kertas cadangan penyelidikan tindakan

Click here to load reader

Post on 26-May-2015

25.069 views

Category:

Documents

9 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SUZIYANA

TRANSCRIPT

  • 1. KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKANMENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS UNTUK MURID TAHUN 1 MELALUI KAEDAH ANSUR MAJU SECARA BERULANG Oleh SUZIYANA BINTI TUKIRANDPLI (A) SEMESTER 2IPG KAMPUS BAHASA MELAYU1.0 PENDAHULUANTulisan ialah lambang-lambang bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk bagimelahirkan perasaan, fikiran dan idea. Tulisan adalah terjemahan simbol-simbol bahasadalam bentuk suku kata atau ayat atau perkataan yang membawa sesuatu maksud.Menulis pula adalah proses memindahkan lambang-lambang bunyi yang tersusun danmelahirkan bunyi-bunyi yang bermakna serta dijadikan alat komunikasi. Peranan tulisanadalah amat penting bagi kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu didedahkandengan cara penulisan yang betul. Tujuannya, kanak-kanak ini akan mampu menyusunayat-ayat yang betul dan boleh difahami oleh pembaca. Selain itu, tujuan kanak-kanakbelajar menulis ialah untuk meluaskan pengatahuan dalam perbendaharaan kata,perkembangan bahasa dan tulisan; membolehkan mereka mengeja perkataan denganlebih pantas; dan membolehkan mereka melahirkan fikiran dan perasaan yangsempurna dalam bentuk tulisan.Tulisan yang tidak kemas dan cakar ayam akan menyukarkan guru menyemak tugasanmereka dan mereka juga sudah tentu tidak mampu untuk membaca semula tulisantersebut. Oleh itu, tujuan kertas cadangan ini dibuat adalah untuk membantu murid-murid dalam kelas Tahun Satu Bestari menulis dengan cantik, kemas dan teratur. Aktivitipratulisan dan kaedah ansur maju telah dipilih untuk mengatasi masalah murid ini.1|Muka surat

2. KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN20122.0 REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALUMasalah tulisan yang tidak kemas dalam kalangan murid akan menyebabkan prosespengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Berdasarkanpengalaman saya yang lalu, saya telah berpeluang untuk mengajar mata pelajaranBahasa Melayu murid Tahun Satu. Masalah yang menjadi fokus saya dalam mengajarmurid Tahun Satu ini ialah masalah tulisan murid yang tidak kemas. Walaupunkebanyakan murid telah menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan agak baiknamun disebabkan jumlah murid yang agak ramai iaitu seramai 34 orang dalam satukelas menyebabkan saya tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap pelajar.Masalah wujud khususnya dalam kelas Tahun Satu Bestari yang rata-rata muridnyamempunyai tahap kecerdasan yang sederhana dan rendah. Ini menyebabkan terdapatbeberapa murid yang lemah menghadapi sedikit keciciran di dalam proses pembelajaranberbanding rakan-rakan lain.Sebagai guru, saya bertanggungjawab untuk memastikan murid-murid saya tidakmenghadapi keciciran. Di sini saya memfokuskan kepada masalah beberapa orangmurid dari kelas Tahun Satu Bestari iaitu tulisan cakar ayam. Tulisan mereka buruk,bengkang bengkok, tidak menulis mengikut garisan yang terdapat pada buku latihan dansaiz antara perkataan tidak sama. Tulisan mereka juga sukar dibaca. Antara kesilapangaya penulisan yang sering didapati dalam kalangan murid ini ialah cara memegangpensel yang tidak betul, saiz perkataan yang tidak konsisten, ruang antara perkataanyang tidak tepat dan tidak dapat menulis perkataan dengan betul.Pada pendapat saya, situasi ini berlaku disebabkan murid-murid tidak didedahkandengan teknik-teknik atau strategi penulisan yang betul sejak awal lagi. Menurut Levine(1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan.Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang berharga dalam kehidupanseseorang. Oleh itu, guru di sekolah memainkan yang penting untuk membaiki tulisanmurid. Guru harus mengajar murid cara menulis dengan kaedah atau teknik yang betul.Justeru, saya berfikir bagaimana cara untuk membantu murid Tahun 1 ini agar dapatmenulis dengan teratur dan kemas. Kajian yang dijalankan oleh Norizan Binti Esa (2005)yang bertajuk Kemahiran menulis secara kaedah ansur maju menunjukkan bahawa2|Muka surat 3. KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012mengajar kemahiran menulis dalam kalangan kanak-kanak menggunakan kaedah ansurmaju membolehkan kanak-kanak mampu menulis dengan lebih kemas, teratur sertakurang melakukan kesilapan. Oleh itu, saya memutuskan untuk menggunakan kaedahansur maju dalam membaiki tulisan murid-murid Tahun 1 Bestari agar menjadi kemasdan teratur.3.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPERIHATINAN3.1FOKUS KAJIANWalaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, namununtuk kajian tindakan ini, saya hanya akan memfokuskan kepada masalah tulisan yangtidak kemas dan teruk seperti cakar ayam. Ia bermula apabila membuat ujian awalsemasa awal tahun persekolahan. Saya dapati murid-murid ini tidak mempunyaimasalah dalam bacaan tetapi bermasalah dengan tulisan. Ini kerana hasil ujianmendapati keempat-empat murid ini berpotensi kerana mereka boleh membaca denganbaik. Tulisan yang tidak kemas menyukarkan guru menyemak hasil kerja murid.Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan menulisdiperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Oleh itu, saya merancang beberapatindakan bagi membantu murid-murid ini memperbaiki tulisan mereka. Saya merangkabeberapa tindakan berdasarkan pembacaan saya mengenai cara perbaiki tulisanmelalui kajian-kajian terdahulu.Untuk kajian ini, saya memberi fokus kepada empat orang murid Tahun 1 Bestari,Kampung Melayu Raya iaitu, Rahayu. Norhidayah, Mohamad Ikmal dan Mohd Shamil.Rajah 1 menunjukkan hasil tulisan murid terbabit sebelum pelaksanaan tindakan.Tinjauan awal saya mendapati cara keempat-empat murid ini memegang pensel adalahsalah. Menurut Levine (1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuktulisan yang dihasilkan oleh murid. Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel, memasang butang baju danmemasang manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus menunjukkankelemahan dalam koordinasi motor.3|Muka surat 4. KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN2012 Rajah 1: Tulisan salah seorang daripada empat orang murid yang menjadi sasaranuntuk kajian ini iaitu Mohd Ikmal. Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan ketidaktentuan cengkaman pada alat tulis. Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal saraf ketiga memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanak-kanak yang tidak menggunakan motor halus ketika menulis menyebabkan cengkaman pensel tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan, dan bukan jari untuk menulis. Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat dengan mata pensel menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Menurut Levine, semua ini adalah faktor yang menyumbang kepada pembentukan huruf yang tidak cantik. Postur badan dan penggunaan pensel yang kurang sesuai juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik. Menurut Sassoon (1993) pula, beliau mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul dan menulis huruf mengikut pergerakan yang betul. Kanak-kanak sepatutnya didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat untuk melahirkan idea melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian. Tulisan yang cantik dan mudah dibaca adalah aset yang sangat berharga dalam kehidupan seseorang. Murid-murid sekolah didapati boleh menulis tetapi tidak menulis dengan cara yang betul. Dalam mengejar celik huruf, guru-guru kadang-kadang kurang memberi perhatian membentuk huruf mengikut pergerakan yang betul.4|Muka surat 5. KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN 2012 3.2 TINJAUAN MASALAH Tujuan utama saya menjalankan kajian ini adalah untuk merancang tindakan bagi mengatasi masalah tulisan murid yang tidak kemas dan seperti cakar ayam. Masalah ini dikenalpasti dalam kalangan murid Tahun 1 Bestari iaitu melibatkan dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Saya telah memilih untuk menggunakan kaedah ansur maju secara berulang kepada keempat-empat murid berkenaan. Untuk tujuan mengenalpasti masalah dalam kajian ini, saya telah menggunakan beberapa alat kajian yang dapat membantu saya membuktikan masalah ini benar-benar wujud. Alat kajian yang saya gunakan dalam kajian ini ialah: Pemerhatian Pemerhatian dilaksanakan untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah dan mengesahkan masalah yang dikenalpasti. Pemerhatian merupakan teknik berkesan dalam pengumpulan data. Pemerhatian dibuat secara berstruktur dengan menggunakan senarai semak supaya lebih mudah untuk dianalisis. Saya melakukan pemerhatian dengan melihat tulisan murid dalam buku latihan mereka, cara mereka memegang pensel dan postur duduk mereka. Analisis pemerhatian adalah seperti berikut: Masalah Murid A Murid BMurid C Murid D(Ikmal)(Shamil) (Rahayu)(Norhidayah) 1. Postur badan 2. Cara pegang pensel 3. Tulisan sukar dibaca 4. Perkataan terlalu rapatdan condong 5. Tulisan bersepah 6. Huruf terlalu dekat 7. Huruf besar dan kecilbercampur dalam satuperkataan5|Muka surat 6. KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN TINDAKAN2012 Didapati, murid A, B, C, dan D mempunyai masalah dalam ketujuh-tujuh masalah yang disenaraikan dalam borang tersebut. Temubual Semi Berstruktur Saya menjalankan temubual semi berstruktur terhadap guru mata pelajaran untuk mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh murid-murid tersebut dan untuk mendapatkan maklumat yang mendalam berkenaan isu atau masalah. Temubual semi struktur adalah jenis temubual di mana soalan-soalan telah dibentuk terlebih dahulu untuk digunakan sebagai panduan semasa proses temubual. Penemubual bebas untuk mengemukakan soalan-soalan lain yang tiada dalam set soalan sedia ada. Oleh demikian boleh dikatakan bahawa, temubual semi struktur terletak antara temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur (Choong Lean Keow, 2011). Transkripsi temubual boleh dilihat pada bahagian lampiran. Penelitian dokumen Penelitian dokumen digunakan untuk meneliti latihan yang dilakukan oleh