kertas cadangan dan laporan kajian tindakan

8
NAMA :........................................................................................ KUMPULAN:........................................................................................ Pastikan item-item di bawah dipenuhi dan diisi oleh ketua kumpulan. Jawapan adalah dalam bentuk YA atau TIDAK. 1. Gigi yang bersih ( ) 2. Kuku yang bersih ( ) 3. Tudung dilipat kemas (bagi pelajar perempuan sahaja) ( ) 4. Pakaian digosok rapi ( ) 5. Kasut putih yang bersih ( ) 6. Stoking putih yang bersih dan tidak terlalu pendek ( ) 7. Tali leher diikat rapi (bagi pelajar lelaki sahaja) ( ) 8. Berpakaian sekolah ( ) 9. Rambut kelihatan pendek dan kemas ( ) 10. Keseluruhan bersih /tidak bersih ( ) 1

Upload: ahmad-firdaus

Post on 27-Jun-2015

329 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Dan Laporan Kajian Tindakan

NAMA :........................................................................................

KUMPULAN :........................................................................................

Pastikan item-item di bawah dipenuhi dan diisi oleh ketua kumpulan. Jawapan adalah dalam bentuk YA atau TIDAK.

1. Gigi yang bersih

( )

2. Kuku yang bersih

( )

3. Tudung dilipat kemas (bagi pelajar perempuan sahaja) ( ) 4. Pakaian digosok rapi ( ) 5. Kasut putih yang bersih ( ) 6. Stoking putih yang bersih dan tidak terlalu pendek ( ) 7. Tali leher diikat rapi (bagi pelajar lelaki sahaja) ( ) 8. Berpakaian sekolah ( )9. Rambut kelihatan pendek dan kemas ( ) 10. Keseluruhan bersih /tidak bersih ( )

1

Page 2: Kertas Cadangan Dan Laporan Kajian Tindakan

(PERINGKAT SEKOLAH UNTUK DISIMPAN DI DALAM FAIL PANITIA)

NAMA PENGKAJI : NORHAYATI BINTI ISMAIL

TAJUK : MASALAH ETIKA BERPAKAIAN PELAJAR YANG TIDAK KEMAS DI

SEKOLAH.

1.0 MEREFLEK

Saya mengajar di kelas 5PA2 bagi mata pelajaran Ekonomi Asas. Masalah utama bagi murid saya

ialah etika pakaian sekolah yang tidak kemas serta tidak mematuhi peraturan berpakaian. Hal ini

dapat dibuktikan daripada pemerhatian tingkahlaku murid serta temubual daripada 2 orang

pelajar di dalam kelas semasa saya mengajar yang mana pelajar tidak mematuhi etika berpakaian

2

Page 3: Kertas Cadangan Dan Laporan Kajian Tindakan

sekolah yang telah ditetapkan. Analisis yang didapati daripada pemerhatian saya antara

kesilapan yang dapat dikesan semasa pemerhatian saya semasa berada di dalam kelas iaitu

kebanyakan pelajar lelaki tidak memakai tali leher, murid perempuan tidak melipat tudung untuk

menampakkan kekemasan, bertudung singkat di atas paras dada, stoking berwarna sesuka hati

dan juga memakai baju sukan sepanjang waktu persekolahan sekiranya pelajar terlibat dengan

kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pada awal pagi. Masalah ini berlaku dalam kalangan

murid kerana pelajar tidak bertanggungjawab dan tidak mengendahkan peraturan yang telah

ditetapkan oleh pihak sekolah. Selain daripada itu, kuatkuasaan denda yang lebih ketat daripada

guru disiplin perlu ditingkatkan. Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya yang tidak

berupaya untuk menegur pelajar kerana pelajar merasakan etika pemakaian mereka sudah

menjadi satu trend atau fesyen pelajar pada hari ini serta pelajar tidak mahu berubah.

2.0 FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi tersebut, di dapati murid tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan

berpunca daripada:

A) Tiada Kawalan Disiplin Yang Ketat

Pengawalan disiplin hanya bagi guru disiplin dan juga pengawas sekolah hanya pada hari

perhimpunan sahaja. Manakala daripada guru kelas dan juga guru-guru lain tidak berupaya

memberikan teguran. Pelajar seolah-olah terikut dengan cara kawan-kawan berpakaian

dan trend ini akan berlanjutan menjadi satu budaya.

B) Sikap dan penerimaan pelajar itu sendiri untuk lebih berubah ke arah pakaian yang lebih

kemas.

3

Page 4: Kertas Cadangan Dan Laporan Kajian Tindakan

Sikap pelajar yang melampaui batas kerana tidak mengendahkan peraturan yang telah

ditetapkan oleh pihak sekolah. Pelajar lebih suka dengan sikap sendiri yang selesa dengan

budaya yang di wujudkan oleh mereka sendiri.

Jika perkara ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid akan terus menjadi individu yang

tidak berdisipin serta kawalan disipin yang ditetapkan oleh pihak sekolah hanya tercatat di atas

buku catatan disiplin sahaja. Suasana persekolahan juga akan menjadi kucar kacir dengan

keadaan pelajar berpakaian sesuka hati, berpakaian sukan pada setiap masa kerana tiadanya

penguatkuasaan disiplin di kalangan mereka. Bagi mengatasi masalah ini, saya akan cuba

mencari jalan penyelesaian tambahan bagi menarik minat pelajar agar lebih mematuhi etika

berpakaian yang kemas dan teratur agar nama sekolah terjaga disebabkan oleh etika pemakaian

pelajar yang kemas. Saya akan cuba berbincang dengan guru disiplin sekolah berkaitan masalah

yang membelanggu pelajar di sekolah ini iaitu mengenakan denda dalam bentuk bayaran dan

juga hukuman yang setimpal. Pelajar juga tidak akan dibenarkan mengikuti sesi pembelajaran

sekiranya gagal mematuhi peraturan pakaian yang telah ditetapkan.

Objektif Kajian

Secara amnya pelajar akan dapat membentuk diri agar lebih beretika serta mematuhi etika

berpakaian yang betul.

Secara khususnya

a) Murid akan lebih beretika.

b) Murid akan sentiasa berpakaian kemas

4

Page 5: Kertas Cadangan Dan Laporan Kajian Tindakan

Kajian ini melibatkan 25 orang pelajar daripada kelas 4PA2 di Sekolah Menengah Kebangsaan

Arau, Perlis.

3.0 MERANCANG

Saya merancang akan mendapatkan data bagi tinjauan masalah menggunakan kaedah:

a) Pemerhatian

Melalui kaedah tinjauan masalah ini , saya hanya memerhatikan pelajar serta membuat

catatan sekiranya perlu tentang etika pelajar-pelajar 5PA2 berpakaian ketika dalam waktu

persekolahan. Pemerhatian saya ini melibatkan tempoh 2 minggu persekolahan.

b) Borang Kajian Pelajar

Saya merancang mendapatkan data ini dengan menggunakan kaedah borang kajian ke atas

pelajar yang mana melibatkan pelajar tingkatan 5PA2 di berikan satu tugasan iaitu pelajar

diberikan taklimat berkaitan etika yang perlu dipatuhi bagi pelajar sekolah. Seterusnya guru

membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan bagi memudahkan perlaksanaan kajian.

5

Page 6: Kertas Cadangan Dan Laporan Kajian Tindakan

Kumpulan yang dilantik, dikehendaki melantik seorang ketua yang difikirkan

bertanggungjawab melaksanakan tugasan baru ini. Tugasan ini dikehendaki pelajar

berpakaian kemas setiap masa dari hujung rambut hingga hujung kaki. Pada waktu sebelum

bermula P&P, ketua kumpulan masing-masing diminta mengisi borang pemantauan yang

disediakan oleh saya (guru yang membuat kajian) yang mana mengandungi maklumat murid,

senarai item-item etika yang perlu diberikan markah oleh ketua berdasarkan pemerhatian

ketua manakala ketua akan dinilai oelh pengkaji sendiri. Tempoh kajian ini akan dijalankan

selama 2 minggu berturut-turut.

Perlaksanaan tindakan yang akan saya jalankan adalah:

i. Aktiviti 1 : Pemerhatian sewaktu sesi P&P.

Langkah 1 : Guru pengkaji akan membuat pemerhatian sewaktu P&P

Langkah 2 : Guru pengkaji meminta guru lain yang terlibat dengan kelas 5PA2

untuk membantu guru pengkaji membuat pemerhatian tambahan.

ii. Aktiviti 1 : Kaedah borang kajian pelajar

Langkah 1 : Pelajar akan dibahagikan emngikut kumpulan yang diketuai oleh

seorang ketuayang akan menandakan berkaitan etika pelajar pada

borang yang disediakan.

Langkah 2 : Guru pengkaji akan meneliti dari masa ke semasa berkaitan

perubahan yang dilaksanakan pelajar.

6

Page 7: Kertas Cadangan Dan Laporan Kajian Tindakan

4.0 BERTINDAK

TARIKH : 03 0ktober 2010 – 15 Oktober 2010

Tindakan yang telah saya jalankan ialah pemerhatian

i) Aktiviti 1 : Pemerhatian dan catatan awal

Langkah 1: Pengkaji memerhati cara pelajar berpakaian sewaktu P&P.

Langkah 2: Memerhati pelajar yang berpakaian sukan sama ada menukar

ke pakaian seragam sekolah atau tidak.

7

Page 8: Kertas Cadangan Dan Laporan Kajian Tindakan

Pemerhatian yang saya jalankan ini menunjukkan bahawa kaedah ini hanya dapat melihat etika

pelajar berpakaian pada waktu persekolahan. Dengan aktiviti yang dijalankan, pengkaji boleh

membuat keputusan kaedah yang boleh digunakan dalam pemerhatian ini.

Refleksi yang saya boleh nyatakan apabila aktiviti ini dijalankan menunjukkan bahawa hanya

sebahagian sahaja pelajar yang tidak mematuhi etika berpakaian yang betul sebagaimana yang

ditetapkan oleh pihak sekolah. Kebanyakan terdiri daripada kalangan pelajar lelaki.

TARIKH : 18 Oktober 2010 – 29 Oktober 2010

ii) Aktiviti 2 : Kaedah Kajian Borang Pelajar

Langkah 1: Pengkaji mengarahkan pelajar-pelajar membentuk kumpulan dan

melantik seorang ketua.

Langkah 2: Setiap ketua menjalankan tugasan dengan menandakan pada borang

disediakan guru pengkaji.

Pemerhatian yang saya jalankan menunjukkan bahawa kedah ini memberikan kesan yang

mendalam ke atas pelajar.

5.0 HASIL KAJIAN

Hasil kajian tindakan ini telah menunjukkan hasil dan perkembngan yang memberangsangkan di

mana identiti pelajar beretika dalam pemakaian ketika di sekolah dilaksanakan oleh pelajar

dengan jayanya disebabkan oleh pemantauan demi pemantauan yang dijalankan oleh pengkaji.

Pelajar juga lebih menghormati guru apabila mengikuti setiap arahan dan juga peraturan yang

telah ditetapkan. Pelajar juga lebih memahami kepentingan etika pemakaian kepada mereka.

8

Page 9: Kertas Cadangan Dan Laporan Kajian Tindakan

Atas kesedaran dan keyakinan yang telah saya perolehi daripada kajian tindakan ini, saya

merasakan bahawa masih perlu melakukan kajian tindakan dalam mengatasi masalah etika

berpakaian di sekolah ini. Oleh itu, saya bercadang untuk berbincang dengan guru disiplin bagi

menjalankan kajian ini di dalam mana-mana kelas yang lain pula.

9