kertas cadangan

21
1. PENDAHULUAN Program mentor – mentee merupakan salah satu pendekatan yang boleh digunakan untuk membantu murid dalam bidang akedamik dan memajukan diri dalam pelajaran melalui bimbingan dan pemantauan guru yang dikenali sebagai mentor. Oleh itu program ini boleh didefinisikan sebagai satu sistem yang melibatkan guru untuk membantu, membimbing, mengajar, memberi sokongan serta galakan dalam memupuk potensi pelajar supaya berkembang dan meningkat, bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga sahsiah dan JERI pelajar. Sistem Mentor berfungsi sebagai satu saluran di mana para murid dapat menyatakan kehendak dan keperluan masing-masing manakala guru-guru dapat menyuarakan permintaan dan harapan mereka demi mencapai matlamat sekolah dan pendidikan. Oleh itu, guru sebagai mentor dapat membantu dan membimbing para pelajar di bawah jagaannya (mentee) dengan cara yang sistematik dan berkesan melalui perjumpaan yang dirancang dan berobjektif. Program Mento Menti ini juga merupakan program untuk meningkatkan keyakinan murid Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR bagi sesi persekolahan 2010. Murid-murid akan bertindak sebagai anak angkat kepada guru-guru di sekolah ini. Hal ini membolehkan guru membimbing dan membantu murid dengan lebih telus serta memberi tunjuk ajar dan motivasi agar murid berkenaan mencapai kecemerlangan dalam UPSR. 2. RASIONAL Program sebegini amat wajar dijalankan kerana murid perlu diberi pendedahan dan bimbingan dalam mengetahui potensi diri untuk berjaya dalam bidang akademik. Melalui cara ini, ia dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak. Oleh sebab itu, dengan adanya program ini dapat membantu mereka dalam meningkatkan motivasi,

Upload: mamadanesh

Post on 24-Jun-2015

2.636 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: kertas cadangan

1. PENDAHULUAN

Program mentor – mentee merupakan salah satu pendekatan yang boleh

digunakan untuk membantu murid dalam bidang akedamik dan memajukan diri

dalam pelajaran melalui bimbingan dan pemantauan guru yang dikenali sebagai

mentor. Oleh itu program ini boleh didefinisikan sebagai satu sistem yang

melibatkan guru untuk membantu, membimbing, mengajar, memberi sokongan

serta galakan dalam memupuk potensi pelajar supaya berkembang dan meningkat,

bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga sahsiah dan JERI pelajar.

Sistem Mentor berfungsi sebagai satu saluran di mana para murid dapat

menyatakan kehendak dan keperluan masing-masing manakala guru-guru dapat

menyuarakan permintaan dan harapan mereka demi mencapai matlamat sekolah

dan pendidikan. Oleh itu, guru sebagai mentor dapat membantu dan membimbing

para pelajar di bawah jagaannya (mentee) dengan cara yang sistematik dan

berkesan melalui perjumpaan yang dirancang dan berobjektif.

Program Mento Menti ini juga merupakan program untuk meningkatkan

keyakinan murid Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR bagi sesi persekolahan

2010. Murid-murid akan bertindak sebagai anak angkat kepada guru-guru di

sekolah ini. Hal ini membolehkan guru membimbing dan membantu murid dengan

lebih telus serta memberi tunjuk ajar dan motivasi agar murid berkenaan mencapai

kecemerlangan dalam UPSR.

2. RASIONAL

Program sebegini amat wajar dijalankan kerana murid perlu diberi

pendedahan dan bimbingan dalam mengetahui potensi diri untuk berjaya dalam

bidang akademik. Melalui cara ini, ia dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk

terus berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi kelak. Oleh sebab itu, dengan

adanya program ini dapat membantu mereka dalam meningkatkan motivasi,

berfikiran positif, membuat keputusan dan mengukuhkan kasih sayang dalam diri

mereka dalam usaha melahirkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Page 2: kertas cadangan

Selain itu, kejayaan yang diraih memerlukan pengorbanan. Justeru untuk

berjaya murid-murid perlu berusaha gigih dan cekal dalam menghadapi sebarang

cabaran. Ibu bapa dan keluarga merupakan orang paling dekat dengan murid-murid

selain guru-guru yang mampu membantu motivasi dan keyakinan diri murid dalam

mempersiapkan diri menghadapi peperiksaan.

3. OBJEKTIF

Pembentukan program ini mempunyai objektif yang tertentu, di antaranya ialah:

Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di antara murid mentee tahun 6

dengan guru-guru yang menjadi mentor.

Memberi kesedaran kepada calon-calon dan Ibubapa/penjaga akan

pentingnya mencapai kejayaan dalam UPSR nanti.

Menaikkan semangat calon-calon untuk berusaha dengan gigih dan

membaiki kelemahan-kelemahan yang masih ada.

Membimbing calon-calon secara individu untuk membuat persediaan yang

betul dalam tempoh-tempoh tertentu sebelum menjelangnya UPSR.

Dapat membantu murid mencari kaedah-kaedah mengulangkaji yang sesuai

dengan diri mereka.

Membimbing murid menjadi insan yang berilmu, berpengalaman, berakhlak

mulia dan berwawasan

Membina keyakinan murid untuk terus berusaha mencapai kejayaan, ia hasil

bimbingan mentor yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan

pelajar.

Mengurangkan tekanan akibat sesuatu konflik(diri/rakan

sebaya/guru/keluarga) dengan wujudnya hubungan yang mesra antara guru

dengan murid

Membina hubungan yang baik antara guru dan pelajar untuk mewujudkan

budaya sekolah yang sihat bagi meningkatkan pencapaian akademik.

Memberi bimbingan dan dorongan terancang kepada pelajar-pelajar, demi

kemajuan dalam bidang akademik.

Melatih pelajar menjadi seorang yang bertanggungjawab, berdisiplin,

mempunyai sifat-sifat kepimpinan dan pengikut yang baik.

mengenalpasti kelemahan dan dapat mengatasinya melalui ujian dan

peperiksaan dalaman.

Page 3: kertas cadangan

Menyemai rasa kasih dan sayang kepada keluarga

Mendekatkan diri kepada Allah dan sentiasa berusaha untuk berjaya.

4. MATLAMAT

i. Meningkatkan pencapaian peratusan setiap matapelajaran UPSR.

ii. Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid dalam setiap matapelajaran.

iii. Melahirkan murid yang beriman dan beramal soleh.

iv. Memberi motivasi kepada murid agar mencapai kejayaan dalam UPSR.

5. PEMILIHAN MENTOR

Mentor terdiri daripada Pentadbir Sekolah, Guru Bimbingan dan Kaunseling

dan guru-guru SK Kem Iskandar. Diharap mentor dapat bersikap positif, memahami

latar belakang mentee, bertolak ansur, bertimbang rasa, amanah, ikhlas, terbuka

serta peka terhadap masalah dan perasaan pelajar.

6. PENYESUAIAN MENTOR DAN MENTEE

Mentee diagihkan kepada mentor berdasarkan rawak mengikut kesesuaian.

Sekiranya selepas beberapa pertemuan, mentor dan mentee berkenaan tidak dapat

meneruskan perhubungan yang lebih mesra kerana konflik peribadi, pertukaran

bolehlah diuruskan dengan membincangkan hal berkenalan dengan Jawatan kuasa

Penyelaras Mentor.

7. PERJUMPAAN

Mentor boleh menentukan tarikh dan tempat pertemuan yang sesuai dengan

mentee. Dicadangkan perjumpaan dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali

atau sebulan dua kali. Kekerapan perjumpaan antara mentor dan mentee amat

digalakkan kerana semakin banyak sesi pertemuan dan perhubungan antara

mentor dan mentee, maka semakin erat kerjasama dan saling memahami antara

satu sama lain. Laporan perjumpaan perlu diserahkan kepada Guru Besar, Guru

Penolong Kanan Kurikulum atau Guru Bimbingan dan kaunseling sebaik sahaja

perjumpaan telah dijalankan. Ini bertujuan untuk rekod perjalanan dan

keberkesanan program ini.

Page 4: kertas cadangan

8. CADANGAN TEMPAT /AKTIVITI KUMPULAN

Tempat untuk menjalankan akltiviti kumpulan perlulah selesa dan

bersesuaian, tiada gangguan bising oleh faktor luaran.

Mesti bersih, kemas dan tidak panas

Terang dan mempunyai edaran yanga baik

Etika kumpulan

Amanah dan menyimpan rahsia rakan mentee

Menerima rakan mentee tanpa syarat (bagi guru yang mempunyai lebih bagi

seorang mentee)

Mematuhi norma dan peraturan yang telah ditetapkan oleh ahli kumpulan

Ikhlas, tulen (tidak berpura-pura) dan bersikap terbuka.

9. CIRI-CIRI MENTOR YANG MENOLONG

Pendengar yang baik

Menerima tanpa syarat

Mesra dan peramah

Tidak melabel

Peka

Menyimpan rahsia

Model dari aspek kelakuan dan sikap

10. BIDANG TUGAS MENTOR

Antara bidang tugas seorang mentor kepada menteenya ialah :

Page 5: kertas cadangan

a. Menjaga, mendidik dan bertindak sebagai ibu bapa angkat kepada mentee-

menteenya.

b. Menyimpan rekod peribadi mentee hasil daripada perkongsian maklumat

semasa perjumpaan.

c. Memberi khidmat bimbingan dan nasihat kepada mentee-mentee.

d. Menyelia dan mengawasi perkembangan pelajaran mentee.

e. Bekerjasama dengan guru kelas dalam merancang, mengadakan dan

mengawasi kegiatan-kegiatan yang sesuai untuk pertumbuhan rohani,

jasmani, intelek dan sosial yang sihat di kalangan mentee-mentee.

f. Mengadakan perjumpaan rasmi sekurang-kurangnya sekali untuk setiap

bulan dan laporan hendaklah diserahkan kepada Guru Besar / Penolong

Kanan.

g. Sedia berbincang dengan ibu bapa mentee berhubung dengan sebarang

masalah yang serius mengenai mentee-mentee di bawah jagaannya

(berbincang dahulu dengan Guru Besar / Guru Penolong Kanan Kurikulum

sebelum berjumpa dengan ibu bapa)

h. Merekod perkembangan terkini dan pastikan tahap penglibatan mereka

sesuai dan wajar.

i. Bertanggungjawab untuk memaklumkan kepada pihak pentadbir mengenai

maklumat tertentu contohnya seperti kes-kes serius yang mungkin akan

membahayakan diri mentee dan orang lain.

11. TANGGUNGJAWAB MENTOR

Mentor akan bertanggungjawab sepenuhnya kepada mentee-mentee di

bawah jagaannya semasa menjalankan sesi perbincangan. Antaranya ialah :

Page 6: kertas cadangan

a. Susun aturkan setiap perjumpaan secara mantap iaitu sebaik-baiknya

disempurnakan dengan sesi perkenalan diikuti dengan tujuan

perbincangan itu. Semasa mengendalikan perjumpaan kelompok,

kedudukan mentee berbentuk bulatan atau face to face.

b. Gabungjalinkan secara sempurna sesi perkenalan, perbincangan tajuk-

tajuk yang ditetapkan dan boleh dikaitkan dengan pengalaman-

pengalaman semasa sesi berlangsung.

c. Membahagikan masa dengan terancang agar masa yang diperuntukkan

mencukupi. Anggapkan sebagai task oriented bagi mentor dan mentee, ini

penting bagi proses yang berterusan bagi sesi yang akan datang.

d. Wujudkan setting climate yang berbentuk keberanian, keterbukaan,

kemesraan sehingga dengan sendiri mereka ingin mencuba dan secara

langsung mendorong untuk mempelajari kemahiran-kemahiran baru dan

mempertingkatkan kemahiran-kemahiran yang sedia ada. Lebih-lebih lagi

dalam kemahiran berkomunikasi.

e. Bertindak sebagai motivator yang mempunyai ciri-ciri yang boleh

dipercayai (reliable & trustworthy), bertanggungjawab, berpengetahuan,

berkemahiran dan tepat masa.

f. Menjadi contoh kepada kemahiran-kemahiran yang akan dipraktik dan

dibincangkan.

g. Sentiasa mengingatkan matlamat program dan perjumpaan, mengaitkan

teori/pengetahuan dan pengalaman mentor mentee.

h. Mewujudkan komunikasi yang berkesan di antara mentor dan mentee

supaya dengan ini, mentee jelas dan faham input-input yang

dibincangkan dan dapat sesuatu yang bermakna selepas perjumpaan.

i. Sentiasa sensitif dan peka terhadap wujudnya perbezaan di kalangan

mentee sama ada dari segi penyertaan, keperluan dan cara berfikir.

j. Seharusnya enjoy himself, di mana mentee mempelajari sesuatu dan

mendapat manfaat daripada program yang dijalankan.

k. Menggalak dan mewujudkan situasi di mana mentee-mentee berinteraksi

secara dinamik dan elakkan mentor berperanan sebagai memberi

taklimat.

Page 7: kertas cadangan

l. Mentor harus membuat rumusan kepada perbincangan yang diadakan

dan memperjelaskannya dengan kata-kata perangsang yang berbentuk

kontrak diri.

12. PANDUAN MENTOR

Antara panduan yang boleh diikuti oleh mentor semasa perjumpaan ialah :

a. Membuat persediaan serapi mungkin supaya dengan ini mentee akan

merasai kepentingan perjumpaan dan agak selesa dengan program ini.

b. Ambil sedikit ruang waktu dalam sesi awal aktiviti untuk mengenali

mentee-mentee dan memberi ruang untuk mentee mengenali antara

satu sama lain. Wujudkan bentuk kelompok pembelajaran yang sangat

releks. Dengan harapan kelompok dapat diterokai, sebarang

permasalahan dapat dibincang dengan penuh keterbukaan oleh

mentee-mentee.

c. Wujudkan suasana agar mentee-mentee merasa sangat selesa dan

rasa selamat berkongsi perasaan, pengalaman dan pengetahuan

masing-masing.

d. Memaklumkan dengan jelas sesuatu topik perbincangan dan kawal

mentee yang cuba mendominasikan pengalaman/perbincangan dalam

kelompok.

e. Fleksible dengan aktiviti yang dirancang, wujudkan budaya kelompok

yang saling menerima dan memahami betapa setiap individu itu

adalah berbeza.

f. Perhatikan pergerakan non verbal/body language/clues mentee supaya

dapat memberi respon terhadap kefahaman dan persepsi mereka

terhadap kejadian dalam kelompok.

g. Wujudkan situasi agar mentee-mentee merasakan mereka dipunyai

sense of belongings dan mereka mempunyai kumpulan dan bukan klik.

h. Sentiasa memberi rangsangan dan semangat serta memberi tumpuan

kepada apa yang berlaku here and now.

i. Tunjukkan minat yang mendalam kepada kumpulan, sentiasa

bertanyakan pendapat/pandangan ahli kumpulan serta be yourself.

Page 8: kertas cadangan

j. Mentor harus menjadi pendengar yang aktif.

13. PROSES PERJALANAN PERJUMPAAN

Berikut adalah etika perjumpaan yang menjadi panduan mentor dalam

menjamin keberkesanan sesi:

a. Bertanyakan khabar dan perasaan ahli-ahli.

b. Menyatakan perjalanan kelompok yang merangkumi;

- Tujuan sesi

- Perjumpaan untuk kepentingan ahli

- Perbincangan adalah rahsia terutama perkara-perkara yang terlalu

peribadi.

- Perlu kepada penglibatan ahli secara aktif, dinamik dan kolektif.

- Kehadiran mentor adalah sebagai pemangkin sahaja.

- Sumbangan idea sangat digalakkan

- Ketepatan masa sangat dititikberatkan

- Ahli perlu berkongsi idea, pengetahuan, pengalaman dan

kemahiran

- Beri peluang kepada semua ahli.

c. Proseskan maklumat dan idea yang dikemukakan kepada kelompok.

d. Dapatkan pandangan daripada mentee-mentee sebelum membuat

rumusan dan pandangan.

e. Isi kelompok hendaklah dibincang dengan mendapat persetujuan

bersama.

f. Perhubungan mentor mentee adalah perhubungan profesional.

g. Perkongsian idea dan perbincangan sesuatu tajuk perlu dimanfaatkan

di luar kelompok.

h. Rumuskan idea yang dibincangkan.

i. Ingatkan tarikh pertemuan yang akan datang kepada mentee-mentee.

14. ETIKA PERJUMPAAN

a. Penerimaan tanpa syarat

Page 9: kertas cadangan

b. Kerahsiaan

c. Bersama-sama mentee semasa dan sepanjang sesi berlangsung

d. Ketepatan masa

e. Tidak menghukum

f. Kepercayaan

g. Kejelasan komunikasi

h. Membantu menyelesaikan persoalan-persoalan kelompok dan mentee

i. Sekiranya didapati mentee yang benar-benar bermasalah, sila

rujukkan kepada guru bimbingan dan kaunseling untuk mendapatkan

perkhidmatan kaunseling individu.

j. Sebagai model setiap aspek.

15. AKTIVITI

Antara cadangan aktiviti ialah:

Pertemuan pertama

Suai Mesra

Mengenali dan menyediakan maklumat diri mentee

Beramah mesra

Perbincangan masalah pembelajaran di sekolah

Perbincangan masalah pembelajaran di rumah

Perbincangan pembentukan nilai-nilai murni dan sikap positif

Membuat sambutan perayaan dan kelahiran

Perbincangan matlamat/sasaran peperiksaan

Pertemuan kedua

Bimbingan sahsiah

Perlakuan positif (teruskan)

Perlakuan negatif (bimbingan)

Perjumpaan dengan ibu bapa

Perbincangan mengenai persiapan menghadapi peperiksaan.

Pertemuan ketiga

Page 10: kertas cadangan

Akedemik/matapelajaran

Masalah pembelajaran

Pengurusan masa/jadual waktu

Sasaran/target UPSR

Persiapan menghadapi peperiksaan

Memberi idola (role model)

16. ISU-ISU PERBINCANGAN

a. Isu-isu perbincangan hanya dicadangkan kepada mentor. Mentor boleh

menggunakan isu-isu yang dicadangkan ataupun memilih sendiri isu-isu

semasa yang difikirkan relevan untuk dibincangkan bersama mentee. Jangan

terlalu terikat dengan isu-isu yang dicadangkan.

b. Galakkan mentee menyuarakan pendapat. Mentor berperanan sebagai

fasilitator/pemangkin/pemudahcara dalam sesi perbincangan. Perbincangan

perlu diakhiri dengan rumusan yang dilakukan oleh mentor atau pun mentee

agar perkara penting yang dicapai bersama dikenalpasti dan penamatan

tidak tergantung.

c. Contoh isu adalah seperti berikut :

ISU

PERBINCANGAN

INPUT DAN KAEDAH

Penerokaan kendiri Dimulakan dengan berkongsi maklumat diri

mentor (ice breaking).

ISU

PERBINCANGAN

INPUT DAN KAEDAH

Mendapat maklumat tentang diri mentee

seperti latar belakang.

Wujudkan kemesraan

Wujudkan kejelekitan

Wujudkan sense of belongings di kalangan

mentee

Potensi diri Kekuatan/keistimewaan dan kelemahan ahli

Kejayaan/anugerah dan pencapaian yang

Page 11: kertas cadangan

telah diperolehi

Ciri-ciri positif dan negatif

Pengurusan masa Kemahiran dalam pengurusan masa seharian

di sekolah/rumah.

Bijak menggunakan masa untuk program

kendiri

Programkan masa untuk akademik

Agihkan masa dengan penjadualan yang

mantap bagi pelajaran, kegiatan ko kurikulum

tugas-tugas lain.

Peruntukkan masa untuk beribadat.

Perkembangan

sahsiah

Kenapa perlunya penyuburan akhlak dan

sahsiah

Minta mentee senarai ciri-ciri penyuburan

sahsiah. Bincangkan.

Kaitkan dengan tokoh-tokoh

Pastikan kelompok beroperasi secara dinamik

Kongsikan program yang boleh membantu

dalam perkembangan sahsiah

Pertanyaan secara dinamik perlu digalakkan

di kalangan ahli

ISU

PERBINCANGAN

INPUT DAN KAEDAH

Teknik-teknik Belajar Kepentingannya

Cara belajar berkesan

Teknik menjawab soalan mengikut format

UPSR

Kemahiran membuat nota/cara membaca

cepat

Cara memahami fakta dengan cepat

Cara mengingat fakta

Cara memahami soalan-soalan

Pengaruh Kelompok Kesan negatif/pengaruh rakan sebaya yang

Page 12: kertas cadangan

boleh mendorong kepada unsur negatif

dielakkan

Meniru budaya negatif

Menganggotai klik

Anti establishment

Engkari disiplin sekolah

Bincangkan bagaimana untuk mengatasi

Contohi sikap yang positif

Perhubungan

Kemanusiaan

Cara-cara dan etika untuk untuk berhubung

dengan rakan sebaya, guru dll.

Cara bergaul/komunikasi untuk acara

rasmi/tidak rasmi dan prosedurnya

Cara saling hormat menghormati antara satu

sama lain.

Carta aliran perlaksanaan Program

Senaraikan nama murid

Menyenaraikan pentadbir, guru

SK Kem Iskandar sebagai mentor

Menyusun mentor-mentee berdasarkan

keperluan

Menyediakan Buku Panduan Mentor , senarai

nama, borang laporan pertemuan

Page 13: kertas cadangan

.

17. CADANGAN PELAKSANAAN

Hari : Rabu

Tarikh : 21 April 2010

Masa : 11.00 pg – 1.10 ptg

Tempat : Dewan Sri Perkasa,

Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar

SASARAN

Semua murid Tahun Enam yang bakal menduduki UPSR 2010 seramai 36 orang.

PENYERAHAN

Penyerahan akan dilakukan oleh Puan kamariah binti Jaid, Guru Besar SK Kem

Iskandar dan YDP PIBG (mengikut kesesuaian).

Membuat penerangan kepada guru berkaitan

program

Membuat persiapan majlis pelancaran

Perlaksanaan pelancaran dan perjumpaan pertama

Pemantauan pertemuan mentor-mentee

Memungut laporan perjumpaan untuk mengetahui

keberkesanan program

Page 14: kertas cadangan
Page 15: kertas cadangan

PENASIHAT

PN KAMARIAH BINTI JAID

(GURU BESAR)

PEN.PENASIHAT

EN. MOHD SHAARI BIN EMBONG

(GPK I)

PENGERUSI

EN. MOHD BAKRI BIN

(GPK HEM)

NAIB PENGERUSI

EN. AHMAD TASHIM BIN

(GPK KO-KU)

AJK

PN. HASANIAH BINTI OMAR

PN. YUSNIZA BINTI JAAFAR

PN. FARIDAH BINTI

PN. DIANA A/K ROBERT ULIE

(KETUA PANITIA MATAPELAJARAN TERAS)

PENYELARAS

PN. NORHAIZA BINTI ABD RAZAK

SETIAUSAHA

PN. LILY PREEMALA MICHAEL

AHLI JAWATANKUASA

SEMUA GURU SK KEM ISKANDAR

JAWATANKUASA PELAKSANAAN

JAWATANKUASA PENYELARAS PROGRAM MENTOR

MENTEE MENTOR 2010

Page 16: kertas cadangan

AHLI

JAWATANKUAS

A

GURU BIDANG TUGAS

Pengerusi Majlis Guru Bertugas

PA Sistem Ustaz Mohd Sallehuddin bin Ramli

Disiplin murid Semua guru

Bacaan Doa Ustaz Mohd Haza bin Hamsi

Pemplet Pn. Norhaiza binti Abd Razak

Dokumentasi Pn. Lily Preemala Michael

Jurugambar En. Khairulnasyarudie bin Mohd Wazir

En. Khairul Asmadi bin Abu Bakar

Backdrop Pn. Wan Suhaibah binti Wan Omar

Pn. Sabaria binti Sarponen

Jamuan Pn. Rusmawati binti Ahmad

RANCANGAN PERBELANJAAN

Peralatan - RM 30.00

Fail RM 0.60 x 36 Mentor) - RM 21.60

Jamuan ( RM 2.50 x 6 orang VIP) - RM 15.00

_________

RM 66.60

SUMBER KEWANGAN

Peruntukan Unit Bimbingan dan Kaunseling

ATUR CARA MAJLIS

11.00 pagi - Semua murid tahun 6 & guru berhimpun di dewan

11.10 pagi - Bacaan Doa

11.15 pagi - Aluan Pengerusi Majlis

Page 17: kertas cadangan

Guru Bertugas

11.20 pagi - Ucaptama & Perasmian

Pn. Kamariah binti Jaid

Guru Besar SK Kem Iskandar

Ucapan YDP PIBG

Ucapan Unit Ajar Kem Iskandar

11.40 pagi - Taklimat Penyerahan mentee

Pn. Norhaiza binti Abd Razak

12.00 pagi - Majlis Penyerahan Mentee

12.30 pagi - Perjumpaan Mentor Mentee

(Perlasanaan Isu Pertama)

1.10 pagi - Majlis Tamat

PENUTUP

Program mentor mentee merupakan satu sistem sokongan dan bimbingan

yang baik, diharapkan agar para murid akan dapat mempertingkatkan

kecemerlangan akademik, sahsiah dan perkembangan kendiri selaras dengan Misi

SK Kem Iskandar untuk menjadi sekolah cemerlang menjelang tahun 2010. Di

samping itu, mentor dapat mempraktikkan ciri-ciri kepimpinan dan

profesionalismanya dalam pengurusan personalia pelajar.

SENARAI MENTOR MENTEE SK KEM ISKANDAR SESI 2010

BIL MENTOR MENTEE

Pn. Kamariah binti JaidEn. Mohd Shaari bin EmbongEn. Mohd Bakri bin Hj. Md Nor

En. Ahmad Tashim bin Salleh1. Pn. Hasaniah binti Omar Justina ak Wales

Page 18: kertas cadangan

Robertho Carloss Apui Lukas

Nur Amirah binti Mohd Radi

2. Pn. Norhaiza binti Abd Razak Nurfatin Nabilah binti Osman

3. Pn. Noormala binti Hamzah Nurizzati Syahida binti Amran

4. Pn. Siti Nor Hanim binti Ismail Amy Natasha ak Roysion Endit

5. Pn. Norsusilawati binti Jamaluddin Nur Syazwani Alia binti Abd Rani

6. En. Muhammad Elmi bin Abu Bakar Abu Khairi bin Ahmad Shaoumaruddin

7. En. Khairul Asmadi bin Abu Bakar Muhd Hasmal Azim bin Mahmud

8. Cik Annaha binti Ibrahim Anas Safwan bin Mohamad Zaki

Nur Ain Nabila binti Mohd Dahalan

9. Cik Salbiah binti Ibrahim Galebert Lee ak Lugom

10. Cik Safiah binti Mahat DD Rich Veron b. Robert

11. Pn. Siti Sara binti Mustafa Muhammad Yusof Izzudin bin Yaa’kob

12. Pn. Rusmawati binti Ahmad Nuratiqa binti Duharis

13. Cik Wan Suhaibah binti Wan Omar Muhammad Afiq Danial bin Mohd Ridhuan

14. Pn/ Lily Premala Michael Muhammad Khairul Azwa bin Ammajud

15. Pn. Faridah binti M Yusof Lauryn Sue Anak Jerlanie

16. Pn. Maizatulakmal binti Mustapha Nurul Nazirah binti Shamsudin

17. En. Mohd. Khairulnasryarudie bin Mohd

Wazir

Valerie Alex Majjihil

18. En. Mohd Haza bin Hamsi Zulhelmi bin Zulkefli

19. Cik Nuradibah binti Mispani Nur Atilea Fatia binti Ahmad Asairi

20. Pn. Yusniza binti Jaafar Awang Nur’aim Sufi b. Awang Sulaiman

Siti Umairah binti Jasni

21. Pn. Siti Fatimah binti Mahmud Muhammad Nur Azri bin Anuar

22. Pn. Azita binti Aziz Muhammad Syukri bin Mohd Yazid

23. Pn. Nor Akmar binti Abdul Talib Muhamed Zuheel bin Zaid

24. Pn. Zalinah binti Yunos

25. Pn. Rhona ak Piji Siti Fatimah binti Ahmad

26. Pn. Rohani binti Salleh Nurmastika binti Khalizman

27. En. Mohd Sallehuddin bin Ramli Mohd Norhaffis bin Rathuwan

28. Pn. Hellendi ak Ridi Maria Natasha binti Jamri

29. Pn. Siti Nujum @ Siti Masniah binti Talib Wendy ak Jais

BIL MENTOR MENTEE

30. Pn. Bibian ak Nicholas Siti Nur Afiqah binti Mohd Satar

31. Pn. Diana Robert Ulie Siti Roziana binti Burhanuddin

32. Pn. Sabaria binti Sarponen Nur Atifah binti Che Nor

Page 19: kertas cadangan