kertas cadangan

Click here to load reader

Post on 11-Dec-2015

212 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

MENGGAMBAR

TRANSCRIPT

KERTAS CADANGAN PENYEDIAAN BILIK UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH KEBANGSAAN MANSUD KUALA PENYU SABAH

1.0 PENDAHULUANSekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hwa Tenom akan menjalakan satu Projek Seni Visual iaitu melukis mural dengan kerjasama sekolah-sekolah Zon 1 Daerah Tenom. Projek ini berharap dapat memupuk semangat kecintaan terhadap alam sekitar dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan sekitar kawaan pekan Tenom. Projek Seni Visual merupakan satu aktiviti yang biasanya dijalankan di luar bilik darjah. Ia melibatkan semua murid untuk menjalankan sesuatu kajian tentang sesuatu perkara atau melaksanakan pelbagai jenis aktiviti untuk memperkembangkan kemahiran mereka di dalam pengaplikasian unsur-unsur seni serta prinsip rekaan dalam menghasilkan sesebuah karya seni. Seni Visual juga dikenali dan difahami sebagai sesuatu yang bersifat 2D atau 3D secara fiziknya. Deria sentuh dan deria penglihatan terlibat dalam konteks ini. Arca, ukiran merupakan produk seni yang boleh dinikmati melalui sentuhan dan bersifat 3D. Manakala catan, lukisan, cetakan merupakan produk seni yang boleh dinikmati dengan deria penglihatan dan bersifat 2D.

Kata mural berasal dari Bahasa Latinmurus yeng bererti dinding. Manakala menurut Susanto (2002:76) mendefinisikan mural sebagai lukisan besar yang dibuat untuk mendukung ruang arsitektur. Dalam Ensiklopedia Malaysiana (1996 ) ialah satu istilah yang digunakan bagi sesuatu yang indah-indah pada pandangan pacaindera manusia samada melalui penglihatan atau pendengaran. Menurut buku Fine art in Islamic civilization (1981),pemikir islam iaitu imam Al- Ghazali memperkatakan bahawa seni itu indah melalui pandangan kecantikan dan keindahan.

Seni visual juga difahami sebagai sesuatu yang mempunyai nilai estetik. Menurut Herbert Read, seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik. Kesenangan estetik adalah kesenangan dan keceriaan kepada pihak yang menerima mesej. Menurut Syed Ahmad Jamal estetika berkaitan dengan deria pengamatan terhadap sesuatu perkara atau suasana yang menekankan aspek kesenian atau keindahan, bukan menekankan aspek kegunaannya. Oleh itu penjelasan konsep seni visual bolehlah didasarkan kepada beberapa aspek pernyataan diri ( self expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh samada dalam bentuk 2D dan 3D. Selain itu, pendidikan seni visual berperanan dalam membentuk dan mengembang budaya setempat dan sejagat ( seni dan masyarakat ). Antara peranan Seni Visual adalah seperti berikut :

1.1 Semangat Nasionalisme

Falsafah,pemikiran, manifestasi, idea, individu atau kumpulan dalam menyebar dan membangkit nilai, semangat dan perasaan melalui SV. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat membangkitkan semangat kebangsaan dan sayangkan Negara.Contoh hasil karya yang memaparkan unsur nasionalisme ialah Tugu Negara (arca) dan juga potret-potret pemimpin negara.

1.2 Persekitaran

Kesedaran nilai persekitaran, unsur keselesaan dan keharmonian dalam seni visual. Pembelajaran seni visual, aktiviti dan apreasiasinya dapat mengukuhkan kepekaan dan sesitiviti terhadap kepentingan sekeliling yang memberi kesan kepada kehidupan. Antara contohnya Rumah rakit Kuala Lipis karya Peter Harris dan Waktu Pagi Di Kampung, karya Lai Foog Mooi, reka bentuk lanskap dan hiasan dalaman. 1.3 Saluran Propaganda

Seni Visual sebagai saluran untuk menyampaikan dan menyebar idea, hasrat atau kepercayaan, pengaruh dan kuasa. Contohnya Poskad kepada Dunia, karya Awang Damit Ahmad.Poskad kepada dunia (1990)

1.4 Ritual / upacaraSeni visual dalam melaksanakan ritual/upacara sesuatu budaya dan adat resamdalam aktiviti kehidupan masyarakat. Kebanyakan hasil karya adalah berbentuk 3D atau arca. Contohnya Patung Jah Hut dan Mah Meri, yang menjadi patung penyembahan orang-orang asli di Pahang dan Selangor.

1.5 Spiritual Seni Visual untuk ketenangan, kepuasan dan keselesaan. Hasil karya yang dihasilkan adalah untuk kepuasan pelukis dari cetusan dalaman diri pelukis itu sendiri. Contohnya, Semangat Bumi, Air, dan Udara, karya Patrick Ng Kah Onn.

1.6 Pengeluaran Hasil seni SV berasaskan kepada faktor cita rasa, gaya, fungsi dan kegunaan. Pembelajaran SV, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan mutu pengkaryaan dan perekaan yang berkualiti dengan nilai keindahan yang tinggi. Kebanyakan hasil karya berunsur pengeluaran adalah bertujuan dikomersialkan. Contohnya penghasilan batik dan songket.

1.7 Pemujukan Hasil seni visual berkeupayaan membentuk empati dan tarikan. Contoh-contohnya yang jelas ialah papan billboard dan poster.

1.8 Perniagaan dan perdaganganPembelajaran seni visual, aktiviti dan apresiasinya dapat menghasilkan barangan yang sangat berpotensi untuk perniagaan dan perdagangan. Antara contoh yang jelas ialah bidang pembungkusan.

2.0 RASIONAL PROJEKProjek lukisan 2D di Dewan Sri Antanum dilaksanakan untuk :

1. Merapatkan jurang di antara masyarakat setempat dan sekolah dalam aspek pencapaian, perlaksanaan aktiviti dan juga kerjasama.2. Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat memupuk semangat kerjasama dan meningkatkan keyakinan individu atau pun kumpulan.3. Projek ni dilaksanakan untuk mengubah suasana pemandangan dewan dan menghargai nilai-nilai yang terdapat dalam budaya persekitaran kita.

3.0 OBJEKTIFLukisan mural yang dicadangkan adalah bertujuan seperti berikut :

1. Melatih guru-guru Pendidikan Seni Visual membudayakan aktiviti melukis mural bagi pengukuhan serta pengisian ke arah menghargai karya seni iaitu menempatkan hasil karya di tempat dan situasi yang sebenar agar individu luar dapat berkongsi pengalaman dengan pengkarya selari dengan kehendak sukatan Pendidikan Seni Visual yang menuntut agar hasil karya dipamerkan dalam konsep mural 2D.

2. Membimbing dan melatih para staf-staf sekolah lain dan murid berinteraksi sesama sendiri dan berkongsi pengalaman semasa menyediakan lukisan dan mengendalikan bengkel.

3. Memberi latihan dan menyediakan pengalaman dalam aspek pengurusan projek dan profesional.

4. Persediaan bagi melengkapkan lagi dalam pengisian mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

5. Mengadakan bengkel untuk melatih para murid tentang teknik dan kaedah lukisan mural bagi menghargai seni visualdi sekolah.

6. Memberi pendedahan dan menambahkan pengetahuan dalam bidang kepimpinan dan tanggungjawab terhadap seni.

7. Menguji tahap kemahiran individu.

8. Mewujudkan semangat kekitaan di bawah nama Pendidikan Seni Visual.4.0 Sasaran4.1 Sekolah-sekolah Zon 1 Daerah Tenom yang terdiri daripada sekolah seperti berikut :

4.1.1 SJK(C ) Chung Hwa

4.1.2 SJK(C ) Kong Ming

4.1.3 SK Mantailang

4.1.4 SK Kalang Kanar

4.1.5 St. Anthony

4.1.6 SK Pekan

4.1.7 SK Pangi

5.0 Tempat5.1 Dewan Sri Antanum Tenom5.2 Keluasan mural : 4 x 8 kaki

6.0 Tarikh Pelaksanaan

1-5August 2015

7.0 Cara Pelaksanaan

7.1 Mesyuarat (2kali).

7. 2 Bengkel menerangkan cara pelaksanaan7.3 Merancang serta menjalankan aktiviti perkongsian tentang lukisan mural.

7.4 Mewujudkan suasana pembelajaran secara melukis mural dan berkesan.

8.0 Ahli JawatankuasaJawatanSasaranDeskripsi Tugas

PenasihatEn. Azlan Dimon ( Pegawai Pelajaran Daerah Tenom)Sebagai penasihat dalam semua AJK.

PengerusiPn. Ooi Foo Suan ( Guru Besar SJK(C ) Chung HwaPakar rujuk dan mempengerusikan projek Seni Visual.

Naib PengerusiSemua Guru Besar Sekolah Zon 1 Daerah Tenom

Pengurus ProjekCik Suzila Abu Bakar (Ketua Panitia PSV,

SJK(C ) Chung Hwa- Memastikan segala persiapan berjalan lancar- Memastikan AJK melaksanakan tugas mengikut bidang masing-masing- Melihat aspek kekurangan serta kelemahan dalam kerja berkumpulan serta memberi arahan secara sistematik- Mengambil berat terhadap masalah AJK serta menyelesaikan masalah - Memainkan peranan dalam mewujudkan satu team work yang baik serta aman- Memastikan segala berjalan lancar mulai 01.08.15 hingga 05.08.15 dan selesai upacara serta kemaskini dewan

SetiausahaPn.Rozaini ( Setiausaha Panitia Seni Visual) SJK(C ) Chung Hwa- Menyedia kertas kerja,

laporan projek.

- Menyedia minit mesyuarat.

- Menulis surat permohonan, derma, surat jemputan / surat menyurat.

Penolong Setiausaha1. En. Yunus Ismail (Ketua Panitia PSV SK Mantailang)

2. En. Alvin (Ketua Panitia PSV SK Kalang Kanar)

BendahariEn. Johnny ( SJK (C) Chung Hwa Tenom)- Mengurus kewangan.

JurufotoSK Pangi - Menyediakan alatan rakaman untuk merakam segala.- aktiviti yang berlangsung pada hari tersebut.- Menyediakan kamera untuk mengambil gambar semasa aktiviti.- Menyediakan bahan-bahan dokumen yang telah siap untuk pelaporan.

Penyediaan MakananSt. Anthony-Menempah makanan untuk semua ajk terlibat mengikut tentatif.

Penyediaan lukisanSJK (C ) Kong Ming- Menyedia draf lukisan untuk lukisan mural.

Penyediaan AlatanSK Pekan - Menyedia dan membeli semua peralatan dan bahan-bahan yang perlu digunakan.

Keselamatan SK Mantailang- Menjaga keselamatan lokasi semasa menjalankan tugas.

Publisiti SK. Kalang Kanar- Membuat penyebaran dan publisiti ke media (surat khabar)

kebersihanSJK(C ) Chung Hwa- Memastikan tempat sentiasa bersih selepas menyiapkan projek.

9.0 Tentatif PelaksanaanBilTarikhAktiviti

13/7/15Mengedar surat makluman mesyurat kepada semua sekolah Zon 1.

28/7/15Mesyurat Projek Mural Kali Pertama.

39-20 /7/15Semua sekolah masing-masing menjalani mesyuarat dan persediaan.

425/7/15Mesyuarat Kali Kedua. (Laporan setiap Penyediaan Projek)

51/8/15hingga

2/8/15Melakar mural

63/8/15hingga

5/8/15Mewarna mural