kertas kerja cadangan(siap)

21
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SMP PPG MEI 2014 HBEF2503 KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH TAJUK DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON MOHD NOOR EZZANI B MD ZUBIR 82022002577300 1 018-5788045 EMEL :[email protected] 1 | Page MENGATASI MASALAH KEKELIRUAN DALAM MEMBEZAKAN PENGGUNAAN HURUF B DAN P KETIKA MENULIS SESUATU PERKATAAN DENGAN KAEDAH (A&B)

Upload: ezzani82

Post on 02-Oct-2015

50 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

proposal

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASASMP PPG MEI 2014HBEF2503

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

TAJUK

MENGATASI MASALAH KEKELIRUAN DALAM MEMBEZAKAN PENGGUNAAN HURUF B DAN P KETIKA MENULIS SESUATU PERKATAAN DENGAN KAEDAH (A&B)

DISEDIAKAN OLEH:

NAMANO. MATRIKNO. TELEFON

MOHD NOOR EZZANI B MD ZUBIR820220025773001018-5788045

EMEL:[email protected]

PENSYARAH/PENYELIA: ENCIK ZAINI BIN ABDUL GHANI

1.0PENDAHULUANKemahiran menulis merupakan kemahiran asas Bahasa Melayu untuk murid-murid sekolah rendah. Hal ini amat pentinguntuk mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang pada masa hadapan. Oleh hal yang demikian, kajianini bertujuan untukmengenal pasti permasalahan tentang kemahiran membaca dan menulis BahasaMelayudalamkalanganmurid-muridsekolahrendahdi luar bandar ( Abdul Rasid Jamian, 2011)Kemahiran menulis merupakan suatu budaya intelek yang saling melengkapiantara kemahiran membaca dengan menulis. Keupayaan menulis merupakan proses penyaluran maklumat yang bersifat mekanikal dan disalurkan secara bersistemiaitumengambil kira matlamat, penggunaan bahasa,audiens,dangaya penulisan. Sehubungan itu, keupayaan membacadanmenulismerupakan satu masalah dalam kemahiran yangmenjadipuncaatauasasdalamprosespengajarandan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggidalamkemahiranmembacadanmenulispastidapatmeningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam Bahasa Melayu dan mata pelajaran tertentu.(Abdul Rasid Jamian)Menurut Abdul Rasid dan Zulkafli (2008), masalah menguasai kemahiranmembaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya. Permasalahan membaca yang ada dalam diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan b betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak ketahui makna atau gagal membunyikannya. Ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami maklumat dan makna bahan bacaan tersebut. Selain itu, murid ini juga lemah dan tidak berminat mencari maklumat yang terdapat dalam gambar rajah atau bahan rangsangan yang diberikan oleh guru.Levin (1987) yang dikutip oleh Noraini Ombi (2009), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju dan memasan manik. Kanak-kanak yang menghadapidyspraxiamotor halus menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketika memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan dan bukan jari untuk menulis.Sasson (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul, menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan ynag cantik dan penuh dengan kesenian.Brenna (1995) pula menyatakan kanak-kanak cenderung untukmemanipulasikan pengetahuan yang mereka ada untukmenyelesaikan sesuatumasalah.Contohnya, seperti ketika mereka berhadapan dengan masalah hurufterbalik, iaitu memberikan jawapan alternatifbkepadapyang ditunjukkan. Selaindari masalah kekeliruan huruf terbalik, kekeliruan jenis imej cermin juga wujud dancontoh kekeliruan yang sering didapati adalah kekeliruan antara hurufb dengan hurufddan huruf p dengan q ( Higgins et al.1996).Satuanalisis menunjukkan bahawa satu kajian telah dibuat untuk kanak-kanak tadika oleh Popp (1964) melaporkan bahawa mereka mengalami kesukaran memadankan bentukhuruf kecil seperti u, q, d, h, p, v, b, c, f, l, j dan k.Kajian Popp (1964) jugamenunjukkan kanak-kanak tadika juga mengalami kekeliruan abjad dalam usahamemadankan bentuk-bentuk huruf kecil seperti b-d,p-q, b-q, dan d-p yang dinamakan masalah pembalikan huruf (reversal of letters).

1.1Sorotan LiteraturRamai pengkaji telah membuat kajian dalam bidang penulisan.Seperti yang kita tahu, bidang penulisan ini merupakan satu bidang yang sangat luas.Pelbagai aspek dapat dikaji melalui aspe penulisan ini. Seperti yangSaya merujuk kepada bab tokoh yang telah mengkaji mengenai aspek penulisan. Terdapat beberapa kajian tentang kesalahan bahasa berfokuskan kepada penulisan seperti Politzer dan Ramirez (2006), Vongthieres (2006) dan Fox (2007).Menurut kajian Politzer dan Ramirez (2006) yang dikutip oleh Hjh Dayang Rose Hamidah (2006:23) dalam kajiannya telah menganalisis kesilapan bahasa Inggeris yang dituturkanoleh kanak-kanak Mexican-American yang menghadiri monolingual (67 orang) dan bilingual (59 orang). Kanak-kanak ini ditayangkan filemanimated cartoonsebanyak 4 kali kemudian mereka disuruh menceritakan semula jalan ceritanya. Penceritaan mereka dirakam dan dianalisis mengikutperingkat-peringkat aspekyanghendak dikaji,iaitu morfologi dan sintaksis.Hasil kajian mereka menunjukkan bahawa sebanyak 50% adalah kesilapan menggunakansimple past tense, sementara 10% adalah kesalahan preposition sebelum frasa nama.Puncakesilapanbahasaberlakudikalanganparapelajarberkenaanadalahberpuncadaripadapengaruhbahasaibunda, dialek-dialek bahasa Inggeris yang tidak standard danpengaplikasianperaturan-peraturantatabahasayang tidak sistematik.Satu lagi kajian Vongthieres (2006) yang dikutip oleh HjhDygRose Hamidah, 2006: 24), iaitu kajian berdasarkan masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajarThailanddalammempelajaribahasaInggerisdiUniversitiOhio.Hasil kajian menunjukkan bahawa aspek yang menjadi masalah kepada pelajar-pelajar tersebut adalahpenggunaankatakerjamengikutjeniskatatenseyangberlainan.Sebanyak 44.8% kesalahan adalah kesalahan dari jenis penggunaan kata kerja mengikut jenis kata tense yang dilakukan oleh para pelajar tersebut.2.0Fokus Kajian.Sebelum saya menentukan fokus kajian, saya telah menghadapi beberapa masalah kajian yang dialami dalam kalangan murid Tahun 4 Cemerlang. Antara masalahnya adalah masih lagi terdapat murid yang tidak mahir atau tidak mampu untuk membaca dengan lancar, murid keliru akan penggunaan huruf b dan p, murid masih lagi tidak mampu membezakan ayat tunggal dan ayat majmuk dan tidak boleh membina peta minda dengan betul.Antara masalah utama dikalangan murid Tahun 4 Cmerlang ialah murid tidak dapat membezakan penggunaan huruf b dan p ketika membina ayat atau karangan. Ini jelas kelihatan apabila saya membuat semakan buku tulis dan karangan mereka.Terdapat kesalahan yang dlakukan terutamanya perkataan yang mempunyai huruf b dan p di belakang perkataan.Oleh itu, saya akan memfokuskan kajian ini kepada murid-murid Tahun 4 Cemerlang yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang baik dalam Bahasa Melayu 2 bahagian B. Keadaan ini adalah kerana murid-murid ini sebenarnya mampu membaca dengan baik tetapi disebabkan mereka masih tidak mampu membezakan huruf b dan p murid-murid ini sukar untuk mendapatkan markah yang baik dalam penulisan.Justeru itu secara tidak langsung prestasi murid-murid ini semakin merudum.Bagi murid-murid Tahun 4, penulisan yang betul tidak lagi sepatutnya menjadi masalah bagi mereka.Ini kerana mereka seharusnya sudah mendapat latihan yang baik di tahap satu dahulu dan mereka perlu mahir mengenai penulisan ini.Pada tahap dua ini, penulisan adalah penting kerana mata pelajaran Bahasa Melayu kertas dua memerlukan murid-murid yang mampu untuk menulis dengan baik.

3.0OBJEKTIF KAJIANDalam kajian ini, objektif umum yang ingin dicapai adalah untuk mengenal pasti masalah dalam kekeliruan penggunaan huruf b dan p bagi murid-muridsekolah rendahdi luar bandar. Manakalaobjektif khusus kajian ini adalah seperti berikut :1.Mengenal pasti cara menulis huruf b dan p mempunyai perbezaannya.2. Meningkatkan penggunaan huruf b dan p dalam menulis perkataan dalamkalangan murid-murid Tahun 4 Cemerlang3. Meningkatkan prestasi murd Tahun 4 Cemerlang dalam aspek penggunaanhuruf b dan p 2.1Soalan KajianBerdasarkan objektif kajian, maka tiga persoalan kajian dibina seperti berikut :1. Mengenal pastipunca masalah kekeliruan penggunaan huruf b dan p dalam kalanganmurid Tahun 4 Cemerlang.2. ApakahkaedahA&B dapat digunakan sebagai satu kaedah menulishuruf b dan pdalam sesuatu perkataan.3. Sejauh manakah prestasi murid Tahun 4 Cemerlang meningkat setelahmenggunakankaedahK&K

4.0Kumpulan Sasaran.Dalam kajian yang dikaji, saya telah memfokuskan kepada murid-murid kelas Tahun 4 Cemerlang.Ini adalah kerena saya ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam kelas tersebut. Kelas Tahun 4 Cemerlang ini mempunyai 17 orang murid yang terbahagi kepada 8 orang murid lelaki dan 9 orang murid perempuan. Bilangan ini tidak ramai kerana sekolah ini ditempatkan bilangan murid yang sedikit dalam sesebuah kelas dan juga mempunyai pelbagai aras dan tahap pencapaiannya.Oleh itu, secara tidak langsung prestasi murid Tahun 4 Cemerlang ini berada ditahap yang sederhana dan lemah, akan tetapi mereka masih lagi berkebolehan dalam mencapai tahap yang memberangsangkan jika dapat dibentuk awal dengan cara yang betul.

4.1Perancangan Pelaksanaan TindakanBeberapa rancangan tindakan telah difikirkan yang mana kemungkinannya mampu untuk meningkatkan kemahiran dan kemampuan murid-murid sekolah SKMN untuk membezakan penggunaan huruf b dan p ketika menulis perkataan. Pelbagai kaedah telah dirancangkan dan penyusunan tindakan yang akan dijalankan telah pun disusun agar dapat membuat perlaksanaan dengan baik dan tersusun.Kaedah dan tindakan yang dirancang disenaraikan dalam jadual berikut.

4.1.1Tindakan yang dijalankan.

Setelah melihat masalah kekeliruan murid-murid dari perspektif psikologi, termasuk setiap aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan juga intelektual, sekali lagi persekitaran murid-murid ini baik di sekolah ataupun di rumah harus diberi perhatian yang secukupnya terutama sekali aspek ejaan kerana terdapat interaksi antara perkembangan dan persekitarannya. Walauapa jua kaedah yang hendak digunakan adalah untuk membantu murid-murid ini dengan membuat penyesuaian yang cukup dengan permintaan situasinya, dengan tidak melupakan batasan yang dikenakan oleh keadaan dan kebolehan semulajadinya. Kaedah untuk mengatasi masalah kekeliran penggunaan huruf b dan p ini akan dijelaskan.Kaedah A&B iaitu kaedah atas dan bawah yang telah dicipta bagi mengatasi masalah kekeliruanpenggunaan huruf b dan p dalam menulis sesuatu perkataan. Kaedah A&B ini merupakan satu kaedah yang lebih memfokuskan kepada murid untuk mengenal dan memahami penggunaan huruf b dan p dala menulis sesuatu perkataan dan ayat. Berikut adalah langkah-langkah dalam menjalankan kaedah A&B ini.Langkah 1

Untuk langkah pertama ini, saya akan menjalankan pemerhatian untuk mengenal pasti secara tidak langsung tentang kekeliruan terhadap penggunaan huruf b dan p. Pemerhatian akan dilakukan dengan saya membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid di dalam buku tulis mereka. Di situ dapat dilihat bahawa terdapat masalah di mana murid sering kali salah dalam penggunaan huruf b dan p ketika menulis perkataan.Selain itu, saya juga akan membuat Ujian diagnostik terhadap murid-murid. Ujian ini dijalankan bagi mengetahui tahap kemahiran murid dalam pengejaan sesuatu perkataan itu terutama sekali perkataan yang mempunyai huruf b dan p. Ini kerana tahap kemahiran setiap murid adalah berbeza-beza. Jadi hasil dari ujian ini akan memudahkan guru untuk merancang latihan yang bersesuaian dengan murid. Ujian ini juga dapat melihat kemahiran yang diajar adalah berpandukan kepada kelemahan murid tersebut.

Langkah 2Dalam langkah ini, saya akan menerangkan kepada murid teknik menulis huruf b yang betul iaitu dengan kedudukan bermula dari pangkalnya diatas terlebih dahulu. Manakala bagi huruf p pula, kedudukan pensel bermula dari pangkalnya dibawah dahulu. Cara ini secara mudah dapat difahami oleh murid-murid dalam tujuan mengenal bentuk dan cara penulisan huruf b dan p dengan betul.

Langkah 3

Langkah seterusnya,saya memberikan ujian pertama dengan murid dikehendaki untuk mengenal pasti kedudukan huruf b dan p dalam sesebuah petikan yang diberikan dengan cara menggariskan atau membulatkan. Cara ini bertujuan untuk membiasakan murid dengan kedudukan huruf-huruf tersebut dalam sesuatu perkataan sekali gus dapat memberi gambaran kepada murid tentang penggunaan huruf b dan p dalam sesuatu perkataan itu.

Langkah 4

Pada langkah keempat ini, saya akan menguji murid dengan cara menyenaraikan perkataan-perkataan yang mempunyai huruf b dan p dengan ejaan yang betul. Murid akan menggunakan pengetahuan yang mereka ada untuk menulis semula perkataan yang telah dilihat dalam latihan sebelum ini. Cara sebegini, murid akan cuba mengenal dan mengecam ejaan yang betul bagi sesuatu perkataan itu. Selain itu murid juga dapat melatih diri dalam menulis sesuatu perkataan itu dengan menggunakan huruf b dan p dengan betul.

Langkah 5

Setelah melaksanakan ujian dalam langkah 4, saya akan membuat penilaian terhadap hasil kerja murid tersebut. Berdasarkan penilaian yang dibuat, murid yang lulus atau mampu menyelesaikan ujian yang dilaksanakan dengan baik akan dibuat tindakan selanjutnya, manakala murid yang masih lagi tidak mampu mengenal perbezaan huruf b dan p dengan ujian dalam langkan 4 akan diuji semula. Dengan cara ini, guru akan mengulangi semula langkah 4 untuk memastikan bahawa murid-murid yang masih lagi tidak melepasi tahap yang diinginkan itu dapat melaksanakannya dengan lebih baik.

Langkah 6

Setelah guru melaksanakan pusingan kedua bagi murid-murid yang belum mencapai tahap di langkah 5, guru mula mengumpulkan hasil dapatan yang diperolehi. Hasil tersebut direkodkan ke dalam penulisan kajian tindakah yang akan dihasilkan kelak. Justeru itu, guru sendiri dapat merumuskan bahawa kaedah yang digunakan iaitu Kaedah A&B berhasil untuk dilaksanakan atau pun tidak. Segala keputusan dan tindakan yang dilaksanakan akan dijilidkan bagi.

4.2Teknik Pengumpulan Data. (jadual)Setelah memperoleh data-data yang dikehendaki dengan cara membuat pemerhatian, ujian, temu bual serta latihan dan penilaian, teknik pengumpulan data juga perlu bersesuaian dengan cara bagaimana sesuatu data itu hendak dikumpul atau direkodkan. Berikut adalah beberapa teknik pengumpulan data yang dirancang dalam merekod maklumat atau data yang diperolehi.

4.2.1Teknik Pemerhatian

Teknik pemerhatian merupakan salah satu teknik pengumpulan data yang sesuai digunakan bagi mengenal pasti masalah sama ada pada peringkat awal atau sepanjang proses tindakan. Dalam teknik pemerhatian ini boleh terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya pemerhatian di awal tindakan, pemerhatian ketika tindakan berjalan dan pemerhatian di akhir tindakan.Pemerhatian di awal tindakan adalah seperti membuat pemerhatian terhadap hasil kerja murid yang lepas, antaranya membuat semakan terhadap buku latihan murid dan ujian bulanan murid yang lepas. Pemerhatian ini adalah untuk mendapatkan gambaran awal mengenai masalah yang dihadapi murid serta mengenal tahap prestasi murid ketika itu. Berikut adalah contoh borang teknik pemerhatian di awal tindakan dalam proses pengumpulan data.Teknik Pemerhatian Ketika Tindakan pula adalah pemerhatian yang akan dilakukan sepanjang proses tindakan itu berjalan. Ini bermaksud bermulanya penerangan sehingga tamat menjalankan kaedah yang dirancang, pemerhatian akan sentiasa berlaku. Ia disebabkan guru ingin melihat dan meneliti sebarang perkembangan dan perubahan yang berlaku terhadap prestasi murid ketika menjalankan kaedah tersebut. Ini adalah penting kerana ia dapat mengenal pasti sama ada murid mampu membuat perubahan yang positif dalam masa yang lebih singkat dari jangkaan guru atau sebaliknya.Bagi teknik pemerhatian di akhir pula, tindakan dijalankan selepas melaksanakan kaedah A&B tersebut. Pemerhatian ini adalah bertujuan bagi memastikan murid-murid dapat menerima dengan baik atau juga dapat menilai sama ada kaedah yang digunakan itu mampu dilaksanakan dengan jayanya atau pun tidak.

4.2.2Teknik Temu BualTemubual merupakan satu pemerhatian yang lebih menjurus kepada respon berbentuk verbal dan juga gerak badan. Temubual membolehkan guru mengkaji dengan lebih terperinci akan masalah murid-murid tersebut. ini juga menurut Merriem (1998) penggunaan temubual bertujuan untuk mengumpulkan maklumat yang tepat sepeti sosiodemografik, umur, pendapatan, taraf perkahwinan, tahap pendidikan dan sebagainya.Di sini guru dapat membuat temubual bersama guru pembimbing dan guru kelas bagi mengetahui akan masalah yang dihadapi oleh murid dan juga guru sendiri boleh membuat tamubual bersama murid itu sendiri.

4.3Teknik Analisis Data.Analisis data adalah suatu kegiatan untuk meneliti, memeriksa, mempelajari, membandingkan data yang ada dan membuat interpretasi yang diperlukan. Selain itu, analisis data dapat digunakan untuk mengindentifikasi ada tidaknya masalah. Kalau ada, masalah tersebut harus dirumuskan dengan jelas dan benar.Kegunaan analisis data adalah sebagai bahan masukan untuk pengambilan keputusan, perencanaan, pemantauan, pengawasan, penyusunan laporan, penyusunan statistik pendidikan, penyusunan program rutin dan pembangunan, peningkatan program pendidikan, dan pembinaan sekolah.Dalam menganalisis data, pelbagai cara yang boleh laksanakan, antaranya dari aspek pemerhatian. Kajian saya ini akan menggunakan beberapa borang bagi teknik pengumpulan data pemerhatian (seperti yang dijelaskan dalam teknik pengumpulan data). Dengan borang tersebut, analisis dijalankan dengan mengenal pasti sama ada murid-murid ini mempunyai masalah seperti yang dinyatakan. Berdasarkan pemerhatian terhadap masalah murid itu, saya akan mengambil tindakan susulan dengan mengklasifikasikan masalah-masalah murid ini kepada beberapa kategori iaitu kategori peringkat 1, peringkat 2 dan peringkat 3.Dalam peringkat 1, murid bermasalah ini berada pada tahap paling rendah. Ini adalah kerana mereka langsungtidakdapat mengenal dan membezakan huruf b dan p dalam menulis perkataan.Manakala peringkat 2 pula, murid-murid ini dikategorikan sebagai bermasalah dari aspek fizikal seperti kesalahan cara memegang pensil, mempunyai masalah penglihatan dan sebagainya dan peringkat 3 pula murid-murid ini boleh diklasifikasikan dengan masalah ketidakprihatinan dalam diri mereka. Ini dapat dijelaskan dengan murid-murid tersebut melakukan kesilapan dalam penulisan b dan p atas sebab cuai dan lalai ketika menulis sesuatu perkataan atau ayat. Ini secara tidak langsung akan memberikan kesan yang negatif kepada prestasi mereka kerana kesalahan ini akan menjadi tabiat dan kebiasaan bagi mereka jika tidak dibendung pada peringkat awal.Seterusnya, analisis data juga boleh dilakukan pada pengumpulan data temubual. Berdasarkan data yang diperoleh, teknik temubual boleh dianalisis dengan memastikan beberapa masalah yang dihadapi oleh setiap individu dalam kelas tersebut. Dalam temubual ini, saya akan berkomunikasi dengan serta bersoal jawab juga dengan murid itu sendiri. Dalam kaedah temu bual ini, maklumat yang diperoleh akan dikenal pasti kesahihannya.Bagi memastikan kesahihanya itu, saya akan membuat rujukan kepada pensyarah penyelia bagi mengklasifikasikan murid-murid tersebut kepada beberapa kumpulan yang berbeza tahap. Tujuan kumpulan ini diadakan kerana ia dapat memudahkan saya melaksanakan kaedah A&B ini mengikut tahap dan prestasi. Dalam kumpulan murid Tahun 4 Jaya tersebut mempunyai pelbagai tahap dan prestasi yang berbeza. Ini secara tidak langsung membuatkan ujian yang diberi juga perlu mengikut perkembangan tahap murid agar dapat mengaitkan keputusan yang diperoleh dengan persekitaran dan masalah pemebelajaran murid itu sendiri.

4.4 Jadual Pelaksanaan Kajiani. Perancangan mengumpul data kajianBilBukti/ Data yang dikumpulSemakan( / )Bagaimana dan bila bukti/data akan dikutip

1.Diari peribadi guru- nota dan pemerhatian

2.Analisis dokumen- sukatan pelajaran, hasil kerja murid, laporan

3.Gambar foto

4.Rakaman audio/video serta transkripsi

5.Pemerhatian luaran

6.Temubual-guru dan murid

7.Komen-rekod peristiwa secara terperinci

8.Senarai semak/soal selidik

9.Jurnal/ Log

10.Rekod anekdot

11.Portfolio

12.Nota lapangan

Berdasarkan, jadual perancangan mengumpul data kajian di atas, saya akan menggunakan jadual ini berdasarkan kepada maklumat yang diperoleh untuk dijadikan bukti. Bukti yang diterima akan ditanda ( / ) dan dicatat cara data dikutip di bahagian ketiga.

i. Jadual Kerja Pelaksanaan KajianBilAktiviti/ TindakanTarikh pelaksanaanCatatan

Tarikh MulaTarikh Akhir

1.Mengenal pasti isu dan pengumpulan data awal

2.Menulis kertas cadangan/ proposal kajian

3.Merancang tindakan

4.Melaksana tindakan aktiviti 1

5.Membincangkan masalah yang timbul semasa pelaksanaan tindakan dalam tindakan 1

6.Melaksana tindakan- Aktiviti 2

7.Mengenal pasti dan pengumpulan data awal

8.Menulis proposal kajian

9.Merancang Tindakan

10.Melaksana tindakan- Aktiviti 1

11.Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 1

12.Melaksana tindakan- Aktiviti 2

13.Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 2

14.Melaksana Tindakan- Aktiviti 3

15.Membincangkan masalah yang timbul dalam tindakan 3

16.Ujian untuk mengesan pencapaian murid

17.Membuat refleksi mengenai penyelidikan tindakan

18.Menulis laporan penyelidikan tindakan

19.Membentangkan dapatan penyelidikan tindakan

Saya akan menggunakan jadual kerja sebagai data pengumpulan aktiviti yang telah dilaksana. Penggunaan jadual kerja ini akan sentiasa dikemas kini untuk mengetahui sorotan aktiviti yang dijalankan dan juga sebagai bahan bukti dalam kajian yang dilakukan. Selain itu juga, ia bertujuan untuk menilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan menggunakan kaedah A&B dalam penulisan murid.4.4Anggaran BelanjawanBilItem/PerkaraKuantitiHarga SeunitJumlah

1.Kertas Putih A41RM 10.00RM 10.00

2.Dakwat Printer1RM 80.00RM 80.00

3.Buku Rujukan2RM 20.00RM 40.00

4.Cetakan Bahan-RM 20.00RM 20.00

5.Minyak Kenderaan-RM 50.00RM 50.00

6.Alat Tulis-RM 20.00RM 20.00

Jumlah KeseluruhanRM 220.00

7.0 Jadual Belanjawan

5.0BIBLIGRAFI

Abdul Rasid Jamian. (2008)Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis BahasaMelayu Murid-murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar: Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu.

Abdul Rasid Jamian & Zulkafli Abu Zarin. (2008). Keupayaan kemahiran membaca danmenulis Bahasa Melayu murid sekolah rendah kebangsaan luar bandar.

Kertas kerja di Konvensyen Pendidikan Nasional 2008.Universiti Pendidikan Sultan Idris. 2-4 Jun 2008.

Popp (1964),Masalah Kanak-kanak Mengenal Abjad.Melalui jurnal Fakulti PendidikanUniversiti Pendidikan Universiti Malaya,Jilid 11, (1984/85)

Noraini Ombi (2009: 215-227),Kajian Kes Ke Atas Kekemasan Tulisan Murid Tahun 2dalam Kelas Pemulihan Khas Bahasa Melayu. Buku Koleksi Kertas KerjaSeminar Penyelidikan IPGM KBL.Sasson, R. (1993). The art and science of handwriting. Dimuat turun daripadahttp://mariasalamperpaduan.blogspot.com/2011/12/contoh-kajian-tindakan-masalah.html.Pada 13 Februari 2012.

Rujukan Laman WebMengatasi kelemahan murid menguasai aspek tatabahasa dalam Bahasa Melayu melalui cara permainan bahasa. A. Chellamal Bagavathy. (2005). Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005http://www.web.apps.emoe.go.my/ipba/rdibpa/cd1/article52.pdf

PanduanMenulis Karangan NoorazmanMahat.(2009).http://karanganbagus.blogspot.com

1 | Page