cadangan kajian tindakan - gambarajah sistem pencernaan bk

13
CADANGAN KAJIAN TINDAKAN PN. NOOR AZITA BINTI AHMAD SMK BANDAR BARU SUNGAI BULOH 2012 TAJUK : SATU INKUIRI PENGAJARAN MELAKAR DAN MELABEL GAMBARAJAH SISTEM PENCERNAAN DALAM EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 5 SECARA BUKU TEKS DAN AKTIVITI ANALOGI IMAGINASI 1

Upload: zuriyana84

Post on 10-Apr-2016

221 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

cadangan kajian tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: Cadangan Kajian Tindakan - Gambarajah Sistem Pencernaan Bk

CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

PN. NOOR AZITA BINTI AHMAD

SMK BANDAR BARU SUNGAI BULOH

2012

TAJUK : SATU INKUIRI PENGAJARAN MELAKAR DAN MELABEL GAMBARAJAH SISTEM PENCERNAAN DALAM EKONOMI RUMAH TANGGA TINGKATAN 5 SECARA BUKU TEKS DAN AKTIVITI ANALOGI IMAGINASI

1

Page 2: Cadangan Kajian Tindakan - Gambarajah Sistem Pencernaan Bk

CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

1.0 NAMA SEKOLAH:

SMK Seksyen 4 Bandar Kinrara, Jalan 5A Bandar Kinrara, 47100 Puchong, Selangor.

2.0 PENYELIDIK:

Pn. Noor Azita binti Ahmad

3.0 TAJUK KAJIAN TINDAKAN:

Satu inkuiri pengajaran Melakar Dan Melabel Gambarajah Sistem Pencernaan dalam Ekonomi Rumah Tangga tingkatan 5 secara buku teks dan aktiviti analogi imaginasi.

4.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU:

Berdasarkan huraian sukatan pelajaran Ekonomi Rumah tangga tingkatan 5, melakar dan melabel gambarajah sistem pencernaan adalah hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar di bawah topik pencernaan dan penyerapan. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar sering mengeluh sukar untuk melakar dengan alasan mereka tidak pandai melukis dan tidak dapat mengingati label sistem pencernaan tersebut. Dari pemerhatian kami sebagai guru-guru ERT, kami dapati melakar dan melabel secara menghafal dari buku teks dan memberikan latihan pengukuhan melabel tidak cukup untuk menarik minat pelajar terhadap topik ini dan ini akan menjejaskan pengajaran topik pencernaan dan penyerapan secara keseluruhan apabila minda pelajar telah dikuasai dengan pemikiran topik ini sukar untuk dipelajari.

2

Page 3: Cadangan Kajian Tindakan - Gambarajah Sistem Pencernaan Bk

5.0 ISU / KEPRIHATINAN (FOKUS KAJIAN)

Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar adalah mereka sukar untuk menghafal gambarajah sistem pencernaan bagi tujuan melakar dan melabel. Kesukaran ini akan menyebabkan mereka mengambil masa yang lama dan merasa bosan untuk mengenalpasti organ-organ pencernaan dan penyerapan. Seterusnya keadaan ini akan menjadikan mereka gagal menguasai topik ini secara keseluruhan. Untuk memburukkan lagi keadaan, kesukaran melakar dan melabel akan menyebabkan mereka menutup minda mereka dan menganggap topik ini sukar dipelajari dan dikuasai. Ini akan menjejaskan peluang mereka menjawab soalan kertas 2 bahagian C dengan baik dalam peperiksaan SPM.

6.0 OBJEKTIF KAJIAN

6.1 OBJEKTIF AM:

Mencipta satu kaedah pengajaran yang menarik bagi pelajar melakar dan melabel gambarajah sistem pencernaan.

6.2 OBJEKTIF KHUSUS:

Murid-murid dapat melakar dan melabel gambarajah sistem pencernaan dalam masa yang singkat, mengekalkan daya ingatan melakar dan melabel dalam tempoh yang lama dan mempelajari topik ini dalam keadaan yang menyeronokkan.

7.0 KUMPULAN SASARAN

Semua pelajar tingkatan 5 Harmoni.

3

Page 4: Cadangan Kajian Tindakan - Gambarajah Sistem Pencernaan Bk

8.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN:

8.1 PELAKSANAAN KAJIAN

8.1.1 Pemerhatian

Sepanjang pemerhatian kami, pelajar sukar untuk mengingat gambarajah pencernaan bagi tujuan melakar dan melabel. Gambarajah ini amat penting untuk pelajar menguasai topik pencernaan dan penyerapan dimana proses pencernaan dan penyerapan akan dihuraikan berdasarkan gambarajah tersebut. Penguasaan terhadap melakar dan melabel ini amat membantu pelajar untuk menjawab soalan dari kertas 1 dan kertas 2, SPM.

8.1.2 Tindakbalas

Proses melakar dan melabel ini akan menjadi mudah sekiranya pelajar dapat mengingat langkah melakar dan melabel gambarajah pencernaan. Apa yang berlaku adalah pelajar tidak mahu mengingat dan menganggap gambarajah tersebut sukar dilakar apatah lagi untuk dilabel dengan melihat sekali lalu dari buku teks.

8.1.3 Pelajar akan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama terdiri daripada 10 orang yang akan diberikan kaedah pengajaran berdasarkan buku teks semata-mata manakala kumpulan kedua yang juga terdiri daripada 10 orang akan diberikan rawatan dengan aktiviti analogi imaginasi. Di akhir P&P, kedua-dua kumpulan pelajar akan disatukan dan diberi ujian melakar dan melabel. Masa akan diambil bagi melihat kepantasan pelajar melakar dan melabel. Ujian yang sama buat kali kedua akan di beri dalam masa seminggu dari tarikh ujian pertama dan ujian ketiga akan diberi dalam tempoh sebulan bagi menguji pengekalan daya ingatan pelajar dengan kaedah pengajaran yang berbeza.

4

Page 5: Cadangan Kajian Tindakan - Gambarajah Sistem Pencernaan Bk

LANGKAH DEMI LANGKAH AKTIVITI ANALOGI IMAGINASI GAMBARAJAH SISTEM PENCERNAAN

LANGKAH GAMBARAJAH KETERANGAN

1

Lukis no 2

(analogi untuk belakang kepala dan bahu kanan)

2

Lukis hidung, mulut, dagu dan bahu kiri

- Labelkan mulut

3

Lukis bukit kecil di belakang hidung

5

mulut

Page 6: Cadangan Kajian Tindakan - Gambarajah Sistem Pencernaan Bk

4

Letakkan payung atas bukit

(analogi untuk kelenjar air liur)

- Labelkan kelenjar air liur

5

Letakkan jambatan kecil di bawah bukit ke mulut

6

Jom kita menggelongsor ke dalam orang ni…syooooom

(analogi untuk esofagus)

- Labelkan esofagus

6

Mulut

Kelenjar air liur

Mulut

Esofagus

Kelenjar air liur

Page 7: Cadangan Kajian Tindakan - Gambarajah Sistem Pencernaan Bk

7

Terus menggelongsor mengikut arah ‘C’ besar terbalik

8

Turun lagi…’C’ kecil pula..

7

Page 8: Cadangan Kajian Tindakan - Gambarajah Sistem Pencernaan Bk

9

Oh…ini perut dan duodenum la…

- Labelkan perut

- Labelkan duodenum

10

Lukiskan ranting di sebelah kanan dan kiri ‘C’ kecil.

Tambah ranting kecil di sebelah kiri dan letakkan sebiji buah

(Analogi untuk pundi hempedu)

- Labelkan pundi hempedu

8

Kelenjar air liur

Esofagus

PerutDuodenum

mulut

Duodenum

mulutKelenjar air liur

Esofagus=

perut

Pundi hempedu

Page 9: Cadangan Kajian Tindakan - Gambarajah Sistem Pencernaan Bk

11

Lukiskan daun panjang di sebelah ranting kanan.

(Analogi untuk pankreas)

- Labelkan pankreas

12

Lukiskan daun lebar di sebelah ranting kiri.

(Analogi untuk hati)

- Labelkan hati

9

mulut

Kelenjar air liur

Perut

Kelenjar air liur

Pankreas

Pundi hempedu

Esofagus

Esofagus

Perut

Pankreas

Deodenum

Mulut

hati

Pundi hempedu

Duodenum

Page 10: Cadangan Kajian Tindakan - Gambarajah Sistem Pencernaan Bk

13

Lukiskan empat segi terbuka dengan tangan menggigil

(Analogi untuk usus besar dan rektum)

- Labelkan usus besar

- Labelkan rektum

- Labelkan dubur

14

Mari kita teruskan menggelongsor, kali ini jalan berliku-liku…di dalam kawasan empat segi terbuka.

(Analogi untuk usus kecil)

- Labelkan usus kecil

10

Kelenjar air liur

Hati

Mulut

Esofagus

Kelenjar air liur

Perut

Perut

Usus besar

Pankreas

Pankreas

Usus besar

Duodenum

Rektum

hati

Dubur

Mulut

Pundi hempedu

Pundi hempedu

Usus kecil

Esofagus

Duodenum

Dubur

Rektum

Page 11: Cadangan Kajian Tindakan - Gambarajah Sistem Pencernaan Bk

8.2 HASILAN

Ujian 1, 2 dan 3 akan dikumpulkan bagi dibuat perbandingan dapatan melakar dan melabel menggunakan kaedah analogi imiginasi berbanding hafalan dari buku teks.

8.3 Kaji Selidik

Soalan kaji selidik akan dilaksanakan bagi melihat kecenderungan minat pelajar dalam melakar dan melabel gambarajah sistem pencernaan mengikut kaedah analogi imiginasi berbanding hafalan dari buku teks.

9.0 BAHAN YANG DICADANGKAN

Kertas A4:

Soalan 1, 2 dan 3.

Catatan soalan dan dapatan kaji selidik.

11

Page 12: Cadangan Kajian Tindakan - Gambarajah Sistem Pencernaan Bk

12