kertas cadangan penambahbaikan modul …marine21.marine.gov.my/appl/jpict/jpict042011/agenda...

18
KERTAS CADANGAN Page 1 of 18 KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL PERAKUAN PENGIKTIRAFAN (COR) DI DALAM SISTEM DOKUMEN PELAUT (SDPx)

Upload: lydan

Post on 16-Feb-2018

422 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT042011/Agenda 73-proposal... · kertas cadangan page 1 of 18 kertas cadangan penambahbaikan modul perakuan

KERTAS CADANGAN 

Page 1 of 18  

      

 

KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL 

PERAKUAN PENGIKTIRAFAN (COR)  DI DALAM  

SISTEM DOKUMEN PELAUT (SDPx)    

                    

Page 2: KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT042011/Agenda 73-proposal... · kertas cadangan page 1 of 18 kertas cadangan penambahbaikan modul perakuan

KERTAS CADANGAN 

Page 2 of 18  

RINGKASAN EKSEKUTIF  1.0 TUJUAN 

1.1 Menyelaras modul  pengeluaran  Perakuan  Pengiktirafan  (COR)  dalam  Sistem  Dokumen  Pelaut (SDPx) yang akan dilaksanakan  sepenuhnya di Pejabat Pelabuhan kecuali proses verifikasi yang dijalankan di Ibu Pejabat Laut  

2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Pembangunan sistem atas‐talian (online system) seperti SHEPP, SDP dan SDPx dalam proses aliran 

kerja telah dapat meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan  

2.2 Carta Alir dan Prosedur Pengeluaran COR berdasarkan sistem yang sedia ada (Lampiran 1)  2.3 Cetakan COR di Ibu Pejabat berhadapan beberapa masalah teknikal: 

‐ Hanya  sebuah mesin  pencetak  (printer)  digunakan  untuk  cetakan  COR  di mana  seringkali akan terjadi breakdown jika cetakan dibuat dalam kuantiti yang banyak. 

‐ Kualiti cetakan juga akan terjejas. ‐ Tempoh pengeluaran akan meningkat 

 2.4 Proses  penghantaran  maklumat  dari  Pejabat  Pelabuhan  ke  Ibu  Pejabat  Laut  untuk  tujuan 

verifikasi dan kelulusan, mengambil masa tidak kurang dari 24 Jam dan ada ketika akan sampai sehingga tiga(3) hari atau lebih bergantung pada jarak Pejabat Pelabuhan. ‐  Masa penghantaran COR  yang  telah dicetak  ke  Pejabat  Pelabuhan mengambil masa  tidak 

kurang dari satu(1) hari.  

2.5 Asas utama cadangan adalah untuk mempercepatkan proses pengeluaran COR.  

3.0 ASAS PERTIMBANGAN 3.1 Cadangan‐cadangan untuk pertimbangan: 

 3.1.1 Pejabat  Pelabuhan  bertindak  sebagai  pengeluar  COR  dan  Ibu  Pejabat  Laut 

melaksanakan tindakan verifikasi dan pemantauan  

3.1.2 COR  untuk  tempoh  satu(1)  tahun  dikeluarkan  kepada  pemohon  dari  Negara‐negara yang telah menandatangani MoU dengan Malaysia  

3.1.3 Pemakluman  Bertulis  (PB)  untuk  tempoh  tiga(3)  bulan  sahaja  dikeluarkan  kepada pemohon dari Negara‐negara yang belum menandatangani MoU dengan Malaysia dan mendapat kelulusan dari Ketua Pengarah Laut  

3.1.4 COR dikeluarkan dalam bentuk A4 dengan ciri‐ciri keselematan beriktu: 3.1.4.1 Nombor Siri Sijil 3.1.4.2 Kertas sijil dikeluarkann dari Ibu Pejabat Laut 3.1.4.3 Tandatangan Dato’ Ketua Pengarah 3.1.4.4 Pegawai pencetak di Pejabat Pelabuhan dibekalkan kata laluan khusus 3.1.4.5 Kod Bar 3.1.4.6 Kertas khas 

 3.2 Sasaran untuk memendekkan tempoh pengeluaran COR daripada 90 hari kepada 1 hari. 

Page 3: KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT042011/Agenda 73-proposal... · kertas cadangan page 1 of 18 kertas cadangan penambahbaikan modul perakuan

KERTAS CADANGAN 

Page 3 of 18  

3.3 Proses  yang  sama dengan pengeluaran Sijil Modula dan Dokumen Keanggotaan Selamat  cuma kelulusan COR dilaksanakan di Pejabat Pelabuhan 

 3.4 Tiada  impak  kos  kerana  kos  penghantaran  COR  ke  Pejabat  Pelabuhan  esbelum  ini  boleh 

digunapakai untuk kos selenggaraan mesin pencetak di Pejabat Pelabuhan. Hanya menggunakan pencetak biasa untuk mencetak berbanding pencetak yang khusus seperti di Ibu Pejabat Laut 

 3.5 Pengeluaran  COC  dapat  ditingkatkan  kerana  mesin  pencetak  COR  boleh  digunapakai  untuk 

cetakan COC.  4.0 IMPLIKASI CADANGAN 

4.1 Kebaikan daripada cadangan‐cadangan : 4.1.1 MASA 

4.1.1.1 Masa dijimatkan kerana kelulusan dan cetakan dibuat di Pejabat Pelabuhan. 4.1.1.2 Semakan dan tindakan pembetulan dilaksanakan serta‐merta oleh pemohon 

dengan bantuan kakitangan di Pejabat Pelabuhan 4.1.1.3 Masa  dijimatkan  kerana  tiada  lagi  penghantaran  cetakan  COR  ke  Pejabat 

Pelabuhan  

4.1.2 KOS 4.1.2.1 Tiada lagi kos penghantaran cetakan COR ke Pejabat Pelabuhan 4.1.2.2 Kos  penyelenggaran  mesin  pencetak  (maintenance)  di  Ibu  Pejabat  Laut 

berkurangan kerana beban cetakan diagihkan ke setiap Pejabat Pelabuhan. 4.1.2.3 Pengeluaran COR dalam bentuk kertas A4 berbanding helaian buku 

 4.1.3 SEMASA 

4.1.3.1 Di samping menjimatkan masa, pengeluaran COR di Pejabat Pelabuhan dapat tingkatkan mutu perkhidmatan dan kualiti cetakan 

4.1.3.2 Dapat diurus dan ditadbir dengan baik disamping pemantauan di peringkat Ibu Pejabat Laut 

4.1.3.3 Kemudahan  kepada  pemohon  kerana  segala  permasalahan  berkenaan kelulusan COR hanya melibatkan tindakan di Pejabat Pelabuhan. 

4.1.3.4 Tiada  impak  pada  tempoh  pengeluaran  COR  walaupun  proses  verifikasi dilaksanakan di  Ibu Pejabat Laut kerana verikasi dilakukan selepas kelulusan diberi.  

5.0 KESIMPULAN 5.1 Cadangan  ini  dibuat  bagi  memastikan  kualiti  perkhidmatan  adalah  mematuhi  standard  dan 

keperluan pengguna.  

6.0 SYOR 6.1 Cadangan  pertimbangan  untuk meminda  proses  Pengeluaran  COR  diambil  alih  sepenuhnya  di 

Pejabat Pelabuhan  

6.2 Carta alir proses pengeluaran COR pada Apendix 1   

6.3 Prosedur proses pengeluaran COR pada Apendix 2  

 

Page 4: KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT042011/Agenda 73-proposal... · kertas cadangan page 1 of 18 kertas cadangan penambahbaikan modul perakuan

KERTAS CADANGAN 

Page 4 of 18  

1.0 TUJUAN  1.1 Kertas  kerja  ini  adalah  bertujuan  untuk  memohon  pertimbangan  pihak  pengurusan 

Jabatan  Laut  Malaysia  mengenai  cadangan  untuk  menyelenggara  modul  cetakan Perakuan  Pengiktirafan  (COR)  di  semua  pejabat  pelabuhan  dan  menyelaras  proses pengeluaran  COR  di  dalam  Sistem  Dokumen  Pelaut  (SDPx)  yang  dilaksanakan sepenuhnya di Pejabat Pelabuhan kecuali proses verifikasi yang akan dijalankan di  Ibu Pejabat  Laut,  jika mendapat persetujuan daripada pihak pengurusan  tertinggi  Jabatan Laut Malaysia.  

 

2.0 LATAR BELAKANG  2.1 Bermula  dengan  Sistem  Hal  Ehwal  Pelaut  dan  Pelabuhan  (SHEPP)  kemudian  diikuti 

dengan  Sistem  Dokumen  Pelaut  (SDP)  dan  seterusnya  yang  terkini  Sistem  Dokumen Pelaut  ver.  x  (SDPx)  adalah merupakan  sistem  yang  telah direka dan diwujudkan bagi mengendali  proses  permohonan  dan  kelulusan  Perakuan  Pengiktirafan  (COR)  secara sistem  atas‐talian  (online  system).  Jika  dilihat  secara  menyeluruh  sistem  ini  telah ditambahbaik  dan  ditingkatkan  mutu  kualitinya  dari  masa  ke  masa  bagi  memenuhi kehendak pengguna. Pada dasarnya sistem yang diwujudkan  ini adalah bagi memenuhi keperluan  dan  peredaran  semasa  di  samping  dapat  menigkatkan  kecekapan  dalam perkhidmatan.   

2.2 Berdasarkan daripada standard prosedur yang  sedia ada,  terdapat beberapa peringkat yang perlu dilaksanakan sebelum kelulusan diberi. Peringkat‐peringkat ini juga terbahagi kepada peringkat di Pejabat Pelabuhan dan peringkta di Ibu Pejabat Laut. Bagi peringkat Pejabat  Pelabuhan,  terdapat  beberapa  proses  yang  terlibat  iaitu  terima  permohonan, semakan  permohonan,  penerimaan  bayaran  dan  cetakan  resit,  cetakan  Pemakluman Bertulis  serta  serahan,  penerimaan  COR  dari  Ibu  Pejabat  Laut  diikuti  dengan  serahan COR kepada pemohon. Berlainan pula di peringkat Ibu Pejabat Laut, proses yang terlibat adalah  merangkumi  proses  verifikasi  dengan  Negara  pengeluar  COC,  kelulusan permohonan,  cetakan dan penghantaran COR  ke Pejabat Pelabuhan.  (Lampiran Carta Alir dan Prosedur Pengeluaran COR disertakan pada Lampiran 1)   

 

2.3 Proses  cetakan  di peringkat  Ibu  Pejabat  Laut  seringkali berhadapan  dengan beberapa masalah teknikal seperti kegagalan mesin pencetak berfungsi dengan sempurna, kualiti cetakan  yang  tidak menentu  serta bilangan mesin pencetak  yang  terlalu  terhad. Pada ketika  ini  terdapat  sebuah mesin  pencetak  yang  digunakan  untuk mencetak  COR  dan sebuah  lagi untuk mencetak Perakuan Kekompetenan  (COC). Masalah akan  timbul  jika salah  sebuah mesin  pencetak  tersebut  rosak  (breakdown),  yang menyebabkan  proses percetakan  COR  akan  diagihkan  dengan  proses  percetakan  COC mengikut masa‐masa yang  ditetapkan.  Selain  itu  juga,  mesin  pencetak  tersebut  tidak  boleh  beroperasi sekaligus  dalam  satu‐satu  masa  tanpa  berhenti  kerana  bagi  mengelakkan  kualiti 

Page 5: KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT042011/Agenda 73-proposal... · kertas cadangan page 1 of 18 kertas cadangan penambahbaikan modul perakuan

KERTAS CADANGAN 

Page 5 of 18  

percetakan  terjejas  dan  mesin  pencetak  rosak  (breakdown).  Walau  bagaimanapun, proses percetakan masih perlu dihadkan dan seterusnya akan memberi implikasi kepada tempoh proses pengeluaran COR. 

 2.4 Selain daripada masalah percetakan, proses penghantaran maklumat pemohon melalui 

sistem  SDPx  dari  Pejabat  Pelabuhan  ke  Ibu  Pejabat  Laut  untuk  tujuan  verifikasi  dan kelulusan juga mengambil masa sekurang‐kurangnya 24 jam. Jika terdapat masalah pada jaringan  internet,  proses  penghantaran maklumat  tersebut  akan  tertangguh melebihi dari  satu(1)  hari  di mana  akan mengakibatkan  tempoh  pengeluaran  COR meningkat. Situasi  ini juga akan berlaku ketika proses penghantaran COR yang telah diluluskan dan dicetak  dari  Ibu  Pejabat  Laut  ke  Pejabat  Pelabuhan  yang  juga  akan mengambil masa tidak kurang dari satu(1) hari.  

 

2.5 Asas utama kepada permohonan ini adalah untuk mempercepatkan proses pengeluaran COR  memandagkan  Pengarah  Bahagian  Hal  Ehwal  Pelaut  dan  Pelabuhan  telah mensasarkan tempoh pengeluaran COR disingkatkan. 

 

3.0 ASAS PERTIMBANGAN  3.1 Beberapa cadangan yang telah dikenalpasti untuk pertimbangan: 

 3.1.1 Pengeluaran  COR  diambil  alih  oleh  semua  Pejabat  Pelabuhan  di  setiap 

peringkat  pengeluaran  kecuali  tindakan  verifikasi  dengan  Negara  pengeluar COC yang akan dilaksanakan di Ibu Pejabat Laut.  

3.1.2 COR  untuk  tempoh  satu(1)  tahun  akan  diberikan  kepada  pemohon  yang memilik COC dari Negara‐negara  yang  telah menandatangani Memorundum Persefahaman (MoU) dengan Malaysia. 

 3.1.3 Pemakluman Bertulis  (PB) untuk  tempoh  tiga(3) bulan  sahaja akan diberikan 

kepada  pemohon  yang  memiliki  COC  dari  Negara‐negara  yang  belum menandatangani Memorundum  Persefahaman  (MoU)  dengan Malaysia  dan mendapat kelulusan dari Ketua Pengarah Laut. 

 3.1.4 Perakuan  Pengiktirafan  (COR)  dikeluarkan  dalam  bentuk  kertas  A4  dimana 

akan mempunyai ciri‐ciri keselamatan seperti berikut:  

3.1.4.1 Nombor siri sijil 3.1.4.2 Kertas sijil hanya dikeluarkan dari Ibu Pejabat Laut 3.1.4.3 Tandatangan Dato’ Ketua Pengarah 3.1.4.4 Pegawai yang mencetak sijil di Pejabat Laut akan dibekalkan dengan 

kata laluan yang khusus. 

Page 6: KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT042011/Agenda 73-proposal... · kertas cadangan page 1 of 18 kertas cadangan penambahbaikan modul perakuan

KERTAS CADANGAN 

Page 6 of 18  

3.1.4.5 Kod Bar 3.1.4.6 Kertas yang khas 

 3.2 Memandangkan  sasaran  tempoh pengeluaran COR  telah dikurangkan daripada 90 hari 

kepada 1 hari adalah wajar cadangan ini dipertimbangkan kerana bagi memenuhi setiap sasaran  yang  dirangka,  seharusnya  perlu  ada  tindakan  penambahbaikan  bagi memastikan sasaran tersebut dapat dicapai.  

3.3 Cadangan yang dikemukakan ini bukanlah satu cadangan yang baru kerana jika di ambil contoh dari proses pengeluaran sijil modula, permohonan dan cetakan dibuat di Pejabat Pelabuhan  manakala  pengesahan  kehadiran  dan  pengesahan  cetakan  dijalankan  di peringkat Ibu Pejabat Laut. Selain itu, permohonan Dokumen Keanggotaan Selamat juga melalui  proses  yang  sama  iaitu  kelulusan  dikeluarkan  di  Ibu  Pejabat  Laut  manakala permohonan  dan  cetakan  dilaksanakan  di  Pejabat  Pelabuhan.  Walaupun  begitu, terdapat  sedikit  penambahbaikan  dari  segi  pengeluaran  COR  di mana  semua  proses dilaksanakan di Pejabat Pelabuhan termasuk kelulusan COR dan di peringkat Ibu Pejabat Laut hanya melaksanakan  tindakan  verifikasi dengan Negara pengeluar COC. Dari  segi praktikal,  kita  dapat  lihat  ia merupakan  satu  proses  penambahbaikan  yang  berkesan kerana  pemohon  tidak  perlu melalui  Ibu  Pejabat  Laut  jika  ada  perkara‐perkara  yang berkaitan dengan pengesahan dan kelulusan. 

 3.4 Jika  diteliti,  peralihan  proses  pengeluaran  COR  dari  Ibu  Pejabat  Laut  ke  Pejabat 

Pelabuhan  tidak  melibatkan  sebarang  kos  kerana  cetakan  COR  boleh  menggunakan mesin pencetak (printer) yang sedia ada dan tidak memerlukan mesin pencetak (printer) yang khusus seperti yang digunakan ketika  ini. Dalam pada  itu, penggunaan  toner dan penyelenggaraan mesin pencetak (maintenance printer) juga dapat dijimatkan. 

 3.5 Telah sedia maklum, terdapat dua mesin pencetak pada ketika  ini yang masing‐masing 

digunakan  untuk mencetak  COC  dan  COR.  Jika  cetakan  COR  dilaksanakan  di  Pejabat Pelabuhan,  sudah  semestinya mesin  pencetak  yang  digunakan  untuk mencetak  COR sebelum  ini boleh digunapakai untuk mencetak COC.  Ini bermakna terdapat dua mesin pencetak  yang  boleh  digunakan  untuk  mencetak  COC  sekaligus  dapat  melancarkan proses cetakan COC di Ibu Pejabat Laut.      

  

4.0 IMPLIKASI CADANGAN  4.1 Berdasarkan  daripada  cadangan‐cadangan  yang  dikemukakan  di  atas,  jelas  terdapat 

beberapa kebaikan yang dapat dilakukan dalam proses pengeluaran COR berpandukan daripada faktor‐faktor berikut:  4.1.1 MASA 

4.1.1.1 Jika  diteliti,  tempoh  pengeluaran  COR  telah  disingkatkan  kerana permohonan  yang  diterima  di  Pejabat  Pelabuhan  tidak  perlu dihantar  ke  Ibu  Pejabat  Laut  untuk  kelulusan.  Keadaan  ini  telah 

Page 7: KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT042011/Agenda 73-proposal... · kertas cadangan page 1 of 18 kertas cadangan penambahbaikan modul perakuan

KERTAS CADANGAN 

Page 7 of 18  

menjimatkan  sekurang‐kurangnya  dua(2)  hari  iaitu  tempoh penghantaran  dan  penerimaan  dari  Pejabat  Pelabuhan  ke  Ibu Pejabat  Laut  di  mana  tempoh  ini  juga  bergantung  kepada  jarak antara  kedua‐dua  lokasi  tersebut.  Jika  jarak  Pejabat  Pelabuhan tersebut  terlalu  jauh  iaitu  di  sekitar  Sabah  dan  Sarawak,  ada kemungkinan  tempohnya  akan  mencecah  kepada  satu(1)  minggu untuk diterima di Ibu Pejabat Laut.  

 4.1.1.2 Masa  juga  dapat  dijimatkan  bagi  sesetengah  permohonan  yang 

memerlukan tindakan ‘semak semula’ yang sebelum ini dilakukan Ibu Pejabat  Laut  dimana  melalui  proses  yang  sama  iaitu  tempoh penghantaran  dan  penerimaan  dari  Pejabat  Pelabuhan  ke  Ibu Pejabat Laut yang mengambil masa sekurang‐kurangnya dua(2) hari. Apabila  proses  pengeluaran  dilaksanakan  sepenuhnya  di  Pejabat Pelabuhan,  permohonan  dapat  disemak  serta merta  dan  tindakan pembetulan  juga  dapat  diperbetulkan  pada  masa  yang  sama. Seterusnya masa berurusan di kaunter juga dapat dikurangkan.    

 4.1.1.3 Selain  itu,  proses  cetakan  yang  dilaksanakan  di  Pejabat  Pelabuhan 

juga  dijangka  dapat  menjimatkan  sekurang‐kurangnya  satu(1) minggu dimana merangkumi tempoh penghantaran COR yang telah dicetak di Ibu Pejabat Laut untuk dihantar ke Pejabat Pelabuhan. 

 4.1.1.4 Walaupun  proses  verifikasi  dilaksanakan  di  Ibu  Pejabat  Laut  tetapi 

keadaan  ini  tidak  akan  mempengaruhi  kepada  tempoh  kelulusan COR kerana verifikasi dijalankan selepas kelulusan diberi.  

 4.1.2 KOS 

4.1.2.1 Dengan  adanya  cetakan  di  Pejabat  Pelabuhan,  tiada  lagi  kos penghantaran COR dari  Ibu Pejabat Laut ke Pejabat Pelabuhan. Kos tambahan  juga  tidak  wujud  kerana  kos  penghantaran  COR  ke Pejabat  Pelabuhan  boleh  digunakan  untuk  menampung  kos penyelenggaraan mesin pencetak di Pejabat Pelabuhan seperti toner dan baik pulih mesin pencetak.  

4.1.2.2 Cetakan  yang  dilaksanakan  di  setiap  Pejabat  Pelabuhan  adalah bergantung  kepada permohonan di Pejabat Pelabuhan  tersebut di mana bilangan cetakan bagi satu‐satu masa adalah minima. Keadaan ini  akan  mengurangkan  kos  penyelenggaraan  mesin  pencetak tersebut. Berlainan pula dengan bilangan cetakan di Ibu Pejabat Laut yang  perlu  mencetak  semua  permohonan  dari  setiap  Pejabat Pelabuhan  di  mana  meningkatkan  kos  penyelenggaraan  mesin pencetak  tersebut. Selain  itu  juga, mesin pencetak yang digunakan di Pejabat Pelabuhan  adalah mesin pencetak  yang biasa dan  tidak 

Page 8: KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT042011/Agenda 73-proposal... · kertas cadangan page 1 of 18 kertas cadangan penambahbaikan modul perakuan

KERTAS CADANGAN 

Page 8 of 18  

memerlukan  mesin  pencetak  khusus  seperti  yang  terdapt  di  Ibu Pejabat Laut. 

 4.1.2.3 Kos  juga  dapat  dikurangkan  dengan  adanya  penggunaan  sijil 

Perakuan Pengiktirafan dalam bentuk kertas A4 berbanding bentuk seperti helaian buku yang dikeluarkan sebelum ini. 

 4.1.2.4 Secara  keseluruhannya,  terdapat  beberapa  kos  yang  telah 

dijimatkan  antaranya  adalah  toner  mesin  pencetak, penyelenggaraan  mesin  pencetak,  penggunaan  kertas  A4 berbanding  helaian  buku  serta  kos  operasi  pengeluaran  COR contonya tiada lagi penghantaran COR ke Pejabat Pelabuhan.          

 4.1.3 SEMASA 

4.1.3.1 Kelulusan  dan  cetakan  COR  yang  dilakukan  di  Pejabat  Pelabuhan dapat  mempercepatkan  tempoh  pengeluaran  seterusnya  dapat meningkatkan mutu perkhidmatan di Jabatan Laut Malaysia.  

4.1.3.2 Selain  itu, proses pengeluaran COR  juga dapat diurus dan ditadbir dengan lebih teratur dan sistematik di setiap Pejabat Pelabuhan dan akan dipantau di Peringkat Ibu Pejabat Laut. 

 4.1.3.3 Jika  ada  permasalahan  berkenaan  permohonan,  pemohon  hanya 

perlu  menyatakan  masalah  tersebut  kepada  pegawai  di  Pejabat Pelabuhan  tanpa perlu melalui  Ibu Pejabat Laut. Keadaan  ini dapat memberikan kepuasan kepada pelanggan atas perkhidmatan segera yang diberikan oleh Jabatan.  

 4.1.3.4 Jika kaedah ini dilaksanakan, tempoh sasaran pengeluaran COR yang 

dirangka untuk tempoh satu(1) hari dijangkakan akan tercapai  

 

5.0 KESIMPULAN  5.1 Cadangan  untuk  menyelaras  proses  pengeluaran  COR  yang  akan  diambil  alih 

sepenuhnya di Pejabat Pelabuhan kecuali proses verifikasi dengan Negara luar yang akan dilakukan di  Ibu Pejabat Laut merupakan satu tindakan yang perlu dilaksanakan segera bagi memastikan  kualiti perkhidmatan  yang  diberikan  adalah mematuhi  standard  dan menepati keperluan pengguna.  

 

 

 

Page 9: KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT042011/Agenda 73-proposal... · kertas cadangan page 1 of 18 kertas cadangan penambahbaikan modul perakuan

KERTAS CADANGAN 

Page 9 of 18  

6.0    SYOR  6.1 Berdasarkan  kepada  penjelasan  di  atas,  pihak  pengurusan  Jabatan  Laut  Malaysia 

dipohon  untuk  menimbangkan  cadangan  untuk  meminda  proses  pengeluaran  COR termasuk  kelulusan  dan  cetakan  yang  sebelum  ini  dilaksanakan  di  Ibu  Pejabat  Laut ditukar  sepenuhnya ke Pejabat Pelabuhan berpandukan daripada proses carta alir dan prosedur  yang  disyorkan.  Walaupun  begitu,  proses  verifikasi  dengan  Negara‐negara pengeluar COC masih kekal dilaksanakan di Ibu Pejabat Laut.   

6.2 Carta alir proses pengeluaran COR pada Apendix 1   

6.3 Prosedur proses pengeluaran COR pada Apendix 2 

   

Page 10: KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT042011/Agenda 73-proposal... · kertas cadangan page 1 of 18 kertas cadangan penambahbaikan modul perakuan

KERTAS CADANGAN 

Page 10 of 18  

 

                                                 

 

APENDIX 1

6.7KEMASKINI DATA DAN REKOD

6.5CETAK COR, SERAHAN & REKOD

6.6TERIMA DARI PEJABAT 

PELABUHAN DAN VERIFIKASI

LULUS 

PEMBATALAN COR & PEMAKLUMAN KEPADA NEGARA PENGELUAR COC 

TIDAK SAH 

Page 11: KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT042011/Agenda 73-proposal... · kertas cadangan page 1 of 18 kertas cadangan penambahbaikan modul perakuan

KERTAS CADANGAN 

Page 11 of 18  

 

PROSEDUR 

TANGGUNGJAWAB  TINDAKAN 

   

MK/PT    

MK/PT     

MK/PT       

    

MK/PT  

 MK/PT 

  

MK/PT      

 MK/PT 

  

MK/PT    

 Pengarah/KPP/PL/P 

PL/MK(K) 

 6.1  Terima Permohonan (Peringkat Pejabat Pelabuhan)                6.1.1  Menerima slip pendaftaran yang    dicetak    dari sistem                               beserta dokumen    sokongan    dan    menyemak nombor                            rujukan yang dikemukakan.              6.1.2  Mengakses    permohonan    pendaftaran dengan nombor                            rujukan di dalam sistem.  6.2  Semakan Permohonan dan Dokumen.              6.2.1    Tentukan  jenis permohonan (baru/pembaharuan/ganti) dan                           menyemak   dokumen   sokongan   (yang diperakui sah) seperti                          berikut:‐                         i)    Salinan    perakuan    kekompetenan dan endorsan yang sah.                        ii)    Salinan     perakuan     pemeriksaan perubatan yang sah.                                    iii)    Salinan perakuan General Operator Certificate   GMDSS  (bagi                                   pegawai dek).                      iv)    Surat/dokumen   verifikasi   perakuan kekompetenan dari                                Negara pengeluar.              6.2.2    Semak permohonan pendaftaran dalam sistem dan pastikan                           maklumat adalah lengkap.              6.2.3    Sekiranya permohonan dan dokumen adalah lengkap arahkan                           pemohon untuk membuat pembayaran dan mendapatkan resit                           pembayaran.              6.2.4    Jika dokumen yang dikemukakan adalah tidak lengkap,                           kembalikan slip pendaftaran dan arahkan pemohon untuk                           memenuhi kekurangan sebelum membuat bayaran.  6.3       Menerima Bayaran, Mengemukakan Resit dan Mengemaskini Data              Dalam Sistem.              6.3.1    Sekiranya permohonan dan dokumen lengkap, terima bayaran                           dan keluarkan resit.              6.3.2    Dapatkan nombor resit, kemaskini nombor resit dalam sistem                           dan hantar kepada Pengarah/KPP/PL/PPL/MK(K).  6.4       Pengesahan Kelulusan              6.4.1    Kemaskini data dalam sistem dan hantar kepada MK/PT untuk                           cetakan Perakuan Pengiktirafan (COR). 

APENDIX 2

Page 12: KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT042011/Agenda 73-proposal... · kertas cadangan page 1 of 18 kertas cadangan penambahbaikan modul perakuan

KERTAS CADANGAN 

Page 12 of 18  

  

   

MK/PT   

MK/PT  

   

MK/PT  

MK/PT  

MK/PT  

  

MK/PT 

          6.5       Cetakan Perakuan Pengiktirafan (COR), Serahan dan Rekod.              6.5.1    Cetak Perakuan Pengiktirafan dan serahkan kepada                                Pengarah/KPP/ PL/PPL/MK(K) untuk ditandatangan.              6.5.2    Serah COR kepada pemohon dan rekod.  6.6       Terima Dari Pejabat Pelabuhan dan buat Verifikasi               (Peringkat Ibu Pejabat)              6.6.1    Melaksanakan verifikasi dengan Negara pengeluar COC.              6.6.2    Sekiranya COC adalah sah, kemaskini data dalam sistem               6.6.3    Sekiranya COC adalah tidak sah/palsu, COR dibatalkan diikuti                           dengan pemakluman kepada Negara pengeluar COC.  6.7       Kemaskini Data dan Rekod              6.6.1    Maklumat dikemaskini dan direkod  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 13: KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT042011/Agenda 73-proposal... · kertas cadangan page 1 of 18 kertas cadangan penambahbaikan modul perakuan

KERTAS CADANGAN 

Page 13 of 18  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LAMPIRAN 1

Page 14: KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT042011/Agenda 73-proposal... · kertas cadangan page 1 of 18 kertas cadangan penambahbaikan modul perakuan

KERTAS CADANGAN 

Page 14 of 18  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 15: KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT042011/Agenda 73-proposal... · kertas cadangan page 1 of 18 kertas cadangan penambahbaikan modul perakuan

KERTAS CADANGAN 

Page 15 of 18  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 16: KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT042011/Agenda 73-proposal... · kertas cadangan page 1 of 18 kertas cadangan penambahbaikan modul perakuan

KERTAS CADANGAN 

Page 16 of 18  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 17: KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT042011/Agenda 73-proposal... · kertas cadangan page 1 of 18 kertas cadangan penambahbaikan modul perakuan

KERTAS CADANGAN 

Page 17 of 18  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 18: KERTAS CADANGAN PENAMBAHBAIKAN MODUL …marine21.marine.gov.my/appl/JPICT/JPICT042011/Agenda 73-proposal... · kertas cadangan page 1 of 18 kertas cadangan penambahbaikan modul perakuan

KERTAS CADANGAN 

Page 18 of 18  

         KOS DAN TEMPOH MASA PEMBANGUNAN MODUL  

Kos yang dianggarkan untuk pembangunan modul  tersebut adalah berjumlah                               RM 39,600.00. Perincian kos adalah seperti berikut :