kertas cadangan pembangunan sahsiah

24
FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI PROGRAM PENDIDIKAN SAINS (KIMIA) ANJURAN : PEGAWAI RELA DAERAH SLIM RIVER DENGAN KERJASAMA : PELAJAR-PELAJAR UPSI TARIKH : 4 – 5 FEBRUARI 2006 TEMPAT :

Upload: anon-770254

Post on 06-Jun-2015

4.400 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

FAKULTI SAINS DAN TEKNOLOGI

PROGRAM PENDIDIKAN SAINS (KIMIA)

ANJURAN :

PEGAWAI RELA DAERAH SLIM RIVER

DENGAN KERJASAMA :

PELAJAR-PELAJAR UPSI

TARIKH :

4 – 5 FEBRUARI 2006

TEMPAT :

FELDA BESOUT 2

Page 2: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

KERTAS KERJA“EPILOG KASIH”

ANJURANPELAJAR KURSUS HUBUNGAN ETNIK

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

1.0 PENDAHULUAN

Program “ Epilog Kasih ” ini akan dijalankan selama dua hari di Felda Besout 2 yang terletak di Sungkai, Perak. Program ini akan melibatkan pelbagai pihak sekaligus dapat menjalankan hubungan baik diantara penduduk kampung dengan pelajar-pelajar UPSI. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan bagi menceriakan penduduk Felda Besout 2. 2.0 TUJUAN

Program ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama penduduk Felda dan untuk menjalinkan hubungan mesra dengan pelajar-pelajar UPSI. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memberi suasana ceria dan hiburan kepada penduduk dengan adanya pelbagai aktiviti. Pelajar juga dapat didedahkan dengan aktiviti kemasyarakatan yang sekarang ini pelajar kurang didedahkan dengan aktiviti-aktiviti sosial.Tujuan program ini juga adalah untuk memupuk semangat kerjasama antara pelajar dengan penduduk Felda. 3.0 LATAR BELAKANG

Pelajar-pelajar pada masa kini, kurang terdedah dengan aktiviti sosial kemasyarakatan. Mereka lebih banyak menghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajaran. Oleh itu, program ini diadakan untuk membolehkan pelajar-pelajar bersosial dengan penduduk luar. Selain itu, pelajar-pelajar dan penduduk felda dapat saling mengenali dan dapat berkongsi pengalaman masing-masing. Program ini juga dapat mendedahkan pelajar-pelajar dengan kehidupan di luar bandar. Di samping itu, penduduk felda juga dapat mengetahui kehidupan seharian pelajar di universiti. Malahan pelajar-pelajar universiti dapat menjadi contoh yang terbaik kepada kanak-kanak di felda da dapat meniupkan semangat kepada mereka untuk berjaya dalam pelajaran hingga ke menara gading.

Page 3: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

4.0 OBJEKTIF

Antara objektif program ini diadakan ialah:

4.1 Pelajar dapat menambah pengalaman dan pengetahuan mengenai kehidupan penduduk Felda.

4.2 Pelajar dapat menjalinkan hubungan silaturrahim dengan penduduk Felda.

4.3 Pelajar dapat mewujudkan kerjasama pelajar dan penduduk Felda.4.4 Penduduk Felda dapat didedahkan dengan kehidupan pelajar

universiti.4.5 Kanak-kanak di Felda dapat menjadikan pelajar UPSI sebagai contoh

untuk merealisasikan impian mereka ke menara gading.

5.0 JUSTIFIKASI BAGI MENGADAKAN PROGRAM

Antara matlamat lain dalam pelaksanaan program motivasi ini adalah untuk menerapkan nilai-nilai murni di samping dapat menambah pengalaman. Selain itu, program ini dapat menceriakan lagi suasana Felda Besout 2. Pelajar-pelajar juga dapat mempelajari cara pengendalian sesuatu program.

6.0 MAKLUMAT PELAKSANAAN

6.1 Tarikh : 4 - 5 Februari 2006 6.2 Masa : 8.30 pagi 6.3 Tempat : Dewan Serbaguna & Surau Tambahan Felda Besout 2 6.4 Golongan sasaran : Penduduk Felda Besout 2 6.5 Perasmi : Tuan Haji Zahudin Bin Dat Pengurus Felda Besout 2

Page 4: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

7.0 PENGANGKUTAN DAN PERALATAN

7.1 Van 7.2 Hadiah & Cenderahati 7.3 Alat-alat gotong-royong ( alatan mengecat ) 7.4 Alat-alat sukaneka 7.5 Alat-alat komunikasi dan perhubungan 7.6 Alat-alat LDK 7.7 Alat-alat promosi ( kain rentang,kad jemputan,kertas soal selidik )

8.0 JAWATANKUASA INDUK

Penaung : Penasihat : En Samri Bin Sainuddin Pengerusi : Fauzana Bt. Mohd Rohmatullah Naib Pengerusi 1 : Syarifah Nurul Izzah Bt. Yulaim Setiausaha : Syaza Safirah Bt.Zulkifli Bendahari : Nurul Ainn Bt. A. Razak Ahli Jawatankuasa Kecil : Peralatan : Siti Nordalila Bt.Md Saad

Jamuan : Zaihasra Bt. Razali Norita Bt. Mohd Sahidan

Keselamatan : Siti Ajar Bt.SaidinPengangkutan : Zaidah Bt. AdnanDokumentasi : Wan Nurul Azeanty Bt.Wan Mohd

Aturcara Majlis : Nurul Ainun Bt. Abdul Zabar Norzee Bt. Asri

Page 5: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

9.0 BELANJAWAN DAN JUSTIFIKASI

Pendapatan Jumlah Perbelanjaan JumlahAnggaran Pendapatan RM 1500 Anggaran Perbelanjaan RM1500

Jumlah Keseluruhan RM1500 Jumlah Keseluruhan RM1500

10.0 HARAPAN DAN PENUTUP

Semoga program “Epilog Kasih” akan mendapat sambutan daripada semua pihak.Kami berharap ia akan menjadi harapan yang paling ceria di sana. Dengan harapan, program ini dapat berjalan dengan sempurna dan lancar

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

………………………… …………………………….(Fauzana Bt.Mohd Rohmatullah) (En Samri bin Sainuddin) Pengerusi Penasihat Program “Epilog Kasih” Program “Epilog Kasih”

Page 6: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Lampiran A

PROGRAM EPILOG KASIH

TENTATIF PROGRAM

TARIKH : 4 – 5 FEBRUARI 2006

TARIKH MASA PENGISIAN

SABTU4 FEB 2006

8.30 – 8.45 a.m Penduduk FELDA mengambil tempat 8.45 – 9.00 a.m Ketibaan Dif-dif terhormat 9.00 – 10.00 a.m Majlis Perasmian 10.00 -10.30 a.m Jamuan Ringan 10.30 – 1.00 p.m Gotong-royong mengecat surau 1.00 – 2.30 p.m Rehat 2.30 – 4.30 p.m Sambungan gotong-royong mengecat surau

5.30 – 6.30 p.m LDK 1 (Ice Breaking)

6.30 – 8.00 p.m Rehat

8.00 – 10.00 p.m LDK 2

AHAD5 FEB 2006

8.30 – 9.00 a.m Pendaftaran sukaneka 9.00 – 11.00 a.m Acara Sukaneka 11.00 – 12.30 p.m Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah

12.30 – 1.00 p.m Bersurai dan Jamuan Ringan

Page 7: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Lampiran B

PERASMIAN PROGRAM EPILOG KASIH

Masa : 1 Jam 30 minit

Tempat : Dewan Serbaguna

Perasmi : Tuan Haji Zahudin Bin Dat

Atur cara majlis

1. Semua penduduk felda mengambil tempat dalam dewan serbaguna

2. Ketibaan dif-dif kehormat

3. Pengerusi majlis mengalu-alukan kedatangan penduduk felda

4. Pengarah projek memberi kata-kata aluan dan menerangkan objektif dan hala tuju

kem diadakan

5. Ucapan oleh wakil RELA

6. Ucapan oleh Tuan Haji Zahudin dan merasmikan Program Epilog Kasih.

Page 8: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Lampiran C

TENTATIF SUKANEKA

OBJEKTIF :

i. Setiap aktiviti yang dilaksanakan bertujuan memupuk semangat kerjasama di kalangan ahli kumpulan

ii. Memupuk semangat tidak berputus asa dan kesungguhan untuk mencapai matlamat.

iii. Menguji kefokusan dan kepantasan untuk mencapai matlamat.iv. Menguji tahap kekreatifan peserta dalam mencari jalan penyelesaian terbaik

bagi mencapai matlamat.v. Menguji kesabaran peserta.vi. Mengeratkan silaturrahim dan memupuk perhubungan mesra di kalangan

peserta.

Aktiviti 1 : KEMBANG SEMANGKUKMasa : 15 minitAlatan : Belon dan kerusiTempat : Padang Peserta : 5 kumpulan (1 kumpulan 3 orang)CARA-CARA PERMAINAN

1. Pemain pertama dikehendaki berlari ke check-point.2. Pemain perlu meniup belon sehingga pecah3. Apabila belon pemain pecah, pemain kedua terus berlari untuk meneruskan

permainan.4. Begitulah seterusnya sehingga permainan tamat.

Aktiviti 2 : KERUSI KEJAMMasa : 15 minitAlatan : Radio dan 12 buah kerusiTempat : PadangPeserta : 15 orangCARA-CARA PERMAINAN

1. 12 buah kerusi diatur di dalam bulatan.2. Permainan bermula sebaik sahaja muzik dimainkan.3. Pemain dikehendaki mengelilingi kerusi sepanjang tempoh muzik dimainkan.4. Sebaik sahaja muzik dimatikan, pemain dikehendaki berebut untuk duduk.5. Peserta yang gagal untuk duduk, akan disingkirkan serta-merta.6. Untuk permainan seterusnya dua kerusi akan dikeluarkan.7. Begitulah seterusnya sehingga permainan tamat.

Page 9: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Lampiran C

Aktiviti 3 : DETECTIVE CONANMasa : 15 minitAlatan : Tepung, gula-gula, pinggan dan kerusiTempat : Padang Peserta : 5 kumpulan ( 1 kumpulan 3 orang)CARA-CARA PERMAINAN

1. Pemain pertama dikehendaki berlari ke check-point.2. Pemain perlu mencari gula-gula dalam tepung dan mengambilnya dengan

menggunakan mulut.3. Tanpa menggunakan tangan, penyertaan serta-merta dibatalkan jika peserta

menggunakan tangan.4. Apabila peman berjaya mendapatkan gula-gula tersebut, pemain dikehendaki

meletakkannya ke dalam pinggan kosong yang telah disediakan.5. Permainan diteruskan dengan pemain seterusnya.

Aktiviti 4 : MENADAH GERIMIS Masa : 15 minitPeralatan : Air, botol, baldi dan spanTempat : Padang Peserta : 5 kumpulan ( 1 kumpulan 3 orang)CARA-CARA PERMAINAN

1. Pemain dikehendaki mengisi air ke dalam botol dengan menggunakkan span.2. Setiap pemain hanyan dibenarkan mengisi air ke dalam botol dengan hanya

sekali perahan.3. Langkah ini dilakukan secara bergilir-gilir sehingga kuantiti air mencapai

kuantiti yang ditetapkan.

Aktiviti 5: NYAM-NYAM YUMMYMasa : 15 minitPeralatan : Biskut Cracker, 12 buah pinggan, gula, 12 buah kerusi dan 12 botol air

mineral.Tempat : PadangPeserta : 4 kumpulan (1 kumpulan 3 orang)CARA-CARA PERMAINAN

1. Pemain dikehendaki memakan 3 keping biskut di setiap check-point.Terdapat 3 check-point yang disediakan.

2. Langkah yang sama akan diulang sebaik sahaja peserta sebelumnya menghabiskan biskutnya di check-point ketiga.

Page 10: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Lampiran C

Aktiviti 6 : SLEEPING BEAUTYMasa : 15 minitPeralatan : Benang, jarum, kerusi dan bekas jarum.Tempat : PadangPeserta : 4 kumpulan (1 kumpulan 3 orang)CARA-CARA PERMAINAN

1. Bekas berisijarum akan diletakkan di bahagian tengah lorong di antara pemain dan pengadil.

2. Benang dibekalkan kepada setiap pemain.3. Pemain Dikehendaki berlari ke empat bekas berisi jarum dan memaskkan

benang ke dalam jarum tersebut.4. Apabila pemain berjaya memasukkan benang ka dalam jarum, pemain

dikehendaki menunjukkannya terlebih dahulu kepada pengadil di hujung lorong.

5. setelah disahkan barulah pemain seterusnya boleh meneruskan permainan.

Aktiviti 7 : FISHINGMANMasa : 15 minitAlatan : Kayu, botol, tali dan pakuTempat : PadangLANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI

1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan sebatang kayu yang diikat dengan tali dan paku.

2. Pemain pertama dikehendaki berlari ke check point di mana botol di tempatkan.

3. Pemain perlu memancing botol tersebut dan meletakkannya ke dalam baldi yang telah disediakan.

4. Kemudian, pemain perlu memberikan kayu tersebut kepada pemain yang seterusnya untuk meneruskan permainan.

Aktiviti 8 : ABE AYANGMasa : 15 minitAlatan : Kain pengikat kakiTempat : Padang LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI

1. Terdiri daripada 5 pasangan lelaki dan perempuan.2. Setiap pasangan dikehendaki mengikat kaki secara mengiring.3. Mereka dikehendaki berlari ke garisan penamat.

Page 11: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Lampiran C

Aktiviti 9 : BETIKMasa : Sepanjang sukaneka berlangsungAlatan : Buah betikTempat : Padang LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI

1. Peserta dikehendaki meneka bilangan biji betik.2. Satu borang hanya untuk satu tekaan sahaja.3. Jawapan atau tekaan yang paling hampir dengan bilangan sebenar biji betik akan

dikira sebagai pemenang.4. Pemenang akan diumumkan pada majlis penyampaian hadiah.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN1. Borang penyertaan akan dibuka sebelum sukaneka bermula.2. Peserta adalah terhad kepada 200 peserta sahaja.3. Setiap penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM0.50 sahaja.4. Peserta tidak dihadkan kepada satu penyertaan sahaja.5. Pertandingan ini terbuka kepada semua peringkat umur.

Page 12: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Lampiran D

LDK 1

Aktiviti : ICE BREAKINGAlatan : Kertas A4, penTempat : Dewan SerbagunaMasa : 1 jam

OBJEKTIF:

i. Mengeratkan silatulrahim sesama peserta. ii. Membina keyakinan diri di kalangan para peserta.. iii. Meningkatkan kreativiti para peserta.iv. Memupuk semangat berpasukan.

LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI

1. Fasilitator memperkenalkan diri masing-masing.2. Fasilitator memberi arahan tentang aktiviti yang bakal dijalankan3. Fasilitator mengedarkan peralatan ( kertas A4 dan pen ) kepada para

peserta.4. Para peserta diberikan masa 15 minit untuk melakar perkara yang

melambangkan diri mereka sendiri.5. Setiap peserta dikehendaki memperkenalkan diri dan menerangkan

perkara yang mereka lakar tadi. 6. Fasilitator menerangkan objektif LDK 1 kepada para peserta.7. Para peserta diminta mereka tepuk semangat dan memberi nama kepada

kumpulan

Page 13: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Lampiran D

LDK 2

Stesen 1

Aktiviti : STANDING IN THE EYES OF THE WORLD.Alatan : Penyedut minuman, selofan tipTempat : Dewan SerbagunaMasa : 15 minit

OBJEKTIF:

i. Membentuk semangat kerjasama di kalangan peserta.ii. Merangsang kreativiti di kalangan para peserta. iii. Memupuk persaingan yang sihat di kalangan peserta.

LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI

1. Instruktur memberi arahan kepada para peserta supaya mereka sesuatu dengan menggunakan penyedut minuman.

2. Para peserta diberi masa 15 minit untuk menyiapkan rekaan tersebut3. Para peserta diminta menerangkan mengapa mereka memilih rekaan

tersebut. 4. Setelah selasai aktiviti ini para peserta diminta untuk bergerak ke stesen

seterusnya.

Page 14: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Lampiran D

Stesen 2

Aktiviti : WAJAH IMPIANAlatan :Kad manila, marker, kain Tempat : Dewan SerbagunaMasa : 15 minit

OBJEKTIF

i) Memupuk semangat bekerjasama.ii) Membentuk para peserta supaya mengikut arahan yang diberikan.iii) Membina insan yang teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan.iv) Membentuk insan yang suka memberi pertolongan kepada insan lain yang

memerlukan.

LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI

1. Instruktur memberi penerangan kepada para peserta tentang cara-cara permainan ini.

2. Instruktur mengedarkan peralatan kepada para peserta.3. Salah seorang daripada peserta diminta menutup mata dengan menggunakan

kain.4. Manakala peserta yang lain diminta memberikan arahan kepada peserta yang

menutup mata tersebut untuk melakar wajah impian mereka di atas kertas manila yang telah disediakan.

5. Semua peserta diminta memberi pendapat masing-masing terhadap hasil wajah impian yang telah mereka hasilkan.

6. Para peserta diminta untuk bergerak ke stesen yang seterusnya.

Page 15: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Lampiran D

Stesen 3

Aktiviti : DADU UNDUR MAJUAlatan : Dadu yang diperbuat daripada kad manila, maskin tipMasa : 15 minit Tempat : Dewan Serbaguna

OBJEKTIF

i. Memupuk semangat bekerjasama di kalangan para peserta.ii. Melihat sejauh mana kesabaran para peserta untuk terus maju ke hadapan

walaupun dengan melalui pelbagai halangan.iii. Memupuk jati diri supaya tidak menyalahkan orang lain sepanjang permainan

berlangsung.

LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI

1. Instruktur memberi arahan kepada para peserta supaya beratur.2. Peserta pertama diminta membalingkan dadu.3. Jika dadu yang dibaling adalah berwarna hitam, para peserta diminta untuk maju

ke hadapan mengikut nombor pada dadu tersebut.4. Sebaliknya, jika dadu yang dibaling adalah berwarna merah para peserta diminta

undur mengikut nombor pada dadu tersebut.5. Peserta seterusnya diminta membalingkan dadu.6. Para peserta diinta membalingkan dadu sehingga sampai ke garisan penamat.

Page 16: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Lampiran D

Stesen 4

Aktiviti : CAP KALICAPAlatan : -Masa : 15 minit Tempat : Dewan Serbaguna

OBJEKTIF

i. Melatih peserta supaya peka terhadap gerakan yang telah dilakonkan oleh peserta yang lain.

ii. Mewujudkan semangat berpasukan di kalangan para peserta.iii. Sebagai satu hiburan kepada para peserta ketika menjalankan aktiviti LDK ini.

LANGKAH-LANGKAH MELAKSANAKAN AKTIVITI

1. Instruktur menerangkan cara permainan yang bakal dilakukan.2. Para peserta pertama diminta untuk membuat satu gaya mereka yang tersendiri.3. Manakala peserta yang kedua diminta meniru gaya peserta kedua dan seterusnya

sambil menyanyikan lagi yang telah ditetapkan.4. Permainan ini berakhir sehingga semua peserta tidak dapat meniru gaya peserta

yang lain.

Page 17: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Lampiran E

PENUTUPAN PROGRAM EPILOG KASIH

Masa : 1 Jam 30 Minit

Tempat : Dewan Serbaguna

Penutupan kem

Oleh : Wakil Felda Besout 2

Atur cara majlis

1. Kesemua penduduk felda berkumpul di dewan

2. Pengerusi berucap dan mengalu-alukan kesudian penduduk felda

3. Pengerusi mempersilakan Ketua Kampung untuk berucap

4. Sesi penyampaian hadiah sukaneka, yang disampaikan oleh Wakil Felda Besout 2

5. Wakil Felda Besout 2 menutup secara rasmi Program Epiloq Kasih

6. Pengerusi program diiringi Timbalan Pengerusi, memberikan cenderahati kepada

Wakil Felda Besout 2

7. Majlis ditutup.

Page 18: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Lampiran F

BELANJAWAN PROGRAM EPILOG KASIH

TARIKH : 4 – 5 FEBRUARI 2006

1) BELANJAWAN MAKANAN

BELANJAWAN ANGGARAN KOS SEORANG

ANGGARAN KOS 100 ORANG PESERTA

Makan pagi RM 1.50 RM 150.00

Makan tengahari RM 3.00 RM 300.00

Makan malam RM 1.00 RM 100.00

Makan pagi RM 1.50 RM 150.00

Jumlah kesuluhan RM 7.00 RM 700.00

2) PENGANGKUTAN

Sewa Van – RM200.00

3) PERALATAN GOTONG-ROYONG

i. Cat (1tin) : RM50.00 (4 tin) : RM50.00 X 4 = RM200.00

4) PERALATAN SUKANEKA

i. Belon : RM10ii. Tepung : RM2.00

iii. Gula-gula : RM2.00iv. Pinggan kertas : RM5.00v. Air mineral : RM12.00

vi. Span : RM5.00vii. Biskut : RM6.00

viii. Benang : RM1.00ix. Jarum : RM2.00x. Tali : RM2.00

xi. Paku : RM0.20xii. Wisel : RM3.00

Page 19: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

xiii. Tali rafin : RM4.00 ____________

jumlah ____________

5) PERALATAN LDK

6) PERALATAN PROMOSI

Page 20: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah,Pengarah Program Epilog Kasih,Universiti Pendidikan Sultan Idris,39500 Tanjong Malim,Perak Darul Redzuan.

Pegawai RELA Daerah Slim River,Perak Darul Redzuan. 13 Januari 2006

Melalui.En.SamriTuan,

Memohon Kerjasama Untuk Menjayakan Program Epilog Kasih

Merujuk kepada perkara diatas, saya sebagai wakil mahasiswa- mahasiswi yang akan mengadakan satu program di FELDA Besaout 2 iaitu Program Epilog Kasih, pihak tuan untuk memberi kerjasama bagi menjayakan program ini.

1. Untuk pengetahuan pihak tuan, Program Epilog Kasih ini akan melibatkan semuapenduduk dan pelajar Tahap 2 di FELDA Besout 2.

2. Selain daripada itu, kami juga ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk menghulurkan bantuan tenaga kerja daripada ahli-ahli RELA Daerah Slim River.

3. Untuk makluman pihak tuan, program ini akan berjalan selama tiga hari dua malam iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bersamaan 3, 4 dan 5 Februari 2006.

Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohanan yang diusulkan. Segala budi bicara tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang Benar,

……………….( Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah ) Pengarah Program

Disahkan oleh,

……………….(Samri Bin Sainuddin ) Penyelaras Kursus Hubungan Etnik

Page 21: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah,Pengarah Program Epilog Kasih,Universiti Pendidikan Sultan Idris,39500 Tanjong Malim,Perak Darul Redzuan.

Tuan Haji Zahudin Bin Dat,Pengurus Felda Besout 2, Perak Darul Redzuan. 13 Januari 2006

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Program Epilog Kasih

Merujuk kepada perkara diatas, saya sebagai wakil mahasiswa- mahasiswi yang akan mengadakan satu program di felda tuan iaitu Program Epilog Kasih, pihak tuan untuk memberi kebenaran mengadakan program ini.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, Program Epilog Kasih ini akan melibatkan semuapenduduk dan pelajar Tahap 2 di felda tuan.

3. Selain daripada itu, kami juga ingin memohon jasa baik pihak tuan untuk menggunakan peralatan dan infrastruktur felda seperti dewan dan surau.

4. Untuk makluman pihak tuan, program ini akan berjalan selama tiga hari dua malam iaitu pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad bersamaan 3, 4 dan 5 Februari 2006. Oleh yang demikian, pihak kami berharap mendapatkan kebenaran untuk bermalam di dewan felda tuan memandangkan akan terdapat aktiviti pada waktu malam.

Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan yang diusulkan. Segala budi bicara tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang Benar,

……………….( Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah ) Pengarah Program

Disahkan oleh,

……………….( Samri Bin Sainuddin ) Penyelaras Kursus Hubungan Etnik

Page 22: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah,Pengarah Program Epilog Kasih,Universiti Pendidikan Sultan Idris,39500 Tanjong Malim,Perak Darul Redzuan.

Pegawai RELA Daerah Slim River,Perak Darul Redzuan 13 Feb 2006

Tuan,

Memohon Sumbangan Kewangan

Merujuk kepada perkara diatas, saya sebagai wakil mahasiswa- mahasiswi memohon sumbangan kewangan daripada pihak tuan untuk mengadakan satu program di FELDA Besaout 2 iaitu Program Epilog Kasih.

1. Untuk pengetahuan pihak tuan, Program Epilog Kasih ini akan melibatkan semuapenduduk dan pelajar Tahap 2 di FELDA Besout 2.

2. Di antara aktiviti-aktiviti yang akan di jalankan :

i) Gotong-royong mengecat dan membersihkan surauii) Latihan Dalam Kumpulan bersama pelajar-pelajar Tahap 2 di FELDA

Besout 2.iii) Sukaneka bersama penduduk FELDA Besout 2.

3. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami juga menyediakan jamuan makan untuk peserta sepanjang program ini dijalankan.

4. Bersama-sama surat ini, pihak kami lampirkan belanjawan untuk program ini.

Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohanan yang diusulkan. Segala budi bicara tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang Benar, Disahkan oleh,

………………. ……………….( Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah ) ( Samri Bin Sainuddin ) Pengarah Program Penyelaras Kursus Hubungan Etnik

Page 23: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah,Pengarah Program Epilog Kasih,Universiti Pendidikan Sultan Idris,39500 Tanjong Malim,Perak Darul Redzuan.

Tuan Haji Zahudin Bin Dat,Pengurus Felda Besout 2, Perak Darul Redzuan. 13 Januari 2006

Tuan,

Memohon Sumbangan Kewangan

Merujuk kepada perkara diatas, saya sebagai wakil mahasiswa- mahasiswi memohon sumbangan kewangan daripada pihak tuan untuk mengadakan satu program di FELDA Besaout 2 iaitu Program Epilog Kasih.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, Program Epilog Kasih ini akan melibatkan semuapenduduk dan pelajar Tahap 2 di FELDA Besout 2.

3. Di antara aktiviti-aktiviti yang akan di jalankan :

i) Gotong-royong mengecat dan membersihkan surauii) Latihan Dalam Kumpulan bersama pelajar-pelajar Tahap 2 di FELDA

Besout 2.iii) Sukaneka bersama penduduk FELDA Besout 2.

4. Untuk makluman pihak tuan, pihak kami juga menyediakan jamuan makan untuk peserta sepanjang program ini dijalankan.

5. Bersama-sama surat ini, pihak kami lampirkan belanjawan untuk program ini.

Kami berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohanan yang diusulkan. Segala budi bicara tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang Benar, Disahkan oleh,

………………. ……………….( Fauzana Binti Mohd. Rohmatullah ) ( Samri Bin Sainuddin ) Pengarah Program Penyelaras Kursus Hubungan Etnik

Page 24: KERTAS CADANGAN PEMBANGUNAN SAHSIAH

s.k. Pengerusi JKKK