kertas cadangan taman sains

11
KERTAS KERJA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN PROJEK PENGHIJAUAN TAMAN SAINS INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK 1.0 PENDAHULUAN . Projek Penghijauan Taman Sains merupakan salah satu instrumen yang dinilai oleh pensyarah di dalam Modul WAJ2022 Pendidikan Alam Sekitar. Oleh itu, beberapa kumpulan telah dibahagikan untuk projek penghijauan taman sains yang telah wujud sedia ada di Taman Sains Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik dibawah pengawasan Jabatan Sains dan kerjasama daripada pelajar Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik. Untuk mengekalkan kedudukan sebagai taman sains terbaik di Intitut Pendidikan Guru, kertas kerja ini dibentangkan untuk mencadangkan beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk penambahbaikan Taman Sains sedia ada. Penambahbaikan ini berdasarkan komen dan ulasan yang diberikan oleh pensyarah bimbingan dan beberapa komen pelajar Institut Pendidikan Guru , Kampus Pendidikan Teknik. 2.0 MISI .

Upload: azmiaina

Post on 21-Dec-2015

386 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

PROJEK PENGHIJAUAN TAMAN SAINS

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

1.0   PENDAHULUAN .

Projek Penghijauan Taman Sains merupakan salah satu instrumen yang dinilai

oleh pensyarah di dalam Modul WAJ2022 Pendidikan Alam Sekitar. Oleh itu,

beberapa kumpulan telah dibahagikan untuk projek penghijauan taman sains yang

telah wujud sedia ada di Taman Sains Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan

Teknik dibawah pengawasan Jabatan Sains dan kerjasama daripada pelajar Institut

Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik.

Untuk mengekalkan kedudukan sebagai taman sains terbaik di Intitut

Pendidikan Guru, kertas kerja ini dibentangkan untuk mencadangkan beberapa

perkara  yang perlu dilakukan untuk penambahbaikan Taman Sains sedia ada.

Penambahbaikan ini berdasarkan komen dan ulasan yang diberikan oleh pensyarah

bimbingan dan beberapa komen pelajar Institut Pendidikan Guru , Kampus

Pendidikan Teknik.

2.0   MISI .

Penubuhan Taman Sains ini adalah untuk memelihara warisan kehijauan yang

berasaskan tumbuhan hijau yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu.

Kewujudan taman sains ini juga dapat meningkatkan pengetahuan  tentang

tanaman-tanaman hijau dan herba dimana kegunaan-kegunaannya yang semakin

dilupakan oleh generasi masa kini.

3.0   VISI

Menjadikan Taman Sains ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar  dan

warga Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik  . Senantiasa

menambah baik dan menambah koleksi penanaman hijau dan tanaman yang

mempunyai nilai  komesial .

4.0   OBJEKTIF.

Antara objektif perlaksanaan projek ini:

i. Membudayakan nilai kasih sayang terhadap alam sekitar di kalangan

warga Institut Pendidikan Guru, Kampus Pendidikan Teknik.

ii. Merealisasikan konsep “IPGKT dalam taman”

iii. Mengeratkan perhubungan antara warga Institut Pendidikan Guru bagi

menjayakan pendidikan alam sekitar.

iv. Menjadikan suasana pembelajaran lebih kondusif dan penuh

kedamaian yang mempraktikkan amalan hidup lestari.

v. Membantu pelajar mengenali nama dan kegunaan pokok yang

ditanam.

5.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN SAINS

6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN  

Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan oleh kumpulan kami beberapa

perkara telah dikenal pasti  untuk untuk menambah baik Projek Penghijauan Taman

Sains

Kekuatan :

Mempunyai pelbagai  variasi tumbuhan yang telah sedia ada.

Penggunaan sistem pengairan yang sistematik senang.

Mempunyai kawasan yang luas bagi menjayaka Projek Penghijauan Taman

Sains.

Kerjasama dengan warga kerja Jabatan Sains Institut Pendidikan Guru ,

Kampus Pendidikan Teknik.

Kelemahan :

Kurang  mempunyai koleksi tanaman yang  eksotik dan jarang  didapati .

Tanaman sedia ada tidak disusun dan dikategorikan dengan sempurna.

Landskap Taman Sains sedia ada kurang menarik dan ceria.

Pendokumentasian aktiviti  dan pelabelan tanaman yang masih belum

lengkap dan sempurna.

Kurang proses penjagaan terhadap tanaman yang ditanam.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .

Berdasarkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti , kumpulan telah

mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak Jabatan Sains

untuk diambil tindakan segera , antaranya ialah :

Memperbaiki lanskap yang sedia ada.

Membina landskap yang menarik dengan menambak kawasan Taman sains

dengan  meletakkan tanaman mengikut katagori.

Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama.

Menanam semuka pokok-pokok yang mempunyai nilai eksotik dan sukar

didapati .

Menambah suasana lanskap dengan kicauan burung di mana pondok sedia

ada di jadikan sangkar burung.

Cadangan bergambar seperti di Lampiran 1.

8.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN  DAN SUMBER KEWANGAN

                                     

BIL PERKARA JUMLAH KOS SUMBER1 Pokok Lidah Buaya -2 Pokok Kaktus -3 Cat -4 Jaring RM 60.005 Paku RM 5.006 Burung Merpati RM 60.00

JUMLAH RM 125.00

9.0 PENUTUP :

           Projek Penghijauan Taman Sains Institut Pendidikan Guru, Kampus

Pendidikan Teknik ini merupakan projek serampang dua mata , yang salah satu

matlamatnya ialah mengekalkan Taman Sains sebagai Taman Sains Terbaik

peringkat Institut Pendidikan Guru dan juga menjadi salah satu medan pembelajaran

bagi pelajar – pelajar yang berasaskan tanaman sains . Sehubungan itu, kertas kerja

ini telah dirancang untuk mencapai matlamat tersebut. Diharapkan segala cadangan 

dan masalah yang dikemukan dalam kertas kerja ini akan mendapat perhatian yang

sewajarnya daripada pihak pentadbiran institut supaya projek ini dapat dijalankan

mengikut perancangan yang telah dirancang oleh kumpulan. Akhirnya, dengan

kerjasama pelbagai pihak diharapkan Projek Penghijauan Taman Sains ini akan

mendapat mencapai kejayaan yang lebih membanggakan pada tahun ini dan tahun-

tahun yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

CADANGAN PENAMBAIKAN BERGAMBAR

GAMBAR CADANGAN PENAMBAIKAN

Pembersihan ruang tanaman kaktus

Menambah tanah bagi proses pembiakan kaktus yang lebih efektif

Meletakkan kaktus di satu kawasan.

Pembersihan kawasan.

Proses mengasingkan tanaman

Menyusun semula tanaman mengikut kategori

Membersih dan menyusun semula tanaman

Membuang sisa-sisa rumput

Menyusun semula batu-bata

Cadangan membuat sangkar burung

Mengemaskini semula stuktur pondok sedia ada

Meletakkan burung yang bersesuaian.

Pembersihan kawasan

Menyusun semula tanaman

Merangka semula jenis tanaman