kertas cadangan repaired)

Download Kertas Cadangan Repaired)

Post on 18-Jul-2015

134 views

Category:

Documents

0 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Isi Kandungan Bil 1 2 3 4 Perkara Isi Kandungan Penghargaan Abtrak Proposal Kajian Tindakan 1.0 2.0 3.0 4.0 Tajuk kajian Nama penyelidik Nama sekolah Pendahuluan 4.1 Pengenalan 4.2 Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu 4.3 Refleksi nilai pendidikan 5.0 Fokus kajian 5.1 Isu kajian 5.2 Tinjauan Literatur 6.0 7.0 8.0 9.0 10.0 5 6 Objektif kajian Kumpulan sasaran Tindakan yang dicadangkan Jadual pelaksanaan kajian Senarai bahan dan kos yang terlibat. 6-8 8-11 11-13 13 13-14 14-15 16 16 17-20 21-23 24-26 27 28 1 Muka surat 1 2-4 5 6 6 6 6

Lampiran Rujukan

Penghargaan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca. Terlebih dahulu, saya ingin bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengurniakan saya pelbagai keistimewaan disebalik kelemahan diri. Saya juga amat bersyukur kerana telah berjaya menyiapkan proposal kajian tindakan ini dengan baik. Dalam menjayakan usaha saya ini, saya telah diberikan sokongan sama ada dari segi mental atau fizikal iaitu daripada ibu bapa saya, penyarah pembimbing, guru pembimbing, guru-guru SK.Koporingan, Tamparuli, rakan-rakan unit PISMP Matematik Ambilan Januari 2009 serta muridmurid SK. Koporingan, Tamparuli. Ibu bapa saya juga merupakan pendidik anak bangsa yang telah saya jadikan role model dalam persediaan saya sebagai bakal pendidik pada masa hadapan. Merekalah yang telah memberikan sokongan dan dorongan kepada saya supaya saya bersemangat untuk menjalankan kajian tindakan. Bapa saya pernah berpesan, kajian tindakan itu amat penting bagi guru dalam memantapkan lagi karier serta profesionalisme guru. Inilah merupakan suntikan semangat yang amat saya titikberatkan. Terima kasih bapa dan ibu. Seterusnya, saya amat bersyukur kerana ditakdirkan untuk menjadi anak didik penyarah pembimbing saya iaitu En. Haslan Manja. Beliau amat bersemangat sekali dalam membantu saya supaya menjadi yang terbaik dalam yang terbaik. Segala kritikan beliau telah menjadikan saya lebih bersemangat untuk memantapkan lagi diri saya sebagai seorang guru. Terima kasih, kerana memberikan perkongsian ilmu, tuan. Saya 2

mengharapkan yang terbaik akan dapat saya realisasikan dalam Kajian Tindakan yang akan saya laksanakan nanti. Selain itu, bantuan dan dorongan daripada guru pembimbing saya iaitu En. Mohd Zaki Othman, guru Matematik SK.Koporingan, Tamparuli juga amat membantu dalam merancang pelaksaan kajian tindakan ini. Beliau selalu berkongsi pendapat dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, maklumat murid, serta bantuan dari aspek bahan mengajar. Terima kasih, cikgu. Seterusnya, tanpa perkongsian pengalaman, guru-guru SK. Koporingan, tidak mungkin saya dapat merancang kajian tindakan ini dengan teratur. Dan mustahil bagi saya untuk membina hubungan rapo dengan murid-murid yang menjadi kumpulan sasaran dalam kajian ini. Oleh itu, jutaan terima kasih atas perkongsian pengalaman cikgu-cikgu semua. Tanpa perkongsian pendapat dalam kalangan guru pelatih, tidak mungkin saya dapat menyediakan kertas cadangan ini dengan baik. Segala maklumat dan bahan yang dikongsi saya amat hargai. Terima kasih rakan-rakan seperjuangan unit PISMP Matematik Ambilan Januari 2009. Yang terakhir sekali, murid-murid saya iaitu murid Tahun 3 UMS. Saya amat berbangga dengan prestasi yang baik dalam kalangan mereka. Mereka telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang saya mengajar dan mengumpulkan maklumat untuk perancangan kajian tindakan. Terima kasih anak-anak muridku. Dengan itu, saya amat berharap sekali sekiranya kajian tindakan ini memberikan hasil yang positif pada diri saya sendiri sebagai guru Matematik kelak dan juga anak3

anak bangsa. Adalah diharapkan agar segala perancangan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sekian, terima kasih.

Yang benar,

Dayang Reyhana Musain

4

Abstrak

Seringkali kedengaran keluhan guru-guru Matematik tentang masalah murid tidak menguasai sifir. Siapakah yang lemah sebenarnya? Sama ada murid dari segi pemahaman konsep darab ataupun dari diri guru Matematik sendiri dalam memahamkan konsep darab kepada murid. Kajian ini merupakan kajian tindakan bagi mengenalpasti kelemahan murid sebenarnya dalam menguasai kemahiran mendarab. Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan untuk melihat sejauhmanakah strategi penggunaan Garis Bertindih dalam membantu murid-murid menguasai konsep darab dalam tempoh yang singkat. Kajian ini dijalankan secara pemerhatian, ujian pra dan post, ujian lisan serta penilaian pengajaran dan pembelajaran guru penyelidik.

5

1.0

Tajuk kajian Meningkatkan penguasaan murid Tahun 3 terhadap konsep darab menggunakan kaedah 'Garis bertindih'.

2.0

Nama penyelidik Dayang Reyhana binti Musain

3.0

Nama sekolah Sekolah Kebangsaan Koporingan, Tamparuli, Sabah.

4.0

Pendahuluan 4.1 Pengenalan Model Kemmis dan McTaggart (1988), terdapat empat langkah dalam kajian tindakan berdasarkan gelungan (cycle). Berikut merupakan gelungan dalam model Kemmis dan McTaggart.

MEMERHATI

MEREFLEK

BERTINDAK

MERANCANG

Gambarrajah 1: Model Kemmis dan McTaggart (1988) 6

Berdasarkan model di atas, saya telah menjalankan dua langkah utama dalam penulisan proposal kajian tindakan ini iaitu mereflek dan merancang. Dalam langkah mereflek, saya telah merefleksi diri sendiri bagi melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran saya. Saya juga telah menilai sejauhmanakah masalah murid dalam pembelajaran Matematik. Dengan itu, saya telah membuat hipotesis kemungkinan masalah Matematik yang berlaku dalam kalangan murid bermula daripada sesi praktikum yang telah saya jalani iaitu praktikum I di SK. Selupoh, praktikum II di SK.Nongkolud, dan praktikum III di SK.Koporingan. Ketiga-tiga sekolah merupakan cabaran bagi saya dan menunjukkan perbezaan yang amat ketara dari aspek pengajaran saya sendiri mahupun murid. Seterusnya, langkah merancang. Setelah menjangkakan masalah yang mungkin dihadapi murid dalam subjek Matematik, saya merancang segala tindakan bagi mengatasi masalah yang saya fokuskan. Perancangan saya termasuklah merumuskan masalah yang dikenalpasti daripada refleksi pengajaran dan pembelajaran masa lalu, menentukan objektif yang ingin dicapai, menentukan kumpulan sasaran, memilih dan merancang metodologi kajian, merancang tindakan yang harus diambil, merancang masa pelaksanaan tindakan serta menentukan kos kajian. Manakala, dua lagi langkah iaitu bertindak dan memerhati akan saya jalankan pada semester II (Jun 2012) di mana praktikum internship akan saya jalani. Harapan saya sepanjang melaksanakan kajian tindakan 7

ini ialah diharapkan agar segala perancangan dapat dijalankan dengan baik dan membuahkan hasil yang diingini. Saya juga amat berharap sekiranya ianya memberikan makna kepada murid-murid dalam pembelajaran Matematik mahupun diri saya sendiri sebagai bakal guru kelak.

4.2

Refleksi pengajaran dan pembelajaran lalu Masalah murid tidak hafal sifir sememangnya sentiasa wujud di setiap sekolah. Masalah ini wujud dalam diri saya sebagai bakal guru Matematik sejak pada sesi praktikum pertama, kedua dan kini sesi praktikum ketiga. . Pada sesi praktikum yang pertama iaitu di Sekolah Kebangsaan Selupoh, Tuaran, saya mengajar subjek Matematik Tahun 5 dan Tahun 3. Saya mendapati bahawa, sekiranya murid menghadapi masalah dalam konsep darab, maka kemahiran yang lain juga tidak berjaya dipraktikkan. Contohnya topik bahagi yang memerlukan pengetahuan asas darab. Saya telah berkongsi masalah ini dengan guru pembimbing saya pada ketika itu. Beliau menyatakan bahawa tahap penguasaan murid terlalu lemah dan saya perlu menggunakan kaedah yang membolehkan mereka faham. Hal ini terlalu memakan masa dan saya tidak dapat menepati Rancangan Pengajaran Tahunan. Guru pembimbing saya juga berkongsi satu cara yang menarik untuk murid praktikkan dalam konsep darab yang melibatkan nombor besar. 8

Walaupun cara ini menarik, namun terdapat beberapa orang murid yang lambat faham kerana ianya melibatkan nombor yang terlalu banyak dan mereka perlu menghafal sifir asas iaitu sifir 0 hingga sifir 12. Guru pembimbing saya juga tidak menggalakkan saya supaya mengarahkan murid menghafal sifir. Hal ini kerana, cara seperti ini tidak berjaya kerana murid kurang motivasi. Seringkali saya terdengar keluhan murid bahawa sifir ini susah sebab perlu mengira berulang-ulang, perlu hafal sifir asas baru dapat jawab soalan darab yang melibatkan nombor besar. Hal inilah yang berlaku di kelas Tahun 5 yang saya ajarkan. Namun, semasa mengajar kelas Tahun 3, saya telah menggunakan alat bahan bantu mengajar yang konkrit seperti penggunaan gelas dan batu kecil. Murid Tahun 3 mampu menguasai konsep darab sekiranya alat bahan bantu menarik perhatian mereka. Selain itu, saya juga menggunakan petak grid untuk mengajar konsep darab. Murid Tahun 3 lebih berhati-hati mengira dan mendapatkan jawapan yang betul kerana mereka tidak keliru dengan penggunaan nombor. Pada sesi praktikum yang kedua juga saya menghadapi masalah sama di Sekolah Kebangsaan Nongkolud, Tuaran. Di sekolah ini saya mengajar murid Tahun 5. Pada mulanya saya menjangkakan tahap penguasaan murid terhadap fakta asas sudah berada pada tahap yang baik. Namun sebaliknya telah terjadi. Murid terlalu lemah untuk memahami soalan dan seringkali melakukan kecuaian dalam mendarab. Walaupun mereka telah menjawab soalan sifir dengan menggunakan kaedah penambahan berulang, namun mereka cuai sekiranya jumlah 9

terlalu banyak. Tambahan lagi, murid tiada inisiatif membantu diri untuk berusaha menghafal sifir. Bagi mereka kaedah menghafal sifir terlalu sukar untuk dilaksanakan. Untuk itu, saya telah melaksanakan kaedah 'token ekonomi'. Bagi murid yang berjaya menghafal sifir saya akan memberikan ganjaran. Manakala murid yang tidak berjaya saya akan berikan hukuman. Hal ini juga tidak berjaya kerana persepsi murid terhadap sifir terlalu sukar dan mereka tidak faham m