penulisan tesis, kertas cadangan, kertas kerja laporan
Post on 09-Apr-2018
251 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
8/8/2019 PENULISAN Tesis, Kertas Cadangan, Kertas Kerja Laporan
1/27
PENULISAN TESIS, KERTAS CADANGAN, KERTAS KERJA,
DAN LAPORAN
disediakan oleh
DR. HAJI RAZAK BIN DALI, P.K.T.
(Perunding Ilmu Membaca dan Menulis)
1. Apakah Itu Penulisan?Ramai pegawai penyelidik, ketua jabatan, dan pegawai
profesional di jabatan-jabatan kerajaan mungkin pada satu tahap
berasa tidak jelas, kurang pasti dan ada kalanya tidak dapat
membezakan antara pelbagai jenis teks bertulis yang berkaitan
dengan tugas harian mereka. Akibatnya, timbul pelbagai
masalah yang boleh menghalang dan membantut tugas, kajian,
dan projek penting yang hendak dijalankan.
Hal ini bukannya satu anggapan tetapi satu kebenaran.
Rata-rata didapati pegawai kerajaan yang tamat pengajian dari
Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dengan diploma atau ijazah
sarjana muda kurang mendapat peluang dan pendedahan dalam
hal penulisan untuk menghasilkan kertas cadangan (kajian dan
penyelidikan), kertas kerja (akademik dan bukan akademik)
ataupun kertas laporan (saintifik dan bukan saintifik). Kalaupun
mereka telah menghasilkannya, ia dilakukan selalunya bukan
1
8/8/2019 PENULISAN Tesis, Kertas Cadangan, Kertas Kerja Laporan
2/27
melalui tunjuk ajar tetapi melalui proses meniru atau proses
cuba jaya.
Dalam proses penulisan ada kalanya anda berasa tertekan
dan tidak berminat. Ini disebabkan anda disuruh atau terpaksa
menulis dalam satu keadaan di mana anda berasa tidak bersedia
untuk melakukannya. Sungguhpun begitu sebagai seorang
pegawai kerajaan ia menjadi satu tanggungjawab yang mesti
anda laksanakan dengan sebaik-baiknya. Maka untuk
membolehkan anda melaksanakan dan menjalankan amanah itu,
terpaksalah anda melenggkapkan diri anda denganpengetahuan, kebolehan, kemahiran, dan strategi di dalam
bidang penulisan. Tambahan kepada faktor-faktor ini, faktor
afektif juga perlu diberikan perhatian.
Keperluan asas yang anda perlukan untuk membolehkan
anda menjadi seorang penulis ialah:
a) pegetahuan bahasa (fonetik, fonologi, morfologi, semantik,
sintaktis, dan tatabahasa)
b) pengetahuan tentang tajuk (pengalaman yang diterima secara
formal dan tidak formal)
c) pengetahuan tentang format, struktur, dan organisasi teks
bertulis
d) proses penulisan
e) penyuntingan.
Di samping itu anda juga harus mempunyai sifat-sifat
berikut:
a) ada keinginan untuk menyampaikan maklumat
2
8/8/2019 PENULISAN Tesis, Kertas Cadangan, Kertas Kerja Laporan
3/27
b) percaya bahawa anda dapat memberi sesuatu sumbangan
c) tahu bahawa anda ada kuasa/pengaruh (influence) untuk
mengubah sesuatu
d) tahu dan faham bahawa pembaca ada hak untuk menolak dan
memberi pendapat mereka.
Apabila anda berhadapan dengan satu tugas menulis anda
harus boleh menghadapinya dengan pandangan positif.
Hasilnya, proses dan hasil penulisan itu boleh dipandang sebagai
satu kerja yang mencabar, menarik dan menyeronokkan.
2. Memahami Bagaimana Seorang Penulis Bertindak
Buat permulaan, seseorang penulis itu perlu tahu tentang
pelbagai aspek penulisan, keperluan, pengetahuan, dan
kemahiran yang membolehkannya membuat perbezaan antara
menulis bahan kreatif dengan menulis bahan berfakta (penulisan
ekspositori dan berorganisasi).
Sebagai penulis kreatif, hasil karyanya itu pada umumnya
merangkumi bahan-bahan berbentuk prosa (cerpen dan novel)
dan puisi (sajak). Penulis kreatif boleh bertindak dalam keadaan
bebas dan tidak terikat dengan peraturan dan syarat seperti dari
segi struktur organisasi teks itu. Begitu juga dengan isi
kandungannya, penulis tidak perlu mengemukakan bukti untuk
menyokong idea-idea yang diutarakan kerana apa yang ditulis
itu datangnya atau wujudnya daripada ilham, pemikiran atau
ciptaannya sendiri. Penulis teks kreatif pada umumnya menulis
sesuatu karya itu berkaitan dengan budaya, sosial, keagamaan,
3
8/8/2019 PENULISAN Tesis, Kertas Cadangan, Kertas Kerja Laporan
4/27
sains, dan teknologi yang dipandang dari kaca matanya sendiri
dan bukannya daripada hasil satu penyelidikan yang saintifik. Isi
kandungan karyanya ialah hasil rekaan dan mungkin mempunyai
hubungan dengan kehidupan yang pernah dialami oleh penulis
atau anggota masyarakat.
Penulisan berorganisasi (penulisan ekspositori) bukannya
rekaan. Penulisan sebegini mesti berasaskan fakta yang sahih
dan segala yang dikatakan itu telah pun dibuktikan.
Penulisannya rapi, tersusun, dan tidak subjektif. Bahasanya
mengandungi ayat yang ringkas, mudah, padat, dan tepat.Penulisan ekspositori memerlukan penulis membuat rujukan
fakta yang telah diperakui dan diterbitkan oleh pakar-pakar di
dalam bidang kajian atau penyelidikan. Oleh itu sebelum anda
memulakan proses penulisan, anda perlu melihat dan
menimbang soalan-soalan ini:
a) Adakah kamu mempunyai satu tesis (subjek/perkara) yang
menjadi isu dan persoalan untuk dicari penyelesaian atau
jawapannya?
b) Adakah tesis itu wajar, penting dan sangat-sangat
memerlukan jawapan?
c) Adakah jawapan dan penyelesaian yang akan kamu dapati itu
memberi sumbangan kepada bidang ilmu; dan pembangunan
manusia dan negara?
d) Adakah tesis itu mengutarakan satu perkara baru di dalam
bidang ilmu itu? Atau kamu melihat satu perkara di dalam
bidang ilmu kamu (subjek semasa) dalam situasi yang berlainan?
4
8/8/2019 PENULISAN Tesis, Kertas Cadangan, Kertas Kerja Laporan
5/27
Selain daripada menjawab soalan-soalan di atas kamu juga
perlu mempertimbangkan kedudukan diri kamu sendiri:
a) Apakah peranan anda sebagai penulis?
b) Apakah tujuan anda menulis dalam situasi berlainan?
c) Apakah imej diri yang hendak anda utarakan?
d) Bagaimanakah imej itu hendak anda suaikan dengan bahasa
yang digunakan?
e) Bagaimanakah agaknya reaksi pembaca terhadap penulisan
anda itu?
f) Apakah faktor dalaman atau luaran lain yang boleh andagunakan untuk memperelokkan penulisan anda?
g) Adakah penyelidikan kamu itu benar-benar satu penyelidikan
yang akan menghasilkan satu penemuan atau penyelesaian
kepada persoalan yang diutarakan; atau ia hanya untuk
memenuhi syarat pengijazahan?
3. Bagaimana Anda Menghadapi Proses Penulisan
Dalam Situasi Yang Berlainan
Selalunya anda menulis dalam keadaan tertekan, sama ada
disebabkan oleh faktor-faktor luaran ataupun dalaman. Walau
bagaimanapun anda perlu menulis kerana ia merupakan tugas
dan tanggungjawab. Oleh itu penulisan yang anda lakukan itu
haruslah memberi pengertiandan sumbangankepada anda.
Kerja yang dihasilkan itu pula harus mendatangkan kejayaan
dan kepuasan kepada diri anda dalam melaksanakan tugas.
5
8/8/2019 PENULISAN Tesis, Kertas Cadangan, Kertas Kerja Laporan
6/27
Pengetahuan tentang proses menulis bermula dengan
mengetahui konsep, prinsip, dan rasional setiap satu bentuk dan
aspek penulisan itu dengan sejelas-jelasnya dan untuk
menentukan kejelasannnya penulis harus dapat menjawab
soalan-soalan berikut:
a) Apakah yang difahami tentang kertas cadangan/kertas
kerja/laporan (konsep/prinsip/rasional/definisinya)?
b) Bagaimanakah hendak mengenali dan membandingkan
antara kertas cadangan, kertas kerja, dan laporan?
c) Mengapakah kertas cadangan, kertas kerja, dan laporanditulis?
d) Apakah persediaan untuk melaksanakan tugas ini?
e) Apakah pengetahuan dan kemahiran yang perlu anda ada?
f) Siapakah yang akan membaca hasil penulisan anda itu?
Proses penulisan memerlukan anda menulis tidak dalam
keadaan terpisah (in isolation) tetapi dalam konteks atau situasi
tertentu:
a) Adakah anda menulis secara individu atau berkumpulan?
b) Adakah had masa yang diberi untuk menyelesaikan tugas?
c) Adakah tugas itu melibatkan kerja luar atau dalaman?
d) Bagaimanakah hendak menentukan tajuk atau idea yang
hendak ditulis?
e) Berapa banyakkah yang hendak dihasilkan?
f) Apakah matlamat dan tujuan anda?
g) Bagaimanakah anda membuat keputusan tentang menyusun
dan membentuk idea gaya penyampaian yang terbaik?
6
8/8/2019 PENULISAN Tesis, Kertas Cadangan, Kertas Kerja Laporan
7/27
Dari awal keputusan anda hendak menulis anda akan
berhadapan dengan keperluan membuat pelbagai keputusan
yang kompleks seperti:
a) sebab menulis (arahan tugas, pembinaan diri, atau minat)
b) isu atau perkara yang hendak diketengahkan (ditentukan atau
pilihan sendiri)
c) untuk satu kumpulan pembacatertentu (pembaca dalaman
atau luar)
d) jenis tulisan yang ditetapkan (ringkas atau lengkap)
e) perasaan terhadap penulisan (tertekan atau selesa)f) pengalaman dan latihan yang anda ada (formal atau bukan
formal)
g) faktor luaran seperti tarikh akhir, ketepatan maklumat, dan
perkara-perkara lain.
Anda perlu sedar peranan penulisan dalam kehidupan
peribadi dan profesional anda. Menulis tidak datang dengan
mudah. Anda perlu sanggup menggunakan masa dan tenaga
untuk membolehkan anda menulis dengan baik. Menulis itu satu
aktiviti yang penting dalam perkembangan dan pembangunan
kerjaya anda.
4. Organisasi Makro Di Dalam Sebuah Teks Bertulis
(Anatomi Teks)
7
8/8/2019 PENULISAN Tesis, Kertas Cadangan, Kertas Kerja Lap