kertas cadangan kajian tindakan

Click here to load reader

Download Kertas cadangan kajian tindakan

Post on 02-Jun-2015

31.257 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

  • 1.
    • TajukMempertingkatkan penguasaan sebutan dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu di kalangan pelajar bukan Melayu Kelas PeralihanSatu menggunakan simulasi watak (Role Play Simulation).
  • 2. Nama Penyelidik

a) Elizabeth Linda Ugap
b) Junaidah Bt Jusoh

  • c) Noorhayati Bt Sulaiman

d) So Bee Bee

  • Latar Belakang Kajian

Perkembangan kajian tindakan adalah selaras dengan anjakan paradigma dalam perbahasan tentang asas pengetahuan untuk pengajaran (Knowledge base for teaching) yang kini memperlihatkan peralihan daripada model sistem mengajar yang bersifat preskriptif oleh ejen luar (penyelidik di universiti) dan dari domain ilmu di luar pendidikan seperti psikologi, sosiologi dan falsafah (Bruner, 1966), kepada pengetahuan tentang pengajaran dalam konteks bilik darjah yang bersifat kontekstual dan partikularistik, dijana oleh guru sendiri sebagai penyelidik (Doyle, 1989).
Sejarah penggunaan Bahasa Melayu adalah selari dengan sejarah kemerdekaan negara Malaysia. Sebagai sebuah negara merdeka, Malaysia mempunyai perlembagaan dan kedaulatannya. Dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 152(1) terdapat satu ketetapan yang menyebut bahawa bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia ialah Bahasa Malaysia. Bertolak daripada ketetapan itulah maka kerajaan Malaysia telah merancang satu dasar pendidikan kebangsaan yang mengarah kepada perlaksanaan penggunaan Bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang ras, melalui pengajaran dan pembelajaran bahasa tersebut di sekolah-sekolah.
Pelaksanaan penggunaan Bahasa Melayu telah dilaksanakan secara beransur-ansur. Pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Bahasa Melayu sudah agak lama diadakan di sekolah-sekolah di Malaysia. Walaupun penggunaan Bahasa Melayu sudah meluas dalam kalangan masyarakat, tetapi masih lagi terdapat kesalahan penggunaannya. Kajian Awang Sariyan (1980) menunjukkan bahawa penggunaan Bahasa Melayu dalam penulisan, banyak kesalahannya dari masalah kesalahan ejaan, perbendaharaan, sebutan hinggalah kepada masalah kesalahan morpologi sintaksis yang dinamakan sebagai Kesalahan Umum Penggunaan Bahasa Melayu. Nik Safiah Karim (1980) telah menamakan kesalahan umum penggunaan Bahasa Melayu di kalangan anggota masyarakat Malaysia, khasnya di kalangan para pelajar sebagai masalah pencemaran bahasa yang harus dibersihkan melalui cara pengajaran yang berkesan. Kegagalan menguasai aspek-aspek ini perlu ditangani demi menyahut cabaran untuk melahirkan pelajar yang mampu berkomunikasi dalam bahasa kebangsaan Malaysia dengan baik.

  • Pernyataan Masalah

Kajian ini difokuskan kepada pelajar di dalam kelas Peralihan Satu di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang (SHUMEL), Teluk Intan, Perak. Masalah ini dikenalpasti melalui temubual dengan Cikgu Chooi Kim Wai, guru bahasa Melayu yang mengajar kelas Peralihan Satu di sekolah tersebut pada 20hb Ogos 2010. Melalui temubual yang dijalankan, kami dapati bahawa masalah penguasaan sebutan dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu di kalangan pelajar bukan Melayu adalah serius dan amat mendukacitakan.
Kami juga dibawa melawat ke kelas Peralihan Satu bagi meninjau permasalahan ini dengan lebih dekat lagi. Sewaktu kami menyemak buku latihan pelajar kelas Peralihan Satu, kami berasa sungguh terkejut kerana kami dapati penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar bukan Melayu adalah sungguh lemah. Perkataan Bahasa Melayu yang digunakan dalam membuat latihan seperti membina ayat adalah terhad dan sangat lemah. Begitu juga dalam sebutan perkataan dan perbendaharaan kata yang terbatas serta dipengaruhi oleh dialek tempatan dalam pertuturan seharian. Selain itu, pelajar juga banyak melakukan kesilapan ejaan serta membina ayat dalam keadaan tergantung. Apabila kami bertanya kepada para pelajar tentang keadaan ini, jawapan yang mereka berikan mudah sahaja iaitu kami tidak minat, terlalu banyak perkataan baru dan susah untuk kami faham maksudnya. Inilah jawapan yang diberikan kepada kami. Secara kesimpulannya, kami dapati faktor utama kegagalan pelajar kelas Peralihan Satu inimenguasaisebutan dan perbendaharaan kata Bahasa Melayu disebabkan mereka tidak minat untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan kurang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan apabila berkomunikasi. Pelajar berbangsa Cina dan India menggunakan bahasa ibunda masing-masing apabila berbual dalam kalangan mereka. Ini menyebabkan penguasaan sebutan dan perbendaharaan kata mereka dalam Bahasa Melayu agak terbatas.
Apakah yang boleh kami lakukan untuk menarik minat pelajar bukan Melayu dalam menguasai Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi negara? Mampukah kami menjalankan aktiviti dalam masa yang singkat ini untuk membantu mereka meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu? Apabila kami membincangkan masalah ini dengan guru-guru dalam sekolah tersebut, kesimpulan yang kami dapat adalah pelajar hari ini tidak minat untuk belajar, malas membaca dan suka disuapkan sahaja ilmu daripada guru. Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini? Kami telah berusaha menghasilkan pelbagai langkah penyelesaian bagi membantu mereka meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu di kalangan pelajar bukan Melayu dengan harapan mereka dapat menguasai dan mampu berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu pada masa depan.
Bagi mengukuhkan lagi pernyataan masalah yang dikemukakan di atas, kami telah meminta senarai markah pelajar kelas Peralihan Satu ini untuk melihat secara lebih jelas lagi prestasi pelajar-pelajar ini dalam peperiksaan pertengahan tahun yang telah diadakan pada bulan Mei 2010. Jadual di bawah menunjukkanmarkah ujian Bahasa Melayu pada peperiksaan pertengahan tahun pelajar kelas Peralihan Satu yang diberikan oleh Cikgu Chooi Kim Wai. Terdapat 2 orang sahaja pelajar yang lulus pada peperiksaan tersebut dan markah yang paling tinggi adalah 48 markah. Peratusan pelajar yang lulus bagi subjek Bahasa Melayu ini hanyalah sebanyak 7.69%. Ini menunjukan bahawa jumlah pelajar yang gagal adalah seramai 24 orang dan peratusan pelajar yang gagal adalah sangat tinggi iaitu sebanyak 92.31%.
Jadual bi bawah menunjukkan skor yang diperolehi oleh pelajar kelas Peralihan Satu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peperiksaan pertengahan tahun, Mei 2010.
NONAMAPEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUNUJIAN PRAUJIAN PASCA1CHAN HUA MIN482CHAN JI XIAN393CHUA CHUN SEONG364NG KAH CHAP 325LIM YEN SENG 336LIM YEN ZHEN 307TAN KAI LUN 288VIJAY A/L KUPUSAMY239ARYA A/L GANESH2010GUNASILAN A/L DEVA 3811GANESSAN A/L SIRAJ3212TAMIL SELVAN3013CHAN CHIA CHEE 3214TAN SUE MEI2415TEO XIAO HUI2716HENG WEI YIK4717TAN SHI MEI3518TAN SOOK QING2319 LUA SIN YEE 2220CHAN GIAN GIAN 3321 HENG CHAI YEE 2922 TAN CHIEW SEE 3923KAMALA DEVI A/P RATNAM3024SAROJAH A/P MANIAM2925 SRI DEVI A/P KUMAR3726KUMARI A/P SIVA33
JADUAL 1: Markah Bahasa Melayu bagi peperiksaan pertengahan tahun
Peratusan Pelajar Yang Lulus = 2/ 26 100 %
= 7.69%

  • Objektif

3. ObjektifUmum 4. Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran perbendaharaan kata serta dapat menguasai kemahiran menyebut dan membaca perkataan yang betul dalam kalangan pelajar bukan melayu bagi kelas Peralihan Satu.5.2 ObjektifKhusus

  • Membantu pelajar membina ayat mudah dalam penulisan Bahasa Melayu.

5. Membantu meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 6. Mengubah sikap dan persepsi pelajar dengan mengatakan Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang mudah difahami. 7. Membantu pelajar menjadi lebih cemerlang dalam pembelajaran pada masa hadapan. 8. Meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan pelajar bukan Melayu. 9. Metodologi kajian6.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini akan dilaksanakan mengikut proses dan prosedur kajian tindakan mengikut model Somekh (1989) seperti berikut:
Langkah 1- Mengenalpasti masalah/ fokus yang diminati
Pengkaji pergi ke sekolah dan mengenalpasti masalah yang berlaku dan memfokuskan kajian yang ingin dijalankan. Setelah masalah dikenalpasti, pengkaji akan meneruskan kajian kepada langkah 2.
Langkah 2- Mengumpul data
Pengkaji merancang untuk menemubual guru kelas dan guru Bahasa Melayu yang terlibat dengan sampel yang akan dikaji, sampel kajian merupakan pelajar dari kelas Peralihan Satu SMK Hutan Melintang, Teluk Intan, Perak. Selain itu, pengkaji akan mengambil data berkaitan mata pelajaran BM serta menemubual pelajar yang terlibat dengan kajian yang akan dilakukan nanti.
Langkah 3- Menganalisis data/ membentuk hipotesis
Pengkaji merancang akan melakukan ujian pra terlebih dahulu. Ujian pra ini merupakan ujian yang akan dilakukan sebelum aktiviti dijalankan terhadap pelajar-pelajar tersebut. Ujian pra akan dijalankan pada 10 Januari 2011 bagi mengetahui tahap pencapaiaan pelajar kelas Peralihan Satu ini dalam menguasai sebutan dan perbendaharaan kataBahasa Melayu. Ujian ini akan melibatkan 26 orang pelajar bukan Melayu. Format ujian ialah soalanberbentuk aneka pilihansebanyak 10 soalan dan satu soalan berbentuk karangan ringkas perlu dijawab oleh pelajar. Semua soalan berbentuk aneka pilihan ini merupakan soalan-soalan berkaitan tatabahasa dan perbendaharaan kata manakala soalan karangan ringkas bertujuan menguji sejauhmana kemampuan pelajar menggunakan perbendaharaan kata dalam membina ayat-ayat mudah.

Langkah 4- Merancang pelan tindakan

  • Setelah berbincang antara ahli kumpulan, kami merancang untuk menggunakan simulasi watak (Role Play Simulation) dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu diSekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang, Teluk Intan, Perak.

Langkah 5- Melaksanakan pelan tindakan
Simulasi watak (Role Play Simulation) akan dilakukan:
Aktiviti 1: Menyebut suku kata dengan se