dan tidak terlalu licin yang senang dicuci.

f. Air minuman akan dibekalkan di dalam tempat yang di sediakan.

g. Kumpulan ini akan diberi konsentrate dan rumput foder.

Aliran Ternakan

a. Kedudukan unit-unit di dalam ladang berkait rapat dengan aliran pergerakan ternakan yang akan memudahkan pengurusan ternakan.

b. Ternakan yang akan beranak dipindahkan ke kandang beranak.

c. Anak akan ditempatkan bersama ibu tiga (3) hingga enam (6) bulan dan selepas dicerai ia akan dipindahkan ke unit weaner. Kambing boer jantan dan betina akan diasingkan.

d. Kambing boer jantan akan dijual atau dijadikan fidlot dan sebahagian kecil yang terpilih akan disimpan di dalam ladang untuk tujuan pembiakan. Kambing boer betina kemudiannya dipindahkan ke unit dara dan unit pembiakan apabila mencapai umur untuk dibiakkan.

e. Ternakan yang tidak memberikan prestasi yang baik akan dikeluarkan dan dipindahkan ke unit singkiran sementara sebelum dikeluarkan atau dijual.

Page 21: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

f. Carta Aliran Ternakan

.

Page 22: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

Operasi harian Ternakan

Ternakan akan diberikan rumput segar dan konsentrate, rawatan segera akan diberikan kepada ternakan yang menunjukkan tanda-tanda sakit. Pemberian konsentrate bergantung kepada tahap pengeluaran ternakan kambing boer dan diberi sebanyak dua kali sehari.

i. Anak kambing akan diberi susu tambahan setiap hari.

ii. Anak kambing selepas cerai susu (3 bulan) akan diberikan rumput segar dan konsentrate.

iii. Pembiakan dilakukan secara tabii.

iv. Pihak pengurusan akan sentiasa memastikan tahap pengurusan kekal pada tahap optima dengan pengawalan program kesihatan, mengawasi rekod kelahiran, kematian, penyelarasan berat badan, pengambilan makanan, fertiliti dan hal-hal lain yang ada

Page 23: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

kaitan dengan prestasi ternakan.

v. Program pemilihan akan dilakukan secara lebih teliti dan sistematik bagi memastikan hanya ternakan yang bermutu sahaja dipelihara.

BANGUNAN UNTUK TERNAKAN

a. Semua bangunan untuk kegunaan teduhan ternakan perlu sejuk dan selesa. Dengan itu jenis dan bahan bumbung yang menyejukkan digunakan dan sistem penyejukan mungkin di perlukan ditempat-tempat tertentu.

b. Pembinaan kandang ini juga mengambil kira ruang yang diperlukan sekiranya jentera besar digunakan didalam aktiviti pembersihan kandang.

KANDANG

a. Kandang

Kandang yang sesuai dibina dengan beberapa unit misalnya kandang utama, kandang beranak, kandang sakit, kandang takai. Setiap dari unit-unit kandang ini akan disediakan palung minuman.

b. Stor

Page 24: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

Bangunan stor akan dibina berhampiran kandang ternakan bagi memudahkan operasi kerja.

c. “Control Yard”, “Loading ramp” dan “travis”

Ketiga-tiga binaan ini sama bentuk dengan binaan yang terdapat kandang ternakan kambing boer tetapi jarak antara palang/pagar railing lebih kecil untuk disesuaikan dengan saiz.

d. “Spraying race”

Satu kawasan akan dibina untuk tujuan penyahkutu, bersebelahan dan bersambung dengan control yard.

e. Stor Makanan

Konsentrate akan diletakkan didalam stor yang dibina bersebelahan kandang, stor ini akan dikunci untuk langkah-langkah keselamatan.

PASTURA

Pembangunan Pastura

a. Rumput Napier akan ditanam untuk ternakan , sistem yang digunakan adalah potong angkut.

Page 25: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

b. Cadangan keluasan untuk tanaman rumput adalah sebanyak 80% kawasan tanah.

PEMBINAAN INFRASTRUKTUR

JALAN

a. Oleh kerana projek ini berhampiran dengan jalan raya maka projek ini tidak mempunyai masalah untuk operasi ladang,

TERUSAN DAN PERPARITAN

Selain takungan air bagi tujuan pengolahan dan pembersihan yang dikawal ketat, lebihan air hujan dan juga air keperluan ladang akan ditakung dalam parit dan tali air buatan. Keupayaan takungan ini akan diuruskan bersama JPS dan akan di utamakan dilaluan air semulajadi. Empangan dan tandop akan juga digunakan sebagai jalan bagi kegunaan manusia dan ternakan. Rekreasi air dan lain-lain bentuk rekreasi yang sesuai boleh dipertimbangkan

Page 26: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

untuk masa hadapan.

‘CULVET” ‘Culvet’ akan digunakan di kawasan alur parit yang kecil.

PAGAR

Pagar Pagar akan dibina dengan menggunakan pagar cyclone

Pintu Pagar Pintu pagar petak ragutan akan berukuran 10 kaki lebar dan 4.5 kaki Tinggi dengan menggunakan tiang paip G.I bersaiz 3 inci.

CIRI-CIRI YANG AKAN WUJUD / ‘FEATURE’

Setelah mengambilkira semua keperluan pembangunan ladang baru ini, maka beberapa feature akan terwujud, antaranya:

1. Sistem zero discharge 2. Terusan dan taliair 3. Pemusatan pengurusan 4. Kawasan pastura yang baik.

9.0 RANCANGAN PEMASARAN HASIL LADANG

Page 27: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

Berikut adalah carta aliran strategi rancangan pemasaran hasil ladang:

Jadual 1: CARTA ALIRAN STRATEGI RANCANGAN PEMASARAN

Strategi Rancangan Pemasaran Kambing Boer singkiran untuk daging Kambing Boer

a. Menjual kambing boer bermasalah, tua dan tidak produktif secara terus kepada pembeli. b. Menjul daging kambing boer pada musim-musim tertentu. c. Menjual untuk acara keugamaan seperti aqiqah dan korban dengan harga RM 400 /ekor betina dn RM 550 /ekor untuk jantan.

Strategi Rancangan Pemasaran Kambing Boer feeder jantan untuk penggemuk

a. Anak-anak kambing boer jantan dijual kepada penternak fidlot dengan harga RM 20 /kg dan dianggarkan ternakan dijual pada berat 20 kg.

b. Pengusaha akan memelihara sendiri dengan cara fidlot dan dijual pada berat 30-35 kg dengan harga RM20/kg.

Page 28: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

Strategi Rancangan Pemasaran Kambing Boer dara

a. Anak-anak kambing boer dara dijual kepada penternak kambing boer dengan harga RM 20 /kg dan diangggarkan ternakan dijual berat 25 kg.

11.0 RANCANGAN KEWANGAN

Tujuan rancangan kewangan ini ialah untuk menunjukkan penggunaan wang modal sebanyak RM 50,000.00.

KOS TETAP 1. Penyediaan Tapak 2. Penanaman rumput 3. Pembelian induk Jantan Betina 5. Kandang 7. Mesin Chopper 8. Air & elektrik

Jumlah kos tetap

KOS KENDALIAN

1. Makanan ternakan 2. Garam & vits 3. Ubatan

Page 29: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

4. Pol & Utiliti 5. Baja dan racun 6. Pembaikan & alat ganti 7. Pelbagai

Jumlah kos kendalian

Bayaran Pinjaman

Rujuk jadual bayaran balik tekun dan jadual alir tunai serta penyata pendapatan.

ANALISA KEWANGAN

Dari analisa kewangan, cadangan projek ini berdaya maju dengan kadar pulangan dalaman (IRR) yang tinggi.

Graf : Lebihan dan defisit terkumpul menunjukkan tempoh pulang modal antara tahun 5 dan 6.

12. KESIMPULAN

Berdasarkan kepada hasrat kerajaan yang ingin membangunkan program pengeluaran makanan, prospek industri kambing boer mempunyai masa hadapan yang

Page 30: Kertas Cadangan Penternakan Kambing Boer

cerah. Kemudahan kredit yang diberikan oleh kerajaan dan institusi kewangan menjadi faktor pemangkin kepada perkembangan industri ini. Selain itu kurangnya saingan dan risiko yang rendah, boleh mempercepatkan kemajuan industri ternakan kambing boer di negara kita.

Daging kambing boer bukan sahaja lebih enak dan bermutu, malah dicadangkan oleh American Heart of Association untuk mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung. Pada masa ini, pengeluaran kambing di negara ini adalah pada kadar 8% dan masih mempunyai ruang dan potensi yang besar untuk berkembang serta pernah diberi sokongan oleh kerajaan agar ia diternak secara meluas di negara ini.

Pengusaha berasa penuh yakin projek yang telah dirancang ini akan berjaya dan memberi pulangan yang menguntungkan kepada pengusaha.

13.0 LAMPIRAN

• Unjuran kewangan projek • Gambar-gambar premis • Salinan Kad Pengenalan pemohon • Salinan Pendaftaran Perniagaan Syarikat • Sebutharga / cadangan pembelian peralatan / ubahsuai • Salinan Hak Milik Tanah (Geran) • Surat kebenaran penggunaan tanah • Salinan Bil Utiliti ( elektrik ) • Sijil-sijil yang dihadiri pengusaha