kertas cadangan penubuhan alumni

Click here to load reader

Download Kertas Cadangan Penubuhan Alumni

Post on 05-Jul-2015

2.566 views

Category:

Documents

8 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

ALUMNI SMA HJ MOHD YATIM, D/A SMA HJ MOD YATIM, 71450 ULU GADONG KOTA, N.SEMBILAN. email : alumnisktm@gmail.com http://alumnismahmy.blogspot.com

Kepada, Tuan/Puan/Dato/Datin

AlumniSMAHMY.bil ( ) Tarikh :

Mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni SMAHMY ULU GADONG Kali-1 / 2011. Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dipilih untuk menganggotai Jawatankuasa Penaja Alumni SMA HJ MOHD YATIM ULU GADONG KOTA. 2. Sehubungan dengan itu, satu mesyuarat Jawatankuasa Penaja Alumni SMA HJ Tarikh Hari Masa Tempat 3. : 12.09.2009 : Sabtu : 9.00 pagi : Bilik Mesyuarat SKTM.

MOHD YATIM akan diadakan pada :

Agenda mesyuarat : 3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Ucapan aluan Guru Besar SK Teluk Medan. Taklimat Kertas Cadangan Penubuhan Alumni SK Teluk Medan. Perlantikan pengerusi mesyuarat. Ucapan mesyuarat. Cadangan Penubuhan Alumni SK Teluk Medan. 1

3.6 3.7 3.8

Perlantikan Jawatankuasa Penaja Alumni SK Teluk Medan. Perbincangan Perlembagaan Alumni SKTM. Perbincangan aktiviti Alumni SKTM 4.7.1 Pendaftaran pertubuhan. 4.7.2 Pendaftaran ahli. 4.7.3 Majlis perjumpaan / hari raya. 4.7.4 Aktiviti susulan

3.9 4.

Hal-hal lain.

Sehubungan dengan itu, bersama ini dilampirkan Kertas Cadangan Alumni SK

Teluk Medan sebagai makluman awal sebelum dibincangkan di dalam mesyuarat nanti 3. Kehadiran tuan/puan amat-amat diharapkan bagi merealisasikan penubuhan

Alumni SK Teluk Medan. Sekian, terima kasih

Saya yang menurut perintah, .. ( SHOYEF BIN TUKIMAN ) Guru Besar, SK Teluk Medan, Bagan Serai.

2

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN ALUMNI SK TELUK MEDAN, 34300 BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN. Pendahuluan Sebagai sebuah sekolah yang telah lama ditubuhkan, SK Teluk Medan, Bagan Serai, Perak ( SKTM ) telah melahirkan ramai pelajar-pelajar yang cemerlang dalam pelbagai bidang. Boleh dikatakan hampir keseluruhan golongan penduduk Kampung Teluk Medan menimba pengalaman awal dalam pelajaran di SKTM. Golongan ini kini bekerja dalam pelbagai bidang pekerjaan dan melalui pelbagai pengalaman dalam kehidupan yang sebenarnya amat berguna jika dapat diturunkan kepada generasi yang lebih muda terutamanya para pelajar yang masih menuntut. Bekas pelajar-pelajar ini juga telah melalui berbagai cabaran semasa menempuhi alam pembelajaran yang pastinya dapat membantu para pelajar yang masih bertungkus-lumus menimba ilmu di kelas. Apa yang menjadi masalah disini ialah ketiadaan medium untuk golongan ini berkongsi pengalaman mereka. Disinilah timbulnya idea untuk menubuhkan satu persatuan yang mampu menjadi medium untuk menyalurkan segala pengalaman dan ilmu yang berguna kepada pelajar-pelajar. Persatuan yang paling relevan dengan fungsi tersebut ialah sebuah persatuan yang dapat mengumpulkan bekas pelajarpelajar ini dalam satu organisasi. Idea penubuhan ini sebenarnya telah timbul sejak beberapa tahun lepas. Namun demikian, tiada mana-mana pihak yang bertindak untuk merealisasikan idea penubuhan tersebut. Justeru tindakan segera perlu diambil segera supaya idea tersebut tidak terkubur begitu sahaja. Semoga Kewujudan kertas kerja ini dapat membuka langkah pertama penubuhan ALUMNI SKTM.

3

Relevan Penubuhan Seperti yang dinyatakan sebelum ini, satu saluran perlu diwujudkan bagi memastikan pengalaman dan kepakaran bekas pelajar-pelajar dapat digunakan untuk memajukan sekolah. Selain itu, penubuhan alumni juga dapat mengumpulkan semula hampir keseluruhan bekas pelajar-pelajar yang pernah menuntut ilmu di SKTM. Dengan ini mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan idea untuk digarap bersama sebagai satu idea baru yang akan dapat digunakan sebagai satu langkah untuk membawa kebaikan kepada sekolah khasnya dan kepada penduduk kampung amnya. Jika difikirkan semula, sebuah sekolah yang telah berusia hampir separuh abad sepatutnya mempunyai satu persatuan khas untuk mengumpulkan bekas pelajarpelajarnya bagi memastikan kewujudan sekolah ini sentiasa memberi faedah dan kebaikan kepada orang ramai di sekitarnya. Jadi penubuhan Alumni ini sangat bersesuaian dengan keadaan semasa di mana orang ramai kini kurang mengambil perhatian terhadap isu-isu yang berlaku di sekolah. Alumni juga mampu menjadi satu organisasi penting yang membawa pengaruh besar kepada golongan muda Kampung Teluk Medan yang kini dilihat sibuk melakukan hal masing-masing sahaja. Golongan muda ini yang juga terdiri daripada bekas pelajarpelajar SKTM perlu ditarik menyertai aktiviti sekolah bagi membawa impak yang lebih besar kepada kemajuan sekolah kerana mereka dapat dilihat sebagai satu lapisan yang satu hari nanti akan membarisi tampuk kepimpinan PIBG dan sekolah. Apa yang diharapkan agar golongan ini akan dapat meneruskan malah memperkukuhkan perjuangan PIBG yang sedia ada. Pihak sekolah sendiri pastinya menyimpan harapan agar pelajar-pelajar yang pernah menuntut di sini pulang semula untuk menabur bakti dan membantu pihak sekolah mencapai matlamat sebagai pusat ilmu utama di Kampung Teluk Medan.

4

Hanya alumni dapat merealisasikan harapan ini kerana ia tidak terhad kepada lapisan masyarakat tertentu sahaja. Objektif Penubuhan Alumni diharap bukan sekadar dapat mengumpulkan bekas pelajar-pelajar SKTM, malah membantu sekolah untuk mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang. Berikut digariskan beberapa objektif utama penubuhan Alumni : 1. Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada segenap lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecemerlangan sekolah. 2. Sebagai satu mekanisma sokongan kepada PIBG dan sekolah dalam memperbaiki sistem pembelajaran di samping memastikan kebajikan para pelajar sentiasa diberi perhatian. 3. Berfungsi untuk memberi bantuan kepada pihak sekolah dari segi sumber pengajaran, kemudahan pelajar dan apa-apa material yang dilihat dapat membantu kemajuan sekolah. 4. Menjadi satu saluran selain PIBG untuk penduduk kampung menyuarakan pendapat dan cadangan kepada pihak sekolah. Dengan ini aliran maklumat dapat berlaku dengan lebih lancar dan sistematik. 5. Menjadi kaki dan tangan sekolah dalam menjayakan sesuatu majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah sekaligus melancarkan perjalanan program tersebut. 6. Sebagai rakan dan juga pendokong misi dan visi SKTM. 7. Merangka program-program pembangunan akademik dan sahsiah untuk membantu kecemerlangan sekolah dari segi akademik mahupun disiplin pelajar. 8. Berkongsi pengalaman dalam menempuh alam persekolahan sehingga ke alam pekerjaan.

5

Aktiviti Aktiviti alumni perlu ditumpukan kepada beberapa elemen penting.

Pembangunan sosial dan akademik pelajar Penjanaan Kewangan Perkongsian kepakaran Aksesori tambahan Antara aktiviti-aktiviti yang sesuai dijalankan oleh Alumni:

1. Kelas-kelas tambahan untuk memperkukuhkan pembelajaran murid-murid. Tenaga pengajar terdiri daripada ahli alumni sendiri. 2. Ceramah motivasi dan teknik menghadapi peperiksaan yang disampaikan oleh individu-individu berpengalaman. 3. Kempen kesedaran kepada ibubapa dan sekolah tentang kepentingan hubungan akrab antara para ibubapa dan sekolah. 4. Perjumpaan semula bekas pelajar dan guru yang pernah menuntut dan mencurahkan ilmu di sekolah. 5. Ceramah/seminar untuk memberi panduan dan nasihat kepada pelajar dan ibubapa tentang skop kerjaya. Penutup Berdasarkan kertas kerja ini, kita dapat melihat dengan jelas bahawa penubuhan Alumni adalah relevan dengan keperluan semasa. Melalui penubuhannya semua pihak akan mendapat pelbagai manfaat dan kebaikan samada secara langsung mahupun tidak langsung. Tiada pihak yang akan mendapat kesan negatif daripadanya. Jadi

6

semua

golongan

harus

bekerjasama

agar

penubuhan

Alumni

SKTM

dapat

direalisasikan dengan jayanya. CARTA ALIRAN KERJA PENUBUHAN ALUMNI SK TELUK MEDAN, BAGAN SERAI PERAK. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 Perlantikan Jawatankuasa Penaja Alumni SKTM. Menyediakan minit mesyuarat Jawatankuasa Penaja kali-1 Mendraf perlembagaan Alumni SKTM. Proses pendaftaran Alumni SKTM Menjalankan aktiviti.

SENARAI SEMAK TUGAS PROSES KERJA BAGI PENUBUHAN PERSATUAN BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 TINDAKAN Mesyuarat Penaja Surat permohonan Penubuhan dan JK Penaja Pertubuhan Surat Kelulusan Penubuhan Perlembagaan dan peraturanTANDA ( / ) CATATAN

peraturan persatuan Senarai AJK Pertubuhan Senarai aktiviti utama pertubuhan Surat pengesahan penubuhan dan pendaftaran pertubuhan Perlaksanaan Persatuan

SENARAI JAWATANKUASA PENAJA 7

ALUMNI SK TELUK MEDAN 34300 BAGAN SERAI, PERAK

Penaung Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha 1 Setiausaha 2 Bendahari

: .. : .. : .. : . : :

Ahli Jawatankuasa : Biro Ketua Biro Ketua Biro Ketua Biro Ketua : .. .. : . : : KERTAS KERJA PERLEMBAGAAN 8

ALUMNI SK TELUK MEDAN 34300 BAGAN SERAI, PERAK DARUL RIDZUAN

FASAL 1 NAMA 1.1. Organisasi bekas pelajar ini dikenali dengan nama Alumni SK Teluk Medan di dalam perlembagaan ini. FASAL 2 - ALAMAT BERDAFTAR DAN TEMPAT URUSAN 2.1. Alamat Berdaftar 2.1.1 Alamat berdaftar Alumni SK Teluk Medan SK Teluk Medan, Jalan Taiping, 34300 Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan. 2.2. Alamat Urusan 2.2.1 Alamat urusan Alumni SK Teluk Medan ialah di: SK Teluk Medan, Jalan Taiping, 34300 Bagan Serai, Perak Darul Ridzuan. 2.3. Alamat berdaftar dan alamat urusan ini tidak boleh diubah tanpa kelulusan Majlis Tertinggi.

FASAL 3 LOGO DAN LAMBANG 9

ALUMNI SK TELUK MEDAN : Nama organisasi . Jabat Tangan : Melambangkan perpaduan, kerjasama dan permuafakatan sesama ahli Alumni SK Teluk Medan.. Logo sekolah : Merupakan logo SK Teluk Medan merupakan tempat ahli belajar dahulu. Integrasi Kubang Pasu menuntut ilmu FASAL 4 OBJEKTIF DAN MATLAMAT 4.1 4.2 Mengumpulkan kepakaran dalam pelbagai aspek pelajaran daripada Sebagai satu mekanisma sokongan kepada PIBG dan sekolah dalam segenap lapisan bekas pelajar sebagai pemangkin kecem