kertas cadangan ceramah diambang ramadhan

Upload: khairulaznan

Post on 08-Jul-2015

373 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

BIRO KEROHANIAN ASRAMA DENGAN KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA SELANGOR 45600 BESTARI JAYA SELANGOR DARUL EHSAN ________________________________________________________________________ KERTAS CADANGAN CERAMAH AGAMA DIAMBANG RAMADHAN 1432 HIJRAH 1. Pengenalan Bulan Ramadhan adalah bulan yang cukup istimewa bagi umat Islam. Kedatangannya ditunggu tunggu oleh umat Islam kerana keistimewan yang ada pada bulan ini. Menjelang masuk ke bulan ini umat Islam biasanya membuat persediaan kerana sangat menghargai akan kedatangannya. Di antara persediaan yang dibuat ialah dengan mengulangkaji kembali hukum-hukum berkenaan puasa dan memperbaiki amalan-amalan yang lain. Tujuannya supaya kedatangan bulan ini dapat di hayati sepenuhnya seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. 2. Objektif Program ini dirancang berdasarkan objektif-objektif berikut: a) Mengulangkaji perkara-perkara berkaitan dengan puasa b) Membentuk warga SMTKS yang berhemah, beriman dan bertaqwa. c) Mendidik pelajar supaya mensyukuri nikmat Allah kerana masih diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan tahun ini. d) Memberi motivasi kepada pelajar supaya menghayati ramadhan yang akan tiba dengan sebaik mungkin. 3. Kumpulan sasaran Semua warga Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor 4. Cadangan aktiviti Ceramah yang akan disampaikan oleh Ustaz Hishamudin Bin Abdul Aziz 5. Tarikh Tarikh cadangan : 25 Julai 2011 Hari : Isnin 6. Masa : 7.30 pagi hingga 9.15 pagi

7. Tempat Dewan Lestari SMTKS 8. Perbelanjaan Anggaran perbelanjaan bagi program ini adalah seperti yang dilampirkan dalam lampiran 1 9. Ahli Jawatankuasa Program - Lampiran 2 10. Penutup Semoga program yang dirancang ini diberkati oleh Allah dan mendapat sokongan daripada semua pihak agar objektifnya tercapai.

Lampiran 1

Anggaran perbelanjaan BIL 1 2 PERKARA Saguhati penceramah Jamuan penceramah dan VIP (5 x 12) JUMLAH RM 200.00 60.00 260.00

Lampiran 2 AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN ISRAK MIKRAJ 1432 H. Penaung : Encik Hamid Bin Suhani Pengerusi : Encik Ahmad Bin Razak Naib Pengerusi : En. Raziluldin Bin Abdullah Penyelaras : Encik Khairul Aznan Kasim Setiausaha : Pn Fatimatulzahra Bendahari : En. Johari Osman AJK Disiplin: En Suhaili Hjh. Arinawati AJK Persiapan Tempat : Cik Norehan Pn Noraida AJK Makanan : Pn Fadzilah Pn. Noraini AJK PA Sistem : En. Mukti AJK Tugas Khas: Biro Kerohanian Asrama

Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor 45600 Batang Berjuntai, Selangor _____________________________________________________________________ Koperasi Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor 45600 Batang Berjuntai, Selangor. Tuan, Permohonan Meminjam Wang Bayaran Penceramah Perkara di atas adalah dirujuk. Untuk makluman pihak tuan, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Biro Kerohanian Asrama akan mengadakan Ceramah Maulidur Rasul pada ketetapan seperti berikut: Tarikh : 23 Mac 2009 Hari : Isnin Masa : 8.00 Malam Tempat : Dewan Lestari Penceramah : Ustaz Ghazali bin Omar 2. Sehubungan dengan itu, Saya ingin meminjam wang sebanyak RM 200.00 untuk tujuan membayar saguhati penceramah. Insya Allah saya akan melunaskan pinjaman tersebut apabila telah mendapat pembayaran daripada pihak sekolah. 3. Saya berharap permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan demi membina modal insan berminda kelas pertama. Sekian, Jazakumullahu khairan kathira

23 Mac 2009

Saya yang menurut perintah, ................................................. (HALIMAH BINTI ISMAIL)

Biro Kerohanian Asrama Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor 45600 Bestari Jaya Selangor Darul Ehsan.

__________________________________________________________________ Pengetua Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor, 45600 Bestari, Selangor Darul Ehsan. Tuan, MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN UNTUK MENGADAKAN CERAMAH ISRAK MIKRAJ PERINGKAT SMTKS Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman pihak tuan, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Biro Kerohanian Asrama telah bercadang untuk mengadakan ceramah bagi sambutan Israk Mikraj peringkat SMTKS. Penceramah yang diundang adalah Ustaz Amran Yusof. Butiran mengenai program tersebut adalah seperti berikut: Tarikh Masa Tempat : : : 6 Julai 2011 8.00 malam Dewan Lestari SMTKS

27 Jun 2011

3.

Sehubungan dengan itu, kami memohon peruntukan kewangan sebanyak RM 300.00 ( Ringgit Malaysia Tiga Ratus Puluh sahaja) untuk menjayakan program tersebut. Berserta ini saya lampirkan kertas cadangan untuk rujukan dan perhatian pihak tuan. 4. Akhirnya, kami berharap agar segala aktiviti yang bakal kami laksanakan mendapat sokongan daripada pihak tuan untuk melahirkan masyarakat SMTKS yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah, Khairul Aznan Bin Kasim Pengerusi Biro Kerohanian Asrama SMTKS

.................................................. (HALIMAH BINTI ISMAIL) Ketua Panitia Pendidikan Islam SMTKS

Halimah binti Ismail Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor 45600 Bestari Jaya Selangor Darul Ehsan. __________________________________________________________________ Pengetua Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor, 45600 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tuan, MENUNTUT BALIK WANG PENDAHULUAN BAYARAN PENCERAMAH Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman pihak tuan, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Agama Islam telah mengadakan ceramah bagi sambutan Maulidur Rasul peringkat SMTKS. Penceramah yang diundang adalah Ustaz Ghazali Bin Omar. Butiran mengenai program tersebut adalah seperti berikut: Tarikh Masa Tempat : : : 23 Mac 2009 8.00 malam Dewan Lestari SMTKS

25 Mac 2009

3. Sehubungan dengan itu, saya telah mendahulukan wang bayaran sagu hati penceramah sebanyak RM 200.00. Berserta ini saya lampirkan kertas cadangan untuk rujukan dan perhatian pihak tuan. 4. Akhirnya, saya berharap pihak tuan dapat membayar balik wang yang telah saya dahulukan . Segala perhatian daripada pihak tuan saya dahulukan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,

.................................................. (HALIMAH BINTI ISMAIL)

MAKLUMANPANITIA PENDIDIKAN ISLAM AKAN MENGADAKAN CERAMAH MAULIDUR RASUL PADA TARIKH : 12 MAC 2010 HARI : JUMAAT MASA : 11.15 PAGI TEMPAT : DEWAN LESTARI PENCERAMAH : USTAZ HABIN FAISAL BIN MOHAMED

NITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH TEKNIK KUALA SELANGOR 45600 BESTARI JAYA SELANGOR DARUL EHSAN ________________________________________________________________________ KERTAS CADANGAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431 HIJRAH 1. Pengenalan Sambutan hari kebesaran Islam adalah aktiviti tahunan Panitia Pendidikan Islam SMTKS. Oleh itu, Panitia Pendidikan Islam merancang untuk mengadakan sambutan Mau1idur Rasul 1431 Hijrah dengan tema memantap ukhuwah memperkasa ummah. 2. Objektif Program ini dirancang berdasarkan objektif-objektif berikut: e) Memupuk sifat cinta dan kasihkan Rasulullah f) Membentuk warga SMTKS yang berhemah, beriman dan bertaqwa. g) Mendidik pelajar mencontohi Rasulullah dalam seluruh aspek kehidupan. 3. Kumpulan sasaran Semua warga Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor 4. Cadangan aktiviti - Ceramah Maulidur Rasul bertajuk "Nabi Muhammad Idola Sepanjang Zaman" oleh Ustaz Haji Habin Faisal Bin Mohamed, Pengarah Urusan Great Malek Noor Consultancy. 5. Tarikh Tarikh cadangan : 12 Mac 2010 Hari : Jumaat 6. Masa : 11.15 Pagi 12.15 Tengahari 7. Tempat Dewan Lestari SMTKS 8. Perbelanjaan Anggaran perbelanjaan bagi program ini adalah seperti yang dilampirkan dalam lampiran 1 9. Ahli Jawatankuasa Program - Lampiran 2 10. Penutup Semoga program yang dirancang ini diberkati oleh Allah dan mendapat sokongan daripada semua pihak agar objektifnya tercapai.

Lampiran 1

Anggaran perbelanjaan BIL 1 2 PERKARA Saguhati penceramah Jamuan penceramah dan AJK (10 X RM 5) JUMLAH RM 350.00 50.00 400.00

Lampiran 1 Tentatif program : 7.30 Pagi 7.35 Pagi 7.50 Pagi 8.00 Pagi 9.30 Pagi 9.50 Pagi - Pelajar dan guru berkumpul di Dewan Lestari - Bacaan Yaasiin - Persembahan Multimedia - Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Amal - Persembahan nasyid - Rehat

10.30 Pagi - Pengajaran dan pembelajaran seperti biasa Atau 11.15 - 12.15 Ceramah Maulidur Rasul

Lampiran 2 AHLI JAWATANKUASA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1431 H. Pengerusi Timbalan Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Penyelaras Setiausaha Bendahari : Encik Abd Hamid Bin Suhani : Puan Zanariah Binti Tukirin : En. Ahmad Bin Abd Razak : En. Azmi Bin Misani : Encik Mohd Zamany Bin Yaakub : Puan Halimah binti Ismail : En. Farihan Bin Jamingan

AHLI JAWATAN KUASA Persiapan Tempat Jemputan dan jamuan Pengacara Majlis Persembahan Multimedia Fotografi Dokumentasi :Ustaz Farihan dan Ustaz Mohd Zamany : Ustazah Zarina Binti Salleh : Ustaz Mohd Zamany Bin Yaakub : Ustaz Ahmad Bin Abd Razak : En. Mohd Fauzi Bin Johari Mohd Nazri Bin Salleh : Puan Halimah Binti Ismail

Ketua Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor 45600 Batang Berjuntai, Selangor _____________________________________________________________________ Koperasi Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor 45600 Batang Berjuntai, Selangor. Tuan, Permohonan Meminjam Wang Bayaran Penceramah Perkara di atas adalah dirujuk. Untuk makluman pihak tuan, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Biro Kerohanian Asrama akan mengadakan Ceramah Maulidur Rasul pada ketetapan seperti berikut: Tarikh : 23 Mac 2009 Hari : Isnin Masa : 8.00 Malam Tempat : Dewan Lestari Penceramah : Ustaz Ghazali bin Omar 2. Sehubungan dengan itu, Saya ingin meminjam wang sebanyak RM 200.00 untuk tujuan membayar saguhati penceramah. Insya Allah saya akan melunaskan pinjaman tersebut apabila telah mendapat pembayaran daripada pihak sekolah. 3. Saya berharap permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan demi membina modal insan berminda kelas pertama. Sekian, Jazakumullahu khairan kathira Saya yang menurut perintah, ................................................. (HALIMAH BINTI ISMAIL)

23 Mac 2009

Panitia Pendidikan Islam Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor 45600 Bestari Jaya Selangor Darul Ehsan. __________________________________________________________________________________ Pengetua Sekolah Menengah Teknik Kuala Selangor, 45600 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan. Tuan, MEMOHON PERUNTUKAN KEWANGAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT SMTKS UNTUK MENGADAKAN CERAMAH

8 Mac 2010

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Untuk makluman pihak tuan, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Persatuan Agama Islam telah bercadang untuk mengadakan ceramah bagi sambutan Maulidur Rasul peringkat SMTKS. Penceramah yang diundang adalah Ustaz Haji Habin Faisal Bin Mohamed. Butiran mengenai program tersebut adalah seperti berikut: Tarikh Masa Tempat : : : 12 Mac 2010 11.15 Pagi Dewan Lestari SMTKS

3. Sehubungan dengan itu, kami memohon peruntukan kewangan sebanyak RM 400.00 ( Ringgit Malaysia Empat Ratus sahaja) untuk menjayakan program tersebut.Berserta ini saya lampirkan kertas cadangan untuk rujukan dan perhatian pihak tuan. 4. Akhirnya, kami berharap agar segala aktiviti yang bakal dilaksanakan mendapat sokongan daripada pihak tuan untuk melahirkan masyarakat SMTKS yang cemerlang di dunia dan akhirat. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,

.................................................. (MOHD ZAMANY BIN YAAKUB) Ketua Panitia Pendidikan Islam

Sek. Men. Teknik Kuala Selangor

MAKLUMANPANITIA PENDIDIKAN ISLAM AKAN MENGADAKAN

CERAMAH MAULIDUR RASULPADA TARIKH : 12 MAC 2010 HARI : JUMAAT TEMPAT : DEWAN LESTARI PENCERAMAH : USTAZ HABIN FAISAL BIN MOHAMED ATURCARA : 7.30 - 10.10 PAGI - P &P SEPERTI BIASA 10.10 - 10.45 PAGI - SEMUA PELAJAR REHAT 11.00 PAGI - 12.30 TENGAHARI - CERAMAH

SEMUAGURU DAN PELAJAR DIWAJIBKAN HADIR* MAKANAN TENGAHARI DISEDIAKAN (BUNGKUS) SELEPAS CERAMAH